Tuesday, March 16, 2021

Kalimah ‘Allah’: Mengapa.. bukan-Muslim DAP gesa dibenarkan guna?

 

Apa motif rai kebenaran guna kalimah ‘Allah’?    -Pemuda PAS

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi mengisytiharkan larangan penggunaan kalimah ‘Allah‘ serta tiga perkataan lain untuk digunakan oleh penganut Kristian sebagai tidak berperlembagaan, hakikatnya seperti menikam jantung umat Islam negara ini. 

Kes kalimah ‘Allah’ ini beberapa tahun dahulu telahpun diberi keputusan yang amat menjaga sensitiviti agama, ketenteraman awam dan keharmonian kaum. Tetapi keputusan kes hari ini telah memberikan dapatan yang berbeza.

Telah saya tegaskan sebelum ini, Kalimah Allah yang digunakan untuk mengelirukan umat Islam, menggoncang aqidah umat Islam dan digunakan dengan tidak merujuk kepada makna yang sebenar bahkan memberikan kalimah ‘Allah’ pada selain daripada Allah adalah dilarang sama sekali.

Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak boleh dibenarkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Mengapa terdapat pihak yang begitu bersungguh-sungguh menuntut hak menggunakan kalimah tersebut, sedangkan majoriti penganut dan tokoh agamawan Kristian sedunia tidak beriktikad demikian? Hanya masyarakat Kristian di Arab sahaja yang menggunakan kalimah Allah kerana uruf kebiasaan mereka di sana. 

Begitu juga pemimpin politik bukan-Muslim khususnya dari DAP yang lantang bersuara menggesa ia dibenarkan guna. Malah, ada yang menunjukkan keraian teruja dengan keputusan itu seolah sinikal kepada Muslim.

Inilah yang mengundang rasa curiga dan syak wasangka bahawa tuntutan tersebut mempunyai motif dan tujuan menyeleweng dari pegangan atau amalan keagamaan sebenar. Ia dilihat terbuka untuk menyebabkan salah guna, bukan sahaja oleh mereka yang mahu mencapai matlamat sulit seperti gerakan Evangelis, tetapi juga menimbulkan provokatif dan hasutan di mana berpotensi menjadi punca tindak balas ekstrem.

Sehubungan itu kami menggesa Kerajaan supaya mengambil satu langkah proaktif dalam mempertahankan kesucian kalimah Allah serta akidah umat Islam. 

Kerajaan mestilah bertanggungjawab melalui kerangka Siyasah Syar’iyyah dan autoriti yang ada, untuk mengenalpasti serta mengambil tindakan tegas kepada pihak yang cuba memanipulasi penggunaan kalimah Allah dan berniat untuk mengelirukan umat Islam demi kepentingan dakyah mereka.

Seandainya mereka mempunyai sebarang dakyah tersembunyi di sebaliknya, ingatlah amaran kami bahawa ia hanya akan menjemput bahaya. Pemuda PAS menegaskan bahawa kami sendiri akan menggerakkan solidariti bantahan secara terbuka sekiranya wujud rancangan balik tabir yang jahat dan mencipta permusuhan, untuk menggunakan isu ini untuk membawa kerosakan kepada perpaduan bangsa di Malaysia.

Pemuda PAS juga menuntut agar kerajaan membuat rayuan bagi kes tersebut dan tidak sama sekali menarik balik Pekeliling KDN KKDN/S59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986 yang melarang penggunaan empat perkataan eksklusif untuk orang Islam iaitu kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan Solat, untuk dilarang penggunaannya kepada bukan Islam. 

Sekalipun Mahkamah Tinggi memutuskan ianya tidak berperlembagaan, Kerajaan boleh memohon penangguhan pelaksanaan (stay of execution) bagi memastikan larangan dalam Pekeliling tersebut dikekalkan. Ini bagi memastikan ianya tidak diambil kesempatan oleh para Evangelis untuk menggerakkan dakyah mereka.

Pemuda PAS mengajak seluruh masyarakat Islam di Malaysia supaya bersatu hati, tanpa mengira bangsa, aliran pemikiran mahupun fahaman politik, untuk sama-sama mempertahankan kesucian Islam, serta menolak cubaan bagi menggugat akidah umat Islam di Malaysia. 

Sebarang cubaan untuk merosakkan pemikiran umat Islam adalah suatu perbuatan mencetus ketidakharmonian, dan harus ditentang sehabisnya.

YB SENATOR IR TS HAJI KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 15/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalimah ‘Allah’.. Mengapa pemimpin politik bukan-Muslim khususnya dari DAP lantang bersuara menggesa ia dibenarkan guna?

Ekonomi pulih, tentukan PRU 15 PH&geng terus kantoi..

 

Ekonomi negara makin pulih bukti tadbir urus baik PN   -Dr Kamarul Zaman 

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi Malaysia telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang memberangsangkan dan ini merupakan penanda aras tadbir urus yang baik kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, ia dapat dilihat apabila pertumbuhan ekonomi menguncup sebanyak 1.7 peratus pada Disember lalu berbanding penguncupan sebanyak 28.7 peratus pada April 2020.

“Kadar pengganguran juga telah menurun daripada 5.3 peratus pada bulan Mei 2020 kepada 4.8 peratus pada bulan Disember 2020.

“Malah, jumlah pelabur asing bersih negara meningkat sebanyak RM6.1 bilion pada suku keempat 2020 berbanding RM2.2 bilion pada suku kedua 2020,” katanya dalam program Bicara Naratif menerusi TV1, malam tadi.

Ujarnya, keputusan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat-peringkat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat baru-baru ini telah menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara.

“Kita dapat lihat meskipun negara kehilangan hasil pendapatan yang agak tinggi sekitar RM2.4 bilion sehari ketika PKP 1.0, namun sewaktu PKP 2.0 dilaksanakan jumlah ini berkurang kepada RM633 juta sehari.

“Begitu juga dengan tumpuan bagi menangani pandemik Covid-19 yang dijadikan lebih berfokus yang mana data hasil kajian mendapati bahawa 80 peratus pesakit Covid-19 hanya datang daripada satu kluster yang kecil sekitar 10 peratus.

“Maka kerajaan memberikan fokus lebih kepada kluster tersebut, selain daripada bantuan bersasar yang diberikan kepada golongan tertentu bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas akibat penularan wabak pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, proses pemulihan ekonomi negara dijangka dipercepatkan lagi dengan pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang telah bermula pada 24 Februari lalu. – HARAKAHDAILY 16/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau mahu ekonomi Malaysia terus pulih, tentukan dalam PRU 15 PH&geng terus kantoi..

Polemik m/sawit: PH masa 22 bulan, tak sampai fikir begini?

 

Harga minyak sawit mentah tertinggi sejak 13 tahun  -Lepasi RM900=1tan, setahun lalu hanya RM300 sahaja.

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) pada 12 Mac lalu pada paras RM4,193 permetrik tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohd Khairudin Aman Razali.

Menurutnya, ia adalah harga tertinggi sejak 13 tahun iaitu pada Mac 2008 lalu.

Kesannya, kata beliau harga buah tandan segar (BTS) di Semenanjung melepasi paras RM900 satu tan sedangkan setahun dahulu hanya sekitar RM300 sahaja.

Susulan itu, kata beliau nanti akan ada yang nakal mengulas ‘buah mengurang YB walaupun harga tinggi’.

“Saya katakan, inilah tanda kekufuran dan keingkaran nikmat Tuhan.

“Bagaimana jika buah mengurang dan harga pula rendah? Ungkapan mereka yang bersyukur ialah: ‘alhamdulillah harga tinggi walaupun buah berkurang’,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Tambahnya, akan ada pula yang mengulas, ‘buat apa harga naik kerana harga minyak masak pun naik di pasaran tempatan’.

Beliau menjelaskan, purata sebanyak 19 juta tan setahun minyak dipasarkan di pasaran antarabangsa yang memberi untung kepada hampir 500,000 keluarga pekebun kecil atau lebih tiga juta rakyat Malaysia.

Menurutnya, hanya satu juta tan untuk kegunaan dalam negara.

Jelas beliau lagi, sebanyak 700,000 tan atau 700 juta pek pula dijual dengan harga subsidi oleh kerajaan menerusi pek satu kilogram dengan RM2.50 dan hanya 300 tan untuk minyak pek dua kilogram dan lima kilogram.

“Bersyukurlah, pasti nikmat ditambah oleh Allah, sememangnya ‘Sawit Anugerah Tuhan’,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus. – HARAKAHDAILY 15/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah berkat, sawit anugerah Tuhan! Orang yang tidak fikir cara Islam tidak akan faham 'erti nikmat berkat' itu! Itu, yang ada puak-puak PH tak sampai fikir. Kalau tidak, pasti tidak timbul mengenai cadangan 'tukar tanaman sawit dengan pokok buluh. Ha ha ha!

IHtv

Berperangai begini, dipecat dari universiti, wajarkah?

 

University of Lahore menyatakan pasangan terbabit (gambar) telah bertindak melanggar peraturan universiti. - Foto Twitter

Dipecat universiti ekoran melamar di kampus

LAHORE: Sebuah universiti di Pakistan yang konservatif mengusir dua pelajar yang berpelukan selepas proses melamar di kampus, selepas video mereka tersebar di media sosial minggu ini.

Dalam klip video itu, seorang pelajar wanita universiti melutut dan melamar teman lelakinya dan selepas itu mereka berpelukan sambil disaksikan ramai orang.

University of Lahore menyatakan pasangan itu telah bertindak melanggar peraturan universiti, malah gagal untuk hadir pada perbicaraan tatatertib, seterusnya diusir berikutan melanggar kod etika.

Menunjukkan perasaan berkasih secara terbuka sama ada sudah berkahwin atau tidak dianggap tidak dapat diterima oleh budaya dan agama di negara itu.

Ramai wanita di Pakistan sukar untuk menentang tradisi dengan kebanyakan masyarakat masih terikat di bawah peraturan kehormatan yang ketat.

Pasangan itu enggan meminta maaf.

"Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak menyesal untuk ini," menurut ciapan Hadiqa Javaid.

"Bolehkah ada yang menjelaskan kepada kami apa kesalahan yang kami lakukan dengan membuat lamaran di khalayak ramai di Universiti Lahore?," kata tunangnya, Shehryar Ahmed, sambil menambah bahawa pasangan sebelumnya juga turut melakukan perkara yang sama.

Pasangan itu juga menerima ugutan dalam talian disebabkan tindakan mereka.

Sementara itu, Kesatuan Pelajar Progresif mengutuk keputusan universiti itu dengan menyatakan bahawa dasar moral di universiti telah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini.

Sebilangan universiti di Pakistan melarang pelajar perempuan memakai seluar jeans, baju tanpa lengan tank atau bermekap, manakala yang lain melarang interaksi antara pelajar lelaki dan wanita.

Awal minggu ini, penganjur perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa Pakistan menyatakan bahawa mereka menerima ancaman pembunuhan berikutan 'kempen berniat jahat'. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Melihat gambar di atas, dalam klip video itu, seorang pelajar wanita universiti melutut dan melamar teman lelakinya, selepas itu mereka berpelukan sambil disaksikan ramai orang. 

Wajarkah hal-hal begini  berlaku dalam negara umat Islam? Apalagi bila tulisan (AFP) di atas berbau menghasut dan mencipta fitnah.

(i) "Sebuah universiti di Pakistan yang konservatif mengusir dua pelajar..." Melebel 'konservatif' itu menghasut.

(ii) "Menunjukkan perasaan berkasih secara terbuka sama ada sudah berkahwin atau tidak, dianggap tidak dapat diterima oleh budaya dan agama di negara itu." '..dianggap tidak dapat diterima..' Ini tidak betul, kerana ianya telah diterima oleh budaya dan agama (Islam) di negara itu'. Juga termasuk tulisan yang menghasut. 

(iii) Bahkan hampir semua tulisan-tulisan itu menghasut dan fitnah.

-"Ramai wanita di Pakistan sukar untuk menentang tradisi..". 

-"Pasangan itu juga menerima ugutan dalam talian disebabkan tindakan mereka.".

-"dasar moral di universiti telah menjadi kebiasaan akhir-akhir ini". Seolah-olah moral tidak penting lagi?

-"Awal minggu ini, penganjur perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa Pakistan menyatakan bahawa mereka menerima ancaman pembunuhan berikutan 'kempen berniat jahat'."

-Tajuk "Dipecat universiti ekoran melamar di kampus". Tepatnya "Dipecat universiti kerana langgar etika."

Apakah Pakistan juga sama seperti Malaysia? Lihat tulisan ini..

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

IHtv

KPPK rancang buka pejabat serantau di Jeddah. PH 22 Bulan=0

 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali -NSTP/Khairul Azhar Ahmad

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang berusaha untuk membuka Pejabat Serantau Agrikomoditi Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.

Ia akan merangkumi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Majlis Getah Malaysia (MRC) dan Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC).

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata pejabat serantau itu akan dijadikan Hab Komoditi Malaysia untuk memperluaskan pasaran agrikomoditi negara ke benua Afrika dan Asia Barat yang masing-masing memiliki populasi penduduk seramai 1.34 bilion orang dan 457 juta orang.

Katanya, pembukaan pejabat itu adalah usaha KPPK dalam merealisasikan hasrat menjadikan produk komoditi Malaysia untuk menguasai pasaran di rantau berkenaan termasuk produk oleokimia dan biobahan api pada masa hadapan.

"Hubungan antarabangsa melalui strategi pembukaan pejabat serantau seperti ini adalah penting bagi meningkatkan lagi penerimaan produk sawit Malaysia di pasaran global.

"Ia juga selaras dengan kempen 'Sawit Anugerah Tuhan' yang dilancarkan pada 10 Februari 2021 yang lalu bertujuan untuk mempromosikan kelebihan dan kebaikan minyak sawit Malaysia kepada dunia dengan menggunakan elemen pendidikan dan pada masa sama menangkis kempen antiminyak sawit," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin berkata, KPPK menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas kejayaan rundingan di antara Malaysia dan Arab Saudi dalam pelbagai perkara termasuk mempromosi industri sawit negara, terutama untuk meningkatkan pasaran minyak sawit Malaysia ke negara berkenaan.

"Pertemuan Perdana Menteri bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan negara itu di Istana Al-Yamamah telah memberi peluang kepada syarikat negara ini untuk mengeksport minyak sawit dengan kuantiti yang lebih besar.

"Arab Saudi menunjukkan komitmen untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia daripada 318,000 tan bernilai RM900 juta pada tahun lalu kepada 500,000 tan bernilai kira-kira RM1.5 bilion bagi tahun 2021," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Harap PH, 22 bulan pun masih 0 kerja.

Monday, March 15, 2021

PN: Tawaran baharu kepada rakyat Malaysia

 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perikatan Nasional (PN) adalah suatu tawaran baharu (new deal) kepada rakyat Malaysia, demi memastikan kebajikan rakyat terjamin, mewujudkan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan mengekalkan keharmonian antara kaum.

“PAS berpegang kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang, konsep adil untuk semua, kepimpinan berintegriti dan berakhlak budiman serta mengambil pendekatan politik yang menyatukan ummah,” ujar Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan media, hari ini.

Justeru, kata beliau PAS menyeru semua pihak supaya mendukung pendekatan sederhana, prihatin rakyat dan berkebajikan yang dibawa oleh PN, dan menolak pendekatan ekstrem, oportunis dan melampau yang tidak sesuai dengan negara Malaysia bermasyarakat majmuk.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, PN mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk, menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang ke-49 secara hibrid di Dewan Wawasan Tun Dr Lim Keng Yaik, Menara PGRM, Sabtu lalu.

Muhyiddin turut mengulangi komitmen kerajaan PN dalam membela nasib rakyat yang terkesan susulan Covid-19 dan menegaskan ia bukanlah tentang soal politik sebaliknya membabitkan soal melindungi rakyat daripada suatu musibah yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Kami telah menunaikan janji kami kepada rakyat. Kerajaan ini berfungsi untuk mengurus pentadbiran negara dengan penuh amanah dan berintegriti, menterjemahkan prinsip kerajaan Prihatin Rakyat dengan melaksanakan pakej-pakej rangsangan ekonomi bernilai RM320 bilion dalam tempoh setahun yang lalu, demi memelihara kebajikan rakyat dan menjamin kelangsungan perniagaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 15/3/2021

Lihat sebelum ini.. 

Seruan Presiden PAS: Merdekakan Perlembagaan!

"Disangka tiada lagi saki-baki buaya belaan penjajah British di dalamnya, namun tiba-tiba buaya itu mendongakkan kepalanya."

IHtv

Beyonce dominasi pencalonan Anugerah Grammy

 

Beyonce membolosi sembilan pencalonan dengan mempertaruhkan lagu Black Parade yang dihasilkan sempena peristiwa tunjuk perasaan selepas insiden mensasarkan golongan kulit hitam di Amerika Syarikat. - Foto AGENSI

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Saban tahun, Anugerah Grammy dianjurkan secara gilang gemilang dan menjadi tumpuan dunia dengan kehadiran bintang terkemuka antarabangsa.

Namun, berbeza tahun ini, Anugerah Grammy Ke-63 berlangsung secara virtual dari Pusat Konvensyen Los Angeles, Amerika Syarikat, pagi ini.

Malam kemuncak secara virtual itu menggabungkan persembahan secara langsung dan rakaman bersesuaian dengan situasi pandemik COVID-19 ketika ini.

Bagaimanapun, anugerah berprestij yang mengangkat karya dan bakat anak seni itu masih menjadi perhatian apabila beberapa nama penyanyi terkemuka kembali membolosi senarai pencalonan, tahun ini.

Beyonce yang tewas dalam beberapa kategori utama kembali mendahului sembilan pencalonan tahun ini, diikuti Taylor Swift, Dua Lipa dan Roddy Ricch dengan masing-masing enam pencalonan.

Penyanyi bervokal hebat itu mempertaruhkan Black Parade, karya yang dikeluarkan pada Jun lalu sempena berlakunya peristiwa tunjuk perasaan besar-besaran selepas insiden mensasarkan golongan kulit hitam di Amerika Syarikat. Lagu itu bersaing menerusi kategori Rekod dan Lagu Terbaik.

Bagaimanapun, ramai yang percaya Lipa turut mempunyai peluang besar apabila mengambil risiko tinggi dalam mengeluarkan album Future Nostalgia ketika pandemik ini.

Taylor Swift sudah lima tahun tidak membawa pulang trofi menguasai beberapa pencalonan menerusi album Folklore. - Foto AGENSI

Seterusnya, pemenang Grammy yang sudah lima tahun tidak membawa pulang trofi, Swift juga menguasai beberapa pencalonan menerusi album dihasilkan dalam tempoh kuarantin yang berjudul Folklore.

Penyanyi rap, Ricch yang pernah memenangi trofi, tahun lalu menerusi kolaborasi bersama Nipsey Hussle memberikan saingan kuat apabila mempertaruhkan lagu The Box menerusi kategori Lagu Terbaik.

Brittany Howard yang dikenali dengan kumpulan Alabama Shakes mendominasi lima pencalonan menerusi album solo pertama, Jaime. Howard antara calon kategori rock yang kali pertama didominasi oleh wanita.

Pemenang tahun lalu, Billie Eilish pastinya meraih perhatian, tahun ini, selain Post Malone, Justin Bieber dan penyanyi rap, DaBaby.

Tidak ketinggalan, Megan Thee Stallion yang dicalonkan menerusi empat kategori termasuk Artis Baharu Terbaik.

Lagu remix popularnya, Savage yang menampilkan Beyonce juga dicalonkan menerusi beberapa kategori termasuk Rekod Terbaik.

Seorang lagi calon Artis Baharu Terbaik yang tidak boleh diketepikan adalah Phoebe Bridgers. Artis indie dari California itu menguasai beberapa pencalonan dalam kategori rock.

Kumpulan K-Pop sensasi, BTS akan menghangatkan pentas Anugerah Grammy Ke-63 dengan persembahan yang memukau. - Foto AGENSI

Bagaimanapun, bukanlah Anugerah Grammy sekiranya tanpa kontroversi.

The Weeknd berjanji berhenti menghantar karya untuk bertanding dalam anugerah berkenaan selepas terkejut tidak menerima sebarang pencalonan, meskipun berjaya secara komersial.

Bintang dari Kanada penyanyi seperti Frank Ocean dan Drake juga mengikuti langkah yang sama.

Anugerah Grammy dimeriahkan dengan persembahan secara rakaman daripada Lady Gaga, Paul McCartney dan Bruce Springsteen. Manakala, John Legend dan calon Album Terbaik, Haim dan Jhene Aiko akan mengadakan persembahan secara langsung.

Selain itu, selebriti lain yang akan memeriahkan pentas Anugerah Grammy Ke-63 adalah Cardi B, Swift, Eilish, Lipa, Harry Styles, kumpulan K-Pop sensasi, BTS dan penyanyi rap, DaBabyz. Bintang Latin, Bad Bunny akan tampil bersama Brandi Carlile, Maren Morris dan Mickey Guyton.

Bintang komedi, Trevor Noah pula akan menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti biasa kita umat Islam dan rakyat Malaysia merasa perlu 'pesan memesan dalam perkara kebenaran' sesama kita. Perlukah difikir balik apa manfaatnya program hiburan seperti di atas di arah supaya patuh mengikut syariah atau tidak di negara ini? 

Apa manfaatnya untuk pembangunan moral dan spiritual generasi baru negara? Juga kepada kepelbagaian media yang turut kerjasama menyumbang keruntuhan tersebut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails