- Kondom biasa – mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.
- Kondom kecil – direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil. Kondom jenis ini memberikan rasa yang lebih baik dan mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.
- Kondom besar – merupakan kondom yang besar daripada yang biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.
- Kondom menyeronokkan – yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadi hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada individu lelaki mahupun wanita.
- Kondom nipis – lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.
Ketika hubungan seksual dilakukan, cincin terbuka pada bahagian luar faraj dan cincin pada bahagian hujung akan memegang kantung di dalam faraj. Dengan menghalang sperma daripada memasuki faraj, ia sekali gus menolak kemungkinan kehamilan untuk berlaku.
Ramai lelaki menyimpan kondom di dalam dompet atau poket seluar dan ia mungkin menjejaskan kualiti kondom. Kondom perlu disimpan di tempat yang kering sejuk. Selain itu, tarikh luput kondom juga harus sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Kondom yang telah tamat tempoh tidak dapat mencegah kehamilan dengan berkesan.
8. Bagaimana cara menguji kondom? Setiap individu yang ingin menggunakan kondom tidak seharusnya menunggu masa untuk melakukan hubungan seksual untuk menggunakan kondom. Lelaki seharusnya menguji kondom dengan melancap. Alasannya adalah untuk memastikan ia adalah saiz yang sesuai.Terlalu tebal atau terlalu besar boleh mendatangkan kesan negatif kepada lelaki.
Selain itu, sesetengah individu lelaki mungkin akan mengalami alahan dengan material kondom. Oleh itu, melakukan pemeriksaan dan ujian adalah amat penting. (IH)
Praktik Seks Bebas di 9 Negara Eropah Ini Menjadi Pemandangan yang Biasa Terjadi!