Monday, June 29, 2020

Pelarian Rohingya Minum Air Kencing Sendiri? Lagi Masalah 'Penghijrah'.


Pelarian Rohingya dakwa minum air kencing sendiri untuk terus hidup. Ada mayat mati di dalam bot dan terpaksa dibuang ke laut.

LHOKSEUMAWE (INDONESIA), 5 Zulkaedah 1441H, Ahad – Nasib malang menimpa pelarian Rohingya yang terdampar di laut apabila mendakwa mereka dipukul penyeludup, malah lebih teruk terpaksa meminum air kencing sendiri bagi meneruskan kehidupan sepanjang tempoh empat bulan.
Rabu lalu, mereka telah diselamatkan oleh nelayan Indonesia dan ditarik ke pantai oleh penduduk tempatan pada keesokannya.
Kira-kira 100 pelarian Rohingya yang ditemui kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak.
Berkongsi pengalaman pahit, mereka turut mendakwa, ada di antara mereka yang mati dan terpaksa membuang mayat ke laut.
Dua daripada mangsa terselamat mendakwa, penyeludup yang diupah untuk mengangkut mereka telah bertindak memukul sebelum meninggalkan etnik Rohingya berkenaan di laut.
“Kami begitu menderita di dalam bot itu. Mereka menyeksa dan mencederakan kami. Malah, salah seorang daripada kami telah mati.
“Pada mulanya, ada makanan tetapi apabila ia sudah habis, mereka (penyeludup) memindahkan kami ke bot lain dan membiarkan kami hanyut di lautan,” kata Rashid Ahmad, 50, kepada pemberita di pusat tahanan imigresen di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera.
Seorang lagi mangsa terselamat dikenali sebagai Habibullah mendakwa penyeludup memukul kesemua pelarian itu termasuk telinga dan kepalanya juga dicederakan.
Bagaimanapun, media antarabangsa masih belum dapat mengesahkan kesahihan kisah pelarian itu.
Pada masa sama, media melaporkan bahawa etnik terbabit telah memulakan perjalanan pada awal tahun ini, berhampiran sebuah kem pelarian Rohingya di Bangladesh.- Agensi 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya (Ibnu Hasyim) ingin membuka sikit perbincangan mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah'. Mereka masih ramai tersadai di negara ini, bagaimana penyelesaiannya? Tidak salah kalau kita fikir-fikir sejenak secara ringkas untuk jangka pendek atau jangka panjang umat Islam...

Sebagai Muqaddimah..

Seperti yang selalu saya sebutkan, mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi. 

Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara. Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW. Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu. 

Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan. Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang.  Itu cara jahat penjajah-penjajah.

Apa yang boleh kita buat sekarang?

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal. 

Di sekitar pasar besar Selayang contohnya, ramai pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan dimiliki oleh orang tempatan/'ansar' sedangkan pengoperasinya adalah pendatang/'penghijrah' dari negara lain. Gabungan 'ansar' dan 'muhajirin' ini amat penting diperkukuhkan, disokong oleh orang ramai, kerajaan atau NGO-NGO. 

Nama buruk mereka sebagai 'pendatang haram' perlu dibersihkan kepada sebutan 'penghijrah' yang dimuliakan, seperti di zaman Rasul SAW. Sifat perkauman kenegerian, seperti yang berlaku di negara-negara bangsa di dunia kini, perlu dibuang jauh-jauh. Mereka perlu dipilih, dididik dengan penghayatan 'cara hidup Islam', walau di bumi mana mereka berada.

Saya sendiri berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya agak ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini.

Bagaimana? 

Selepas revolusi di Iran 1979, yang berjaya menghambat barua-barua Amerika Syarikat dari Iran, Iran membeli daging ternakan dari Australia. Iran mahu sembelih secara 'halal' ternakan yang dibelinya sendiri. Maka berlakulah pengambilan pekerja-pekarja dari Malaysia oleh Iran untuk berkerja di Australia. Sehingga masih wujud perkampungan dan perbandaran Melayu di sana.

(Sila lihat: Orang Melayu Katanning, Australia Barat. Bagaimana...)

Sekarang pun begitu, Australia masih tidak cukup pekerja untuk menampung keperluan perladangan di negaranya. Ertinya, 'pendatang haram' masih tetap ramai di sana. Jadi, masih ada peluang untuk menguruskan pekerjaan untuk orang yang ingin berkerja di Australia. 

Jadi apa langkah seterusnya? Sehingga menuju ke'padu'an Ansar-Muhajirin seperti zaman Nabi SAW, tetapi berlaku sekarang ini?

Insya Allah, perbincangan bersambung.

Sah! PKR Pecat 5 Pemimpinnya, Juga Menuju Kehancuran Seperti PH.

PKR sahkan pemecatan lima pemimpin parti didakwa 'geng Azmin'
Ketua Wanita PKR Haniza Talha antara yang dipecat daripada PKR. -Gambar fail
PKR sahkan pemecatan lima pemimpin parti didakwa 'geng Azmin'

KL: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan pemecatan lima pemimpin parti itu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka ialah Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria; dua ADUN Pulau Pinang Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh); dan Ketua Wanita Keadilan Sabah, Rahimah Majid.


Perkara itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Datuk Ahmad Kassim melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan pada Ahad.

Sementara itu, tiga lagi pemimpin parti itu diberi amaran iaitu Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang; Pengarah Komunikasi Wanita Pulau Pinang, Carolyn Khor; dan ADUN Machap Jaya, Ginie Lim.


Manakala seorang anggota parti Ahmad Raj Abdullah digantung keahlian sehingga selesai siasatan kerana terlibat dalam serangan fizikal terhadap Tian Chua.

Kedua Haniza dan Afif digantung daripada keahlian PKR sejak bulan Mei atas cadangan daripada Lembaga Disiplin Parti.

Parti itu memulakan siasatan tatatertib terhadap mereka yang diketahui berpihak kepada Mohamed Azmin setelah pemimpin itu merencana 'Langkah Shereton' yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), pada Februari lepas.

Azmin dan beberapa pemimpin PH keluar parti untuk bergabung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan PAS untuk membentuk Perikatan Nasional.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: PKR pun menuju kehancuran mengikut jejak PH.

Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Calon PM perlu diputuskan Majlis Presiden PH. =Ali Baba 40 Penyamun..

 Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto fail NSTP/Nurul Shafina Jemenon
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Foto fail NSTP/Nurul Shafina Jemenon 


KUALA LUMPUR: Keputusan untuk memilih calon perdana menteri bagi Pakatan Harapan (PH) dan parti sekutunya perlu diputuskan Majlis Presiden gabungan itu supaya ia tidak menjadi mainan politik peribadi tokoh tertentu.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata parti itu sedia berbincang perkara itu walaupun sebelum ini sudah menyatakan pendiriannya berhubung calon perdana menteri.
"Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mengadakan mesyuarat bulanan hari ini dan membincangkan beberapa perkara termasuk pendirian parti dalam isu calon perdana menteri, mandat rakyat dan persediaan bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
"Walaupun PKR sudah menyatakan pendirian dalam isu calon perdana menteri sebelum ini, parti sedia untuk berbincang, namun sebarang keputusan di peringkat PH perlu diputuskan oleh Majlis Presiden.
"Sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan mainan politik peribadi mana-mana tokoh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Saifuddin berkata, PKR juga kekal dengan pendirian bahawa mandat rakyat mesti dikembalikan kepada PH seperti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) termasuk dalam isu peralihan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, MPP berpendirian bahawa kerjasama antara parti dalam PH perlu diperkukuhkan dan mengingatkan supaya semua pihak sentiasa berwaspada serta jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melagakan parti di dalam gabungan itu.
"PKR dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal dari tahun 2023," katanya.
Dr Mahathir semalam dilaporkan berkata cadangan supaya Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri bagi PH dan sekutunya dipersetujui sebulat suara dalam pertemuan tidak rasmi gabungan itu pada 25 Jun lalu.
Dr Mahathir dalam kenyataan itu berkata, perbincangan tidak rasmi itu dihadiri Shafie, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; beberapa pimpinan DAP termasuk Setiausaha Agung, Lim Guan Eng; Tan Kok Wai, Anthony Loke, M Kulasegaran dan Liew Chin Tong. Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Wira Marzuki Yahya turut hadir.
Kenyataan itu juga menyebut, Anwar akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I manakala Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Bagaimanapun, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP dalam satu kenyataan selepas itu memaklumkan kedudukan Mohd Shafie masih belum diputuskan PH.
Ini kerana cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu, serta dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden PH untuk diputuskan secara bersama. (BH)
AliBabaBujangLapok.jpg
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rebut jawatan PM oleh pemimpin PH macam cerita dari filem P.Ramlee 'Ali Baba Bujang Lapok (1960an)'. Isu konflik dalam kes membagi-bagikan harta samunan atas samunan, antara dua beradik Ali Baba dengan Kasim Baba..
Fikir, fikirlah..

Rupanya, Ahli Politik M'sia Dipercayai Culik/Bunuh Datuk Seri...

Sebuah rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati, di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya. - Foto Fail NSTP
Sebuah rumah di Taman Kosaso yang menjadi lokasi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disembunyikan selepas diculik dan ditemui mati, di kawasan belukar Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya. - Foto Fail NSTP
Ahli politik dipercayai dalang utama culik, bunuh Datuk Seri


KUALA LUMPUR: Seorang ahli politik bergelar Datuk yang pernah menjadi calon Dewan Undangan Undangan (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dipercayai menjadi dalang utama kes culik seorang ahli perniagaan yang mayatnya ditemui di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya dekat sini, semalam.
Sumber memaklumkan, suspek bersekongkol dengan seorang peguam (peguamcara dan peguambela) untuk melakukan penculikan itu bersama dua lagi suspek ketika mangsa sedang berjoging bersendirian pada 10 Jun lalu.
"Ketiga-tiga suspek menghampiri mangsa dan mendakwa mereka adalah anggota polis sebelum memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) kira-kira jam 10.30 pagi pada hari kejadian.
"Selepas diculik, mangsa dibawa bertemu dengan dalang utama sebelum disembunyikan di beberapa lokasi termasuk sebuah rumah teres di Taman Kosaso, Rawang," kata sumber.
Menurut sumber, beberapa saksi melihat kejadian itu dan barangan peribadi milik mangsa seperti telefon bimbit, cemin mata dan topi turut ditemui ditinggalkan di taman permainan terbabit.
"Keluarga mangsa kemudian dihubungi oleh satu nombor telefon tidak dikenali meminta mereka membayar wang tebusan berjumlah S$50 juta (RM154 juta) sebelum membuat laporan polis.
"Suspek dipercayai melakukan penculikan itu kerana mahu mangsa memulangkan semula wang yang dilaburkan untuk satu projek perumahan yang dikatakan tidak dilaksanakan," kata sumber itu lagi.
Hasil siasatan polis, dalang utama berusia 50-an itu berjaya ditahan di kediamannya di ibu negara malam kelmarin bagi membantu siasatan.
Semalam, BH melaporkan polis menahan tujuh lelaki, termasuk dalang utama berhubung kes culik dan bunuh ahli perniagaan yang juga seorang pemaju hartanah bergelar Datuk Seri itu.
Kesemua suspek, termasuk seorang warga Bangladesh berusia antara 30-an hingga 50-an itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan di sekitar Selangor sejak jam 11 pagi kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata hasil siasat ke atas salah seorang suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di kawasan belukar di Batu 27 Jalan Rawang, Bestari Jaya pada jam 9 pagi semalam..
Katanya, mangsa dipercayai meninggal dunia selepas tiga atau empat hari diculik sebelum mayatnya dibuang.
Mayat sudah mereput ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk proses bedah siasat. (BH)


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

COVID-19 kembali mengganas di Beijing

Penduduk Beijing menunggu giliran menjalani ujian COVID-19, di mana 8.3 juta sampel sudah diambil dan 7.7 juta orang selesai disaring bagi virus itu. - Foto AFP
Penduduk Beijing menunggu giliran menjalani ujian COVID-19, di mana 8.3 juta sampel sudah diambil dan 7.7 juta orang selesai disaring bagi virus itu. - Foto AFP


BEIJING: China menguatkuasa perintah berkurung tegas ke atas hampir setengah juta penduduk di sekitar ibu negara untuk mengawal kluster baharu COVID-19 yang disifatkan masih 'teruk dan rumit'.
Selepas mengawal virus itu, China kini sekali lagi berdepan gelombang COVID-19 apabila ratusan penduduk di Beijing dijangkiti dan kes meningkat di wilayah terdekat, Hubei.



Penguatkuasa Kesihatan hari ini memerintahkan negeri Anzin yang berada 150 kilometer dari Beijing, ditutup dan dikawal sepenuhnya, menyamai langkah yang diambil di Wuhan awal tahun ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pasukan khas pandemik, hanya seorang daripada setiap keluarga dibenarkan keluar setiap hari untuk memberi barangan keperluan seperti makanan dan ubat-ubatan.
Tindakan itu dikuatkuasa selepas 14 lagi kes dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam di Beijing, menjadikan jumlah keseluruhan 311 kes sejak awal bulan ini.
Jangkitan itu pertama kali dikesan di pasar tani Xinfadi, Beijing, yang menjadi lokasi pembekalan makanan segar, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan pembekalan makanan.
Sehingga kini, kes ketiga dikesan mempunyai kaitan dengan seksyen penjualan daging dan kambing di pasar itu, yang menyaksikan pekerja dikuarantin berbulan lamanya.
Sementara itu, Global Times melaporkan, 11 daripada 12 kes COVID-19 yang dikesan di Anxin mempunyai kaitan dengan Xinfadi.
Agensi media rasmi Xinhua melaporkan, peniaga di Anxin adalah pembekal ikan air tawar ke pasar tani Xinfadi.
Peningkatan kes di Beijing itu turut menimbulkan ketakutan di China dan ibu negara itu sudah menjalankan ujian saringan besar-besar terhadap pekerja pasar borong, pekerja restoran dan penduduk di kejiranan yang berisiko.
Dalam satu sidang akhbar, penguatkuasa China mengesahkan 8.3 juta sampel sudah diambil ketika ini dan 7.7 juta orang selesai disaring bagi virus itu.
Menurut Global Times lagi, ujian ketika ini sudah diperluaskan merangkumi pekerja pusat kecantikan dan salun rambut.
Pegawai bandar Beijing, Xu Hejian, memberitahu wartawan bahawa epidemik di bandar itu adalah teruk lagi rumit dan memberi amaran supaya usaha mengesan jangkitan diteruskan.
Ketika ini, penduduk di Beijing tidak dibenarkan meninggalkan bandar itu, sekolah ditutup sekali lagi dan puluhan penempatan penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung. - AFP


Perhatian:
Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? 
Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi..

Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..

Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)
"Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"

Isu Evangelisme: Pemimpin DAP akan jadi ‘lauk’?



BEBERAPA orang rakan menyebut bahawa, daripada 10 orang pemimpin DAP yang saya saman, kes terhadap Abdul Aziz Isa, yang merupakan Pegawai Khas Chong Chieng Jen merangkap Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak dan Ketua DAP Kitang, merupakan kes yang akan saya menangi dengan paling mudah sekali.
Ini kerana, di dalam posting Facebook beliau bertajuk “Takut Dengan Kristian?” yang beliau siarkan pada jam 2:46 petang 7 Jun 2017 yang mendapat lebih 2,900 perkongsian itu, terlalu banyak ayat-ayat bermasalah yang beliau kemukakan ke atas diri saya. Boleh baca di sini:  https://www.facebook.com/story.phpstory_fbid=10154720583326588&id=693451587
Antara lainnya, Abdul Aziz Isa menanyakan kepada saya 13 soalan ini:
  1. Di mana Dr Kamarul mendapat PhD?
  2. Kenapa Dr Kamarul begitu sibuk dengan urusan agama lain?
  3. Apakah majlis besar yang dianjurkan oleh umat Kristian mampu menggugat iman Dr Kamarul sebagai orang Islam?
  4. Jika Dr Kamarul berasa tergugat, adakah beliau setuju dengan saya bahawa beliau masih kurang didikan agama Islam sehingga iman beliau mudah beralih arah?
  5. Adakah salah bagi umat Kristian untuk mengamalkan agama mereka dalam bulan suci Ramadan?
  6. Mengapa Dr Kamarul berasa begitu tersinggung dengan aktiviti-aktiviti agama Kristian?
  7. Tidak bolehkah orang Kristian menganjurkan upacara keagamaan mereka di gereja-gereja mereka sendiri?
  8. Adakah tindakan mereka bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan?
  9. Adakah Dr Kamarul cuba untuk menghasut rakyat terutamanya umat Islam dengan menyebarkan kebencian dan ideologi ISIS?
  10. Adakah Dr Kamarul merancang untuk mewujudkan satu lagi Perang Salib?
  11. Siapakah kita cuba untuk menjadi Tuhan dengan melayani orang lain secara berbeza-beza disebabkan oleh bangsa mereka dan anutan agama mereka?
  12. Adakah Dr Kamarul ingat beliau lebih tinggi dari Tuhan?
  13. Nak jadi Ayah Pin 2.0?
Selain itu, Abdul Aziz Isa juga membuat 4 pernyataan berikut mengenai diri saya:
  1. Dr Kamarul makhluk pelampau agama dan rasis.
  2. Pandangan Dr Kamarul tentang penganut agama Kristian di Malaysia bukan hanya mendiskriminasi, tidak bermoral dan tidak berhati perut tetapi juga merupakan satu kekufuran yang besar kepada Islam yang merupakan agama universal.
  3. Hanya orang Islam yang jahil, bodoh, dan bangang sahaja akan mengecam agama lain dek kerana tergoyah iman mereka.
  4. Hanya orang yang mempunyai fikiran yang tidak kukuh dan memiliki hati busuk sahaja akan mengalami gangguan jiwa, kecelaruan akal dan imaginasi liar terhadap umat Kristian.
Semua 13 soalan dan 4 pernyataan Abdul Aziz Isa ini beliau buat semata-mata kerana posting Facebook saya bertajuk “Malaysia Jadi Sasaran Golongan Kristian?” yang saya siarkan pada jam 1:47 pagi 5 Jun 2017 yang disiarkan kembali oleh portal berita Isma Web (yang didakwa oleh Abdul Aziz Isa sebagai sudah dipadamkan). Posting Facebook saya ini boleh dibaca di sini kerana ia tidak pernah dipadamkan: https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1557803704263682
Posting Facebook saya ini bagaimanapun sekadar menyebut mengenai dua majlis besar oleh golongan Kristian di Malaysia tatkala umat Islam masih berada di dalam bulan Ramadan, iaitu “All Malaysian-Golden Gate Revival Convocation” (lebih dikenali sebagai Jerusalem Jubilee) di Calvary Life Assembly Chinese, Melaka, pada 15-18 Jun dan “All Borneo Revival Convocation 2017” bertemakan “Preparing the Way for King of Glory” (“Mempersiapkan Jalan Bagi Raja Kemuliaan”) di BEM On The Rock, Miri, Sarawak, pada 22-25 Jun.
Turut saya sebutkan adalah mengenai para penceramah yang terlibat di dalam kedua-dua majlis besar ini serta kandungan promosinya bahawa “Ada Kebangkitan hebat yang akan datang atas Malaysia” dan “Tuhan telah mengumumkan melalui Nabi-Nabi-Nya takdir Malaysia sebagai sebuah Negara Pelangi (Rainbow Nation) dan Pemangkin Kebangkitan (Revival Catalyst) bagi Asia Tenggara, Asia Pasifik dan negara-negara yang berada di dalam segmen Gerbang Emas (Golden Gate)”.
Turut saya sebutkan adalah mengenai kisah dua penceramah yang terlibat di dalam kedua-dua majlis besar ini, Tom Hess dan Afeef Halasah, membina Prayer Tower di atas sebuah bukit di Bentong, Pahang, pada 28 Mei 2015 dengan pernyataan-pernyataan bahawa:
  1. Tujuan utama pembinaan Menara Doa (Prayer Tower) di Bentong, Pahang, ini adalah untuk menghalakan Malaysia kepada tujuannya sebagai Pemangkin Kebangkitan (Revival Catalyst) bagi negara-negara Gerbang Emas (Golden Gate).
  2. Terdapat sejumlah 12 Gerbang (Gate) dalam Injil (Bible) dan Malaysia memegang kunci kepada kebangkitan (Revival) bagi negara-negara Gerbang Emas (Golden Gate).
  3. Apa yang berlaku di Indonesia akan berlaku di Malaysia, di mana Indonesia mula membina Menara Doa (Prayer Tower) pertamanya pada tahun 1998 dan kini ia mempunyai Menara Doa (Prayer Tower) paling banyak di dunia.
Turut saya sebutkan adalah mengenai kisah-kisah ini sebenarnya kelihatan selari dengan kenyataan yang sering disebut oleh pemimpin evangelis DAP, Hannah Yeoh, bahawa “Tuhan ada rancangan untuk golongan Kristian di Malaysia”.
Itu sahaja yang saya sebutkan dalam posting Facebook saya tersebut, tidak ada pun di dalamnya apa-apa seruan supaya kedua-dua majlis besar ini dihentikan.
Begitupun, pada siang hari yang sama, beberapa orang pemimpin politik seperti Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, dan Ketua Pemuda PAS Melaka, Ustaz Ahmad Bilal Rahudin, mengeluarkan kenyataan media bagi mengulas isu ini.
Berikut adalah antara kata-kata Datuk Mas Ermieyati:
“Turut menjadi persolan mengapa pihak Kristian Malaysia memilih untuk menyambut sambutan ke 50 tahun kemenangan tentera Israel menggodam bumi Palestin pada bulan Ramadan dan di Melaka pula?”
“Pergerakan Puteri Umno Malaysia menggesa agar pihak berkuasa menjalankan suatu siasatan terperinci dan membatalkan program yang akan dianjurkan ini kerana ia boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.”
Berikut pula adalah antara kata-kata Ustaz Ahmad Bilal:
“Program AMGGRC ini jelas mengandungi unsur doktrin gerakan Kristian untuk menakluk dan membangun Malaysia sebagai pemangkin Kristian dengan menjadikannya sebagai “Revival Catalyst Nations Golden Gate”. Selain turut berbaur hasutan dengan membangkitkan rasa permusuhan agama.”
“Sehubungan itu, kami memohon siasatan polis berasas prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas seluruh penganjuran, perancangan dan rangkaiannya termasuk penglibatan tokoh-tokoh terbabit. Seterusnya kami memohon tindakan yang sah berteras undang-undang agar seluruh kegiatan berkaitan dihalang atau disekat atau diharam dari dilangsungkan atau memasuki negara ini.”
Petang hari sama, Ketua Polis Melaka, Dato’ Abd Jalil Hassan, mengumumkan bahawa, hanya dalam tempoh sehari, pihaknya menerima 32 laporan polis di sekitar negeri itu sahaja mengenai penganjuran majlis Jerusalem Jubilee di Melaka ini.
Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Idris Haron, juga meminta pihak penganjur perhimpunan itu juga perlu membatalkan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan berkenaan di negeri itu. Baca di sini: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/melaka-gesa-penganjur-batalkan-perhimpunan-jubli-jerusalem-145115
Malam hari yang sama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilapor mengarahkan pihak polis supaya mengharamkan perhimpunan Jerusalem Jubilee ini. Baca di sini: https://www.malaysiakini.com/news/384652
Kemudiannya, setelah majlis Jerusalem Jubilee di Melaka ini dibatalkan, saya bertanya mengapa majlis sama di Sarawak pada 22-25 Jun 2017 tidak dibatalkan sama, sedangkan kedua-dua majlis ini mempunyai tema sama dan dibarisi penceramah utama sama, iaitu Tom Hess dan Afeef Halasah.
Saya sebutkan mengenai bagaimana, di dalam ucapan di Kota Kinabalu pada 29 Mei 2015, Tom Hess menyebut: “Kita lihat dalam sesetengah cara bagaimana Tuhan sedang menggoncang Malaysia. Tuhan sedang membenarkan ini kerana Dia sayangkan kita, Dia sayangkan Malaysia! Dan Dia mahu lihat Malaysia masuk kepada pemenuhan takdirnya… Bagaimanapun, satu badai sedang datang. Kita lihat ribut taufan sedang datang, dan kita lihat bagaimana Tuhan benar-benar sayangkan rakyat Malaysia bahawa Dia akan mengambil semula Malaysia untuk-Nya. Kita akan berdoa untuk pemenuhan kejayaan!”
Saya sebutkan mengenai bagaimana, di dalam ucapan di Petaling Jaya pada 31 Mac 2016, Afeef Halasah menyebut: “Tetapi, Kehendak umum Tuhan kepada semua kita di Malaysia ialah untuk menakluk negara ini dengan Kerajaan Tuhan. Kita dipanggil untuk menurunkan prinsip-prinsip dan budaya-budaya Tuhan ke dalam Malaysia… Dan jika ini tidak berlaku, Tuhan akan bertanya, ‘Di mana gereja Malaysia Saya? Di mana anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan Saya? Malaysia milik Saya dan Saya telah berikan ia kepada kamu untuk menjaganya bagi Saya, untuk mengisinya dengan kegemilangan Saya dan untuk menubuhkan Kerajaan Saya’.”
Saya bandingkan juga kenyataan Tom Hess dan Afeef Halasah ini dengan seruan Hannah Yeoh sebelum ini agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia serta pengakuan beliau bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.
Saya juga menyebut mengenai bagaimana peruntukan bahawa Islam adalah agama Persekutuan sekali gus menyebabkan seruan-seruan yang dilaungkan bukan sahaja oleh Tom Hess dan Afeef Halasah, tetapi juga Hannah Yeoh, ini sangat tidak wajar, malah seruan-seruan seperti “Malaysia milik Saya”“Dia akan mengambil semula Malaysia untuk-Nya” dan “Kehendak umum Tuhan kepada semua kita di Malaysia ialah untuk menakluk negara ini dengan Kerajaan Tuhan”, jika dibiarkan berterusan, boleh mendatangkan ancaman kepada negara.
Bagaimanapun posting Facebook saya yang terkemudian ini tidak diulas oleh Abdul Aziz Isa dan tidak akan menjadi bahan kes manakala majlis di Sarawak ini juga akhirnya turut dibatalkan.
Mudahnya, tidakkah pembatalan kedua-dua majlis ini menunjukkan apa yang saya katakan dalam posting Facebook saya tersebut adalah sesuatu yang betul?
(Sehari selepas posting Facebook saya ini dibuat, sahabat saya, Dr Hapiz Kodiang, turut membuat posting Facebook lebih keras, bertajuk “Jerusalem Jubilee: Boleh sambut di mana-mana, bukan di Malaysia!”, yang boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=1538863486138371&id=100000442026372, tetapi entah ilmu apa yang beliau pakai beliau tidak pula dijadikan sasaran kecaman pemimpin DAP).
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 28/6/2020
Lihat Sebelum Ini..

Sunday, June 28, 2020

Habih semua kena juai, Mujahid sindir pencalonan Shafie PM



PENDEK komen Naib Presiden Amanah Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai pencalonan Datuk Seri Syafie Apdal sebagai calon perdana menteri pakatan harapan.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu secara sinis berkata dahulu sesuatu keputusan yang diambil akan dibincang lagi. Namun kini sekali berbincang keputusan sudah ada keputusan.

“La ni kalau berbincang dah kata ada keputusan. Dulu kalau dah buat keputusan bincang lagi….habih semua kena juai,” kata Mujahid di Twitternya.


Dalam ciapan tersebut beliau berkongsi berita diterbitkan portal Malaysiakini bertajuk ‘Dr. M: Pemimpin DAP, Amanah seteju Shafie calon PM, Anwar dan Mukhirz calon TPM’.

Dalam laporan itu, Dr. Mahathir berkata, cadangan agar Presiden Warisan Shafie Apdal menjadi calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya dapat memperoleh kembali kuasa persekutuan mendapat sokongan pemimpin Amanah, DAP dan Warisan.

Dr. Mahathir berkata, keputusan itu dibuat susulan pertemuan antara beliau dan penyokongnya dari Bersatu dengan pemimpin Amanah, Warisan dan DAP.


las Mahathir, pertemuan itu juga mempersetujui agar Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Bersatu yang dipertikai, Mukhriz Mahathir akan mengisi dua jawatan timbalan perdana menteri.

“Dalam perbincangan, saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk jika saya tidak dicalonkan sebagai bakal perdana menteri. Antara cadangan yang dikemukakan ialah pencalonan Shafie sebagai perdana menteri.

“Kami sebulat suara bersetuju agar Shafie dinamakan sebagai calon perdana menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai sikap tegas supaya orang tahu mengenai pendirian kita,” katanya.
Mahathir berkata bahawa pertemuan tidak rasmi itu berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Jun.

“Kami juga bersetuju agar Presiden PKR Anwar Ibrahim dicalonkan sebagai timbalan perdana menteri 1 dan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri 2,” katanya. – SM

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails