Monday, March 01, 2021

"Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan berusaha.." Dr Zulkifli


Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil. Apa kata Dr Zulkifli?

SAYA mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 25 Februari 2021 dalam kes Iki Putra bin Mubarrak lawan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Penghakiman tersebut sudah pasti dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif dan Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan-Islam.

Penghargaan ditujukan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili Kerajaan Negeri Selangor yang akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan meneliti perkara tersebut bagi memperkasa perundangan syariah di Selangor. Ini satu tindakan proaktif yang wajar diberi pengiktirafan.

Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjunjung Islam sebagai agama bagi Persekutuan, menjadikan kedudukan agama Islam di negara ini lebih istimewa berbanding agama Iain. Ini sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kes-kes terdahulu. Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan.

Saya telah mengadakan perbincangan Penasihat Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan kesan dan implikasi perundangan yang berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia tersebut. Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, JAKIM juga telah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan Undang-undang Syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah. Jawatankuasa tersebut akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memperkasakan dan menyeragamkan Undang-undang Syariah di Malaysia.

Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut. Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini.

Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan berusaha untuk mengubah diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih baik, bagi memaknai erti sebenar etika dan moral berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar kita diteguhkan dan terus bersatu padu dalam melaksanakan segala perintah-Nya, amin.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
27 Februari 2021 bersamaan 15 Rejab 1442H – HARAKAHDAILY 27/2/2021

Dapat selesai masalah banjir musim tengkujuh. -Mahathir Khalid, Pengerusi TNB

 

Kelantan bakal miliki empangan hidro kapasiti tinggi

KOTA BHARU: Kelantan bakal memiliki empangan hidroelektrik berkapasiti tinggi yang dijangka dapat menyelesaikan masalah banjir di negeri ini setiap kali musim tengkujuh.

Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, TNB terus komited untuk menambah baik perkhidmatan tenaga yang boleh diperbaharui.

“Jadi untuk jangka masa panjang perlu dipertingkatkan dan TNB sedang berusaha untuk meningkatkan tenaga yang boleh diperbaharui termasuk hidro dan solar.

“Ini menunjukkan mempelbagaikan usaha demi memastikan kelangsungan sumber tenaga hijau untuk kesejahteraan rakyat dan negara.

“Ia juga boleh mengurangkan banjir bagi menakung air hujan daripada terus memasuki sungai pada kadar yang tinggi hingga menyebabkan banjir, jadi bila air sampai ke Kota Bharu pun maknanya air sudah tidak sebanyak seperti sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pemberita selepas mengadakan majlis penyerahan program ceria ke sekolah sesi persekolahan 2021 kepada pemimpin masyarakat seluruh Negeri Kelantan di Wisma TNB hari ini.

Kelantan hanya mempunyai sebuah empangan iaitu Empangan Pergau yang merentasi Sungai Pergau, Jeli, kira-kira 70 km ke barat daya Kota Bharu.

Empangan baharu yang dicadangkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sesuai dibina di Sungai Lebir dan Sungai Nenggiri, Gua Musang bagi menakung air hujan lebat yang berlaku di kawasan pedalaman terutama di Gunung Gagau. – HARAKAHDAILY 28/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Alah, akan terkabul bersana doa rakyat marhaen yang sentiasa tertindas.

'Marhaen' menjadi legenda dalam sejarah politik Indonesia. Soekarno (gambar 2 dari kiri) pun mencipta suatu ideologi bernama 'Marhaenisme'. Marhaenisme merupakan paham yang menentang penindasan kepada rakyat kecil. 

Sunday, February 28, 2021

Siapa Yang Kepala Otak Dijajah Di Malaysia Ini?

 


Pemikiran yang masih dijajah  -Presiden PAS

MANTAN Perdana Menteri British, William Ewart Gladstone (1809M – 1898M) menegaskan, sambil mengangkat al-Quran dalam persidangan Parlimen ketika membahaskan penentangan umat Islam yang dipimpin oleh para ulama’ dan sultan yang berpegang teguh kepada Islam:

As long as there is this book [the Quran], there will be no peace in the world.”

“Selagi mereka percaya kepada buku ini (sambil mengangkat al-Quran), selama itulah tidak akan wujud keamanan.”

Adapun Lord Evelyn Baring, 1st Earl of Cromer (atau dikenali dengan Lord Cromer) yang pernah bertugas di India dan Mesir pula menegaskan dalam penulisannya:

“Perlu dirancang mewujudkan kepimpinan yang diasuh mengikut Barat bagi persediaan memberi kemerdekaan secara terpaksa kepada tanah jajahan (khususnya umat Islam).”

Christian Snouck Hurgronje, orientalis Belanda yang belajar pesantren (pondok) di Indonesia juga menegaskan:

“Bahaya kepimpinan para ulama’ yang terus menyebarkan doktrin kenegaraan (Islam).”

Demikianlah usaha-usaha penjajah bagi memadamkan wajah perjuangan Islam yang paling awal meneroka perjuangan kemerdekaan, sejak mula seawal kedatangan penjajah lagi. Secara khusus di Tanah Melayu, sejak permulaan kedatangan Portugis yang menakluk Melaka pada tahun 1511 dan diikuti pula penjajahan seluruh kepulauan Nusantara.

Almarhum Sultan Melaka tidak menyerah kalah, sehingga Baginda berhijrah ke beberapa tempat di Sumatera, bagi meneruskan perjuangan jihad menentang penjajah yang datang silih berganti.

Termasuklah perjuangan Patih Yunus yang datang dari Tanah Jawa bersama pasukannya dan Raja Haji yang syahid (merupakan bapa saudara kepada Tuanku Sultan Selangor ke-2, Sultan Ibrahim Shah).

Raja Ali Haji
راج علي حاج
Raja Ali Haji
Info kelahiran1808
Selangor Pulau Penyengat
Kematian1873
Pulau PenyengatKesultanan Lingga
Pekerjaanulama
sejarawan
pujangga
EtnikMelayu
Pencapaian ketaraGurindam Dua Belas
AnugerahPahlawan Nasional


Begitu juga seluruh para ulama’ yang mengerahkan pengikut dan murid-murid mereka supaya bangkit berjihad menentang penjajah. Hal yang demikian kerana, penjajah itu datang menakluk dengan misi merosakkan agama, memperhambakan rakyat dan merompak hasil bumi.

Perjuangan kemerdekaan juga bersusur galur dengan perjuangan yang panjang, antaranya gerakan Adipati Yunus di Melaka pada tahun 1517M dan 1521M, gerakan Sunan Fatahillah di Sunda Kelapa pada tahun 1522M, dan gerakan Sultan Agung Mataram pada tahun 1628M hingga tahun 1633M. Selain itu, gerakan Sultan Hasanuddin Makassar bermula daripada tahun 1666M hingga tahun 1669M, gerakan Sheikh Yusof al-Makassari al-Bantani di Banten bermula daripada tahun 1682M hingga tahun 1683M dan gerakan Raja Haji di Melaka pada tahun 1784M.

Mata rantai perjuangan berterusan melalui Pangeran Diponegoro atau juga dikenali dengan Bendara Raden Mas Mustahar yang dilahirkan pada tanggal 11 November 1785 dan meninggal dunia pada 8 Januari 1855. Beliau memimpin Perang Jawa menentang Belanda.

Seterusnya penentangan secara besar-besaran untuk mempertahankan Islam di tanah air, yang berlaku sepanjang abad ke-19 dan berikutnya, di seluruh Nusantara bermula dari Acheh sehingga ke Mindanao dan Sulawesi.

Sejarah perjuangan jihad bagi mempertahankan Islam diteruskan dengan menubuhkan pelbagai kumpulan Islam seperti Jam’iyatul Fathaniyah di Makkkah pada tahun 1873M sehingga cawangannya ditubuhkan di Pulau Penyengat, Riau. Kemudian diikuti dengan penubuhan Jam’iyatul Rusyidiyah pada tahun 1880M dan Jam’iyatul Khairiyah pada tahun 1884M. Penubuhan Sarekat Dagang Islam (SDI) pada 16 Oktober 1905 oleh Kiyai Haji Samanhudi (kemudiannya dikenali dengan Sarekat Islam) untuk melawan Syarikat Hindia Timur British dan Syarikat Hindia Timur Belanda.

Sebahagian fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa perjuangan menentang penjajah oleh gerakan Islam telah mendahului perjuangan Karl Marx yang dilahirkan pada tahun 1818-1883. Bahkan juga telah mendahului Revolusi Komunis yang meletus di Rusia dan China.

Sekiranya dibaca kenyataan para pemimpin dan ilmuwan penjajah sebagaimana yang telah disebutkan di atas, kemudiannya dikaji pula senario perjalanannya, maka terang lagi bersuluh betapa agenda perjuangan kemerdekaan telah diselewengkan. Pada masa yang sama, ia telah dirompak semasa dalam perjalanannya.

Betapa Islam dilenyapkan melalui agenda pendidikan, pentadbiran dan media, sehingga beralih kepada perjuangan kebangsaan bangsa-bangsa seperti Bangsa Arab, Melayu, Jawa, Acheh, Bugis, Minang, Banjar dan pelbagai bangsa lain yang dipesongkan sejarahnya mengikut ala Bani Israel. Satu bangsa yang meletakkan semangat kebangsaan Yahudi mereka mengatasi ajaran Kitab Taurat, sehingga ia dipinda berdasarkan selera dan semangat Israel.

Maka tidak hairan sekiranya dikaji bahawa Karl Marx yang berasal daripada Bangsa Zionis Yahudi telah menciptakan negara haram Israel. Dialah juga yang telah mencipta teori komunis yang menolak semua agama. Kemudian lahir anak-anak daripada fahaman komunis seperti fahaman sosialis, bahkan zuriatnya itu lebih zalim daripada penjajah Eropah yang beragama Kristian.

Kesan daripada pengaruh penjajahan ketenteraan, politik, ekonomi dan sosial kepada penjajahan pemikiran telah berjaya melahirkan penganut Islam yang buta politik. Sekalipun terdapat dalam kalangan mereka golongan yang terpelajar kefahaman agama, tetapi sekadar memahami beberapa ibadat fardu ‘ain dan fardu kifayah seperti sembahyang jenazah.

Mereka juga sekadar mengajar bacaan al-Quran tanpa memahami maksud petunjuknya, lalu terjebak ke dalam perjuangan bersama komunis di Tanah Melayu. Tanpa mereka menyedari wujudnya kerjasama antara aliran liberal kapitalis dengan komunis yang menentang Jerman, Jepun dan Itali dalam Perang Dunia Kedua.

Apabila semangat nasionalisme perkauman mengambil alih posisi Islam yang dilemahkan, maka golongan nasionalis hanya sekadar menanamkan perasaan kasihkan bangsa semata-mata. Adapun ideologi politiknya yang kosong diambil alih oleh apa-apa sahaja ideologi yang disuntik dengan mudah.

Perasaan tertekan berada di bawah pengaruh Barat yang menjajah, telah memudahkan dalam kalangan bangsa Melayu berpindah ke bangsa Komunis bersama Chin Peng. Perubahan yang berlaku sehingga membolehkan solat didirikan dan umrah ditunaikan sebagaimana yang diberikan kemudahan oleh Parti Komunis. Hal yang demikian kerana, strategi mereka secara khusus dilakukan terhadap bangsa Melayu seperti menggunakan peranan Rashid Maidin dan sebagainya.

Apa yang mendukacitakan lebih ramai masyarakat Melayu yang dibunuh oleh komunis dibandingkan mereka yang dibunuh oleh pihak tentera British yang dikatakan penjajah dan dilawan oleh puak komunis.

Kerjasama yang paling nyata antara puak liberal kapitalis dengan komunis diteruskan di negara Arab, apabila British menyerahkan Yaman Selatan kepada kumpulan-kumpulan Komunis Arab setelah mereka tidak mampu bertahan dengan penentangan rakyat yang sangat kuat berpegang kepada Islam. Bagi pihak British adalah lebih baik tanah jajahan diberikan kepada komunis supaya tidak jatuh ke tangan kumpulan Islam.

Kesatuan Soviet yang telah tersungkur di bumi Afghanistan, kemudiannya diambil alih oleh Amerika dan sekutunya. Pengaruh Barat telah menggantikan pengaruh komunis di Asia Tengah, apabila jelas kelihatan kebangkitan semula Islam yang tidak boleh dimatikan dengan kekejaman komunis. Benarlah firman Allah SWT:

﴿وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ١٢٠﴾

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan senang kepada kalian hingga kalian mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kalian mengikuti kemahuan (kehendak hawa nafsu) mereka setelah datangnya pengetahuan kepada kalian (wahyu yang diturunkan), maka Allah tidak akan lagi menjadi pelindung dan penolong bagi kalian.” (Surah al-Baqarah: 120)

Mereka yang masih terkesan dengan penjajahan mental atau minda, menganggap peranan Parti Komunis dalam menentang Jepun dengan bantuan British adalah suatu fakta sejarah. Sebaliknya peranan Islam yang lama dalam menentang penjajah bukanlah suatu fakta sejarah, maka ia boleh dipadamkan atau dilupakan begitu sahaja.

Sudah tiba masanya pada hari ini, umat Islam mesti kembali memimpin dunia bersama Islam, setelah hancur lebur blok komunis dan kemudian murtad menjadi kapitalis.

Hari ini terserlah pula petanda yang menjadi permulaan akan berakhirnya era penguasaan liberal kapitalisme Barat. Perkara ini bertepatan dengan janji Allah SWT melalui firman-Nya:

﴿وَقَدْ مَكَرُوا مَكْرَهُمْ وَعِنْدَ اللَّهِ مَكْرُهُمْ وَإِنْ كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ٤٧﴾

“Dan sesungguhnya mereka telah membuat makar (rancangan) yang besar (untuk menentang Islam) padahal di sisi Allah jualah (balasan) makar mereka itu. Dan sesungguhnya makar mereka itu (amat besar) sehingga dapat melenyapkan gunung-ganang. (46); Oleh itu, janganlah sekali-kali kalian menyangka Allah akan menyalahi (memungkiri) janji-Nya kepada para rasul-Nya; sesungguhnya Allah Maha Perkasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepada-Nya). (47).” (Surah Ibrahim: 46-47)

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Rajab 1442 / 28 Februari 2021 – HARAKAHDAILY 28/2/2021

Komen Weblog Ibnu HasyimRingkasnya, Islam adalah agama, dalam ertikata seluruh cara hidup. Bukan hanya beribadat khusus semata-mata. Cara berperibadi Islam, keluarga Islam, masyarakat Islam, berekonomi Islam, bahkan berpolitik hingga ke peringkat antabangsa pun pun kena ikut Islam. 

Kalau orang Islam sanggup makan cara Islam, mengapa dalam ilmu politik memerintah tiba-tiba tidak mahu Islam? Masih ikut parti atau jamaah yang tidak Islam, seperti DAP atau lain-lain yang tidak Islam? Kerdil sangat kepala otak mereka.  Tidak mahu guna Islam sebagai petunjuk, mereka tergolong sebagai 'hizbus syaitan' yang sesat. Siapa mereka di Malaysia ini?

Insya Allah akan bersambung lagi bab otak dijajah..

Sekian.

Persiapan pemuda kepada pembentukan negara dan tamadun Islam.

 


Satu juzuk sehari taklifat minimum Pemuda PAS

AL-QURAN adalah sumber primer kepada pembentukan negara dan tamadun Islam. Al-Quran hadir sebagai sebuah manual kehidupan lengkap yang merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula daripada sistem kehidupan manusia sebagai seorang individu sehinggalah kepada manusia sebagai seorang pentadbir tamadun dunia.

Al-Quran bukanlah buku sains, tetapi al-Quran sentiasa mengajak manusia untuk berfikir secara kritis dalam semua perkara seperti fenomena alam, biologi, fizik, kimia, matematik, juga ekonomi, undang-undang, sosial dan lain-lain.

Al-Quran hadir dalam dua keadaan, pertamanya dalam keadaan yang jelas serta terperinci dan yang keduanya datang dalam keadaan yang tidak jelas namun jelas dari sudut prinsip dan nilainya. Adalah menjadi tanggungjawab bagi kita semua untuk mempelajari dan memahami isi kandungan al-Quran dan berfikir bagi urusan dunia melalui kerangka syarak seperti yang telah dinyatakan di dalam a AL-QURAN adalah sumber primer kepada pembentukan negara dan tamadun Islam. 

Al-Quran hadir sebagai sebuah manual kehidupan lengkap yang merangkumi seluruh aspek kehidupan bermula daripada sistem kehidupan manusia sebagai seorang individu sehinggalah kepada manusia sebagai seorang pentadbir tamadun dunia.


Al-Qur l-Quran.

Allah S.W.T berfirman:

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah S.W.T semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.”
(al-Imran: 191)

Di antara kesan al-Quran kepada kehidupan seseorang ialah ia sentiasa mendorong manusia untuk berfikir, merenung dan mengambil iktibar daripada segala kejadian alam. Mereka diberikan gelaran oleh Allah S.W.T dengan gelaran Ulul Albab. Mereka adalah manusia yang mengambil pengajaran daripada al-Quran serta dapat pengajaran daripada alam semesta serta segala penciptaan Allah S.W.T.

Membaca dan memahami (tadabbur) intipati al-Quran pula adalah merupakan salah satu daripada tujuan utama al-Quran itu diturunkan. Membaca dan memahaminya dikira sebagai ibadah, apatah lagi mengamalkan isi kandungannya.

Firman Allah S.W.T: 

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai mengambil pengajaran.”
(Sad: 29)

Tadabbur bermaksud memahami apa yang terkandung di sebalik makna ayat al-Quran. Terdapat empat tempat di dalam al-Quran yang menyebut mengenai tadabbur al-Quran iaitu surah surah al-Nisa’ayat 82, surah Muhammad ayat 24, surah al-Mukminun ayat 68 dan surah Sad ayat 29. 

Secara umumnya, adalah menjadi tanggungjawab kepada kita semua untuk berusaha secara bersungguh-sungguh dalam usaha untuk membaca dan memahami al-Quran melalui bimbingan para alim ulamak serta berfikir secara kritis ke atas ciptaaan Allah S.W.T agar kehidupan manusia yang penuh dengan kerosakan ini dapat dipertingkatkan ke arah yang lebih baik.

Apa yang penting bagi kita ialah jangan biarkan sehari dalam hidup kita berlalu tanpa membaca al-Quran terutamanya bagi semua anak-anak harakah PAS. PAS adalah sebuah gerakan Islam yang berjuang di atas landasan al-Quran dan berjuang demi menegakkan syariat (cara hidup manusia) yang ada di dalam al-Quran. Adalah menjadi tanggungjawab bagi semua ahli PAS untuk memahami al-Quran di samping memperjuangkannya di atas muka bumi Allah ini.

Kepada semua Pemuda-pemuda PAS saya mewajibkan mereka untuk membaca al-Quran sekurang-kurangnya 1 juzuk sehari. Ini adalah taklifat minima bagi Pemuda-pemuda PAS seluruh Malaysia. 21 muka surat sehari adalah tidak mustahil bahkan ianya adalah praktikal.

Saya mahu Pemuda PAS bukan sekadar melaung-laung nama al-Quran semata-mata tetapi mestilah membaca, memahami dan berpegang teguh dengan ajaran al-Quran. Inilah kualiti Pemuda PAS yang ditarbiah. Mereka adalah pejuang muda tahan lasak yang teguh kekuatan dalaman mereka di samping kekuatan luaran yang sentiasa dilatih daripada semasa ke semasa tanpa pernah henti. Mereka berjuang kerana Allah dan tidak pernah takut kepada golongan yang ingin menghancurkan mereka. Inilah Pemuda PAS Malaysia yang sejati.

Sekian

YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Ketua Pemuda Perikatan Nasional – HARAKAHDAILY 26/2/2021

‘Parti terkuat di Malaysia’ hilang ADUN lagi? -Dr Kamarul Zaman

 

PAN sebelum berkuasa

Dalam ucapan penggulungan beliau di Konvensyen Nasional PAN di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober 2017, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Saya yakin Amanah akan jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia’.

PAN sewaktu berkuasa


Dalam ceramah beliau di Bukit Besar, Kedah, pada 31 Mac 2019, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Dalam sejuta ahli PAS yang ada kini 800 ribu sedang membuat peralihan’.

(Berita ini dilaporkan keesokan harinya oleh portal berita Malaysia Date Line tetapi kini telah ditarik balik tanpa sebarang alasan. Rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/dalam-1juta-ahli-pas-800-ribu-sedang-buat-peralihan-parti-kata-mat-sabu/ )

PAN setelah hilang kuasa

Portal berita Malaysia Kini dan Free Malaysia Today hari ini melaporkan tiga ADUN PAN Johor, iaitu Khairuddin A Rahim, Faizul Amri Adnan dan Muhamad Said Jonit, mengikut jejak langkah dua ADUN PAN Selangor, iaitu Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, keluar dari PAN untuk menyertai PKR.

Seronok juga untuk mengetahui reaksi mereka di dalam PAN: Apakah akan ada rasa sakit hati yang teramat sangat kerana dikhianati atau apakah ia akan dianggap sebagai perkara biasa sahaja atas alasan ‘keluar parti bukanlah keluar agama’?

Dan masihkah pemimpin PAN yakin PAN akan mampu jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia dengan pelbagai ribut yang melanda parti itu mutakhir ini? 

PAN sudah marah sama PKR

Baru saja saya mahu bertanya tadi soalan apakah hubungan antara PAN dan PKR dalam PH tidak akan berantakan disebabkan tindakan PKR mencuri ADUN-ADUN PAN, tiba-tiba Timbalan Presiden PAN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sudah menunjukkan rasa tidak senang hati kepada PKR.

Tulis Datuk Seri Salahuddin: ‘Memahami semangat setiakawan dalam PH sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan. Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition).’

Saya amat bersetuju dengan Datuk Seri Salahuddin dalam isu ini dan saya sendiri pernah beberapa kali mencadangkan supaya dibuat peraturan bagi melarang mana-mana parti di dalam sesuatu pakatan daripada mencuri pemimpin atau ahli parti rakannya.

Malangnya perkara ini tidak pernah didengari dan sehingga sekarang tiada dalam mana-mana bahagian Perjanjian PH yang membutirkan persefahaman begini.

Politics is politics, and there is no such thing as ‘gentleman’s agreement in politics’, Datuk Seri Salahuddin. Lagikan perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa pun boleh dikhianati, inikan pula bila tiada perjanjian.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails