Sunday, September 20, 2020

Setiakawan Dengan DAP? Penipu Takkan Jujur Dengan Penipu..

 

Nurul Izzah Beri Peringatan Kepada DAP, Jangan Langgar Setiakawan

SHAH ALAM – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mengkritik kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai calon perdana menteri pilihan sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali menjadi kerajaan.

Menerusi kenyataan di Twitternya, Nurul Izzah berkata, fokus parti ketika ini ialah Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan bukan berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan.

“Fokusnya Pilihan Raya Negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan,” katanya semalam.

Guan Eng dalam satu wawancara semalam berkata, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi pilihan beliau sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH kembali menjadi kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun jelasnya, Anwar masih menjadi pilihan pertama, namun Presiden PKR itu perlu memberikan laluan sekiranya Mohd Shafie mendapat sokongan lebih banyak. – Sinar

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa tak kenal DAP? Dulu langgar setiakawan dengan PAS, dengan Tun M dan Anwar... Penipu takkan jujur dengan rakannya penipu..

Hibur Hibur Sikit

Boleh tengok gambar lucah ketika sidang parlimen..

 

Bangkok: Seorang wakil rakyat Thailand mencetus kontroversi memalukan apabila didapati melihat gambar lucah di telefonnya ketika sidang parlimen berlangsung.

Portal Bangkok Post melaporkan, Ronnathep Anuwat sepatutnya memberi perhatian kepada pembentangan bajet pada Khamis lalu, namun dia dikesan melayari laman web lucah di telefonnya hampir 10 minit.

Kejadian itu mengejutkan sekumpulan wartawan di galeri awam parlimen negara itu yang jelas dapat melihat tindakan tidak bermoral Ronnathep sehingga sanggup menanggalkan pelitup muka dipakainya.

Ronnathep didapati melihat gambar menunjukkan seorang wanita muda berbogel sementara seorang lagi berbaring di katil dalam keadaan tidak berbaju, selain satu lagi gambar kelihatan seorang wanita menunjukkan kemaluannya.

Tindakan memalukan itu diakui wakil rakyat dari wilayah Chonburi itu yang mengaku melihat gambar itu.

Bagaimanapun dia memberi alasan pelik apabila mendakwa menerima mesej di aplikasi Line daripada seorang gadis yang 'meminta pertolongan' dan 'menginginkan wang'.

Ronnathep memberitahu media tempatan dia melihat gambar itu terperinci untuk memeriksa latar belakang bagi mengetahui adakah gadis itu dalam bahaya.

Dia mengatakan ingin 'memerhatikan keadaan persekitaran gadis itu dalam gambar'.

Pemerhatian itu diperlukan kerana dia takut diganggu samseng yang memaksanya mengambil gambar.

Dakwanya, dia akhirnya menyedari gadis itu 'meminta wang' sebelum memadamkan semua kandungan perbualan mereka.

Pegawai kerajaan kemudian memanggil Ronnathep untuk mendapatkan penjelasan.

Namun, mereka memutuskan bahawa tidak akan ada tindakan lebih lanjut terhadapnya.

Ronnathep tidak akan dikenakan sebarang tindakan atas kelakuan itu kerana Speaker Dewan Chuan Leekpai mengatakan perkara itu 'peribadi'.

Chuan memutuskan buat pada masa ini tidak ada peraturan mengenai apa yang dapat dilihat oleh anggota parlimen di telefon mereka ketika sidang berlangsung.

Beliau adalah ahli parlimen Thailand kedua terperangkap melayari laman web lucah ketika persidangan dewan berlangsung.

Masa PH, Isu Hak Asasi Dipermainkan.. -AP Dungun

 

Perhebatkan kempen hak asasi Islam

SEPANJANG pemerintahan Pakatan Harapan (PH), kita menyaksikan banyak isu-isu hak asasi yang dimainkan tanpa mengira sensitiviti umat Islam.

Isu-isu seperti pemansuhan hukuman mati, perkahwinan bawah umur, amalan khitan kanak-kanak perempuan, hukuman sebatan Syariah, dan isu-isu yang melibatkan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) digambarkan sebagai suatu penindasan tanpa mengambil kira perspektif Islam dan Perlembagaan Persekutuan. 

Sedikit demi sedikit, isu-isu hak asasi ini telah mencairkan akidah umat Islam terutamanya anak-anak muda. Ramai anak muda yang bersolat dan bertudung, tidak melakukan perkara yang dilarang agama tetapi kemudiannya tidak segan silu menyokong dan membenarkan tindakan yang bersalahan dengan hukum syarak atas nama hak asasi. 


Oleh itu, saya ingin menyeru agar usaha memperkenal hak asasi Islam diperhebat dalam kalangan anak muda seterusnya mendedahkan mereka kepada isu-isu hak asasi di peringkat antarabangsa. Hal ini amat penting supaya generasi muda hari ini bersedia dalam mendepani gelombang Liberalisme. 

Umat Islam perlu celik isu-isu hak asasi, namun tidaklah sampai berkiblatkan pendekatan kontemporari yang dibawa oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 sehingga terkeluar daripada landasan syarak.

Sekian, terima kasih. 

“Islam Memimpin Perpaduan”

HAJI WAN HASSAN MOHD RAMLI
Ahli Parlimen Dungun – HARAKAHDAILY 18/9/2020

Hibur Hibur Sikit

Kemarahan Di Kashmir, Tuntut Siasatan Bebas...

 

Tentera India akui tersilap bunuh 3 penduduk Kashmir

SRINAGAR: Tentera India mengakui pasukannya bertindak keterlaluan ketika operasi sehingga mengakibatkan tiga orang awam terbunuh di Kashmir.

Ketiga-tiga mangsa yang bersaudara itu ditembak selepas disyaki pengganas Pakistan ketika operasi membanteras pemberontakan pada 18 Julai lalu di lembah Kashmir selatan dan selamat dikebumikan di kawasan sempadan terpencil.

Terdahulu, mangsa dikenal pasti selepas keluarga terlihat gambar mereka di media sosial dan menjelaskan bahawa ketiga-tiganya adalah buruh tempatan.

Ketika ini, pihak keluarga mangsa sedang menunggu ujian DNA sebagai sebahagian daripada siasatan untuk membuktikan bahawa mereka adalah lelaki tempatan.

Tragedi itu menimbulkan kemarahan di Kashmir dengan kumpulan politik, aktivis hak asasi dan penduduk setempat menuntut siasatan bebas terhadap kematian itu.

Semalam, jurucakap tentera Rajesh Kalia, berkata tentera dalam operasi itu bertindak keterlaluan dan melanggar garis panduan ketenteraan di Kashmir.

"Prosiding tatatertib akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab," katanya.

Pada masa sama, polis belum dapat membuktikan pembabitan ketiga-tiga lelaki itu dengan keganasan atau kegiatan yang berkaitan. - AFP

H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah

 

Macam Di KK - MCM D KK (PROMO ORIGINAL)




tinggi tinggi gunung KINABALU



El Suraya Kinabalu



SEJARAH GUNUNG KINABALU & EKSPEDISI GUNUNG KINABALU 2012 WBC

Lagi Pusat Hiburan Damai Plaza, 41 Ditahan..

 

41 pelanggan premis hiburan ditahan ingkar PKPP

Kota Kinabalu: Seramai 41 pelanggan yang leka berhibur di sebuah pusat hiburan di Damai Plaza, Luyang, ditahan polis, malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, serbuan dijalankan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, walaupun dalam kesibukan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, polis tidak mengabaikan tanggungjawab melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ini berikutan keadaan masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Serbuan mendapati pelanggan gagal mematuhi penjarakan fizikal seperti yang ditetapkan dalam SOP.

"Hasil pemeriksaan, polis menahan 41 individu membabitkan 21 lelaki dan 20 wanita termasuk penjaga premis warga tempatan untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Habibi berkata, semua yang ditahan di bawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7), Peraturan 3 dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11," katanya. (MyMetro)


Hibur Hibur Sikit

Manfaat air hujan: Kenapa melatah?

 


APABILA Menteri Hal Ehwal Alam Sekitar dan Air yang juga Timbalan Presiden PAS menyatakan satu ketika dulu bahawa penanaman durian Musang King boleh menjejaskan alam sekitar, banyak pihak membuat sindiran kononnya bagaimana Musang King boleh mengancam alam sekitar? 

Sedangkan, itulah yang sedang berlaku sekarang. Hutan simpan dicerobohi tanpa kebenaran dan dijadikan ladang Musang King untuk tujuan komersial. Namun, pihak yang tidak tahu mengenai alam sekitar merasakan bahawa mereka lebih cerdik kerana memakai baju kot dan tie berbanding Timbalan Presiden PAS yang pada kebanyakan masa memakai jubah dan kopiah. 

Bagi mereka, otak itu terletak di tie dan baju kot.

Begitu juga apabila Datuk Seri Timbalan Presiden PAS melontarkan cadangan berhubung air hujan yang boleh dimanfaatkan oleh kerajaan khususnya Kelantan yang masih tidak tercemar kualiti udaranya. Bagi mereka yang cetek akal, memanfaatkan air hujan bererti bererti menadah tempayan di celah atap dan gunakan air itu untuk mandi dan memasak. 

Ceteknya akal mereka secetek wawasan mereka yang hanya meletakkan impian politik tertinggi mereka ialah pimpinan mereka menjadi Perdana Menteri, lalu kekallah mereka dalam impian itu berpuluh-puluh tahun lamanya diperbodohkan saban dekad tanpa jemu.

Dengan tidak menafikan masalah air yang masih wujud di Kelantan, cadangan Menteri itu boleh diambil kira untuk penyelesaian jangka panjang. Cadangan itu langsung tidak ’mengacau‘ pelan pemulihan yang sedang berjalan di Kelantan pada hari ini.

Tidak tahukah mereka yang meloncat melatah itu bahawa lontaran cadangan itu untuk diambil langkah oleh kerajaan khususnya Kelantan, bukannya untuk rakyat secara peribadi. Jika untuk kerajaan, maka ia boleh dibincang, diperdebat, diseminarkan, lalu akhirnya disimpulkan dan dibentang semula kepada kerajaan untuk dijadikan polisi.

Tahukah mereka bahawa Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Semula Air Hujan atau juga dikenali sebagai Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) adalah salah satu daripada ‘Best Management Practice’ (BMP) dalam pengurusan air yang berkesan. Sistem ini bertujuan untuk melambatkan aliran air larian permukaan dan menggalakkan penggunaan air secara efisien. 

Pada masa kini, kebanyakan rantau di seluruh dunia telah menerima pakai penuaian air hujan untuk mengurangkan kesan banjir akibat perubahan iklim. Inisiatif awal pelaksanaan SPAH di Malaysia sebenarnya telah bermula pada tahun 1998 berikutan kejadian krisis air di Kuala Lumpur.

Tahukah mereka bahawa kerajaan telah meletakkan komitmen ke arah pembangunan hijau (green growth development) serta pelancaran Green Building Index (GBI) dan Garis Panduan Perancangan Kejiranan Hijau. Dalam hal ini,  SPAH telah dikenalpasti sebagai inisiatif hijau untuk menggalakkan penggunaan air secara efisien (water efficiency). 

SPAH juga dikenalpasti sebagai langkah segera dalam Pelan Tindakan Pembangunan Kejiranan Hijau oleh Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kejiranan Hijau. Di samping itu, Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-64 pada 23 Mei 2011 telah meluluskan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 (UKBS) untuk mewajibkan pelaksanaan SPAH di bangunan rumah berkembar, rumah banglo dan bangunan berasingan.

Banyak lagi boleh diperkatakan mengenai SPAH ini, cuma peliknya bagaimana bekas Menteri zaman PH sendiri tiba-tiba bangun kehairanan seolah-olah cadangan memanfaatkan air hujan ini tidak pernah lalu di telinga mereka. Barangkali benarlah dakwaan 22 bulan menjadi kerajaan hanya meratib jawatan PM, PM, PM sahaja di lidah mereka. 

Saya bimbang, nanti satu masa akan ada yang mengheret tin di tepi jalan meratib “PM, PM, PM, PM..”.

Saya hadiahkan kata-kata ini, “A stupid man’s report of what a clever man says can never be accurate, because he unconsciously translates what he hears into something he can understand.”  ― Bertrand Russell, A History of Western Philosophy. Terjemahlah sendiri, kami lebai, mana faham bahasa Inggeris.

AHMAD FADHLI SHAARI
19 September 2020 – HARAKAHDAILY 19/9/2020

Hibur Hibur Sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails