Monday, June 21, 2021

Berjaya kuasai media maklumat akan menang

 

ALOR SETAR: Jentera penerangan khususnya media baharu digesa agar lebih bersedia dengan cabaran untuk menempuh era peperangan maklumat.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, siapa yang berjaya menguasai media maklumat, pihak berkenaan akan menang.

“Jentera media baharu khasnya perlu bersedia untuk menyerang dan menerang kepada musuh. Zaman sekarang ini adalah zaman untuk membentuk gelombang menonjolkan kebaikan Islam,” ujarnya ketika ucapan perasmian penutup Konvensyen Penerangan dan Media Baharu anjuran Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Pusat, di sini, semalam.

Katanya lagi, para nabi terdahulu juga berhadapan dengan cabaran namun mereka dibekalkan Allah dengan mukjizat yang sesuai untuk zaman berkenaan.

Menurutnya, perkara yang sangat penting pastikan jangan berlaku kebocoran maklumat kepada musuh disebabkan kealpaan sendiri.

“Jaga jangan sampai maklumat atau rahsia bocor kepada musuh. Bila kita lalai, musuh boleh masuk menceroboh.

“Seperti peperangan fizikal, musuh akan berusaha dari setiap penjuru untuk menerobos dan menceroboh untuk mendapatkan maklumat,” pesannya lagi kepada para peserta program atas talian itu.

Oleh itu tegasnya, musuh akan berusaha masuk untuk mempengaruhi jentera atau tentera dan menjadikan mereka alat menyebar dakyah musuh.

Justeru itu tindakan perlu diambil untuk memastikan jentera mempunyai cukup senjata dan peralatan untuk memasuki medan pertempuran serta peperangan.

Sungguhpun begitu kata beliau, setiap gerak kerja perlulah bersesuaian dengan hala tuju parti serta selaras dengan kehendak pemimpin dan parti.

Beliau menggalakkan agar lantik petugas sepenuh masa (full time) untuk menyelaraskan semua perkara berkaitan.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air (KASA) itu juga mengingatkan para peserta agar berstrategi apabila berhadapan dengan berita-berita fitnah yang menjadi bahan serangan musuh.

“Petugas kita juga perlu ada skill tertentu apabila berhadapan dengan komen-komen biadab serta serangan fitnah dari musuh.

“Kalau mereka biadab, kita juga terpaksa jawab dengan cara tidak beradab. Guna bahasa yang sesuai dengsn bahasa mereka.

“Lawan musuh dengan senjata yang sesuai ikut zaman dan keadaan,” jelas Tuan Ibrahim.

Malah katanya di dalam Al-Quran juga terdapat beberapa surah yang menceritakan bagaimana Allah menggunakan istilah kasar kepada golongan yang biadab.

Beliau mengajak para pendengar mengingati kembali beberapa perkara menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.

Kata Tuan Ibrahim, isu fitnah RM90 juta dimainkan musuh, sehingga berjaya melekat di pemikiran rakyat.

“Malah pada masa ini apabila PRU15 semakin hampir mereka dilihat sudah mula mengatur perancangan.

“Sekarang ini musuh menyerang individu agar reputasinya jatuh dan rakyat hilang kepercayaan terhadapnya,” ujarnya memberi ingatan.

Sehubungan itu, ujarnya dalam konteks media baharu, juga perlu ada jentera yang ditugaskan sepenuh masa untuk menjaga sempadan agar fitnah-fitnah seumpama itu tidak berjaya masuk menceroboh masuk.

Menurutnya lagi, kisah peperangan Ahzab boleh dijadikan contoh walaupun pertempuran itu secara fizikal bukannya alam maya.

“Di dalam peperangan itu diceritakan, para musuh bersatu untuk menentang Islam. Mereka datang dengan membawa pelbagai bendera.

“Tetapi apabila menyedari mereka gagal masuk ke kawasan tentera Islam kerana dikeliling parit maka mereka terus berusaha sedaya upaya di setiap sudut untuk masuk dan menyeberang,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 20/6/2021

Sunday, June 20, 2021

Misi Agama Di Bumi Dayak, mana NGO Islam?


Huu, betapa canggihnya pemanjat kelapa ini...

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 7  

Indokini: Misi Agama Di Bumi Dayak, mana NGO Islam?

PERJALANAN dengan bas dari Pontianak ke Putussibau biasa sahaja, seperti jalan-jalan kampung di Malaysia. Kadang-kadang bertemu juga jalan tar yang putus, disambung dengan jalan tanah merah. Bertolak dari kira-kira jam 3 petang, dan besok paginya jam 8 baru sampai, setelah berhenti solat di jalanan.

Jalan melintasi juga kampung-kampung Dayak dan Iban dengan rumah panjangnya. Melintasi kebiruan gunung, kehijauan rimba, sungai dan paya, yang bagiku menambah indahnya apa yang disebut ke'semulajadi'an alam ciptaaan yang Maha Pincipta. Maha Suci Allah. Maha Suci Allah. Maha Suci Allah!

Lintasan keaslian pemandangan di pinggir jalan jalan, menambah serinya perjalanan..

Aku sempat berkenalan dengan dua orang anak muda di bas itu. Rupanya kemas, bersih mempunyai sejemput janggut. Mudah tersenyum dan bercakap teratur, gaya orang terpelajar. Aku perkenalkan diri.

"Peraturan hutan (No. 41/1999), kawasan hutan milik masyarakat adat, dimasukan dalam Hutan Negara, sementara hak masyarakat adat diabaikan. Rumah panjang mereka yang sekitar 180 meter itu, terlihat ramai kerana dihuni oleh puluhan kepala keluarga, dari bayi hingga usia tua.

"Wilayah hukum adat Iban Menua Sungai Utik memiliki luas sekitar 9.5 ribu hektar dan lebih dari separuhnya, iaitu 6 ribu hektar merupakan hutan lindung adat. Sisanya adalah pemukiman, hutan produksi dan hutan cadangan." Jelas kawan kita mubaligh Kristian bermazhab Katolik itu lagi.

Masyarakat Dayak Barito beragama Islam yang dikenali sebagai suku Bakumpai di sungai Barito tempo dulu.

"Apa agama asal orang Dayak?" Aku tanya lagi.

"Masyarakat Dayak menganut agama leluhur yang diberi nama oleh Tjilik Riwut sebagai agama  Kaharingan. Sekarang, agama ini kian lama kian ditinggalkan!" Jawabnya. "Oleh itu kita kena selamatkan mereka. Bagi kami, kami ajukan agama penyelamat, agama Kristian untuk mereka.."

Untuk lanjutnya, bila ada masa, aku cari dalam Wikipedia. Antara yang ku temui sebagai tambahan maklumat, ialah...

Satu: Sejak abad ke-1 Masehi, agama Hindu mulai memasuki Kalimantan dengan penemuan peninggalan agama Hindu di Amuntai, Kalimantan Selatan, dan selanjutnya berdirilah kerajaan-kerajaan Hindu-Buddha.

Dua: Semenjak abad ke-4 masyarakat Kalimantan memasuki era sejarah yang ditandai dengan penemuan prasasti peninggalan dari Kerajaan Kutai beragama Hindu di Kalimantan Timur. Penemuan arca-arca Buddha merupakan peninggalan Kerajaan Sribangun (di Kota Bangun, Kutai Kartanegara) dan Kerajaan Wijayapura. Ini menunjukkan munculnya pengaruh hukum agama Hindu-Buddha dan asimilasi dengan budaya India. Ini menandakan kemunculan masyarakat multietnis pertama kali di Kalimantan.

Tiga: Menyebarnya agama Islam sejak abad ke-7 mencapai puncaknya di awal abad ke-16, masyarakat kerajaan-kerajaan Hindu bertukar menjadi pemeluk-pemeluk Islam menandakan kemusnahan agama Hindu dan Buddha di Kalimantan. Sejak itu mulai muncul hukum adat Melayu/Banjar yang dipengaruhi oleh sebagian hukum agama Islam (seperti budaya makanan, budaya berpakaian, budaya bersuci).

Empat: Namun umumnya masyarakat Dayak di pedalaman tetap memegang teguh pada hukum adat/kepercayaan Kaharingan. Sebahagian besar mereka yang sebelumnya beragama Kaharingan kini dikatakan memilih Kristian. Namun kurang dari 10% yang masih mempertahankan agama Kaharingan.

Lima: Agama Kaharingan sendiri telah digabungkan ke dalam kelompok agama Hindu (baca: Hindu Bali) sehingga mendapat sebutan agama Hindu Kaharingan. Namun ada pula sebahagian kecil masyarakat Dayak kini mengkonversi agamanya dari agama Kaharingan menjadi agama Buddha (Buddha versi Tionghoa).

Memang mulanya muncul kerana berlakunya perkawinan antara sukunya dengan etnis  Tionghoa  beragama Buddha. Kemudian semakin meluas disebarkan oleh para Biksu di kalangan masyarakat Dayak, misalnya terdapat pada masyarakat Dayak yang tinggal di kecamatan Halong  di Kalimantan Selatan.

Enam: Di Kalimantan Barat, agama Kristian didakwa sebagai agama orang Dayak. Tetapi hal ini tidak berlaku di propinsi lain, sebab orang Dayak juga banyak memeluk agama selain Kristen. Contohnya, ada orang Dayak beragama Kaharingan masuk Islam, namun tetap menyebut dirinya sebagai suku Dayak.

Di wilayah perkampungan Dayak masih beragama Kaharingan berlaku hukum adat Dayak, namun tidak semua. Kebanyakan kota-kota di pesisir Kalimantan dan pusat kerajaan Islam, masyarakatnya tunduk kepada hukum adat Melayu/Banjar, seperti suku-suku Melayu-Senganan, Kedayan, Banjar, Bakumpai, Kutai, Paser, Berau, Tidung, dan Bulungan. Bahkan di wilayah Dayak sangat lama berada dalam pengaruh Kristian pun, ada yang tidak berlaku hukum adat Dayak/Kaharingan.

Tujuh: Di masa kolonial, orang bumiputera Kristian dan orang Dayak Kristian di kota disamakan kedudukan dengan orang Eropah dan tunduk kepada hukum golongan Eropah. Kebelakangan ini, penyebaran agama Nasrani (Kristian) mampu menjangkau daerah Dayak jauh di pedalaman, sehingga dianut dan didakwa sebagai agama orang Dayak.

Lapan: Melihat sejarah awal pulau Borneo orang-orang dari Sriwijaya dan orang Melayu yang mula hijrah ke Kalimantan. Etnis Tionghoa Hui  Muslim  Hanafi menetap di Sambas sejak tahun 1407, kerana pada masa Dinasti Ming, bandar Sambas menjadi pelabuhan transit pada jalur perjalanan dari Champa  ke Maynila, Kiu kieng (Palembang) mahupun ke Majapahit. Banyak penjabat Dinasti Ming adalah orang Hui Muslim yang memiliki pengetahuan bahasa-bahasa asing misalnya bahasa Arab.

Dilaporkan, pedagang-pedagang Tionghoa masa Dinasti Ming berkunjung ke Banjarmasin awal abad ke-16 sangat khawatir mengenai aksi 'potong kepala', yang dilakukan orang Biaju saat mereka sedang tertidur di atas kapal. Agamawan Nasrani dan penjelajah Eropah yang tidak menetap, telah datang di Kalimantan pada abad ke-14 dan semakin menonjol di awal abad ke-17 dengan kedatangan para pedagang Eropah.

Sembilan: Usaha penyebaran agama Nasrani selalu gagal, kerana pada masa itu masyarakat Dayak amat memegang teguh kepercayaan leluhur (Kaharingan) dan merasa curiga kepada orang asing. Sering juga orang-orang asing dijumpai terbunuh. Penduduk pesisir juga sangat sensitif terhadap orang asing kerana takut terhadap serangan lanun dan kerajaan asing luar pulau yang hendak menjajah mereka.

Penghancuran keraton Banjar di Kuin tahun 1612 oleh VOC Belanda, serangan Mataram atas Sukadana tahun 1622 dan potensi serangan Makassar sangat mempengaruhi kerajaan-kerajaan di Kalimantan. Sekitar tahun 1787, Belanda memperoleh sebahagian besar Kalimantan dari Kesultanan Banjar dan Banten.

Sepuluh: Sekitar tahun 1835 barulah misionaris Kristian mulai beraksi secara bebas di wilayah-wilayah pemerintahan Hindia Belanda yang berdekatan dengan negara Kesultanan Banjar. Pada tanggal 26 Juni 1835, Barnstein, penginjil pertama Kalimantan tiba di Banjarmasin dan mulai menyebarkan agama Kristen. Dikatakan juga pemerintah lokal Hindia Belanda cuba merintangi usahausaha misionaris tersebut.

Kira-kira 8 pagi bas kami sampai di Putussibau. Sempat aku jalan-jalan dan rihat-rihat dipekan kecil itu, sementara menunggu untuk naik bas lain pula menuju ke Badau kira-kira jam 10.30 sebentar lagi.

Bersambung, insya Allah.



Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

26 Feb 2012
Pontianak, Ind.



Al-hamdulillah, terdapat 11 comments yang bernas dan menark. Antaranya.

Anonymous said...

Assalam

Sdr menyelami masyarakat Iban di Borneo yang didekati secara agresif oleh mubaligh kristian. Tapi cuba cerminkan diri kita berkenaan orang Iban di Sarawak dan sabah. adakah orang Islam Iban/Dayak ini dibantu dengan secara intensif oleh MAISarawak, MAISabah dan NGO islam yang lain. Realitinya orang politik Islam Sabah Sarawak semakin kaya tapi rakyat marhaen semakin miskin.

Ibnu Hasyim said...

T.kasih kata kamu. Itulah masalah kita sekarang.

ahmad irfan said...

Itu salah BN. BN berkuasa di sana, tapi tapi tak bela Islam. Bela perut mereka saja.

Jangan undi BN lagi, walapun di Malaysia barat..

Anonymous said...

Assalamualaikum Saudara,

Saya Berasal Dari Sarawak,

Saudara Jangan Bimbang, Kini Di Sarawak Mahupun Di Sabah, Islam Sedang Mula Bangkit di tanah Pelbagai Bangsa Ini.

Cuma hanya org setempat sahaja tahu namun tidak dihebohkan kerana Kepercayaan Masyarakat Dayak Amat berlainan. Apabila mereka menganuti agama islam, mereka sangat taksub kepada islam itu sendiri. Oleh itu, sesuai dengan ajaran islam, jadilah hamba yang merendah - rendah diri kerana itulah yg dimahukan islam.

Kalau saudara dari semenanjung datang ke sarawak, jangan lah saudara hairan dengan tingkah laku masyarakat bukan islam spt Dayak. Sebagai contoh, mereka memberi salam (assalamualaikum sahaja) walaupun sesama islam mahupun bukan islam. I tidak salah dari sisi islam kerana mereka tidak mengucap penuh ...warrahmatullahhiwabarakatuh). Oleh itu, jawablah salam mereka jgn menganggap mereka mempermainkan islam. Mereka berbuat sedemikian kerana sudah terbiasa dengan kehidupan masyarakat melayu sarawak.

Jika bersin pun mereka mengucap alhamdullilah, kalau berjaya alhamdullah dan kalau buat salah Astaghfirullahalazim. Maka sedikit demi sedikit pergaulan dgn masyarakat melayu sarawak akan menyebabkan mereka menganuti agama islam.

Kalao cakap pasal politik. Banyak Rakyat sarawak tolak BN oleh itu ramai yang tidak mengundi. Sebab??
Sebab mengudi pun akan menyebabkan kami ditikam di kawasan pedalaman jauh di hutan dan undi2 pun ditukar kepada BN. Anda Pun Tahu bukan penipuan di sarawak. Setiap kali pengumuman Undi, Semua kawasan di wilayah sarawak akan blackout sementara, selepas blackin tengok2 BN menang. Tak percaya? Datanglah ke sarawak ketika pilihan raya nanti. Org sarawak pun muak dah sbb benda yg sama berlaku.

Alhadulillah setakat ini sahaja. Kami ( org sarawak) ada juga menjalankan tugas. Berdakwah TAPI TAK NAMPAK. Yalah kita berdakwah scara Ikhlas takpayah nak tunjuk2. Kebanyakkan Paderi2 sarawak yang berlajar Ke Vantican City pun ramai masuk Islam.

Ingatlah Kebanyak Paderi2 Org Sarawak Berpelajaran Tinggi memberitahu bahawa Mereka Sangat Mnyesal Di Atas Perbuatan Mereka. Mereka Memberitahu bahawa Di Semnanjung Banyak Kes Murtad dan Gay dan ajaran sesat

Marilah Sama2 Kita Berganding Bahu Mengangkat Islam Semula.
Insyalallah.

ahmad irfan said...

Insya Allah, Al-hamdulillah. T.kasih tuan, itu maklumat penting!!

Sari said...

salam tuan.... blog tuan sangat menarik dan penuh dgn pelbagai info... minta jasa baik tuan masukkan link blog saya jika tidak keberatan
http://aiyangdisayang.blogspot.com
terima kasih.

Anonymous said...

ada bukti ke mubaligh kristian mengdekati org dayak secara agresif??? jangan salah paham lah..islam tidak dapat mengugat iman km..tq

Gelayan Bryan said...

Excuse me, you are bullshit. I am an Iban, my Great Grandfather is Dayak Warrior, a long time ago. Most of us is Christian. 97% of Dayak in this world is Christian. Sorry la, I can't believe that people like you ever exist in this world. Hahah.. Madura.. jangan perasan la.. we are now educated.. do not worry, we won't kill you madafaka

Anonymous said...

si ibnu nie selalu buat lawak..hahah...kamu tengok lh..nanti....sya tak mau koleksi datuk saya bertambah di ruai rumah panjang..tambanan pula sudah lama....ilang dan nyabor tak digunakan..hahah...

Anonymous said...

pembulak besar mun 97% dayak kristen.

menipu jak keja sidak dayak tok.
dh lah pendatang dari kalimantan

Anonymous said...

Aok la.. sidak bulak jak madah org dayak 97% kristian.. mun educated sikda bulak cam tok

3,2000 pemandu teksi menganggur. Merayu RM500?

 


PETALING JAYA: Kira -kira 32000 pemandu teksi di negara ini atau 80 peratus daripada keseluruhan 40,000 golongan tersebut kini menganggur dan mengharapkan bantuan kerajaan ekoran tidak dapat beroperasi akibat daripada pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

Pada masa yang sama, hampir 12,000 pemandu serta pengusaha teksi kini berhadapan dengan tindakan disenarai hitam kerana tidak mampu menjelaskan bayaran ansuran sewaan kende­raan mereka.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain berkata, pemandu teksi merayu diberikan elaun sara hidup RM500 sehingga berakhirnya wabak Covid -19 bagi mengurangkan beban kos sara hidup mereka.

Menurut beliau, pihaknya telah beberapa kali mengemukakan rayuan tersebut tetapi tidak diendahkan.

“Bantuan one off RM500 yang diberikan terdahulu, berapa hari sangat lah bertahan sedangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dah masuk dua tahun.
“Itu belum lagi dengan isu pemandu kami yang langsung tidak menerima wang bantuan tersebut,” ujarnya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, hayat kira-kira 200 pengusaha bas ekspres kini bukan lagi tenat tetapi ibarat sudah ‘mati’ selepas kerajaan mengumumkan sekatan pergerakan penuh bermula awal bulan ini, sebagai lanjutan kepada larangan rentas negeri yang bermula sejak 18 Mac tahun lalu.

Kamarudin berkata, kerajaan sepatutnya lebih peka dengan nasib pemain industri seperti bas ekspres, bas sekolah, pemandu teksi dan pemandu limousin sebagai nadi penggerak negara.

“Bayangkan jika industri ini pupus, apakah akan terjadi apabila ekonomi dunia kembali pulih dan sektor pelancongan dibuka semula.
“Sepatutnya dalam keadaan hari ini, kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan membela nasib kami, namun malangnya sehingga ke hari ini tiada usaha-usaha yang konkrit diambil bagi menjaga kebajikan kami apatah lagi tanggungan kami,” katanya lagi.

Menurut Kamaruddin, GTSM telah berkali-kali memanjangkan isu berkenaan, namun malangnya suara mereka sebagai pemain industri pengangkutan dan perkhidmatan awam tidak mendapat perhatian sewajarnya.

“Sekalipun ketika ini kami dibenarkan beroperasi tetapi tidak ada penumpang kerana penumpang kami tertakluk di bawah PKP termasuk diminta duduk di rumah serta tidak boleh merentas daerah dan negeri.
“Kami tidak faham kenapa kerajaan boleh dikatakan seper­ti tidak mengendahkan nasib kami. Jangan anggap memberi kebenaran beroperasi itu bermakna masalah kami sudah selesai,” katanya. -UTUSAN

Covid-19: Kisah Rasul jalan-jalan di kebun kurma..

 

Bertanya kepada pakar

PADA suatu hari Rasulullah SAW berjalan-jalan di kawasan kebun kurma dan melihat para pekebun melakukan langkah pendebungaan (merenjis debunga tamar), lalu Baginda SAW bersabda:

لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا لَصَلُحَ.

“Sekiranya mereka tidak melakukannya, kurma itu akan (tetap) baik.”

Tiba-tiba pokok tamar tidak mengeluarkan buah yang lebat dan subur. Lalu, mereka mengadu kepada Rasulullah SAW berkenaan hasil yang tidak memuaskan. Maka, Baginda SAW bersabda:

‌أَنْتُمْ ‌أَعْلَمُ ‌بِأَمْرِ ‌دُنْيَاكُمْ.

“Kalian lebih mengetahui berkenaan urusan dunia kalian.” (Riwayat Muslim 2363)

Hadis ini menjadi pengajaran dalam urusan keduniaan, khususnya dalam urusan negara dan rakyat yang sangat besar amanahnya. Justeru, segala keputusan yang diambil hendaklah dirujuk kepada mereka yang ahli dan berkepakaran dalam lapangan masing-masing.  

Maka, dalam menghadapi wabak pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia, keputusan yang dilakukan hendaklah dirujuk kepada kalangan yang pakar dalam mengawal wabak dan segala aspek yang berkaitan dengannya.

Keputusan yang diambil sekali-kali tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana kalangan yang hanya melihat kepentingan golongan dan pihak tertentu, tanpa melihat kepada perkara asas dalam menghadapi wabak yang belum selesai ini.

Rasulullah SAW telah menunjukkan suatu panduan dalam menghadapi keadaan wabak, yang dilaksanakan oleh para khalifah selepasnya secara selamat.

Saya percaya bahawa Majlis Raja-Raja yang bersidang baru-baru ini telah mendengar taklimat daripada semua pihak yang terlibat dengan tugas menghadapi wabak tersebut, dan telah mengambil maklum berkenaan segala kesan sampingan yang menganggu kehidupan rakyat seluruhnya.

Didoakan agar Allah SWT selamatkan negara kita.   

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 7 Zulqa‘dah 1442 / 18 Jun 2021 – HARAKAHDAILY 18/6/2021

Sedikit maklumat komen tambahan..

1 comment:

Anonymous said...

Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.

RM5.25 juta lagi. Itu istimewanya Agama &Zakat. Al-hamdulillah.

 

Bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

MUIP sedia RM5.25 juta untuk 19,405 pemohon BPZ

KUANTAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah meluluskan permohonan Bantuan Prihatin Zakat (BPZ) sebanyak RM5.25 juta kepada 19,405 pemohon yang layak.

Bantuan sekali bayar yang kali pertama diperkenalkan itu memberi peluang kepada individu yang layak menerima antara RM200 hingga RM300.

Ketua Unit Pembiayaan Zakat MUIP, Mohd Nasrul Hakim Mat Daut, berkata MUIP membuka permohonan BPZ selama dua minggu (8Jun hingga 14 Jun) sebelum ini dan permohonan diterima begitu menggalakkan.

Katanya, disebabkan masih ramai lagi mereka yang tidak sempat membuat permohonan secara dalam talian, MUIP mengambil keputusan untuk melanjutkan tarikh tutup permohonan hingga 28 Jun ini.

"Skim kali pertama diperkenalkan ini adalah bukti keprihatinan MUIP kepada golongan terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan memerlukan bantuan.

"Ia diharap dapat meringankan beban yang ditanggung terutama bagi mereka yang tidak dapat bekerja kerana ditamatkan perkhidmatan termasuk peraturan melarang melakukan kerja di sektor tertentu," katanya dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, antara syarat permohonan BPZ ialah beragama Islam, rakyat Malaysia, berumur 21 tahun ke atas, pemastautin, bukan penjawat awam dan tiada pendapatan tetap.

Mohd Nasrul Hakim berkata, MUIP berharap mereka yang layak dapat merebut peluang kedua disediakan sebelum tarikh tutup pada 28 Jun ini.

"Saya berharap lebih ramai individu yang layak di negeri ini tidak melepaskan peluang ditawarkan, bayaran akan dibuat terus ke akaun pemohon yang diluluskan dalam masa terdekat.

"Urusan permohonan adalah dalam talian dengan melayari https://easnaf.muip.gov.my atau hubungi talian: 011-3016 3882 (WhatsApp)," katanya. (IH)

Parlimen sidang 3 bulan lagi, mengapa tidak 3 minggu atau 3 hari?

 

Pandangan futuristik PAS merealiti kedatangan masa

YB DATO’ Takiyuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari parti PAS menyatakan Parlimen akan bersidang bulan September. Maknanya lagi 3 bulan. Kenyataan itu keluar setelah YDPA menitahkan agar diadakan ‘secepat mungkin’ tanpa menetapkan tarikh tertentu.

Ada orang marah-marahkan PN dan PAS kerana bagi mereka 3 bulan itu tidak cukup segera. Saya bukanlah hendak ‘back up’ sesiapa. Sejujurnya, saya sendiri tertanya kenapa perlu tunggu 3 bulan? Kenapa tidak lagi 3 minggu atau 3 hari?

Ataupun, buat sahaja sebagaimana satu ucapan popular oleh seorang bakal PM, ‘Hari ini kita menang, esok saya isytihar harga minyak turun!’ Alangkah bagusnya jika ‘hari ini YDPA umum, esok Parlimen buka!’

Apapun, ini bukanlah kali pertama orang marah dengan tindak-tanduk PAS. Sememangnya tindak-tanduk politik PAS sangat ‘unconventional’. Lain daripada yang lain. Saya masih ingat semasa PAS bergaduh dengan DAP sehingga menghancurkan Pakatan Rakyat (PR) suatu masa dahulu sekitar tahun 2013-2015 dahulu.

Waktu itu, ramai kawan-kawan saya cukup marah dengan PAS. Teruk PAS kena hentam. Hari ini, jelas. Jika PAS kekal bersama DAP dan PKR, nasibnya sama seperti PAN yang sudah jadi ‘hidup segan, mati tak mahu’. 

Seni politik PAS memang ‘pelik’. Setelah PR terbubar pada 2015, PAS buat satu lagi gerakan politik yang sangat ‘unconventional’ dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 2018. PAS memilih untuk bersendirian (bersama parti-parti kecil dalam Gagasan Sejahtera).

Ada yang herdik ‘pak lebai tak bijak politik’. Bila dikatakan, ‘PAS bukan gila kuasa. PAS lebih utamakan redha Allah berbanding kuasa’. Maka, lagi teruk PAS disindir dan ditertawakan.

Ramai yang jangka PAS akan kalah teruk. Saya masih ingat ada seorang pengulas politik yang kemudiannya menyertai PH mengatakan PAS akan jadi ‘parti dinosaur’, parti yang akan pupus dan dilupakan orang.

Sejujurnya, saya sendiri ‘cuak’ juga waktu itu. Kasihan mengenangkan nasib PAS bila berjuang bersendirian. Namun, selepas PRU 2018, PAS menang bergaya di 18 kerusi Parlimen, kekal menguasai Kelantan dan berjaya pula menguasai Terengganu.

Ada satu lagi tindakan politik PAS yang bagi saya sangat ‘gila’ yang tak terjangkau oleh pemikiran ‘biasa-biasa’ saya. Seusai PRU 2018, PAS bersama dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN). Aduh… 20 tahun saya masuk PAS, 20 tahun saya diajar untuk lawan Umno, tiba-tiba nak suruh saya berkawan dengan Umno! Sesaknya dadaku!

Namun hari ini, barulah saya sedar. Jika tiada MN, tiadalah PN. Dan, jika tiada PN yang membentuk kerajaan selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan, barangkali hari ini kita masih terpaksa menonton drama perebutan kerusi PM antara DS Anwar dan Tun Mahathir. 

Cukup-cukuplah PH memerintah 22 bulan. Waktu itu, puak-puak Komunis secara terang-terangan buat himpunan mengingati parti Komunis itu, orang bukan-Islam menghina Islam dan institusi Raja di media sosial secara terbuka, dan Lim Guan Eng pula yang jadi Menteri Kewangan tersalah titik perpuluhan itu membawa naratif ‘rakyat mesti ikat perut kerana kerajaan hampir muflis’. 

Bayangkan, jika itu semua dalam keadaan pandemik COVID-19 melanda negara! Alhamdulillah, kerosakan yang dibawa oleh PH itu dapat dihentikan hasil dari tindakan ‘gila’ PAS bermuafakat dengan Umno! 

Ada lagi tindakan politik PAS yang sangat ‘unconventional’ dan bersifat ‘futuristik’. Iaitu dalam isu ‘rancangan 16 September’ yang berlaku pada 2008. Waktu itu PAS masih dalam Pakatan Rakyat. DS Anwar mahu gulingkan Kerajaan BN pimpinan Pak Lah dengan ambil sokongan MP BN dari Sabah dan Sarawak. Sama macam konsep ‘kerajaan pintu belakang’ yang PN buat.

Kumpulan yang terpekik ‘mandat rakyat!’ hari ini, kumpulan itulah juga yang cuba gulingkan kerajaan pilihan rakyat pada 2008. Namun, waktu itu, rancangan 16 September gagal kerana Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak bersetuju kerana kerajaan baru pimpinan DS Anwar itu akan menyebabkan Ahli Parlimen bukan-Islam menguasai majoriti.

Ramai betul orang marahkan Tuan Guru waktu itu. Bukan sahaja orang PKR dan DAP marah, golongan ‘jebon’ dalam PAS juga cukup marah. Tidak terkecuali, saya yang masih ‘budak hingga hingusan’ waktu itu, juga kecewa dengan Tuan Guru.

Namun, hari ini baru kita sedar. Rupanya-rupanya Kerajaan PH itulah kerajaan majoriti bukan-Islam yang Tuan Guru bimbangkan. Akhirnya Tuan Guru terbukti benar. Ternyata sekali kerajaan majoriti bukan-Islam tidak akan dapat memelihara apatah lagi memperjuangkan agenda Islam yang dibawa PAS.

Inilah tindakan politik bersifat ‘futuristik’ PAS. Seolah-olah, Tuan Guru memiliki mesin masa untuk melihat kerosakan yang dibuat PH pada 2018, dan seterusnya kembali ke 2008 untuk gagalkan ‘rancangan 16 September’ DS Anwar!

Benarlah kata almarhum Syeikh Said Ramadhan Al-Buti; 

“Fitnah (kerosakan) itu apabila ia datang, maka diketahui oleh orang alim. Dan apabila ia pergi, baru diketahui oleh setiap yang jahil.”

Aduh, jahilnya aku… Jadi, walaupun saya tidak faham kenapa Parlimen tidak dibuka sepantas ‘esok’, saya boleh sahaja berlapang dada. Apa pun, saya akui orang luar tetap marahkan Dato’ Takiyuddin, PAS dan Kerajaan PN. 

Ada yang berkata:

“PAS menunggang agama. Kan YDPA suruh segera! Dah tak jumpa Hadis taat perintah Sultan?”

“PAS sejak jadi kerajaan dah gila kuasa! Takut buat Sidang Parlimen demi kekal berkuasa”. 

Apa boleh buat… Mereka belum cukup kenal hati budi PAS. Terhadap tuduhan dan tohmahan mereka, saya hanya perlu bersabar. Doakan yang baik-baik sahaja. Mungkin Allah hendak beri pahala lebih kepada orang-orang PAS yang bersabar. 

BASRI DIN KAMAR – HARAKAHDAILY 19/6/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails