Monday, September 07, 2020

K'jaan bercadang lantik Orang Asli jadi guru takmir - Dr Zulkifli

  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad AI-Bakri (kanan), beramah mesra dengan penduduk setempat ketika menghadiri program Kembara Kasih Mualaf di Kampung Kuala Boh, Cameron Highlands, hari ini. - FOTO BERNAMA

CAMERON HIGHLANDS: Kerajaan bercadang mewujudkan program khas untuk melantik Orang Asli menjadi guru takmir sebagai antara usaha meningkatkan syiar Islam dalam kalangan masyarakat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata cadangan itu sekali gus bertujuan memastikan setiap kawasan petempatan masyarakat berkenaan mempunyai guru takmir.

"Pelantikan guru takmir memang bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri yang mengatur tempat pembelajaran.

"Namun, kita mahu kalau boleh ada perubahan lebih bersifat menyeluruh dari segi penyampaian dan tugasan supaya semua tempat ada guru takmir," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Kembara Kasih Mualaf 2020 di Kampung Kuala Boh, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan bahawa cadangan itu sedang diperincikan oleh pihaknya dan JAKIM, serta berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Bilangan mereka yang dianggap sedikit ketinggalan mengenai agama dalam kalangan masyarakat Orang Asli, perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya.

Sementara itu, Zulkifli berkata, Kembara Kasih Mualaf akan diteruskan dari semasa ke semasa di kawasan lain untuk memastikan hubungan dengan saudara baharu lebih akrab.

Katanya, program itu meliputi pelbagai modul pembelajaran perkara asas seperti cara solat, mengambil wuduk, mandi wajib dan mandi jenazah.

Sempena program itu, beliau turut melawat beberapa rumah dan meluangkan masa beramah mesra dengan mualaf, selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan. – BERNAMA

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..
E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Hibur Hibur Sikit

Sunday, September 06, 2020

Kementerian tidak akan berkompromi penguatkuasaan ... Tuan Ibrahim

 Amaran krisis bekalan air

Tindakan KASA berikutan gangguan bekalan air

Situasi terkini

Saya ingin memaklumkan bahawa bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas telah mencapai status pemulihan sehingga 51.6 peratus. Air Selangor menjangkakan bekalan akan pulih sepenuhnya secara berperingkat.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Air Selangor untuk memaklumkan kepada pengguna tentang jadual pemulihan bekalan air mengikut kawasan dalam masa terdekat setelah sistem agihan bekalan air distabilkan. Hal ini termasuk memenuhkan semua tangki-tangki utama yang telah kosong, memastikan tekanan air mencukupi dan memastikan tiada ‘airlock’ dalam sistem perpaipan.

Tindakan KASA

Saya telah mengarahkan SPAN supaya menghubungi semua operator air seperti Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB), Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan Syarikat Ranhill SAJ Sdn Bhd ( SAJ) untuk turut membantu mengagihkan air kepada para pengguna yang terjejas.

Sehingga kini pihak Air Selangor telah menggerakkan sebanyak 114 lori tangki termasuk 9 dari operator negeri lain, menyediakan 22 pili awam di kawasan yang mempunyai bekalan air, menempatkan 70 tangki statik di 19 Pusat Khidmat Setempat serta mengagihkan air minum 5 liter kepada para pengguna yang terjejas.

Proses pendakwaan

Tindakan penguatkuasaan bersama pelbagai agensi seperti SPAN, JAS, LUAS dan Pihak Berkuasa Tempatan sedang berjalan melibatkan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Saya ingin tegaskan bahawa pihak Kementerian tidak akan berkompromi menguatkuasaan peruntukan perundangan.

Proses pendakwaan akan dilaksanakan minggu depan ke atas pesalah akan diambil di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127] dan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655].

Hala tuju

Sepertimana yang saya pernah maklumkan sebelum ini, pindaan ke atas peruntukan undang-undang sedia ada akan disegerakan supaya hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pesalah supaya memberikan pengajaran dan balasan setimpal dengan apa yang dilakukan.

Pindaan yang dibuat akan membabitkan Seksyen 121, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.


YB DATO’ SRI TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Menteri Alam Sekitar dan Air
5 September 2020 – HARAKAHDAILY 5/9/2020

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

Siram bunga di rumahnya Setapak Jaya. Al-hamdulillah, PN Prihatin& Cekap..

 Surirumah, Norzalina Ramli, 52, menyiram bunga di rumahnya di Setapak Jaya selepas bekalan air pulih. -Foto NSTP/MUSTAFFA KAMAL Surirumah, Norzalina Ramli, 52, menyiram bunga di rumahnya di Setapak Jaya selepas bekalan air pulih. -Foto NSTP/MUSTAFFA KAMAL

Bekalan air Hulu Selangor, Kuala Selangor pulih  

SHAH ALAM: Sebanyak 618 kawasan pulih sepenuhnya, manakala 674 kawasan masih lagi dalam proses penyaluran semula bekalan air, sehingga jam 12:30 tengah hari tadi.

Ketua Komunikasi Korporat, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata kira-kira 47.83 peratus daripada 1,292 kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air tidak berjadual setakat ini, pulih sepenuhnya.

"Dari segi wilayah, Hulu Selangor dan Kuala Selangor hampir pulih sepenuhnya.

"Bagi Petaling, Kuala Langat dan Kuala Lumpur pula kira-kira 57.2 peratus, 50 peratus dan 41.3 peratus.

"Bagi wilayah Klang/Shah Alam dan Gombak, kira-kira 24.2 peratus dan 11.3 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata, pelanggan yang sudah menerima bekalan dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemat.

"Ini bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual.

"Air Selangor akan terus memaklumkan status terkini kepada pengguna menerusi media massa dan semua medium komunikasi," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Siram bunga di rumahnya Setapak Jaya. Al-hamdulillah, Kerajaan PN Prihatin dan Cekap..

Hibur Hibur Sikit


Orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat, Taman Rakyat Klang berikutan ganguan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang di sebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) susulan pencemaran sungai dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor. - Foto Muhd Asyraf Sawal Sebelumnya, orang ramai beratur untuk mendapatkan bekalan air di Pusat Khidmat Setempat, Taman Rakyat Klang berikutan ganguan bekalan air di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang di sebabkan empat Loji Rawatan Air (LRA) susulan pencemaran sungai dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor. - Foto Muhd Asyraf Sawal

Kalau DAP PP Pertahan Warisan British&China, Mengapa Tidak Warisan Melayu?

 

Gesa ICU selamatkan warisan Melayu di P.Pinang

KEPALA BATAS: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) diminta mengambil peranan untuk memastikan Kampung Batu Uban yang telah wujud seawal tahun 1734 agar dipertahankan dan diwarta sebagai kampung warisan.

Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata, keberadaan Kampung Batu Uban telah menjadi penempatan dan pelabuhan Melayu terawal Pulau Pinang, bahkan lebih awal dari kedatangan Kolonial British Francis Light pada 1786.

Namun menurutnya, tanah kampung Melayu itu kini hanya berbaki suku apabila tiga perempat daripadanya telah diambil alih oleh pemaju Era Kemas, kemudian Asia Green dan Ivory Properties Group Berhad bagi menaikkan kondominium baharu di tanah itu.

Kesali beliau, semua perobohan kediaman dengan mengambil alih tanah tersebut berlaku di bawah pemerintahan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan sejak zaman Pakatan Rakyat lagi berjanji untuk mewartakan warisan yang ada di negeri ini.

Menurut Iszuree juga bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang dipecat DAP, gesaan tersebut sentiasa disuarakan PAS Pulau Pinang selaras janji Manifesto Pakatan Rakyat, termasuk mengemukakan memorandum kepada Kerajaan Persekutuan.

Memorandum berkenaan telah diserahkan dalam pertemuan bersama dua Menteri yang pernah menerajui portfolio kebudayaan iaitu Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim dan Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Kondominium bernilai tinggi harganya ini tidak menguntungkan kampung warisan Melayu. Sudah tentu yang akan hadir menduduki kondominium ini terdiri daripada bangsa DAP. Yang dapat kita lihat, Masjid Batu Uban juga sudah hilang jemaahnya,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga dilihat sengaja menangguhkan rumah-rumah ganti dari akujanji pernah diberi Timbalan Ketua Menteri, Dato’ Mansor Othman dahulu, serta segala pembangunan pernah diperjuangkan sebelum ini.

“Tanah pun telah dikenalpasti dan sebagainya, tetapi pembangunan yang kononnya rumah ganti rumah itu terbantut, dan senyap terus.

“Akhirnya penduduk yang sepatutnya dibawa balik ke dalam kampung khususnya untuk diisi dalam flat ganti rumah itu akhirnya telah terpelanting keluar bila mana janji-janji itu semua tidak dikotakan,” katanya.

Sehubungan itu ujarnya, PAS Pulau Pinang telah mengemukakan alternatif dengan cadangan supaya kem tentera bersebelahan Kampung Batu Uban diambil alih dan dibangunkan di bawah ICU JPM bagi mengelakkan kampung itu terus lenyap.

Hal tersebut juga terangnya, memerlukan kem tentera tersebut dipindahkan ke Tanah Persekutuan di lokasi lebih sesuai dan strategik memandangkan kedudukannya di situ tidak lagi bersesuaian setelah bertapak sejak tahun 1960-an lagi.

“Kalau DAP boleh mewujudkan zon warisan dunia di Georgetown, semata-mata untuk memastikan warisan-warisan British dan juga China yang telah bermastautin di situ sejak tahun 1800 lebih tidak dimusnahkan, malah dipelihara lagi, kenapa tidak warisan lain?” soalnya. – HARAKAHDAILY 6/9/2020

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

E-Buku IH-123: Bumiputera Melayu PP Selepas PM 8..

Mengutuk Sekeras-kerasnya Sweden &Kashmir/India.

 Indonesia Mengutuk Keras Pembakaran Al-Quran dan Charlie Hebdo

1. Indonesia Kutuk Keras Bakar Al-Quran &Charlie Hebdo. 

Indonesia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan membakar dan menghancurkan Al-Quran di Sweden dan penerbitan semula karikatur Nabi Muhammad oleh majalah Perancis Charlie Hebdo.

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi menekankan bahawa tindakan provokatif ini melemahkan toleransi di kalangan masyarakat beragama, dan telah melukai beratus-ratus juta umat Islam di seluruh dunia.

Menggariskan bahawa tindakan ini bertentangan dengan prinsip dan nilai-nilai demokrasi, Menteri Retno Marsudi juga bertindak balas terhadap provokasi penyokong ahli politik anti-Islam Denmark Rasmus Paludan untuk membakar Al-Quran di Sweden pada 28 Ogos.

Sebelum perbicaraan pada hari Rabu mengenai serangan pengganas yang dialami Charlie Hebdo di ibu kota Paris pada Januari 2015, terlihat ia menjadikan karikatur yang menghina Nabi Muhammad sebagai sampul halaman barunya. 

2. Pertempuran Di Jammu Kashmir, 3 Pembela Kemerdekaan Maut

Pertempuran di Jammu Kashmir, Tiga Pemberontak Maut

Tiga daripada pembela kemerdekaan, yang bertempur dengan pasukan keselamatan di wilayah Jammu Kashmir di India, mati.

Tiga pengawal keselamatan, termasuk seorang mayor, cedera dalam pertempuran itu.

Menurut berita pada akhbar India, pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dan pembela kemerdekaan di rantau Baramulla.

Tiga yang terbunuh dalam pertempuran itu, seorang mayor dan tiga pengawal keselamatan cedera.

Dengan pindaan perlembagaan yang diadopsi pada 5 Ogos 2019, India menghapus status hak istimewa Jammu Kashmir, menghapuskan pentadbiran negara dan membahagikan wilayah itu menjadi dua Wilayah Kesatuan yang terpisah yang dihubungkan dengan pusat tersebut.

Berikutan keputusan itu, pasukan keamanan India memperhebat operasi ketenteraman awam dan tekanan terhadap orang ramai di Jammu Kashmir, sekatan internet, telefon dan pengangkutan serta perintah berkurung diberlakukan, dan para pengarah dan anggota pihak tempatan di rantau itu ditahan.

(IH)

Hibur Hibur Sikit

Memang Stategi Busuk Mereka Begitu, Ajar Saja Apa Yang Patut..

 Mohd Khairuddin dakwa jadi mangsa sabotaj terancang PH dan DAP. Foto NSTP Mohd Khairuddin dakwa jadi mangsa sabotaj terancang PH dan DAP. Foto NSTP

Khairuddin dakwa PH, DAP sabotaj dirinya

KUALA NERUS: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menganggap beberapa isu yang membelenggu dirinya adalah sabotaj terancang daripada beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Tegasnya, walaupun beberapa kali mengakui berlaku kekhilafan perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu, pemimpin pembangkang katanya masih membangkitkan isu itu, termasuk pada sidang Dewan Rakyat.

"Disebabkan kekhilafan itu, saya sudah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman.

"Saya anggap diri saya menjadi mangsa sabotaj terancang bukan saja daripada pemimpin PH dan DAP, tetapi menjadi mangsa kritikan pemilik portal berita apabila memaparkan gambar lama saya bersama isteri di Belanda yang dirakamkan pada tahun 2016," katanya.

Mohd Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Kasih di Masjid Nur Bakti di Kampung Wakaf Baru, di sini, hari ini.

Ketika mengulas bentuk tindakan akan dikenakan oleh pihak polis yang difahamkan sedang menunggu arahan daripada Jabatan Penguam Negara, Mohd Khairuddin enggan mengulas lanjut.

"Polis sudah mengambil kenyataan dan saya adalah saksi utama kepada kes itu, maka tidak elok saya mendahului pasukan keselamatan untuk memberi komen," katanya.

Mohd Khairuddin berkata, peguamnya akan menyerahkan surat guaman kepada portal berita yang menyiarkan gambarnya dan isteri untuk tindakan undang-undang.

"Kita sudah kenal pasti portal berita yang membuat berita palsu, termasuk menyiarkan gambar saya dan isteri. Peguam saya akan serahkan esok atau Isnin ini," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimMemang stategi busuk mereka menghalalkan cara begitu, Ajar saja apa yang patut, supaya orang ramai tahu dan tidak terpengaruh. Yang sedih penjilatnya, kadang 'lebih tuan dari tuan'.. Ada yang mengaku Melayu/Ilam pula tu.. Ha ha!

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!


A/Hadi Serah Suatu Kertas Cadangan Untuk YB M/Kewangan..

 

Terima kunjungan Menteri Kewangan ke Rusila, Marang

SAYA berbesar hati di atas kesudian YB Menteri Kewangan untuk berkunjung ke Kampung Rusila, Marang, dalam kepadatan jadual lawatan beliau ke Negeri Terengganu.

Kami meluangkan sedikit masa untuk meninjau ruang solat di Masjid Rusila, berkongsi sejarah masjid ini yang diasaskan oleh moyang saya lebih 100 tahun yang lalu, sehingga pembinaan fasa seterusnya termasuklah penubuhan Maahad Darul Quran, yang kesemuanya dibina dengan dana waqaf dan sumbangan orang kampung.

Dalam pertemuan tersebut, kami berbincang mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan tahap sosio ekonomi rakyat dan pembangunan di kawasan luar bandar, yang sinonim dengan aktiviti pertanian, perikanan, pelancongan dan industri desa.

Pada masa sama, saya turut menyerahkan suatu kertas cadangan untuk pertimbangan YB Menteri, yang mengandungi beberapa syor dan saranan berkaitan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan Malaysia bagi memulihkan ekonomi pasca COVID-19, khususnya melalui peluang kerjasama negara-negara Islam di rantau Timur Tengah.

Saya doakan agar YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan pasukan beliau di Kementerian Kewangan sentiasa diberikan bimbingan dan kekuatan daripada Allah S.W.T untuk menerajui usaha pemulihan ekonomi negara secara adil dan saksama.

ABDUL HADI AWANG
Masjid Rusila, Marang – HARAKAHDAILY 5/9/2020

Semua masjid di negeri itu dibenarkan mengadakan Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Semua masjid di negeri Trengganu dibenarkan mengadakan Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin

Abdul Hadi imamkan solat Jumaat pertama di Masjid Rusila selepas tiga bulan masjid ditutup Semua masjid di negeri itu dibenarkan mengadakan Solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Abdul Hadi imamkan solat Jumaat pertama di Masjid Rusila selepas 3 bulan masjid ditutup


Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimamkan Solat Jumaat pertama di Masjid Rusila, Marang selepas masjid itu ditutup hampir tiga bulan sebelum ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tinjauan Astro AWANI di masjid itu mendapati lebih 1,000 jemaah menunaikan solat di masjid itu yang lebih dikenali dengan panggilan Masjid Hadi hari ini.
Jemaah yang hadir juga dilihat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti membawa sejadah sendiri dan memakai pelitup muka malah terdapat empat kaunter dibuka bagi memeriksa suhu dan mengambil butiran diri jemaah.
Pengerusi Masjid Rusila, Mohd Azri Abdul Aziz berkata, lazimnya setiap kali Solat Jumaat, masjid berkenaan mampu memuatkan lebih dua ribu jemaah berdasarkan keluasan masjid.
Menurutnya, selepas penjarakan dibuat, ia hanya mampu menerima kira-kira 1,500 jemaah sahaja.
“Setelah hampir tiga bulan lebih kita tutup masjid bermula pada PKP, Alhamdulillah pada hari ini setelah diberi persetujuan dan keizinan oleh pejabat agama, masjid kita dibuka kembali mengikut SOP yang telah ditetapkan pejabat agama.
“Antaranya adalah para jemaah mesti membawa sejadah, memakai pelitup muka dan suhu tidak melebihi 37 darjah Celsius. Hanya jemaah yang mengikut SOP tersebut kita benarkan masuk masjid dan solat,” katanya.
Jelasnya, sebelum dibuka kepada jemaah, pihaknya telah melakukan proses sanitasi dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui juga meluahkan rasa lega selepas sekian lama tidak dapat menunaikan solat di masjid. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails