Monday, September 28, 2020

Ini dia, Anak pelakon didenda RM10,000

 

HALAMAN HIBURAN

Petaling Jaya: Anak pelakon veteran yang juga peniaga didenda RM10,000 terhadap tuduhan memiliki produk tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini

Majistret M Barath menjatuhkan hukuman itu selepas Orang Kena Saman (OKS), Rose Azlin Rosli, 46, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara empat bulan, sekiranya OKS gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Rose Azlin yang juga anak Normah Damanhuri didakwa memiliki sebanyak 99 paket produk KM Sampah Cleanse untuk jualan di sebuah premis beralamat di Jalan SS19/6 Subang Jaya, dekat sini pada 11.20 pagi, 21 Januari lalu.

OKS didakwa melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan melakukan kesalahan mengikut Peraturan 30 (1) peraturan sama.

Dia boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa KKM Mohd Helmi Azman memohon hukuman setimpal ke atas OKS mengambil kira produk berkenaan diiklankan di laman sosial yang boleh dicapai ramai orang.

"Dan sebagai orang yang dikenali, dia seharusnya memastikan produk ingin dijual atau diguna berdaftar dengan KKM supaya selamat digunakan. Demi menjaga kepentingan awam, pendakwaan memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran terhadap OKS," katanya.

Rose Azlin yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan kejadian berlaku semasa tempoh dia mahu mendapatkan kelulusan KKM.

Difahamkan, OKS membayar denda itu.


Hajiji Noor ketua menteri Sabah baru..

 

 Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Hajiji Noor (duduk, tengah) bersama Setiausaha Agung PN Hamzah Zainuddin (duduk, kiri) pada sidang media selepas keputusan semasa Pilihan Raya Negeri Sabah di Kota Kinabalu. Gambar: Bernama

GRS pilih Hajiji sebagai ketua menteri Sabah baru

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebulat suara memilih Hajiji Noor sebagai ketua menteri Sabah yang baru, menamatkan kebuntuan berhubung pemimpin negeri, dua hari selepas Warisan Plus dikalahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Hajiji yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai ketua menteri esok pada pukul 10.30 pagi.

Hajiji berkata, kerajaan negeri baru itu akan memastikan permasalahan rakyat dan manifesto serta Aku Janji pada PRN Sabah akan ditunaikan sebaiknya.

“Kami akan tunaikan tanggungjawab dan mandat rakyat sebaiknya.

“Saya berterima kasih kepada rakyat Sabah kerana memilih pemimpin daripada GRS,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Moktar Radin; Presiden Star Jeffrey Kitingan; dan Setiausaha Agung PBSJahid Jahim serta barisan Adun GRS.

Sebelum ini pelantikan ketua menteri Sabah yang baru menjadi teka-teki dengan pelbagai spekulasi mengatakan ianya bakal datang dari Umno.

Hibur Hibur Sikit

Munajat punca kuasa utama kemenangan PAS

 

INDERA MAHKOTA: Munajat tanpa henti adalah punca utama kemenangan cemerlang PAS di Kelantan pada PRU14 lalu yang sebenarnya berhadapan cabaran amat genting ketika itu berbanding PRU-PRU sebelumnya.

Malah, munajat juga membezakan perjuangan PAS daripada pihak-pihak lain di mana hal itu diakuikan sendiri oleh para pengundi dalam temubual untuk tujuan analisis dan post mortem PRU14 yang diadakan.

Ahli Dewan Negara, Senator Ustazah Asmak Husin yang mewakili DUN Kelantan mendedahkan perkara tersebut dalam program Motivasi Santai Jentera Pilihan Raya HALWA UDM Balok, di sini kelmarin.

Ahli PAS serunya, wajib belajar untuk membawa dasar Islam dan merealisasikan dalam gerak kerja sebagaimana dilaksanakan negeri-negeri di bawah pemerintahan PAS seperti Kelantan dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’.

“Jadikan Kelantan, Terengganu dan Kedah sebagai negeri contoh dan role model serta bukti kemampuan PAS memimpin negeri, malah tidak mustahil PAS boleh memimpin negara,” ujarnya membangkitkan semangat anggota jentera.

Beliau menekankan betapa pentingnya ilmu pilihan raya sebagai persediaan mendepani cabaran PRU15 dan seterusnya bersiap sedia untuk mengisi kemenangan secara yang terancang, selain keperluan dana dan pemerkasaan organisasi.

Majlis yang turut memugar roh perjuangan menerusi alunan zikir Asma’ ul Husna pimpinan Ahli Jawatankuasa HALWA Balok, Solehah Mohd Shah ini dihadiri 70 ahli jentera dari enam PAS Cawangan di bawah UDM ini.

Mereka yang hadir dengan tema pakaian masing-masing ini mewakili PAS Cawangan Chengal Lempong, Taman Balok Jaya 2, Bandar Baru Balok, Balok Maju, Balok Pantai dan Balok Jaya Sejahtera.

Majlis berlangsung di kediaman Ketua PAS Chengal Lempong, Dr Syed Badarudin Syed Ali dan isterinya yang juga Timbalan Ketua Muslimat PAS Chengal Lempong, Sharifah Mardziah Syed Abdul Rahman di Baitul Mahabbah.

Ketua HALWA UDM Balok, Asma Abdullah juga selaku pengarah program turut menyampaikan ucapan menyeru kesiapsiagaan fizikal, mental dan jiwa raga ahlinya untuk memperkemaskan gerak kerja yang masih tertangguh.

Pada majlis ini juga diadakan sesi soal jawab antara hadirin dengan Ustazah Asmak meliputi pelbagai isu semasa dan juga tips bergerak kerja. – HARAKAHDAILY 28/9/2020

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

Program Edaran Kuih Bulan ..

 

Program Edaran Kuih Bulan sekitar Pasar Suntex, Batu 9 – Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor/PAS Kawasan Hulu Langat

Sambutan dari kaum Tiong Hua amat baik sekali yang juga penduduk setempat.

Kami tidak akan meminggirkan hubungan antara kaum di Hulu Langat. Kita semua inginkan kesejahteraan dan keamanan untuk negara tercinta. Sama-sama kita bangunkan dan jayakan #MalaysiaPrihatin.

Terima kasih kepada YDP Tuan Mohamad Jan dan NKP DPPHL Ha Sin Nun serta sahabat yang hadir.
Tahniah Lajnah Perpaduan Nasional DPPHL.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Hibur Hibur Sikit

Bebola Berkuah (Sulu Köfte) 1: Atas Nama Islam Sokong Masakan Turki . Sila Cuba!

 

Hari ini kami hadiah kamu resipi 'Sulu Köfte' atau Bebola Berkuah.

Salah satu daripada citarasa hidangan Turki yang terpenting adalah ‘’Köfte’’ atau boleh kita ertikan sebagai ‘’Meatball atau bebola daging’’. Köfte yang merupakan masakan yang terbuat dari daging kisar yang dicampur dengan rempah-rempah, di Turki terdapat sekurang-kurangnya 300 jenis. 

Hampir setiap rantau mempunyai jenis köfte yang khas, terkadang juga mereka mempunyai nama tersendiri untuk makanan ini. Hari ini kami berikan resipi ‘’Sulu Köfte’’ atau Bebola Berkuah. 

Sulu Köfte adalah salah satu hidangan lazzat di Anatolia, masakan ini boleh dimasak di rumah-rumah dan juga boleh menjumpainya di restoran-restoran. Jika kamu sudah bersedia sekarang, kita boleh lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

300 gram daging kisar

1 bawang besar potong kecil kecil

1-2 ulas bawang putih, haluskan

1 gelas teh bulgur yang halus

1 sudu teh garam,

¼ ½ sudu teh lada hitam,

¼ sudu teh jintan,

¼ sudu cabai merah bubuk

2 buah kentang, potong-potong

2 sudu tepung

2 sudu pes tomato

 

Tiba masanya kita memasak Sulu Köfte. Campurkan daging kisar, bulgur, bawang putih halus, rempah-rempah dan garam, dan uli dengan teliti. Istirahatkan adonan daging tersebut selama 15 minit. Kemudian buat bulatan kecil-kecil. Taburkan tepung ke atas dulang yang besar. 

Letakkan bulatan-bulatan daging di dulang, kemudian goncang dulang sehingga semua bulatan daging terbalut tepung. Kemudian dalam periuk yang besar, tumis hirisan bawang dalam minyak selama 3 hingga 4 minit. Jika bawang telah layu, masukkan pes tomato, garam dan kentang yang telah dipotong kotak-kotak dan tumis selama 2 minit lagi. 

Kemudian, tambahkan air panas ke dalam periuk dan masak selama 10 minit sehingga kentang lembut. Tambahkan bulatan-bulatan daging ke periuk selagi kentang separuh masak. Tutup periuk, kecilkan api dan masak lagi selama kira-kira 15 minit. Anda boleh menghidangkan makanan yang telah masak ini dengan memercik oregano kering atau pudina kering. 

Selamat Menikmati ... 

Tunggu citarasa hidangan Turki yang lain pula.

(Weblog Ibnu Hasyim)


Hibur Hibur Sikit

Sunday, September 27, 2020

Ini KM Sabah Baru... GRS menang 38 kerusi, bentuk kerajaan.

 


Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diumumkan beberapa jam lagi, kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Tanpa memberikan waktu spesifik, beliau membayangkan pengumuman itu akan dibuat pada sebelah pagi, sebelum calon berkenaan mengangkat sumpah di Istana Negeri di sini.

Ditanya sama ada Ketua Menteri akan dipilih daripada barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) PN atau Barisan Nasional beliau berkata : "Biarlah ia menjadi teka teki."

PRN Sabah: Bakal KM Sabah diketahui beberapa jam lagi

Beliau memberi reaksi itu kepada media selepas kira-kira dua jam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terdiri daripada PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) secara rasmi membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan majoriti mudah, 38 kerusi.

Terdahulu, beliau bersama pimpinan GRS termasuk Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee mengadakan mesyuarat secara tertutup.

Mesyuarat sama turut diadakan secara berasingan oleh pimpinan BN.

Hajiji, yang mempertahan kerusi DUN Sulaman, sebelum ini disebut-sebut sebagai antara calon Ketua Menteri selain Pengerusi BN Datuk Seri Bung Mokhtar Radin.

Ditanya sama ada keputusan memilih ketua menteri yang akan diumumkan itu telah dibincang oleh keseluruhan pimpinan GRS, beliau hanya berkata: "Kita masih tunggu kerana banyak wakil rakyat kita dari jauh, dari pedalaman. Kita tunggu dan akan buat satu pengumuman bersama mereka," katanya.

Sebelum ini, nama Hajiji disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri Sabah apabila GRS berjaya menumbangkan Warisan Plus pada PRN ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin ada memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan PN dan parti sekutunya memenangi PRN Sabah.

Perdana Menteri memberi bayangan itu ketika berucap di Pejabat Bersatu Tuaran sebelum mengemukakan pencalonan bagi kerusi DUN Sulaman di Dewan Seri Sulaman, 12 September lalu.

Keputusan terkini MyUndi • Klik di sini untuk berita lanjut


SPR umum GRS menang 38 kerusi, bentuk kerajaan Sabah

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh (tengah) dalam sidang media sempena keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, malam ini. - Foto NSTP

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara rasmi, membentuk kerajaan negeri yang baharu di Sabah, selepas memenangi 38 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam.

GRS yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) menawan tujuh kerusi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh di Wisma Persekutuan, di sini, malam tadi.

Abdul Ghani berkata, Parti Warisan Sabah (Warisan) memenangi 29 kerusi, manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) menang dua kerusi, seterusnya Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) hanya satu kerusi.

"Calon bebas memenangi tiga kerusi," katanya dalam sidang media, hari ini.

Abdul Ghani berkata, sehingga jam 5 petang tadi, 66.6 peratus atau 739,083 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab.

Katanya, walaupun rendah berbanding sasaran awal iaitu 70 hingga 75 peratus, namun SPR berpuas hati dengan komitmen ditunjukkan rakyat di sebalik penularan pandemik COVID-19 di pantai timur Sabah.

"Kelewatan pengumuman keputusan penuh malam ini disebabkan masalah pada sistem yang menyebabkan proses kemasukan data rasmi tertangguh selama 25 minit.

"Secara keseluruhan, SPR berpuas hati dengan perjalanan PRN Sabah kali ini kerana pematuhan yang tinggi terhadap prosedur operasi standard (SOP) COVID-19," katanya.

SPR juga berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit untuk memastikan PRN Sabah berjalan lancar.

Al-hamdulillah! (IH)

Hibur Hibur Sikit
 Sempat Ibu Hasyim bergambar depan pintu masuk Kampung Balung Cocos, di Tawau, Sabah.

Wajahkan dakwah mengikut suasana semasa -Dr Zulkifli

 

 DR Zulkifli Mohamad Al-Bakrii. - Foto/Bernama

Pendekatan dakwah ikut arus semasa dan persekitaran

KOTA BHARU: Pendekatan dakwah Islamiah perlu mengikut arus semasa dan selari dengan persekitaran bagi membolehkan mesej itu sampai kepada golongan sasaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata mesej utama yang ingin disampaikan perlu menitipkan rasa Islam itu indah dan tidak dianggap ekstrim.

"Sempena Hari Terbuka Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), matlamat kami jelas, iaitu bagaimana kita mahu wajahkan dakwah Islamiah mengikut suasana semasa.

"Kita mahu menonjolkan Islam itu sifatnya sesuai sepanjang masa dan semua tempat. Justeru, dakwah perlu dilakukan penuh hikmah dan kebijaksanaan.

"Pada masa sama, dakwah itu boleh membawa kepada rasa Islam itu indah dan tidak dianggap ekstrim sehingga menzahirkan kebencian atau permusuhan dengan sesiapa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka YADIM Peringkat Negeri Kelantan, di Dewan Jubli Perak, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua YADIM, Nasruddin Hassan.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, terdapat banyak agensi di bawah YADIM yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan urusan dakwah kepada masyarakat.

"Kita mahu sifat dakwah dibawa penuh tatasusila dan kesopanan.

Ini kerana apa yang kita lihat sekarang, sifat murni itu sudah banyak terhakis dalam menyampaikan dakwah dan perkara ini yang kita cuba betulkan semula.

"Sebagai contoh apabila kita datang berdakwah di Kelantan, kita perlu memahami denyut nadi rakyat orang kampung di negeri ini dan pendekatan mana yang lebih sesuai.

"Di negeri lain pula mungkin pendekatan lain yang lebih sesuai berbanding pendekatan yang kita gunakan di Kelantan," katanya.

Hibur Hibur Sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails