Monday, June 15, 2020

3 Kebodohan Tommy Thomas, Dosa Besar PH&Pelacur Politik.


Jawatan Peguam Negara di zaman PH tidak bebas


PEGUAM Negara (AG) adalah satu institusi. Bukan individu. Apatah lagi mempunyai kecondongan kepada parti tertentu.

Masalah yang berlaku hari ini berpunca apabila Tommy Thomas mengaku beliau adalah lantikan politik dan perlu ikuti tradisi UK [1]. Ada tiga kebodohan Tommy dalam isu ini.

Pertama, pengakuan itu memberi bayangan bahawa segala tindakan beliau ketika menjadi AG (termasuk pengguguran kes Guan Eng) adalah bermotif politik.
Kedua, di Malaysia AG dan Public Prosecutor adalah orang sama. Di UK, AG dan Director of Public Prosecutor (DPP) adalah individu berbeza. AG di UK tak terlibat pun dalam menentukan pendakwaan seseorang.
Dan akhir sekali, pengakuan itu telah mengubah institusi Peguam Negara yang selama ini bersifat neutral kepada sebuah jawatan yang bertujuan politik.
Sebab itu, apabila berlakunya pengguguran kes Musa Aman, rakyat tak boleh terima kerana  mindset  mereka selama 22 bulan ini telahpun menetapkan Peguam Negara sebagai orang politik.
Inilah dosa-dosa besar Pakatan Harapan (PH) ketika memerintah. Bukan sahaja merosakkan ekonomi tetapi mereka juga telah menjahanamkan keyakinan rakyat kepada institusi negara yang menjadi tonggak kepada keadilan manusia.
Sampai jawatan Pesuruhjaya SPRM pun diambil orang politik. Jadi bagaimana nak kembalikan semula keyakinan rakyat dan mengelakkan pelacuran politik ke atas institusi-institusi penting dalam negara?
Dalam Islam, ada satu konsep dipanggil Wilayatul Mazalim. Ia adalah sebuah mahkamah khas yang diwujudkan pada zaman Nabi S.A.W bagi membicarakan tuduhan kesalahan pada penguasa atau sebagai jalan terakhir rakyat membuktikan korupsi atau kesalahan pegawai atasan kerajaan [2][3].
Bagaimana mahkamah khas ini berfungsi? Senang. Dalam sistem hari ini, apabila rakyat mempunyai bukti kesalahan penguasa, mereka perlu buat laporan polis. Dan pendakwaan ke atas individu tersebut akan ditentukan oleh siasatan PDRM atau SPRM dan penilaian Jabatan Peguam Negara.
Dalam Wilayatul Mazalim, semua prosedur ini tiada. Rakyat yang mempunyai bukti kesalahan pemimpin boleh bertindak sebagai Pendakwaraya (atau melantik pendakwaraya sendiri) di Mahkamah Khas tersebut.
Kita bagi contoh Mat Tabayyun (nama samaran). Beliau dikatakan mempunyai pelbagai bukti kesalahan Dato’ Seri Najib Razak (DSN) dalam isu 1MDB. Maka apabila Peguam Negara telah membersihkan nama DSN pada tahun 2016, beliau masih boleh bertindak menjadi Pendakwaraya dan membuka semula kes tersebut di Mahkamah Khas.
Tak perlu beliau menulis panjang-panjang di Facebook dengan bahasa yang kita semua tak pernah faham. Begitu juga apabila Tommy Thomas menggugurkan kes LGE ketika perbicaraan masih berjalan. Mana-mana rakyat yang percaya dengan bukti dan dokumen yang wujud ketika itu boleh menjalankan fungsi Pendakwaraya dan meneruskan kes perbicaraan tanpa gangguan daripada pihak berkuasa.
Kaedah ini mempunyai 3 kebaikan.
Pertama, rakyat tak perlu menjadikan media sosial sebagai mahkamah persepsi yang menjahanamkan reputasi pemimpin tertentu. Dah kalau ada bukti, pergilah jadi Pendakwaraya terus. Sembang apa lagi dalam FB?
Kedua, ia menjamin keadilan kepada rakyat dan penguasa. Sebab walaupun rakyat bebas membawa kes ke mahkamah, dakwaan mereka masih tertakluk kepada pendakwaan balas oleh pihak tertuduh.
Ketiga, penguasa tidak boleh mengawal sistem keadilan atau sekurang-kurangnya tidak lagi dilihat mengawal sistem tersebut. Beginilah Islam menyelesaikan masalah manusia.
ABDUL RAHIM HILMI ZAKARIYA
Duyong Marina Kuala Terengganu – HARAKAHDAILY 14/6/2020
Rujukan:
[2] The Concept of ‘Checks and Balances’ in the Perspective of Islam and Its Application in the Islamic Judicial System in Malaysia, Siti Rohida Asrani dan Zuliza Mohd Kusrin, Shariah Journal Vol 24, 2016, ms 78 -83
[3] Syariah dan Undang-undang: Satu Perbandingan, Zaini Nasohah (Editor), Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, 2004, ms 23-24

Lagi Sokong TS Muhyiddin, 2 ADUN Sabah Keluar Parti.

Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti. - Foto Astro AWANI
Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas

PENAMPANG: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah ADUN Sugut, Datuk James Ratib dan ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury.

Pada sidang media hari ini, tindakan kedua-dua mereka meninggalkan parti UPKO adalah disebabkan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Selain itu, tindakan mereka juga adalah untuk memastikan kelangsungan pembangunan di kawasan masing-masing.

Ekoran pengumuman itu, kedua-dua mereka kini menjadi ADUN Bebas dan belum memutuskan untuk menyertai mana-mana parti.

Bagaimanapun, mereka menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


"Terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan kepimpinan UPKO kerana memberi peluang bersama-sama dalam kerajaan negeri," katanya James dan Limus pada Isnin. (AA)

'Saya Akan Tampaq Orang Yang Lawan DAP' Ini 6 Perkara..



1) Gambar atuk Patriot sedang angkat tangan ini diletakkan caption "Saya akan tampar orang yang lawan DAP". 
Kemudian orang yang upload gambar bercaption ini meletakkan caption tambahan dalam posting dengan kata-kata "Mai laa tampaq aku kalau berani", dan seumpamanya. 
Setelah itu, akan datang para tukang komen menambah minyak memaki hamun atuk Patriot itu.


2) Ini adalah contoh cyberbully dan fitnah yang tidak sepatutnya dibuat. Walaupun betul atuk Patriot itu menyokong PH dan DAP, tetapi ia tidak menghalalkan anda untuk bikin caption rekaan yang atuk tu tak pernah sebut pun. Kemudian dimaki pula terhadapnya atas sesuatu yang dia tak kata. Marah bagaimana pun pada seseorang, tak boleh anda mereka-reka fitnah terhadapnya.

3) Sama juga apabila Menteri Keewangan kata nak buat punjaman RM35 bilion dari pasaran tempatan, maka anda pun reka cherita "Haaa... pasaran tempatan mana lagi kalau bukan nak sapu duit KWSP". 
Setelah itu para followers dan friend FB pakat kutuk dan maki atas andaian tersebut. Ia akan berangkai sehingga akan muncul tuduhan-tuduhan yang boleh mendatangkan keresahan, dan mungkin boleh betul-betul terciduk disaman pula.

4) Padahal yang mula-mula membuat andaian itu tak tahu apa-apa pun. Hanya meluahkan rasa benci dihati sahaja tanpa ada fakta. Yang duk membahan beramai-ramai adalah para penyebar fitnah, fitnah itu circulate dalam kalangan penyebar sehingga akhirnya mereka sendiri meyakini fitnah itu sebagai benar. 
Mereka akan olah keyakinan mereka dengan mengadunkan fitnah itu dengan berita-berita separa benar. Akhirnya orang-orang yang tidak cermat akan menerima cherita itu bulat-bulat.

5) Kaedah ini berlaku dalam setiap parti dan blok politik, blok mazhab, dan seumpamanya - atas dasar mahu menunjal lawan mereka semahu-mahunya. Bezanya, banyak atau sedikit. Bezanya ia dilakukan atas keterlanjuran, ataupun ia memang core strategy. 
Jika ia adalah terlanjur memfitnah, mereka akan mohon maaf setelah ditegur. Jika ia adalah core strategy, ia akan terus diputar dan dipusing selagi boleh.

6) Berhentilah buat kerja macam tu. Kita mesti didik diri kita untuk jujur dan berdisiplin. Supaya menjadi contoh kepada generasi seterusnya. Supaya kita dapat memutuskan rantai wabak memfitnah dan mereka fitnah. 
Buatlah perintah kawalan fitnah - diperketat atau bersyarat. Selamatkan kita, ahli kita daripada terjebak dengan sikap buruk ini. Yang pernah buat, kita sama-sama stop. Dan juga sama-sama tak payah layan kalau ada jenis buat gambar letak caption merepek. Saya pun pernah juga buat. Memes memang kelakar. Kadang-kadang hambar pun ada. Kalau boleh elakkan lah.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa


Komen MindaRakyat:  Orang Melayu Islam patut tampar ramai-ramai 'sekor' ni
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Dr Daroyah Rintislah! Jangan Sampai Pihak Lain Rampas Sngor?


Dr Daroyah Merintis Kejatuhan PKR Selangor?
Oleh Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff

SEMALAM kita dikhabarkan Adun Sementa, YB Dr. Daroyah Alwi, yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor telah meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Tindakan ini merupakan satu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini, Dr. Daroyah bukanlah dikenali sebagai seorang pemimpin yang kontroversi.
Sepanjang dua penggal beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, beliau adalah diantara ahli politik yang amat fokus dengan kerja-kerja pembangunan masyarakat dan tidak pernah terpalit dengan isu-isu picisan mahupun sensasi.
Sosok kepimpinan Dr. Daroyah kelihatan amat menyerlah sekali apabila beliau menjawat jawatan Exco Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Masyarakat, kerana pada ketika itu, dua institusi pembangunan wanita telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor & Institut Wanita Berdaya (IWB) Selangor.
Hasil kerjasama para pemimpin wanita Selangor yang direncanakan oleh YB Zuraida Kamaruddin bersama YB Haniza Talha dan YB Daroyah Alwi, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi pembangunan wanita dan kesejahteraan masyarakat secara amnya. Fokus utama mereka adalah untuk meningkatkan kualiti hidup yang merangkumi pemberdayaan, kesejahteraan dan pembangunan wanita telah mendapat pengiktirafan hingga di peringkat antarabangsa.
Seperti biasa, kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak tidak senang dengan pemimpin yang bekerja untuk rakyat. Agaknya Presiden Parti Keadilan dan para penyokongnya lebih senang dengan pemimpin yang hanya pandai menabur janji palsu dan bertindak sebagai lidah presiden sahaja.
Dalam satu kenyataan hari ini YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan merangkap calon Ketua Wanita Keadilan yang telah kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2018 mengatakan bahawa kehilangan Dr. Daroyah bukanlah satu perkara penting. Beliau berkata “Setakat yang keluar tu Keadilan tak luak pun”, apabila ditanya oleh wartawan berkenaan tindakan Dr. Daroyah untuk keluar parti.
Kenyataan dangkal YB Fuziah Salleh ini, sememangnya berbeza dengan kenyataan akhbar yang telah dikeluarkan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amiruddin Shaari, yang telah mengencam Dr. Daroyah dan menuntut untuk Adun Sementa itu meletakkan jawatan.
Menurut kenyataan media yang telah dihantar melalui laman Facebook, Dato’ Menteri Besar Selangor, mengatakan bahawa kononnya Dr. Daroyah telah mengkhianati rakyat, sedangkan apabila berbondong-bondong ahli parlimen dan adun pembangkang menyertai Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada suatu ketika dahulu, tidak pula Dato’ Menteri Besar Selangor menyebut tentang “pengkhianatan” yang telah mereka lakukan.
Dua kenyataan bercanggah dari Ahli Parlimen Kuantan dan Dato’ Menteri Besar Selangor ini menunjukkan bahawa PKR kini sedang berada di dalam keadaan terumbang ambing, hinggakan mereka tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi kepada para pemimpin mereka yang telah mengambil langkah berani untuk meninggalkan perjuangan sia-sia parti reformasi itu.
Sudah tentu Dr. Daroyah telah mengambil kira pendapat umum para pengundi beliau di DUN Sementa sebelum mengambil langkah yang amat drastik ini. Lagipun jika benar tindakan Dr. Daroyah ini tidak disukai oleh rakyat Sementa, sudah tentu 35 pemimpin akar umbi yang turut keluar parti bersama beliau tidak akan turut serta.
Pemimpin seperti YB Fuziah Salleh dan YB Amiruddin Shaari perlu lebih banyak bermuhasabah dan bertanya kepada diri mereka sendiri, sepanjang menjadi ahli parlimen dan adun, apakah jasa mereka kepada rakyat. Sehingga kini YB Fuziah Salleh masih lagi dihantui oleh penipuannya kepada rakyat Kuantan berkenaan isu Lynas dan YB Amiruddin Shaari (pada ketika itu beliau Exco Sukan Selangor) pula telah gagal untuk menguruskan pasukan bolasepak Selangor, sehinggakan pasukan rasmi negeri ini tidak lagi mampu untuk menggelarkan Stadium Shah Alam sebagai “home ground” pasukan tersebut.
Apa natijahnya, kedua-dua pemimpin yang gagal ini memberikan komen negatif kepada tindakan yang telah diambil oleh Dr. Daroyah, sedangkan mereka sendiri gagal menguruskan pelbagai masalah rakyat dalam portfolio jawatan yang mereka sandang.
Dr. Daroyah memilih untuk tidak menjadi hipokrit dan mengambil keputusan untuk berhenti daripada terus berjuang bersama pemimpin Keadilan yang sudah alpa dengan motif utama perjuangan parti tersebut. PKR ditubuhkan untuk membantu membantu rakyat Malaysia, terutamanya yang miskin dan tertindas, namun kini parti itu sudah hanyut dek pergelutan kuasa antara Mahathir & Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga merosakkan negara.
Syabas dan tahniah diucapkan oleh Dr. Daroyah kerana memilih untuk menjadi ADUN Bebas dan keluar daripada kepompong PKR yang telah menjadi begitu toksik dan menyesakkan. Pemergian beliau daripada parti reformasi tersebut adalah satu kehilangan besar kepada Parti Keadilan Rakyat, walaupun tidak akan diakui oleh para pemimpin tertinggi parti tersebut. (S.Tv)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai juga yang berbisik-bisik berkata, "Dr Daroyah! Rintislah.. Jangan sampai pihak lain rampas Selangor? 

PH, Sila Tuntut PRU 15 Awal. Jika Berani?


Pilihan Raya Umum awal digeruni PH. 

APABILA ahli Parlimen Sri Gading yang juga Timbalan Menteri Kerjaraya dikatakan akan letak jawatan awal bulan ini angkara krisis dalam BERSATU, ramai yang gelisah manakala ramai juga yang melonjak kegembiraan kononnya ia permulaan kejatuhan kerajaan 3 bulan Perikatan Nasional (PN).

Pimpinan Pakatan Harapan (PH) khasnya begitu ghairah, kami tidak sabar pulang ke Putrajaya, kami tidak sanggup menjadi pembangkang lebih lama, seolah membayangkan langkah Sharuddin Md Salleh benar-benar akan merobohkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertahan dengan majoriti 2 kerusi itu.

Pelbagai kekalutan dan tanda tanya timbul ketika itu. Ada pula yang menyebarkan berita kononnya 2 menteri dari BERSATU akan mengikut jejak Sharuddin dan PN akan kehilangan majoriti.

Indah khabar dari rupa, benar Sharuddin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri, tetapi beliau sendiri tidak pasti haluan politiknya dalam pengumumannya itu. Kesal terhadap tindakan yang dikenakan oleh BERSATU pada Tun Dr Mahathir namun beliau menyatakan akan kekal sebagai penyokong kerajaan pimpinan Muhyiddin. Sementara itu ura-ura dua orang Menteri BERSATU akan letak jawatan juga tidak berlaku.

Bermakna tiadalah sebarang kesan terhadap Kerajaan PN, bermakna kekallah mereka yang ghairah dan celupar itu duduk di bangku pembangkang mungkin sehingga ke penghujung penggal.

Dan tidak cukup dimalukan dengan sikap Sharuddin, selang beberapa hari Ahli Parlimen PKR Lubok Antu pula, Tambat Jugah Muyang mengisytiharkan keluar PKR dan menyokong Kerajaan PN. Tambat dalam PRU14 lalu menang kerusinya atas tiket Bebas dan kemudiannya menyertai PKR.

Ini bermakna PN bukannya berkurang majoriti sebagaimana digembar-gembur tetapi rupanya semakin kukuh dan mengikut maklumat ada beberapa lagi Ahli Parlimen dari PH dipercayai akan meninggalkan PH dan menyokong PN, iaitu sekurang-kurangnya 2 lagi dari PKR dan tidak mustahil beberapa dari PAN sendiri.

Peluang sama ada Tun Dr Mahathir atau Anwar Ibrahim naik menjadi Perdana Menteri (PM) kelihatan semakin tipis. Antara Tun dan Anwar pun kelihatan tegang, masing-masing dengan blok masing-masing saling curiga-mencurigai sesama sendiri. Dan pastinya yang paling kesal adalah DAP, kerana rupanya pemimpin-pemimpin Melayu yang mereka harap dan peralatkan semakin lemah dan ternyata tidak mempunyai kemampuan merobah arus politik negara untuk memungkinkan mereka kembali berkuasa.

Arus politik negara kini kuat ditentukan oleh rakyat yang mahukan kestabilan, ketenteraman dan peluang untuk memulihkan kembali negara pasca COVID-19. Rata-rata dalam tempoh 3 bulan ini rakyat begitu yakin dan meletakkan kepercayaan tinggi pada Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. Kerajaan ini dilihat begitu terbuka, mendengar keluhan dan rintihan rakyat serta mampu menyatupadukan rakyat khususnya orang-orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk dalam negara.

Yang dominan di dalam PH kini adalah DAP, PKR, WARISAN dan PAN. Mereka disertai oleh kumpulan lima Ahli Parlimen dari BERSATU yang dipecat diketuai Tun. Antara mereka saling berbalah, Anwar mahu tegaskan yang beliau telah mengambil-alih kepimpinan PH lantas calon PM kiranya ada upaya PH kembali berkuasa adalah beliau, manakala Tun pula berlagak seakan beliaulah ketua dan calon PM dengan diapit kuat DAP dan PAN.

Dalam suasana semasa, PH tidak berupaya merangkul kembali kuasa yang terlepas dari tangannya setelah berkuasa 22 bulan sejak PRU lalu melainkan jika berlaku tindakan berpaling tadah oleh Ahli-ahli Parlimen PN.

Setakat ini ia tidak berlaku sebaliknya yang melompat adalah dari kalangan PH sendiri. Mengapa tidak mendesak diadakan Pilihan Raya Umum dengan menyerahkan mandat kepada rakyat?

PM selaku ketua parti kerajaan mempunyai opsyen dengan perkenan Tuanku untuk memohon Parlimen dibubarkan, tetapi dengan kestabilan 2 atau lebih majoriti dalam Parlimen, tidak ada sebab Muhyiddin perlu bertindak demikian.

Anehnya PH sendiri tidak pernah menuntut Parlimen dibubarkan sejak PN naik berkuasa. Jika benar kerajaan tidak stabil dan sukar diurus dengan majoriti yang tipis tidakkah membubarkan Parlimen pilihan terbaik?

Muafakat Nasional (MN), iaitu Umno dan PAS yang kuat mendukung Kerajaan PN hari ini berusaha mengukuhkan Kerajaan PN di pelbagai peringkat. Namun demikian kiranya ditakdirkan tiada pilihan lain selain menghadapi PRU bagi mendapatkan baru, Muafakat Nasional sudah bersedia menghadapi PH. Soalnya bagaimana dengan PH?

Jelasnya PH tidak bersedia, penyatuan parti-parti politik Melayu di bawah payung MN memberi isyarat bahawa kuasa politik Melayu kini bersatu dan utuh tidak sebagaimana PRU ke-14 lalu sehingga mampu memenangkan PH.

Adalah dijangkakan kiranya PN berhadapan satu lawan satu dengan PH, hampir keseluruhan kerusi-kerusi Parlimen majoriti Melayu lebih 50 peratus iaitu kira-kira 102 di Semenanjung sahaja akan dimenangi PN. Manakala jika diambil kira kerusi-kerusi majoriti Melayu atau Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak pula bermakna MN dengan bantuan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak mampu memenangi lebih dari 120 kerusi iaitu cukup untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ini tidak termasuk beberapa kerusi campuran yang pengundi Melayu Islam dominan contohnya Bangi 49 peratus dan Bentong 47 peratus yang kini diwakili DAP. Dan ini juga tidak termasuk kerusi-kerusi campuran yang mungkin dimenangi MCA, MIC dan parti-parti Bumiputera bukan-Islam di Sabah dan Sarawak.

Kerana itu PH tidak berani menuntut Parlimen dibubarkan. Jika bubar di waktu ini, adalah dijangka PKR dan PAN akan menjadi mangsa utama lenyap dihanyutkan oleh penolakan kuat dari pengundi Melayu Islam khususnya manakala DAP sendiri akan kehilangan beberapa kerusi dari 42 yang ada dalam tangan. Dalam keadaan begitu MN tidak perlu cemas.

Hari ini tugas utama BN, PAS, BERSATU, GBS di Sabah dan GPS di Sarawak adalah untuk memperkukuhkan MN yang sangat disenangi dan mendapat penarafan tinggi di kalangan rakyat. Tunjukkan kematangan dan belayarlah bersama aspirasi rakyat.

PH lah sesungguhnya yang berada dalam situasi tenat. Jika ada lagi saki-baki dari blok mereka dari kalangan Ahli-ahli Parlimen yang melompat menyokong PN, mereka semakin goyang dan rapuh atau jika atas apa sebab sekalipun Parlimen perlu dibubarkan, mereka juga bakal menjadi mangsa.

Ringkasnya tiada masa depan buat PH dalam politik Malaysia hari ini. Ditelan mati emak diluah mati bapa. Sedarlah untung nasib sendiri, kurangkan bermimpi dan berangan-angan dan terimalah realiti politik hari ini.


ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/6/2020

Hibur Hibur Sikit

Oslan Husein - oh mama



oslan husein - kampuang nan jauh di mato


Sunday, June 14, 2020

Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Realiti? -Dr Zainur


Pen’China’an Malaysia – Adakah Mitos atau Satu Realiti?

SEKALI lagi saya ingin mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan terkini yang berlaku di Tanah Air kita dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ia bukan isu rasis atau perkauman, sebagaimana MCA, DAP, Gerakan, Dong Zhong, Hua Zong dan Dewan Perniagaan Cina boleh bersatu demi depan bangsa mereka di bumi bertuah yang bernama Malaysia.

Perkara yang dibincangkan ini bukan isu Barisan Nasional atau bukan isu Pakatan Harapan atau isu Perikatan Nasional. Ia bukan isu DS Najib, Tun Mahathir dan DS Anwar atau isu TS Muhyiddin Yassin tetapi ini adalah isu kesejahteraan dan keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya sekali-kali tidak mengangkat tajuk ini atas alasan untuk membina tahap kebencian kepada rakyat Malaysia berbangsa Cina atau menganggapnya sebagai musuh, selagi semuanya mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 63  tahun yang lalu.

1. Tanah Melayu pernah disebut beberapa kali sebagai sebahagian daripada wilayah ke-20 Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938). {Anwar Abdullah - Biografi Dato Onn – 2004 - UKM}.

2. Saya sangat 'concern' dengan kesejahteraan dan masa depan negara dengan berlakunya lambakan ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

3. Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendapati tiada rekod tarikh keluar lebih 95 peratus pelancong China dan India yang melawat ke negara ini antara 2016 sehingga tahun lalu. Di antara tahun 2016 - 2018 data ketibaan 79,799 warga China melalui Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) didapati sebanyak 76,258 (95.6 peratus) kes tidak mempunyai rekod tarikh keluar. {Sinar Harian 3 Dis 2019}

4. Saban minggu kita mendengar berita warga China ditangkap di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka, Puchong, Ampang dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Kebanyakan mereka terlibat dengan industri perjudian atas talian dan industry pelacuran. Ia adalah satu 'open-secret'. {Sinar Harian 12 Dis 2019}

5. JPN mendedahkan bahawa dalam tempoh 2011-2015 sahaja sebanyak lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan yang tidak didaftarkan. {Astroawani – 21 Mac 2016}

6. Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan passport yang telah berlaku kepada warga asing terutamanya dari tanah besar China. {The Star 30 Oct 2019}

7. Ini tidak termasuk ribuan pekerja warga China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM. Di antara projek-projek mega tersebut adalah Forest City (Johor), Malacca Gateway, Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Sepanggar (Sabah), Perlis Inland Port, ECRL, Terowong Pulau Pinang, Pelabuhan Pulau Carey (Selangor), Sarawak Steel Plant dan puluhan projek yang lain.  {PenChinaan Malaysia - 2018 - IRIS}.

8. Rakyat China merupakan warga asing yang paling ramai membeli rumah di Malaysia melalui program Malaysia My Second Home {UKM e-journal}. . Bahkan inisiatif kerajaan China menggalakkan warganya menetap di Malaysia dengan memberi kemudahan pinjaman peribadi melalui China Bank of China cawangan Malysia. {PenChinaan Malaysia - 2018 - IRIS}.

9. Pemilikan dokumen rasmi seperti kad pengenalan, sijil kelahiran dan passport yang pernah didedahkan dahulu merupakan kemuncak kepada kerisauan kerana ia membuktikan wujudnya pengkhianat dan petualang negara yang terdiri daripada orang dalam agensi kerajaan. {Berita Harian 12 Nov 2019}

10. Rakyat malaysia juga sangat risau dengan perkembangan di Laut China Selatan dengan pelbagai cubaan kapal pengintip, kapal nelayan dan armada laut China yang menceroboh perairan Malaysia dan telah membina persiapan ketenteraan mereka secara besar-besaran di Laut China Selatan. { Asyraf Farique - Landskap Mei 2020 - IRIS}

11. Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain akibat berhutang kepada negara China. {NY Times 25 June 2018}

12. Rakyat Malaysia juga ‘concern’ dengan siri cubaan dari dalam negara untuk menghidupkan ideologi komunis, contohnya dengan kes menyeludup masuk debu mayat mendiang Chin Peng (Ketua PKM) ke Perak pada September 2019. {Astroawani 28 Nov 2019}

13. Ada juga di kalangan rakyat Malaysia termasuk ahli politik yang turut memperjuangkan agenda komunis secara terbuka dengan menghadiri perhimpunan seramai lebih 300 orang bekas anggota komunis Malaya di Kole New Era Kajang. {Berita Harian 1 Dis 2019}

Saya menyarankan agar para YB Menteri dari PN dan semua  Ahli Parlimen dari kalangan orang Melayu dan umat Islam untuk mengkaji isu ini serta memperjuangkannya bersama di Dewan Rakyat.

Ini bukan isu BN atau PH atau isu PN tetapi ini adalah isu keselamatan dan kesejahteraan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara Malaysia yang tercinta. Setiap yang mengaku sebagai rakyat Malaysia mesti membuktikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara yang tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.
Dr Zainur Rashid Zainuddin


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

BAB 1
CATATAN SANTAI MERLIMAU
BAB 2
Bab 3
Akan terus bersambung..

Membuat komen jelik di laman sosial terhadap Tunku Mahkota Johor..

Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh
Patrick Teoh mengaku tidak bersalah

JOHOR BAHRU: Selebriti dan deejay radio, Patrick Teoh, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komen jelik di laman sosial terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, Mei lalu.
Tertuduh, Teoh Kang Yong, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.
Mengikut pertuduhan, Teoh didakwa menggunakan laman sosial Facebook Page 'Patrick Teoh' secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik sifatnya iaitu 'Can anyone work out what this prince fler is trying to achieve with his video? If your initial reaction to watching is it What The F*CK!!! You are spot on. Niamah' dengan niat menyakitkan hati orang lain.
Tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 233(3) Akta yang sama.Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Hakim kemudiannya menetapkan 20 Julai depan bagi serahan dokumen, selain menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Syafiq Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam Wong Hong Yi dan M Puravalen.
Terdahulu, Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan institusi diraja Johor, sebelum keterangannya diambil.
Beliau kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan direman lima hari mulai 10 Mei lalu sebelum dilepaskan dengan jaminan polis. (BH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails