Monday, May 25, 2020

Profesor Jackie Ying, Pencipta 'Rapid Test' Covid-19, Akhirnya Pakai Tudung..



INI kisah seorang pencipta 'rapid test' atau ujian cepat yang akhirnya memutuskan untuk memakai tudung dan hijab.  

Beliau adalah Profesor Jackie Ying, terkenal sebagai penemu atau pencipta ujian covid-19 terpantas dalam tahun ini. Ying adalah pemimpin NanoBio Lab, sebuah syarikat sains, teknologi dan penyelidikan yang menemui alat ujian pantas.

Ying kini ternyata memilih menjadi seorang Muslimah. Dia dilahirkan di Taiwan pada tahun 1966. Pada usia 7 tahun, dia dan keluarganya berpindah ke Singapura. Ayahnya adalah seorang pensyarah Sastera Cina, di Universiti Nanyang.

Sejak kecil, dia sangat menyukai sains, terutama kimia. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai kehidupan peribadinya tidak tersentuh. Namun, sejak kebelakangan ini, Profesor Ying mengisi program inspirasi di mana, dia berkongsi pengalaman tentang perubahan dan pencapaian.

Termasuk bagaimana dia memilih Islam. Profesor Ying mengaku pada mulanya, selain bekerja di sana sangat sedikit perkara yang dilakukannya. Seperti membawa anak perempuannya ke taman. Lama kelamaan, ada perubahan dalam hidupnya. 

Dia belajar tentang agama melalui rakan baiknya ketika belajar di Raffles Girls School. Baru pada usia 30 tahun dia mula membaca mengenai Islam. 

Kesimpulannya, menurut Profesor Ying, Islam adalah agama yang sederhana dan wajar. Ketika menjadi Muslim, Profesor Ying mengakui tidak ada reaksi negatif. Namun, rakan-rakannya tidak menghiraukan perubahan tersebut.

Yang pasti, rakan-rakannya tidak lagi melihat sosok Profesor Ying yang tidak mempercayai kewujudan Pencipta di sebalik sistematik biologi kehidupan.  

Walau bagaimanapun, dia adalah seseorang yang percaya bahawa ada sesuatu yang hebat di sebalik sistem hidup. Setelah menjadi Muslim, Profesor Ying akhirnya dapat mengerjakan Umrah. Sekembalinya dari Umrah, dia mula memakai tudung.

Sejak menjadi Muslim, Profesor Jackie Ying sangat aktif dalam berdakwah di Yayasan Mandaki. Tujuan yayasan ini adalah untuk membantu kembangkan sumber-sumber komuniti Melayu Muslim di Singapura.



Profesor Jackie Ying (keempat dari kiri), kepala Lab NanoBio A Star [sumber gambar]

Sekarang, dia adalah salah seorang mentor di bawah Projek Pendakian Pelajar yang akan dibimbingnya untuk memberi inspirasi kepada pemuda Muslim yang berniat untuk memasuki bidang Sains, memberi mereka kesempatan untuk melibatkan diri dalam projek penyelidikan yang dilakukan di makmalnya. Al-hamdulillah!
Sumber: republika.co.id

Hibur Hibur Sikit
Hasil carian imej untuk ebit g ade
Ebiet G Ade Penyanyi Indonesia, Lagunya tolak Atheisme.. Komunisme dan demokrat?
EBIET G Ade adalah penyanyi era 80-an yang lagu-lagunya hits hingga kini. Bukan sekedar nyanyian, lagu-lagu Ebiet G Ade sarat akan makna dan pesan. Bahkan beberapa lagu terinspirasi dari beberapa peristiwa pilu yang terjadi ditanah air. 
Lihat lirik lagu-lagunya.. antaranya menolak faham atheis. Atau komunis. Atau juga demoktatis?

Ebiet G. Ade - Hidup I (Pernah Kucoba Untuk Melupakan Kamu)

Hidup II (Obsesi Kp. I/203)

Hidup III

Hidup IV

Hidup V


Lihat sebelum ini..

Kes IMDB Akan Ditutup. Pendakwa Terkial-kial Mencari Bukti..


Konspirasi Politik Menjatuhkan Dato Seri Najib Dengan Isu IMDB Bakal Mengejutkan Rakyat Malaysia Pula.
TERBARU Maklumat dari Department of Justice Amerika Syarikat menemui bukti terdapat  pembabitan bekas peguam negara itu, Lorreta Lynch yang didapati bersekongkol dengan beberapa individu penting dari malaysia untuk hanya menjatuhkan DSNR berkaitan isu IMDB.
Ia diperkuatkan lagi dengan pembabitan NGO berprofil tinggi di Amerika Syarikat milik George Soros open society dan Clinton Global Foundation.
Komplot ini dirancang sebelum PRU14 bagi memastikan DSNR dan kerajaan BN KALAH dalam PRU14 dan  seterusnya membuka jalan mengheret bekas PM itu ke mahkamah sebagaimana yang dirancang.
Namun demikian DOJ Amerika Syarikat GAGAL menemui bukti untuk mensabitkan Dato Seri Najib berkaitan IMDB sehinggalah mereka melakukan siasatan dalaman dan mereka menemui terdapat pengibatan secara langsung oleh peguam negara Amerika Syarikat Lorreta Lynch dengan VVIP dari Malaysia dipercayai dari parti pembangkang semasa PRU14 mensasarkan tuduhan PALSU semata mata untuk menjatuhkan Dato Seri Najib.
BUKTI KES TIDAK SEMPURNA
Perbicaraan Dato Seri Najib telah pun sampai ke penghujung dan apa yang memeranjatkan, pihak pendakwaraya gagal memberikan bukti yang kuat bagi mendakwa atau mensabitkan DSNR. Malah, didapati pihak pendakwa mengeluarkan bukti bersifat “SISI”, iaitu melalui keterangan TANPA dokumen seperti yang diperlukan pihak mahkamah.
Melalui maklumat itu juga, jelas kes ini didapati CACAT sekaligus menimbulkan elemen elemen yang hanya BERPAKSIKAN REKAAN dan tiada sabitan kukuh disebabkan banyak keraguan.
KES BAKAL DI GUGURKAN
Maka, berdasarkan kepada perkembangan dari Department of Justice Amerika Syarikat, kes ini akan ditutup sedikit masa lagi kerana tiada keperluan untuk meneruskannya berikutan terlalu banyak kelemahan berlaku. Yang paling ketara bilamana pihak pendakwa TERKIAL KIAL mencari bukti yang tidak WUJUD untuk dipersembahkan kepada pihak mahkamah.
Doakan Semua Rakyat Malaysia.
(Sumber https://malaysiapolitik.com)



Hibur Hibur Sikit

Nona Singapura - R.Azmi

Mahdalena gadis batas timor leste

Jamal Mirdad - Cinta Anak Kampung (Original Video Clip & Clear So

Berkurung ketika Aidilfitri Makkah Dan Saudi..

LELAKI solat sendirian di dalam masjod kosong di Mindanao, Filipina. FOTO AFP

RIYADH: Biarpun berdepan dengan perintah kawalan pergerakan akibat Covid-19, penduduk di negara timur tengah tetap membuat persediaan bagi menyambut Aidilfitri.
Kebanyakan negara di rantau berkenaan kini mengambil langkah pencegahan dengan menguatkuasakan sekatan dan perintah berkurung ketika cuti hari raya tahun ini.

Ketika Aidilfitri di Makkah Dan Saudi
Di Arab Saudi, pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung 24 jam ketika cuti perayaan Aidilfitri di negara itu.
Ia akan berkuat kuasa selama lima hari, antara 30 Ramadan sehingga 4 Syawal (23 Mei hingga 27 Mei).



Kementerian Dalam Negeri berkata, arahan itu seperti disarankan pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Bagaimanapun, sebelum tarikh itu, semua aktiviti ekonomi berjalan seperti biasa dan orang ramai dibenarkan bergerak bebas antara jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Kecuali di Makkah yang masih berada di bawah perintah berkurung sepenuhnya.
Di Hayat Mall di sini, wanita dilihat membeli-belah sebagai persediaan menyambut Aidilfitri.
Bagaimanapun, pengawal keselamatan akan mengambil bacaan suhu sebelum membenarkan pengunjung memasuki pusat beli-belah.

Sementara itu, Oman melarang sebarang perhimpunan sewaktu Aidilfitri dan akan mengenakan hukuman berat termasuk penjara kepada mereka yang ingkar.
Di Jordan, larangan memandu kenderaan dikuatkuasakan pada hari raya pertama dan ia hanya dibenarkan, keesokan harinya.
Di Kuwait pula, pihak berkuasa mengumumkan perintah lockdown selama 20 hari bermula 10 Mei yang meliputi Aidilfitri.
Turki pula menguatkuasakan arahan sama kepada penduduknya selama empat hari ketika cuti perayaan Aidilfitri, antara 24 hingga 26 Mei.
Dalam pada itu, Mesir mengumumkan perintah berkurung mulai 19 Mei dan menggantung operasi pengangkutan awam selama enam hari mulai 24 Mei.
Setakat semalam, lebih 5.2 juta penduduk dunia sudah dijangkiti Covid-19 dengan lebih 334,000 kes kematian.
(Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2020 @ 7:10 AM-Agensi)


Video:TRADISI PENDUDUK MAKKAH MENJELANG DAN KETIKA HARI RAYA


Sunday, May 24, 2020

Bangkit Lagi, Isu Bon Samurai. Siasat Melalui SPRM Atau RCI ..


Isu Bon Samurai: Guan Eng bakal diheret ke Mahkamah.
Pelbagai pihak mendesak kerajaan menjalankan siasatan sama ada melalui SPRM ataupun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa bekas Menteri kewangan Lim Guan Eng membuat pinjaman Bon Samurai daripada Jepun.

Ini menurut Pengarah Jabatan Amal Malaysia Shehdi Hazrik Samsudin berkata, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui bahawa negara mempunyai simpanan dana kewangan bernilai RM2 trilion dan RM1.2 trillion dikumpul ketika beliau menjadi Menteri Sementara baru-baru ini.


Katanya, Guan Eng sebelum ini sering membuat kenyataan yang meragukan mengenai status kewangan negara baik hutang negara mahupun pendapat dan perbelanjaan negara sehingga pernah mendakwa lima bulan pertama beliau hanya berbekalkan RM450 juta sahaja sedangkan gaji dan elaun penjawat awam pun sudah lebih RM8 bilion sebulan.

“Tanda tanya mengapa pinjaman ini dibuat boleh membuka ruang kepada ketidaktentuan ekonomi negara ini kerana hutang Bon Samurai yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia dengan jaminan kerajaan asing bakal menjadikan ekonomi Malaysia lebih terdedah kepada risiko mata wang asing terutama Yen,” katanya dalam satu kenyataan seperti disiarkan dalam Harakah Daily.

“Malaysia sebelum ini mempunyai hutang dalam mata wang asing yang sedikit setiap tahun dan keseluruhan hutang negara adalah dalam bentuk mata wang Ringgit Malaysia.

“Namun pada Jun 2019, hutang dalam bentuk mata wang Yen telah meningkat kepada RM 13 bilion,” ujarnya.

Ujarnya, walaupun kadar faedah yang dikenakan kepada Bon Samurai tersebut serendah 0.63 peratus namun kita perlu melihat juga nilai perdagangan mata wang asing atau kesan faktor forex ini kerana ia boleh menjadikan kadar faedah juga terkesan kepada kenaikan mata wang asing tersebut berbanding ringgit. – Sarawak Voice


Hibur Hibur Sikit

Samurai ☯ Japanese Lofi HipHop Mix


Mengapa Takbir Raya Sebut Perang Ahzab?



1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Perang Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Perang Khandaq atau dikenali juga dengan Perang Ahzab. Kata al-Nawawi:

والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله

“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Perang Ahzab ini?
Perang Ahzab berlaku ketika serangan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk menghapuskan perjuangan Islam. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ

“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)

4. Bererti Perang Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan di asak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti Liberalisme, pluralisme dan sekularisme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Perang Ahzab, kumpulan Munafiq pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:

وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا

Dan juga masa itulah golongan Munafiq antara mereka berkata: "Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah". (al-Ahzab: 13)

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munafiq ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah menakutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman Liberalisme dan pluralisme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memerangi kekufuran sekalipun dibenci oleh orang kafir. Ia termaktub dalam lafaz:

وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenci oleh orang kafir.”

8. Anehnya hari ini, terdapat dikalangan kita yang lebih menjaga hati si kafir berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kafir namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenci kafir ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi


Selamat Aidilfitri -Ibnu Hasyim

6 Manfaat Sholat Tahajud Setiap Malam Serta Tata Caranya - Hot ...
Jom sama-sama,
Qiyamullail, solat malam Nabi
selamat dari finah akhir zaman..
normal baru
kerajaan baru
moga kembali ke kebenaran
menurut syariat..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua rakyat-menteri..
maaf zahir-batin.
Allahu akbar!
Jom sama-sama renung tazkirah ini..

Qiyamullail menyelamatkan kita dari fitnah akhir zaman. Dari Ummu Salamah RA:
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: { أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَيْقَظَ لَيْلَةً فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ مَاذَا أُنْزِلَ اللَّيْلَةَ مِنْ الْفِتْنَةِ مَاذَا أُنْزِلَ مِنْ الْخَزَائِنِ مَنْ يُوقِظُ صَوَاحِبَ الْحُجُرَاتِ يَا رُبَّ كَاسِيَةٍ فِي الدُّنْيَا عَارِيَةٍ فِي الْآخِرَةِ}

“Daripada Ummu Salamah R.A, beliau berkata: “Pada suatu malam Nabi S.A.W terbangun lalu bersabda: ” سُبْحَانَ اللهِ (Maha Suci Allah), fitnah-fitnah apakah yang diturunkan pada malam ini? Dan apakah yang akan dibukakan daripada perbendaharaan harta yang melimpah-ruah? Bangunlah! wahai orang-orang yang ada di sebalik dinding-dinding, kerana betapa ramai orang yang berpakaian di dunia tetapi akan telanjang di akhirat nanti.” [Hadis Riwayat Bukhari]

Sunnah solat malam Rasulullah:
(1) Memanjangkan tempoh sujud.
(2) Solat sunat 11 rakaat.
(3) Solat sunat sebelum Subuh.
(4) Baring seketika atas lambung kanan sebelum solat Subuh.

Sepertimana disebutkan dalam Hadis sahih:
قالت عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً كَانَتْ تِلْكَ صَلَاتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُنَادِي لِلصَّلَاة (رواه البخاري)


“Kata Aisyah R.A: “Adapun Nabi S.A.W solat sebanyak sebelas rakaat, kadar satu sujud Nabi S.A.W adalah selama tempoh seseorang itu membaca 50 ayat sebelum Baginda S.A.W mengangkat kepalanya. Nabi S.A.W rukuk (solat) sebanyak dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian Baginda S.A.W berbaring pada sebelah kanan sehingga didirikan solat.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Sebagai umat Rasulullah S.A.W, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin dalam mencontohi sunnah Baginda. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang memperoleh syafaat dari Baginda di akhirat kelak.

[Tazkirah ini diangkat dari YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY T/Menteri di JPM (HEA)-(Rujuk)HARAKAHDAILY 21/5/2020]
Hibur Hibur Sikit
LAGU RAYA LAWAK - Piee - Terkenang Masa Lalu - Hijau Kuning Raya Sakan

SELAMAT LEBARAN Tahun 50an ( Tjipt. Ismail Mz ) 
Oleh Didi
TAKBIR RAYA USTAZ ASRI RABBANI HIGH QUALITY AUDIO

Tips Sambut Hari Raya Untuk Remaja, Dari Artis Ebett G Ade.

Hasil carian imej untuk gambar Ebiet G Ade

Hasil carian imej untuk gambar Ebiet G Ade
Hasil carian imej untuk gambar Ebiet G Ade
HALAMAN HIBURAN
Menari Sentuh Kulit Perempuan &Nasihat Untuk Gadis, Serlah Pemikiran Ebett G Ade. 

Ebett G Ade.    
'Menari sentuh kulit perempuandalam lagu 'Pesta' dan 'nasihat untuk gadis' dalam lagu 'Gadis Remang Remang' telah menyerlah pemikiran Islam se orang penyanyi bernama Ebett G Ade.  

Lebih menarik lagi apabila dilihat dari sudut dakwah, beliau berjaya mengapungkan pemikiran dakwah Islamnya melalui lagu-lagu hiburan, yang tertumpu kepada golongan remaja, pada masa itu.  


Al-hamdulillah. Sila dengarkan lagu-lagu beliau. 


Ebiet G. Ade 

Ebiet G Ade Pesta Lirik | Galaxy Lyrics

GADIS REMANG REMANG Ebiet G Ade

Ebiet G Ade Selingkuh Lirik | Galaxy Lyrics



Lihat lagi..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

E Buku IH-120: Cara Fikir Salah Artis (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails