Monday, August 03, 2020

Rasuah. Netanyahu didesak letak jawatan. Macam PH?

PESERTA demonstrasi berkumpul berhampiran kediaman rasmi Netanyahu di Jurusalem. FOTO AFP
Jerusalem: Ribuan penduduk di seluruh Israel malam tadi menyertai tunjuk perasaan menuntut Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu meletakkan jawatan atas dakwaan rasuah dan menyebabkan peningkatan kes Covid-19.
Peserta tunjuk perasaan turut melakukan demonstrasi berkenaan di kediaman peribadi Netanyahu di bandar utara Caesarea di mana orang ramai memegang sepanduk yang menuduh Netanyahu gagal dan mendesak pengunduran dirinya.
Tunjuk perasaan itu juga dilakukan di beberapa persimpangan dan jambatan namun acara tunjuk perasaan utama dibuat di luar kediaman rasmi pemimpin itu di Jerusalem.
Penganjur berkata, ribuan orang menuntut supaya Netanyahu berundur.
Media melaporkan di Tel Aviv, ratusan penduduk melakukan protes terhadap peningkatan pengangguran dan dakwaan bahawa kerajaan gagal menyokong usaha rakyat yang terpaksa bekerja sendiri ekoran kehilangan mata pencarian akibat wabak itu.
Dengan memakai pelitup muka untuk mencegah jangkitan Covid-19, penunjuk perasaan menuduh Netanyahu yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah daerah Jerusalem terhadap tuduhan rasuah dan gagal menyelesaikan krisis Covid-19 dan kemelut ekonomi yang berlaku.
Sebelum ini, Israel mendapat pujian atas tindak balas awalnya terhadap penularan Covid-19, namun kerajaan berdepan kritikan di saat lonjakan semula Covid-19 selepas sekatan ditarik balik akhir April lalu.
Untuk rekod, Israel yang didiami sembilan juta orang sehingga kini merekodkan lebih 72,000 kes positif termasuk 523 kematian.
Selepas tunjuk perasaan berlarutan sejak beberapa minggu lalu, malam tadi, Netanyahu menuduh saluran televisyen swasta 12 dan 13 menyampaikan propaganda untuk demonstrasi anarki bersayap kiri.
"Mereka terdesak meracuni fikiran orang awam untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang kuat dari sayap kanan," menurut parti diwakili Netanyahu, Likud dalam ciapannya melalui hantaran yang diciap semula oleh perdana menteri itu di Twitter (AFD)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itukah yang terjadi pada PH di Malaysia? Cuma di Malaysia agak lambat sikit, kerana PH turun dulu sebelum diturunkan. Adakah Natanyahu akan terpaksa turun seperti PH? Mungkin. Kerana, mereka terlihat seperti tercipta dari spesis yang sama. Sama-sama jahat..

Akan tiba masanya, apabila kebenaran datang, kebatilan hilang sirna.

Hibur Hibur Sikit


Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

H2S Pilihan: 26 -Nasheed Bosnia

Bosanske Ratne Ilahije/ Bosnian War Nasheeds




Ramadan in Bosnia: Sarajevo marks breaking of fast with cannon  Jun 11, 2018



pERANG bOSNIA.

Sunday, August 02, 2020

Bagaimana Tegaknya K'jaan Arab Saudi &Jadi Kaya?

Awal Mula Berdirinya Kerajaan Arab Saudi, Inilah Fakta dan Sejarahnya



Sambungan dari..


Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

Baru Anwar Sedar, Tun M Sebenarnya Memperdaya...


PH yang dilanda krisis sukar bangkit kembali


SEJAK gagal menyekat kemaraan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen baru-baru ini khasnya dalam isu pelantikkan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat menggantikan yang dilantik Pakatan Harapan (PH) sebelumnya, PH terus dilanda krisis.

Gembar-gembur kononnya PH mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang cukup untuk mematahkan pengaruh Kerajaan PN ternyata kosong dan bohong belaka. PN kini memiliki 113 kerusi manakala PH hanya 109, itupun mungkin berkurang lagi dalam waktu terdekat apabila beberapa Shli Parlimen dijangka mengambil sikap menyokong PN termasuklah dari Sabah.

Malah hari ini keupayaan PH sendiri mula dipertikaikan, apabila blok pembangkang mereka itu telah berpecah dua, iaitu antara PH asal yang dianggotai PKR, DAP dan PAN dan blok Tun Dr Mahathir yang didokong wakil parti WARISAN dari Sabah.

Di dalam sebuah wawancara khas dengan akhbar Sin Chew Daily baru-baru, Presiden PKR Anwar Ibrahim mengakui bahawa hanya kini baru beliau sedar yang Tun Dr Mahahtir sebenarnya telah memperdayakan beliau.

Menurut Anwar dari sejak mula lagi bersama Tun dalam PH beliau menyangkakan yang Tun sejujurnya akan menepati janjinya dengan menyerahkan jawatan Perdana Menteri ke beliau selepas tempoh dua tahun setelah kemenangan PH.

Namun Tun acapkali merubah tarikh yang telah dipersetujui sehinggalah akhirnya beliau menyatakan kononnya berjanji akan melepaskan jawatan PM ke Anwar sejurus selesai Persidangan APEC dalam bulan November.  

Rupanya dengan takdir Tuhan, belum sempat November, pada 24 Febuari Tun tanpa berbincang sesama pimpinan PH telah mengambil keputusan meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sehingga mengakibatkan Kerajaan PH roboh dan perjanjian yang dimaksudkan menjadi sia-sia.

Sekiranya Tun tidak meletakkan jawatan Kerajaan PH mungkin masih berkuasa hingga hari ini.
Anwar menafikan bahawa PKR terlibat dalam memaksa Tun melepaskan jawatannya. Sebaliknya tindakan Tun adalah buatan tangannya sendiri.

Kekecewaan Anwar itu berasas dan dalam wawancara ini Anwar meluahkan betapa Tun memang tidak berkenginan melihatnya menjadi PM. Sepatutnya jika benar Tun berhadapan dengan masalah, ianya wajar dibincang sesama keluarga PH, dan jika terdesak mahu melepaskan jawatan atas apa sebab sekalipun, mengapa tidak diserah sahaja pada Anwar?
Mengapa perlu letak jawatan begitu sedang beliau sedar akibatnya Kerajaan PH akan roboh?

Kata Anwar lagi Tun sesungguhnya perlu bertanggungjawab atas kejatuhan Kerajaan PH. Tambahnya beliau tidak pasti adakah Tun terlibat dalam merancang membawa keluar BERSATU dari PH, tetapi pasti ada restunya dalam insiden ini.

Kerana itu pada hari ini Anwar mengakui walau kecewa beliau masih bersedia berkerjasama dengan Tun dari blok pembangkang. Namun demikian beliau sekali-kali tidak akan lagi bersetuju jika Tun dicalonkan sebagai PM, sebaliknya mendakwa kini calon bakal PM PH adalah beliau sendiri.

Kata Anwar di dalam wawancara itu lagi, Tun kini sudah tidak lagi mampu meraih sokongan dari kalangan Ahli-ahli Parlimen.

Berdasarkan perkembangan ini terbuktilah robohnya Kerajaan PH dan naik terbentuknya kerajaan baru PN benar-benar berpunca dari  masalah dan krisis dalaman PH yang terus berpanjangan dan membara sehingga ke hari ini.

Sudahlah mereka gagal menghadapi asakan PN di Parlimen, mereka pula bertelagah dan berpecah sesama sendiri.

Saban hari dilaporkan ahli-ahli dan pimpinan PKR dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbondong-bondong mengambil keputusan keluar parti kerana tidak lagi yakin kepada perjuangan dan saf kepimpinan parti.

Malah dalam PAN juga, ahli-ahli termasuk wakil-wakil rakyatnya sedang berura-ura untuk melompat meninggalkan parti serpihan itu.

Selain Kerajaan Negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah yang roboh kerana sokongan PH semakin rapuh di neger-negeri berkenaan, tidak mustahil dalam waktu terdekat ini Sabah, malah juga Selangor dan Negeri Sembilan juga berpotensi bertukar tangan.

Lalu bagaimanakah nasib dan masa depan PH sebenarnya dan blok para penyokong Tun?

Yang pastinya dalam keadaan berkecamuk dan berpecah sedemikian rupa, mereka sudah tidak lagi mampu mengancam kedudukan kerajaan PN di peringkat Persekutuan apatah lagi negeri-negeri yang PN kuasai.

Dalam pada itu rekod menunjukkan mereka juga gagal memberi ancaman pada Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional apabila kecundang berterusan dalam enam pilihan raya kecil, terakhir di DUN Chini dan kini mereka bakal kalah lagi dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim di Perak pula.

Anwar Ibrahim ternyata sudah tiada lagi memiliki aura sebagaimana dahulu. Rakyat sudah tidak mengindahkan lagi pekikan dan laungan “Reformasi” beliau. Apatah lagi Tun sendiri dan Mohamad Sabu, langsung tidak memiliki dukungan rakyat dewasa ini.

Sementara itu DAP pula terus terencat sejak hilang kuasa secara mengejut dan kini terkedu apabila Setiausaha Agung mereka naik turun dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas isu siasatan rasuah projek terowong Pulau Pinang.

Kesimpulannya PH sukar bangkit kembali dan jika kesempatan ini diurus dengan baik oleh MN dan PN, tidak mustahil PH akan disisihkan rakyat dan akhirnya pupus begitu sahaja dalam PRU15 nanti.

Lantas permuafakatan dan kerjasama dalam MN dan kini PN perlu diperkasakan.
Rundingan dan perbincangan perlu dipertingkatkan. Segala jenis masalah kecil mahupun besar perlu dicungkil keluar dan di atasi jangan dijadikan sebagai penghalang arus kebangkitan rakyat hari ini.

PH dijangka tersungkur, nafsunya kuat tetapi kekuatan tiada, maka ucaplah selamat jalan buat mereka dan dalam pada itu segera binalah kekuatan baru buat rakyat demi masa depan negara.
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 1/8/2020
Lihat sebelum ini..

Hibur Hibur Sikit


Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Kem Azmin didakwa panik lepas Zahid umum Umno tak sertai PN

Avoid too much politics, advises Azmin Ali

Ketua Penerangan PKR Perak Muhamad Arafat Varisai Mahamad mendakwa bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokong mula berasa panik selepas pengumuman Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Umno tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Katanya, pengumuman tersebut sekaligus menutup 'pintu depan' peluang untuk Azmin yang berangan-angan mempertahankan semua kerusi yang dimenangi kumpulannya pada PRU14 bersama-sama Umno dan PAS.

"Sejak pengumuman Umno menolak PN secara rasmi, saya mula menerima banyak panggilan daripada bekas rakan juang saya yang kini bersama kem Azmin.
"Ada yang mengakui bahawa kem Azmin sudah pun 'kalah' dalam PRU15 selepas ditolak oleh Umno dan PAS. Manakala, yang lain minta apakah peluang mereka untuk kembali bersama PKR," katanya ketika menghubungi Malaysiakini.

Arafat yang juga Adun Hulu Kinta selanjutnya berkata beliau diberitahu terdapat perbezaan besar antara gabungan PN dengan piagam MN.

'Kem Azmin mula hijrah ke kerusi lain'
"Saya diberitahu oleh rakan-rakan dari kem Azmin bahawa gabungan PN bermaksud Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan diberi kuasa untuk mempengerusikan.
"Selain itu, salah satu syaratnya adalah parti komponen PN akan diberi peluang untuk mempertahankan kerusi yang dimiliki pada masa ini. Ini bermakna Bersatu bersama-sama kem Azmin masih boleh bertanding di 32 kerusi parlimen," katanya.
"Tetapi, pada piagam MN, Bersatu tidak ada kuasa penentu. Dan mereka juga kemungkinan besar akan diberi 12 kerusi Dewan Rakyat yang asalnya dimenangi oleh Bersatu pada PRU14 atau akan ada tambahan tiga kerusi baru untuk bertanding pada PRU15.
"Dengan itu peluang kem Azmin pada PRU15 ditutup sepenuhnya," katanya.

Dakwanya, terdapat wakil rakyat dari kem Azmin mula berhijrah ke kawasan lain selepas keluar dari PKR pada Februari.

"Kita boleh lihat, seorang wakil rakyat dari Pulau Pinang kini mula bertapak di parlimen Shah Alam, manakala seorang lagi wakil rakyat dari Johor, sudah pun berkhemah di parlimen Batu," kata Arafat (gambar, bawah) tanpa menamakan wakil rakyat berkenaan.

Presiden Umno sebelum ini berkata berkata parti itu memutuskan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) secara rasmi. Zahid berkata Umno sebaliknya akan terus memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.

Menurutnya, sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen Umno dan BN di Dewan Rakyat dan Adun di peringkat negeri.

Zahid juga memberitahu bahawa partinya akan mempertimbangkan hasrat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menyatakan sedia menyertai Muafakat Nasional (MN) iaitu sebuah piagam politik antara Umno dan PAS.

Pengumuman Zahid itu sekaligus menutup ramalan sebelum ini bahawa PN yang kini diketuai oleh Muhyiddin akan didaftarkan sebagai gabungan politk yang rasmi sebelum menghadapi PRU15.

Zahid juga memberitahu bahawa partinya akan mempertimbangkan hasrat Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menyatakan sedia menyertai MN iaitu sebuah piagam politik antara Umno dan PAS.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Redzuan Md Yusof menyangkal kenyataan Zahid itu bahawa Bersatu ada membuat permohonan untuk menyertai MN.

Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Annuar Musa pula menjelaskan MN telah membuat pelawaan rasmi kepada Bersatu untuk menyertai gabungan itu.

Annuar berkata presiden Umno dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang serta perdana menteri selaku presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.

PN merupakan gabungan yang merangkumi Umno, PAS, Bersatu termasuk kem bekas timbalan presiden PKR Mohamad Azmin Ali serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan secara tidak rasmi susulan 'Langkah Sheraton' pada Februari yang lalu.

Walaupun beberapa langkah awal termasuk menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pendaftaran PN sebagai gabungan politik yang rasmi, namun ia tidak tercapai ekoran dakwaan pertindihan pembahagian kerusi pilihan raya khususnya antara Bersatu dan Umno.
(http://gigitankerengga.blogspot.com/)


Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Pertahan K'jaan Sedia Ada, "Menjadi tanggungjawab kita" -SU Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui selepas majlis pengagihan daging korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan ketika ditemui selepas majlis pengagihan daging korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar


KOTA BHARU: Muafakat Nasional (MN) tidak mengadakan sebarang perbincangan sebelum UMNO mengumumkan keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN).
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, sebaliknya berkata, beliau enggan mengulas sama ada kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu bersifat peribadi atau organisasi.
"Kita pun tidak pasti berhubung perkara itu (kenyataan Ahmad Zahidi), UMNO kata nak bincang dengan PAS dan saya difahamkan minggu depan baru kita akan mengadakan perbincangan.
"Perkara ini mesti kena bincang. Kita tidak mempunyai sebarang masalah kerana sering mengadakan perbincangan menerusi Muafakat Nasional," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengagihan daging korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), menegaskan PAS menyokong sepenuhnya kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Pada masa sama, katanya, PAS akan terus memperkasakan MN kerana sudah ada perjanjian dan parti itu selaku parti Islam akan berpegang kepada janji.
"Menjadi tanggungjawab kita memperkukuh dan mempertahankan kerajaan sedia ada," katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan, UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan MN bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).
Pendirian terbaharu itu diumumkan Ahmad Zahid yang berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri. (BH)

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Korban Lembu Mahal, RM30,000 1 Bahagian, Wajarkah?


Lebih baik bina rumah orang miskin daripada korban lembu wagyu RM30,000, kata mufti


Ibadah korban tidak memerlukan penggunaan lembu mahal, tetapi mencukupi dengan lembu biasa yang boleh memanfaatkan lebih ramai orang miskin, kata Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad selepas tawaran pakej korban lembu wagyu mencecah RM30,000 bagi satu bahagian sempena sambutan Aidiladha.
Katanya, korban tidak boleh dibuat sesuka hati kerana ia adalah ibadah yang terikat dengan syariat Islam.
“Kita tak boleh ikut selera keinginan sebab sembelih binatang adalah simbol untuk mematikan sifat kebinatangan yang ada dalam jiwa kita. Kalau kita dianugerahkan harta dan kekayaan harus sedar siapa yang beri kekayaan, jawapannya Allah, jadi kita perlu bersyukur.
“Bagi mereka yang diberi harta kekayaan sampai sanggup nak lakukan ibadah korban RM30,000 sebahagian, kalau bina rumah untuk orang miskin, RM30,000 ini boleh duduk satu keluarga, ini kita baru beli sebahagian daging.
“Jadi, kena faham semangat korban itu ialah kita mengorbankan nafsu kita, sifat rakus kita terhadap harta,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, sebuah syarikat tempatan dilapor menawarkan pakej korban satu bahagian lembu wagyu berharga RM29,999 sempena Aidiladha tahun ini.
Pakej yang dilancarkan akhir Jun lalu bagaimanapun dikecam ramai, walaupun selepas pengusaha syarikat terbabit mendapatkan pandangan pelbagai pihak, termasuk pakar agama.
Shukri berkata, rezeki yang diberikan Tuhan tidak boleh disalahgunakan kerana ia dianggap satu kebiadaban.
“Al-Quran menyebut Allah tidak memandang daging korban, tapi melihat ketulusan hati itu. Kalau kita beli yang mahal-mahal ini, apakah masih ada ketulusan, keikhlasan di situ atau ada unsur lain nak menunjuk, berlawan siapa boleh beli lagi mahal?”
Katanya, walaupun ibadah korban lembu mahal itu sah, tetapi semangat ibadah itu dibimbangi akan “hangus” begitu saja.
Beliau juga bimbang ibadah korban itu boleh menjurus kepada pembaziran, apabila ia dilakukan dengan lembu mahal atas niat lain.
“Tetapi, kita tidak boleh terus kata membazir kalau dia mampu. Misalnya Arab Saudi bina masjid besar, kita tidak boleh kata membazir sebab mereka mampu, malah membazir juga tidak semestinya RM30,000.
“Kalau 10 sen tidak diguna pada tempatnya, ia menjadi pembaziran. Saya nampak dalam hal ini ada kemungkinan berlaku pembaziran.”
Pada 5 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad dilaporkan berkata, tidak salah melakukan ibadah korban lembu wagyu, tetapi RM30,000 bagi satu bahagian daging itu sama nilainya dengan 6 ekor lembu biasa yang boleh diagihkan kepada lebih ramai orang ramai.
Katanya, terlalu ramai individu yang memerlukan bantuan, khasnya akibat krisis Covid-19 dan untuk merasai daging yang nilainya melebihi RM30 sekilogram. Bernama
Hibur Hibur Sikit
H2S Pilihan: 24 -H2S Pilihan: 24 -Nasheed BANGSAMORO
Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails