Monday, September 06, 2021

Olimpik Tokyo; 130,000 Makanan Terbuang, M'sia pruduk halal.

 

1. Sukan Olimpik Tokyo; 130,000 Makanan Terbuang

Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 melaporkan bahawa kira-kira 130,000 makanan pra-pemesanan untuk pekerja dan sukarelawan Olimpik dibuang.

Jawatankuasa itu menyiasat masalah tersebut atas kritikan orang ramai, akibat dakwaan bahawa 4,000 daripada 10,000 hidangan pra-pesanan dibazirkan pada upacara pembukaan kejohanan (23 Julai).

Hasil siasatan mengenai penjimatan makanan yang dimakan dalam kejohanan yang diadakan di 42 kampus di dalam dan di luar Tokyo, dinyatakan bahawa kira-kira 130 ribu makanan, yang dipesan pra-pemesanan untuk para pekerja dan sukarelawan yang bertugas di 20 tempat pertandingan selama kem persiapan dan tempoh kejohanan, dibuang.

Jurucakap Jawatankuasa Takaya Masanori menyatakan pada sidang media mengenai siasatan bahawa jumlah makanan sisa berbeza-beza mengikut kampus.

Menyatakan bahawa tidak mungkin sepenuhnya mengurangkan jumlah sisa makanan menjadi sifar, Takaya berkata bahawa masalah itu mungkin berlanjutan dalam Sukan Paralimpik yang diadakan pada 24 Ogos - 5 September, dan mengatakan bahawa jumlah pesanan awal harus dikurangkan.


2. Malaysia penyedia produk halal untuk Sukan Olimpik Tokyo

Tahukah anda, bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberikan hak untuk membekalkan makanan halal semasa Sukan Olimpik Tokyo 2021?

Apakah keistimewaan di sebalik peluang perbekalan makanan halal ini? Sukan Olimpik Tokyo ditunda ke tahun 2021. Mengikut perancangan asal, Sukan Olimpik Tokyo sepatutnya diadakan bermula 23 Julai 2020. Namun, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang menyerang sejak akhir tahun 2019 sehingga kini, acara sukan terbesar dunia ini dianjak ke tahun 2021.

Kini, tarikh terbaharu acara Sukan Olimpik Tokyo akan diadakan pada 24 Julai 2021. Malaysia dilantik sebagai pembekal makanan halal. Apa yang menarik mengenai edisi Sukan Olimpik pada kali ini, ia turut melibatkan penglibatan Malaysia secara langsung dalam pengurusan atlet yang akan hadir ke Tokyo kelak.

Untuk pengetahuan semua, Malaysia telah dilantik oleh Kerajaan Jepun untuk menjadi pembekal makanan halal utama kepada semua atlet yang hadir ke Tokyo. Sasaran utama mereka adalah untuk menyediakan kemudahan makanan halal kepada atlet Muslim, selain pelancong Muslim yang akan hadir sempena penganjuran Sukan Olimpik.

Malaysia mensasarkan untuk menjual produk makanan halal di acara sukan ini dengan nilai sebanyak 300 juta Dolar Amerika.

Nasi Beriani antara yang akan disediakan  Syarikat MyChef merupakan antara syarikat yang akan terlibat dengan penyediaan makanan halal di Sukan Olimpik Tokyo. Syarikat ini akan menyediakan ribuan pek makanan sedia dimakan untuk dihantar ke Jepun bagi memenuhi keperluan atlet Muslim.

Antara jenis makanan yang akan disediakan oleh syarikat ini ialah seperti Nasi Beriani Ayam dan juga Nasi Goreng. Kepentingan acara Sukan Olimpik Tokyo kepada industri halal

Antara kepentingan utama penglibatan syarikat Malaysia dalam peluang ini ialah meluaskan pasaran global. Syarikat MyChef mensasarkan bahawa mereka tidak berniat untuk terlibat hanya kerana Sukan Olimpik semata-mata. Mereka ingin masuk ke pasaran Jepun bagi jangka masa panjang.

Malah, syarikat ini juga telah berbincang dengan pihak AEON Jepun bagi meluaskan pasaran makanan halal di premis mereka di sana. Ini bermakna, Malaysia menggunakan platform acara sukan ini sebagai batu loncatan untuk meningkatkan pasaran eksport barangan halal ke peringkat global.

Sememangnya acara sukan ini boleh menjadi satu platform pemasaran yang amat baik bagi memperkenalkan produk halal keluaran Malaysia. Ini kerana, terdapat lebih kurang 50 buah negara-negara Islam yang akan menyertai kejohanan berprestij ini. Jepun bersedia penuhi kehendak Muslim.

Nampaknya, Jepun sememangnya sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong serta atlet Muslim ke negara mereka. Selain kemudahan makanan halal yang banyak, pihak kerajaan Jepun juga sudah banyak melakukan beberapa inisiatif mesra Muslim seperti penyediaan ruang solat untuk orang Islam.

Malah mereka turut menyediakan masjid bergerak yang akan disediakan di setiap lokasi acara sukan Olimpik. Masjid bergerak ini diubahsuai daripada sebuah trak dan mampu memuatkan sekitar 50 orang jemaah. Kesemua usaha ini sememangnya dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong Muslim ke Jepun kelak.

(IH)

Sunday, September 05, 2021

Rogol di K'tan meningkat, kerana kahwin bawah umut &pandemik?

 


Shafien (kanan) diiringi Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin (dua dari kanan) ketika melawat Balai Polis Jelawat, di Bachok, hari ini. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

BACHOK: Kes rogol termasuk pasangan kekasih bawah umur di negeri ini merekodkan peningkatan sebanyak 65 kes dalam tempoh Januari hingga Julai lalu, berbanding 54 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata peningkatan lebih enam peratus itu kebanyakannya membabitkan mangsa bawah umur berusia 13 hingga 16 tahun, selain pelaku berusia hingga 30-an.

"Kebanyakan kes yang dilaporkan berlaku atas dasar suka sama suka, namun kerana di bawah umur masih dikategorikan sebagai jenayah rogol.

"Mangsa dan pelaku juga saling mengenali dengan mereka berkenalan di laman sosial seperti aplikasi Instagram, Whatapps dan selebihnya kenalan jiran dan rakan sekolah," katanya ketika ditemui di Balai Polis Jelawat, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Shafien berkata, hasil siasatan juga mendapati kebanyakan kes rogol dilakukan di rumah mangsa atau pelaku.

Katanya, ini berikutan mereka tidak boleh melakukan rentas negeri atau daerah ketika pandemik COVID-19.

"Sehubungan itu, kita mengharapkan ibu bapa supaya lebih prihatin terutama terhadap anak perempuan selepas statistik kes rogol yang meningkat, diikuti kecurian motosikal," katanya.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii. Rogol 9: Serah bukti dakwaan ADUN Gombak Setia ja... Rogol 10: Polis direman rogol tahanan ibu tunggalRogol 11: Mabuk punya hal, pemimpin e-dagang China.. Rogol 9 (i): Berkait Adun Gombak Setia, apa jadi l...

Orang Asli tetap tolak hutan simpan dimajukan

 

BANTING: Menyusuri jalan di Kampung Orang Asli Busut Baru, keadaan kelihatan tenang. Tiada langsung kelibat manusia. Mungkin hujan renyai-renyai menyebabkan penduduk memilih untuk tinggal dalam rumah.

Kampung ini adalah penempatan tersusun dengan setiap rumah mempunyai struktur binaan lebih kurang sama. Dari jalan utama hingga ke depan rumah, dilitupi jalan bertar.

Untuk masuk ke kampung ini, terdapat satu pondok berpengawal dengan sekatan palang untuk menghalang orang luar memasuki kampung itu.

Wartawan Harakah Daily yang hendak masuk juga terpaksa menunggu lama sebelum pengawal membenarkan dengan beberapa syarat tertentu yang dikatakan untuk menghalang penularan wabak Covid-19 kepada penduduk tempatan.

Kampung ini dan tiga kampung Orang Asli lain berdekatan, Pulau Kempas, Bukit Cheeding dan Bukit Kemandol, menarik perhatian seluruh negara sejak tahun lalu berikutan hasrat kerajaan Selangor hendak menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

Empat kampung ini yang mempunyai kira-kira 2,000 penduduk terletak di sepanjang jajaran hutan simpan itu yang asalnya mempunyai keluasan 7,246.96 hektar, tetapi sedikit demi sedikit berkurangan hingga sekarang hanya tinggal tidak sampai 1,000 hektar.

Masyarakat Orang Asli dikelilingi pelbagai pembangunan pesat guna tanah seperti pembangunan Gamuda Cove (selatan), perumahan Saujana Putra (utara), Lebuh Raya Elite (sempadan timur) dan ladang Bukit Cheeding (Boh Plantations Sdn Bhd) di bahagian barat laut.

Isu penyahwartaan HSKLU mencapai kemuncak ketika Sidang Dewan Negeri Selangor, sehari sebelum ulang tahun kemerdekaan negara. Pecah berita bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, secara senyap-senyap telah menyahwartakan 54 peratus daripada keseluruhan hutan simpan itu sejak 5 Mei lalu.

Pelbagai pihak terkejut dengan pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Selangor, bahawa mesyuarat Exco meluluskan kira-kira 536.70 hektar untuk dinyahwarta mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Apa pula reaksi pihak yang paling terjejas dengan keputusan itu, Orang Asli suku Temuan di empat kampung berkenaan. Bayangkan kampung yang tenang dengan kehijauan hutan bakal berubah wajah dalam tempoh beberapa tahun akan datang jika keputusan kerajaan negeri tidak berubah.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli, Kampung Orang Asli Busut Baru, Samsul Anak Senin

“Kami tak setuju. Kami bantah keputusan kerajaan negeri,” tegas Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Orang Asli, Kampung Orang Asli Busut Baru, Samsul Anak Senin.

Beliau mendesak kerajaan negeri mengkaji semula keputusan itu walaupun masih ada baki hutan ditinggalkan sebagai kawasan rayau Orang Asli.

Katanya, kawasan HSKLU yang dinyahwartakan terlalu hampir dengan kampung Orang Asli dan kehilangan sebahagian hutan itu bukan sahaja menyusahkan penduduk, malah bakal menghilangkan sumber keperluan utama mereka.

“HSKLU ialah kawasan rayau dan tanah adat Orang Asli. Kami tak setuju kerana memajukan sebahagian, apatah lagi keseluruhan hutan akan menjejaskan kehidupan Orang Asli sekarang dan akan datang.

“Hutan ini ibarat rumah tempat bernaung dan ibarat ibu bapa yang memberikan makanan untuk kami meneruskan kehidupan. Di sinilah banyak sumber makanan dan herba perubatan Orang Asli, selain tempat memburu binatang,” katanya.

Katanya, majoriti Orang Asli adalah golongan miskin. Ketika kesempitan hidup, terutama pandemik Covid-19 sekarang apabila sesetengah penduduk hilang mata pencarian, hutan simpan itu menjadi penyelamat untuk meneruskan kehidupan.

Orang Asli, katanya sama ada yang memeluk agama Islam atau masih mengikut kepercayaan nenek moyang sangat menghargai hutan dan mereka yang masih hidup, bertanggungjawab memelihara hutan untuk warisan generasi akan datang.

Samsul berkata, hutan simpan itu menjadi tempat mendapatkan sumber makanan seperti ikan di paya gambut serta kancil melalui aktiviti memburu, selain kayu mahang untuk membuat alat muzik, buluh untuk membuat sumpit dan daun bertam untuk atap rumah.

“Di situ juga kami mencari pelbagai herba untuk kegunaan sendiri seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Tapak Sulaiman. Jika hutan simpan dibangunkan, kami akan kehilangan khazanah berharga ini buat selama-lamanya,” katanya.

Bagi penduduk yang masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang, katanya hutan simpan itu adalah tempat spiritual melalui upacara ketika Hari Moyang (Aik Muyang).

Beliau berkata, ini yang menyebabkan penduduk membantah keputusan menyahwartakan hutan simpan itu kerana dalam jangka panjang, Orang Asli yang akan menerima padah.

“Benar! Ada baki hutan ditinggalkan untuk kami, tetapi apakah jaminan bahawa baki hutan itu juga tidak akan hilang. Akhirnya, baki hutan pun akan hilang untuk dimajukan dengan pelbagai alasan diberikan seperti sebelum ini, iaitu hutan rosot,” katanya.

Katanya, hutan simpan paya gambut itu pernah terbakar beberapa kali sebelum ini, tetapi percaya, hutan secara semula jadi boleh pulih sendiri dan kerajaan negeri sepatutnya memulihara hutan untuk kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Jika kerajaan negeri tidak berminat, Samsul secara sukarela menawarkan diri untuk memulihara HSKLU yang asalnya bersambung dengan hutan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dekat Morib dan Hutan Simpan Sepang, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penduduk Kampung Orang Asli Busut Baru, Rasid Kusdi

Penduduk Kampung Orang Asli Busut Baru, Rasid Kusdi, 34, pula berkata HSKLU yang dihimpit pelbagai projek pembangunan perlu dikekalkan untuk mengimbangi pembangunan konkrit yang tidak mampan.

Walaupun mengaku sebahagian Orang Asli seperti dirinya kini mencari rezeki di tempat lain, katanya identiti mereka adalah hutan dan kehilangan hutan, bermakna identiti Orang Asli juga akan lenyap.

“Saya memang kerap masuk hutan. Kalau tiada lagi hutan, kami semua hendak ke mana lagi,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Cyberjaya berkata, kampungnya adalah yang paling hampir dengan kawasan hutan yang hendak dimajukan, iaitu hanya kira-kira 200 meter.

Katanya, penduduk khuatir kampung akan terancam akibat pembangunan yang tidak dapat diramalkan pada masa depan.

“Jika banjir berlaku pada masa depan, kampung kami yang paling teruk menerima tempias,” katanya yang memberitahu bahawa penduduk berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan hutan simpan itu, termasuk melalui bantahan awam, petisyen dan demontrasi aman.

“Namun, penyahwartaan tetap diteruskan. Kami kesal, tetapi tetap akan berjuang mempertahankan hutan simpan itu,” katanya.

Penduduk Kampung Orang Asli Busut Baru, Shahrul Nizam

Sementara itu, Shahrul Nizam, 19, juga dari kampung yang sama, mengakui bahawa penduduk terancam dengan penyahwartaan HSKLU yang menjadi sumber rezeki sebahagian penduduk.

Katanya, walaupun memburu dan mencari herba bukan lagi aktiviti utama, masih ada penduduk yang bergantung kepada hasil hutan untuk meneruskan kehidupan.

“Ini yang menyebabkan kami sedih mendengar berita hutan simpan ini hendak dimajukan,” katanya yang turut meminta kerajaan negeri membatalkan penyahwartaan itu.

Pemangku Tok Batin Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Ros Dudang

Pemangku Tok Batin Kampung Orang Asli Pulau Kempas, Ros Dudang, 58, pula berkata, penduduk kampung tidak dapat melakukan apa-apa jika kerajaan negeri hendak berbuat demikian.

“Kita hendak pertahankan hutan simpan itu, tetapi tidak boleh,” katanya yang memberitahu bahawa paling penting sekarang ialah tanah kampung Orang Asli diwartakan terlebih dahulu. Bagaimanapun, Ros mengakui bahawa setiap Orang Asli amat menyayangi hutan sebagai sebahagian hidup mereka.

HSKLU yang diwartakan pada 13 Mei 1927 terletak di Mukim Tanjung 12, Daerah Kuala Langat, Selangor, menjadi perhatian umum berikutan notis penyiasatan awam mengikut Seksyen 11 Akta Perhutanan Negara Enakmen (Pemakaian) 1985 (Subkaedah 7(2)) oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada awal tahun lalu.

Notis itu yang bertujuan mendapatkan pandangan umum berikutan cadangan pemansuhan pewartaan HSKLU, mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat terutama masyarakat Orang Asli yang bergantung hidup dengan hutan terbabit sejak ratusan tahun lamanya.

Selain bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar, usul yang disokong sebulat suara di Sidang Dewan Negeri Selangor tahun lalu, yang meminta hutan simpan itu dikekalkan juga tidak dipedulikan. – HARAKAHDAILY 5/9/2021

Sila lihat.. 

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

Arab Saudi pintas peluru berpandu, dron dari Yaman. Dron di M'sia?

 

RIYADH: Arab Saudi semalam memintas dua peluru berpandu balistik dilancarkan dari negara jiran, Yaman yang menyasarkan wilayah Timur dan Najaran di selatan.

"Dua serangan peluru berpandu balistik dipintas bersama dengan tiga dron," menurut pihak berkuasa Arab Saudi yang mengetuai pakatan memerangi pemberontak Huthi di Yaman kepada AFP.

Saluran TV negara, Al-Ekhbariya yang melaporkan kejadian itu, memetik kenyataan pakatan bahawa mereka akan mengambil langkah ketat untuk melindungi orang awam.

Tiada laporan kemalangan jiwa berlaku tetapi serangan itu terjadi empat hari selepas sebuah dron menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Abha di selatan yang mencederakan lapan individu dan merosakkan sebuah pesawat awam.

Serangan itu berlaku beberapa jam sebelum utusan baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Yaman, Hans Grundberg, secara rasmi menjalankan tugasnya hari ini.

Arab Saudi bertindak campur tangan dalam perang Yaman bagi pihak kerajaan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa pada 2015, tidak lama selepas Huthis menawan Sanaa.

Pemberontak yang didakwa sekutu Iran berulang kali menyasarkan negara itu dalam serangan rentas sempadan.

Pada Ogos lalu, pemberontak meningkatkan operasi dengan menggunakan dron dan peluru berpandu.

Konflik di Yaman meragut puluhan ribu nyawa dan disifatkan PBB sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Sementara PBB mendesak untuk mengakhiri perang, Huthis menuntut pembukaan semula lapangan terbang Sanaa, yang ditutup di bawah sekatan Arab Saudi sejak 2016, sebelum gencatan senjata atau rundingan dijalankan. - AFP


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa menariknya?Dron adalah suatu perkara penting untuk kegunaan pihak kerajaan, syarikat atau membuka peluang bisnes, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya. 

Dron boleh membantu negara dari sudut bisnes, kewangan, pertanian, perikanan, persenjataan dan membina kekuatan pertahanan negara, termasuk jabatan polis dan tentera. Lihat perkembangan drastiknya seperti yang berlaku di negara Turki dan lain-lain.  

Menariknya Perkembangan Dron Dunia. Penulis Sains China Memuji Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar

Penulis sains popular China Song Yi Chang menggambarkan Pengurus Teknikal Baykar, Selçuk Bayraktar, sebagai "Genius dalam bidang kenderaan udara tanpa pemandu bersenjata." 

Dalam program yang disiarkan dengan tajuk "War Technologies" di China Central Television (CCTV), Song Yi Chang menyamakan Bayraktar dengan Steve Jobs, pengasas syarikat Apple.

"Seorang genius muncul di bidang ini di Turki mengenai persenjataan. Dia adalah Selçuk Bayraktar. Bapa dron di Turki. Kedudukan Bayraktar dalam perang dron adalah seperti kedudukan Steve Jobs dalam teknologi telefon pintar." Katanya.

Penulis China juga memberikan maklumat mengenai latar belakang Bayraktar dalam program ini, dan mengingatkan bahawa dia mengkhususkan diri dalam perisian dan elektronik Dron Bersenjata semasa pendidikannya di AS, dan kemudian kembali ke negaranya.

UAV Buatan Turki Bayraktar SİHA Digunakan Dalam Latihan Tentera Azerbaijan

Dalam latihan tentera Azerbaijan, Bayraktar SİHA (Kenderaan Udara Tanpa Senjata Bersenjata) buatan Turki, juga digunakan.

Dalam gambar yang dikongsi oleh Kementerian Pertahanan Azerbaijan, Bayraktar SİHA yang dikeluarkan dari hangar dan ketika lepas landas ditampilkan.

SİHA melakukan tugas mengesan sasaran musuh yang disimulasikan dan memindahkannya ke pusat pemeriksaan.

Latihan dimulakan oleh tentera Azerbaijan dengan penyertaan 15 ribu tentera akan berterusan sehingga 20 Mei lalu.

Nur Syahira Azlyn dan Norfara Aiza untuk menjadi peneraju bidang pengemudian dron pertanian wanita di negara ini.


Serangan ke rumah ibadat Ahmadiyah Indonesia. M'sia bagaimana?

 

Menteri Keagamaan Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas.

JAKARTA: Indonesia mengutuk serangan terhadap rumah ibadat milik Ahmadiyah, kepercayaan golongan minoriti Islam di kepulauan Borneo, dengan menyifatkannya sebagai 'tindakan haram'.

Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, beberapa individu dilihat menyerang rumah ibadat terbabit di sebuah perkampungan di daerah Sintang, wilayah Kalimantan Barat, dengan menggunakan penukul dan kayu.

Polis lengkap berpakaian anti rusuhan yang dikerah bagi menyuraikan merungkai kemelut itu turut kelihatan tiba di lokasi untuk mengawal keadaan. Jurucakap polis Kalimantan Barat, Donny Charles Go, memaklumkan MetroTV bahawa serangan itu dilakukan selepas pihak berkuasa daerah pada bulan lalu menarik balik kebenaran beroperasi premis itu sebagai rumah ibadat.

Katanya, keadaan semasa di lokasi adalah terkawal, dengan penugasan kira-kira 300 pasukan keselamatan yang dikerah ke tempat kejadian. Menteri Keagamaan Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, berkata keputusan segelintir pihak yang bertindak di luar batas perundangan, memecahkan rumah ibadat dan merosakkan harta benda orang lain tidak wajar dibela.

"Malah, ia terang-terangan suatu tindakan haram," katanya dalam satu kenyataan.

Pengikut ajaran Ahmadiyah sudah sekian lama berdepan diskriminasi di sesetengah kawasan, termasuk Algeria dan Indonesia, iaitu republik yang mempunyai kelompok majoriti Islam terbesar.

Mereka menggelar diri sebagai Islam tetapi menaruh kepercayaan terhadap 'nabi kedua' selepas Nabi Muhammad, yang mengasaskan ajaran Islam.

Menerusi kaca mata pengikut lama Islam, kepercayaan sedemikian dilihat bercanggah dengan Islam kerana Nabi Muhammad ialah utusan Allah yang terakhir, malah segelintir menggelar pengikut ajaran itu sebagai bidaah.

Jemaah Ahmadiyah Indonesia (JAI) berkata kira-kira 500,000 pengikut ajaran itu berada di negara sekitar Asia Tenggara.

Polis berkata seramai 70 pengikut ajaran itu tinggal di perkampungan dekat Sintang, iaitu lokasi serangan terbabit tercetus.

Pada 2008, Indonesia memuktamadkan keputusan untuk melarang pengikut Ahmadiyah daripada menyebarkan tafsiran dan kegiatan yang bertentangan dengan prinsip Islam. - AGENSI


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Imbas kembali kisah disebalik kesesatan ajaran Qadiyaniah atau Ahmadiah di Malaysia. 


AJARAN Qadiani atau Ahmadiah berasal dari India. Ia diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad bin Ghulam Murtadha bin Atta Muhammad yang dilahirkan di Qadian, berhampiran kota Amritsar, Punjab. 

Ajaran ini diasaskan pada tahun 1889 di Malaysia dan dipercayai bertapak pada tahun 1930 di Batu 20, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Gerakan Qadiani turut dikenali sebagai Ahmadiyah, Ahmadi atau Ahmadiyyat yang pada asasnya berpegang kepada kepercayaan bahawa ajaran Mirza adalah ajaran yang sebenar.

Pada 15 Disember 1953, telah diadakan perbahasan antara kumpulan ini dengan para alim ulama di hadapan Sultan Selangor, Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah. Hasil perbincangan tersebut telah diputuskan bahawa ajaran Qadiani tidak diiktiraf sebagai ajaran Islam, malah terkeluar daripada Islam. Keputusan itu menyebabkan kumpulan tersebut semakin lumpuh.
Terdapat pelbagai penyelewengan yang dapat dikesan dalam ajaran Qadiani. Antaranya adalah dakwaan Mirza Ghulam Ahmad dirinya sebagai Nabi yang menerima wahyu.

Beliau berkata: "Demi ALLAH yang nyawa saya di tangan-NYA, DIALAH yang telah mengutus dan menamakan saya nabi dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas tentang kebenaran dakwaan saya yang jumlahnya sampai tiga ratus ribu bukti."

Beliau juga turut mendakwa dirinya sebagai Isa al-Masih selepas didesak oleh orang kanannya dengan tujuan menguatkan ajaran dan keyakinan pengikutnya. Beliau mengatakan bahawa Nabi Isa benar-benar dibunuh dan bukannya diangkat ke langit oleh ALLAH dan orang yang mati tidak mungkin akan hidup ke dunia lagi.

Selain itu, beliau mendakwa dirinya mempunyai mukjizat. Katanya: “Nabi ALLAH itu telah mewujudkan tiga ribu mukjizat dan saya melebihi dari satu juta.”

Katanya lagi: “Bulan yang terang menjadi gerhana kerana saya, masakan dapat menafikan bulan dan matahari menjadi pucat kerana saya." 

Turut mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi selepas mengaku dirinya sebagai Mujaddid. Mirza Ghulam Ahmad turut menafikan konsep jihad. Beliau telah menyebutkan perihal jihad seperti berikut: 

"Jihad dengan pedang telah dilarang. Semua peperangan untuk agama sekarang ini telah ditegah. Sekarang jihad untuk tujuan agama telah diharamkan. Pada pendapat saya, tiada doktrin yang memburukkan nama Islam lebih daripada doktrin jihad. Saya menghabiskan sebahagian besar umur saya untuk mengiyakan kerajaan British dan menentang jihad."

Di samping itu, beliau turut melakukan tahrif al-Quran iaitu mengubah ayat-ayat suci al-Quran mengikut kehendaknya sendiri agar bertepatan dengan dakwaandakwaannya.

Keputusan Fatwa Selangor

1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.

2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.

3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:

Berdasarkan warta fatwa bertarikh 24 September 1998, Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan bahawa:
  1. Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenarnya. Pengikut-pengikut ajaran Qadiani itu telah dihukumkan kafir oleh ulama Islam serata dunia.
  2. Jabatan Agama Islam Selangor melalui Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak telah menghukumkan kafir kepada pengikut-pengikut Qadiani yang berpusat di Batu 20 Jeram, Kuala Selangor pada 15 Disember 1953 setelah mereka dibicarakan di Istana Kuala Lumpur di hadapan Sultan Selangor dan beberapa alim ulama di negeri Selangor. Setiap orang yang telah menjadi penganut ajaran Qadiani adalah telah murtad. Maka, wajiblah dituntut mereka bertaubat dan kembali kepada Islam dengan ikrar dua kalimah syahadah.
  3. Antara ciri-ciri ajaran itu menurut Mirza Ghulam Ahmad:
  • Sebagai nabi yang menerima wahyu.
  • Imam Mahadi.
  • Isa al-Masih.
  • Mempunyai mukjizat.
  • Para nabi menyaksikan dirinya.
  • Malaikat sebagai pancaindera tuhan.
  • Nabi Isa AS telah mati dan kuburnya di Srinagar, India.
  1. Orang-orang Islam dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku- buku berikut:
  • Invitation To Ahmadiyah yang dikarang oleh Hazrat Hj Mirza Bashiruddin Ahmad (Khalifatul Masih II).
  • Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah.
  • Alam Sebagai Saksiyang dikarang oleh Mohamad Zain bin Hasan.
  • The Holy Quran With English Translation And Commentary (Vol II, Part I) yang dikarang oleh M Mas’ud Ahmad.

Fatwa tahun 1998 di atas telah diperincikan pada tahun 2000 iaitu:

Memandangkan mana-mana orang yang telah menganuti ajaran Qadiani telah menjadi murtad (keluar daripada agama Islam), akibatnya dari segi hukum syarak dan undangundang sivil adalah:

  1. Perkahwinan orang tersebut boleh dibubarkan dengan pengesahan Mahkamah Syariah mengikut seksyen 46 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 1984;
  2. Orang tersebut tidak boleh menjadi wali dalam akad nikah anak perempuannya;
  3. Orang tersebut tidak boleh mewarisi harta peninggalan kerabat-kerabat Muslimnya;
  4. Orang tersebut tidak berhak untuk mendapatkan apa-apa keistimewaan yang diperuntukkan kepada orang Melayu di bawah Perlembangaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan sekiranya hak-hak tersebut telah diberi, dinikmati atau diperoleh oleh orang tersebut, ia hendaklah terhenti dari berkuatkuasa dan bolehlah dilucut, ditarik balik dan dibatalkan mengikut mana berkenaan, oleh pihak berkuasa yang berkaitan

Kesimpulan

Akidah Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah yang menjadi pegangan di negara ini mestilah sentiasa dihayati agar sebarang anasir perosak akidah dapat dijauhi.

Oleh itu, umat Islam di Malaysia khususnya di negeri Selangor perlu menjauhkan diri daripada sebarang aktiviti yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas dan menjauhkan diri daripada segala bentuk ajaran dan fahaman yang meragukan.

Segera laporkan segala aktiviti yang meragukan kepada pihak berkuasa agama bagi membendung penularan ajaran yang boleh merosakkan akidah, syariah dan akhlak umat Islam.

Sumber: Majlis Agama Islam Selangor

Naik taraf LRA di sempadan negeri. Tahniah Tuan Ibrahim.

 

Foto daripada Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.

KASA teliti naik taraf LRA sedia ada di sempadan negeri

KOTA BHARU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang meneliti langkah menaik taraf keupayaan kapasiti loji rawatan air (LRA) sedia ada di setiap kawasan sempadan bagi meningkatkan bekalan air ke negeri berhampiran.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara ini sekali gus dapat mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan berbanding membina LRA yang baharu untuk meningkatkan bekalan sumber asli itu.

“Daripada kita membina satu loji baharu yang memakan kos besar lebih baik kita naik taraf loji sedia ada (di kawasan sempadan) untuk dibekalkan ke kawasan negeri-negeri yang berhampiran.

“Kita bukan hanya berkongsi air terawat termasuk juga sumber air sebab air di sempadan ini perlu dimanfaatkan antara dua negeri,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di LRA Kampung Telok, Panji, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata pihaknya dalam perbincangan dengan kerajaan Terengganu dan Kelantan untuk meneroka potensi LRA sedia ada di kawasan sempadan seperti di Besut, Terengganu yang boleh menyalurkan bekalan air ke jajahan Pasir Puteh.

Mengenai lawatannya, beliau berkata LRA Kampung Telok yang melibatkan keupayaan kapasiti air sebanyak 32 juta liter sehari itu, dijangka mula beroperasi awal November ini dan akan memanfaatkan 15,000 pengguna melibatkan kawasan Kota Bharu dan Bachok.

“Pembinaan LRA ini membabitkan peruntukan secara keseluruhan sebanyak RM46 juta dan setelah ia siap dalam masa yang ditetapkan maka ia dapat menyelesaikan masalah air yang ditampung Loji Chicha di kawasan Bachok,” tambahnya. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails