Sunday, June 28, 2020

P Ramasamy DAP cetus kontroversi, pertahan kuil haram pula..


Semua 'naik kepala' bila pemimpin Melayu terlalu apologetik

BANGI, 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Pemimpin parti tamak haloba DAP, P Ramasamy seolah-olah tidak sedar diri apabila mengumpulkan pemimpin politik dan media bagi mendapatkan sokongan untuk mempertahan beberapa kuil yang akan diruntuh kerana dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, tindakan melampau pemimpin DAP disebabkan sikap pemimpin Melayu yang terlalu bersikap apologetik.
“Semua orang naik kepala kerana kerajaan terutamanya pemimpin politik Melayu terlalu apologetik dan tunduk dengan permainan politik mereka.
“Tahukah anda bahawa rakyat Malaysia keturunan India berjumlah 2.01 juta atau 7 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia? Tahukah anda bahawa kuil Hindu adalah rumah ibadat yang paling banyak di Malaysia, jauh melebihi jumlah masjid di seluruh negara?
“Tahukah anda bahawa ribuan atau puluhan ribu kuil ini dibina tanpa kebenaran mana-mana majlis daerah, majlis perbandaran dan majlis bandaraya?
“Tahukah anda bahawa mereka akan bergabung dan menggunakan saluran politik seperti DAP, MIC dan apa jua persatuan bagi mempertahankan kuil yang dibina secara haram?,” soalnya.
Terdahulu, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, mendesak kerajaan negeri di bawah pemerintahan Perikatan Nasional (PN) untuk menghentikan perobohan kuil dan peka terhadap isu-isu sensitiviti agama.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai tindak balas terhadap perobohan sebuah kuil Hindu berusia 100 tahun terletak di hadapan pintu masuk stesen keretapi Alor Setar di Kedah.

Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Masjid Melayu di Colombo


K'jaan berjaya majukan sosioekonomi T'ganu



PERTUMBUHAN ekonomi Terengganu pada 2018 yang rendah pada kadar 2.5 peratus dengan KDNK bernilai RM34.8 bilion (2017: 5.7 peratus, RM34.0 bilion) adalah susulan pelbagai ketidaktentuan dan disebabkan oleh perubahan teraju kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

Sesuai dengan fokus Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 lalu kepada aspek kesejahteraan sosial, isu-isu seperti pengembalian tanah; pemilikan tapak rumah dan rumah kediamaan; pemberian air percuma; penjagaan kesihatan; pengasuhan kanak-kanak; pembangunan institusi pendidikan agama dan pengecualian cukai rumah kediaman telah diberikan keutamaan.

Walaubagaimanapun, mengharungi situasi itu Kerajaan Negeri Terengganu telah berjaya meningkatkan jumlah projek pada 2018 kepada 12 projek susulan pertambahan 5 projek asing; sekaligus meningkatkan jumlah anggaran pelaburan kepada RM4.9 bilion dan melibatkan 2,096 pekerjaan berbanding hanya RM177.8 juta dengan 344 pekerjaan pada 2017.

Selain itu, usaha meraih hasil juga dapat dilihat menerusi pengeluaran pada 2018 kayu balak meningkat kepada 442,424 meter padu (2017: 383,819), getah 23,796 metrik tan (2017: 7,152), padi 74,914 metrik tan (2017: 69,319) dan kenaf 1,731.6 metrik tan (2017: 830.2). Jumlah ternakan kerbau, lembu, kambing dan bebiri juga meningkat kepada 134,401 pada 2018 berbanding 129,399 pada 2017.

Pada tahun 2018 sahaja, sebanyak 9,147 orang pencari kerja berjaya ditempatkan pekerjaan manakala 9,738 orang lagi ditempatkan pada 2019 menjadikan jumlah keseluruhannya bagi tempoh dua tahun ini ialah 18,885 pekerjaan.

Usaha-usaha ini telah menurunkan kadar pengangguran di Terengganu pada 2019 di bawah paras 4.0 peratus iaitu hanya 3.5 peratus sahaja berbanding 4.0 peratus, 4.2 peratus, 4.5 peratus dan 4.8 peratus masing-masing pada 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Bukan sahaja kadar pengangguran berjaya dikurangkan, bahkan jumlah penduduk dengan pekerjaan berkemahiran dan berpendapatan tinggi terutamanya sebagai pengurus, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu juga bertambah daripada 100.4 ribu orang pada 2017 kepada 102.1 ribu orang 2018 dan 103.5 ribu orang pada 2019.

Mengenai peluang perniagaan pula, jumlah syarikat dan perniagaan yang beroperasi di Terengganu menunjukkan pertambahan kepada 37,666 pada 2018 berbanding 37,246 pada 2017. Pada 2019 pula, hampir semua sektor menunjukkan pertambahan peratus perubahan bilangan berbanding pada 2018 iaitu sektor perkhidmatan (6.89%), pembinaan (6.37%), pembuatan (18.64%), pertanian (8.62%) serta perlombongan dan pengkuarian (17.51%).

Selari dengan KDNK per kapita pada 2018 yang meningkat kepada RM30,216 (2017: RM29,347; 2016: RM27,268), pendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat kepada RM6,737 pada 2018 berbanding RM6,238 pada 2017 dan RM5,776 pada 2016.

Bilangan jenayah pula menurun kepada 1,532 kes pada 2018 berbanding 1,903 kes pada 2017 dan 2,087 kes pada 2016. Ini sekaligus meletakkan Terengganu sebagai negeri paling selamat dengan indeks jenayah paling rendah di Malaysia tahun 2018.
Kenyataan rasmi pemimpin sebuah parti politik di Terengganu beberapa hari lalu yang hanya bersandar kepada data kadar pertumbuhan KDNK pada 2018 adalah tersangat dangkal dan semata-mata bertujuan untuk memburuk-burukkan Kerajaan Negeri Terengganu pada persepsi awam.

DR. WAN MAT SULAIMAN
Ketua Pegawai Eksekutif,
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS).
HARAKAHDAILY 23/6/2020



Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Belalang juta serang bandar satelit New Delhi, Gurugram


GAMBAR AFP/LANGIT di Gugugram yang bertukar menjadi kelam ekoran kehadiran jutaan belalang
Penduduk diarahkan tutup semua tingkap rumah
Gambar fail belalang juta di kawasan ladang di Dusamareb, wilayah Galmudug, Somalia. Foto REUTERS
Gambar fail belalang juta di kawasan ladang di Dusamareb, wilayah Galmudug, Somalia. Foto REUTERS
BUAT kali pertama Gurugram yang merupakan sebuah bandar satelit di New Delhi, India terpaksa berhadapan dengan satu keadaan yang menakutkan.
Gurugram diserang belalang yang dikenali sebagai ‘belalang juta’ menyebabkan bandar satelit New Delhi itu bukan sahaja kelihatan suram tetapi menakutkan.
Sememangnya tidak dapat dibayangkan bagaimanakah keadaan penduduk di situ apabila diselubungi dengan kehadiran jutaan belalang juta.
Pihak berkuasa tempatan yang menyedari situasi itu, mengeluarkan arahan kepada orang ramai agar menutup rapat tingkap rumah masing-masing
Apa yang berlaku di Gurugram sebelum ini hanya terjadi di beberapa lokasi pedalaman di Gujarat dan Rajasthan.
Suasana langit di Gurugram yang menyeramkan itu turut membuatkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Delhi yang bersempadan dengan Gurugram.
Lapangan terbang itu turut terjejas dengan juruterbang diminta mengambil langkah berjaga-jaga semasa berlepas dan mendarat.
Sementara itu, kejadian di Gurugram menggamit perhatian pengguna laman sosial yang membanjiri Twitter dengan gambar-gambar belalang berkenaan.
Ada juga dalam kalangan pengguna Twitter mengkritik kerajaan serta pihak berkuasa kerana tidak mengambil langkah lebih awal mengekang perkara itu daripada berlaku.
“Belalang-belalang ini ‘tahu’ selagi ia tidak sampai ke New Delhi, selagi itu kehadirannya dianggap perkara remeh bagi kebanyakan pihak,” dakwa Devinder Sharma, seorang pakar pertanian, dalam satu tweet.
Dalam berhadapan dengan kemelut diserang belalang juta, India menggunakan jentera khas dan kenderaan bomba untuk menyembur racun serangga di sekurang-kurangnya tujuh negeri di utara, tengah dan barat negara itu.
Mereka juga bertindak membeli sistem semburan untuk dipasang di helikopter sebagai kaedah mengawal belalang juta yang terlalu banyak jumlahnya itu di beberapa kawasan penanaman utama.
Langkah ini diambil bagi memastikan kawasan penanaman utama penduduk tidak dirosakkan oleh kawanan belalang juta yang muncul entah dari mana.
Kehadiran kawanan belalang juta itu setakat ini tidak menyebabkan kerosakan yang besar kerana tempoh peralihan musim penanaman namun kalangan petani bimbang jika ia menjejaskan tanaman mereka pada musim panas nanti. – SM


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Dari dunia media sosial ke dunia mahkamah



PETANG semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP, iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi, menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10.
Daripada 10 pemimpin DAP ini, tujuh adalah wakil rakyat, iaitu:
1) Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) merangkap Naib Penge(rusi DAP Malaysia dan Pengerusi DAP Sarawak,
(2) Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Kuala Lumpur,
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Lim Kit Siang) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia,
(4) Ahli Parlimen Ipoh Timor (Wong Kah Woh) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Setiausaha DAP Perak,
(5) Ahli Parlimen Kepong (Lim Lip Eng) merangkap Setiausaha DAP Kuala Lumpur,
(6) ADUN Perai (Dr Ramasamy A/L Palanisamy) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, dan
(7) ADUN Seri Delima (Syerleena Abdul Rashid) merangkap Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Malaysia dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
Seorang lagi adalah mantan Senator merangkap mantan Naib Pengerusi DAP Malaysia, iaitu Dr Arifin Omar.
Dua orang lagi adalah pegawai kepada pemimpin DAP, iaitu:
(1) Pegawai kepada Chong Chieng Jen (Abdul Aziz Isa) merangkap Pengerusi DAP Kitang, dan
(2) Pegawai kepada Syerleena Abdul Rashid (Mohd Farid Mohd Azmi) merangkap Setiausaha Publisiti DAP Flat Uda dan penggerak Mahasiswa DAP UUM.
Mohd Farid Mohd Azmi yang menggunakan nama Farid Maulud dalam media sosial sebenarnya adalah mahasiswa UUM dalam jurusan Business Administration.
Begitupun, walaupun beliau datang dari universiti yang sama dengan saya, surat tuntutan tetap diberikan kepada Mohd Farid Mohd Azmi kerana beliau dalam Posting Facebooknya pada 25 Jun 2020 membuat kenyataan yang membawa maksud bahawa:
(i) Saya memalukan UUM serta semua warga universiti dengan tindakan saya.
(ii) Saya membuat kenyataan berbaur tohmahan dalam Harakah, Utusan dan lain media agensi.
(iii) Saya mempunyai motif yang sangsi dalam menyaman Syerleena Abdul Rashid.
(iv) Saya sangsi kedudukan saya sebagai pensyarah universiti UUM.
(v) Saya tidak lihat kesalahan sendiri lalu menyalahkan pihak lain.
(Saya juga tidak akan terkejut jika Mohd Farid Mohd Azmi akan dihadapkan dengan tindakan daripada pihak lain di atas Posting Facebooknya pada 31 Mei 2020 yang berbunyi “Ingatkan Najib je main rasuah. Rupanya Muhyiddin lagi bapak segala rasuah.”)
Daripada 10 pemimpin DAP ini, dua telah memberi maklum balas rasmi kepada peguam saya melalui peguam mereka, iaitu:
(1) Teresa Kok yang menggunakan khidmat peguam Datuk Sankara Nair.
(2) Syerleena Abdul Rashid yang menggunakan khidmat peguam R S N Rayer.
Walaupun Malaysia Kini pada 23 Jun 2020 menyebut “Ramasamy mengatakan bahawa peguamnya telah menyiapkan surat tuntutan yang akan dihantar kepada Kamarul selewat-lewatnya pada 25 Jun”, sehingga kini surat tuntutan ini belum saya terima.
Apa pun, saya sudah bersedia untuk berpindah dari dunia media sosial ke dunia mahkamah. Doakan kejayaan saya, insya-Allah.
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/6/2020

  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit


Arah pekerja rogol isteri sendiri. Mengapa?

EMAN Aded
Aman Aded

KAHERAH: Demi mahu kahwin lain, seorang pengusaha kedai pakaian di Mesir tergamak menyuruh pekerja merogol isterinya.


Hussain A, 24, merancang plot itu bagi 'membuktikan' wanita itu curang, sekali gus memudahkannya untuk bercerai.
Ia selepas mangsa tidak membenarkan lelaki itu berkahwin dengan wanita lain. Bagaimanapun, apa yang terjadi sebaliknya. Pekerja itu 'terbunuh' mangsa ketika cuba merogol.
Gulf News melaporkan Eman Aded, 21, penuntut sebuah universiti ditemui tidak bernyawa di sebuah apartmen di Mit Antar yang terletak di bandar Talkha.
Hussain memaklumkan kepada pihak berkuasa dia terkejut melihat isterinya terbaring sebaik memasuki rumah mereka.
Berdasarkan kamera litar tertutup, seorang wanita yang berniqab dilihat memasuki rumah berkenaan pada masa kejadian.
'Wanita' itu sebenarnya adalah pekerja kedai Hussain. Siasatan lanjut mendapati bahawa wanita itu menjerit ketika pekerja terbabit cuba memperkosanya.
Dia kemudian mencekik wanita itu sehingga mati di sisi bayi mangsa yang berusia sembilan bulan.
Akhirnya, Hussain terpaksa mengakui merancang kejadian rogol itu atas alasan mahu berkahwin dengan wanita lain.
Lelaki itu juga mendedahkan dia menghasut pekerja itu untuk memperkosa mangsa.
Ketika ini, dia dan pekerjanya ditahan berhubung dakwaan membunuh dengan niat..
Agensi Sabtu, 27 Jun 2020 


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Projek mega diteruskan demi menjana semula ekonomi negara..

Muhyiddin berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Kepimpinan Masyarakat Dalam Kawasan Parlimen Pagoh, di Dewan IKTBN Pagoh. - Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin

Muhyiddin berucap pada Majlis Perjumpaan Khas bersama Kepimpinan Masyarakat Dalam Kawasan Parlimen Pagoh, di Dewan IKTBN Pagoh. - Foto NSTP/Mohd Azren Jamaludin
Sikit Tazkirah Ekonomi: 
Projek mega diluluskan sebelum ini akan diteruskan - PM

PAGOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beberapa projek mega yang diluluskan sebelum ini dan tidak memerlukan bajet tambahan akan diteruskan.
Perdana Menteri berkata, pelaksanaan projek mega itu bukan saja memberi peluang pekerjaan kepada rakyat, malah dapat menjana semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat wabak COVID-19.
"Satu daripada strategi untuk menyediakan peluang ekonomi yang lebih banyak adalah meneruskan projek mega atau raksasa yang sudah diputuskan dahulu namun tidak membabitkan pertambahan peruntukan.
"Contohnya projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membabitkan perbelanjaan RM40 bilion dan ada lagi beberapa projek yang diluluskan dahulu dan tidak memerlukan perbelanjaan baharu, ..tidak akan dihentikan.

Terowong Dungun sepanjang 871 meter panjang adalah antara pakej dalam ECRL. - Foto fail NSTP/Ghazali Kori

Terowong Dungun sepanjang 871 meter panjang adalah antara pakej dalam ECRL. - Foto fail NSTP/Ghazali Kori
"Ia termasuk Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang kita tetapkan sebuah daripada perhentiannya di kawasan Hub Pendidikan Pagoh," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pada sesi dialog bersama Pemimpin Masyarakat Parlimen Pagoh, di Dewan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh.
Pada 30 Mei lalu, Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dilaporkan berkata Malaysia dan Singapura bersetuju menyambung semula perbincangan mengenai projek infrastruktur HSR dalam masa terdekat.
Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dicapai selepas kedua-dua belah pihak bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan keputusan mengenai projek berkenaan hingga 31 Disember 2020.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dilaporkan berkata, Malaysia meminta melanjutkan penangguhan cadangan kereta api laju KL-Singapura susulan tempoh akhir 31 Mei 2020.
Ia bagi membuat keputusan sama ada untuk melaksanakan projek berkenaan atau sebaliknya.
Pada September 2018, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian untuk menggantung secara rasmi kerja pembinaan rel sepanjang 350 kilometer itu sehingga Mei 2020.(BH)

  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.



Shafie Apdal sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1 dan 2 - Tun M

Shafie sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM 1 dan 2 - Tun Mahathir
Persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal antara Shafie, Mohamad Sabu, Tan Kok Wai, dan Lim Guan Eng, kata Tun Mahathir.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa cadangan menamakan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal turut dipersetujui beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan lain.

Dalam siaran langsung di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berkata, persetujuan itu dicapai dalam satu pembincangan tidak formal pada 25 Jun lepas di Rumah Tamu Sabah, Kuala Lumpur, antara Shafie, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Pengerusi DAP Tan Kok Wai, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Selain itu, beliau berkata, mereka turut bersetuju menamakan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1, dan anak beliau Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2.


“Mungkin ada yang bertanya kenapa Shafie dicalonkan. Mungkin ada yang telah lupa bahawa Shafie adalah salah seorang pemimpin asal menentang Kerajaan kleptokrasi sejak sebelum pilihan raya ke-14.
“Dia juga salah seorang pemimpin yang menjadi mangsa awal Kerajaan Najib 2 dan telah disingkir dari jawatan Menteri serta Naib Presiden UMNO kerana tidak dapat menerima perbuatan rasuah dan pencurian wang rakyat menerusi skandal 1MDB yang begitu memualkan,” katanya.

Ujarnya lagi, jika langkah itu berjaya, mereka percaya ia akan merapatkan lagi hubungan di antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.

Selain itu, Dr Mahathir berkata, mereka akan menunggu persidangan Parlimen, dan beliau sendiri akan mengemukakan usul tidak percaya terhadap kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Insya-Allah, dengan sokongan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak boleh menerima Kerajaan pintu belakang Tan Sri Muhyiddin dan mahu mengembalikan mandat rakyat akan bersama saya dan rakan-rakan lain menyokong usul Dato’ Seri Shafie menjadi Perdana Menteri. 17.

“Jika usaha ini berjaya, langkah untuk pastikan asas demokrasi seperti yang dituntut rakyat akan dapat kita penuhi. Kita perlu tamatkan Kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” katanya lagi. (AA)


  • Perhatian:
  • Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
  • Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.
Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails