Tuesday, March 09, 2021

Dr Zulkifli nasihat Sajat selesaikan &serah diri dengan baik.

 

LABUAN: Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamarzzaman atau dikenali ramai dengan nama Nur Sajat dinasihatkan supaya menyerah diri kepada pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), selepas waran tangkap dikeluarkan terhadapnya bulan lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata isu itu sebenarnya boleh diselesaikan secara baik.

“Saya ingin menasihatkan saudara Sajat supaya berjumpa dengan pegawai JAIS, dan selesaikan isu ini secara baik, supaya keadaan tidak menjadi lebih tegang, dan saya sudah berbincang dengan pegawai-pegawai JAIS mengenai isu ini, apa yang saya lihat tindakan oleh JAIS adalah sesuai dengan keadaan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan kepada kira-kira 150 petugas badan keagamaan kerajaan di dewan Kompleks Darul Kifayah di sini hari ini, Dr Zulkifli berkata Sajat juga tidak seharusnya mengungkapkan kata-kata seolah-olah berhasrat untuk keluar dari agama Islam.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menggerakkan satu jawatankuasa hal ehwal agama atau Jawatankuasa Pemandu bagi menangani isu atau aktiviti yang berkaitan dengan penyelewengan ajaran Islam,” katanya.

Januari lepas Nur Sajat tidak mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee @ Shaii.

Mahkamh Tinggi Syariah Shah Alam kemudiannya mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik berumur 36 tahun itu selepas dia tidak hadir semasa sebutan semula kes berkenan, bulan lepas.

Sementara itu, Dr Zulkifli berkata tahun lepas Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) berjaya mengumpul zakat berjumlah RM758 juta, berbanding RM688 juta pada tahun sebelumnya.

“Kutipan zakat meningkat 11 peratus dan ini akan membantu MAIWP mempelbagai skim bantuannya kepada kumpulan asnaf,” katanya dan menambah jumlah kutipan itu meningkat disebabkan pertumbuhan ekonomi negara yang baik.

Beliau berkata antara skim bantuan yang ditawarkan MAIWP adalah sumbangan bulanan, bantuan sewa rumah, bantuan Al-Gharimin, bantuan Ibnu Sabil, bantuan perubatan, bantuan peralatan sekolah, di samping skim bantuan perkahwinan, persediaan untuk pendidikan ke peringkat tingi, bantuan kepada agensi kebajikan serta aktiviti perniagaan dan pertanian.

Menurutnya tahun ini Baitulmal-MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM20 juta khusus untuk memberi pelbagai bentuk bantuan kepada asnaf di pulau ini yang terjejas pendapatan mereka susulan meletusnya pandemik Covid-19. – BERNAMA


Jom sentap! Buaya sudah menyentuh umpan?

 

Buaya sudah menyentuh umpan, tunggu masa menyentap kail

SAYA tidak menyangka tulisan saya berkenaan kedudukan Islam dalam Perlembagaan menjadi pancing yang dimakan umpannya.

Benar sungguh pepatah Melayu yang tidak patut dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa:

“Air yang tenang,  jangan disangka tiada buaya.”

Apatah lagi binatang yang cerdik, pintar lagi ganas, sudah tentu sukar untuk dipancing. Namun, binatang yang paling cerdik seperti sang kancil akhirnya masuk perangkap juga. Bahkan sebesar-besar dan segagah-gagah binatang seperti gajah pun dapat ditangkap.

Begitulah juga seganas-ganas binatang seperti singa pun manusia tahu cara untuk menangkapnya, sehingga dipenjarakan di dalam zoo atau dijadikan binatang untuk pertunjukan sarkas sebagai tontonan bagi mendapatkan duit.

Maka buaya yang ganas akhirnya dapat ditangkap walaupun bijak berselindung di bawah permukaan air yang paling tenang yang disangka tiada buaya.

Buaya itu muncul atas nama tokoh-tokoh liberal, media dan NGO sehingga mengocak ketenangan hakim dan mahkamah.

Bukan mudah untuk mendedahkan kebenaran tentang seseorang penyokong dan pembela makhluk di luar tabii, kerana ia adalah suatu sifat yang sangat memalukan.

Binatang pun banyak yang tidak melakukan perkara yang paling luar biasa dalam kalangan makhluk di alam yang luas dan paling majmuk ini. Hanya segelintir manusia sahaja yang melakukan perbuatan makhluk di luar tabii.

Bahkan sebahagian dalam kalangan bukan Islam juga tidak mahu menjadi peminat kepada golongan terkutuk itu, kerana semua agama yang mempunyai kitab menentang amalan luar tabii. Maka, tidak sepatutnya dalam kalangan penganut Islam menjadi peminatnya. 

Begitulah susahnya untuk seseorang manusia itu melakukan perkara di luar tabii. Maka, sudah tentu bukan mudah untuk menzahirkan seseorang yang dianggap bijak boleh menjadi pembela kepada makhluk di luar tabii. Justeru, betapa sukarnya untuk mengail manusia yang bersifat laksana buaya yang ganas dan dianggap cerdik.

Namun, kini perkara tersebut sudah menjadi kebiasaan, termasuklah Malaysia hari ini, kerana kita berada di dunia yang sudah terlalu melampau dalam menuntut kebebasan. Sehingga kebebasan yang berada di luar tabii juga dituntut, laksana pemandu kereta di jalan yang sibuk. Atas nama kebebasan, ada pemandu yang memacu dengan melampaui tahap kelajuan. Bahkan mereka bersedia melanggar lampu isyarat dan bersedia menempah kemalangan yang membunuh diri mereka sendiri.

Tambahan pula, hari ini kita berada pada zaman manusia memperjuangkan hak asasi binatang secara lebih gigih dibandingkan daripada hak asasi manusia itu sendiri.

Maka, tidaklah patut Malaysia hari ini ada orang seperti itu, kerana sebahagian besar daripada masyarakat negara ini masih beragama, dan semua agama masih mempunyai fitrah kemanusiaannya. Inilah hikmah konsep kebebasan beragama yang dicatatkan dalam Perlembagaan Persekutuan, bukannya kebebasan berasaskan konsep liberalisme yang tidak beragama.

Maka, sungguh benar firman Allah SWT:

﴿وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ١٧٩﴾

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahannam kebanyakan daripada kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah); dan mereka mempunyai mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah); dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf: 179)

Betapa jijiknya manusia yang bersifat luar tabii, sehingga al-Quran membawakan wahyu yang menceritakan tentang peristiwa yang benar berlaku, apabila Allah SWT mengutuskan seorang Rasul bernama Nabi Lut AS.

Firman Allah SWT:

﴿وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ٨٠ إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ٨١﴾

“Dan Nabi Lut juga (yang Kami utuskan). Ingatlah ketika dia berkata kepada kaumnya: ‘Patutkah kalian melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini yang mendahului kalian? (80); Sesungguhnya kalian mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kalian dengan meninggalkan perempuan, bahkan kalian ini adalah kaum yang melampaui batas.’ (81).” (Surah al-Ma’idah: 80-81)

Kesan bencana yang menimpa ke atas kaum Nabi Lut AS, telah meninggalkan laut yang dinamakan dengan Laut Mati dan peristiwa yang menyaksikan Allah SWT menenggelamkan sebuah negara yang dinamakan dengan negara Sodom.

Maka, munasabah kelakuannya dinamakan oleh bahasa Barat dengan perkataan sodomy. Tidak sepatutnya digunakan perkataan liwat yang dikaitkan dengan nabi yang mulia, Nabi Lut AS.

Rasulullah SAW memberikan amaran kepada umatnya bagi mencegah daripada berlakunya kemungkaran yang dahsyat ini, melalui sabdanya:

لَعَنَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ المُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بالنِّسَاءِ، والمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بالرِّجَالِ.

“Rasulullah SAW telah melaknat para lelaki yang berlagak menyerupai wanita dan para wanita yang berlagak menyerupai lelaki.” (Riwayat al-Bukhari 5885)

Laknat Rasulullah SAW itu bermaksud bencana terhadap kehidupan manusia di dunia dan dan kelak akan diseksa selepas meninggal dunia.

Kejadian yang menyebabkan merebaknya virus HIV yang lebih bahaya daripada wabak Covid-19 sudah cukup memberikan iktibar. Akan tetapi, begitulah perangai manusia dan bangsa yang mudah lupa.

Walaupun penularan Covid-19 telah dikatakan bermula daripada jangkitan binatang yang melakukan amalannya, tetapi terdapat manusia yang lebih parah kebodohannya daripada binatang.

Kita sedang menyaksikan tanda-tanda merudumnya tamadun Barat yang dianggap maju. Bermula dengan keruntuhan moral kemanusiaan dan hilangnya jati diri manusia yang sebenar, kemudian diikuti dengan berlakunya kezaliman yang mengganas.

Al-Quran menceritakan peristiwa benar yang akan berulang sepanjang zaman, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ٦ إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ٧ الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ٨ وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ٩ وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ١٠ الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ١١ فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ١٢ فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ١٣ إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ١٤﴾

“(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau memperhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum ‘Aad (yang kufur derhaka). (6); Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya). (7); (Bangunan) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (saiz binaan yang besar dan kukuhnya) di semua negeri (pada zamannya)? (8); Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadi al-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9); Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10); (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11); Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12); Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka pelbagai paluan azab. (13); Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan pada Hari Akhirat). (14).” (Surah al-Fajr: 6-14)

Begitulah Allah SWT menamatkan ajal negara bertamadun yang terawal dengan menjelaskan bagi setiap manusia itu ajalnya dan kelak akan wujud suatu kehidupan yang lain.

Apa yang penting manusia yang berakal itu janganlah merosakkan diri sendiri, sehingga mereka menjadi laksana kelekatu dan serangga menerkam ke arah api yang membakar mereka.

Saya sedang menunggu kail dimakan lebih dalam dan ditelan lebih ke dalam untuk menyentapnya. Ini bukanlah mencabar mana-mana pihak, tetapi hanya sekadar memberi peringatan kepada mereka yang masih berakal budi.

Firman Allah SWT:

﴿قُلْ إِنَّمَا أَعِظُكُمْ بِوَاحِدَةٍ أَنْ تَقُومُوا لِلَّهِ مَثْنَى وَفُرَادَى ثُمَّ تَتَفَكَّرُوا مَا بِصَاحِبِكُمْ مِنْ جِنَّةٍ  إِنْ هُوَ إِلَّا نَذِيرٌ لَكُمْ بَيْنَ يَدَيْ عَذَابٍ شَدِيدٍ٤٦﴾

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku hanyalah mengajar dan menasihati kalian dengan satu perkara sahaja, iaitu: Hendaklah kalian bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kalian berfikir dengan cara paling matang (untuk mengetahui salah dan benarnya ajaran-Ku).’ Sebenarnya tidak terdapat pada (Muhammad) yang menjadi sahabat kalian sebarang penyakit gila (sebagaimana yang dituduh);d ia hanyalah seorang Rasul pemberi amaran kepada kalian, sebelum kalian ditimpa azab yang berat (pada Hari Akhirat). (Surah Saba’: 46)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 25 Rajab 1442 / 9 Mac 2021 – HARAKAHDAILY 9/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jom sentap dan sentak! Buaya sudah menyentuh umpan? Itulah bahaya, buaya di air tenang.. Tapi, ada orang kata buaya darat lebih bahaya?  Juga tiada riak dan tenang? Maaf, cuma sikit gurau-gurau! Namun buaya tetap buaya.

Lihat sebelum ini.. Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

Manfaat bersama ekonomi, haji, umrah, sains, teknologi &pendidikan. -Dr Zulkifli

 

HLSC: Perlu tingkat hubungan Arab Saudi-Malaysia

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menekankan bahawa terdapat keperluan meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi melalui Jawatankuasa Strategik Peringkat Tinggi (HLSC).

“Hubungan erat yang terjalin sekian lama antara kedua-dua negara perlu ditingkatkan lagi dalam pelbagai bidang termasuk agama, ekonomi, perdagangan dan lain-lain lagi.

“Lawatan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ke Arab Saudi akan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara dan memberi manfaat bersama dari sudut ekonomi, haji, umrah, sains, teknologi dan pendidikan,” katanya dalam program temu bual bersama Saudi TV bersempena lawatan itu, pada Ahad.

Dalam program itu juga, Zulkifli turut memuji inisiatif Makkah Road yang dilancarkan Arab Saudi bagi memudahkan urusan ibadah haji bagi jemaah haji Malaysia.

Malaysia merupakan negara terawal yang dipilih Arab Saudi untuk menyertai inisiatif itu, selain Indonesia.

Zulkifli turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud atas semua usaha dan sumbangan terhadap dunia dan umat Islam sejagat.

Pada Sabtu lepas, Muhyiddin berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan rasmi selama empat hari. Lawatan itu adalah bagi memenuhi jemputan Raja Arab Saudi Raja Salman. – BERNAMA

IHtv
IHtv
21 subscribers

Isu Pisahkan Turki-AS, Krisis Armenia &Latihan Kenderaan Tanpa Pemandu.

 

1. 3 Isu Utama Pisahkan Turki-AS

Jurucakap Presiden Turki Ibrahim Kalın, mengatakan bahawa S-400 yang dibeli Turki dari Rusia, tidak akan disatukan ke dalam sistem pertahanan NATO.

Dalam temu bual dengan Bloomberg, Ibrahim Kalın menyatakan bahawa tiga isu utama yang memisahkan Turki dengan Amerika Syarikat (AS) adalah sokongan AS kepada PYD / YPG, S-400 dan sekatan CAATSA (Undang-undang AS untuk memerangi musuh melalui sekatan) dan 'membiarkan pemimpin FETÖ (Organisasi Pengganas Fetullahist) tinggal di AS'.

Ibrahim Kalın mengatakan bahawa malangnya, sejauh ini dalam isu ini tidak ada kemajuan dan tidak ada langkah-langkah yang diambil, dia menekankan bahawa keselamatan negara Turki menjadi perhatian utama masalah ini.

Ibrahim Kalın menyatakan bahawa mereka percaya isu-isu ini dapat diselesaikan dengan berbicara melalui dialog yang konstruktif dengan cara yang sangat telus dan ikhlas.

"Apa yang perlu difahami oleh pembuat dasar AS adalah betapa pentingnya masalah ini bagi kami ..." katanya.

Ibrahim Kalın juga menekankan bahawa Turki tidak mengambil keputusan dalam satu malam untuk membeli sistem pertahanan udara S-400 dari Rusia,

"S-400 kami tidak akan disatukan ke dalam sistem pertahanan NATO dan dengan demikian ia tidak akan dapat menimbulkan ancaman terhadap sistem pertahanan NATO." Katanya.

“Proses mengenai perjanjian pertama sedang berlangsung dan semuanya merupakan bahagian daripada proses yang sama. Proses pelaksanaan perjanjian yang sama pada tahap yang berbeza sedang berjalan." Kata Ibrahim Kalın menjawab soalan mengenai pakej S-400 kedua.

Ibrahim Kalın menyatakan bahawa selain Patriot, Turki juga ingin membeli peluru berpandu SAMP / T yang dihasilkan bersama oleh Perancis dan Itali.

“Namun, Perancis memutuskan untuk mencegah proses ini dengan menggunakan Syria sebagai alasan. Kami meneruskan rundingan dengan Perancis untuk mempercepat proses ini. Kami tidak menutup pintu untuk pilihan, ”katanya.

Jurucakap Presiden Kalın juga menyatakan bahawa hubungan telah terjalin dengan pentadbiran baharu AS,

"Saya tahu betul bahawa (Presiden Joe) Biden sibuk dengan banyak isu dasar dalam negeri. Kami membuat hubungan dengan rakan sekerja dan kami mempunyai permulaan yang baik, pasti, kedua-dua presiden juga akan bertemu". Tambahnya.


2. Analisis Krisis di Armenia. 

Minggu lalu, Ketua Staf Umum Armenia meminta Perdana Menteri Nikol Pashinyan untuk mengundurkan diri. Pashinyan, sebaliknya, menggambarkan keadaan ini sebagai "cubaan rampasan kuasa" dan berusaha memecat ketua staf dan memanggil orang-orang ke jalanan dan bertindak balas. 

Penyokong kumpulan pemerintah dan pembangkang mula berkumpul secara serentak di Yerevan. Presiden Armenia tidak menyetujui pemecatan ketua staf, dan Pashinyan mengatakan bahawa dalam hal ini presiden juga akan terlibat dalam "cubaan rampasan kuasa".

3 sebab yang saling berkaitan di sebalik perkembangan di Armenia:  

Satu:

Kemiskinan dan rasuah yang berterusan di Armenia. Situasi ini berpunca daripada pengurusan yang buruk sebenarnya adalah masalah yang tidak ditimbulkan oleh Pashinyan tetapi jauh dari mencari jalan keluar. Pashinyan berkuasa pada tahun 2018 dipengaruhi oleh sokongan negara-negara Barat serta harapannya agar dia dapat mencari jalan keluar untuk kemiskinan dan rasuah. 

Penyokongnya melihat dan menyokong Pashinyan sebagai alternatif apabila pertubuhan itu, yang mempunyai hubungan rapat dengan Rusia, tidak dapat mencari jalan keluar untuk masalah tersebut.

Dua:

Kemenangan Azerbaijan dan kekalahan Armenia dalam Perang Karabakh Kedua. Pemerintah Armenia dapat meneruskan kebijakan penjajahan mereka dengan mengambil sikap tanpa kompromi dalam perundingan diplomatik yang telah berlangsung selama beberapa dekad. 

Pashinyan, sebaliknya, berusaha menerapkan model "perang baru" dalam rundingan untuk meningkatkan penjajahan dan bukannya "tanah untuk perdamaian" untuk mengatasi masalah yang tersekat di negara ini. Dalam Perang Karabakh Kedua sebagai akibatnya, Armenia bukan sahaja untuk menduduki tanah baru, dia juga harus menarik diri dari tanah yang didudukinya. 

Pashinyan, yang tidak memberikan maklumat yang tepat kepada orang-orang Armenia mengenai perang, tidak dapat muncul di depan kamera sementara Pengisytiharan Trilateral 10 November diumumkan dan syarat-syarat gencatan senjata memberi kesan mengejutkan kepada rakyat Armenia. 

Oleh itu, hasil Perang Karabakh Kedua memulakan masa yang sangat sukar untuk dicerna bukan hanya untuk pentadbiran Pashinyan tetapi juga untuk politik, tentera dan rakyat Armenia.

Tiga:

Perebutan kuasa yang tidak berakhir di Armenia. Terdapat kumpulan yang merangkumi Klan Karabakh dan diaspora Armenia di berbagai negara, yang ingin mengekalkan dan memperluas kekuasaan mereka di Armenia pada skala mikro. 

Kerjasama kumpulan-kumpulan ini dengan negara-negara yang berbeza untuk mendapatkan kuasa dan kesahan dalam perebutan kuasa merupakan dimensi lain dari perjuangan pengaruh makro. Walaupun mungkin untuk mengurangkan perjuangan pengaruh makro terhadap perjuangan antara Rusia dan Barat, perjuangan ini menjadi rumit dengan sendirinya apabila digabungkan dengan perjuangan mikro.

Menentang memorandum itu, Pashinyan nampaknya mempertahankan kekuatannya untuk sementara waktu. Namun, ini tidak bermaksud bahawa kestabilan telah dicapai dalam politik Armenia. 

Sebenarnya, ketiga-tiga alasan yang baru sahaja kami nyatakan masih berlaku. Baik pemerintah Pashinyan mahupun tentera atau pemerintah sipil baru tidak mempunyai tongkat sihir, untuk menghilangkan ketidakstabilan yang disebabkan oleh sebab-sebab ini.

Sekian. (IH)


3. Latihan Mavi Vatan 2021: Tembakan Jarak Jauh dari Kenderaan Udara Tanpa Pemandu.

Dalam Latihan Mavi Vatan 2021 yang diadakan di Laut Aegean dan Mediterania Timur, tembakan jarak jauh dari Kenderaan Udara Tanpa Pemandu Bersenjata (SİHA) dilakukan dengan peluru berpandu MAM-L.

Satu pernyataan dibuat oleh Kementerian Pertahanan Nasional mengenai Latihan Mavi Vatan 2021, yang dilakukan dengan tujuan menguji kecekapan sistem dan kapal senjata domestik dan nasional, melatih Angkatan Bersenjata Turki untuk beroperasi dan meningkatkan pemahaman bersama saling kendali antara daya.

Dalam pernyataan bahawa diumumkan bahawa tembakan jarak jauh dibuat dengan peluru berpandu MAM-L dari SİHA dalam Latihan Mavi Vatan 2021,

Dikatakan, "Peluru berpandu MAM-L yang dipandu laser, dikembangkan / dihasilkan dengan cara nasional, dari TB-2 SİHA dalam persediaan Angkatan Laut kita, mencapai sasaran permukaan di Mediteranian Timur dengan serangan langsung."

Sekian.

(IH)

Migrasi air: Mengapa Menteri PH tidak boleh selesaikan? Ini..

 


PADA 4 Mac lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Air di bawah kepimpinan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, telah berjaya memuktamadkan Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air di Negeri Perlis dan Negeri Kedah. 

Dengan dua majlis menandatangani yang diadakan di Perlis dan Kedah itu maka seluruh negeri di Semenanjung Malaysia telah memuktamad migrasi industri perkhidmatan bekalan air negeri masing-masing ke bawah seliaan Kerajaan Persekutuan. Di Semenanjung Malaysia, hanya Negeri Terengganu yang tidak terlibat dalam penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air. 

Sebenarnya, penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia telah bermula sejak tahun 2005, apabila kerajaan yang diterajui oleh Perdana Menteri ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengenalpasti kegagalan dasar penswastaan industri perkhidmatan bekalan air yang digagaskan oleh Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Kerajaan Persekutuan ketika itu telah berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri sehingga bersetuju untuk meletakkan industri perkhidmatan bekalan air ini di dalam Senarai Bersama (Persekutuan dan Negeri) seperti dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

Setelah proses perundangan itu selesai, maka bermulalah era penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia. Satu demi satu negeri-negeri di Semenanjung Malaysia telah memuktamadkan migrasi industri ini ke bawah seliaan Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, ada tiga negeri yang belum dapat dimuktamadkan sehingga Kerajaan BN tumbang dalam PRU ke-14, iaitu Pahang, Perlis dan Kedah. 

Apabila bermula era Kerajaan PH selepas bulan Mei 2018, sepatutnya proses migrasi ini mendapat perhatian utama Menteri yang berkaitan kerana ia sangat berkait rapat dengan keperluan asasi rakyat. Malangnya dalam tempoh 22 bulan pemerintahan PH ia tidak berlaku. 

Selepas Kerajaan PN tertegak pada 1 Mac 2020, dan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air pada 10 Mac 2020, beliau telah berazam memuktamadkan perjanjian ini demi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air di seluruh negara. 

Dengan kerjasama yang mantap daripada pegawai-pegawai di KASA dan agensi-agensi berkaitan seperti SPAN dan PAAB, maka pada 4 Mac lepas telah menyaksikan azam beliau telah tercapai. Dalam tempoh tidak sampai setahun perjanjian dengan Negeri Pahang, Perlis dan Kedah telah berjaya dimuktamadkan. Dengan pemuktamadan ini, diharapkan rakyat akan mendapat jaminan bekalan air yang berkualiti.

Selepas ini, KASA dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah kementerian boleh memberi tumpuan lebih fokus kepada usaha-usaha yang lebih teknikal untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air kepada rakyat di seluruh negara, setelah perkara-perkara yang melibatkan dasar dan perundangan selesai. Malah, selepas ini Dato’ Sri Tuan Ibrahim berazam untuk memberi fokus khusus kepada negeri Kelantan dan negeri-negeri lain yang turut menghadapi masalah kritikal berkaitan dengan perkhidmatan bekalan air. 

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air – HARAKAHDAILY 8/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Migrasi air: Mengapa Menteri PH tidak boleh selesaikan?

Jawapannya, ini..

Monday, March 08, 2021

Zeti: Hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat,.. -N/Presiden PAS

 

Dakwa Zeti terlibat konspirasi bikin dunia gelak

SHAH ALAM – Pas menyifatkan tindakan Pemuda Umno membuat laporan polis dengan mendakwa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan hanya menambahkan bahan ketawa rakyat negara ini dan masyarakat dunia.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, Zeti terkenal di peringkat dunia dengan kecemerlangannya dalam bekerja.

“Ini petanda sokong membawa rebah. Kalau pun hendak mengampu jangan terlajak sangat. Kalau hendak jet tayar kereta, jangan jet tinggi sangat, nanti terbalik kereta. Menamakan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz terlibat (konspirasi) menambahkan bahan ketawa masyarakat di negara ini dan dunia.

“Beliau terkenal dengan perkhidmatan cemerlang dan mempunyai integriti yang tinggi di peringkat dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Selasa lalu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun telah membuat laporan polis terhadap Zeti, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani? Patail.

Namun kata Idris, ada perkara positif hasil daripada tindakan Azwan itu di mana mungkin persoalan yang selama ini tidak terjawab bakal terbongkar di mahkamah.

“Apabila dibawa ke mahkamah akan terbongkar banyak perkara yang menjadi rahsia selama ini. Saya yakin ketiga-tiga mereka ini berani tampil jika itu yang diminta oleh pihak mahkamah.

“Kenapa perlu jolok sarang tebuan. Mereka pegawai kerajaan, apabila berhenti daripada berkhidmat hendak bermain dengan anak cucu sahaja. Tidak mahu berserabut dengan masalah lain. Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi tanda tanya.

“Apakah akan terbongkar banyak perkara apabila mereka menjawab tuduhan yang berat di dalam mahkamah nanti? Sama-sama kita tunggu episod seterusnya,” katanya.

-Sinar Harian

Berita Khalwat dari Aceh: Pesalah &Pasangan Dihukum 20 Kali sebat. Mengapa?

 

 Penjawat awam dengan inisial AG (48) dari Aceh Besar bersama dengan seorang wanita yang sudah berkahwin, AS (42) dari Sabang, ketika menjalani hukuman sebat di Taman Bustanussalatin (Taman Sari), Banda Aceh, Isnin (8/3/2021).

BANDA ACEH : Seorang pegawai awam dengan inisial AG (48) dari Aceh Besar bersama seorang wanita yang sudah berkahwin, AS (42) dari Sabang, turut serta dalam hukuman sebat bersama enam pelanggar undang-undang Syariah yang lain.


Sebat tersebut berlangsung di Taman Bustanussalatin (Taman Sari), Banda Aceh, Isnin (8/3/2021). Berdasarkan pemantauan di lokasi, pelaksanaan pengetatan bermula pada pukul 11.00 WIB.


Sebelum menjalani hukuman sebat, setiap banduan, termasuk AG, mesti terlebih dahulu menjalani pemeriksaan perubatan oleh pasukan kesihatan.

Setelah dinyatakan sihat, AG adalah banduan terakhir yang menjalani hukuman sebat.


Sementara itu, AS adalah banduan ketiga yang menjatuhkan hukuman. Seperti diketahui sebelum ini, seorang pegawai awam dengan huruf awal AG (48) dari Aceh Besar dan seorang wanita yang sudah berkahwin, AS (42) dari Sabang, ditangkap bersama dalam sebuah kereta yang disyaki buat jahat di Jalan Pelabuhan Ulee Lheue, Banda Aceh pada hari Khamis (14/1/2021).


Kemudian, berdasarkan keputusan Jaksa Daerah Banda Aceh, Isnin (8/3/2021) dengan keputusan nomor 18 / JN / 2021 / MS-BNA dinyatakan bersalah melakukan Jarimah Ikhtilat sesuai dengan Pasal 25 Ayat 1 Aceh Qanun Nomor 6 tahun 2014 tentang Hukum Jinayat.


Hukum mereka berdua dengan uqubat ta'zir dalam bentuk sebatan 20 kali tolak hukuman penjara dua kali sebatan. Oleh itu kedua-duanya mendapat 18 sebatan di khalayak ramai.


Selain AG dan AS, dalam kesempatan ini juga ada enam pesalah lain yang dicambuk dan melanggar Qanun 6 tahun 2014 tentang Undang-undang Jinayat yang juga dinyatakan telah ditandatangani oleh Mahkamah Syariah Kota Banda Aceh.


Setiap narapidana memiliki inisial MU dan pasangan mereka RA, masing-masing dengan 25 sebatan.

Plt Kasatpol PP dan WH Kota Banda Aceh, Heru Triwajanarko SSTP MSi, mengatakan hukuman dijatuhkan terhadap empat pasangan.


"Hari ini ada empat pasang kaleng, yang terdiri daripada tiga pasang kes ikhtilat dan satu pasang kes khalwat," katanya.

Dia mengatakan bahawa penjawat awam yang disebat telah melanggar Artikel 25 Qanun Jinayah.

“Pegawai negeri diamankan di jalan menuju pelabuhan Ulee lheue, kecamatan Meuraxa, Kota Banda Aceh. Mereka diserbu di dalam kereta ketika pegawai Wilayatul Hisbah sedang melakukan rondaan, ”katanya.


Pasangan itu, katanya, masing-masing sudah berkahwin. (IH)


Serambinews.com
8 jam yang lalu

#DayahSerambiMekkah #DayahTerbakar #DayahAbuNasirWaly #AcehBarat

Musibah kali kedua ini sedikitnya telah menghanguskan satu deretan asrama putra, terdiri dari Sembilan kamar yang huni 35 orang santri.

Ini sebat di Malaysia, tidak ikut peraturan Islam, zalim!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails