Monday, May 03, 2021

Artis langgar SOP, pemimpin dan agamawan. Naik lemas..

 

HALAMAN HIBURAN

KADANG kala naik lemas membaca berita, kisah selebriti (artis) langgar SOP ketika wabak COVID-19 melanda. Nak kahwin langgar SOP. Rentas negeri, bulan madu, langgar SOP. Bagi artis yang melahirkan anak, langgar SOP. Buat akikah anak, langgar SOP.

Orang lain kahwin juga, beranak juga, tetapi tidak seriuh artis. Semua mahukan publisiti, seolah-olah mahu ‘memperdagangkan’ perkahwinan atau anak yang baharu dilahirkan. Sedih melihat budaya kita hari ini.

Lebih-lebih lagi jika diri sendiri yang diviralkan dalam media sosial. Yang tak tahu, jadi tahu. Yang dah tahu, sudah tentu jadi lebih tahu. Akhirnya, bila jadi kontroversi, mula kelam-kabut dan gelabah. Apabila tindakan dikenakan, bayar kompaun yang tinggi, polis disalahkan. Sedangkan kita tahu, ‘kesalahan’ itu sengaja diakukan bagi mendapatkan publisiti murahan.

Lebih malang lagi, ada yang kena, ada yang seolah-olah kebal, boleh terlepas. Sama juga kes kompaun yang dikenakan RM50 ribu. Saya difahamkan, pihak polis tidak bertindak semberono, atau sengaja mengenakan kompaun maksimum.

Kesalahan dilakukan berulang kali. Ingatan demi ingatan telah diberikan, tetapi tidak diendahkan. Apabila kompaun maksima dikenakan, jadi viral, minta simpati. Polis juga yang dipersalahkan. Sedangkan polis bertindak mengikut prosedur. Kasihan polis.

Kadangkala saya berasa pelik, kenapa perkara sunat seperti aqiqah ini perlu diperbesar-besar atau diberikan publisiti meluas, terutama ketika wabak COVID-19. Panggil pula orang-orang ternama termasuk menteri dan selebriti agama. Tujuan tidak lain, mahu dapat publisiti.

Saya mahu ingatkan sahaja, aqiqah belum tentu dapat menjamin pembentukan anak-anak yang soleh solehah, jika tidak dididik dengan cara yang betul. Termasuk menjemput ustaz-ustaz bagi menyempurnakan upacaranya itu, bagi menunjukkan ianya Islamik.

Jika ustaz ada ‘kuasa’ sudah tentu anak-anak ustaz (ustazah) semua jadi baik belaka. Tetapi tidak semua perkara itu berlaku. Ada juga anak ustaz (ustazah) dan rumahtangga tidak menjadi. Ustaz-ustaz ini pula satu hal, apabila artis yang menjemput, teruja selalu. Sanggup merentas negeri. Ada yang sanggup pergi ke ‘kelab malam’. Atas alasan hendak berdakwah.

Apabila berlaku kontroversi, maka pendekatan-pendekatan As-Syahid Hasan al-Banna, yang berdakwah di tempat-tempat maksiat, seperti kelab malam. Teruja sangat dengan alasan sebegini. Saya tidak menafikan, soal dakwah sampai ke mana-mana sekalipun, kelab malam, pusat hiburan, pusat pelacuran, pusat maksiat, pergilah berdakwah. Tidak ada siapa pun melarang jika nawaitu betul, ikhlas.

Tetapi bila artis yang menjemput, dalam bulan puasa pula, ketika wabak COVID-19 mengganas, fikirkanlah dua tiga kali. Situasi ini berbeza dengan dakwah As-Syahid Hasan al-Banna. Segelintir artis ini hanya mahu cerita sensasi. Bagi menunjukkan mereka suci, tulus mulus

Sebab itu, apabila ada ustaz yang terperangkap dengan artis berpakaian seksi ketika berbuka puasa, bila jadi isu, maka pendekatan Hassan Al-Banna digunakan untuk cover story.

Cukup-cukuplah, saya pun artis juga, saya tahu selok belok dunia artis ini. Lebib-lebih lagi artis yang bermuka-muka menggunakan kabel politik. Masih tidak dapat lupakan, ketika PRU14, artis ini jugalah yang menawarkan diri untuk berkempen BN di sebuah kawasan Parlimen. Ketika itu, artis ini masih dalam pantang kerana melahirkan.

Sanggup berkampung di Parlimen tersebut, kerana yakin BN boleh menang. Tetapi semua itu bukan percuma. Bila menang, sudah tentu artis ini mahukan habuan dan projek sana sini. Namun, apabila keputusan PRU14 diumumkan, dan BN pun tumbang, PH berjaya membentuk kerajaan, serta merta artis ini dan suami, beralih arah, berada di belakang pemimpin PH pada malam pengumuman keputusan PRU14 tersebut, sejurus balik daripada berkempen BN.

Inilah hipokrasi tahap gaban dalam dunia yang penuh kepura-puraan. Sebab itulah, jika PN mahu kekal memerintah dalam PRU15 akan datang. Kenal siapa kawan, siapa lawan. Hentikanlah semua kepura-puraan ini.

Perlu ada sifat ikhlas dalam berjuang. Lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 yang semakin mengganas ini. Utamakan dan dahulukan rakyat, terutama ketika rakyat berada dalam kesusahan akibat wabak, ditambah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbul persoalan, jenis PKP apakah yang ingin dilaksana dan dikuatkuasakan. Perlu ada ketegasan. Jika isu PKP dan SOP nya tidak dipantau dengan baik, ia boleh meruntuhkan kewibawaan institusi yang ada dalam negara ini, termasuk institusi agama.

Hakikatnya, rakyat tidak menolak PKP dan SOP, begitu juga dengan Darurat, tetapi yang ditolak adalah polisi dan pelaksanaan yang tidak konsisten serta ‘double standard’. Lebih menjengkelkan apabila agamawan yang diberikan autoriti bersuara. Saya bersependapat dengan Wan Yusof Wan Chik (2021), mengenai komennya terhadap hukum ‘haram’ merentas negeri, dengan perincian dan konteks tertentu.

Apabila hukuman ‘haram’ itu dimuntahkan oleh agamawan, lambakan keji dan nista dilontarkan terhadap agamawan oleh netizen, sehingga tak tergamak untuk meneruskan bacaan. Maka timbul persoalan, siapakah yang mahu dimenangkan oleh agamawan? Kerajaan dan pemimpin atau rakyat? Persepsi mula dibina.

Kita tidak mahu agamawan disamakan levelnya dengan artis. Lebih-lebih bila ada artis yang mempergunakan agamawan bagi ‘cover story’ mereka. Agamawan jangan terlalu mudah pula berhujah dengan memetik cara As-Syahid Hasan al-Banna atas jemputan artis.

Biarlah artis dengan cara artis. Kahwin cerita, tak dapat anak cerita, dapat anak cerita, kenduri aqiqah anak cerita, dan bercerai pun cerita. Agamawan tidak sebegitu rasanya, walaupun ada berbuat demikian. Apapun, persepsi mula terbina. Pembinaan persepsi tidak memerlukan ilmu apatah lagi dalil. Persepsi boleh dibina dengan kejahilan dan emosi.

Ingat, yang mentadbir kerajaan adalah manusia. Jika manusia itu telus dan tulus, maka telus dan tuluslah kerajaan. Namun, jika mereka curang dengan arahan mereka sendiri, curanglah kerajaan. Kerajaan dengan sehebat mana polisipun tidak akan berjaya, jika rakyatnya tidak mahu patuh, pemimpinnya tidak mahu menjadi contoh (Wan Yusof Wan Chik 2021).

Justeru, pemimpin, termasuk agamawan mesti bijak dalam percaturan ini. Jangan sampai terjebak. Sebab itu, ketegasan dalam membuat keputusan amat penting. Inilah yang membezakan antara pemimpin, agamawan dan segelintir artis. Kita masih rindukan ketegasan agamawan, seperti Almarhum Dato’ Ishak Baharum dalam berhadapan dengan sang penguasa ketika itu.

Kita tidak mahu agamawan dituduh atau dilabel sebagai penunggang agama. Sudah tentu tidak akan timbul tuduhan atau label ini kecuali dari golongan yang tiada ilmu ataupun tiada agamanya.

PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH – HARAKAHDAILY 3/5/2021

Lihat sebelum ini.. Ibnu Hasyim


Saturday, May 01, 2021

Maradona 'dibiarkan' sebelum meninggal dunia

 

Maradona (kiri) dikatakan tidak menerima rawatan mencukupi sebelum meninggal dunia.

SUKAN

BUENOS AIRES: Ikon bola sepak Argentina, Diego Maradona tidak menerima rawatan mencukupi dan dibiarkan "dalam tempoh panjang dan menyakitkan" sebelum meninggal dunia tahun lalu, kata pakar perubatan hari ini.

Menerusi dokumen 70 muka surat, panel berkenaan menyatakan Maradona, yang mengalami serangan jantung pada 25 November pada usia 60 tahun, "sakit teruk sekurang-kurangnya 12 jam sebelum mati" pada saat dia disahkan meninggal dunia di katilnya.

Maradona meninggal dunia selepas menjalani pembedahan di bahagian otak kerana darah beku.

Panel 20 pakar diminta pendakwa raya Argentina untuk menilai punca kematian dan menentukan sama ada wujud unsur pengabaian.

Pakar bedah Maradona, Leopoldo Luque, pakar psikiatri Agustina Cosachovdan dan ahli psikologi, Carlos Diaz kini disiasat selain dua jururawat serta masing-masing koordinator jururawat dan perubatan.

Penemuan berkenaan boleh menyebabkan dakwaan melakukan kesalahan yang mendatangkan kematian dan dihukum penjara sehingga 15 tahun jika didapati bersalah.

Maradona menjalani pembedahan pada 3 November, hanya empat hari selepas dia meraikan hari lahir ke-60 di kelab dia menjadi jurulatih, Gimnasia y Esgrima. - AFP

Biadap DAP? "Saya menjadi mangsa fitnah besar.." -Dr Kamarul Zaman 3..

 

3. Saman fitnah kepada LGE, Steven Sim dan Liyana Marzuki

SAYA amat menyesali tindakan liar dan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menggunakan teknik buli siber dengan mengarahkan tentera-tentera siber untuk menyerang diri saya dan tempat saya bekerja dalam media sosial untuk cuba membunuh karakter saya serta menjatuhkan imej dan kedudukan saya di mata masyarakat.

Negara kita adalah sebuah negara yang mempunyai undang-undang dan sekiranya pihak-pihak tertentu ini menghormati prinsip kedaulatan undang-undang maka mereka sepatutnya menggunakan undang-undang negara bagi membuktikan kesalahan saya dan bagi menghukum saya jika saya melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa.

Atas prinsip yang sama, bagi membersihkan diri saya dari pelbagai tuduhan yang dilemparkan ke atas diri saya dan tempat saya bekerja sehubungan dengan isu pemberian bantuan motosikal oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, saya telah memulakan tindakan undang-undang ke atas tiga pihak yang memfitnah saya.

Saman fitnah kepada Lim Guan Eng 

Pihak yang pertama adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng, yang telah, pada 21 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam tiga media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) memalukan kedudukan akademik saya dengan menulis di Harakah mempersoalkan motif Steven Sim membantu seorang Melayu Islam di kawasan Steven Sim sendiri;
(b) dengan jahat melabelkan Steven Sim sebagai Mubaligh Kristian Cina walaupun Steven Sim tidak pernah menyampaikan khutbah di mana-mana gereja.
(c) membandingkan dengan secara tidak wajar pemberian sebuah motosikal oleh Steven Sim dengan pemberian sebuah motosikal oleh seorang Timbalan Menteri Melayu.
(d) membenci dan mencerca orang bukan-Melayu atau bukan-Islam membantu orang Melayu atau orang Islam dengan melabelkan mereka sebagai Mubaligh Kristian Cina.

Saman fitnah kepada Steven Sim

Pihak yang kedua adalah Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, yang telah, pada 21 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Steven Sim adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya

(a) mengeluarkan cerita Steven Sim memberi bantuan motosikal untuk menyebarkan agama.
(b) menyatakan kedai (menjual motosikal) tidak boleh dikesan.
(c) menyebarkan fitnah bahawa penerima bantuan motosikal tidak boleh ditemui sedangkan saya atau orang parti saya sudah menemui dan berjumpa dengannya.
(d) mungkin tidak membayar RM2,000 kepada pemberi maklumat mengenai penerima bantuan motosikal.
(e) menawarkan RM2,000 ke atas kepala penerima bantuan motosikal bukan bertujuan untuk mencari kebenaran, tetapi hanya bertujuan untuk mencari peluang untuk menyerang beliau. 
(f) melakukan satu perbuatan yang melampau dengan meletakkan harga ke atas kepala penerima bantuan motosikal.
(g) mengganggu penerima bantuan motosikal dan keluarganya.
(h) tahu bahawa penerima bantuan motosikal boleh dijumpai dan saya atau wakil saya telah datang berjumpa dengan penerima bantuan motosikal dan memberinya wang.
(i) bertanya soalan-soalan yang tidak patut mengenai penerima bantuan motosikal, termasuk adakah baju yang dipakai olehnya adalah baju yang betul.
(j) menyatakan motosikal yang diberi kepada penerima bantuan motosikal tidak wujud.

Saman fitnah kepada Liyana Marzuki

Pihak yang ketiga adalah mantan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Noor Liyana Binti Ahmad Marzuki, yang telah, pada 28 April 2021, mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap diri saya yang disiarkan antara lainnya di dalam media berikut:


Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Liyana Marzuki di dalam Posting Facebook 1 adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) mengeluarkan penulisan yang tidak mempunyai nilai ilmiah.
(b) memalukan seluruh profesion ahli akademik.
(c) perlu meninggalkan dunia akademik dan masuk politik.
(d) memuatnaik satu posting Facebook yang bertajuk ‘Wayang Opera Cina DAP sekali lagi?’ dan kemudiannya memadamkan posting Facebook ini setelah mendapati posting Facebook ini adalah tidak benar.

Kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh Liyana Marzuki di dalam Posting Facebook 2 adalah kenyataan-kenyataan beliau yang mendakwa saya:

(a) mempersoalkan tindakan Steven Sim menghadiahkan sebuah motosikal kepada seorang food panda rider dengan menyatakan ia adalah agenda Kristian terhadap budak Melayu
(b) menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang mendedahkan identiti food panda rider untuk menunjukkan food panda rider itu sebenarnya tidak wujud.
(c) menyebabkan food panda rider ini kena harrass sebab menerima hadiah sebuah motor daripada Steven Sim.
(d) tidak berbuat apa-apa untuk menolong food panda rider itu selain daripada menyusahkan hidupnya.
(e) nama saja Islam tetapi tidak berkelakuan seperti seorang Islam.

Ekoran kenyataan-kenyataan berunsur fitnah yang dikeluarkan oleh mereka, saya telah di antara lainnya dihadapkan dengan hinaan dan cemuhan secara terbuka dan berterusan oleh masyarakat secara amnya yang menyebabkan saya mengalami kesusahan dan kegelisahan mendalam dan mendapat malu besar, menyebabkan tindakan undang-undang ini diambil.

Saya menyedari bahawa terdapat pihak-pihak lain yang turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang serupa atau hampir serupa kepada diri saya mengenai isu ini, di mana sesetengah daripada mereka ini telah saya laporkan kepada pihak polis pada 30 April lalu, dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sama kepada mereka selepas ini.

DR. KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Kanan, Universiti Utara Malaysia
2 Mei 2021 – HARAKAHDAILY 2/5/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rupanya, tak kuat mana DAP. Baru hanya seorang 'Dr Kamarul' dah kelupor dan gegar habis, jentera partinya yang dikerahkan. 

Ini antara tanda-tanda DAP akan tumbang dalam PRU15 akan datang, seperti rapuhnya komponen PH atau 'kempunan' akan memerintah lagi setelah kerajaan mereka 22 bulan ghuyup. Ya, marilah kita sama-sama doakan 'keghuyuban'nya sekali lagi. 

"Ya Allah, ya Tuhanku, berilah kemenangan kepada pembela-pembela Islam kami, dan kalahkan pengkhianat-pengkhianat Islam di seluruh mukabumi ini." 

Insya Allah!

Bagaimana Bayraktar TB2 9 Turki menangkan Azerbaijan &Pilihan raya Somalia.

 

1. Rakyat Armenia sangat ingin-tahu, bagaimana Bayraktar TB2 9 (kenderaan udara tanpa pemandu) memenangkan Azerbaijan

Kenderaan udara tanpa pemandu Turki telah diikuti oleh seluruh dunia baru-baru ini.

Kenderaan udara tanpa pemandu Turki Bayraktar TB2, yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan Azerbaijan di Karabakh, semakin hari semakin membuat penasaran.

Yang paling banyak ingin tahu Bayraktar TB2, yang telah dicari ribuan kali di seluruh dunia di mesin carian Google, adalah orang Armenia.

Menurut data Google, carian terbanyak untuk Bayraktar TB2 dalam 1 tahun terakhir dibuat dari Armenia.

Setelah Armenia, diikuti Azerbaijan dan Turki.

Greece adalah antara negara yang paling banyak mencari Bayraktar TB2 di Google.

Pada 27 September 2020, ketika pertembungan antara Azerbaijan dan Armenia dimulai, terdapat peningkatan besar dalam pencarian untuk Bayraktar TB2.

Pencarian untuk Bayraktar TB2 di internet mencapai puncaknya antara 4-10 Oktober, ketika pertempuran meningkat.

2. Turki puas-hati keputusan pilihan raya Somalia.








Turki telah mengumumkan bahawa ia menyambut baik keputusan Majlis Persekutuan, yang merupakan majelis rendah Parlimen Somalia, untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin berdasarkan perjanjian 17 September.

Dalam pernyataan bertulis yang dibuat oleh Kementerian Luar Negera, ditekankan bahawa diharapkan perkembangan ini dapat memulai kembali perundingan konstruktif di antara pemangku kepentingan politik secepat mungkin dan berfungsi untuk maju berdasarkan konsensus sosial dengan menghilangkan perbedaan pendapat.

Dalam kenyataan itu,"Turki, yang selalu disokong oleh rakyat Somalia yang ramah dan bersaudara, akan terus mengekalkan sokongan kuat dalam konteks ini." kenyataan diberikan.

(IH)

Sunday, May 02, 2021

"..., tak sangka ustaz datang’ . Dr Zulkifli memulakn 'Kembara Sahur'

 

‘Ustaz, tak sangka ustaz datang’

KUALA LUMPUR: “Saat embun jantan mula terbit, saya bersama-sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan Integrasi Berwawasan (PSKIB) memulakan program Kembara Sahur di sekitar Puchong, Kuala Lumpur,” ujar Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata, juadah sahur dan pek barangan asas dapur diserahkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, IPD Serdang dan Subang, serta sukarelawan yang hadir.

Beliau turut berterima kasih kepada McDonalds atas tajaan juadah sahur yang disediakan.

“Kami sediakan 100 pek sumbangan untuk kelompok sasar seperti OKU, asnaf, warga emas yang memerlukan bantuan, kelompok B40 dalam kalangan polis, bomba dan lain-lain.

“Seterusnya kami bergerak ke lima buah rumah penerima bantuan sekitar Puchong untuk menyampaikan bantuan pek barangan asas dapur dan juadah sahur,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Sebanyak 40 buah rumah di sekitar Puchong menerima bantuan yang disediakan sepanjang program Kembara Sahur itu berlangsung.

Beliau amat terharu dengan sambutan mereka yang nampaknya begitu gembira dengan kehadiran kami walaupun di awal pagi.

Menurutnya, ada yang terkejut katanya, “Ustaz…tak sangka ustaz datang!”.

Beliau berkata. melihat keadaan mereka sedikit sebanyak menginsafkan kita akan betapa besarnya nikmat kesihatan yang diberikan Allah SWT.

Ramadan benar-benar mengajar kita untuk berkongsi rezeki dan nikmat sesama kita,ya lagi. – HARAKAHDAILY 1/5/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah,  Ramadan benar-benar mengajar kita untuk berkongsi rezeki dan nikmat sesama kita!

Pastor sebar dakyah Kristian didakwa kutip derma tipu umat Islam

 

Mohd Fadel (tengah) dan Kamalariffin (kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung tindakan pastor Kristian yang didakwa membuat kutipan derma membabitkan masyarakat Islam, hari ini. - NSTP/ MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mendesak pihak berkuasa menyiasat kegiatan seorang pastor yang menyebarkan agama Kristian kepada orang ramai termasuk masyarakat Islam dan membuat kutipan derma secara haram di daerah ini.

Dua NGO terbabit iaitu Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) Johor mendakwa aktiviti pastor terbabit menyebabkan ketidaktenteraman dan mengganggu keharmonian agama Islam di negeri ini.

Pengerusi Tindakan Ekonomi Komuniti B40 Johor, Datuk Mohd Fadel Alwi, berkata gesaan itu hadir susulan klip video bertajuk 'Pastor Kristian Disangka Muslim Meminta Derma' yang didedahkan dalam laman Facebook Firdaus Wong Wai Hung pada Jumaat lalu.

"Pastor terbabit didakwa pemilik profil Facebook (FB) bernama Zerah Kingdom giat meminta derma daripada orang Islam dengan menggunakan akaun bank peribadinya.

"Wang yang diterima itu kemudian dipercayai digunakan untuk melakukan aktiviti kebajikan kepada masyarakat di Kluang termasuk memberi derma dan sedekah serta menganjurkan kelas mengaji Iqra kepada orang Islam di Kluang.

"Pemilik akaun Zerah Kingdom juga menggunakan ayat bersifat Islamik untuk kerja dilakukannya itu walhal beliau adalah seorang pastor Kristian.

"Pendedahan dalam klip video itu menyatakan terdapat bukti ramai orang Islam terpedaya dengan taktiknya itu membuat sumbangan ke dalam akaun miliknya," katanya selepas membuat laporam polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi IKHLAS Johor, Kamalariffin Abdul Rahman.

Mohd Fadel berkata, laporan polis berkenaan dibuat bagi menjamin kesejahteraan agama Islam sebagai agama Persekutuan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

"Siasatan lanjut dan tindakan tegas juga mesti diambil kerana pihak berkenaan sudah menipu dengan menyalahgunakan akaun bank persendirian mengutip sumbangan orang ramai terutama orang Islam bagi tujuan penyebaran agama Kristian," katanya.

Berkurung bukan Covic 19. Tapi bandar diserang burung kakak tua putih



RAMAI di antara kita tak akan menganggap sekawan burung sebagai ancaman. Namun, seram jugalah kalau beribu burung datang hinggap di rumah. Itu lah yang dihadapi oleh penduduk di pinggir bandar berdekatan Sydney, Australia apabila ribuan burung kakak tua putih ‘menyerang’ kawasan perumahan mereka.

Menurut Daily Star, ribuan burung tersebut yang dikenal pasti sebagai spesies burung kakak tua iaitu corellas merupakan burung yang berasal dari kawasan New South Wales Shoalhaven, Australia.

Difahamkan, penduduk kawasan pinggir bandar Sydney itu terkejut sebab bangun-bangun je, mereka nampak ribuan burung putih terbang dan hinggap di bumbung dan halaman rumah. Kejadian ini telah memaksa penduduk untuk berkurung dalam rumah.

Video kejadian aneh itu telah dimuat naik oleh @justsheff33 di TikTok. Dia dipercayai merupakan penduduk di kawasan itu.

Burung-burung tersebut juga turut hinggap di tiang elektrik. Difahamkan, burung ini boleh merosakkan tanaman manusia. Namun, mereka yang tinggal di situ tak boleh nak ambil apa-apa tindakan sebab burung ini merupakan spesies yang dilindungi di negara itu.

Rata-rata netizen di TikTok mengatakan kejadian ini macam sama dengan salah satu babak dalam filem Harry Potter di mana puluhan burung hantu telah menyerang rumah bapa saudara Harry untuk menghantar surat tawaran ke Hogwarts.

Walau bagaimanapun, Professor David Phalen iaitu pakar konservasi dan kesihatan hidupan liar di Universiti Sydney berkata, burung-burung ini akan mencari tempat yang sesuai untuk mencari makanan sebelum terbang ke tempat lain.

Ketika bukan musim mengawan, spesies ini juga selalunya akan terbang dalam kawanan besar.

Spesies ini kemudiannya akan makan kesemua makanan tersebut dan setelah selesai, mereka akan terbang ke destinasi seterusnya. Jadi, menurutnya, kejadian tersebut sebenarnya memang normal. 

Setelah mengamati video terbabit, pakar itu juga berpendapat mungkin ada sejenis ulat di kawasan tersebut yang menarik perhatian haiwan tu sebab nampak macam burung-burung ini sedang makan sesuatu di halaman rumah penduduk.

Harapnya tak ada lah burung yang tersesat masuk dalam rumah penduduk. 

Sumber: Daily StarTikTok 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kisah hadits 'Tawakal' seperti burung menurut Imam Ahmad dan Ghazali.

Rasulullah SAW mengibaratkan tawakal seperti perilaku burung.

لَوْ أَنَّكُمْ تَوَكَّلْتُمْ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ، تَغْدُوا خِمَاصاً وَتَرُوْحُ بِطَاناً

"Sungguh seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezekinya burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang."

(HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, Ibnu Hibban, dan Al-Mubarak dari Umar bin Khathab).

Penjelasan: 

Dalam hadits yang mulia ini, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa orang-orang yang bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, niscaya akan dicukupkan rezekinya oleh Allah sebagaimana Dia mencukupi rezeki burung-burung. Betapa tidak, Allah adalah Dzat Yang Mahahidup, dan Yang tidak pernah mati.

Kerana itu, barangsiapa bertawakal kepada-Nya, niscaya Allah SWT akan mencukupi segala kebutuhannya. Dalam QS. Ath-Thalaq ayat 3, Allah SWT berfirman: 

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا  “Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Tawakal terambil dari kata wakala-yakilu yang berarti mewakilkan, dan dari kata ini terbentuk kata wakil. Kata wakil bisa diartikan dengan "pelindung". 

Dalam beberapa ayat ditegaskan bahwa: وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ وَكِيلٌ  “ Dan Dia (Allah) atas segala sesuatu menjadi wakil (QS Al-An'am: 102). 

وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَكِيلًا “Dan cukuplah Allah sebagai wakil (QS An-Nisa: 81).

Dari sini kita dapat menyimpulkan bahawa menjadikan Allah sebagai wakil, bererti menyerahkan kepada-Nya segala persoalan (Shihab: 2000: 124).

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' Ulumiddin  mendefinisikan tawakal sebagai "penyandaran hati hanya kepada wakil (yang ditawakali) semata. Sedangkan menurut Allamah Al-Manawi tawakal adalah "menampakkan kelemahan serata penyandaran (diri) kepada yang ditawakali".

Apakah  tawakal identik dengan sikap pasif dan apatis? Dalam Alquran perintah bertawakal terulang sebanyak sebelas kali; sembilan berbentuk tunggal dan dua berbentuk jamak. Kesemuanya selalu awali perintah melakukan sesuatu. Sebagai contoh: 

  وَإِن جَنَحُوا۟ لِلسَّلْمِ فَٱجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ   “Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kamu kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.” (QS Al-Anfal: 61).

Dari sana jelaslah bahawa tawakal tidak identik dengan sikap pasif. Kerana itu, tidak disebut tawakal orang yang pasrah kepada Allah tanpa mau berusaha. Tidak disebut tawakal pula orang yang menginginkan sesuatu tapi tidak mahu mengerahkan potensi yang dimilikinya untuk meraih apa yang diinginkannya tersebut. Tawakal adalah urusan hati. Ia hadir setelah badan dan pikiran dioptimalkan terlebih dahulu.

Rasulullah SAW menyerupakan orang yang bertawakal dan diberi rezeki itu dengan burung yang pergi dipagi hari untuk mencari rezeki dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang. Kita tahu bahawa burung tidak memiliki sandaran apapun, baik perdagangan, pertanian, dan lainnya. Ia keluar dari sarang dengan bekal tawakal kepada Allah SWT yang kepada-Nya ia bergantung.

Tentang hal ini, Imam Ahmad memberikan komentar:

"Tidak ada isyarat yang membolehkan kita untuk meninggalkan usaha. Sebaliknya, di dalam hadits ini terdapat isyarat tentang perlunya kita bergerak mencari rezeki. Jadi maksud hadits di atas, bahwa seandainya manusia bertawakal kepada Allah dalam kepergian, kedatangan, dan usaha mereka, dan mereka mengetahui kebaikan (rezeki) itu ditangan-Nya, tentu mereka tidak akan pulang kecuali dalam keadaan mendapatkan harta dengan selamat, sebagaimana burung-burung tersebut" (Fadhl Ilahi, 2000: 37-38).

Imam Ahmad pun pernah ditanya tentang "status" seseorang yang kerjanya hanya beribadah dan duduk di rumah atau mesjid sambil berkata, "Aku tidak mau bekerja, sampai rezekiku datang sendiri". Ia mengatakan, "Orang tersebut adalah orang malas dan tak mengenal ilmu.

Sekian.

Biadap DAP? "Saya menjadi mangsa fitnah besar.." -Dr Kamarul Zaman 2.

 

2. Penafian ‘posting’ mempertikaikan Raja Muda Perlis

SAYA menjadi mangsa fitnah besar untuk membunuh karakter saya di mana sejak kira-kira jam 5:00 petang, 28 April 2021, telah diviralkan dalam pelbagai media sosial, khususnya Facebook dan WhatsApp, satu posting Facebook yang kononnya dibuat dan dipadamkan oleh saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ dan mengandungi ayat-ayat yang berbunyi:

‘Sebelum ini wayang tentang pembelian motosikal yang tak wujud sekarang wayang kononya berbasikal dengan Raja Muda Perlis.’
‘Lelaki di dalam gambar bertopeng sepanjang masa dan tiada bukti itu merupakan Raja Muda Perlis.’
‘Satu kebiadaban DAP terhadap institusi Raja-raja Melayu.’

Bila disemak, saya dapati bahawa penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat antara lainnya melalui posting oleh individu-individu berikut bermula pada kira-kira jam 4:00 petang, 28 April 2021:

1. Posting Che Ibrahim Mohamed yang boleh diakses di pautan inihttps://www.facebook.com/100001076378230/posts/4313044808741356/
2. Posting Saila Hadialuz Nazar yang boleh diakses di pautan ini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1024801084590541&id=100011819768949
3. Posting Miqdad Zakaria yang boleh diakses di pautan ini:
4. Posting Abu Muhammad Ibnu Ismail yang boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/1061861934/posts/10220502598529271/
5. Posting Zainal Nor yang boleh diakses di pautan ini: 
6. Posting Lensalog Aidi yang boleh diakses di pautan ini: 
7. Posting Taufik Ali yang boleh diakses di pautan ini: 
8. Posting Hussin Al Mala’al A’lam yang boleh diakses di pautan ini: 
9. Posting Muhammad Al Hanif Hassan yang boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/100000634296229/posts/4352818401415927/
10. Posting Mohd Safuan MohdSafuan yang boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/story.phpstory_fbid=3997535496952344&id=100000877993870
11. Posting Abdul Manaf Shafie yang boleh diakses di pautan ini: 
12. Posting Muhammad Radzi Ismail yang boleh diakses di pautan ini: 

Pada waktu penyebaran posting Facebook palsu ini dibuat, akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting atau komen selama 24 jam kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya sebelum ini yang melanggar  Community Standards Facebook

Bila akaun Facebook saya dibebaskan dari hukuman ini, iaitu pada kira-kira jam 6:30 petang, 28 April 2021, saya telah memuat naik satu posting bagi menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis, menyenaraikan 12 individu yang didapati membuat penyebaran posting Facebookpalsu ini dan menyebut saya akan menyaman mereka.

Begitupun, pada kira-kira jam 9:00 malam, 28 April 2021, sekali lagi akaun Facebook saya telah dihukum denda tidak dibenarkan membuat sebarang posting  atau komen selama 3 hari kononnya kerana ada aduan bahawa posting saya yang menafikan bahawa saya pernah membuat sebarang posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini melanggar  Community Standards Facebook.

Pada jam 1:00 pagi, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Zulhazmi Shariff, yang saya ketahui merupakan Naib Pengerusi DAP Kedah yang juga seorang peguam, telah memuatnaik satu posting bagi memberi panduan kepada mana-mana pihak yang mahu membuat laporan polis ke atas saya atas dakwaan membuat  posting yang mempertikaikan Raja Muda Perlis ini di bawah Seksyen 298A dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 [Akta 589]. PostingZulhazmi Shariff ini boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/100007941282524/posts/2941369372804410/

Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Azhar Ismail, yang saya ketahui merupakan Ketua PAN Bahagian Ledang, Johor, telah memuatnaik satu posting bagi memaklumkan beliau telah membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini di samping mengongsi panduan tersebut. Posting Azhar Ismail ini boleh diakses di pautan ini:  https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1891293944371547&id=100004728797049

Pada jam 2:00 petang, 29 April 2021, juga saya telah mendapati bahawa seorang individu bernama Amar Abd Jalil, yang saya ketahui merupakan Ketua AMK Cabang Padang Besar, Perlis, telah memuatnaik dua posting bagi memaklumkan beliau akan dan telah membuat laporan polis ke atas saya juga berdasarkan panduan yang diberi oleh Zulhazmi Shariff ini. 
Posting Amar Abd Jalil ini boleh diakses di pautan ini: 

Ekoran fitnah besar ke atas saya ini, saya, keluarga saya dan institusi tempat saya bekerja, iaitu Universiti Utara Malaysia, telah bertubi-tubi dikecam, dihina dan dimaki oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan gangguan keselamatan kepada kami.

Saya berpendapat bahawa kesemua mereka yang telah membuat dan menyebarkan posting Facebook palsu saya yang bertajuk ‘Wayang opera Cina DAP sekali lagi?’ serta mereka yang telah menggesa, membantu dan membuat laporan polis ke atas saya berdasarkan posting Facebook palsu saya ini telah melakukan jenayah yang serius. Oleh itu, saya akan membuat laporan polis secepat mungkin mengenai perkara ini.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Pensyarah Kanan
Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), 
Universiti Utara Malaysia (UUM)
HARAKAHDAILY 29/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah dan jazakallahu khairan kathira, DR Kamarul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails