Tuesday, August 04, 2020

Arab Saudi bersedia untuk umrah?

GAMBAR pada 2 Ogos menunjukkan jemaah haji mematuhi penjarakan fizikal. FOTO AFP

Riyadh: Arab Saudi akan menilai pengendalian ibadah haji tahun ini yang dilaksanakan ketika penularan Covid-19, dalam tempoh dua minggu lagi, lapor Al-Arabiya.
Setiausaha Kedua Kementerian Haji dan Umrah negara itu, Dr Hussein al-Sharif berkata, ia termasuk memperhalusi isu logistik dan prosedur kesihatan yang diguna pakai ketika musim haji.
"Hasil kajian itu akan digunakan sebagai persediaan untuk umrah akan datang," katanya seperti yang dilaporkan akhbar Arab Saudi, Okaz
Pada akhir Februari, Arab Saudi menangguhkan kemasukan individu ke negara itu bagi tujuan umrah di Mekah dan ziarah di Madinah.
Langkah itu bertujuan mengekang penularan wabak Covid-19.
Pada 4 Mac lalu, pihak berkuasa negara itu juga sudah tidak membenarkan rakyatnya dan penduduk negara itu menunaikan umrah.
AFP semalam melaporkan Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan tiada kes Covid-19 di Tanah Suci Makkah sepanjang musim haji tahun ini.
Musim haji tahun ini yang pertama kali dilaksanakan secara terhad dengan penyertaan hampir 10,000 jemaah berakhir pada Ahad.
Jumlah itu amat kecil berbanding 2.5 jemaah daripada seluruh dunia, pada tahun lalu.
Ia adalah keputusan pertama seumpamanya dalam sejarah moden Arab Saudi.
Pada haji tahun ini, jemaah perlu sentiasa menjalani pemeriksaan suhu.
Selain itu, mereka diberikan kit berisi batu yang sudah disanitasi, cecair pebasmi kuman, tikar solat dan kain ihram.
Mereka juga diarah menjalani kuarantin mandatori selepas selesai menjalani ibadah berkenaan.
Setakat ini, Arab Saudi merekodkan lebih 278,000 kes Covid-19 dengan lebih 2,900 kematian. (Agensi)

Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Waqaf Air Ditubuhkan. Lagi Agenda Kebajikan Diserap..


KASA tubuhkan Waqaf Air

SETELAH hampir lima bulan dilantik menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man semalam mengumumkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menubuhkan sebuah institusi yang berkaitan dengan Waqaf Air.

Di dalam ucapan penggulungan perbahasan Titah Ucapan Yang Di Pertuan Agong di Dewan Rakyat petang semalam, Dato’ Tuan Ibrahim mengumumkan institusi berkaitan Waqaf Air ini sedang diusahakan penubuhannya oleh KASA, bertujuan untuk membantu perbekalan air kepada rakyat.

Konsep Waqaf Air ini mengambil contoh daripada tindakan Sayyidina Uthman Bin Affan yang telah mewaqafkan Telaga Rumah untuk kegunaan penduduk awam Madinah di masa Rasulullah S.A.W.



Amalan Sayyidina Uthman tersebut telah diikuti oleh para dermawan Muslim sepanjang sejarah peradaban Islam sehingga wujud kemudahan-kemudahan bekalan air untuk kegunaan awam di zaman Bani Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah. Masyarakat Muslim dididik mewaqafkan air akan diberi ganjaran besar oleh Allah S.W.T.
Kewujudan institusi berkaitan Waqaf Air ini selari dengan agenda Negara Berkebajikan yang diusahakan oleh PAS, iaitu masyarakat awam khususnya golongan berkemampuan berkongsi tanggungjawab dengan Kerajaan untuk menyediakan keperluan asas dan kemudahan awam yang lain kepada rakyat.
Pendekatan ini bukan sahaja meringankan bebanan Kerajaan tetapi membuka peluang kepada golongan berkemampuan untuk mendapatkan ganjaran pahala Waqaf yang begitu besar dijanjikan oleh Allah S.W.T.
DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY 4/7/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya Islam. Agenda negara kebajikan mula diserapkan oleh PAS dalam pentadbiran kerajaan hari ini..
Al-hamdulillah. Al-hamdulillah. Al-hamdulillah.


Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

1MDB: SPRM cuba sekat firma guaman serah RM1.44 bilion



LONDON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan tuntutan mahkamah di United Kingdom (UK) bagi menghalang sebuah firma guaman di sini melepaskan wang berjumlah AS$40 juta (RM1.44 bilion) dikaitkan kepada 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Akhbar The Guardian melaporkan, penyiasat British yang terbabit dalam kes rasuah 1MDB mendakwa wang berkenaan berada dalam simpanan firma guaman itu bagi pihak ahli perniagaan, Arab Saudi, Tarek Obaid.


Tarek didakwa turut terbabit dalam skandal 1MDB tetapi dia menafikan semua tuduhan terhadapnya selama ini.
Obaid sebelum ini pernah didakwa atas tuduhan melakukan pengubahan wang haram dan terbabit dalam konspirasi jenayah bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung kes 1MDB
Bulan lalu, SPRM memperoleh perintah interim daripada Mahkamah Tinggi bagi melarang sebarang pergerakan wang RM1.44 bilion itu, yang disimpan firma guaman Clyde & Co LLP (Clyde) di UK, bagi pihak ketiga.
Menurut SPRM, firma guaman terbabit baru-baru ini memohon kebenaran Agensi Jenayah Kebangsaan UK untuk menyerahkan sebahagian wang berkenaan kepada Tarek.
Difahamkan, permohonan itu difailkan bagi membolehkan bayaran dibuat kepada Obaid atau syarikat minyak miliknya.
Minggu lalu, SPRM dan penyiasat di UK yang memfailkan tuntutan mahkamah itu secara bersama, berkata adalah amat penting supaya dana berkenaan dibekukan.
Menurut laporan The Guardian, firma guaman itu enggan menjawab apabila ditanya sama ada wang berkenaan sudah dikeluarkan atau tidak. - AGENSI

Hibur Hibur Sikit


Lihat sebelum ini..

DURI Landak terbang sampai kena orang - Rizal Anuar Ansal Ternak

Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Lancar. Tapi Lewat, Atau Dalam Kajian Untuk Diteruskan. LGE Rasuah?

TEROWONG DASAR LAUT
Projek terowong dasar laut Pulau Pinang berjalan lancar 


WALAUPUN berhadapan dengan kontroversi termasuk siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), projek terowong dasar laut Pulau Pinang dilaporkan berjalan lancar.
Ia termasuklah perancangan pembiayaannya melalui rakan pelaksana projek iaitu syarikat SRS Consortium Sdn Bhd selepas memorandum persefahaman ditandatangani pada 1 Julai lalu.
SRS Consortium dijangka membentangkan cadangan pelan pembiayaan projek terowong dasar laut yang merupakan sebahagian projek infrastruktur mega Pulau Pinang.
Pembiayaan itu juga dilaporkan merangkumi pembinaan tiga jalan utama, aliran transit ringan (LRT) dan terowong dasar laut.
Bagaimanapun, projek yang akan menghubungkan Georgetown dengan Seberang Perai itu dikatakan masih dalam kajian feasibility dan menunggu keputusannya untuk diteruskan.
“Pelan utama projek pengangkutan Pulau Pinang berjalan lancar. Malah saya bertemu dan maklum kepada penduduk negeri ini dan media apabila terdapat perkembangan terbaharu.
Termasuklah menandatangani perjanjian PDP, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), kebenaran daripada Majlis Pembangunan Fizikal Negara dan sebagainya.”
Demikian kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow ketika ditemubual Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang disiarkan secara langsung dalam Facebook DAP malam tadi.
Jelas beliau, projek terowong dasar laut itu akan mengalami kelewatan dipercayai disebabkan oleh kontroversi dan siasatan oleh SPRM.
“Projek terowong dasar laut dibelenggu kontroversi, dakwaan dan tuduhan.
“Tetapi saya ingin jelaskan di sini, projek berkenaan masih berjalan lancar dan menunggu keputusan kajian feasibility sebelum memutus untuk meneruskan atau sebaliknya.
“Ia masih berjalan lancar. Jangkaan siapnya mungkin tidak akan mengikut masa asal, projek itu mungkin akan lewat antara satu atau dua tahun.
“Kerajaan negeri akan memastikan projek tersebut akan dilaksana sebaik mungkin,” tegasnya.
Dalam pada itu, Hannah turut bertanya mengenai siasatan yang dilakukan SPRM terhadap projek tersebut.
Hal demikian susulan Kon Yeow turut dipanggil ke pejabat SPRM bagi memberi keterangan menurut projek tersebut.
Bagaimanapun, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu, beliau cuma mengesahkan maklumat terhadap beberapa dokumen termasuk minit mesyuarat Exco.
“Siasatan tersebut adalah untuk mengesahkan keputusan kerajaan negeri menerusi beberapa mesyuarat Exco berkaitan projek tersebut.
“Ia termasuklah proses tender, idea pembinaan terowong dasar laut, bila pra kelayakan projek dibuat, penganugerahan tender, perkara-perkara sebegitulah.
“Cuma hendak mengesahkan minit yang mengandungi maklumat berkaitan,” jelasnya.
Terdahulu, bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng menfailkan saman fitnah terhadap penulis blog, Raja Petra Kamarudin  berikutan satu pendedahan dokumen daripada SPRM dibuat beliau.
Kemudian pada awal Julai lalu, Guan Eng dan Kon Yeow dipanggil SPRM untuk disiasat berikutan terdapat dakwaan wujud elemen rasuah dalam projek tersebut. – SM
Komen Weblog Ibnu HasyimLancar? Tapi lewat. Bahkan masih dalam kajian feasibility dan menunggu keputusannya untuk diteruskan.  Kes LGE rasuah juga masih berterusan.. Suara lantangnya pun sudah tiada, tinggal sepi membisu.
Hibur Hibur Sikit

Lihat sebelum ini..
Pak Zuu Landak Malaya.
Tel 011 33111321 (KL)
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Monday, August 03, 2020

Prestasi ekonomi Malaysia atasi negara jiran

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang menilai 725 projek perkilangan dan perkhidmatan dengan anggaran jumlah pelaburan RM36.7 bilion.
Menteri Kanan (Ekonomi), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM19.2 bilion (52.3 peratus) adalah pelaburan langsung domestik dan RM17.5 bilion atau 47.7 peratus adalah pelaburan langsung asing.


"Selain itu, sebanyak 141 projek dengan nilai pelaburan RM72.6 bilion yang berpotensi untuk melabur di Malaysia sudah dikenal pasti," katanya ketika sesi menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa berkata, di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu, Malaysia masih berada di kedudukan baik mengatasi negara jiran dari segi prestasi daya saing.
Berdasarkan laporan 'Doing Business 2020' diterbitkan Bank Dunia, beliau berkata, Malaysia berada di tangga ke-12 antara 190 ekonomi, sekali gus menyaksikan kedudukan lebih baik berbanding 2019 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-15.
"Prestasi Malaysia pada 2020 mendahului negara maju seperti Jerman (22), Kanada (23), Jepun (29), Perancis (32) dan Switzerland (36).
"Berdasarkan 'Global Competitiveness Report 2019' yang dikeluarkan oleh World Economic Forum (WEF), Malaysia berada di kedudukan ke-27 antara 141 ekonomi.
"Kedudukan Malaysia mengatasi kebanyakan negara jiran seperti Thailand (40), Indonesia (50), Filipina (64) dan Vietnam di kedudukan 67," katanya.
Mohamed Azmin berkata, jumlah perdagangan negara terjejas bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 ekoran pandemik COVID-19, dengan mencatatkan pengurangan sebanyak tujuh peratus kepada RM833.36 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Katanya, eksport menyusut 6.8 peratus kepada RM448.99 bilion manakala import berkurang 7.2 peratus kepada RM384.38 bilion.
"Lebihan dagangan bernilai RM64.61 bilion iaitu menurun 4.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2019.
"Prestasi perdagangan sama turut dialami oleh negara di rantau ini seperti Singapura yang mencatatkan pengurangan perdagangan sebanyak 10 peratus, Indonesia sebanyak 9.9 peratus dan Thailand sebanyak 9.8 peratus," katanya.
Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) giat membangunkan Pelan Induk Perindustrian Baharu yang membabitkan perancangan strategi dan pelan tindakan khusus, termasuk dalam meningkatkan pelaburan dan daya saing negara bagi tempoh 2021-2030.
Sejak April 2020, Mohamed Azmin berkata, MITI bersama-sama Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) merangka Pelan Pemulihan Ekonomi bagi jangka pendek, sederhana dan panjang.
Katanya, ia bertujuan memperkukuhkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengwujudan peluang pekerjaan untuk rakyat serta meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor ekonomi negara. (BH)

Jom Lihat Pusat Jualan Korban Di Pakistan..


Seorang peniaga memberi makan unta di pasar ternak yang disiapkan untuk festival umat Islam yang akan datang, di Rawalpindi. Aamir QURESHI / AFP

BEGITU indahnya Islam. Walaupun dalam wabak covid 19 sedang melanda di seluruh dunia, umat Islam tetap menyambut Hari Raya Korban, mengagihkan makanan kepada fakir-fakir miskin. Jom kita lihat di Pakistan, contohnya. Penjualan binatang seperti unta, lembu dan kambing masih dijalankan di kawasan pasar jualan ternakan. 

Mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan dipantau oleh pihak berkuasa. Bagi mencegah penularan covid 19 ini, pihak berkuasa Pakistan melarang penubuhan pasar kecil ternakan, manakala bagi penyembelihan binatang korban, dibuat di kawasan terbuka, kerana bimbang peningkatan jangkitan Covid-19. 

Selain mengingati kisah Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail sebagai korban, ibadah korban ini juga adalah untuk melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban. Yakni berorban  sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah untuk orang lain, kepada golongan kurang bernasib baik.

Gambar di bawah ini adalah suasanan pasar jaulan binatang korban di Pakistan.-sumber



Seorang peniaga yang memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan penyebaran coronavirus COVID-19, ketika dia memegang untanya sambil menunggu pelanggan di pasar ternak. Aamir QURESHI / AFP
Peniaga memberi makan kambing di pasar ternak Aamir QURESHI / AFP
Pedagang menghiasi unta dengan Henna di pasar ternak . Aamir QURESHI / AFP
Seorang pelanggan Muslim mengambil gambar seekor lembu di pasar. Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga sedang berehat di pasar ternakan di Rawalpindi pada 20 Julai 2020. Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga memberi makan lembu di pasar ternakan. Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga memunggah seekor lembu dari sebuah trak di sebuah pasar. Aamir QURESHI / AFP
Peniaga mandikan lembu di pasar. Aamir QURESHI / AFP
(IH)


YADIM, NGO anjur korban bersama Orang Asli

      TEMERLOH: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan kerjasama NGO Cakne Rakyat telah mengadakan Majlis Korban Perdana yang dilangsungkan di Perkampungan Orang Asli Paya Sendayan, di sini hari ini.


      Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Nasrudin Hassan yang masing-masing menyumbangkan seekor lembu bagi menyempurnakan majlis korban perdana ini.
      Dilaksanakan dalam kebiasaan baharu, program ibadah korban ini telah menumbangkan dua ekor lembu disertai bersama penduduk Orang Asal yang beragama Islam.
      Penasihat Cakne Rakyat, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz dan Pengerusi Cakne Rakyat, Syafiee Mad Esa masing-masing menyempurnakan sembelihan dua ekor lembu itu bagi diagihkan kepada penduduk Orang Asli.
      Ustaz Nasrudin dalam ucapannya berharap agar pelaksanaan ibadah tersebut menjadi pengorbanan yang diterima di sisi Allah dan dapat lagi dilakukan pada tahun-tahun seterusnya dalam menghayati erti pengorbanan.
      Turut serta pada majlis ini adalah pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk Melayu di persekitaran kampung tersebut. – HARAKAHDAILY 2/8/2020


      Lihat sebelum ini..
      Pak Zuu Landak Malaya.

      Tel 011 33111321 (KL)
      Alamat: ibnuhasyim@gmail.com   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails