Monday, July 20, 2020

'Tangkap, hukum segera' - titah Sultan Selangor

Pelukis Firdaus Nordin (kanan) dan Abdul Hadi Ramli (kiri) turut membantu kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto BERNAMA
Pelukis Firdaus Nordin (kanan) dan Abdul Hadi Ramli (kiri) turut membantu kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab. - Foto BERNAMA


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara yang berlaku di Taman Cahaya Alam dekat Seksyen U12 di sini.
Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor, bertitah contengan kata-kata kesat di atas lukisan mural gambar Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Ketua Pengarah Kesihatan serta beberapa pemimpin lain itu sebagai perbuatan yang sangat biadap.
Sultan Sharafuddin hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara. Sultan Sharafuddin hari ini melahirkan rasa murka dan sangat dukacita dengan kejadian vandalisme terhadap mural pemimpin negara.
"Baginda juga kesal dan kecewa kerana kejadian ke atas sebuah hasil karya seni ini berlaku di negeri Selangor.
"Baginda menghargai karya seni pelukis tempatan seumpamanya," titah baginda hari ini.
Sultan Sharafuddin juga berpandangan kejadian itu bukan dilakukan orang kurang siuman atau budak-budak nakal, tetapi lebih kepada bermotifkan politik kebencian.
"Baginda berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan," titah baginda.
Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. - Foto BERNAMA Kakitangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melakukan kerja-kerja memadam mural dan potret lukisan pemimpin negara yang diconteng oleh pihak tidak bertanggungjawab di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 hari ini. - Foto BERNAMA
Pegawai MBSA melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad Pegawai MBSA melakukan kerja pemulihan mengecat semula selepas lukisan mural pemimpin pemimpin diconteng oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. - NSTP/Hazreen Mohamad.

Menteri KASA tinjau Sungai Kim Kim




JOHOR BAHRU: Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam meninjau sistem pengawasan kualiti udara pada masa nyata yang ditempatkan di Pasir Gudang, dekat sini.


Menerusi laman rasmi Facebook beliau, Tuan Ibrahim berkata sistem berkenaan akan memberi amaran awal jika berlaku sebarang insiden pencemaran udara yang akan disalurkan kepada Jabatan Alam Sekitar secara automatik.
Stesen pengawasan pemantauan kualiti udara secara nyata di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu antara 25 lokasi yang ditempatkan sistem berkenaan.
Terdahulu, Tuan Ibrahim turut membuat tinjauan di stesen pemantauan udara dan kawasan sungai di mana berlakunya insiden pencemaran Sungai Kim Kim, Mac tahun lepas.
Turut mengiringi beliau ialah Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Norlin Jaafar.
Tahun lepas, dua episod pencemaran berlaku di kawasan Pasir Gudang dalam tempoh berselang hanya tiga bulan iaitu pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim pada Mac, disusuli pencemaran udara pada Jun. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit 

Solat Jumaat dua sesi terserah negeri



KUALA TERENGGANU: Keperluan menunaikan solat Jumaat dua sesi di negeri-negeri disebabkan kesesakan jemaah dan ruang terhad masjid semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) tertakluk kepada pentadbiran agama di setiap negeri berkenaan.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata demikian selepas Majlis Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Peduli Pasca Musa’adah COVID-19 Bersama Nelayan Terengganu, di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Chendering, di sini semalam.
Bagaimanapun katanya di peringkat Wilayah Persekutuan, solat Jumaat cuma diadakan satu sesi seperti yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).
“Justeru sekarang ini kami telah mengambil ketetapan bagi pihak contohnya Wilayah Persekutuan, kita tidak akan buat dua sesi, kita hanya buat satu sesi sahaja. Negeri lain tertakluk kepada pentadbiran agama negeri.
“Setakat ini apa yang dimaklumkan kepada saya, mereka (negeri-negeri) buat satu sesi sahaja. Ini (solat Jumaat satu sesi) yang diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, terpulang kepada negeri masing-masing,” katanya.
Katanya Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah MKI itu turut membenarkan solat Jumaat diadakan di kawasan tepi masjid termasuk pemasangan khemah di pekarangan masjid, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. – BERNAMA
Hibur Hibur Sikit 

Jurutera rugi RM13,000 diugut wanita mahu sebar video bogel

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

SEORANG jurutera kilang di Bayan Baru kerugian RM13,000 selepas diugut wanita tidak dikenalinya.
Mangsa berusia 25 tahun itu dilaporkan berkongsi video bogelnya kepada wanita terbabit sebelum menerima ugutan berkenaan.
Dia dikatakan terpaksa membuat bayaran berkenaan kepada suspek kerana bimbang video bogel berkenaan tersebar kepada umum.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mangsa sebelum itu menggunakan aplikasi Line bagi membuat panggilan video dengan wanita tidak dikenalinya pada 18 Julai lalu.
Katanya, mangsa dan wanita itu kemudian melakukan onani tanpa menyedari perbuatan itu dirakam.
"Selepas selesai panggilan, mangsa menerima pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali pada jam 3 petang hari sama dan mengugut akan menyebar video bogel berkenaan.
"Mangsa diminta supaya membayar sebanyak RM13,000 sekiranya tidak mahu video itu tersebar, "katanya kepada Harian Metro, hari ini.
Mengulas lanjut Anbalagan berkata, mangsa juga sudah membayar wang berkenaan menerusi transaksi dalam talian.
"Bimbang dengan kejadian itu, mangsa datang ke balai polis pada jam 10.11 malam tadi bagi membuat laporan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana peras ugut menyebar video bogel, " katanya lagi.


Celikkan minda wanita terhadap politik – Dr Rosni


BATU: Muslimat PAS mempunyai peranan besar untuk mencelikkan minda wanita Malaysia terhadap kepentingan ilmu politik dalam kehidupan yang disuluh menurut neraca Syariah.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Malaysia, Dr Rosni Adam berkata demikian dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Muslimat PAS Kawasan Batu Kali Ke-32 di Taman Batu Muda, di sini semalam.

“Ilmu politik atau ilmu siasah adalah ilmu urus tadbir. Seluruh aspek kehidupan kita perlu diurus dan ditadbir, apatah lagi sebuah negara. Sebab itu, setiap dari kita mesti celik ilmu politik.
“(Begitu juga setiap) Muslimat PAS mesti mengambil peranan untuk memahamkan masyarakat di luar sana terutamanya para wanita agar celik politik,” ujarnya merangsang motivasi.

Menurutnya, bagi menjayakan komitmen tersebut, Muslimat PAS hendaklah memulakan usaha dengan membina sebuah keluarga Muslim haraki agar seluruh ahli keluarga dapat digerakkan untuk perjuangan PAS.

“Tugas besar ini sudah tentu tidak dapat dilaksanakan tanpa bantuan Allah. Oleh itu, para Muslimat hendaklah memperbanyakkan doa dan menjalankan amal ibadah yang mendekatkan diri dengan Allah S.W.T,” nasihatnya memandu pembinaan kekuatan diri.

Dalam ucapan tersebut beliau turut mengingatkan para perwakilan dan pemerhati agar istiqamah dengan gerak kerja PAS yang merangkumi tiga aspek teras iaitu tarbiyah, dakwah dan siyasah.

“Gerak kerja PAS adalah sepanjang tahun dan bukan sekadar semasa musim pilihan raya sahaja. Gerak kerja PAS adalah ibadah, maka ia amalan sepanjang masa.“Sebab itu kita hendaklah sentiasa memperbaharui niat dalam melakukan gerak kerja agar semuanya kerana Allah S.W.T untuk terus istiqamah,” ulasnya di akhir ucapan. – HARAKAHDAILY 19/7/2020


Hibur Hibur Sikit 
H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.

H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.



Waris - Lagu Bola (Official Music Video)



WARIS - This Is Pilah (Official Lyric Video)


IWAN FALS - SEPAKBOLA



Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)

Ilmu Silat juga termasuk kegiatan sukan yang baik)

Atlet bersara tetap diberi perhatian


KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Penasihat Sukan, sedang merangka satu pelan program yang sesuai untuk bekas-bekas atlet, yang akan memasuki alam persaraan.


Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia masih di peringkat awal dan mengambil masa untuk disiapkan, kerana perlu kepada kertas cadangan serta penelitian daripada pakar-pakar, dalam jawatankuasa berkenaan.
“Saya telah bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa penasihat sukan negeri, yang terdiri daripada pakar-pakar seperti bekas Pesuruhjaya Sukan Datuk Zaiton Othman, pada minggu lepas dan minta mereka sediakan pelan cadangan program, sesuai untuk bekas atlet sebagai persediaan menempuh alam persaraan.
“Insyaallah selepas dapat cadangan, kita akan perhalusi dan bentangkan program tersebut. Sama ada mereka (bekas atlet) mahu terima atau tidak, terpulang pada diri masing-masing,” katanya pada sidang media, selepas majlis meraikan kemenangan skuad ragbi Piala Agong dan skuad ragbi 7 sepasukan kebangsaan negeri Terengganu 2019, di sini malam tadi.
Pada majlis itu Wan Sukairi menyampaikan insentif kemenangan sebanyak RM150,000, sebagai galakan untuk kedua-dua pasukan terus mencipta kejayaan pada masa depan.
 
Turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu merangkap Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Kebangsaan Amir Amri Mohamad.
Mengulas lanjut Wan Sukairi berkata, penyediaan pelan itu juga penting sebagai alternatif kepada bekas atlet, selain bidang kejurulatihan yang ruang lingkup serta peluangnya agak terhad, di negara ini.
“Bukan semua bekas atlet akan pergi kepada dunia kejurulatihan, kerana peluangnya agak terhad bagi semua jenis sukan.
“Jadi menjadi tanggungjawab kerajaan negeri, untuk menyediakan pelan ini dan keutamaan adalah kepada bekas atlet berasal dari Terengganu, yang telah berjasa mengharum dan mengangkat nama negeri,” katanya. – BERNAMA


Hibur Hibur Sikit 
H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails