Sunday, May 16, 2021

Luar biasa semangat jihad wanita Palestin

 

UMUM mengetahui konflik antara Zionis Israel dan Palestin telah berlangsung terlalu lama sehingga menyebabkan kematian ribuan nyawa.

Bermula pada tahun 1897 di dalam Kongress Pertama Zionis (First Zionist Congress) dan Deklarasi Balfour pada tahun 1917, golongan Yahudi Zionis telah mula menuntut bahawa tanah Palestin adalah milik mereka.

Ini merupakan titik mula penindasan terhadap rakyat Palestin yang mana berlakunya konflik bersenjata yang dimulakan oleh Zionis dan disokong oleh kuasa-kuasa besar negara barat.

Pada 15 May 1948, rejim Zionis Israel mengisytiharkan bahawa Israel adalah negara yang merdeka. Perkara ini disambut dengan kesedihan oleh rakyat Palestin dan seluruh dunia, yang mana hari tersebut dikenali sebagai “Hari Nakba” atau Hari Kecelakaan.

Perkara ini berlanjutan sehingga tercetusnya “Perang 6 Hari” antara negara-negara Liga Arab dan rejim Zionis Israel bagi menyekat kemaraan Israel yang dengan jelas cuba untuk mendapatkan lebih banyak kawasan jajahan di tanah Palestin.

Akibat kekalahan Liga Arab pada ketika itu, Zionis Israel telah berjaya menguasai kawasan Gaza, Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan yang sebelum ini berada di bawah pentadbiran Palestin.

Pada tahun 1993-1995 beberapa siri perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Oslo (Oslo Accords) telah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, bagi mewujudkan penyelesaian dua negara (two state solution). Palestin pada ketika itu diwakili oleh Palestine Liberation Organisation (PLO) yang diketuai oleh Allayarham Yassir Arafat.

Namun begitu, keamanan tidak pernah dapat dicapai kerana pihak rejim Zionis Israel sentiasa mencari peluang untuk menceroboh, merampas dan menghalau penduduk Palestin dari tanah mereka sendiri.

Rumah orang awam, masjid, sekolah dan hospital sering dijadikan sasaran terancang oleh tentera Israel yang dikenali sebagai Israel Defense Force (IDF).

Ternyata penyelesaian two state solution ini bukanlah satu langkah yang berkesan, kerana Zionis Israel tetap tidak akan mematuhi apa jua perjanjian. Niat mereka hanya satu, tawan seluruh tanah Palestin, usir dan bunuh semua rakyatnya.

Baru-baru ini di penghujung bulan Ramadan, Zionis Israel telah menyerang umat Islam yang beribadah di Masjid Al-Aqsa. Hasil serangan ini telah mencetuskan beberapa siri serangan terhadap Palestin yang sehingga kini menyebabkan lebih 132 orang rakyat Palestin terbunuh, termasuk 32 orang kanak-kanak dan 21 orang wanita.

Isu Palestin ini ternyata bukan isu agama semata-mata. Ini adalah isu kemanusiaan. Ia adalah tragedi bagi Palestin, sebuah negara yang merdeka, tetapi kebebasannya telah diragut oleh sekumpulan fasis Zionis Israel yang tamak dan kejam.

Setiap kali isu Palestin dibicarakan di dalam media, ia merobek hati saya. Tidak dapat saya bayangkan bagaimana keadaan rakyat Palestin pada ketika ini, terutamanya dari kalangan wanita dan kanak-kanak dalam menghadapi perkara ini.

Sungguhpun sentiasa dibuli oleh Israel, semangat juang rakyat Palestin tetap utuh, bukan sahaja lelaki-lelaki Palestin bangkit melawan, wanita dan kanak-kanak juga terus bersemangat menentang kekejaman Israel.

Pada tahun 2009, saya berkesempatan untuk menyertai satu misi bantuan oleh sebuah NGO ke Palestin. Di sana sempat saya bertemu dengan beberapa pemimpin wanita Palestin dan juga wanita dari kalangan orang awam. Para wanita dan gadis Palestin rata-rata mempunyai semangat, daya intelektual dan berpendidikan tinggi.

Berada dalam kepungan musuh tidak sedikit pun menggugat keberanian dan iman mereka. Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tekanan bertahun lamanya, mereka tetap mempunyai iltizam dan berusaha keras untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman penjajahan Israel.

Seruan Intifada atau “kebangkitan” yang bermula pada awal 1980an sehingga era 2000 menunjukkan wanita dan kanak-kanak di Palestin turut terlibat secara langsung dalam perjuangan melawan keganasan rejim Zionis Israel.

Boleh dikatakan, sejak dari awal mula Intifada berlangsung, wanita merupakan tulang belakang pergerakan tersebut. Pemimpin-pemimpin wanita Palestin yang menjadi pencetus kepada demonstrasi, mogok pekerja dan memboikot barangan keluaran Israel, telah membuka mata dunia untuk bersama-sama menentang keganasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap Palestin.

Akibat daripada tindakan ini, ia memberikan tekanan kepada ekonomi Israel dan meletakkan negara haram itu dalam situasi sukar, yang mana masyarakat antarabangsa turut bersama mengecam tindakan regim Zionis tersebut.

Wanita Palestin juga bertanggungjawab menggerakkan ekonomi secara koperasi, menguruskan klinik-klinik kesihatan, sekolah dan membantu untuk menampung perjuangan bersenjata yang digerakkan oleh kaum lelaki Palestin.

Penglibatan wanita Palestin ini memberikan kesan yang cukup mendalam kerana setiap aspek pergerakan perjuangan ini diuruskan dengan baik oleh para wanita Palestin, yang begitu teliti dalam menguruskan sumber dan memainkan peranan sangat besar kepada penentangan terhadap kekejaman Israel.

Sehingga kini, sungguhpun rejim Zionis Israel dengan senjata yang canggih dan menerima sokongan daripada negara-negara barat, mereka tetap gagal untuk menguasai keseluruhan tanah Palestin. Ini adalah bukti bahawa walaupun berhadapan dengan cabaran yang begitu besar, Palestin masih lagi berpeluang untuk mengecapi kemenangan.

Sejak dari dahulu sehingga kini, Kerajaan Malaysia tetap berpegang dengan prinsip untuk terus menyokong Kerajaan Palestin dan rakyatnya. Sungguhpun kita belum lagi mampu untuk membantu dari aspek ketenteraan, bantuan kemanusiaan dan sokongan dari segi peningkatan ekonomi tetap diberikan kepada Palestin.

Sokongan ini akan terus diberikan, selagi mana Palestin belum mencapai kemenangan dan rejim Zionis Israel tidak lenyap dari muka bumi ini. Saya menyeru agar rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan kepada seluruh rakyat Palestin. Teruskan berdoa, agar mereka selamat dan Allah SWT mengurniakan kemenangan kepada mereka.

YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan
Ahli Parlimen Ampang
Presiden COMWEL Malaysia – HARAKAHDAILY 16/5/2021   

Isteri polis ziarah suami bertugas pun kena kompaun RM2,000

 

PUTRAJAYA: Isteri anggota polis yang tular di media sosial kerana menziarah suaminya di sekatan jalan raya Persiaran Selatan hala keluar ke Dengkil, di sini pada 13 Mei lalu, sudah dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali, berkata kompaun dikeluarkan semalam mengikut Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021 (PU (A) 225/2021) kerana melanggar SOP PKP dengan menziarah suami di sekatan jalan raya.

"Siasatan lanjut dijalankan dan mendapati anggota itu serta keluarganya tinggal dalam daerah Putrajaya. Isteri dan anak-anak anggota terbabit datang menaiki dua kenderaan untuk singgah sebentar bagi menyerahkan juadah hari raya kerana suaminya bertugas pada pagi itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kompaun dikeluarkan mengikut Peraturan 17 (PU a 225/20212) Ziarah Hari Raya Aidilfitri (No 21 Kesalahan-kesalahan Lain Yang Diperuntukkan Dalam SOP Yang Dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana pelanggaran SOP PKP.

Bagi dakwaan menaiki kenderaan melebihi had tiga orang, beliau berkata, tiada kompaun dikeluarkan kerana wanita itu dan tiga anaknya menaiki dua kenderaan berbeza.

"Pada awalnya, perbuatan itu dilihat sebagai satu tanggungjawab isteri untuk memberi sokongan moral kepada suami yang sedang bertugas dengan menghantar juadah di pagi raya.

"Namun, kepentingan awam adalah melebihi kepentingan individu dan pihak polis tidak mahu perbuatan sedemikian dijadikan alasan oleh semua ahli keluarga petugas untuk melawat di lapangan pada hari raya atau pun hari biasa," katanya.

Fazil menegaskan, polis tidak berkompromi sekiranya berlaku sebarang pelanggaran SOP PKP dan akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja termasuk anggotanya yang melakukan kesalahan.

Khamis lalu, tular di media sosial gambar seorang wanita bersama tiga anak menziarahi suami yang juga anggota polis di sekatan jalan raya di Persiaran Selatan arah keluar Putrajaya ke Dengkil. (BH)

Turki Kembangkan Roket Mini Domestik. Kenderaan Udara &Darat X Pemandu.

 


1. Syarikat Pertahanan Teknologi Troy telah mengembangkan roket mini 40 milimeter untuk UAV mini dan mikro.
16.05.2021 ~ 16.05.2021


Dengan kerja yang dilakukan dalam industri pertahanan Turki, roket mini domestik dan nasional, yang dapat digunakan dalam kenderaan udara tanpa pemandu mini dan mikro (UAV) dan kenderaan darat tanpa pemandu (AKA), telah dikembangkan.

Syarikat Pertahanan Teknologi Troy telah mengembangkan roket mini 40 milimeter untuk UAV mini dan mikro.

Roket mini, yang berada dalam had muatan yang dapat dibawa oleh sayap putar atau tetap, ketinggian rendah, mini atau mikro UAV, mempunyai infrastruktur yang sesuai untuk kegunaan serba guna.

Mencapai jarak maksimum 2 kilometer, roket mini dapat disatukan dengan hingga 6 UAV mini.

Tujuan utama sistem ini adalah untuk menentukan elemen ancaman dari jarak tertentu dengan cara terkawal atau untuk meneutralkan sasaran yang ditentukan sebelumnya tanpa mengirim personel ke zon bahaya. 


2. Bayraktar Akıncı berlepas bersama satu peluru MAM-C, satu peluru MAM-L dan satu peluru pintar MAM-T.  

23.04.2021 ~ 13.05.2021


Kenderaan Udara Tanpa pemandu penyerang Bayraktar Akıncı (TİHA), yang dikembangkan secara tempatan dan nasional, dalam ujian tembakan pertama, ia berjaya memusnahkan sasarannya dengan peluru pintar yang dikembangkan secara nasional.


Bayraktar Akıncı, pesawat serangan tanpa pemandu pertama Turki yang telah berjaya melakukan banyak ujian sebelum ini, untuk ujian tembakan pertama ia berlepas bersama satu peluru MAM-C, satu peluru MAM-L yang dibangunkan secara nasional dan satu peluru pintar MAM-T yang kali pertama digunakan.

Semasa ujian yang dijalankan oleh Pemimpin Teknologi Baykar Selçuk Bayraktar dari Pusat Latihan dan Ujian Penerbangan Akıncı di Çorlu, semua 3 peluru ujian yang dihantar dari Akıncı TİHA dengan sasaran laser berjaya mencapai sasaran dengan serangan langsung.

Uji tembakan pertama Bayraktar Akıncı TİHA juga, adalah yang pertama dari segi peluru yang dikembangkan. MAM-T, ahli baharu keluarga MAM (Mini Intelligent Ammunition), yang dikembangkan secara nasional oleh Roketsan, digunakan untuk kali pertama dalam ujian ini.

MAM-T pada UAV dapat digunakan terhadap kenderaan berperisai dan tidak bersenjata, sasaran bangunan dan permukaan air, dengan jarak 30 kilometer atau lebih. 

(IH)

PM M'sia, HAMAS Ismail Haniyya, Saudi &AS.Biden.

 

Foto dirakamkan 24 Januari 2020 menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalam dengan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyya. - Foto ihsan Twitter Muhyiddin Yassin

1. PM terima panggilan Ismail Haniyya

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam menerima panggilan telefon daripada Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyya, yang berada di Semenanjung Gaza bagi memaklumkan situasi semasa di Palestin, terutamanya di Gaza.

Dalam perkongsiannya hari ini, Perdana Menteri menjelaskan amat terkesan mendengar perkhabaran berhubung keadaan masyarakat Islam di Palestin, khususnya Semenanjung Gaza yang amat menyedihkan serta menyayat hati.

"Saya menzahirkan ucapan takziah dan dukacita bagi pihak seluruh rakyat Malaysia atas kehilangan nyawa serta kecederaan yang dialami rakyat Palestin akibat serangan ganas rejim Israel.

"Saya turut menegaskan pendirian serta usaha-usaha yang sudah dan sedang diambil Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin tatkala menghadapi detik yang sukar ini," katanya menerusi Twitter beliau hari ini.

Beliau juga menyatakan komitmen Malaysia dalam mencari jalan untuk menghulurkan bantuan sewajarnya bagi membantu meringankan kesukaran rakyat Palestin.

"Saya juga berkongsi keprihatinan dan inisiatif yang dilakukan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang kini giat menganjurkan bantuan kemanusiaan serta bersolidariti penuh ke atas perjuangan rakyat Palestin pada waktu yang mencabar ini.

"Beliau sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penderitaan rakyat Palestin dan berterima kasih atas bantuan berterusan yang telah diberikan," katanya.


2. Sokong Israel, Muslim Boikot Perayaan Idul Fitri Biden.

Organisasi bukan kerajaan (NGO) Muslim Amerika memutuskan untuk memboikot program perayaan Eid al-Fitr yang akan dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, yang membuat kenyataan pro-Israel terhadap keganasan Israel terhadap Palestin.

Lebih daripada 30 NGO Muslim seperti Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), Muslim Amerika untuk Palestin (AMP) dan Komuniti Islam Amerika Utara (ICNA) telah mengeluarkan kenyataan.

Dalam pernyataan itu, dinyatakan bahawa NGO Muslim memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam perayaan percutian dalam talian yang akan dianjurkan oleh pentadbiran Biden untuk masyarakat Islam kerana "Israel berpuas hati dengan membuat kenyataan pro-Israel dalam menghadapi tekanan dan keganasan yang menimpa rakyat Palestin ".

Dalam kenyataan itu,

"Kami menganggap pernyataan Presiden Biden baru-baru ini oleh Jurucakap Rumah Putih Jen Psaki dan Jurucakap Kementerian Luar Negeri Ned Priceadalah buruk dan jenayah yang terlibat dalam penindasan rakyat Palestin. Bukan hanya mengabaikan serangannya terhadap orang-orang Islam, tetapi juga pengusiran di Masjid al-Aqsa dan Jiran Syeikh Cerrah, dan pengepungan Gaza, yang telah mengorbankan ratusan nyawa, ia juga berani menyalahkan mangsa kepada rakyat Palestin. " pernyataan disertakan.

Kenyataan itu mengatakan, "Kita tidak dapat merayakan percutian dengan Presiden yang membenarkan pembunuhan saudara kita di Palestin. Kami tidak akan membenarkan Rumah Putih menggunakan perayaan percutian suci kami untuk keuntungan politik dengan mengorbankan rakyat Palestin. Kami menggesa umat Islam di Palestin, AS dan seluruh dunia memboikot acara Rumah Putih ini.''


3. Arab Saudi bawa isu Israel-Palestin ke PBB

NEW YORK: Arab Saudi menyelaras delegasi negara Arab ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi membincangkan usaha menangani kemelut Israel-Palestin.

Wakil tetap Arab Saudi ke PBB, Abdallah Al-Mouallami, bertemu dengan wakil tetap China ke PBB, yang juga Presiden Majlis Keselamatan PBB (UNSC) bulan ini, bagi membincangkan perkara itu.

Ia antara usaha Arab Saudi memimpin negara Arab lain memberi maklumat kepada UNSC mengenai serangan Israel terhadap rakyat Palestin, supaya masyarakat antarabangsa dapat menunaikan tanggungjawab melindungi orang awam.

Mesyuarat turut dihadiri Faisal Al-Haqbani, iaitu pegawai jawatankuasa politik khas delegasi tetap Arab Saudi ke PBB.

Al-Mouallami turut bertemu dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Volkan Bozkır, dalam usaha Arab Saudi memimpin gerakan negara Islam untuk Palestin.

Pertemuan Kumpulan Islam dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB itu bertujuan untuk menjelaskan mengenai serangan Israel baru-baru ini termasuk menggesa masyarakat antarabangsa melindungi orang awam.

Arab Saudi selalu mendahului sokongan kepada perjuangan Palestin di PBB, sebelum masyarakat antarabangsa berbuat demikian.

Kelmarin, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan, bercakap dengan Menteri Luar Palestin, Riyad Al-Maliki, menerusi panggilan telefon.

Dalam perbualan itu, beliau menegaskan pihaknya mengutuk amalan haram yang dilakukan pihak berkuasa Israel dan perlu tindakan segera untuk menghentikan pencabulan undang-undang dan nilai kemanusiaan antarabangsa.

Susulan permintaan Arab Saudi, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) turut mengadakan mesyuarat tergempar hari ini bagi membincang keadaan di Baitulmaqdis dan Gaza

Mesyuarat antara menteri luar negara anggota OIC itu juga bermatlamat menangani serangan berterusan oleh Israel di wilayah Palestin. - AGENSI

(IH)

Walau berpakaian sopan suami-isteri, tapi bercium publisiti.. &DAP??

 

Aksi cium Neelofa, ramai meluat tengok.

Cium aksi Neelofa Ramai meluat tengok. Nama Neelofa memang hangat menjadi bualan. Sejak kahwin, ada sahaja kontroversi yang melanda dirinya. 

Bermula dengan majlis pernikahan yang melanggar SOP, bulan madu di Langkawi sehinggalah beli karpet RM10 ribu di Nilai.Ramai nampaknya yang menyampah dan menyifatakan selebriti ini sebagai orang ‘kayangan’ yang sesuka hati sahaja melanggar undang-undang.

Sempena raya, macam pasangan yang lain juga, Neelofa ada memuat naik gambarnya bercium dengan suami. Bila jengah di ruangan komen, penuh pula komen netizen yang kurang senang dengan gambar tersebut.

Kata mereka, imej muslimah seperti itu sepatutnya tak perlulah nak tayang bermesra dengan suami lebih-lebih.

Cium aksi Neelofa, Ramai yang menyampah dan meluat.

Cium : Ramai meluat tengok aksi Neelofa

Bukan itu sahaja ramai masih mengungkit kisah Neelofa ke Langkawi dan Nila semasa PKP. Malah ramai juga yang memberi peringatan supaya Neelofa duduk diam sahaja di rumah.

Apa pun pendapat masing-masing. Yang menyampah akan terus mencari salah. Yang memuja akan terus menyanjungi pasangan ini. Begitulah. Anda yang mana satu? (MYKMU.NET)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada 3 perkara perlu diberi perhatian dalam kes di atas: 

(i) Bermula dengan majlis pernikahan yang melanggar SOP, bulan madu di Langkawi sehinggalah beli karpet RM10 ribu di Nilai, seolah-olah sebagai orang ‘kayangan’ yang sesuka hati sahaja melanggar undang-undang negara.

(ii) Walau berpakaian sopan suami-isteri, tapi bercium 'buat publisiti murah' adakah wajar? Seperti juga pemimpin sebuah parti politik bukan Islam 'berpelukan jantan-betina', Melayu (kononnya)+Melayu, menari bukan muhrim tanpa menghiraukan hukum agama....

(iii) Pihak berwajib, pantau-pantau lah...

Bangkit secara proaktif dukung Palestin -Duta Khas PM M'sia

 

Penunjuk perasaan menyertai bantahan terhadap Israel di Hermannplatz, Berlin, hari ini. - Foto AFP

1. Bangkit  secara proaktif dukung Palestin  -Duta Khas PM M'sia.

Kerajaan Islam perlu dukung perjuangan Palestin

KUALA LUMPUR: Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap kerajaan Islam seluruh dunia, bangkit secara proaktif mendukung perjuangan Palestin, dalam mempertahan kedaulatannya dan menentang rejim Zionis Israel.

Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, masyarakat Muslim dunia sepatutnya bersama-sama mendukung kebangkitan rakyat Palestin yang sudah bersatu, bukan sahaja di seluruh bumi Palestin, malah di Israel.

"Orang Arab Palestin daripada Muslim dan Kristian sama-sama bangkit. Kita sangat gembira kerana rakyat Arab di sekeliling Palestin mendukung dengan semangat yang kuat.

"Zionis Israel telah tersilap langkah seperti mengusik sarang tebuan dengan menceroboh kawasan Sheikh Jarrah, menghalau penduduk Palestin dari rumah mereka untuk didiami pendatang Yahudi serta menceroboh Masjid Al-Aqsa," katanya.

Orang ramai mengibar bendera Palestin dalam demonstrasi menyokong perjuangan Palestin di pusat bandar Brussels, hari ini. - Foto AFP

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk Pembebasan Palestin: Perjuangan Tanpa Noktah pada Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine secara dalam talian malam ini yang turut disertai Imam Besar Masjid Al-Aqsa, Dr Sheikh Ekrima Said Sabri.

Kempen itu, yang digerakkan Sekretariat #Aid4Palestine di bawah Pejabat Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, hasil kerjasama lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyasarkan kutipan dana sebanyak RM1 juta yang akan disalurkan terus ke Palestin.

Sumbangan secara pendanaan awam itu boleh disalurkan melalui NGO Muslim Care Malaysia (Maybank: 5644-9021-1159), Tabung Palestin-Amal Malaysia (Bank Islam: 13053010006474) dan Cakna Palestin (Maybank: 5530-3803-3881).

Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel kali ini ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa sejak 7 Mei lalu, diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin lalu, sehingga kini, dilaporkan lebih 119 rakyat Palestin terkorban, manakala beratus-ratus lagi cedera.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, dalam kenyataan, mewajibkan semua peringkat parti PAS menggerakkan usaha mengutip sumbangan untuk dana itu.

Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin juga, beliau berkata parti itu turut mewajibkan setiap premis milik PAS untuk menaikkan bendera Palestin, selain menggalakkan premis lain berbuat demikian. – BERNAMA

Penceroboh Israel di atas bumbung rumah dalam kejiranan Sheikh Jarrah timur Baitulmaqdis, hari ini. - Foto AFP

2. Kami tidak akan membisu - Al Jazeera
Menara Jala dibom dalam serangan udara tentera Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas the Palestinian Hamas movement, on May 15, 2021. Tingkat 13 bangunan itu menempatkan biro stesen televisyen Al-Jazeera dan agensi berita Associated Press. - Foto AFP

DOHA: Al Jazeera tidak akan tunduk terhadap tekanan, selepas serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza yang memusnahkan bangunan pejabat agensi berita berkenaan dan The Associated Press (AP).

Ketua Biro Al Jazeera Baitulmaqdis, Walid al-Omari, berkata dalang di sebalik perang yang semakin meruncing di Gaza ketika ini, bukan sekadar ingin menyebabkan kemusnahan dan kematian di wilayah bergolak itu, sebaliknya turut bertujuan menyekat operasi media.

"Mereka nak 'diamkan' media yang menjadi saksi, merekodkan dan melaporkan kebenaran di sebalik apa yang berlaku di Gaza. Tetapi ini tidak mungkin berlaku. Ini ialah antara siri jenayah yang didalangi tentera Israel di Semenanjung Gaza," katanya menerusi siaran langsung, selepas bangunan 13 tingkat, Menara Jala di Gaza dimusnahkan.

Rakaman disiarkan Al Jazeera itu menunjukkan bangunan berkenaan menyembah bumi, selepas bedilan udara yang dilancarkan Israel, sekali gus menyaksikan kepulan habuk dan sisa runtuhan memenuhi persekitaran.

Pemilik Menara Jala, Jawad Mehdi, mendedahkan pegawai perisikan Israel sebelum itu memberi amaran kepadanya untuk memastikan bangunan terbabit dikosongkan,ejam sebelum serangan udara dilancarkan.

Wartawan Al Jazeera di Gaza, Safwat al-Kahlout, yang meluahkan kekecewaan berhubung serangan udara terbabit menerusi Twitter berkata, bangunan berkenaan menyimpan pelbagai kenangan sepanjang beliau berkhidmat di wilayah bergolak itu.

Israel mendakwa jet tempur negara berkenaan membedil sebuah bangunan yang menjadi 'sarang' menyimpan aset ketenteraan, milik pasukan risikan pejuang Hamas.

"Bangunan itu juga menempatkan cawangan media awam yang digunakan oleh Hamas sebagai pelindung mereka," katanya.

Berdasarkan perangkaan pegawai kesihatan rasmi, serangan udara dilancarkan Israel terhadap Gaza, sejak 10 Mei lalu mengorbankan 139 orang, termasuk 39 kanak-kanak dan menyebabkan lebih 1,000 lagi tercedera.

Sementara itu, di Washington, AP terkejut dan takut dengan serangan Israel yang memusnahkan bangunan menempatkan agensi berita berkenaan.

"Ini perkembangan yang membimbangkan. Petugas kami hampir maut," kata Presiden AP dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gary Pruitt.

"Selepas ini, dunia hanya mengetahui sedikit perkembangan di Gaza berikutan serangan hari ini," katanya.

Rumah Putih pula mengingatkan Israel kepentingan melindungi keselamatan media yang bebas.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Jen Psaki menulis di Twitter, "Kami sudah berhubung terus dengan pihak Israel bahawa memastikan keselamatan wartawan dan media bebas tanggungjawab paling utama". - AFP

Kepulan asap muncul selepas Menara Jala runtuh akibat serangan udara Israel di bandar Gaza yang dikawal oleh pergerakan Hamas, hari ini. - Foto AFP

Asap hitam di atas bangunan yang dibedil Israel di bandar Gaza, hari ini, manakala kiri menunjukkan roket dipintas oleh sistem pertahanan peluru berpandu Iron Dome Israel. - Foto AFP

Israel teragak-agak, takut, gentar lancar serangan darat, mengapa?

 

1. Zionis Israel takut lancar serangan darat – TG Abdul Hadi

KUALA LUMPUR: Menang kalah sesuatu perperangan bukan ditentukan melalui perperangan udara, tetapi perperangan darat, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurut beliau, kejayaan Palestin membalas serangan Zionis Israel secara bertubi-tubi dan bertali arus adalah sesuatu perkara yang baharu dalam perperangan antara pemilik tanah Palestin dan penceroboh itu.

Bahkan, serangan yang dilancarkan Palestin hanyalah serangan udara, bukan serangan darat.

Malah katanya, beliau melihat Zionis Israel teragak-agak, takut dan gentar untuk melancarkan serangan darat kemungkinan bimbang terperangkap di dalam kecanggihan senjata Palestin.

“(Kita lihat) apa yang berlaku ialah serangan udara secara bertubi-tubi dan bertali arus dan dibalas oleh Palestin. ‘Smooth’ kepada Palestin menggunakan senjata yang diberi (kepada) mereka, melancarkan serangan balas ke dalam Israel.

“(Itu) apa yang tidak dapat dibuat selama ini. Ini adalah serangan udara sahaja, yang menjadi penentu kepada peperangan menang dan kalah ialah perperangan darat. Kita menunggu perperangan darat bila (akan) berlaku.

“Kita nampak bagaimana Israel teragak-agak dan takut untuk melancarkan serangan darat, mereka takut terperangkap dengan senjata yang canggih, yang dipunyai oleh Palestin, belum lagi Iran, Turki yang ada di Syria, Lubnan, belum lagi. Yang ada di Palestin, mereka sudah tidak boleh mengatasi.

“Apa yang disebut (dimaksudkan) ialah sistem pertahanan kubah besi (iron dome) untuk melindungi Israel daripada serangan roket, ditembusi oleh serangan-serangan Palestin dengan senjata yang canggih,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Pelancaran Kempen #Aid4Palestine yang diadakan secara maya, malam ini.

Tambah Presiden PAS itu, dengan kejayaan yang diperoleh Palestin dalam menentang Zionis Israel ketika ini, kemungkinan besar akan berlaku usaha Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar dunia memujuk negara-negara Islam dan Arab menggenjat senjata.

Kononnya genjatan senjata tersebut adalah untuk berdamai, sedangkan agenda sebenar adalah untuk menyelamatkan Zionis Israel, kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

“Dengan sebab itu kemungkinan besar berlaku usaha genjatan senjata, oleh Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia (untuk) mempengaruhi negara-negara Islam, negara Arab supaya menerima genjatan senjata, tujuannya bukan untuk mendamai, untuk selamatkan Israel yang ganas.

“Usaha sedang dijalankan sekarang, kita mengharapkan supaya kemenangan itu dapat ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa, supaya kita dapat menunjukkan (bahawa) Islam adalah suatu kekuatan ummah, yang mesti ditegakkan,” katanya lagi.

Beliau di akhir ucapan menyeru rakyat Malaysia membantu mengikut kemampuan serta berdoa untuk Palestin yang sedang menentang musuh paling besar umat Islam, iaitu Zionis Israel. – HARAKAHDAILY 15/5/2021

2. MB Kedah jual kereta bantu Palestin 

Muhammad Sanusi sanggup menjual kereta Volvo miliknya untuk disalurkan kepada tabung kemanusiaan Palestin. - Foto fb Muhammad Sanusi

ALOR SETAR: Demi membantu penduduk Palestin yang sedang diserang rejim Zionis ketika ini, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup menjual kereta Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) untuk disalurkan kepada tabung kemanusiaan PAS Relief.

Muhammad Sanusi menerusi hantarannya di Facebook hari ini, berkata kereta itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.

"Kereta ini saja yang sudah selesai hutang bank. Sayang sangat kepada kereta ini, tetapi sayang lagi kepada saudara kita di Palestin.

"Sejak beli, saya membuat pembaikan, tukar alat ganti yang kurang elok dengan yang baharu, sedikit demi sedikit sampai rasa macam bawa kereta baharu, tetapi tidaklah 100 peratus macam baharu.

"Pendek kata, keadaan kereta ini terbaik, tak ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi jika bertukar tangan dalam aspek enjin, gearbox, suspension, melainkan absober boot belakang yang lembut sikit. Saya belum sempat bawa pergi baiki," katanya.

Semalam media melaporkan, jumlah kematian akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

Sejak serangan yang berlaku pada Isnin lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuk 27 kanak-kanak, manakala 580 lagi cedera dan ini disahkan Menteri Kesihatan Palestin di Gaza.

Muhammad Sanusi berkata, mereka yang berminat melakukan bidaan kereta itu boleh terus menghubunginya menerusi akaun Facebook Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, bidaan itu akan dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada jam 3 petang Selasa ini.

"Pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini dan mereka boleh membayar terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333)," katanya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails