Saturday, October 10, 2020

Anak Muda Jual Asam Boi Di Persimpangan Lampu Isyarat.

 

Kerja tak perlu interview

Kuala Lumpur: Kelibat anak muda membawa puluhan balang mangga asam boi di persimpangan lampu isyarat di Lembah Klang bukan pemandangan luar biasa.

Walaupun terpaksa berpanas selain menggadai nyawa berdepan risiko dilanggar kenderaan namun cabaran itu tidak sedikit pun mematahkan semangat golongan ini yang terdiri daripada anak muda dan lepasan sekolah demi mencari sesuap nasi.

Antara alasan popular memilih pekerjaan ini kerana mereka tidak mahu terikat dengan majikan selain menjaja di jalanan lebih mudah meraih pendapatan tanpa memerlukan sebarang sijil akademik dan kemahiran.

Ikuti asam garam golongan ini dalam mengharungi cabaran demi meneruskan kelangsungan hidup di ibu kota.


KISAH 1:

Tidak memerlukan sijil akademik dan mudah dapat wang.

Itu alasan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Osama al Zaqawe Ibrahim, 18, yang memilih pekerjaan menjaja mangga asam boi di jalanan sejak lebih setahun lalu.

Menurut Osama, dia memulakan pekerjaan itu di Terengganu sejak tahun lalu sebelum mengambil keputusan merantau ke ibu negara untuk mencari peluang lebih luas dalam bidang ini.

"Selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya datang ke Kuala Lumpur dan tinggal dengan abang sebelum menyewa bilik bersama rakan di Gombak.

"Saya tidak malu kerana kerja ini paling mudah dan cepat dapat duit, tidak perlu temu duga serta sijil," katanya.

Katanya, setiap hari dia mula menjaja di persimpangan lampu isyarat di sekitar Greenwood, Gombak jam 11 pagi hingga 7 malam.

"Saya menerima upah RM3 untuk setiap balang yang dijual dan pendapatan tidak menentu dengan paling minimum saya mampu jual lebih 40 balang sehari, tetapi mencukupi untuk tampung kos makan minum serta keperluan sendiri selain beri mak ayah di kampung.

"Tidak dinafikan, cabaran itu tetap ada antaranya cuaca yang memainkan peranan, tetapi keadaan panas terik dan hujan itu sudah biasa bagi saya.

"Cuma jika hujan terlalu lebat atau kilat saya terpaksa berteduh di mana-mana tempat sesuai tambahan lagi sia-sia menunggu di jalan kerana kebanyakan pemandu kenderaan tidak akan membuka tingkap untuk membeli pada waktu itu," katanya.

Selain itu, anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata, keselamatan di atas jalan raya juga sangat dititikberatkan bagi mengelak sebarang kemalangan.

"Biasanya saya akan tunggu pelanggan di atas pembahagi jalan dan hanya akan ke kenderaan jika ada pelanggan berminat membeli.

"Namun, saya akan tengok sekeliling dulu sebelum melintas jalan untuk pastikan tiada motosikal atau kenderaan lalu," katanya.


KISAH 2:

"Kerja lain kena ada sijil dan kemahiran, tetapi kerja ini mudah kalau hendak pendapatan banyak kuncinya cuma kena cekal serta usaha lebih," kata Badli Sham Ramli, 19.

Badli Sham berkata, dia selesa bekerja sebagai penjaja jalanan untuk menampung kehidupannya selain mahu menimba pengalaman terutama dalam dunia perniagaan.

"Mula-mula dulu memang saya malu dengan kerja ini, tetapi lama kelamaan suka kerana dapat berjumpa ramai orang dan menimba pengalaman baharu.

"Bukan tidak teringin cari kerja lain, tetapi saya masih muda dan mahu mencari pengalaman dulu mana tahu suatu hari nanti boleh berniaga sendiri," katanya.

Katanya, dalam sehari dia mampu menjual antara 60 ke 200 balang mangga asam boi, produk milik usahawan Bumiputera.

"Sehari saya pernah dapat jual paling sedikit 60 balang dan pernah juga sampai 206 balang bergantung kepada cuaca dan cara kita mendekati pelanggan.

"Memang ada pasang surutnya, tetapi setiap kali ada orang beli, tak dapat digambarkan perasaan gembira, sekali gus membakar semangat saya untuk terus berusaha kejar sasaran jualan. (MyMetro)

 

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 12 -Nasheed Paletine/Hamas.

Kabak Çiçeği Dolması (Isi Bunga Zucchini ) 2: Resipi Masakan Turki.

 

Mengisi sayur-sayuran atau menggulung sesuatu di daun-daun tumbuhan, merupakan cara memasak yang sering digunakan di seluruh dunia.  

Ada yang menggunakan daun jagung dan daun pisang seperti di Amerika Tengah dan Selatan, dan ada yang menggunakan daun kelapa atau daun buluh seperti di Timur Jauh. Sedangkan di Turki, hampir semua sayur-sayuran boleh diisi. 

Mulai dari terung hingga artichoke; dari kubis hingga tomato; dari chili hingga labu, orang-orang Turki boleh membuat makanan dengan mengisi segalanya. Salah satu makanan yang menarik adalah bunga labu isi. Pada masakan Mediterranean, Itali atau Greece, bunga labu biasanya diiisi dengan keju kemudian digoreng. 

Sedangkan di Turki, ia diisi dengan beras yang telah diperkaya dengan rempah-rempah dan dimasak di dalam periuk. Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana membuat bunga zucchini isi  atau Kabak Çiçeği Dolması yang dimasak di wilayah Aegean dan Mediterranean, kami akan memberikan resipinya.


Untuk membuat bunga zucchini yang diisi, mari kita mengira bahan-bahannya terlebih dahulu;

 

30 bunga labu

2 bawang kecil yang dicincang

1 gelas teh minyak zaitun

1 tomato parut

1,5 cawan beras

1/2 cawan air panas

1/4 ikat Dill dicincang halus

1 sudu teh pudina kering

1/3 sudu teh garam

1/4 sudu teh lada hitam

 

Pertama, keluarkan bahagian hijau pada ujung bunga zucchini satu demi satu. Ambil bahagian kuning bunga dengan teliti tanpa merosakkan daun. Masukkan separuh daripada minyak zaitun dalam periuk besar dan biarkan panas. Tumis bawang sehingga lembut. Basuh beras dan longkang air yang berlebihan, kemudian dimasukkan ke dalam kuali, terus tumis dengan bawang hingga warna berubah. Tambah tomato parut dan campurkan. Kemudian masukkan lada hitam, garam dan pudina kering. Masak beras dan bawang tumis dengan ½ cawan air panas pada api yang sederhana sehingga air surut. Matikan api dan biarkan sejuk. Tambah daun dill cincang dan kacau merata.

 

Ambil sedikit bahan isi yang telah sejuk tadi dan masukkan ke dalam bahagian dalam bunga. Lipat bunga bahagian atas ke dalam dan letakkan dalam periuk. Tambahkan sisa minyak zaitun dan air suam. Letakkan pinggan yang agak berat agar dolma tidak berantakan. Tutup periuk dan masak dalam api kecil 10-15 minit. Hidangkan selagi panas atau sejuk dengan irisan lemon. Selamat Menikmati.

Dalam program resipi masakan-masakan Turki, kali ini kami telah memberikan anda resepi ‘’ kabak çiçeği dolması'', salah satu kelezatan yang penting dalam dapur Turki.

Sampai jumpa dalam program berikutnya dengan kelezatan yang berbeza.


Selamat Menikmati ... 

Tunggu citarasa hidangan Turki yang lain pula.

(Weblog Ibnu Hasyim)


Lihat sebelum ini..

Friday, October 09, 2020

Siapa Nak Percaya K/Siang Jujur?

 

Penganalisis politik persoal kejujuran Kit Siang

KUALA LUMPUR: Reaksi sepantas kilat pimpinan DAP, Lim Kit Siang yang bersetuju agar laluan diberikan kepada calon WARISAN untuk menang tanpa bertanding dalam PRK Batu Sapi dipersoal Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) ini mempertikaikan kejujuran Kit Siang yang disifatkan beliau akan memberikan reaksi sebaliknya jika kerusi tersebut dimiliki oleh lawan DAP dari Umno, BERSATU, PAS, MCA, PBS dan STAR.

Menurut Dr Kamarul, beliau menjangkakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu akan membantah sebarang pandangan untuk memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan partinya sebagai ketidakadilan dan bertentangan realiti sokongan.

Malah, pemimpin veteran itu dijangka Dr Kamarul akan tetap mahu PRK dilangsungkan dengan menggesa prosedur operasi standard (SOP) baru yang lebih diperketatkan jika ada pihak memberi pandangan berkaitan kesihatan dan keselamatan.

Bahkan kata Dr Kamarul, peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak-Hak Manusia Sejagat serta faktor perbezaan majoriti kecil di Parlimen ketika ini juga dijangka menjadi hujah pemimpin senior itu.

Kit Siang kelmarin menyatakan persetujuan tersebut setelah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam, Andrew Khoo mencadangkan kemenangan tanpa bertanding kepada calon WARISAN.

Kata Kit Siang, ianya penting demi kesihatan dan keselamatan para pengundi di kawasan tersebut terutama dari Sandakan serta rakyat Sabah dan Malaysia yang dirujuknya kepada isu peningkatan penularan COVID-19 ketika ini.

“Marilah kita tunjukkan kepada seluruh dunia, yang pemimpin politik di Malaysia juga mampu untuk belajar daripada kesilapan masa lalu dan boleh menjadi inspirasi serta tauladan baik untuk menggerakkan semua rakyat, tanpa mengira latar belakang parti politik, kepada usaha memenangi peperangan melawan wabak COVID-19,” ujarnya.

Pemimpin DAP ini sepertimana kenyataannya sebelum-sebelum ini tetap menuduh Langkah Sheraton sebagai punca gelombang kedua pandemik COVID-19 di negara dan mendakwa tertubuhnya ‘kerajaan pintu belakang’.

Malah, Kit Siang terus menerus membuat dakwaan bahawa gelombang ketiga ketika ini adalah berpunca daripada ‘ahli politik pintu belakang’ yang cuba membawa kepada kejatuhan Kerajaan Negeri Sabah.

Kerusi Parlimen P.185 Batu Sapi sebelum ini disandang WARISAN melalui Dato’ Liew Vui Keong yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

Mendiang bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir dipercayai akibat jangkitan paru-paru pada di Hospital Gleneagles, Kota Kinabalu pada 2 Oktober minggu lalu. – HARAKAHDAILY 9/10/2020

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa nak percaya K/Siang jujur? Mungkin dia sendiri pun tak percaya kepada dirinya atau keluargnya. Habis, cucu anak menantunya dikaitkan dengan rasuah. Apa lagi bila bersama PH? Macam dalam filem P.Ramli, penyamun-penyamun berbagi harta dalam pemerintahan 22 bulan berlalu.. Lingkup negara!

Video: Nujum Pak Belalang, Perompak Kira Duit. Antara Scene  Paling Lucu oleh P.Ramlee.

Di bawah PN pun 3 YouTuber ini masih diugut Ah Long?

 

Simbah cat, lempar ‘molokov cocktail’ ugut YouTuber

JOHOR BAHRU: Tiga YouTuber tempatan yang mendakwa mereka telah diugut oleh Ah Long, menerusi satu rakaman video yang dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular beberapa hari lepas, telahpun dipanggil polis.

Mengesahkan perkara itu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ketiga-tiga mereka yang mendakwa menjadi mangsa telahpun dipanggil.

“Laporan polis juga telah dibuat (mangsa). Kita pun dah panggil pengadu yang terlibat dalam video berkenaan.

“Kita juga sudah terangkan (kepada mangsa mengenai) tindakan-tindakan kita yang telah diambil,” kata beliau kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai video yang dimuat naik tiga YouTuber berkenaan, yang turut menyebut nama Ayob Khan sebagai usaha mereka untuk meminta bantuan. 
 
Mengulas lanjut, beliau berkata hasil siasatan awal turut mendapati nombor telefon yang digunakan individu yang didakwa mengancam YouTuber terlibat, didaftarkan di Singapura.

“Sementara itu, salah satu plet kenderaan (yang disiasat berhubung kejadian ugutan) didapati merupakan plet palsu,” kata beliau sambil menambah siasatan lanjut masih dijalankan. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Khianat dengan Api di mana Ayob Khan turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan Ah Long.

Beberapa hari lepas, tiga YouTuber dilaporkan membuat laporan polis setelah menerima beberapa mesej berbentuk ancaman serta perbuatan melampau seperti kediaman mereka disimbah cat dan dilempar ‘molokov cocktail’.

Ketiga-tiga mangsa yang mengguna nama samaran Jeff, Inthira dan Tomato, membuat laporan di balai polis berasingan pada Isnin (28 September) dan Sabtu lalu (3 Oktober), kerana merasakan keselamatan mereka terancam.

Tiga YouTuber berkenaan turut memuat naik sebuah video berdurasi hampir 12 minit dalam Bahasa Melayu dan Mandarin, berkenaan ancaman berkenaan serta membuat rayuan kepada Ayob Khan untuk membantu mereka. – BERNAMA

Ya, segera! Demi keselamatan. Di sini tempat mengadu, sekurang2nya.

 

Tindakan Segera Demi Keselamatan Penduduk

BATU : Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 3 Pekan Batu, Hishamuddin Ghazali mengambil tindakan segera setelah menerima satu aduan berkenaan lima batang pokok besar yang boleh mengancam keselamatan penduduk di Jalan Kepong Lama, Kampung Delima.

Aduan ini telah disampaikan oleh Rodzi Tajudin, Ketua Umno Cawangan Kampung Delima.


Pokok lama yang condong ke arah jalan raya ini dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya sekiranya tumbang secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.

Akar pokok lama ini juga telah merosakkan struktur longkang utama berdekatan Lorong Hj Abdullah.

Hishamudin yang meninjau lokasi tersebut telah menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menyuarakan tentang masalah ini dan menggesa agar ia diambil tindakan segera.


Sebarang aduan boleh disalurkan ke http://www.wasap.my/60193200481/AduanPekanBatu

Atau melalui Ahli-Ahli MPP Sub Zon 3 Pekan Batu.

Hibur Hibur SikitH2S Pilihan: 08 -Nasheed, Muslims in China&Kung Fu...

Demontrasi Indo, Culik Gabenor, &Siapa Di Armenia?

 

1. Tunjuk Perasaan di Indonesia: 400 Demonstran Ditahan

Di Indonesia, 400 penunjuk perasaan ditahan semasa demonstrasi yang bermula pada hari Selasa untuk membatalkan pakej pekerjaan kontroversial.

Para pekerja dan pelajar yang berkumpul di pelbagai bandar seperti Medan, Yogyakarta, Bandung, Makassar, Ambon dan ibu kota Jakarta, menganjurkan demonstrasi menentang peraturan pekerjaan  dengan alasan hak dan jaminan pekerja tidak diendahkan.

Semasa demonstrasi diadakan di beberapa bandar, terutama di dekat bangunan dewan wilayah, pasukan keselamatan bertindak balas dengan gas pemedih mata dan air bertekanan kepada para penunjuk perasaan yang mengamuk dan menyekat jalan.

Sementara pertengkaran berlaku dari semasa ke semasa dalam demonstrasi berskala kecil yang diadakan di pelbagai tempat di Jakarta, pasukan keamanan mencegah tindakan berskala besar terjadi di titik pusat.

Sementara itu, Jurucakap Polis Jakarta Yusri Yunus menyatakan bahawa kira-kira 400 penunjuk perasaan telah ditahan di ibu kota sejak semalam.

Menunjukkan bahawa peraturan baru itu telah membataskan pelbagai hak seperti gaji minimum, waktu kerja, gaji pesara dan jaminan sosial, serta penghapusan kuota pekerja asing dalam industri pekerjaan berat, kesatuan sekerja menuntut kerajaan dan parlimen untuk mengatur semula pakej pekerjaan yang diluluskan pada hari Isnin.


2. 13 Didakwa Cuba Culik Gabenor 

Michigan

WASHINGTON: Tiga belas orang didakwa semalam berhubung tuduhan mengadakan komplot keganasan domestik untuk menculik Gabenor Michigan dari parti Demokrat, Gretchen Whitmer, umum pegawai persekutuan dan negeri.

Rancangan suspek merangkumi rancangan untuk menggulingkan beberapa Gabenor di negara itu yang para suspek “percaya telah melanggar Perlembagaan AS,” termasuk kerajaan Michigan dan Whitmer, menurut satu aduan jenayah persekutuan.

Enam orang didakwa atas jenayah Persekutuan kerana konspirasi untuk menculik, dan tujuh orang lain, yang dikaitkan dengan kumpulan militia “Wolverine Watchmen,” turut didakwa oleh negara itu, kata Peguam Negara Michigan, Dana Nessel.

Tertuduh telah berusaha untuk mengenal pasti alamat rumah pegawai undang-undang untuk menyasarkan mereka, membuat ancaman keganasan yang bertujuan untuk menghasut perang saudara, dan terlibat dalam rancangan dan latihan untuk operasi menyerang bangunan kerajaan Michigan dan menculik pegawai kerajaan, termasuk gabenor Michigan, “kata Nessel pada sidang media.

Penangkapan tersebut mungkin akan menarik perhatian tambahan kepada ketegangan politik yang melanda negara itu pada minggu-minggu terakhir musim pilihan raya 2020, dan memberikan amaran kepada para pegawai penguatkuasa undang-undang, anggota Kongres dan kumpulan yang mengesan kegiatan ekstremisme mengenai peningkatan ancaman ekstremis dan kumpulan berhaluan kanan.

Whitmer menjadi sasaran ekstrimis dari kumpulan haluan kanan-atas kerana caranya menangani wabak koronavirus

Dalam wawancara di “Erin Burnett OutFront” CNN pada hari Khamis malam, Whitmer mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasa kerana melakukan penangkapan tersebut – CNN

3. Fakta, Siapa Nikol Pashinyan Pemimpin Armenia


https://www.trt.net.tr/melayu/video/dunia/fakta-yang-perlu-diketahui-tentang-pashinyan
(IH)

Penyanyi AS Batal Konsert Di Jeddah Kerana 'Hak Asasi Manusia'?

 

HALAMAN HIBURAN

Nicki Minaj Batalkan Konsert di Jeddah World Festival.

Penyanyi Amerika, Nicki Minaj, mengumumkan bahawa dia telah membatalkan konsert di Arab Saudi untuk menyokong hak wanita.

‘’Selepas berfikir serius dalam masa yang lama, saya memutuskan untuk tidak memberikan konsert saya pada Jeddah World Festival yang sebelumnya telah dirancang.’’ Kata Nicki Minaj.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 18 Julai di Stadium King Abdullah di Jeddah.

Para penganjur acara Arab Saudi, menyampaikan bahawa konsert ini akan disiarkan di seluruh dunia dan mengumumkan bahawa akan diberikan kemudahan visa elektronik bagi mereka yang ingin mengambil bahagian dalam konsert ini.

Walau bagaimanapun, konsert itu telah memulakan perdebatan besar di dalam dan di luar Arab Saudi, dan organisasi hak asasi manusia mengeluarkan kenyataan yang meminta Nicki Minaj membatalkan konsertnya.

Selepas anak lelaki Raja Salman, Mohammad bin Salman menjadi putera mahkota, Arab Saudi telah mengalami pelbagai ‘’perkembangan’’.

Dalam konteks ini, Jeddah World Festival diadakan buat kali pertama di Arab Saudi. (IH)


Sambungan dari siri: 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails