Tuesday, July 27, 2021

DAP dah kehabisan modal. Ini..

 

‘Malaysia mampu melakukan yang lebih baik’

AHLI Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyeru agar ‘Impian Malaysia’ dihidupkan semula untuk Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia. 

Tegasnya, kakistokrasi dan pencapaiannya yang sederhana tidak semestinya dan selamanya menjadi takdir bagi Malaysia. 

Menurut beliau, Malaysia menjadi tempat pertemuan empat tamadun manusia yang hebat iaitu Melayu/Islam, Cina, India dan Barat.

“Malaysia mampu melakukan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Ini kenyataan yang membuktikan sikap trdisional pemimpin DAP/PH, yang kokok saja berderai-derai tapi ekor bergelumang tahi. Waktu berkuasa 22 bulan tak buat apa, sehingga ditarik merudum.. bila tiada kuasa barulah berkokok dan menonggeng menyalak.


Lihat kenyataan 'Sidang Parlimen: C-19, S'ngor paling gagal, N9.. A...

"Selangor adalah negeri kaya PH yang paling gagal di samping Negeri Sembilan dalam mengurus COVID-19. Sebab itu Anwar seperti hilang kewarasan apabila Selangor disebut negeri paling gagal. Selangor adalah cerminan kegagalan pembangkang dalam mengurus COVID-19. Apakah mereka diharap mengurus negara? Perlu diingat, ketua jawatankuasa COVID-19 Selangor adalah Menteri Kesihatan PH..."


Kesimpulan:

1. Jadi, itu satu tanda bahawa DAP/PH sudah kehabisan modal dan bukti dalam berhujah.

2. Lihat komen-komen pembangkang dalam weblog ini.. Komen-komen yang menggambarkan pembangkang ketandusan idea dan fakta dalam berhujjah. Diangkat sebentar tadi..


23 comments:

Anonymous said...

Dah lama tak tengok SAMPAH2 PAKATAN TIADA HARAPAN bersidang didalam parlimen? Sesekali tengok dah macam majlis MONYET2 pula?

Anonymous said...

blogger ni bodo piang, dok minum ayag acag

Anonymous said...

ADUN2 Pakatan Hancing Selangor GUMA GOYANG TULUR SAHAJA? Cukup bulan amik GAJI BUTA sahaja?

Anonymous said...

Ha ha

Klau bleh kata monyet

Dlu geng parti Islam extreme geng pembangkang bertekak lawan B eNd pun sama monyet?

Anonymous said...

Selangor kini semakin PARAH, ADUN2 Pakatan Tiada Harapan tidak berbuat apa2? Cuma makan GAJI BUTA SAHAJA? CELAKA BETUL monyet2 ini?

Unknown said...

Jkom sudah mari

Unknown said...

Kerajaan gagal.. Tunggu pru 15..mohon darurat mgadap Agong.. Batal darurat senyap2. Derhaka ni... Cuba ph buat lagu tu... Bergegar seantario Malaysia

Unknown said...

Jangan pajak fikiran kpd pemimpin

Unknown said...

If anwar... Mat sabu.. Lim guan eng sokong pn.. Kerajaan gagal. Kami tolak

Unknown said...

Kita tunggulah titah YDPA.. Mahu dipanggil mgadap PM ni... Buat senyap2

Unknown said...

Ha ha ha... Yg buka kilang menteri pn... Yang tak nak kongsi data covid ke negeri menteri pn.. Yang salah selangor.. Tunggulah ye.. Amarah rakyat selangor pada pru 15 nanti. Tunggu ye katak2 politik


Sani said...

Penjilat bontot penunggang agama sudah Mali. Penyokong mokhtar senik tayang konek, penonton filem lucah kat German sewaktu org pergi mesyuarat,nak bayar takda duit, nasaruddin tantawi, ahli setia kpd ketua Dewan ulamak Perlis yg menjubur isteri Dan hanya mampu beri 300 sepanjang tempoh berkahwin. Ler ni pula. Penyokong setia kpd MP kawin on line.sebab gian cipap.
Alahai.. kesian tengok penulis.

Sani said...

Tak payah nak ngata kat orang. Kau Tu bagus sangat ker.
Rakyat tak bodoh bangang macam kau.

Sani said...

Abis tu kau punya pemimpin. Gatai kote.dok kawin on line. Lagi hina

Sani said...

Ni lah insan yg lahir Dari didikan Hadi Awang mulut celaka. Yg suka binatangkan orang.
Hasilnya manusia bodoh bangang
Penunggang agama tersohor. Suka mengafirkan orang. Dia lupa ulama dia tunjuk kote kat mak janda, yg tonton video lucah kat German takda duit nak bayar. Yg sondol jubur isteri.hanya mampu bg 300 jer sepanjang tempoh perkahwinan
Hina betul. Pastu bertopeng dgn lebai Dan jubah.perangai macam setan lahanat

Anonymous said...

Sabar...1 malaysia dah tau, walaun2 mmg bingai2 belaka..kah355x!

Anonymous said...

suma walun yg datang maki hamun fakta ke laut... bukti elekkk

masih tak berubah...!! masih suka fitnah persepsi

Anonymous said...

Selangor je ke???

Anonymous said...

Ramai tidak faham atau sengaja tak nak faham untuk terus dibuat isu.

Antara Ordinan di batalkan dengan Proklamasi batal pada 01 Ogos 2021.

Ordinan adalah undang-undang kecil yang diluluskan ketika Darurat.

Undang-undang pula yang tidak perlu di luluskan oleh Parlimen seperti Akta or an Act of Parlimen.

Proklamasi Darurat ialah YDPA mengistiharkan Negara berada didalam keadaan Darurat.

Setakat ini darurat akan berlangsung sehingga 01 Ogos 2021 dan kerajaan putuskan untuk tidak nasihat YDPA bagi menyambungnya.

UMNO duduk di bahagian kerajaan: Keadaan itu menyebabkan para pemimpin parti itu terutama Datuk Seri Najib Tun Razak atau lebih dikenali dengan panggilan Bossku dikecam oleh pihak pembangkang dan dicap sebagai jaguh Facebook.

Bossku cuma diam tidak terkinja kinja macam beruk mak yeh Kalit Samat dan gang Jelutong. Bossku kata tunggu hari Rabu..

UMNO tidak tahu Ordinan Darurat telah ditamatkan pada 21 Julai dan kerajaan tidaknakan nasihat YDPA untuk sambung Proklamasi Darurat tidak akan disambung selepas tamat pada 1 Ogos.

Ini berlaku kerana kerajaan hari ini bukan berasaskan kepada sokongan parti, tetapi lebih kepada sokongan ahli parlimen.

UMNO sendiri sudah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, sebaik parlimen dibubar.

Tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan para pemimpin lantikannya memusuhi Muhyiddin, menyebabkan tidak semua keputusan kerajaan dimaklumkan kepada presiden. Ini bukan bermakna mereka mengkhianati parti, tetapi menjaga integriti dan keterangkulan di dalam kabinet.

Pembangkang hanya pandai bercakap. Hari pertama jelas membuktikan bahawa pembangkang yang ada hari ini memang hanya pandai bercakap tetapi gagal apabila diberi tanggungjawab menguruskan negara.

Pemimpin pembangkang seperti Muhamad Sabu, Lim Guan Eng dan ramai lagi telah diberi peluang memerintah negara selama 22 bulan. Bagaimanapun telah gagal dengan teruk sekali kerana terlampau bernafsu dan ghairah untuk melakukan perubahan dalam masa singkat demi memenuhi janji-janji kepada golongan minoriti sehingga merampas apa yang selama ini menjadi hak majoriti.

Segala urusan yang membabitkan orang Melayu dan penganut agama Islam mahu diganggu dan dicabut keistimewaan atas asas keadilan kepada semua. Akhirnya mereka dicabut dari pentadbiran negara dan dicampak keluar.

Ketika Perdana Menteri membaca surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada mangsa Covid-19 tidak dipedulikan.

Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mengekalkan tarikan ketika berpidato dengan walaupun hakikatnya hanya cakap kosong semata-mata.

Malah Azmin mencabar Anwar supaya bercakap dengan fakta dan bukti yang sahih bukan fitnah persepsi. Biasa lah fitnah persepsi ini kerja Anwar dan Tun Mahathir. Bila kedua dua walaun ini tiada nanti insyallah Melayu Islam akan bertaut semula.

Akhirnya pemimpin pembangkang terperangkap atau checkmate ketika Muhyiddin diam dan tenang dalam keributan.

Anonymous said...

Skrg ni, ko sendiri paham undang2 dan perlembagaan ke tidak?

Anonymous said...

Kedah negeri test drive mcamana?

Anonymous said...

Selangor dari hari pertama lagi telah menjadi EPICENTER kepada penyebaran coronavirus dinegara ini? Tapi MONYET2 DFUCK dan PGayR mereka tak pernah berbuat apa2 pun?

CELAKA BETUL MONYET2 ni MAKAN GAJI BUTA SAHAJA?

Anonymous said...

Bukan tak faham.

Tapi mereka and the geng amat sombong dan hina.

Jawapan yg mudah ditanya. Tapi meteri dgn sombong, hina mempermainkan ahli dewan melewatkannya. Malah menghina rakyat juga yg tertunggu jawapan.

Mereka2 ini tak pernah memdapat kuasa dan kemewahan. Zaman be end penipu dlu pun tak seteruk ni.

Skrng zaman gabungan penipu/pelompat/geng parti Islam extreme ni lagi dahsat. Mmg hina bila jatuh nanti.

Sidang Parlimen: C-19, S'ngor paling gagal, N9.. Anwar seperti hilang kewarasan

 

Sidang Parlimen perlihat watak sebenar pembangkang

APA yang dijadikan modal perjuangan oleh pembangkang telah berlaku semalam. Persidangan Parlimen. Angkuh, samseng, biadab dan penipu adalah label yang boleh diberi kepada pembangkang semalam. Apa yang mereka mahukan ialah undian bagi menjatuhkan kerajaan yang sedang bertungkus lumus berjuang untuk menyelamatkan kerajaan dari COVID-19.

Ketika beberapa pemimpin pembangkang diberi ruang menyatakan pandangan berkaitan usul yang dibawa oleh DAP Bruas dan Ketua Pembangkang, penyokong kerajaan hanya mendengar dengan tertib. Namun giliran pihak kerajaan langsung tidak diberi ruang. Gangguan di luar batasan akhlak dan kematangan sebagai pemimpin nyata terserlah. Ramai yang menyifatkan persidangan semalam ialah aksi dari zoo yang ditonjolkan pembangkang.

Antara isu yang menjadi asas oleh pembangkang ialah berkaitan Darurat. Mereka sangat bimbang Darurat disambung. Dalam masa yang sama mereka juga sangat bimbang pilihan raya dilaksanakan. Mereka hanya mahu perubahan kerajaan secara menjatuhkan Perdana Menteri sebagaimana modus operandi di Perak menukar Menteri Besar. Jatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan akan berubah seperti dilakukan oleh Tun Mahathir.

Perancangan pembangkang ternyata gagal apabila Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan menjelaskan bahawa Darurat tidak akan disambung dan kerajaan telah membuat keputusan pada 21 Julai lalu. Kenyataan ini membuatkan pembangkang hilang halatuju. Ada suara yang menyahut ‘kita menang’ dan ada yang menyahut ‘kenapa tak bagi tahu awal’. Suara itu ternyata dari pengikut yang hanya mendapat taklimat tanpa dijelaskan operasi sebenar pembangkang.

Anwar juga nampaknya terkejut namun beliau mula mempersoalkan kerajaan adakah ia telah dipersembahkan kepada YDP Agong. Seakan hilang rentak, Anwar mula berpusing-pusing dengan autanya. Akhirnya selepas sidang, pembangkang nampaknya bersetuju menggunakan hujah Kor Meng kononnya semua saman selepas 21 Julai tidak lagi valid. Saya rasa tak perlu diperjelaskan lagi kekeliruan yang ditimbulkan Kor Meng kerana ia timbul dari kekeliruan beliau sendiri.

Umum mengetahui bahawa Darurat ini hanya sehingga 1 Ogos. Kerajaan membuat keputusan pada 21 Julai untuk tidak menasihatkan YDP Agong untuk menyambung Darurat. Bererti Darurat akan berakhir 31 Julai ini. Perkara yang tertangguh kerana Darurat seperti PRN Sarawak dan beberapa PRK perlu dilaksanakan. Tiada kaitan dengan saman pun kerana saman telah dilaksanakan sebelum Darurat lagi.

Apa yang jelas, rakyat seluruh negara dapat melihat watak sebenar pembangkang. Mereka hanya mahu pengundian membuktikan Perdana Menteri hilang sokongan namun mereka juga sebenarnya berpecah dan masih tiada majoriti. Angka yang mahu dipersembahkan Anwar seringkali tercicir dalam perjalanan ke Istana Negara.

Pembangkang hanya mampu berusaha mempersepsikan kononnya kerajaan gagal namun mereka gagal. Mereka juga gagal membuktikan mereka adalah alternatif kepada rakyat kerana tiada apa yang mampu meyakinkan rakyat.

Selangor adalah negeri kaya PH yang paling gagal di samping Negeri Sembilan dalam mengurus COVID-19. Sebab itu Anwar seperti hilang kewarasan apabila Selangor disebut negeri paling gagal. Selangor adalah cerminan kegagalan pembangkang dalam mengurus COVID-19. Apakah mereka diharap mengurus negara? Perlu diingat, ketua jawatankuasa COVID-19 Selangor adalah Menteri Kesihatan PH. Apa lagi modal pembangkang hari ini. Kita tunggu. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 27/7/2021

OLIMPIK: Emas pertama Malaysia hari ini?

 

KUALA LUMPUR: Bakal adakah perkhabaran gembira yang paling dinanti-nantikan sejak sekian lama rakyat Malaysia daripada gandingan penerjun sensasi negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee hari ini?

Ya, mereka berdua ini akan turun beraksi di Pusat Akuatik Tokyo pada jam 2 petang ini waktu Malaysia, dalam acara terjun platform 10 meter seirama wanita pada temasya Sukan Olimpik 2020, bagi memburu pingat emas pertama negara.

Melihat kepada status dan pengalaman yang dimiliki Pandelela dan Mun Yee, mereka berpeluang untuk sekurang-kurangnya menyumbang sebutir pingat dalam acara itu dan pastinya yang diinginkan adalah emas.

Pandelela pernah meraih beberapa kejayaan besar termasuk pingat gangsa di Olimpik London 2012, perak di Olimpik Rio 2016, emas di Piala Dunia Tokyo selain satu perak dan empat gangsa di Kejohanan Dunia manakala dua emas dua perak di Sukan Komanwel dan satu perak dua gangsa di Sukan Asia.

Mun Yee pula berjaya meraih satu perak dan dua gangsa di Kejohanan Dunia selain satu perak dan dua gangsa di temasya Komanwel, dua perak dan lima gangsa di Sukan Asia di samping berjaya meraih 17 emas di Sukan SEA sepanjang kariernya.

Semangat Mun Yee juga dilihat berada pada tahap terbaik yang mana dia sudah pasti mahu mengakhiri penampilan terakhirnya di pentas Olimpik dengan pencapaian yang paling membanggakan.

"Saya memang letakkan sasaran untuk meraih pingat dan berusaha ke arah itu bersama Pandelela. Apa yang penting ketika ini adalah fokus dan konsisten.

"Saya akan lakukan yang terbaik dengan prestasi terkini pun sudah semakin meningkat dan kini berada pada tahap optimum," katanya.

Sementara itu, Pandelela sedia melakukan yang terbaik pada penampilannya di Sukan Olimpik kali ini.

"Walaupun sebagai seorang atlet berpengalaman, saya masih berasa seperti atlet normal, masih perlu bekerja keras dan juga masih perlu melakukan yang terbaik," katanya.

Cabaran utama buat Pandelela dan Mun Yee untuk meraih pingat emas pertama negara itu dijangka hadir dari pasangan penerjun China, Zhang Jiaqi dan Chen Yuxi.

Selain itu, gandingan penerjun Kanada, Meaghan Benfeito dan Caeli Mckay serta pasangan Britain, Eden Cheng dan Lois Toulson juga dilihat antara pencabar dalam acara itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seperti biasa blog ini akan terus menyampaikan Islam atau kebenaran dan keadilan walaupun sekurang-kurangnya satu ayat. Selagi ada kemungkaran, selagi itulah perjuangan tetap akan diteruskan.

Mengenai perkara di atas, jika negara umat Islam Malaysia mahu terlaksana 'sukan menurut syariat' seperti yang berlaku di Kelantan dan Terengganu, tentukan dalam PRU 15 akan datang Ahli Parlimen PAS bertambah kerusinya! 

Jom sama-sama berdoa dan berusaha. Allah SWT merestui perjuangan kita. Kita pasti akan menang samada di dunia atau di akhirat. Allahu Akbar.

Panas Berbahaya Penyakit Jantung/Asma &makanan istimewa Ankara.

 

1. Gelombang Panas Meningkat di Utara Dunia, Berpotensi Berbahaya untuk Penyakit Jantung dan Asma

Penyelidikan saintifik mengenai pemanasan global telah menunjukkan bahawa suhu malam telah mulai meningkat di wilayah utara juga.

Menurut kajian yang diterbitkan di Lancet, salah satu jurnal sains, kenaikan suhu malam yang dicatatkan di kawasan tropika di dunia sejauh ini kini mulai menyebar ke arah utara.

Dalam kajian yang termasuk dalam Atlas Iklim Kanada, diperhatikan bahawa suhu siang hari meningkat di negara ini, dan suhu malam meningkat lebih cepat di beberapa wilayah, terutama di provinsi Ontario dan Quebec.

Dalam kajian itu,

"Malam adalah waktu ketika tubuh makhluk hidup menjadi sejuk, suhu badan seimbang. Tubuh kita tidak akan mempunyai masa untuk menyejukkan badan jika suhu malamnya tinggi. Bagi orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit jantung atau asma, misalnya , ini boleh menjadi sangat bermasalah dan berpotensi membawa maut. " penilaian dibuat.

Dalam penyelidikan terbaru oleh World Weather Attribution, sebuah masyarakat saintis, dinyatakan bahawa gelombang panas melampau di Pasifik Barat Laut yang mempengaruhi negeri-negeri barat Kanada dianggap sebagai "kejadian meteorologi yang sangat teruk" dan berlaku setiap 1000 tahun.


2. Makanan istimewa Ankara akan diperkenalkan kepada dunia

Ankara, ibu kota Turki, dengan masakan terkaya ketiga selepas Gaziantep dan Elaziğ, akan mempunyai pusat gastronomi.

Ahli gastronomi bandar akan berkumpul dan satu resipi akan dibuat untuk produk tempatan.

Makanan tempatan di kawasan ini seperti Uruş Kapama, Ankara Tava, dan makanan penutup Haside Tatlısı akan diperkenalkan kepada dunia.

Ini bertujuan agar Ankara akan menjadi contoh bagi ibu kota dunia yang lain dengan aktiviti makan dan minum yang sihat dan selamat.


(IH)

Ini Pelan Anti-Rasuah Terbaik Patut Dilaksanakan di M'sia. Buktinya..

 

Pelan Anti-Rasuah KASA wajar jadi contoh

KUALA LUMPUR: Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 seperti yang dilaksanakan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) wajar dijadikan contoh kepada semua pihak.

Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata, agenda memerangi rasuah sepatutnya dijadikan perkara utama yang perlu dititikberatkan di setiap peringkat.

Katanya agenda itu perlu menjadi keutamaan sama ada organisasi bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat, agensi dan jabatan kerajaan serta peringkat kementerian.

“Seperti mana yang saya pernah tekankan sebulan lalu perlu mencontohi Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP) 2021-2025 seperti yang dilaksanakan KASA,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Pada 24 Jun lepas KASA melancarkan Pelan Antirasuah Organisasi KASA 2021-2025 (OACP) bagi menyahut seruan kerajaan untuk menghapuskan rasuah terutama berkaitan aktiviti penguatkuasaan terhadap isu alam sekitar.

Menteri KASA Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya berharap OACP dapat dijadikan panduan penting kepada warga kerja kementerian dalam usaha membasmi rasuah.

Baru-baru ini Idris turut dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah bermula 15 Julai sehingga 14 Julai 2024 selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dan hari ini beliau menerima Surat Cara Perlantikan AJK Khas Mengenai Rasuah daripada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Kunjung Hormat Aras 1 Blok Utama Parlimen Malaysia.

Menurutnya juga budaya rasuah sangat membahayakan, selain menyebabkan berlaku ketidakadilan kepada pihak yang tidak berdosa, ia menjadi punca utama salah guna kuasa.

Selain itu berlakunya kezaliman secara berleluasa, meruntuhkan sistem nilai akhlak dan ketelusan serta menghakis profesionalisme dalam gerak kerja.

Kata beliau dalam menjayakan agenda memerangi rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan autoriti dan kuasa sepenuhnya tanpa campur tangan pihak lain.

“Selain itu, media juga perlu memainkan peranan penting dalam menyebarkan kesedaran dan pendidikan berkenaan perbuatan rasuah yang terkutuk itu.

“Sekali lagi saya menyeru semua pihak di pelbagai peringkat agar melaksanakan kaedah seperti OACP dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas rasuah secara keseluruhannya,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 26/7/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini pelan anti-rasuah terbaik patut dilaksanakan di Malaysia. Lihat contoh ruh Islam dalam pentadbiran di Kelantan, sifar rasuah, sebagai buktinya. Bukan macam kerajaan PH merudum baru 22 bulan. Lingkop!

Monday, July 26, 2021

PRU 15: Apa kata Dato’ Mohd Amar...

 

Vaksinasi capai 80 peratus rakyat boleh pilih kerajaan

KOTA BHARU: Parti kompenan dalam Perikatan Nasional (PN) merupakan kerajaan sementara menggantikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang hanya memerintah negara selama 22 bulan.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, pentadbiran yang dipimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha untuk mengembalikan semula mandat kepada rakyat.

Menurutnya, perubahan pentadbiran negara berlaku apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan peletakan jawatan Perdana Menteri sebelum diganti oleh Perikatan Nasional.

“Dalam suasana ini berlaku perletakan jawatan Perdana Menteri, dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan itu semua parti dalam kerajaan setuju membentuk kerajaan sementara.

“Kita setuju untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk adakan pilihan raya umum, tetapi dalam kita sedang merancang berlaku pandemik Covid-19 pada Mac 2020,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah maya isu semasa yang disiarkan secara langsung melalui Kelantan TV malam tadi yang turut menampilkan ketua Penerangan PAS Pusat Kamaruzaman Mohamad.

Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, bagi menyekat penularan wabak Covid-19 kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga melupakan seketika hasrat diadakan Pilihan Raya Umum (PRU).

“Walaupun sering diasak pembangkang dengan dakwaan kerajaan gagal, namun kerajaan tetap dengan pendirian bahawa penyerahan mandat rakyat ketika pandemik tidak boleh dilaksanakan.

“Semua parti dalam kerajaan tahu hakikat kerajaan sekarang sementara sahaja, tetapi kita tidak boleh kembalikan mandat dalam suasana yang ada sekarang.

“Perdana Menteri pun sudah banyak kali menyatakan jika vaksinasi boleh capai sehingga 80 peratus kerajaan akan menyerahkan mandat untuk rakyat buat pilihan sewajarnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/7/2021

2 pertuduhan pecah amanah untuk mantan menteri PH.

 

Tuduhan rasuah: Buktikan integriti sebagai pemimpin

SECARA rasminya mantan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai 2021 dengan dua pertuduhan pecah amanah.

Pertuduhan pertama, beliau didakwa sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada), menggunakan kapasiti yang telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas dana tersebut, di mana tertuduh dengan curangnya telah membuat pengeluaran tunai berjumlah RM1 juta melalui cek CIMB Bank Berhad tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu. 

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang sumbangan RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Berasaskan kepada prinsip kedaulatan undang-undang, kita perlu berlaku adil terhadap beliau yang baru dikenakan tuduhan dan masih belum terbukti bersalah. Dalam kaedah undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah (innocent until proven guilty) oleh pihak mahkamah.

Adalah tidak wajar kita untuk melemparkan atau menggelar seseorang dengan pelbagai jenis gelaran jenayah selagi seseorang itu belum dibuktikan bersalah oleh pihak mahkamah di akhir proses perbicaraan.

Kita letakkan kepercayaan kepada institusi kehakiman untuk membicarakan kes dan memberi ruang kepada tertuduh mendapat keadilan yang sebaiknya dan seterusnya membukti diri tidak bersalah dan membersihkan nama.

Kes ini telahpun disiasat lebih setahun yang lalu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ianya di bawa ke mahkamah baru-baru ini. Malah, Ahli Parlimen Muar ini pada awalnya mengalu-alukan siasatan oleh SPRM dan sedia memberikan kerjasama yang sebaiknya bagi memastikan kes ini dapat diselesaikan.

Namun, apabila tuduhan telah dikenakan kepada beliau oleh mahkamah, lain pula lenggok bahasa yang diutarakan. Syed Saddiq melihat bahawa tuduhan terhadapnya bermotifkan politik sedangkan beliau mahukan kes ini disiasat bagi membersihkan namanya. 

Keduanya, Syed Saddiq melemparkan tuduhan bahawa pendakwaan ke atasnya disebabkan keengganan tertuduh menyertai dan menyokong parti Perikatan Nasional. Tidak dipastikan daripada mana sumbernya namun tuduhan tidak berasas ini memperlihatkan agenda politik beliau untuk membawa kes ini kepada penagihan simpati dari rakyat.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam menyatakan sokongan terhadap Syed Saddiq dan menyifatkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu sebagai pendakwaan terpilih.

Sebagai seorang mantan Menteri, adalah wajar beliau menunjukkan contoh kepada generasi muda agar menghormati sistem perundangan negara walaupun ketika ini beliau sedang menghadapi pertuduhan ke atas dirinya.

Integriti seseorang pemimpin bukan sahaja berkaitan dengan apa yang diucapkannya malah ia berkait rapat dengan jati diri pemimpin yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar dan berpegang kepada prinsip. Berjiwa besar, letakkan soal politik ke tepi dan hadapi kes di mahkamah dengan sebaiknya. 

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 26/7/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails