Populariti parti di media sosial (23 Sept – 22 Okt)
QGA (QGenAnalysts) membawakan imbasan mengenai parti PAS, Umno, BERSATU, PKR, PAN dan DAP yang menjadi sebutan dalam platform media sosial dalam tempoh 30 hari yang lalu iaitu daripada 23 September hingga 22 Oktober 2020.
Populariti PAS
Kata kunci paling popular mengenai PAS dalam 30 hari terakhir adalah ‘parti’, perbincangan netizen adalah mengenai:
(1) Identiti PAS sebagai parti politik atau organisasi dakwah kerana pelantikan ahli PAS sebagai ADUN di Sabah.
(2) Hala tuju politik PAS berkaitan dengan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), sebagai tindak balas kepada kenyataan Umno untuk menarik sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin.
Sebutan mengenai PAS meningkat secara mendadak pada 14 Oktober dijumpai dalam komen terhadap catatan Najib Razak di Facebook mengenai hasil pertemuan Biro Politik Umno, yang mana sebilangan besar menyebutkan bahawa Umno akan memperkukuhkan Muafakat Nasional dengan PAS.
Populariti Umno
Kata kunci paling popular mengenai Umno dalam 30 hari terakhir adalah ‘support’, perbincangan netizen adalah mengenai:
(1) Hasil pertemuan Biro Politik Umno untuk mempertimbangkan kembali sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional.
(2) Kenyataan Zahid Hamidi mengenai gencatan senjata politik Umno dan sokongan berterusan terhadap Muhyiddin.
Sebutan mengenai Umno meningkat secara mendadak pada 14 Oktober berkait isu yang sama mengenai hasil mesyuarat Biro Politik Umno.
Populariti BERSATU
Kata kunci paling popular mengenai BERSATU dalam 30 hari terakhir adalah ‘government’, perbincangan netizenadalah mengenai:
(1) Pelantikan Ketua Menteri Sabah dari BERSATU.
(2) Kerajaan Persekutuan pada masa ini adalah Kerajaan BERSATU yang menyebabkan keresahan di kalangan ahli-ahli Umno.
Sebutan mengenai BERSATU meningkat secara mendadak pada 14 Oktober berkait kritikan terhadap pengaruh BERSATU dalam pemerintahan Perikatan Nasional, yang mendakwa BERSATU tidak memiliki hak untuk memerintah dengan kerusi Parlimen minoriti.
Populariti PKR
Kata kunci paling popular mengenai PKR dalam 30 hari terakhir adalah ‘country’, perbincangan netizen adalah mengenai:
(1) Kenyataan kemungkinan DAP menjalin hubungan dengan Umno kerana tidak ada yang mustahil dalam politik negara kita.
(2) Oleh kerana PAS dapat diterima oleh PBS dan STAR yang berpusat di Sabah, begitu juga DAP dengan Umno, yang dianggap sebagai norma baru dalam politik Malaysia, iaitu untuk memperjuangkan negara.
Sebutan mengenai PKR meningkat mendadak pada 23 September berkait dakwaan Anwar bahawa dia mempunyai majoriti cukup dan kuat untuk membentuk kerajaan baru, yang mencetuskan perbincangan di media sosial mengenai parti mana yang terlibat dalam majoriti itu
Populariti PAN
Kata kunci paling popular mengenai PAN dalam 30 hari terakhir adalah ‘rules’, perbincangan netizen adalah mengenai:
(1) Kritikan terhadap tweet Khalid Samad dengan gambarnya semasa Perasmian Konvensyen PAN Perak, yang menimbulkan persoalan bagaimana dia berjaya melintasi sempadan Selangor semasa PKPB.
(2) Orang ramai mengatakan bahawa kedua-dua pihak dari kumpulan politik (kerajaan atau pembangkang) adalah sama, seolah-olah peraturan dan garis panduan SOP tidak dikenakan kepada ahli politik.
Sebutan mengenai PAN meningkat mendadak pada 18 Oktober berkait isu yang sama.
Populariti DAP
Kata kunci paling popular mengenai DAP dalam 30 hari terakhir adalah ‘political survivability’, perbincangan netizen adalah mengenai:
(1) Penglibatan DAP dalam menyokong Anwar bersama dengan MP Umno untuk membentuk kerajaan baru.
(2) Netizen mengatakan mereka tidak pernah membayangkan DAP, PKR dan Umno akan bersama sebagai pemerintah dan ini adalah hasil tindakan pemberian mandat rakyat pada PRU14.
Sebutan mengenai DAP meningkat mendadak pada 6 Oktober berkait sokongan DAP terhadap ADUN DAP yang diuji positif COVID-19, netizen mengatakan ianya bukan mengenai hasil ujian swab, sebaliknya pematuhan terhadap sop kuarantin diri. -HARAKAHDAILY 27/10/2020
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kajian ini, mendedahkan hebatnya PAS, kerana:
(i) Terdedah identiti PAS sebagai parti politik dan organisasi dakwah kerana pelantikan ahli PAS sebagai ADUN di Sabah, contohnya.
(ii) Makin jelas, hala tuju politik PAS berkaitan dengan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN), walaupun sebagai tindak balas kepada kenyataan Umno untuk menarik sokongannya terhadap Muhyiddin Yassin.
(iii) Sebutan mengenai PAS meningkat secara mendadak pada 14 Oktober dijumpai dalam komen terhadap catatan Najib Razak di Facebook mengenai hasil pertemuan Biro Politik Umno. Se hingga sebilangan besar menyebutkan bahawa Umno akan memperkukuhkan Muafakat Nasional dengan PAS.
Sekian.
Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 09 -Mengurat, Malaya/S'pura, Indo/T.L...