Sunday, June 14, 2020

Politik Islam: Teori Oliver Roy dan saranan al-Maududi


Abul ala al maududi


LATAR belakang
(1) Sebelum ini saya ada menulis mengenai tulisan tulisan Barat tentang kegagalan politik Islam, khususnya yang ditulis oleh Oliver Roy dan penulis penulis yang sealiran dengannya [1]. Mereka menggambarkan kegagalan itu atas acuan Islamofobia.
Tidak dinafikan penulisan mereka turut dikritik oleh penulis penulis Barat juga seperti Samuel Huntington, Shmuel Bar dan lain lain dalam membahaskan istilah fundamentalis. Oliver Roy secara peribadinya menggunakan istilah Islamism.
(2) Oliver Roy menamakan gerakan gerakan Fundamentalis Islam sebagai Islamism, seperti Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hassan al Banna dan Jamaat Islami yang diasaskan oleh Abul A’la al Maududi.
Dalam kita melihat ‘teori-teori’ Barat dalam menggambarkan kegagalan politik Islam, wajar juga diseimbangkan dengan buku yang dikarang oleh Sayyid Abul A’la al Maududi yang bertajuk Pra-Syarat Kejayaan Harakah Islamiah.
Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pustaka Fajar pada 1985 yang telah dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu. Mengandungi 6 bab, Bab Pertama Muqaddimah, Bab Kedua hingga Keempat menghuraikan tentang syarat-syarat kelayakan, 2 Bab terakhir menghuraikan kesilapan-kesilapan.
(3) Di dalam muqaddimah, penulis menyatakan bahawa ramai yang bercita cita untuk melihat peraturan hidup Islam ditegakkan. Namun, terdapat dua halangan utama, iaitu kurangnya keazaman dan juga keupayaan untuk menjayakannya.
Beliau juga turut menyatakan ‘kerajaan’lah yang merupakan pihak terpenting yang boleh membentuk sesuatu peraturan masyarakat dalam masa yang sama, ia jugalah yang boleh merosakkan masyarakat.
Kerajaan itu apabila diserahkan kepada tangan yang rosak akan membawa kepada kekeliruan antara kebenaran dan kebatilan. Masyarakat akan terpinga pinga memikirkan cara bagaimanakah keadaan itu dapat diperbaiki.
Kecewa, kritikan dan angan-angan
(1) Penulis menggambarkan suasana kekeliruan ini menyebabkan timbulnya perasaan kecewa di kalangan penggerak Islam. Yang menghilangkan kekecewaan itu hanyalah satu iaitu meletakkan matlamat perjuangannya semata mata redha Allah S.W.T.
Bilangan mereka yang sedikit itu dapat di ‘cover’ dengan keredhaan Allah S.W.T dan rahmat-Nya. Mereka terus melakukan tugas mereka dengan penuh kegigihan, keilmuan dan kesabaran. Inilah ‘cahaya harapan’ di sebalik awan mendung kekecewaan.
(2) Antara yang dinyatakan oleh penulis:
“Adalah sia sia untuk mengharapkan tertegaknya ketakwaan dan kebenaran melalui ucapan ucapan doa yang mengharukan sahaja. Sebarang nasihat dan teguran (kritik) daripada kita dianggap bernas selagi kita sentiasa melakukan tanggungjawab yang telah ditetapkan Allah dan selagi kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberi kejayaan atas usaha kita.”
“Oleh itu, bagi mereka yang ingin mengorak langkah, hendaklah mereka berhenti daripada berangan-angan dan mulalah memikirkan tuntutan tuntutan gerakan pengislahan itu sendiri dengan penuh kesabaran. Mereka patutlah pertimbangkan sama ada mereka benar benar ingin berjihad untuk gerakan pembaikan ini atau hanya sekadar merunguti sahaja segala kerosakan yang sedang berlaku dan seterusnya merasa memadai dengan hati mereka sahaja, berangan angan untuk menjalankan usaha pengislahan tadi.”
(3) Di dalam buku ini menghimpunkan 5 isi utama:
a-  Kelayakan peribadi orang orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan gerakan Islam;
b-  Kelayakan kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah atau gerakan yang memperjuangkan Islam;
c-  Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan kejayaan dalam usaha memperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam;
d-  Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan dan juga jamaah yang memperjuangkan Islam;
e-  Cara cara untuk mendapat kelayakan kelayakan yang tersebut tadi dan usaha usaha untuk menghapuskan keburukan keburukan yang mengotori diri perseorangan dan masyarakat.
‘Kelayakan’
(1) Buku ini banyak menceritakan mengenai ‘kelayakan’. Penulis menyatakan:
“Untuk menegakkan peraturan Islam di atas muka bumi ini, perkara kedua terpenting untuk menjamin kejayaan selain daripada pertolongan Allah ialah kelayakan (atau mutu) yang ada pada keseluruhan orang orang yang terlibat dalam usaha ini.”
“Seseorang yang tidak berupaya memperbaiki atau membaharui dirinya sendiri tidak akan berupaya untuk memperbaiki atau membawa perubahan pada diri orang lain.”
(2) Dalam bab kedua yang bertajuk ‘Kelayakan peribadi orang orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan Harakah Islamiah’, penulis menyenaraikan beberapa kelayakan tersebut:
a-  Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar;
b-  Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam;
c-  Watak peribadi (Syakhsiyyah Fardiyyah);
d-  Mengambil Islam sebagai matlamat hidup
(3) Dalam bab ketiga yang bertajuk ‘Kelayakan kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah Islamiyyah’
a-  Persaudaraan (Ukhuwwah);
b-  Musyawarah (Asy Syura);
c-  Tata tertib (Disiplin);
d-  Teguran teguran yang membina (Muhasabah)
(4) Bab keempat bertajuk ‘Kelayakan-kelayakan yang sempurna’
a-  Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati;
b-  Mengingati Hari Akhirat;
c-  Budi pekerti yang mulia;
d-  Ketabahan dan tetap pendirian;
e-  Bijaksana
(5) Bab kelima bertajuk ‘Kesalahan-kesalahan besar’
a-  Sombong (takabbur);
b-  Riya’ (Menunjuk nunjuk);
c-  Niat buruk
(6) Bab keenam bertajuk ‘Kelemahan kelemahan diri manusia’
a-  Mementingkan diri sendiri;
b-  Tabiat tidak seimbang;
c-  Pemikiran yang sempit (singkat akal);
d-  Membuat keputusan yang lemah
Disiplin dan muhasabah
(1) Saya tidaklah berniat nak mengulas setiap bab. Cumanya beberapa gambaran umum tentang keseimbangan dengan teori Barat tentang kegagalan politik Islam yang saya nyatakan di awal tadi. 
Secara umumnya, saya cenderung untuk mengatakan kesilapan yang mengheret kepada kegagalan politik Islam bukan disebabkan sistem Islam, akan tetapi disebabkan sikap orang Islam yang gagal menterjemahkan Islam sebagai sebuah sistem
(2) Keseimbangan yang dijernihkan oleh al-Maududi jelas menggambarkan permasalahan sikap yang mengheret kepada kegagalan politik Islam. Contohnya apabila menghuraikan mengenai ‘Disiplin’;
“Walaupun sesuatu gerakan itu memiliki banyak unsur unsur kebaikan, tetapi ia menemui kegagalan kerana tidak dapat melaksanakan segala apa yang ia rancangkan. Ini adalah kerana tiadanya tatatertib dan kerjasama di dalam pertubuhan tersebut. Pengusaha-pengusaha kemungkaran boleh mencapai tujuan mereka lantaran kekuatan yang pura pura (yakni indah khabar dari rupa)…”
“Harakah atau partai gerakan Islam yang sebegini (berdisiplin) saja yang mampu membuat sesuatu rancangan itu berjaya. Gerakan yang berbentuk lain dari yang ini tidak akan berjaya untuk menyelaraskan serta melicinkan perjalanan seluruh jentera pentadbiran dan pelaksanaannya dengan baik.”
(3) Antara lain, penulis meletakkan kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah Islamiyyah ialah terbuka terhadap teguran teguran yang membina (Muhasabah);
“Sesuatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut-pak turut (orang yang menurut saja tanpa berfikir panjang atau meneliti, yakni membuta tuli) saja akan mendapati usahanya diresapi kesilapan-kesilapan walaupun mereka sedang melalui jalan yang benar. Ini adalah kerana tiada siapa pun yang menegur kesilapan kesilapan tadi dan juga kerana anggapan bahawa teguran teguran yang diberi itu sebagai satu perlakuan yang tidak beradab atau bersopan. Dengan demikian kesilapan kesilapan tadi terus mendapat perlindungan daripada tindakan yang sewajarnya.”
Tegur-menegur atau Pak Turut?
(1) Al Maududi menghuraikan mengenai ‘muhasabah’ perlu wujud dalam sesebuah gerakan Islam supaya tidak mengulangi kesilapan yang berulang kali dilakukan, sehingga digambarkan oleh Barat sebagai ‘Failure of political Islam’:
“Oleh kerana kurangnya perhatian yang diberi untuk mengatasi kesilapan tadi dan juga disebabkan tiadanya anggota untuk memberi teguran, kesilapan kesilapan itu pun kian membiak. Tiada perkara lain yang lebih merosakkan kesihatan sesebuah gerakan Islam melainkan tiada semangat tegur menegur (nasihat-menasihati) di dalamnya.”
“Adalah sesuatu perkara yang sangat buruk bagi sesebuah gerakan jika ia berusaha menekan dan menutupi peluang-peluang untuk menyuarakan sebarang teguran (kritik). Teguran yang membina ialah alat yang terpenting untuk mengesan segala kesilapan dengan cepat. Dengan demikian usaha untuk mengatasinya pun dapat dilaksanakan secepat mungkin (tanpa berlengah, membazir masa). Kita harus ingat bahawa syarat terpenting bagi sesuatu teguran itu ialah ianya diberi bukan dengan tujuan hendak mencungkil kesilapan semata mata. Sesuatu teguran itu hendaklah dikemukakan dengan tujuan untuk membawa pembaharuan (perubahan ke arah kebaikan).”
(2) Untuk menyeimbangkan teguran, Al Maududi menyatakan:
“Satu lagi syarat yang sama pentingnya ialah bahawa setiap orang yang ingin menegur (mengkritik) hendaklah sedar akan cara cara (adab-adab) yang sewajarnya untuk menyuarakan teguran. Seseorang itu yang bertujuan tidak baik dalam mmberi tegurannya boleh mendatangkan bahaya yang serupa dengan bahaya yang dibawa oleh anasir anasir jahat yang semata mata ingin mencungkil kesilapan-kesilapan gerakannya seolah olah gerakan itu tidak kena caranya atau tidak kena pada tempatnya, yakni tegurannya yang tidak mematuhi peraturan di dalam memberi sesuatu teguran.”
(3) Secara logiknya, sekiranya Barat ingin menjayakan misi menggagalkan politik Islam, mereka akan menyuburkan fenomena pembodohan dalam gerakan Islam. Iaitu melahirkan seramai mungkin ‘pak turut’ atas pelbagai dalil dalil agama yang ditunggangi.
Gerakan Islam yang berlonggok dengan ‘pak turut’ pasti akan mengheret kepada kegagalan politik Islam yang sudah terlalu banyak sejarah kejadiannya. Samada nak salahkan Barat itu beragenda, atau kita sendiri yang sengaja bersikap sedemikian. Fikirkan.
MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/6/2020

Bekas ketua SPRM ‘sergah’ Mahathir, bela Muhyiddin

Bekas ketua SPRM ‘sergah’ Mahathir, bela Muhyiddin

Bekas bos Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas Dr Mahathir Mohamad selepas bekas perdana menteri itu melontarkan kritikan kepada Muhyiddin Yassin.
Menurut Dzulkifli Ahmad kenyataan dibuat Mahathir sebelum ini boleh dianggap sebagai menghina mahkamah serta hakim yang mengendalikan kes berkenaan.
“Hanya mahkamah yang boleh membebaskan yangg dituduh.
“Kenyataan mengatakan bahawa PM ‘Muhyiddin akan tentukan enam orang wakil rakyat akan didapati tidak bersalah’ adalah kenyataan menghina mahkamah!
“Penghinaan kepada hakim yang menghakimi kes-kes tersebut!” katanya dalam ciapan di Twitter malam tadi.
Bersama ciapan itu, Dzulkilif turut mengepilkan laporan sebuah portal berita yang memetik Mahathir berkata Muhyiddin akan membebaskan Najib Razak yang ketika ini berdepan dengan puluhan tuduhan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Semalam, Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Muhyiddin akan memastikan enam ahli parlimen Umno yang kini berdepan kes mahkamah atas tuduhan rasuah untuk tidak disabitkan kesalahan.

Mereka ialah Najib sendiri, Presiden Umno merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi; bekas setiausaha agung Umno yang juga ahli parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor; anggota Majlis Tertinggi Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin; dan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan.
Kata bekas perdana menteri itu, sekiranya ahli parlimen Umno itu didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat, yang akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin tumbang kerana kekurangan majoriti.
Dedah rakaman audio
“Sekarang jumlah wakil rakyat yang menyokong Muhyiddin hanya 114, iaitu tiga sahaja lebih dari separuh (daripada 222 kerusi kesemuanya).
“Jika enam orang ini didapati bersalah oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat. Dengan itu penyokong Muhyiddin tinggal 108 – iaitu kurang daripada separuh,” kata Mahathir dalam kenyataaan tersebut.
Tindakan mahkamah diambil ke atas pemimpin kanan Umno itu selepas kerajaan BN gagal mendapat mandat daripada rakyat untuk terus menjadi kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) dua tahun lalu.
Ia adalah antara janji yang diikrarkan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk dilaksanakan dalam pentadbiran mereka.
Antara skandal yang disiasat ketika itu ialah 1MDB, Tabung Haji dan Felda.
Untuk rekod Dzulkifli adalah pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara yang dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ketika skandal 1MDB meruncing di bawah kerajaan Najib.
Nama beliau juga dikaitkan dalam pendedahan rakaman oleh SPRM mengenai perbualan beberapa individu mengenai maklumat sensitif didakwa melibatkan siasatan 1MDB.

Antara perkara yang didakwa dibocorkan adalah kandungan kertas siasatan itu tidak memihak kepada Najib, sekali gus mencadangkan agar mereka boleh bertemu bagi berbincang lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.
Selain nama Dzulkifli dan Najib, isteri bekas perdana menteri itu, Rosmah Mansor, juga dikaitkan dalam pendedahan rakaman berkenaan. Ketika itu SPRM diketuai peguam kanan, Latheefa Koya.
Latheefa bagaimanapun meletakkan jawatan sejurus selepas kerajaan PH ditumbangkang melalui Langkah Sheraton.
Kerajaan Perikatan Nasional yang ditubuhkan kemudian dikritik kebanyakan pihak kerana ditubuhkan tanpa mendapat mandat daripada rakyat melalui PRU.
Jawatan ketua pesuruhjaya SPRM kini disandang Azam Baki sejak Mac lalu.
Awal tahun lalu, dalam pendedahan klip audio oleh Latheefa, Dzulkifli dikatakan pernah membocorkan maklumat siasatan pihak berkuasa berhubung skandal SRC International Sdn Bhd (SRC) kepada Najib pada 2016, yang merupakan perdana menteri ketika itu.

PAS Tolak Sikap Bertentangan Dengan Perlembangan..


Batalkan lantikan Eric Paulsen


PAS menyambut baik penubuhan Majlis Komunikasi dan Multimedia oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (MPKM) yang bertujuan untuk merangka dasar komunikasi dan multimedia yang berkesan.
PAS mendokong penuh sebarang usaha dan tindakan murni semua pihak yang selaras dengan kerangka dan asas Perlembagaan Persekutuan.
Berhubung penubuhan MPKM, PAS begitu terkejut dengan pelantikan Eric Paulsen sebagai salah seorang Ahli Majlis. Eric Paulsen adalah seorang peguam yang terkenal dengan sikap dan pandangan yang sangat sinis terhadap Islam dan perkara-perkara berkaitan hal ehwal Islam. Sikap dan tindakan beliau sangat jelas bertentangan dengan roh dan semangat Perlembagaan Persekutuan .
Bagaimana mungkin seorang yang begitu jelas menentang semangat Perlembagaan Persekutuan mampu memberikan input positif selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan. Sehingga kini Eric Paulsen masih belum kendur sentimen negatifnya terhadap Islam.
PAS menggesa supaya pelantikan Eric Paulsen ditarik balik dan diganti dengan individu yang lebih sesuai dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
PAS bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk mencari penyelesaian terbaik dalam isu ini demi kesejahteraan negara di bawah semangat Kerajaan Perikatan Nasional.
“Islam Memimpin Perpaduan”
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
14 Jun 2020 | 22 Syawal 1441 – HARAKAHDAILY 14/6/2020

'Jangan cakap banyak - Khabib'. Bagaimana Gusti Dalam Islam?


SUKAN

Jangan cakap banyak - Khabib


LONDON: Khabib Nurmagomedov akhirnya bersuara selepas musuhnya, Conor McGregor mengumumkan persaraan daripada MMA buat kali ketiga.
McGregor membuatkan peminatnya pening kepala minggu lalu apabila mengumumkan dia bersara kerana 'sukan itu tidak lagi mengujakan saya'.

Khabib, yang mendominasi McGregor sebelum menang pada pusingan keempat ketika mempertahankan gelaran lightweight pada 2018, sebelum ini tidak memberi komen terhadap keputusan seteru utamanya itu tetapi mula memberi kenyataan di media sosial terhadap atlet Ireland itu.
Permusuhan peribadi mereka berlanjutan pada UFC 229 yang bertukar buruk membabitkan pasukan masing-masing selepas pertarungan.
Khabib menerusi Instagram semalam berkongsi detik penting pertarungan berkenaan dengan kapsyen: 'Jika anda tidak tahu… Jangan cakap terlalu banyak. Orang akan buat atau hanya bercakap. Dan lebih baik menjadi mereka yang melakukannya.'
McGregor, 31, tidak mempunyai lawan selepas Justin Gaethje menewaskan Tony Ferguson untuk Kejuaraan UFC Interim Lightweight seterusnya menempah pertarungan dengan Khabib yang dijangka berlangsung pada musim luruh.
Atlet sukan mempertahankan diri dari Dublin itu mengumumkan persaraan pagi Ahad lalu dan kemudian berkata 'perlu menunggu sesuatu yang tidak disukai dan kerana 'tiada apa yang berlaku, sukan itu tidak lagi mengujakannya'. - Agensi
Bersukan bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai satu daripada cara untuk bermasyarakat. - Foto hiasan Bersukan bukan untuk berseronok sahaja sebaliknya sebagai satu daripada cara untuk bermasyarakat. - Foto hiasan
Komen Weblog Ibnu HasyimSukan atau riadah, bukan sahaja baik untuk kesihatan, bahkan boleh jadi medan untuk dakwah dan dapat menyatukan masyarakat.
Melhat dalam sejarah Islam, Rasulullah SAW sendiri bukan sahaja menyarankan umat Islam bersukan, bahkan Baginda sendiri memiliki kecergasan dan kekuatan hebat. Di zaman beliau, ada seorang  pemimpin Arab yang juga ahli gusti terkenal, bernama Rukanah ibnu Abdu Yazid RA. Rukainah  memeluk Islam selepas dikalahkan dalam pertandingan gusti dengan Rasulullah SAW.
Tokoh Quraisy itu memiliki badan tegap dan sasa yang hebat bergusti hingga mengalahkan mana-mana juara gusti di Tanah Arab pada zamannya. Bagaimanapun, berhadapan dengan Rasulullah SAW, ternyata menjadi pengalaman mengejutkan kerana Baginda Rasul berjaya memegang badan Rukanah, lalu membantingkannya ke tanah.
Malah perlawanan itu diulang sebanyak tiga kali atas permintaan Rukanah tetapi ketiga-tiga perlawanan itu menyaksikan Rasulullah SAW berjaya mengalahkannya hingga akhirnya akur dan mengalah.
Rukanah berkata: “Wahai Muhammad, tiada siapa pernah dapat membaringkan aku hingga jatuh terlentang dalam pertarungan selain daripadamu! Sebelum ini, engkaulah paling aku benci tetapi sekarang, aku menyaksikan tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah SAW dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul-Nya.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)
Juara Lightweight Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov di atas, pernah mengucapkan takbir semasa menang perlawanannya.
Rasulullah SAW bersabda: Orang beriman yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang beriman lemah. Dan masing-masing ada kebaikannya. (HR Ibnu Majah)
Sirah juga mencatatkan Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri Baginda, Saidatina Aishah RA, sekali gus membuktikan sukan merapatkan hubungan kekeluargaan. Kali pertama Nabi SAW kalah, manakala perlumbaan kali kedua pula menyaksikan Baginda menang.
Boleh sahaja jika Baginda sentiasa menang tetapi sengaja kalah untuk melihat Aishah seronok. Banyak unsur kekeluargaan boleh diterapkan dalam sukan seperti kasih-sayang, tolak-ansur dan kegembiraan ahli keluarga.
Jadi, tidak hairanlah Saidina Umar al-Khattab RA juga menyarankan anak-anak diajar memanah, menunggang kuda dan berenang. Masjid boleh menjadi medan menyuburkan sukan sebagai landasan berdakwah dengan menyediakan gelanggang atau aktiviti riadah bersesuaian.
Masjid Nabawi pernah dijadikan gelanggang sukan melontar lembing oleh orang Habsyah dan Rasulullah SAW tidak menghalang aktiviti berkenaan. Kini sudah banyak masjid membina gelanggang futsal dan kemudahan riadah yang lain di kawasan rumah Allah itu.
Imam al-Ghazali berkata, sesiapa yang menghalang anak bermain dan bersukan, dia menghalang daripada kecerdikan.
Sukan Menurut Syariat.  
• Memelihara bahagian tubuh atau aurat menurut hukum Islam, iaitu antara pusat hingga lutut bagi lelaki, manakala aurat wanita ialah seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
• Memastikan jurulatih dan atlet daripada jantina sama. Sekiranya berbeza, batas pergaulan perlu dijaga selaras tuntutan syarak seperti jurulatih lelaki tidak boleh menyentuh ahli sukan wanita, begitu juga sebaliknya.
• Pakaian sukan perlu memenuhi etika berpakaian ditetapkan syarak seperti menutup aurat, sopan dan bersesuaian dengan sukan diceburi, manakala pakaian wanita perlu longgar dan tidak menampakkan susuk badan.
• Percampuran bebas antara lelaki dan wanita semasa bersukan dilarang. Tempat bersukan seperti gimnasium dan kolam renang perlu disediakan berasingan atau melaksanakan jadual masa penggunaan berlainan.
• Tidak boleh bersukan hingga melalaikan kewajipan agama seperti solat.
• Tidak mempedulikan kepentingan orang lain seperti bermain di jalan raya hingga mengganggu lalu lintas, membuat bising atau menyebabkan kecederaan kepada pihak lawan kecuali kemalangan atau tidak sengaja.
• Sokongan keterlaluan khususnya penyokong fanatik hingga mencetuskan pergaduhan atau mengeluarkan kata-kata kesat, bercanggah dengan Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih sayang.
• Islam melarang jenis sukan terlalu ekstrim, berisiko tinggi dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada fizikal, mental serta spiritual umpamanya pertandingan makan makanan eksotik seperti kala jengking dan labah-labah, haram, najis, kotor serta menjijikkan.
• Wanita Muslim dilarang menyertai sukan yang bercanggah dengan fitrah kewanitaan dan bertentangan adab, adat serta tatasusila
Sekian. Wassalam.

Apa Pun Terjadi, PH Terus Merudum Teruk..

Sejak Februari, kepercayaan terhadap Pakatan Harapan telah jatuh 11 peratus
Undian terhadap PH sebagai pakatan pemerintah telah jatuh kepada 30 peratus, iaitu penurunan 11 peratus daripada 41 peratus yang mereka perolehi dalam undian sebelum ini. - Foto fail Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Sejak Februari, kepercayaan terhadap Pakatan Harapan telah jatuh 11 peratus

KUALA LUMPUR: Sejumlah 18 peratus rakyat Malaysia akan mengundi calon bebas berbanding 17 peratus pada undian asas.

Perkembangan itu sekali gus menunjukkan kecenderungan rakyat Malaysia yang mahukan gerakan ketiga mentadbir negara ini dan ia masih relevan.

EMIR Research dalam kajian yang dilakukannya pada 15 Januari hingga 24 Februari lalu melibatkan 2,002 responden mendapati undian terhadap Pakatan Harapan (PH) turut merudum.

“Undian terhadap PH sebagai pakatan pemerintah telah jatuh kepada 30 peratus, iaitu penurunan 11 peratus daripada 41 peratus yang mereka perolehi dalam undian sebelum ini.


“Sementara itu, Muafakat Nasional yang terdiri daripada UMNO dan PAS meningkat 14 peratus iaitu kepada 52 peratus undi pada undian terkini berbanding 38 peratus pada undian asas,” memetik laporan yang dikeluarkan EMIR Research pada Jumaat.

Laporan tersebut turut mempersoal sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN) yang kini membentuk pakatan pemerintah dikaitkan sebagai indikasi bahawa kebangkitan gerakan ketiga telah wujud?

Pada satu sudut, laporan itu mengiyakan persoalan tersebut lantaran sebelum kemunculan PN, hanya dua gabungan yang dibentuk di negara ini iaitu PH dan BN-Muafakat Nasional.

Bagaimanapun, laporan itu melihat bahawa ia merupakan perbandingan tidak setara ekoran pembentukan PN disebabkan oleh pertikaian politik, sementara undian asas dan undian terkini itu merujuk kepada pertukar kerajaan melalui pilihan raya umum. (AA)

Aidil Adha Tahun Ini Ikut SOP, Sangkar Sembelih, Mudah-alih, Selamat, Bersih&Cepat..


Sangkar sembelihan inovasi baharu Aidil Adha


KUALA LUMPUR: Satu inovasi terkini bakal diperkenalkan dalam pelaksanaan ibadah korban pada Aidil Adha tahun ini sesuai dengan norma baharu yang sedang ditempuh era COVID-19 kini.
Sangkar penyembelihan mudah alih akan menjadikan kerja penyembelihan lembu yang lebih selamat, bersih dan cepat, selain memenuhi prosedur operasi standard (SOP) diperlukan ketika ini.
Alat ini diperkenalkan inovator, Hamzan Hashim, 51 yang merupakan seorang tukang besi dari Kangar, Perlis di mana demonstrasi penggunaannya telah dibuat di Taman Teknologi Malaysia (TPM), di sini kelmarin.
Ianya disaksikan sendiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama Menteri dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin dan Ahmad Amzad Hashim.
Sangkar diperbuat daripada keluli ini amat sesuai menggantikan teknil tradisional menyembelih haiwan ternakan di mana juga telah dinaiktaraf pada teknik mekanikalnya menggunakan sistem hidraulik.
Dengan penggunaannya sembelihan akan lebih efisen, bersih dan patuh syariah, selain mengurangkan tenaga kerja kepada 3 orang sahaja serta mengurangkan risiko kecederaan petugas, selain menjimatkan masa.
“Kaedah ini membolehkan tujuh ekor lembu disembelih dalam 1 jam. Keadaan lembu lebih bersih kerana tidak bergelut di atas tanah atau rumput.
“Pengendalian lembu dilihat lebih berhemah, tidak ada aksi dilihat kejam seperti memijak haiwan dan seumpamanya,” maklum Ahmad Amzad.
Projek Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah MOSTI menerusi program Malaysia Social Innovation (MySI) dengan kerjasama TPM ini telah dicadangkan penggunaan kali pertama Aidil Adha ini di 50 masjid seluruh negara.
Secara ringkas, penggunaan alat hanya memerlukan lembu ditolak masuk ke dalam kurungan yang mengunci pergerakan badannya, di mana dengan kepalanya dikapit itu akan memudahkan penyembelihan.
Sangkar ini boleh dialihkan sesuai arah kiblat atau dipusingkan bagi membaringkan lembu dengan sistem mekanikal hidrauliknya yang mudah. – HARAKAHDAILY 13/6/2020 

Hibur Hibur Sikit

Lagu Raya Tahun 1950 an (Tjipt. Ismail Mz) 

Walaupun diciptakan sebelum merdeka tapi sudah diperimgatkan mengenai rasuah diakhir lagu ni..
"..kondangan boleh kurangin'
korupsi jangan kerjain." Begitu bunyinya.

Ismail Marzuki - Di wajah mu Ku Lihat Bulan (INDO KLASIK)

Dr Daroyah Alwi bawa 35 pemimpin, akar umbi keluar PKR

Dr Daroyah Alwi bawa 36 pemimpin, akar umbi keluar PKR

SHAH ALAM: Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat, Dr Daroyah Alwi, mengumumkan langkahnya keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, berkata statusnya dalam DUN Selangor kini adalah sebagai ADUN BEBAS yang mesra Perikatan Nasional (PN).

"Keputusan ini dibuat kerana saya sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan serta hala tuju parti, yang kini lebih membawa kepada perpecahan.
Dr Daroyah keluar PKR kerana sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan serta hala tuju parti. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal


Dr Daroyah keluar PKR kerana sudah hilang rasa yakin dan percaya kepada Presiden dan kepemimpinan yang alpa terhadap idealisme perjuangan serta hala tuju parti. - NSTP/Muhd Asyraf Sawal

"Presiden parti dan pentaksubnya gagal menjalankan amanah majoriti ahli yang memilih mereka. Saya percaya, dengan peletakan jawatan ini, saya tidak lagi diheret dengan masalah perebutan kuasa dalam parti.
"Saya bertekad untuk terus menjalankan tugas dan memberi sepenuh komitmen dalam memberikan perkhidmatan lebih efektif kepada masyarakat di DUN Sementa," katanya.
Dr Daroyah mendakwa tidak bersendirian dalam langkahnya meninggalkan parti itu, malah seramai 35 orang pemimpin PKR di peringkat pusat, negeri dan cabang, turut mengikut langkahnya itu.
"Saya juga yakin dan percaya, akan ada ramai lagi pemimpin yang selepas ini akan menyusul langkah kami.
"Pimpinan Wanita Selangor yang bersama petang ini terdiri daripada ahli Majlis Pimpinan Wanita Keadilan Selangor, ketua wanita cabang, ahli-ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor serta pemimpin akar umbi," katanya.
Beliau juga mengesahkan peletakan jawatan sebagai Ketua Cabang Kapar bersama ahli-ahli Jawatankuasa Cabang Kapar termasuk pimpinan sayap wanita dan pimpinan Angkatan Muda Keadilan.
"Selain hilang keyakinan, kepimpinan cabang Kapar juga kabur akan masa depan kami dalam parti.
"Sedangkan pemimpin yang memiliki sokongan majoriti dan lama berjuang dalam parti pun disingkirkan tanpa alasan munasabah, inikan pula kami yang hanya memimpin di peringkat akar umbi," katanya.
Beliau turut mengesahkan yang Menteri Besar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sudah maklum mengenai tindakan yang diambil mereka hari ini.
"Sudah dibincangkan dengan Menteri Besar. Beliau memang tidak bersetuju untuk saya membuat langkah ini tetapi bagi saya, saya harus tetap.
"Sebab itulah, saya buat keputusan ini walaupun sebenarnya berat kerana 20 kami dalam parti ini, demi kebaikan bersama. Saya kira sampai masanya untuk saya buat keputusan ini," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor akan menghantar surat peletakan jawatan itu dalam masa terdekat.
"Saya akan menulis surat untuk meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker DUN Selangor secepat mungkin," katanya. (BH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails