Tuesday, June 16, 2020

Musuh Dalam Selimut K'jaan PN? Lihat Ini..



Apa Agenda Saifuddin Lantik Eric Paulsen Sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi Dan Multimedia


Perlantikan Eric Paulsen si penghina Islam, Raja Raja Melayu dan bangsa Melayu sebagai Ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) oleh Menteri Komunikasi dan Mltimedia, Saifuddin Andullah menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia.

Bukan kita mempertikaikan kuasa melantik seseorang yang dirasakan sesuai oleh menteri tetapi persoalannya mengapa seorang yang telah berkali-kali menghina Islam (DI SINI) (DI SINI) dan (DI SINI), Raja Raja Melayu (DI SINI) dan ulamak (BACA DI SINI) dilantik untuk menyandang jawatan penting di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia?


Tetapi adakah seorang yang pro DAP dan telah berkali-kali mengeluarkan kenyataan yang menghina dan menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu Islam di negara ini sesuai dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan dan Komunikasi yang akan menentukan dasar dan pendekatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia? (BACA DI SINI).

Selain dari seorang yang pro DAP, Eric juga dikenali sebagai seorang yang berfikiran ekstrimis dan liberal (BACA DI SINI). 

Eric bukan sahaja tidak layak untuk dilantik sebagai ahli MPKM malah kedudukan beliau sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) mesti dikaji semula.

Kesetiaan Saifuddin terhadap Kerajaan Perikatan Nasional menjadi tandatanya dengan perlantikan Eric yang dikenali seorang yang pro DAP!!!

Atau Saifuddin masih lagi mahu meneruskan hajat untuk meratifikasikan ICERD?

Kita masih lagi belum melupakan bagaimana Saifuddin merupakan watak utama dalam usaha DAP untuk meratifikasikan ICERD (BACA DI SINI). 

Atau adakah Saifuddin adalah salah seorang menteri yang berwatak musuh dalam selimut dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan merupakan mata dan telinga kepada Dr Mahathir dan DAP?

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mesti lebih berhati-hati dan sentiasa ingat pesanan orang-orang tua kita :

"Di kalangan kawan terdapat musuh yang tetapi di kalangan musuh tidak akan ada kawan".

PH akan kalah sekiranya PRU mengejut diteruskan -Emir Research



KL: Pakatan Harapan (PH) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) mengejut diteruskan berdasarkan kajian mendapati tahap sokongan kepada PH didapati lebih rendah berbanding PN.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Dr Wan Mat Sulaiman, analisis tersebut dibuat berdasarkan kaji selidik firma Emir Research yang menggunakan 2,002 responden dari seluruh negara.
Malah, kaji selidik yang dibuat oleh TSIS sendiri juga menemukan dapatan-dapatan yang hampir sama dengan menggunapakai 1,451 responden dari seluruh negara.

Melalui kajian yang dijalankan, tahap sokongan responden kepada PH hanyalah 30 peratus berbanding tahap sokongan responden kepada Muafakat Nasional (MN) iaitu 52 peratus.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan oleh 55 peratus responden adalah mereka tidak pasti apakah hala tuju negara berada pada landasan yang betul dibawah pemerintahan PH.

Selain itu, 25 peratus dari responden berpendapat hala tuju negara di bawah PH berada dalam landasan yang salah.

Manakala, 36 peratus dari responden berpendapat ekonomi negara di bawah pemerintahan PH tidak berada pada tapak yang kukuh, dan 45 peratus tidak menyokong alasan tersebut.

Mengulas lanjut, menurut Dr Wan Mat, antara faktor-faktor yang menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap PH adalah persepsi negatif rakyat sendiri terhadap yang dilihat tidak mampu menyelesaikan isu-isu perkauman, keagamaan, isu pendidikan serta masalah ekonomi.

Ini dikukuhkan dengan bukti bahawa, 67 peratus atau 972 daripada keseluruhan responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu perkauman dan keagamaan berbanding 25 peratus responden yang berpuas hati.

Dalam kajian sama, 63 peratus responden tidak berpuas hati dengan kemampuan PH menyelesaikan isu-isu pendidikan negara berbanding 28 peratus daripadanya berpuas hati.

Manakala, 62 peratus berpendapat PH tidak mampu menyelesaikan masalah-masalah ekonomi negara dan sebaliknya bagi 29 peratus yang lain.

Justeru itu, ini memberi gambaran bahawa rakyat bakal melepaskan rasa tidak puas hati itu melalui PRU ke-15 dengan mengabaikan PH dan mengekalkan PN.

“Kesimpulan ini diperolehi khususnya melalui dapatan bahawa 57 peratus daripada responden menyatakan ketidakmampuan PH melaksanakan janji-janji di dalam manifesto pilihan rayanya.

“Malah, 62 peratus responden setuju dengan cadangan supaya Bersatu segera bergabung dengan Muafakat Nasional dan parti-parti politik selain dari PH,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Selain itu ulas beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi satu faktor penting dalam arena politik Malaysia berdasarkan kajian sama.

Hal ini kerana, melalui dapatan kajian, walaupun PH kekal diketuai oleh Tun Dr Mahathir, 55 peratus daripada responden tetap memilih Muafakat Nasional sebagai pakatan yang akan menang dalam PRU ke-15.

Membuat kesimpulan daripada kajian-kajian yang dijalankan, maka nyatalah bahawa PH akan mengalami kekalahan sekiranya berlaku sebarang pilihan raya yang diadakan dalam waktu terdekat.

Ini disebabkan, sekiranya berlaku pertarungan antara PH dan Muafakat Nasional, 55 peratus responden tetap memilih Muafakat Nasional lagi-lagi apabila Muafakat Nasional disertai Bersatu, bekas PKR dan parti-parti yang lain.- HARAKAHDAILY 15/6/2020

Pelantikan Eric Paulsen, Usikan Ganas Terhadap Dasar PAS..


Sejauh Mana Pas Bertahan

1. Pelantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia ( MPKM) umpama usikan ganas terhadap dasar PAS. Yang melantik sosok ini ialah Menteri Komunikasi, Saifudin Abdullah. Nampaknya Menteri beraliran PH ini masih ada 'engagement' dengan rakan-rakan PH-nya.

2. Ambang dan pasca penubuhan kerajaan Perikatan Nasional ( PN ), PAS cukup beradab dan bertoleransi demi menjaga kelangsungan kerajaan PN. Tiada suatu syarat pun PAS berikan kepada rakan dalam PN. PAS tak meminta jawatan Menteri Kanan, kouta untuk Menteri dan Exco peringkat negeri. PAS hanya terima apa yang ditawarkan. Yang penting bagi PAS, PN berada dalam keadaan kondusif dan kerajaan dapat menangani COVID19 serta menyelesaikan masalah ekonomi rakyat dengan cara yang terbaik.

3. PAS tak menyampuk atau campur tangan dalam urusan parti-parti dalam PN walaupun sebelum ini PAS tidak sebulu dengan Azmin dan geng PKR-nya serta Muhyiddin dengan geng BERSATU-nya. Sehingga orang nampak PAS ‘slow’ tetapi bagi aku ‘steady’.

4. PAS sedar jangka hayat kerajaan PN hari ini belum tentu panjang. Jadi, tak perlu gaduh-gaduh dan beriya-iya nak itu ini. PAS berusaha mengekalkan kerajaan ini sehingga tempoh matangnya demi kepentingan rakyat. Kalau ikut nafsu, PAS mahu sahaja diadakan PRU baru. Peluang PAS untuk menokok kerusi daripada 18 kepada sekurang-kurangnya 30 amat cerah berdasarkan situasi semasa.


5. Tetapi malangnya, kerajaan yang didominasi oleh bekas pemimpin-pemimpin PH ini nampaknya masih bersemenda dengan kekasih lama. Dan Saifuddin Adbullah dengan Eric Paulsen sudah sampai tahap bermukah. Lantas PAS, melalui pemudanya mula mencancang jari telunjuk agar jangan langgar sempadan kesabaran.

6. Kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli, "Walau apa pun tujuan dan motif yang ingin dicapai, pelantikan individu yang terkenal dengan promosi dan sokongan kuat terhadap pelbagai aliran sesat serta fahaman yang merosakkan struktur sosial seperti liberalisme, humanisme, hedonisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks songsang ini sama sekali tidak boleh diterima.

7. Sempadan PAS ialah dasarnya yang tak pernah ada kompromi. PAS boleh bertolak-ansur dalam hal ehwal jawatan atau agihan kerusi tetapi tidak pada dasar yang menghiris Islam. Rakan-rakan dalam PN perlu maklumi cara PAS berpencak di gelanggang siasah. PAS muda dalam tenaga, tua dalam kata-kata. PAS tahu di mana tapak perlu diundur, di mana paras memasang kekuda, di mana rentak mengedik jari, di mana lenggok mengulik tari dan di mana penamat gerak dikunci.

8. Tuntasnya, Saifuddin Abdullah perlu menarik semula lantikan Eric Paulsen sebagai ahli MPKM. Dan pemimpin-pemimpin PN beraliran PH perlu jelas halatuju dan dasar kerajaan baru yang terasnya ialah Muafakat Nasional ( MN ). Umpama kisah, Semerah Padi aman kampungnya. Jangan bermukah. Bila bermukah datanglah petakanya.

Monday, June 15, 2020

Perkauman Di AS: Satu Lagi Kulit Hitam Ditembak Mati..

Seorang penunjuk perasaan ditahan polis selepas berpuluh berarak membantah kematian Rayshard Brooks di jambatan di Atlanta, Georgia yang dihadang polis. Foto AFP
Seorang penunjuk perasaan ditahan polis selepas berpuluh berarak membantah kematian Rayshard Brooks di jambatan di Atlanta, Georgia yang dihadang polis. Foto AFP
Kematian seorang lagi lelaki kulit hitam tingkat kemarahan


WASHINGTON: Satu lagi kematian akibat ditembak oleh pegawai polis di Atlanda dikhuatiri menambah kemarahan di Amerika Syarikat (AS) yang kini berdepan dengan situasi perkauman, protes jalanan dan peletakan jawatan oleh ketua polis.
Kematian pemuda berusia 27 tahun, Rayshard Brooks dinyatakan sebagai tuduhan bunuh oleh pejabat pegawai perubatan, semalam.


Serangan pada Jumaat lalu itu menimbulkan kemarahan, kejutan dan kekecewaan sejak tragedi George Floyd di Minneapolis, Minnesota pada 25 Mei lalu.
Datuk Bandar Atlanta, Keisha Lance Bottoms dalam satu sidang akhbar pada Sabtu lalu mengumumkan Ketua Polis, Erika Shields meletak jawatan.
"Saya tidak percaya ia harus diadili dengan kematian," kata Bottoms selepas pegawai yang menembak Brooks, dikenal sebagai Garrett Rolfe diberhentikan.
Menurut Atlanta Journal-Constitution, Peguam Daerah Fulton, Paul Howard pula berkata, pejabatnya sedang mempertimbangkan sama ada untuk menuduh Rolfe dalam tuduhan jenayah menjelang minggu ini.
Ahli Kongres South Carolina, James Clyburn yang juga berbanga Afrika-Amerika menyatakan, kes itu sebagai satu pembunuhan.
"Tragedi ini tidak sepatutnya berakhir dengan kematian. Saya tidak tahu budaya mana yang menyebabkan dia bertindak demikian. Ini semestinya budaya dan juga sistem," katanya kepada CNN.
Tragedi pada Jumaat lalu itu berlaku apabila polis memberi respons kepada aduan yang mendakwa Brooks yang tidur dalam kereta menghalang laluan di restoran Wendy's.
Biro Siasatan Georgia menjelaskan, Brooks gagal dalam ujian mabuk dan cuba melepaskan diri selepas dia cuba ditahan dan salah seorang daripada polis itu yang menggunakan pistol renjatan elektrik yang kemudiannya dirampas Brooks dan cuba melarikan diri.

Gopal Sri Ram Besar Kepala Semasa PH Perintah. Isu 7 Perkara..


Bukti sudah ada, Gopal Sri Ram mesti disiasat – Puad Zarkashi  

Ada sebab kenapa pendedahan TS Apandi Ali bukan lagi kejutan. PH dan Tun M telah pun dihukum oleh rakyat. Kekejian mereka dibalas apabila mereka jatuh tergolek dengan mudah.

Tetapi apa yang mengejutkan ialah, bagaimana Gopal Sri Ram boleh mempengaruhi agensi penguatkuasa untuk mengatur penangkapan Najib?

Gopal beritahu Apandi...”Mahathir mahu kamu tangkap Najib di pejabatnya. Kami telah atur polis dan majistret untuk perintah reman”.

Berapa bayaran yang Gopal Sri Ram terima dari Mahathir. Takkan percuma? Memang luar biasa Gopal Sri Ram ni apabila berani jumpa Apandi Ali membawa arahan Mahathir.


Gopal Sri Ram mesti disiasat segera. Dia bukannya kebal. Dia memerintah. Ada beberapa isu berkaitan untuk diteliti.

1. Kenapa Gopal Sri Ram mendiamkan diri terhadap pendedahan itu?

2. Dalam mesyuarat Kabinet semasa PH memerintah, Tun M sentiasa menyatakan kekecewaannya kerana Tommy Thomas gagal memenjarakan Najib dengan segera.

3. Sebab itu Gopal Sri Ram di minta menyediakan kertas pertuduhan terhadap Najib.

4. TS Muhyiddin pernah mengaku dalam mesyuarat MKT UMNO bahawa memang wujud konspirasi untuk jatuhkan Najib. Konspirasi itu real. Cuma dia menafikan dirinya terlibat.


5. Video pengakuan Muhyiddin itu telah viral.

6. Video perbualan Rosmah dan TS Dzulkifli (ex SPRM) yang dibocorkan oleh Lateefa Koya, mendedahkan TS Dzul macam nak menangis kerana Najib akan didakwa.

7. Bagaimana Tun M boleh menembusi agensi penguatkuasa ketika itu? Apakah ia tidak akan berulang lagi?

Justeru, saya setuju seranan TS Dzulkifli (Ex SPRM) supaya Peguam Negara mengkaji semula kes yang melibatkan Gopal Sri Ram.

Dia juga mesti disiasat secara maksimum. Pertemuan dan perbualan di rumah TS Apandi Ali itu telah dirakam. Bukti sudah siap.


– Dr Puad Zarkashi

(https://cin-ca.blogspot.com/)

Islam Itu Memerintah, Bukan Diperintah. Belajar Dari PAS.

Belajar daripada PAS


Seorang pimpinan pusat PPBM keluarkan kenyataan semalam. Katanya UMNO perlu berkorban demi keutuhan Perikatan Nasional dan semua parti dalam PN akan sama taraf supaya gabungan itu bertahan lama.



Inilah masalah orang tak sedar diri tapi nak bercakap.

Punca Pakatan Rakyat runtuh dahulu adalah kerana semua parti mahu disamatarafkan. Benda ini adalah sesuatu yang mustahil kerana nature Islam itu adalah memerintah dan bukan diperintah.

Apabila PAS cuba diperintah DAP dengan halangan pelaksanaan RUU355 serta pemungkiran dalam pengenalan semula pilihanraya kerajaan tempatan, maka ikatan itu musnah. Pemimpin yang rela PAS diperintah pula akhirnya terbuang dengan sendiri.

Pakatan Harapan juga musnah kerana itu. Apabila majoriti kelompok yang tidak mesra Islam cuba menguasai PH, maka ia menyebabkan orang-orang Melayu meminggirkan gabungan ini.

Ia mengakibatkan kekalahan berturut-turut PPBM dalam siri PRK dan akhirnya menjadi penultimate keluarnya parti tersebut daripada Pakatan Harapan.

Ini yang pemimpin PPBM kena sedar. Muafakat Nasional tidak memerlukan PPBM. PPBM yang memerlukan kami.

Satu lagi, belajarlah daripada PAS. 

PAS ada sekitar 950 ribu ahli – menjadikan mereka parti kedua terbesar di Malaysia selepas UMNO (3.6 juta ahli). PPBM tu ahlinya tak sampai 150 ribu orang. Itupun sebelum berpecah dua.

Tapi PAS tak pernah demand untuk menguasai Muafakat Nasional. Mereka tidak meminta lebih daripada apa yang mereka perlu.

Malah dalam kenyataan rasmi MN pun, Dato Takiyuddin (SUA PAS) menggunakan jawatan Setiausaha Agung II dan TS Anuar Musa (SUA UMNO) menggunakan jawatan Setiausaha Agung I.

Ini menunjukkan bagaimana PAS merai, menghormati dan mengutamakan UMNO atas sifat kekuatan sedia ada parti tersebut.

Penghormatan inilah yang melahirkan kepercayaan sehingga BN boleh menang dalam siri-siri PRK di Semenanjung dan Sabah.

Pemimpin PPBM kena ingat. Melayu ini hidupnya berjemaah. Kalau sekadar menunggang karisma TSMY, masa depan PPBM tidak akan ke mana. Kebencian keterlaluan kepada BN sepertimana PRU14 pun sudah hampir tidak ada.

Malaysia mempunyai 155 kerusi parlimen luar bandar – semuanya majoriti Melayu. Muafakat Nasional tidak pernah memerlukan kamu.

https://www.malaysia-today.net/2020/06/14/umno-perlu-banyak-berkorban-jika-mahu-pn-diteruskan-kata-wan-saiful/

Buka Semula Skandal Forex RM33 Bilion 1990an. Syabas PN!


Anwar alu-alukan saranan Najib siasat skandal forex Mahathir  

Anwar Ibrahim menyambut baik saranan bekas perdana menteri Najib Razak agar Jabatan Peguam Negara membuka semula fail siasatan mengenai skandal pertukaran wang asing (forex) bernilai RM33 bilion pada 1990-an.

Presiden PKR itu - yang merupakan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada waktu tersebut - turut mengucapkan terima kasih kepada Najib atas cadangan berkenaan sambil menegaskan bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan berkaitan skandal itu.

"Sekiranya kita ingin menyiasat skandal forex, saya setuju, tidak ada halangan untuk itu.


"Apa penting ialah saya tidak mencuri satu sen pun, saya tidak mencuri RM1 bilion, saya tidak mengambil balak dan saham.

"Oleh itu, jika (pihak berkuasa) ingin menyiasat forex atau 1MDB, teruskan," kata Anwar dalam tazkirah yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.

Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) begi meneliti skandal forex pada 2017 mendapati bahawa Bank Negara kehilangan RM31.5 bilion dalam perdagangan pertukaran mata wang antara 1992 dan 1994.

RCI itu juga berpendapat perdagangan "berlebihan" dan "spekulatif" itu merupakan pelanggaran jenayah amanah di bawah Seksyen 406 dan 409 Kanun Keseksaan.

Suruhanjaya itu mengesyorkan agar perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Anwar disiasat untuk menentukan sama ada mereka menyembunyikan fakta tersebut daripada kabinet.

Namun, tahun lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata bahawa laporan polis berdasarkan penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai perkara itu telah diklasifikasikan sebagai "tidak ada tindakan lanjut".

Hal itu katanya berlaku disebabkan kurangnya bukti dokumen mengenai dakwaan salah laku, dan juga bahawa pengadu yang asal - iaitu setiausaha RCI Yusof Ismail - menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 30 Nov 2017. – Mkini


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bongkar terus! Pastikan yang bersalah terus menerima hukuman. Syabas Najib dan Anwar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails