Sunday, July 19, 2020

Guru maut jatuh bangunan sekolah

TANAH MERAH: Seorang guru lelaki berusia 54 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah dekat sini ketika sedang memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan untuk menerima kemasukan pelajar esok.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Zainuddin Md Yusuf berkata kejadian berlaku pada pukul 12:30 tengah hari semasa guru yang sedang memijak kerusi plastik itu tiba-tiba tergelincir.
Beliau lalu terjatuh dari balkoni, dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala kerana terkena bucu longkang.
Beliau berkata siasatan awal mendapati guru yang telah hampir 17 tahun mengajar matematik di sekolah berkenaan terjatuh pada ketinggian tiga meter semasa hendak memeriksa sistem paip dan sinki sebagai persiapan pembukaan sekolah esok.
“Ketika kejadian, terdapat dua guru lain yang hanya mampu melihat kejadian tetapi tidak sempat memberi pertolongan kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat  Polis (IPD) Tanah Merah di sini.
Zainuddin berkata lelaki itu meninggalkan seorang balu yang juga seorang guru di sebuah sekolah lain di daerah ini serta lima orang anak. – BERNAMA

H2S Pilihan: 16 -Arabic Alphabet, ABC Song, Ya Nebi

Arabic Alphabet Nasheed





KASA dedah 110 kontena buangan EAF




KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah berjaya mengesan 110 unit kontena berstatus transhipment di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor yang didapati mengandungi bahan buangan debu electric arc furnace (EAF) yang berasal dari Romania sebelum dihantar ke negara pengimport iaitu Indonesia.
Walaubagaimanapun, maklumat asal yang diperolehi dalam borang deklarasi tidak sepertimana yang terkandung dalam kesemua kontena berkenaan.
Buangan EAF dust diklasifikasikan sebagai buangan toksik dan berbahaya di bawah Konvensyen Basel dan dikategorikan sebagai buangan terjadual kod SW 104, di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Debu EAF mengandungi logam berat yang amat berbahaya seperti zinc (Zn), ferum (Fe), chromium (Cr), cadmium (Cd) dan plumbum (Pb) dan sekiranya tidak diuruskan dan dikendalikan mengikut prosedur tertentu, akan menyebabkan kesan buruk bukan sahaja kepada alam sekitar, malah boleh menjejaskan kesihatan manusia.

JAS selaku Pihak Berkuasa Konvensyen Basel, tidak pernah memberikan sebarang kelulusan dan menerima sebarang notifikasi daripada pihak pengeksport untuk buangan tersebut transit di Malaysia.

Susulan penemuan kontena-kontena ini, pada 15 Jun 2020, JAS telah memaklumkan Focal Point dan Pihak Berkuasa Konvensyen Basel bagi Negara Romania bagi urusan penghantaran balik 110 unit kontena ke negara asal.

Saya ingin menegaskan bahawa sebagai ahli kepada Konvensyen Basel, Malaysia adalah komited untuk memenuhi sepenuhnya obligasi dibawah Konvensyen ini.

Melalui Konvensyen ini, sebarang pergerakan merentasi sempadan buangan berbahaya hendaklah memenuhi prinsip Prior Informed Consent (PIC) yang mana negara pengeksport hendaklah mengemukakan notifikasi kepada negara pengimport dan negara transit. Sebarang pergerakan merentasi sempadan buangan toksik dan berbahaya hanya boleh dilaksanakan setelah mendapat kebenaran bertulis dari negara pengimport dan negara transit.
KASA menghargai kerjasama pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dalam membantu menahan kontena-kontena tersebut untuk menjalani pemeriksaan komprehensif bagi memastikan tiada sebarang cubaanuntuk membawa keluar atau masuk ke Malaysia tanpa kelulusan JAS. 
KASA juga berterima kasih atas pemakluman oleh Syarikat ABC Tradex (servis cargo salvage), Syarikat Maersk (pemilik kargo) serta bantuan dan kerjasama pihak PTP dan pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dalam mengendalikan kes ini. Siasatan masih diteruskan terhadap kes ini dan JAS akan memastikan 110 unit kontena tersebut akan dibawa keluar dari Malaysia secepat mungkin.
Kerjasama di peringkat antarabangsa dalam menangani dan membanteras penghantaran buangan toksik dan berbahaya secara haram ke dalam negara akan tetap diteruskan oleh JAS. Bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020, terdapat 28 kes pengimportan haram buangan terjadual yang berjaya dikesan dan dipatahkan oleh JAS dengan kerjasama JKDM dan Pihak Berkuasa Pelabuhan.

Bagi kawalan terhadap buangan terjadual di dalam negara, semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual hendaklah menguruskan buangan berkenaan dengan sempurna iaitu dari segi notifikasi, maklumat ciri buangan, penstoran, pelabelan, inventori dan maklumat pergerakan buangan terjadual. Semua ini perlu direkodkan melalui sistem atas talian iaitu eSWIS (Electronic Scheduled Waste Information System) selaras dengan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Saya ingin menggesa semua industri dan punca yang menghasilkan buangan terjadual untuk menggunapakai eSWIS sepenuhnya. Tindakan tegas akan diambil oleh JAS ke atas pihak industri yang gagal berbuat demikian. KASA tidak akan berkompromi dengan penjenayah alam sekitar dan ingin ditegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan KASA akan terus diperhebatkan demi menjamin kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Saya juga ingin menegaskan Malaysia mengambil pendekatan zero tolerance kepada sebarang kemasukan haram sisa toksik ke negara ini.

Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

YB DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
Putrajaya
Dikeluarkan pada 19 Julai 2020 – HARAKAHDAILY 19/7/2020
Hibur Hibur Sikit 

7 Perkara, Mengapa Ambiga kecam Menteri Agama?



MALAYSIAKINI melaporkan bagaimana Ambiga Sreenavasan mengecam tindakan Menteri Agama, Dr Zulkifli al-Bakri yang memberi kebenaran kepada Jabatan Agama Islam Wilayah untuk menangani isu transgender.
2. Malah apa yang lebih menyedihkan, Malaysiakini turut merekodkan kenyataan Ambiga yang agak mengelirukan iaitu beliau dipetik menyebut: “Menteri mengabsahkan gangguan, diskriminasi dan kekerasan terhadap komuniti transgender.”
Kenyataan ini seolah-olah menggambarkan Menteri Agama memberi kebenaran untuk JAWI melakukan gangguan kezaliman terhadap golongan transgender. Sedangkan menteri barangkali tidak bermaksud sedemikian.

3. Perhatikan bagaimana pemikiran liberal mengubah naratif mencegah kemungkaran dengan menjadikannya seakan sesuatu perkara yang salah dan zalim. Sedangkan dalam Islam, mencegah kemungkaran adalah satu perkara yang amat dituntut.

4. Perhatikan juga bagaimana golongan liberal melihat kemungkaran dengan neraca yang berbeza. Pada liberal, hak peribadi lebih utama dari hak yang telah ditentukan oleh Allah. Mereka mempertahankan hak peribadi seorang transgender untuk kekal dalam kecelaruan diri mereka sedangkan Rasulullah membimbing kita dengan panduan yang jelas.
5. Dalam Islam, Rasulullah melarang seorang lelaki dari berperwatakan seperti wanita sedangkan golongan liberal memperjuangkan hak kebebasan individu untuk berpakaian seperti yang mereka kehendaki. Ini jelas bercanggah dengan hadis apabila Rasulullah melarang lelaki berpenampilan seperti wanita. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَرَجِّلاتِ مِنَ النِّسَاءِ، وَالْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالَ
“Rasulullah melaknat wanita yang berperwatakan seperti lelaki dan lelaki yang berperwatakan seperti wanita.” (HR Ahmad, dinilai Sahih oleh al-Arna’ut)
6. Dalam al-Quran, Allah memuji orang-orang beriman yang mencegah kemungkaran. Bahkan Allah menyifatkan mereka sebagai umat yang terbaik sekiranya mereka mencegah kemungkaran. Firman Allah:
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ
“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji).” (Surah Ali Imran: 110)
7. Inilah bahana kecelaruan pemikiran liberal yang diperjuangkan oleh sebahagian kita dalam masyarakat. Malah ada pula yang terperdaya dengan slogan perjuangan hak asasi kemanusiaan seperti ini. Lebih menyedihkan ada juga di kalangan muslim yang berfikiran dengan pemikiran liberal yang rosak sebegini.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Hibur Hibur Sikit 

'Mabok doh wey' Lagu Dalam 2 Versi, Bantu PKP.

Komposer, Eddie Hamid (tengah) beramah mesra bersama seorang daripada peminatnya, Rajiah Harun,39 (dua kiri) dan beberapa artis dalam majlis BBQ Kelab Peminat Eddie Hamid (EHFC) di Seaview Restoran Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, Kota Bharu. - Foto Nor Amalina Alias
Komposer, Eddie Hamid (tengah) beramah mesra bersama seorang daripada peminatnya, Rajiah Harun,39 (dua kiri) dan beberapa artis dalam majlis BBQ Kelab Peminat Eddie Hamid (EHFC) di Seaview Restoran Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, Kota Bharu. - Foto Nor Amalina Alias
HALAMAN HIBURAN
Eddie Hamid cipta lagu Mabuk


KOTA BHARU: Komposer, Eddie Hamid sedang mempersiapkan lagu terbaru Mabuk, mengenai bahaya memandu kenderaan ketika mabuk kerana boleh membahayakan orang ramai.
Menariknya, Eddie yang juga anak jati negeri ini mahu mengeluarkan lagu berkenaan dalam dua versi iaitu berbahasa Melayu dan satu lagi menggunakan dialek Kelantan.
"Ini adalah kesinambungan tuah lagu kami sebelum ini 'Jange Kelik Laa Weii' yang menjadi tular selepas disebut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
"Lagu mabuk ini akan dinyanyikan saya bersama Man Khan dan Aris Kapilla di mana yang dinyanyi dalam bahasa melayu biasa liriknya lebih ke arah bahasa undang-undang berbentuk kempen nasihat.
"Lagu berdialek Kelantan pula, liriknya lebih kepada nasihat sinis dan humor satira kepada masyarakat supaya berhati-hati di jalan raya dan tidak memandu dalam keadaan mabuk yang membahayakan nyawa pengguna jalan raya," katanya ketika ditemui dalam Majlis BBQ Kelab Peminat Eddie Hamid (EHFC) di Seaview Restoran Pantai Cahaya Bulan (PCB) Resort, di sini, malam tadi.
Eddie Hamid berkata, lagu itu turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, pihaknya kini sudah menyiapkan lagu berkenaan sejak dua bulan lalu dan kini menunggu perubahan lirik di peringkat akhir sebelum diluluskan pihak JPJ khususnya berkaitan akta dan undang-undang yang perlu tepat.
"Sebaik lirik diluluskan, kita akan jalankan pengambaran klip video di sekitar Kelantan dan Putrajaya malah mungkin ada kejutan penampilan menteri dan pemimpin tertinggi JPJ dan PDRM, selain turut memasukkan beberapa sedutan kejadian atau 'footage' kejadian sebenar berkaitan kes pemandu mabuk," katanya.
Beliau berkata, lagu Mabuk dinyanyikan dalam versi Bahasa Melayu ditulis liriknya oleh Arisz Ab Rahman manakala lagu versi dialek Kelantan diberi judul Mabok doh wey!, liriknya ditulis Aris Kapilla dan Man Khan dijangka siap September ini.
"Sebenarnya idea penghasilan lagu ini dibuat apabila kita meletup dengan lagu Jange Kelik La Weyy, apabila disebut PM (Muhyiddin), saya dapat banyak permintaan daripada stesen radio untuk mengolah lagu itu dalam bahasa baku, namun bila kita cuba ternyata, sukar untuk mengubah liriknya yang menyebabkan lagu itu hilang identiti asalnya.
"Jadi, saya lahirkan idea buat lagu bahasa baku lain tapi mengangkat perihal isu semasa negara dan ketika ini isunya berkaitan kes pemandu mabuk sehingga ada yang kehilangan nyawa," katanya yang kini meletup dengan lagu 'berebut tino', nyanyian dialek Kelantan bersama Aris Kapilla dan Akma Richi.
Eddie berkata, selain itu dia juga merancang pembikinan lagu untuk majlis kenduri bertajuk Bekwoh yang turut memasukkan istilah klasik dalam majlis perkahwinan di Kelantan seperti bekwoh (kenduri), ngele (saguhati kepada pengantin), siso (cenderahati tetamu), belarok (perarakan rombongan pengantin).
Sementara itu, Man Khan berkata, lagu Mabuk memberi cabaran buat beliau yang pertama kali menyanyikan lagu dalam bahasa Melayu yang sebelum ini hanya membawakan lagu-lagu daerah dan dialek Kelantan.
"Saya membuat persiapan khususnya dalam bunyi dan sebutan supaya tidak kedengaran terlalu dialek negeri berkenaan, bagaimanapun saya teruja bekerjasama dengan Eddie memberi kesedaran tentang peraturan jalan raya kepada masyarakat, dalam berhibur kita juga mendidik," katanya.
Bagi Ariss Kapilla pula, dia berterima kasih kepada Perdana Menteri yang memetik lagu itu dalam ucapannya sehingga mendapat banyak tawaran persembahan termasuk di Sabah, Perlis dan Johor selain meraih ramai peminat di laman sosial Facebook dan Instagram.
"Sejak berkecimpung dalam industri hiburan pada tahun 1997 sebagai pemain basst Kapilla dan menjadi mula jadi penyanyi pada tahun 2001, inilah pengiktirafan paling tinggi saya terima sebagai anak seni," katanya. (BH)


Jange Kelik La Wei



Langit tak selalu cerah wahai cucu2...

Truth Vaccine: #Eksklusif : [GAMBAR] Anak Lelaki Tun Mahathir GAY ...
Syarikat arak milik anak Mahathir San Miguel mengintai peluang ...

KOMEN yang diangkat dari blog ini..

Anonymous said...
ALL MY BITCHES (DOG) LOVE ME..!!
Nama cucu kesayangan Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah Othman Bin Mirzan.
https://troopersantidapclub.blogspot.com/2017/11/syok-betul-cucu-madey-kutty-dengan.html?m=1

Anak cucu nih dengan penuh angkuh dan bongkak memuat naik gambar beliau tidur bersama anjing-anjing kesayangan dengan kapsyen “All my bitches love me” dalam lama instagram yang dikongsikan secara umum.

Hebat sungguh Gaya hidup cucu Melayu Baru ni yang beragama Islam. Menyentuh anjing yang merupakan najis mughallazah kecuali dalam beberapa kondisi tertentu.

Memelihara anjing dan tidur bersama najis berat tersebut bukan kondisi yang dibenarkan dalam Islam.

Oleh itu jangan memanipulasikan agama Islam untuk menghalalkan gaya hidup Melayu Baru bersama anjing-anjing kau..!

Bapanya yang bernama Mirzan pernah dikaitkan dengan pembelian kilang arak San Miguel Corp di Filipina.

Makciknya yang bernama Marina@Gereja Mahathir sering dikaitkan dengan kebebasan seksual Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) dan gerakan COMANGO

Datuknya pula Mahathir dikatakan cuba berlagak bagaikan malaikat apabila mendakwa semua orang salah dan yang menunaikan haji sah melalui 1MDB adalah haram.

Othman Mirzan anak cucu Melayu Baru yang sering memaparkan gaya hidup mewah dalam laman sosial beliau kini memalukan rakyat Malaysia.

Hanya berstatus cucu terkaya melalui rompakan khazanah orang Melayu dan bailout beratus billion. Jangan perasan bagus wahai anakcucu Melayu Baru ini.

Cucu Saudara CEO PNB jual Plaza Damansara kepada kroni Daim pun fake degree jugak ker..!?
Langit tak selalu cerah wahai cucu cucu sekelian.!!

Hutang Peneroka, Jadikan Solusi Realiti. Lagi Usul Bela Rakyat. -AP Pasir Mas.


K’jaan dituntut usaha solusi isu hutang peneroka.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dipohon mengusahakan solusi terhadap permasalahan FELDA terutama melibatkan hutang peneroka demi kebajikan dan generasi pewaris anak cucu para perintis ‘lombong emas’ negara itu.


Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (PAS – Pasir Mas) berkata, isu hutang yang membelenggu para peneroka FELDA adalah tidak munasabah dan tidak jelas di mana ada kalangan mereka tidak tahu-menahu mengenainya.
Beliau mengupas serius isu yang berpanjangan hingga menjadi masalah pewarisan keluarga peneroka itu semasa membahas Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, di sini kelmarin.
“Mereka tandatangan dokumen dalam keadaan mereka tidak tahu pun apa dokumen yang mereka tandatangan. Isu pewarisan harta yang tidak selari pun dengan undang-undang faraid Islam, apatah lagi dengan undang-undang sivil.
“Sebagai contoh, seorang peneroka mempunyai 10 orang anak, hanya boleh menamakan dua orang anak sahaja sebagai pewaris kepada tanahnya, adalah merupakan suatu ketidakadilan yang telah pun berlaku sejak begitu lama.
“Isu penyata pembayaran hasil sawit, isu rumah generasi kedua, isu pengangguran dan migrasi generasi kedua dan juga masalah sosial,” senarainya.
Beliau mengumpamakan FELDA yang kini berusia 62 tahun sebagai lombong emas negara atas potensinya yang membangunkan 112,635 peserta di 317 tanah rancangan dengan keluasan 490,000 hektar.
“DNA awal peneroka, semangat awal peneroka itu perlu diwarisi oleh generasi kini. Peneroka ini ialah merupakan perintis, sang pemberani, suka kepada cabaran. Itu tagline yang diperkenalkan oleh kerajaan sendiri ketika sambutan Hari FELDA beberapa hari yang lepas.
“Saya mahu supaya ini dijadikan sebagai realiti, dilontarkan sebagai menjadi praktikal yang diusahakan oleh kerajaan,” gesanya yang turut merakam penghargaan kepada NGO-NGO pejuang isu FELDA. – HARAKAHDAILY 16/7/2020

Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails