Monday, January 18, 2021

1. Demonstrasi Anti-Netanyahu Israel &Macron Perancis

 

1. Demonstrasi Anti-Netanyahu Berterusan di Israel

Ribuan orang Israel melakukan protes terhadap Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu walaupun ada karantina dengan alasan bahawa dia tidak dapat menguruskan kes rasuah dan proses wabak.

Orang Israel, yang berkumpul semalam di jambatan dan persimpangan jalan dari utara ke selatan Israel, memusatkan tunjuk perasaan mereka di hadapan kediaman Netanyahu.

Para penunjuk perasaan membawa sepanduk yang bertuliskan "Netanyahu adalah penipu besar" dan melaungkan slogan-slogan agar Perdana Menteri Israel itu pergi.

Penunjuk perasaan, yang mengadakan demonstrasi di jalan-jalan di sebalik karantina, telah meneruskan tindakan anti-Netanyahu mereka selama 30 minggu kerana kegagalan memerangi coronavirus dan penurunan keadaan ekonomi dan sosial.


2. Ribuan Orang di Perancis sekali lagi Turun ke Jalan untuk Menentang RUU Macron

Penunjuk perasaan turun ke jalan sekali lagi semalam menentang rang undang-undang keselamatan yang menimbulkan reaksi di Perancis.

Ribuan orang di seluruh negara menuntut penarikan sepenuhnya RUU tersebut, yang digambarkan sebagai ancaman terhadap kebebasan.

Di Paris, ibukota Perancis, para penunjuk perasaan turun ke jalanan walaupun cuaca sejuk dan salji turun.

Ia memprotes undang-undang keselamatan yang mencetuskan kemarahan dan kebijakan yang dilaksanakan oleh Presiden Emmanuel Macron. Demonstrasi tidak terhad kepada ibu kota, Paris.

Ribuan orang yang menentang undang-undang berkumpul di bandar Rennes, Nantes, Rouen dan Lyon.

RUU itu, yang diadopsi di Parlimen dan diserahkan kepada Senat, menetapkan hukuman penjara 1 tahun dan denda hingga 45.000 euro bagi mereka yang menerbitkan gambar pasukan keselamatan.

Diputuskan untuk menulis semula artikel draf ke-24 setelah mendapat reaksi. Para penunjuk perasaan mahu undang-undang ditarik sepenuhnya. 

(IH)






Sunday, January 17, 2021

Rogol dalam lokap, polis tak kunci pintu..

 

Tahanan rogol remaja dalam lokap, berlaku kecuaian polis

Kuala Lumpur: Remaja perempuan yang dirogol tahanan lain di lokap Balai Polis Pusat Miri, 9 Januari lalu diletakkan di sel berlainan dengan tahanan lelaki.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, siasatan mendapati berlaku kecuaian anggota yang tidak mengunci pintu lokap berkenaan.

"Kita dapati berlaku kecuaian anggota yang tidak mengunci pintu lokap dari dalam.

"Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagaimana Orang Kena Tahan (OKT) boleh ke sel berlainan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Aidi berkata, tindakan sudah diambil terhadap dua anggota polis dan mereka ditahan kerja bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Pihak kami akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terbabit dan cuai dalam menjalankan tugas.

"Tahanan lelaki terbabit juga sudah didakwa di mahkamah dan menunggu tarikh sebut semula kes pada 9 Februari depan," katanya.

Dalam kejadian itu, remaja perempuan berusia 16 tahun membuat laporan polis pada 16 Januari lalu mendakwa dia ditahan oleh sepasukan anggota polis di tempat kerjanya di sebuah restoran makanan laut di Miri pada 8 Januari kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian haram.

Dia kemudiannya ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri selama satu malam bagi membantu siasatan.

Remaja itu mendakwa, dia satu-satunya wanita ditahan di lokap berkenaan dan diletakkan di dalam sel berasingan dengan 12 lagi tahanan lelaki.

Dakwanya lagi, sel yang menempatkan 12 tahanan lelaki itu tidak berkunci.

Antara jam 4 hingga 5 pagi sebelum seorang tahanan lelaki membuka pintu sel dan membawanya ke tandas balai polis sebelum merogolnya. (MyMetro)


Hibur Hibur Sikit. Pilihan..
Album 4

  • H2S Pilihan: 31 -Lagu P Ramlee Menusuk Kalbu
  • H2S Pilihan: 32 -Nasheed Mesir..
  • H2S Pilihan: 33 -Lagu Patriotik Malaysia.
  • H2S Pilihan: 34 -Libya Nasheed
  • H2S Pilihan: 35 -Pungguk, Bulan Dalam Lagu Melayu.
  • H2S Pilihan: 36 -Sudanese Nasheed
  • H2S Pilihan: 37 -Nasyid Singapore &Ikan Todak
  • H2S Pilihan: 38 -Lagu/Nasyid Kinabalu, Sabah
  • H2S Pilihan: 39 -Nyanyian Alam.. India, Switzerlan...
  • H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.
  • Datuk Ziela Jalil, Sebulan rahsia pernikahan.. Al-hamdulillah.

     

    Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar mendirikan rumah tangga pada 17 Februari 2019 di sebuah masjid di ibu negara selepas enam tahun kenal.

    HALAMAN HIBURAN

    KUALA LUMPUR: Belum pernah ada sepatah pun kenyataan keluar dari mulut Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar selepas berkahwin secara rahsia dengan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil seperti yang tersebar, baru-baru ini.

    Sebaliknya, hanya Ziela sahaja yang tampil ke depan mengesahkan berita perkahwinan sejak dua tahun lalu, sekali gus berkongsi rahsia hidup bermadu.

    Enggan melihat isterinya menangkis cemuhan masyarakat seorang diri, akhirnya Syed Osman bersedia ditemubual bagi menamatkan spekulasi tidak benar, selain berkongsi detik perkahwinan yang mencetuskan kontroversi itu.

    Mengulas persoalan mengapa merahsiakan perkahwinan hingga didedahkan oleh anaknya sendiri dalam laman Twitter, Syed Osman berkata, beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

    "Sebenarnya, perkahwinan ini bukanlah rahsia kerana ramai dalam kalangan ahli keluarga dan teman baik sudah mengetahuinya. Saya tak pernah anggap berita ini sebagai kejutan. Cuma, kami memilih untuk tidak menghebahkannya. Siapa yang tahu, tahulah...

    "Justeru, saya anggap itu adalah satu hikmah yang menandakan sudah masanya untuk kami berkongsi status perkahwinan ini kepada khalayak apabila anak saya mendedahkannya dalam Twitter.

    "Selain mencari masa yang sesuai, tujuan tidak terlalu menghebohkan perkahwinan ini kerana mahu menjaga hati isteri pertama," katanya ketika ditemubual menerusi program kapsul hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

    Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar, madu dan anak-anak tiri.

    Dalam temubual eksklusif itu, Syed Osman yang juga Pengerusi Masjid Ibnu Mas'ud bersikap jujur apabila mengakui majlis pernikahan yang berlangsung pada 17 Februari 2019 itu dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertama.

    "Hanya selepas sebulan bernikah, barulah saya memaklumkan perkahwinan pada isteri pertama. Saya akui, agak sukar bersikap tidak jujur selama sebulan merahsiakan perkara ini. Mungkin orang lain boleh melakukannya, tetapi bukan saya.

    "Awalnya, isteri pertama agak sukar menerima hakikat ini, tetapi berkat doa yang dipanjatkan, akhirnya dia dan anak-anak boleh menerimanya. Saya membawa mereka bertemu dengan Ziela dan anak-anak untuk berkenalan.

    "Alhamdulillah, pertemuan berjalan dengan baik dan saya bersyukur kerana Allah mengaturnya dengan begitu cantik," ujar lelaki berusia 55 tahun itu.

    Dalam temubual sebelum ini, Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil berkongsi detik awal perkenalannya dengan suami bermula pada 2013. Namun, waktu itu, ia tidak membabitkan soal hati dan perasaan kerana suaminya itu berminat membeli keretanya.

    Namun, jodoh mereka kuat apabila bertemu semula selepas enam tahun. Mereka hanya mengambil masa selama lima minggu untuk membuat keputusan menghalalkan hubungan dengan ikatan yang sah.

    Mengulas perkara itu, Syed Osman berkata, dia tidak menyangka pertemuan yang tidak dirancang akhirnya menyatukan mereka sebagai pasangan suami isteri.

    "Kali pertama saya bertemu dengan Ziela pada 2013 atas tujuan mahu membeli keretanya. Saya datang ke rumahnya untuk melihat keadaan kereta dan uji pandu. Saya setuju membelinya memandangkan keadaan kenderaan ini dijaga rapi dan jenis yang saya inginkan.

    "Dan selepas itu, kami banyak bertemu dalam majlis agama dan saya pernah mengendalikan majlis tahlil untuk arwah suami, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Saya mengenali Ziela sebagai selebriti yang sudah berhijrah. Beliau juga ada asas dalam pengetahuan agama, itulah yang membuatkan saya tertarik padanya.

    "Mungkin orang luar melihat keputusan bernikah selepas lima minggu berkenalan sebagai tindakan terburu-buru. Saya sendiri tidak menyangka ia berlaku secepat ini, tetapi itulah dinamakan takdir dan jodoh," ungkapnya.

    Datuk Ziela Jalil bersama suami, Datuk Syed Osman Alhabshee Syed Omar tidak mahu terlalu menghebohkan berita perkahwinan kerana mahu menjaga hati isteri pertama.

    Sebagai seorang yang mengamalkan poligami, Syed Osman berkata, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuknya. Namun, itu juga bukanlah alasan untuknya tidak berlaku adil dalam melunaskan kewajipan terhadap kedua-dua isteri.

    "Poligami adalah perkara paling mulia. Tak dinafikan, agak sukar menjadi seorang yang sempurna, tetapi saya akan melakukan yang terbaik, selebihnya saya serahkan pada Allah. Apa yang pasti, hati kedua-duanya isteri perlu dijaga. Justeru, saya perlu bersikap jujur dengan mereka.

    "Saya akui, rumah tangga juga ada pasang dan surut apabila memiliki dua isteri. Tetapi, saya berpegang teguh pada pepatah, jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

    "Ini pengalaman pertama saya berpoligami dan masih dalam proses pembelajaran. Saya hanya berdoa kepada Allah semoga diberi kekuatan untuk melayari bahtera perkahwinan bersama dua isteri. Alhamdulillah, mereka amat memahami perasaan saya," luah Syed Osman.

    Meskipun berbeza bidang, namun Syed Osman berkata, dia tidak sesekali menyekat Ziela yang juga pemilik syarikat produksi, Pena Creative Sdn Bhd untuk terus aktif dalam dunia seni.

    "Saya tak pernah melarangnya bergiat aktif dalam bidang seni. Cuma pesan saya, dia kena tahu menjaga batasan selepas bergelar isteri, sama ada ketika berlakon atau berada dalam majlis," katanya.

    Perkahwinan Syed Osman bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata. Ziela pula pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Megat Junid pada 1991 dikurniakan dua cahaya mata, Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga memiliki seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

    IHtv

    Video : Sekitar program Amal Mega Blood Donation di Mydin semalam

     

    HANG TUAH JAYA, 17 Jan : Jabatan Amal Malaysia (JAM) Melaka sedang menganjurkan program Amal Mega Blood Donation (AMBD) selama dua hari iaitu semalam di Mydin MITC dan pada hari ini di AEON Bandaraya Melaka.

    Berikut ialah video sekitar program ini semalam di Mydin MITC yang disediakan oleh Unit Produksi Media Jabatan Penerangan PAS Melaka :

    Video Player
    00:00
    03:30





    Tun Salleh Abas dalam kenangan

    KITA telah kehilangan seorang tokoh besar dalam ilmu perundangan, Tun Salleh Abas yang meninggalkan kita kerana ajal yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada semua hamba-Nya.

    Marilah kita panjatkan doa kepada Allah supaya roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh, menepati dengan nama dirinya kerana khidmat dan amalnya kepada Allah, negara dan umat Islam.

    Saya merapati beliau secara langsung apabila dilantik oleh PAS bagi menyediakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang telah diluluskan oleh kedua-dua Dewan Undangan Negeri.

    Kami bersama Almarhum Ustaz Harun Taib (mantan Ketua Dewan Ulama PAS), Datuk Abdul Halim Mohamed (mantan  Penasihat Undang-Undang dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan), Datuk Daud Muhammad (mantan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan), Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman (mantan Timbalan Menteri Besar Kelantan) dan Dato’ Haji Wan Abdul Mutalib Embong (mantan Pengerusi LUHAM PAS dan Exco Kerajaan Negeri Terengganu). Hanya Dato’ Haji Abdul Halim Abdul Rahman, Dato’ Haji Wan Abdul Mutalib Embong dan saya masih dipanjangkan umur menjadi saksi yang masih hidup.   

    Almarhum Tun Salleh Abas menggunakan penselnya apabila ditugaskan menyusun ayat undang-undang supaya senang kalau perlu diperbetulkan dan diubah dalam perbincangan. Seterusnya dipertanggungjawab menyediakan sepenuhnya draf enakmen tersebut. Maka undang-undang yang bertulis itu adalah hasil khidmat tulisannya.

    Saya dimaklumkan perjanjian petroleum antara Kerajaan dan Petronas juga hasil  tangannya. Mudah-mudahan menjadi amalan jariah buat beliau walaupun telah meninggalkan kita.

    Saya menyaksikan kehebatan peribadi beliau yang berjati diri kebal bersama Islam, walaupun dicelup dengan pendidikan tinggi barat sehingga dikenali ketokohannya di peringkat antarabangsa. Laksana ikan yang gagah perkasa tidak boleh dimasinkan oleh lautan air masin yang mengepungnya dengan ombak yang bertubi-tubi.

    Beliau pernah mengaji agama di pondok dan mampu menulis tulisan jawi yang cantik. Katanya kepada saya, bahawa beliau lebih mahir membaca dalam Bahasa Melayu dengan tulisan jawi daripada membaca dengan tulisan rumi. Walaupun ruminya sangat terpengaruh dangan banyak membaca Bahasa Inggeris.

    Saya menyaksikan betapa cintanya kepada Islam kerana suka mendalami ilmu agama sehingga akhir hayat. Beliau setia menghadiri Kuliah Dhuha di Masjid Rusila pada setiap Jumaat dan naik ke ruang tamu rumah saya untuk berbincang lagi. Soalan-soalannya menakutkan saya, kerana kadang-kadang terpaksa merujuk kitab dahulu untuk menjawab. Beliau benar-benar melaksanakan amanat Rasulullah SAW supaya menuntut ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad.

    Beliau menjadi ahli parti yang setia dengan hidup penuh tawaduk bersama orang kampung, darat dan hulu, sehingga mereka yang berada di menara gading. Beliau bersedia bertanding apabila diminta oleh parti walaupun hanya di peringkat DUN dan dilantik menjadi Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Seringkali diajak ke mahkamah oleh peguam muda kalau ada kes di mahkamah. Kata mereka, kalau para hakim melihat wajah Tun Salleh sudah cukup menggerunkan mereka. Apatah lagi kalau nas undang-undangnya dalam ingatan sahaja.

    Saya masih ingat beliau meluahkan kata-kata, barang kali kerana banyak membaca ketika bersama menyediakan undang-undang syariat:

    “Kalau beginilah cara pelaksanaan undang-undang Islam, saya percaya para hakim tentu akan banyak masa berehat kerana tidak banyak kes jenayah disebabkan kehebatan syariat Allah SWT sehingga menakutkan bakal penjenayah.”

    Begitulah juga pada masa sihatnya, beliau mengikuti perkembangan politik  semasa, kalau ada kebimbangannya terhadap apa-apa langkah yang diambil oleh PAS, Almarhum Tun Salleh datang sendiri meluahkan pandangannya.

    Tun Salleh Abas adalah beberapa tokoh dibelakang tabir PAS. Tokoh-tokoh yang mendahuluinya seperti Almarhum Profesor Ungku Omar, Almarhum Aminudin Baki, Almarhum Profesor Ahmad Ibrahim dan lain lain.

    Kita mendoakan semoga Allah melimpahkan kurniaan-Nya kepada mereka, supaya mendapat keredhaan dan keampunan Allah, diterima amalan yang soleh, diampunkan segala dosanya, ditempatkan bersama orang-orang soleh yang berjasa kepada agama dan umatnya, serta diletakkan dalam syurga bersama tokoh pemimpin barisan hadapan yang mendahului kita, supaya berada dalam kalangan mereka yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

    ﴿مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ  فَمِنْهُمْ مَنْ قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُمْ مَنْ يَنْتَظِرُ  وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا٢٣﴾ [الأحزاب: 23]

    “Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya)” (Surah al-Ahzab: 23)

    ABDUL HADI AWANG
    Presiden PAS
    Bertarikh: 3 Jumadal Akhirah / 17 Januari 2021 – HARAKAHDAILY 17/1/2021    

    IHtv

    Saturday, January 16, 2021

    Syabas Shahidan Kassim dari UMNO. Dari DAP bagaimana?

     

    Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, bersama anggota konvoi Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional/UMNO Perlis yang berlepas ke Pahang bagi membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Pahang. - NSTP/DZIYAUL AFNAN ABDUL RAHMAN

    'Relakan elaun dipotong untuk bantu rakyat'

    ARAU: Ahli Parlimen wajar merelakan pemotongan emolumen iaitu gaji atau elaun masing-masing bagi membantu rakyat di kawasan menangani situasi tidak menentu ketika ini.

    Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata walaupun pemotongan gaji atau elaun Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara sepanjang proklamasi darurat sukar dilaksanakan kerana Parlimen tidak bersidang, setiap Ahli Parlimen harus mempunyai kesedaran untuk berkorban demi kepentingan rakyat.

    "Walaupun dalam keadaan darurat, rakyat perlu dijaga dan dibantu, maka saya mencadangkan gaji atau elaun Ahli Parlimen dipotong secara sukarela.

    "Kalau nak potong begitu sahaja mungkin ada yang tak setuju, maka biar secara sukarela. Ada yang nak beri lima peratus, 10 atau 20 peratus.

    Ada yang tak mahu (potong elaun) kerana tak cukup untuk kawasan mereka. Ada yang sanggup dan walaupun tak cukup, dia akan berusaha mencari peruntukan.

    "Saya tidak ada masalah untuk gaji atau elaun dipotong kerana ia sekurang-kurangnya dapat membantu masyarakat di kawasan saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pelancaran Bantuan Pasca Banjir Barisan Nasional (BN)/UMNO Perlis di Pusat Khidmat Kubang Gajah, di sini hari ini.

    Shahidan berkata, kesedaran perlu ada bagi Ahli Parlimen tanpa mengira parti diwakili untuk membantu rakyat, terutama dalam keadaan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Beliau mengakui sedia elaunnya dipotong 10 peratus untuk membantu masyarakat setempat.

    Shahidan turut mengulas cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, supaya Ahli Parlimen menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

    "Yang di-Pertuan Agong sudah buat keputusan, jadi tunggulah. Kita belum buat apa-apa lagi, tunggulah sebulan dua dan lihat kedaan.

    "Ada yang kata darurat menjejaskan demokrasi tetapi paling penting, rakyat harus diberi pembelaan ketika ini," katanya.

    Terdahulu, Shahidan melepaskan konvoi bantuan pasca banjir yang berada di Pahang selama dua minggu bagi membantu membersihkan kediaman penduduk yang terjejas akibat banjir besar, minggu lalu. (BH)

    Komen Weblog Ibnu HasyimSyabas Shahidan Kassim dari UMNO. Dari DAP bagaimana?


    IHtv

    EU Kempen anti m/sawit.. Wajar M'sia mulakan tindakan undang-undang..

     

    Erdoğan: ''Setakat Ini EU Belum Pernah Menepati Janjinya ke Turki''


    Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengatakan bahawa setakat ini Kesatuan Eropah (EU) belum pernah menepati janjinya kepada Turki. Presiden Erdoğan membuat kenyataan kepada anggota akhbar di Istanbul.

    Mengenai vaksin Covid-19 yang disuntikkan kepadanya semalam, Presiden Erdoğan memaklumkan bahawa tidak ada kesan sampingan yang berkaitan dengan vaksin itu, dan berkata bahawa beliau akan mendapat dos kedua 28 hari kemudian.


    Presiden Erdoğan menyinggung hubungan Turki dengan Kesatuan Eropah (EU),

    “Sejak tahun 1963, kami selalu berusaha untuk menjadikan hubungan kami dengan EU ke arah yang positif. Malangnya, EU tidak menepati janjinya setakat ini. Sekarang kita dalam proses baharu. Rundingan dua hala kami berlanjutan secara intensif. " Katanya.


    Presiden Erdoğan mengevaluasi kegusaran Amerika Syarikat (AS) kerana Turki membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia,

    "Tidak ada negara yang dapat menentukan langkah-langkah yang akan kami ambil ke arah industri pertahanan. Ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan kami. Pakej pertama S400 dengan Rusia telah selesai. Pakej kedua berterusan. Kami akan mengadakan perbincangan dengan Rusia pada akhir bulan ini. Kami akan membincangkan banyak isu di sini. 


    "Kami tidak tahu apa yang akan diperkatakan oleh pentadbiran Biden ketika ini. Kami mempunyai sesuatu untuk diperkatakan. Kami tidak mengambil langkah pertahanan dengan kebenaran dari suatu tempat. Sebagai negara NATO, kami tidak akan pernah menerima negara-negara yang ada di NATO bersama kami untuk membimbing kami. " Katanya.

    Presiden Erdoğan juga membuat kenyataan mengenai jet tempur F-35 yang telah dibayar oleh Turki ke AS, 

    "Ini adalah kesalahan besar yang dilakukan AS kepada kita sebagai negara sekutu. Saya harap Joe Biden akan mengambil langkah lebih positif selepas berunding. " Katanya.


    Komen Weblog Ibnu HasyimEU kempen anti minyak sawit Maalaysia. Adalah wajar Malaysia mulakan tindakan undang-undang terhadap EU yang bertelatah begitu..


    IHtv

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails