Sunday, May 09, 2021

DAP kecam serangan Israel... Dasar musang berbulu ayam?

 

Kenyataan akhbar: DAP kecam serangan Israel di Masjid al-Aqsa

Oleh Teo Nie Ching

(Setiausaha Antarabangsa DAP)

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam serangan anggota keselamatan Israel ke atas warga Palestin di Masjid al-Aqsa semalam. 

Menurut laporan, 178 orang warga Palestin telah cedera dalam serangan tersebut yang terjadi ketika jemaah mengerjakan solat terawih.  Juga menurut laporan, ramai para jemaah yang terperangkap akibat serangan tersebut, termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Serangan terhadap rumah ibadat ialah perbuatan terrorisme dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi semasa bulan Ramadan dan Aidilfitri juga bakal menjelang. 

Israel sepatutnya mencari jalan untuk mengurangkan konflik Timur Tengah yang semakin meruncing dan bukan mengambil jalan keganasan.

DAP menggesa kerajaan Malaysia untuk turut sama mengecam serangan Israel tersebut. – Roketkini.com

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang dasar parti kafir, musang berbulu ayam.


Sila lihat..


Kecam serangan terbaru Israel di Masjid Al-Aqsa -Duta Khas PM Ke T/Tengh.

 

KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengecam sekeras-kerasnya serangan biadab rejim zionis Israel ke atas umat Islam di Masjid al-Aqsa sehingga mencederakan lebih 178 orang rakyat Palestin yang sedang berkumpul di pekarangan masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu.

Katanya, tentera rejim zionis Israel bertindak biadab dengan melemparkan bom tangan dan bom asap, malah melakukan serangan dengan menembak para jemaah di dalam Masjid al-Aqsa menggunakan peluru getah.

Tambahnya, tentera rejim zionis Israel juga turut menahan ramai jemaah Masjid al-Aqsa dan penduduk Palestin yang berlindung di dalam mahupun di pekarangan Masjid al-Aqsa.

“Sememangnya tindakan ini sangat tidak berperikemanusiaan dan menambah luka umat Islam tatkala sedang menunaikan solat dan beribadat di penghujung Ramadhan bulan yang mulia,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya lagi, ketegangan semakin memuncak sejak beberapa hari lalu dengan pertengkaran hampir setiap hari mengenai ancaman Israel terhadap pengusiran penduduk Palestin dari rumah mereka dan tangkapan beberapa orang rakyat Palestin serta serangan yang dilancarkan di perkampungan Sheikh Jarrah.

“Saya menyeru seluruh umat Islam bermunajat kepada Allah SWT untuk kesejahteraan umat Islam di sana dan bersama-sama meneruskan bantahan sebagai solidariti kepada saudara kita di bumi al-Quds.

“Isu Palestin adalah melangkaui isu umat Islam dan ini merupakan isu kemanusiaan sejagat,” kata beliau..

Beliau menambah, semua pihak dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan seluruh dunia Islam perlu mengambil tindakan tegas dan bertindak membela mangsa kekejaman yang dilakukan oleh rejim zionis Israel di bulan Ramadan yang suci ini. – HARAKAHDAILY 8/5/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails