Monday, August 30, 2021

K'jaan baru perlu sedar, Pusat Hiburan, pusat maksiat. jangan salahguna.

 

22 dikompaun RM150,000 ingkar SOP di pusat hiburan

IPOH: Seramai 22 individu termasuk tiga wanita dikompaun keseluruhan RM150,000 dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Medan Ipoh, awal pagi tadi kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata pemeriksaan dilakukan ke atas 24 individu termasuk dua warganegara China yang berada di premis terbabit.

Saringan air kencing ke atas semua suspek berkenaan mendapati, 13 daripadanya termasuk seorang warga China positif dadah jenis Amphetamin dan Methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (bagi kesalahan dadah), manakala dua warganegara China berkenaan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Selain itu, 22 individu warganegara Malaysia dikenakan kompaun mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) dengan nilai keseluruhan RM150,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi dijalankan jam 1 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ipoh melalui Op Hiburan & Op COVID-19.

Polis memberi peringatan tegas kepada semua pemilik premis pusat hiburan supaya memathui SOP ditetapkan memandangkan aktiviti pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi di bawah PPN Fasa 2 yang sedang berkuatkuasa di Perak.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi salah guna pusat hiburan, sehingga pusat hiburan jadi pusat maksiat. Kerajaan baru patut fikir, sedar dan buat kajian semula fungsi pusat hiburan sebenarnya. Apa lagi kalau menurut agama pribumi Islam, atau agama peradaban yang berakhlak mulia!


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Sunday, August 29, 2021

Bekas menteri Afghan hantar piza, X menteri PH lalu..

Sayed Ahmad kini menyara kehidupan sebagai penghantar pizza di Jerman. - Foto TWITTER

Bekas menteri Afghanistan kini penghantar piza

BERLIN: Bekas Menteri Informasi Afghanistan, Syed Ahmad Shah Saadat, yang kini mendapat perlindungan suaka di Leipzig, dilaporkan meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai penghantar makanan.

Media tempatan berjaya merakamkan gambar Syed Ahmad yang sedang dalam perjalanan menghantar pesanan piza kepada pelanggannya di Leipzig.

Beberapa keping foto yang menyaksikan Syed Ahmad menaiki basikalnya di sekitar bandar dan menghantar pesanan dari pintu ke pintu dikongsi media tempatan dan Al Jazeera Arabia sebelum ia menjadi tular.

Syed Ahmad sudah setahun meninggalkan Afghanistan selepas bimbang dengan agenda Taliban dan kini terpaksa menyara kehidupannya dengan pekerjaan baharu itu.

Beliau juga dilaporkan mengesahkan bahawa gambar yang tular di media sosial adalah dirinya ketika temubual bersama Sky News Arabia.

Sementara itu, wartawan Jerman yang mendakwa melihat Syed Ahmad di jalan turut menegur bekas menteri itu sebelum menceritakannya semula di Twitter.

"Beberapa hari lalu, saya menemui lelaki yang mengakui dirinya adalah Menteri Informasi Afghanistan, dua tahun lalu. Saya bertanya kepada beliau, apa yang dibuatnya di Leipzig.

"Beliau memberitahu bahawa sedang menghantar pesanan melalui perkhidmatan penghantar makanan Lieferando," katanya. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diharap bekas menteri PH kerajaan Malaysia yang memerintah 22 bulan sebelum ini, belum ada yang begitu lagi..


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

5 wanita warga asing ditahan melacur

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan lima wanita warga asing di sebuah pangsapuri dekat Taman Usahawan, Kepong, semalam, kerana dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan pelacur.

Wanita berusia antara 23 tahun dan 42 tahun itu ditahan menerusi Ops Noda bermula jam 4.50 petang itu, membabitkan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata turut diberkas seorang lelaki berusia 39 tahun, dipercayai pelanggan wanita terbabit bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil serbuan membawa kepada rampasan beberapa peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti pelacuran, termasuk tuala mandi, tisu tandas, kondom dan minyak urut selain kad akses dan sejumlah wang tunai.

"Modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik pangsapuri persendirian dan mereka dipercayai beroperasi sejak dua hari lalu. Pemilik rumah terbabit sedang dikesan untuk membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati bayaran sebanyak RM160 dikenakan untuk setiap perkhidmatan seks kepada pelanggan dan janji temu dibuat melalui aplikasi WeChat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semua wanita itu direman 14 hari hingga 11 September ini mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Eng Lai meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206.


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Kuala Lumpur bandar ke-32 selamat di dunia

 

KUALA LUMPUR: Ibu negara kebanggaan Malaysia menerima berita baik apabila disenaraikan pada kedudukan ke-32 dalam Indeks Bandar Selamat 2021 atau Safe Cities Index 2021 oleh Economist Intelligence Unit (EIU).

Lebih menggembirakan ialah kedudukan tahun ini adalah lebih baik berbanding kedudukan ke-35 dalam indeks sebelum ini pada 2019.

Laporan bahagian analisis dan penyelidikan The Economist Group, iaitu syarikat bersekutu akhbar Economist meletakkan ibu negara Denmark, Copenhagen meraih kedudukan pertama daripada 60 bandar raya utama di seluruh dunia.

Kedudukan Kuala Lumpur juga adalah lebih baik berbanding bandar raya terkenal lain seperti Beijing, Dubai dan Jakarta. Malah Kuala Lumpur diletakkan dalam senarai 10 bandar raya terbaik dari segi keselamatan alam sekitar apabila meraih 81 daripada 100 mata.

Editor Kanan EIU, Naka Kondo, berkata pihaknya membuat penilaian berdasarkan pelbagai dimensi seperti tadbir urus, infrastruktur, sosioekonomi dan sistem teknologi, selain meliputi bandar raya utama di pelbagai kawasan geografi, tahap pendapatan dan keluasan.

Kuala Lumpur berada pada kedudukan ke-35 untuk keselamatan digital, keselamatan kesihatan (38), keselamatan peribadi (33) dan keselamatan infrastruktur (37) dengan jumlah mata keseluruhan sebanyak 67, iaitu perbezaan kira-kira 15 mata berbanding Copenhagen yang mendapat 82.4 mata.

“Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, keselamatan bandar raya mengalami perubahan dengan elemen maya semakin penting berbanding sebelum ini, elemen fizikal.

“Pandemik Covid-19 mendedahkan jurang dan kelemahan dalam pertahanan keselamatan bandar raya, sekali gus mendorong pembuat dasar mengkaji semula fokus terhadap perubahan risiko dan strategi perbandaran,” katanya.

Naka berkata, krisis kesihatan global mengubah keseluruhan konsep keselamatan bandar raya dengan keselamatan digital menjadi lebih penting apabila pekerjaan dan perdagangan berubah arah kepada dalam talian.

Sehubungan itu, katanya mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan infrastruktur perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dramatik corak perjalanan dan cara penduduk menggunakan utiliti.

Katanya, mereka yang bertanggungjawab terhadap keselamatan peribadi pula perlu menangani pola kegiatan jenayah yang berkaitan perintah berkurung.

“Keutamaan pegawai pihak berkuasa tempatan dan penduduk bandar raya terhadap keselamatan alam sekitar juga meningkat. Covid-19 memberi amaran kepada kita terhadap krisis yang tidak pernah dijangkakan ini,” katanya

Melengkapkan Copenhagen dalam senarai 10 bandar raya teratas indeks ini ialah Toronto, Singapura, Sydney, Tokyo, Amsterdam, Wellington, Hong Kong, Melbourne dan Stockholm.

Kajian EIU adalah berdasarkan 76 petunjuk yang meliputi lima bidang keselamatan, iaitu digital, kesihatan, peribadi, infrastruktur dan alam sekitar, diperkenalkan tahun ini. – HARAKAHDAILY29/8/2021


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Aghhanistan: Empayar dunia barat berkubur &bom airport.

 

Yvonne Ridley, ditawan Taliban. tapi akhirnya masuk Islam.

1. Empayar dunia berkubur di Afghanistan

AFGHANISTAN adalah contoh klasik yang membuktikan bahawa kehadiran dan campur tangan Barat dalam hal ehwal tempatan sesebuah negara akhirnya akan membawa padah. Amerika Syarikat bukan yang pertama kerana sebelum itu, Soviet Union dan British juga tewas di negara ini.

Selepas 20 tahun pakatan ketenteraan dipelopori Amerika Syarikat cuba menubuhkan dan mengukuhkan kerajaan berpaksikan Barat di Kabul, kerajaan itu akhirnya tumbang di tangan Taliban pada 16 Ogos lalu dalam tempoh yang singkat, iaitu hanya lima hari.

Wartawan yang juga aktivis kemanusiaan British, Yvonne Ridley, berkata Barat mungkin tidak memahami pemikiran, ideologi atau kepercayaan Taliban, tetapi pada sama Barat tidak boleh mengharapkan kumpulan itu untuk menerima dan mengamalkan kebudayaan, sikap dan kepercayaan Barat.

Katanya, sudah sampai masa kuasa Barat berhenti campur tangan dalam hal ehwal Afghanistan dan sebaliknya menyokong dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara berkenaan yang mengalami kesengsaraan dalam tempoh yang lama.

“Rakyat Afghanistan berhak menentukan masa depan mereka sendiri. Jika rakyat mahu menyingkirkan kerajaan yang dipaksakan kepada mereka oleh Amerika Syarikat, itu urusan mereka dan bukan kita,” katanya dalam komentar portal Middle East Monitor.

Ridley terkenal apabila ditahan Taliban pada 2001 selepas menyeludup masuk ke negara itu dengan memakai pakaian tradisional burkha. Dia yang bertugas untuk akhbar Sunday Express ditahan kerana disyaki mengintip untuk Amerika Syarikat yang ketika itu hendak menyerang Afghanistan. Selepas ditahan selama 10 hari, dia dibebaskan atas dasar kemanusiaan.

Katanya, keadaan tempat ditahan adalah sangat asas, manakala pengawal bukan sahaja tidak mendera atau membuat sebarang ancaman fizikal, malah melayan dengan penuh hormat.

Dua tahun kemudian, beliau memeluk Islam. Ridley terbuka hatinya untuk memeluk Islam kerana ketika menjadi tawanan, beliau buat kali pertama membaca kitab suci al-Quran yang disifatkannya sebagai langkah pertama kembali ke agama fitrah.

“Al Quran seperti ditulis semalam untuk hari ini. Ia ibarat kaca kristal yang jernih menerangkan bahawa wanita di sisi Islam adalah sama dari segi semangat, nilai dan pendidikan,” katanya yang dibesarkan sebagai penganut Protestan.

Selain aktif menulis, Ridley menjadi penyokong kuat Palestin serta memegang jawatan Setiausaha Agung Liga Muslim Eropah.

Sementara itu, katanya sama ada suka atau tidak, Taliban kini kembali berkuasa dan mengikut maklumat kumpulan itu sebenarnya lebih suka penyelesaian diplomatik.

Katanya, kerajaan Kabul pimpinan Ashraf Ghani sebenarnya boleh mencapai penyelesaian secara aman dengan Taliban, tetapi sentiasa beranggapan bahawa Amerika Syarikat akan sedia memberi sokongan menyebabkannya tidak berbuat demikian.

Ridley berkata, Ashraf lupa terhadap senarai diktator dan pemimpin yang ditabalkan oleh Barat, tetapi akhirnya dikhianati oleh rakan mereka di Washington dan Eropah.

“Presiden Saddam Hussein (Iraq, 1979-2003), Kolonel Muammar Gaddafi (Libya, 1969-2011) dan Zine El Abidine Ben Ali (Tunisia, 1987-2011) adalah beberapa contoh pemimpin berkenaan. Mereka pada suatu masa disokong Barat. Jika masih hidup, mereka pasti mengesahkan apa yang saya kata,” katanya.

Sementara itu, katanya Afghanistan masih dalam keadaan tenat akibat konflik sejak 20 tahun lalu, tetapi hanya sekarang, jumlah orang awam terkorban menjadi penting dan dilaporkan dalam media Barat.

Ketika perjalanan dari Kabul ke sempadan Pakistan selepas dibebaskan Taliban pada 2001, katanya terdapat bukti menunjukkan kawasan awam, termasuk hospital, musnah dalam pengeboman pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat.

Bagaimanapun ketika itu, katanya tiada siapa berminat terhadap bilangan orang awam yang menjadi mangsa, sekali gus menunjukkan sikap hipokrasi dan pilih kasih Barat.

Beliau juga menyelar sikap memburukkan Afghanistan sedangkan Amerika Syarikat, Britain dan negara pakatan NATO mempunyai masa selama 20 tahun, tetapi bukan sahaja gagal mengamankan negara itu, malah membawa hak kemanusiaan, persamaan wanita dan mewujudkan kerajaan demokratik bebas rasuah.

Malah, beliau mendakwa kerajaan Kabul adalah paling rasuah di dunia ini dan gagal membawa kemajuan akibat kerakusan ahli politik yang lebih mementing poket sendiri.

Sementara itu, katanya kejayaan Taliban kembali membentuk kerajaan di Kabul, meletakkan kerajaan dan media Barat dalam keadaan janggal selepas 20 tahun menjahanamkan Afghanistan.

“Kita diberitahu selepas kejadian 9/11, Taliban adalah rejim paling ganas di dunia, tetapi Taliban tidak terbabit dalam kejadian 9/11. Ini hanya naratif Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush, dan sekutunya, Perdana Menteri British, Tony Blair,” katanya.

Ridley berkata, Barat memainkan isu seperti sekolah ditutup dan kanak-kanak dilarang bermain layang-layang sedangkan siasatan wartawan mendapati sekolah yang dikatakan ditutup sebenarnya adalah sekolah terbiar akibat ketiadaan dana kewangan.

Katanya, bermain layang-layang tidak dibenarkan di bandar besar kerana tali permainan itu boleh terbelit pada kabel elektrik, sekali gus mengancam nyawa kanak-kanak dan menganggu bekalan elektrik. HARAKAHDAILY 26/8/2021

2. Letupan di Lapangan Terbang di Kabul.

JUMLAH tentera Amerika yang terbunuh dalam letupan yang berlaku di wilayah Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di ibu negara Afghanistan, Kabul, meningkat kepada 10 orang.

Sementara media Amerika mengumumkan bahawa 10 tentera mati dalam kejadian itu, Al-Jazeera melaporkan bahawa jumlah kematian meningkat kepada 25 orang dan jumlah yang cedera menjadi 90 orang.

Sebaliknya, Associated Press menyatakan bahawa pegawai AS, yang tidak berkongsi nama mereka, percaya bahawa "serangan itu pasti dilakukan oleh organisasi pengganas Daesh".

Seorang pegawai Amerika yang lain menyatakan bahawa "menurut laporan awal, ada serangan bunuh diri". Sementara itu, terdengar bunyi letupan baru diibukota Kabul,padawaktu petang.


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Untuk perbincangan lanjut sila hubungi Salmas Tel 011 33111321 (KL)

Mangsa samun, tangan terpaksa dipotong. Penyamun patut dihukum..

 

Siti Nur Aziziah Syafriadi yang tangan kanan terpaksa dipotong selepas parah akibat disamun kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Penghantar makanan disamun, tangan terpaksa dipotong

PETALING JAYA: Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.

Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.

Menurut ahli keluarga Nur Azizah ketika dihubungi FMT berkata, doktor tidak dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.

“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.

“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” katanya abang saudara mangsa yang enggan namanya disiar.

Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.

Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.

“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.

Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka.

“Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Beh meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika anda mahu membantu, mesej kami di Whatsapp FMT Helpline @ 0193899839.(FMT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hukum Potong Tangan dalam Islam Bagi Pencuri

REPUBLIKA.CO.ID, Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) mengkaji celah dipakainya pasal terberat hukuman mati dalam suap proyek pembangunan penyediaan air minum (SPAM) di kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan rakyat (PUPR). KPK menetapkan delapan orang sebagai tersangka dalam proyek itu untuk daerah terdampak bencana alam.

Dalam ajaran Islam, hukuman untuk tindak pidana pencurian adalah potong tangan. Sebab, Islam menganggap harta adalah salah satu hal yang harus dijaga. Karena itu, harus ada hukuman setimpal untuk masalah pencurian.

Abdul Qadir Audah dalam Ensiklopedi Hukum Pidana Islam jilid V menuliskan, empat imam mazhab, ulama zahiriyah, dan syiah zaidiyah mendefinisikan hukuman potong tangan dari telapak sampai pergelangan. Sebab, mereka beranggapan batas minimal tangan, yakni dari jari sampai pergelangan tangan.

Dalam QS Al-Maidah ayat 38, Allah SWT berfirman: “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Kendati demikian, hukuman potong tangan tidak bisa diterapkan semena-mena. Syeh Imam Al-Qurthubi dalam Tafsir Al-Qurthubi menjelaskan penghilangan atau pemotongan tidak diwajibkan kecuali terpenuhi beberapa syarat, yakni orang yang melakukannya, sesuatu yang dicuri, maupun tempat yang dicuri.

Muhammad Amin Suma dan kawan-kawan dalam buku Pidana Islam di Indonesia Peluang, Prospek, dan Tantangan menuliskan, Ibnu Abdulbar mengemukakan Rasulullah SAW pernah mengeksekusi potong tangan terhadap perempuan bernama Fatimah binti al-Aswad bin Abdul ‘Asadal-Makhzumi yang mencuri harta. Hukuman potong tangan yang ditegaskan dalam Alquran tidak boleh ditukar dengan bentuk hukuman lain yang lebih ringan.

M Nurul Irfan dalam buku Fiqih Jinayah menuliskan, hukuman potong tangan telah ditetapkan untuk tindak pidana pencurian. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tangan pencuri akan dipotong jika mencuri sesuatu yang harganya seperempat dinar atau lebih.”

Rifyal Ka’bah dalam buku Hukum Islam di Indonesia menuliskan, hukum Islam memiliki kedududkan tersendiri di Indonesia, tepatnya sebelum kedatangan Belanda. Sultan Malikul Zahir dari Samudra Pasai adalah salah seorang ahli agama dan hukum Islam abad 14 Masehi. Kerajaan itu menyebarkan hukum Islam mazhab Syafi’i ke kerajaan-kerajaan Islam lainnya di Nusantara.

Mohammad Idris Ramulyo dalam buku Azaz-Azaz Hukum Islam Sejarah Timul dan Berkembangnya, Belanda mengakui eksistensi hukum Islam yang dijalankan pemeluknya di masa kerajaan Islam. Belanda mengeluarkan Resolutie der Indische Regeering pada 25 Mei 1760. Isinya, sejumpulan aturan hukum perkawinan dan kewarisan menurut hukum Islam untuk digunkan pada pengadilan VOC bagi orang Indonesia. Resolusi itu bisa dikatakan sebagai legislasi hukum Islam pertama di Indonesia.

Kemudian, Muhammad Daud Ali dalam buku Hukum Islam menjelaskan, kolonial Belanda takut dengan berkembangnya hukum Islam di Indonesia. Karena itu, Belanda melakukan penyempitan terhadap keberlakuan hukum Islam.

Menurut teori itu, hukum yang berlaku bagi umat Islam adalah hukum adat masing-masing. Sementara hukum Islam dapat berlaku bagi umat Islam, apabila telah diresapi hukum adat. Hukum adatlah yang menentukan ada tidaknya hukum Islam.

Umar bin al-Kattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Umar bin Abdul Aziz, Al-Laits, Al-Syafi’i beranggapan, pencurian kurang dari seperempat dinar tidak terkena hukuman potong tangan. Imam Malik mengatakan, “Tangan pencuri dipotong karena  mencuri seperempat dinar atau tiga dirgam. Kalau mencuri sesuatu seharga dua dirgam yang senilai seperempat dirgam, tangan pencuri tersebut tidak boleh dipotong.

(Rabu 02 Jan 2019 18:36 WIB)

Pendekatan kerjasama politik rentas parti -SU Agung PAS

 

PAS setuju kerjasama rentas parti

KUALA LUMPUR: PAS amat bersetuju dengan pendekatan kerjasama politik rentas parti yang telah dipelopori oleh Kerajaan Persekutuan sejak beberapa bulan yang lalu dan kini diteruskan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini merupakan suatu pendekatan politik matang yang berpaksikan kepada keutamaan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengambil kira sebarang perbezaan.

“PAS berpandangan langkah yang diambil adalah selaras dengan realiti politik masa kini dalam konteks pentadbiran negara di seluruh dunia di mana tidak wujud dominasi satu-satu parti politik selepas sesuatu pilihan raya umum diadakan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru, kata beliau PAS menyambut baik sambutan pimpinan parti-parti pembangkang utama di negara ini terhadap usaha pemulihan negara yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan yang turut memberikan ruang yang luas kepada semua pihak untuk sama-sama menyumbang idea dan buah fikiran dalam usaha memerangi pandemic Covid-19 serta kesan-kesannya termasuk aspek ekonomi dan sosial.

Tambahnya, PAS yakin dalam masa yang sama Kerajaan akan terus berinteraksi dan mewujudkan kerjasama yang lebih konstruktif melibatkan semua pemegang taruh termasuk pihak pembangkang ke arah langkah-langkah reformasi merangkumi semua sektor, institusi dan segmen masyarakat.

“Dengan ini diharapkan akan menjadi suatu permulaan yang baik bagi pembentukan landskap baharu politik negara yang mementingkan kesejahteraan, keharmonian dan keadilan kepada semua rakyat yang terdiri dari masyarakat majmuk,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu.

Semalam, Ismail Sabri mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selama di Pejabat Perdana Menteri atas jemputan beliau.

Menurut perdana menteri, pertemuan yang berlangsung selama lebih satu jam ini, tertumpu kepada agenda kepentingan rakyat dalam mencari titik persamaan yang terbaik bagi menangani krisis pandemik Covid-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak dan membebaskan rakyat daripada cengkaman ekonomi berikutan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Tambahnya, persetujuan bersama turut dicapai dalam memperkasa fungsi Parlimen Malaysia sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bera. – HARAKAHDAILY 26/8/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails