Sunday, June 21, 2020

Surung Papan Tarik Papan, Makin Jauh Anwar Jadi PM..


Tun tolak Anwar dan Anwar tolak Tun

SETELAH berhari-hari terlibat dalam politik sorong papan tarik papan akhirnya hari ini PKR memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri (PM), dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan (PH) mencalonkan hanya nama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk jawatan berkenaan.

Soalnya masih adakah konsensus PH itu, kerana pada pemahaman ramai ianya terbatal apabila DAP dan PAN bersetuju dengan cadangan kumpulan Tun dan WARISAN untuk sebaliknya mengangkat Tun sebagai calon PH Plus?

Dengan keputusan PKR itu bermakna mereka menolak Tun sebagai calon PM dan dengan itu juga bermakna menolak cadangan kumpulan Tun dan WARISAN yang mempunyai 14 kerusi Parlimen.
Kurang 14 kerusi maka makin jauhlah harapan Anwar menjadi PM. Bagaimana pula dengan DAP dan PAN? Adakah mereka kekal mahu bersama PKR sedangkan mereka juga menolak pencalonan Anwar setelah mendengar pandangan Tun. Mereka lebih yakin pada Tun berbanding Anwar.
DAP dan PAN pula menguasai 53 kerusi dan jika mereka bertegas mahukan Tun sebagai calon PM bermakna PKR kehilangan 53 kerusi lagi dan dengan itu Anwar kekal di bangku pembangkang sehinggalah ke penghujung penggal.
Dengan perkembangan ini masih berupayakah kumpulan pembangkang yang porak-peranda itu ‘menggulingkan’ Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin?
Anwar dan PKR tidak percaya Tun manakala Tun pula tidak percaya Anwar. DAP dan PAN asalnya menyokong Anwar, kini merasakan Tun lebih layak. Jelas blok pembangkang sudah berpecah-belah dan dengan suasana sedemikian maka berakhirlah apa sahaja angan-angan atau mimpi kosong mereka mahu merobohkan Kerajaan PN.
PRK DUN Chini yang penamaan calonnya esok pun langsung tidak mereka pedulikan, yang mereka sibuk siapa calon ‘bakal’ PM.
Demikianlah nasib si labu-labi, konsensus gagal diperolehi, dan sesama mereka berbalah dan bersengketa. Semakin cerah dan bersinarlah masa depan PN, kekal memerintah dengan dukungan rakyat sehinggalah ke PRU ke-15 nanti.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 19/6/2020


Lihat Sebelum Ini..
Buku IH-121: Kemelut  Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

Terkini, 2,000 ahli cabang keluar parti



Seorang pemimpin PKR Cabang Kalabakan di Tawau, Sabah mendakwa kira-kira 2,000 ahli cabang itu termasuk ahli jawatankuasanya keluar parti hari ini.

Timbalan ketua cabang Mohd Jailani Chachu berkata mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap parti.
Keputusan dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan mana-mana pihak, katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Kampung Kijang, Merotai dekat Kalabakan.
Mengulas lanjut, Mohd Jailani berkata keputusan itu juga sebagai tanda solidariti kepada bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kalabakan Asis Bakri yang dipecat daripada PKR pada April lepas tanpa asas yang kukuh.

Sementara itu, Setiausaha cabang Samsir Bakri yang turut hadir berkata tindakan keluar parti tersebut tidak akan menghentikan tanggungjawab mereka menyantuni dan memperjuangkan nasib masyarakat.

Menurutnya, mereka akan bergerak dalam pertubuhan bukan kerajaan dan memberi sokongan kepada Mohamed Azmin Ali serta bekas pemimpin PKR lain yang berada dalam blok kerajaan Perikatan Nasional ketika ini

"Sokongan tidak berbelah bagi juga kami nyatakan kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin," katanya.
 Bernama

PH tidak minat ambil alih k'jaan, pula..- Dr M.

PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan - Dr Mahathir
Dr Mahathir ketika hadir pada program sembang santai bersama ahli Bersatu Langkawi, malam tadi. - Astro AWANI

LANGKAWI: Pakatan Harapan (PH) seolah-olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia susulan keputusan PKR yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, tidak sependapat dengan ahli PH lain, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP, yang mahukan beliau.


“Itu terpulang kepada mereka, kita tidak akan paksa kalau mereka tidak bersetuju. Tetapi, kita pun tidak bersetuju juga dengan dia.

"Jadi, itulah keadaan sekarang, tergantung-gantung, tidak ada keputusan. Ini menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak berminat untuk kalahkan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin),” katanya.


Bekas perdana menteri itu ditemui selepas menghadiri program sembang santai bersama ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi, malam tadi.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas keputusan PKR menolak cadangan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri, sebaliknya memilih Anwar, jika PH berjaya mengambil alih kerajaan.

DAP dan Amanah pula memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dengan alasan Anwar dilihat gagal memperoleh sokongan. (AA)

Jual Isteri Melalui Facebook.

Suspek berusia 35 tahun berasal dari Gresik menawarkan isteri kepada lelaki hidung belang untuk memberi layanan seks.

Jakarta: Seorang lelaki ditahan polis Surabaya kerana menjual isterinya kepada lelaki hidung belang dengan alasan wanita itu memiliki nafsu seks yang tinggi.
Selain itu, suspek memberi alasan kemerosotan ekonomi dan kecurangan isteri antara faktor dia berbuat demikian.
Siasatan polis mendapati lelaki itu menawarkan isterinya untuk dijual menerusi Facebook, Selasa lalu.
Suspek berusia 35 tahun berasal dari Gresik menawarkan isteri kepada lelaki hidung belang untuk memberi layanan seks.
Ketua Polis Surabaya Ardian mengesahkan tangkapan ke atas suspek atas perbuatan kejinya itu.
Ardian menjelaskan, kes terbongkar hasil pengawasan siber diketuai Ketua Unit Perlindungan Perempuan dan Anak (PPA) Harun.
"Kami dapati memang ada transaksi dilakukan sebelum suspek ditahan.
"Suspek menawarkan isterinya melalui beberapa hantaran di kumpulan Facebook, selepas memperoleh tawaran daripada pelanggan dengan harga dipersetujui, pasangan itu bertemu di hotel dijanjikan," katanya.
Katanya, polis menyerbu satu bilik di hotel Jalan Mastrip, Surabaya ketika transaksi dengan pelangan dijalankan.
Polis menemui bil hotel, wang tunai Rp500,000 (RM151), telefon bimbit dan pakaian dalam.
"Kadar seks dikenakan antara Rp500,000 hingga Rp900,000 (RM273)," katanya.
Ketika ditemu bual wartawan, suspek mengaku dia perlukan wang sehingga sanggup menjual isterinya.
"Sudah dua kali saya jual isteri dengan menawarkan layanan seks.
"Awalnya isteri saya ada hubungan sulit, tapi saya masih sabar kerana memikirkan anak," katanya. -Agensi

Bagaimana Menulis Tulisan Cantik Begini.. -Nur Izzati

NUR Izzati (kiri) bersama tulisan kemas yang dikongsi di Instagram @soyoulikeart miliknya. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.
"SELEPAS bertahun-tahun berlatih dan berusaha, Alhamdulillah saya sangat berpuas hati dengan tulisan saya," kata Nur Izzati Abdul Rani.
Hasil daripada kegigihan, gadis kelahiran Ipoh berusia 25 tahun itu mampu menulis dalam pelbagai 'font' hingga menarik perhatian orang ramai.
Nur Izzati berkata, dia mula mempelajari beberapa teknik menulis disebabkan merasa kekok melihat tulisannya kurang kemas dan tersusun sebelum ini.
"Sebelum ini mak banyak kali tegur kerana tulisan saya agak tidak kemas. Saya mula tertarik dengan tulisan selepas melihat video di Instagram pada 2018.
"Sejak itu saya melatih diri dengan meniru 'font' yang ditetapkan. Saya mula dengan tulis 24 huruf secara berulang kali sebelum menukar kepada perkataan lebih panjang.
"Sekarang saya boleh menulis dalam tulisan berangkai yang saya belajar sejak 2016," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani. TULISAN tangan dihasilkan Nur Izzati. FOTO ihsan Nur Izzati Abdul Rani.

Nur Izzati berkata, penggunaan jenis pen dan pensil memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan dalam gaya tulisan.
Menurutnya, dia memilih pen dan pensil bersesuaian dengannya dan setiap jenis pen akan menghasilkan gaya tulisan berbeza.
"Selain itu saya semak cara orang lain menulis serta gaya genggaman mereka. Saya menulis dengan lebih selesa selepas mendapat genggaman betul.
"Sebelum ini saya menghabiskan dalam satu jam untuk menyiapkan satu muka surat bertulisan. Tetapi sekarang saya hanya menggunakan masa 40 minit sahaja," katanya.
Penuntut jurusan pengajaran Bahasa Inggeris di universiti awam itu berkata, dia tidak menyangka perkongsian dibuatnya meraih pujian dari orang ramai.
Katanya, dia gembira gembira dan terharu dengan semua sokongan diberikan.
"Saya sangat galakkan orang yang ingin mengubah tulisan supaya terus berlatih kerana saya mula dengan latihan dan bukannya 'gifted'," katanya. (MyMetro)

Najib sarankan Mat Sabu jadi calon Perdana Menteri PH.



Berikut adalah dari facebook Najib Razak.

“Mat Sabu pencetus kepada budaya berbincang secara ilmiah. Ingatkah anda isu Mat Indera? Atas lontaran beliau tentang Mat Indera, forum-forum dan perbincangan berkaitan sejarah negara menjadi perhatian dan menghidupkan budaya perbincangan ilmiah di universiti malah di kampung. Itulah penangan Mat Sabu.”
“Seperti yang pernah disebut Prof Dr Ridhuan dalam satu majlis penyerahan tesis oleh graduan seliaannya, beliau berkata, pemikiran Mohamad Sabu bukan sahaja terpancar di dalam negara bahkan hingga ke University Frankfurt cuma perjalanan dan pemikiran Mohamad Sabu tidak dirakam dalam bentuk tulisan menyebabkan ia seakan tidak terpandang dan tiada dalam rak di perpustakaan.”
“Sekiranya ditanya siapa pemimpin “Muslim Demokrat” yang ada di Malaysia selain Anwar Ibrahim, mungkin ramai yang tidak sedar bahawa orangnya adalah Mat Sabu.”
“Oleh sebab itu, hampir seluruh rakyat di negara ini baik di kampung mahupun bandar mengenali Mat Sabu malah kebanyakan orang kampung memanggil Amanah sebagai Parti Mat Sabu. Begitulah betapa tingginya jenama Mat Sabu di mata rakyat”

“Maka, sekali lagi saya sarankan dalam isu ini, mengapa tidak Mohamad Sabu yang menjadi pilihan?”
Datuk Seri Najib Tun Razak mebuat komen sinis di atas kerana menyinkap kembali tulisan Mohd Azhar dalam FMT beberapa tahun dahulu dengan tajuk,” PM Senwntara, Kenapa Tidak Mohd Sabu”.
Mohd Azhar adalah setiausaha Pemuda Amanah Tanjung Malim. (
https://mykmu.net/)

100 hari PN: Dr Zul JPM kongsi pengalaman



KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mampu ‘berbangga’ dengan pencapaiannya selama 100 hari hasil usaha yang telah dilaksanakannya walaupun dengan bilangan tenaga kerja yang kecil.

Menterinya, Dato’ Dr Zulkifli al-Bakri berkata, antara usaha terbabit adalah pihaknya telah menggerakkan program kebajikan melalui Musaadah Covid-19.

Menerusi program berkenaan katanya, sebanyak sepuluh kelompok menjadi golongan sasar yang memerlukan bantuan di seluruh Malaysia dengan perbelanjaan sudah mencecah RM196.3juta sehingga Mei 2020.
“Bermula 18 Mac 2020, kita menjelajah dari Perlis hingga ke Sabah bagi menyalurkan pelbagai bentuk bantuan dalam ruang lingkup kemampuan kami. Di Sabah dan Sarawak, JAKIM dan YADIM juga memainkan peranan.
“Alhamdulillah, kerjasama antara MAIWP, Bank Islam dan SMB Corp membuahkan hasil yang bermanfaat kepada umat Islam.” ujarnya.
Tambah Zulkifli, golongan usahawan dan asnaf yang kehilangan punca pendapatan turut
mendapat perhatian daripada mereka melalui inisiatif program pembiayaan mikro i-Teka.
“Mikro i-Teka merupakan program kewangan sosial yang bertujuan untuk menyokong dan memudahkan pembiayaan bagi usahawan mikro B40 dan asnaf yang kehilangan punca pendapatan dan perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19.
“Jumlah dana yang diperuntukkan sejumlah RM5.3juta,” jelasnya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Katanya, kementeriannya juga giat memperkemaskan medium penyampaian
saluran maklumat yang lebih kemas dan sistematik.
Dalam ucapannya, usaha baik mereka turut dipertingkatkan dengan pelaksanaan Kad Laporan Bulanan dan laman sesawang yang lebih mesra dan informatif kepada rakyat.
“Kami telah melancarkan laman sesawang www.mira.gov.my pada minggu lepas.
“Alhamdulillah, walaupun baru tiga, empat hari dilancarkan kunjungan sudah melebihi 20,000
pelawat.
“Saya telah memperkenalkan Kad Laporan Bulanan yang membolehkan masyarakat meneliti apa yang telah kami laksanakan sepanjang 100 hari ini dan ianya boleh dibaca dan dimuat turun di laman sesawang tersebut,” jelasnya lagi.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu turut berkongsi perancangan masa hadapan bagi kesejahteraan rakyat dengan usaha yang sedang dijalankan.
Katanya, antara perancangan tersebut penyusunan semula kitab tafsir Al-Quran berbahasa Melayu agar lebih membumi dengan sosio budaya Malaysia.
Ini termasuk usaha penterjemahan hadith yang sedang dijalankan dan bakal dilancarkan pada awal 2021.
Pelbagai lagi usaha baik kementerianya dalam memastikan kebajikan rakyat akan terus terpelihara.
Di samping beliau akan sentiasa menjadikan sosial media sebagai satu medan untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat Malaysia.- HARAKAHDAILY 17/6/2020

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails