Tuesday, September 07, 2021

Polis Bongkar Pelacuran Kanak-kanak, 2 Perantara Ditangkap.

 

Kanak-kanak berusia 17 tahun, adalah mangsa pelacuran dalam talian.

Jakarta -Polis Pelabuhan Tanjung Priok membongkar amalan pelacuran gadis bawah umur di daerah Sunter Agung, Jakarta Utara. Dua orang dengan inisial RF dan ZSS yang disyaki sebagai germo ditangkap.

"Kami telah menemui sekumpulan orang yang menjual dan bertindak sebagai perantara pelacuran di bawah umur dan germo terdiri daripada dua orang," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah 3 dari Polis Pelabuhan Tanjung Priok, Iptu Wan Deni Ramona, seperti yang dilaporkan oleh Antara, Selasa (7/9). / 2021).

Penangkapan itu berpunca dari serbuan yang dilakukan di sebuah hotel di wilayah Jakarta Utara, malam Ahad (5/9). Serbuan itu menemui pasangan yang tidak sah dan seorang wanita di bawah umur.

Semasa menggali maklumat dari wanita itu, polis menerima maklumat bahawa kanak-kanak berusia 17 tahun itu adalah mangsa pelacuran dalam talian.

"Tawaran dibuat melalui perbualan (obrolan) di media sosial yang telah difilter, sehingga hanya orang tertentu yang dapat mengakses pesanan," kata Deni.

Definisi "anak" ditentukan dalam Pasal 1 ayat (2) UU No. 3 tahun 1997 mengenai Keadilan Remaja, menyatakan; "Seorang kanak-kanak adalah orang dalam hal anak nakal yang telah mencapai usia 8 (lapan) tahun tetapi belum mencapai usia 18 (lapan belas) tahun dan tidak pernah berkahwin."

Oleh itu, dalam kes ini, polis hanya menahan suspek yang menjadi perantara kanak-kanak itu untuk dilacurkan. Polis juga merampas sejumlah bukti, termasuk wang tunai bernilai Rp 1,2 juta, tiga alat kontraseptif, kad akses pintu satu bilik, bukti pembayaran hotel, dan tiga telefon bimbit.

Pada masa ini, kedua-dua suspek masih disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Pelabuhan Tanjung Priok untuk siasatan lanjut.

"Maklumat lebih lanjut akan disampaikan dalam siaran," kata Deni.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Masalah-masalah begini adalah masalah umat Islam sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang tidak terbatas hanya dalam kelompok sempadan negara sahaja.

Kanak-kanak Berusia 10 Tahun Dipaksa Jadi Pelacur Dan Hamba Seks Jalanan - Malaysia Instinct 

Zahid terima 46 pertuduhan, sama seperti LG Eng? Tolak mereka!

 

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP

'Zahid patut terima imuniti 46 pertuduhan'

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya diberi imuniti daripada didakwa kerana semua maklumat mengenai transaksi berkaitan Yayasan Akalbudi (YAB) yang dikendalikan keluarganya didedahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid, berkata tertuduh menuntut imuniti daripada pendakwaan mengikut Seksyen 30 (7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tertuduh (Ahmad Zahid) pada 2 Julai 2018 dan 3 Julai 2018 membuat dua pernyataan berdasarkan Seksyen 30 (3) (b) Akta SPRM. Dengan kedua-dua pernyataan ini, tertuduh mendedahkan maklumat dan oleh itu di bawah Seksyen 30 (7) Akta SPRM, beliau dilindungi dengan imuniti daripada pendakwaan.

"Kedua-dua pernyataan ini diakui melalui SP89 (saksi pendakwaan ke-89 Fairul Rafiq Hamirudin), pegawai penyiasat pertama yang dipanggil pihak pendakwaan. Beliau mengesahkan dalam pemeriksaan balas bahawa beliau mempunyai akses dan hak penjagaan pernyataan di atas. Beliau juga mengesahkan bahawa beliau telah memeriksa pernyataan itu.

"SP89 kemudiannya mengesahkan kedua-dua pernyataan itu diberikan menurut perintah di bawah Seksyen 30 (1) (a) Akta SPRM dan tertuduh tidak didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 27 Akta SPRM berkenaan berhubung kedua-dua pernyataan tersebut kerana memberikan maklumat yang tidak benar, " katanya semasa berhujah pada akhir kes pendakwaan membabitkan Ahmad Zahid di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Hisyam berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan dalam satu daripada pernyataan terbabit, anak guamnya mempunyai imuniti terhadap 46 daripada 47 pertuduhan dan dalam keadaan demikian, tertuduh tidak boleh didakwa.

"Oleh itu, dengan menggunakan subseksyen 30 (7) pada fakta-fakta kes ini, saya berhujah tertuduh mempunyai imuniti dan tidak dapat didakwa atas 46 daripada 47 kes. Semua 46 kesalahan ini adalah berkenaan dengan 12 tuduhan pecah amanah (CBT), tujuh daripada lapan tuduhan rasuah dan semua 27 tuduhan pengubahan wang haram," katanya.

Sebelum itu, Hisyam berkata, tuduhan terhadap anak guamnya dikenakan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Semasa membaca petikan buku tulisan bekas peguam negara itu yang berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness', peguam itu berkata Thomas menjelaskan bahawa beliau hanya mendakwa Ahmad Zahid selepas berpuas hati kerana mempunyai peluang yang realistik untuk mendapatkan sabitan berdasarkan bukti yang banyak terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Hisyam berkata, selepas mendengar, membaca dan melihat bukti yang dikemukakan pihak pendakwaan, walaupun keyakinan AG ketika itu untuk mendapatkan sabitan, kenyataannya adalah pertuduhan itu dibuat berdasarkan bukti tidak kukuh.

Hisyam berhujah bahawa anak guamnya dikenakan pertuduhan yang tidak sewajarnya.

Peguam itu berkata, mengikut pertuduhan, Ahmad Zahid dituduh melakukan CBT ketika beliau memindahkan dana YAB bernilai RM17.9 juta ke akaun amanah atas nama Lewis & Co.

"Ini jelas salah dari segi undang-undang untuk mengatakan bahawa berlaku CBT ketika YAB mengekalkan pemilikan wang itu ketika wang berkenaan sampai ke tangan akaun anak guam Lewis & Co.

"Pelajar undang-undang jenayah akan memberitahu kita bahawa tidak berlaku CBT kerana YAB masih mengekalkan hak milik ketika dana sampai akaun anak guam Lewis & Co. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah bahawa terdapat motif di sebaliknya semasa mengemukakan pertuduhan ini.

"Tertuduh dikenakan pertuduhan secara tidak wajar bukan berdasarkan undang-undang atau bukti. Sekali lagi, perkara yang betul harus dilakukan ialah pihak pendakwaan menarik balik tuduhan CBT apabila jelas tidak ada CBT ...Anak guam saya didakwa tidak berdasarkan undang-undang atau bukti," katanya.

Hisyam berpendapat bahawa bukan untuk kepentingan umum apabila seseorang yang dituduh secara tidak wajar atau salah.

"Ini mengambil masa mahkamah. Malah, ia adalah penyalahgunaan proses. Mahkamah ini perlu menegaskan bahawa masa mahkamah sangat berharga dan tidak boleh disalahgunakan," katanya. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes ini 'Zahid patut terima imuniti 46 pertuduhan', mungkin sama saja dengan kes rasuah pemimpin DAP Lim Guan Eng.. Kalau berlaku PRU 15 sekarang, rakyat perlu tolak mereka dan yang sekandang kes dengannya, kerana merekalah perosak negara sekiranya terrpalit..


Monday, September 06, 2021

11 Perundangan Syariah akan digubal &dipinda -T/Menteri Agama JPM.

 

11 Perundangan Syariah yang akan digubal dan dipinda.

SAYA yakin ramai yang mahu bersama memartabatkan Undang-undang Syariah di Malaysia. Infografik ini misalnya, dikirimkan kepada saya, tanda sokongan dan kebersamaan dalam menyampaikan perancangan-perancangan kerajaan yang mahu meninggikan lagi martabat Undang-undang Syariah. Jujurnya, saya terharu dan terima kasih saya ucapkan.

Memang benar, bagi memperkasakan Undang-undang Syariah, khususnya di Wilayah-wilayah Persekutuan, kerajaan telah merangka Pelan Pemerkasaan Undang-undang Syariah bagi tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2020 hingga 2025.

Dalam Pelan Pemerkasaan ini, kerajaan telah bercadang untuk menggubal 11 Undang-undang Syariah utama, iaitu termasuk penggubalan undang-undang baharu dan pindaan undang-undang sedia ada, dan 8 Undang-undang Syariah subsidiari.

Penggubalan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) merupakan sebahagian daripada Pelan Pemerkasaan tersebut. 

Selain daripada pindaan kepada Akta 355, melalui Pelan Pemerkasaan tersebut juga kerajaan telah dalam proses untuk menggubal beberapa Undang-undang Syariah baharu termasuk RUU Wakaf, RUU Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan lain-lain.

Bantu saya sampaikan maklumat ini dengan kongsikan poster ini seluas-luasnya.

YB USTAZ DATUK AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 6/9/2021

SUMBERAHMAD MARZUK SHAARY

Isu lawak jam ‘Rolex’: Siti Kasim nak buruk-burukkan tugas Menteri agama?

 

Isu jam ‘Rolex’: Idris Ahmad nafi dakwaan Siti Kasim

KUALA LUMPUR: Dakwaan peguam dan aktivis, Siti Kasim terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama ), Senator Idris Ahmad yang dikatakan memakai jam tangan Rolex ternyata tidak benar apabila Idris sebenarnya memakai jam jenama Buruj. 

Idris berkata, jam yang dipakai beliau itu sebenarnya adalah jenama Buruj yang telah lama dipakainya bagi memudahkan dirinya untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat. 

“Boleh solat kat mana-mana. Dalam pejabat yang baru masuk pun boleh solat sebab senang nak tentukan arah kiblat (dengan jam Buruj berkenaan),” ujar beliau menerusi hantaran di  Facebook, Twitter dan Instagram miliknya hari ini...

Siti Kasim dalam kenyataannya di Twitter sebelum ini meminta pengikut laman sosialnya itu  memeriksa jam tangan dipakai Idris dalam satu gambar yang memaparkan Naib Presiden PAS itu sedang menadah tangan untuk berdoa, yang didakwanya dari jenama Rolex. 

Tinjauan HarakahDaily di laman web Buruj.my mendapati harga seutas jam tangan jenama Buruj jenis Rose Gold hanya RM279 dan Silver (RM269), berbanding dengan jam tangan jenama mewah Rolex yang dianggarkan paling murah adalah jenis Oyster Perpetual berharga RM20,750 dan yang paling mahal pernah terjual ialah Paul Newman’s Rolex Daytona Ref 6239 berharga RM72.2 juta. –HARAKAHDAILY 5/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Isu ini isu lawak, dihadapkan kepada Menteri Agama JPM yang baru. Adakah hal ini  terkait dengan publisiti murah atau nak buruk-buruk tugas agama?

,

Tangkap layar Twitter Siti Kasim menunjukkan gambar Idris yang didakwa memakai jam tangan Rolex.

Taliban wajibkan pelajar perempuan di universiti niqab. -&Komen IH.

 

Wanita Afghanistan menyertai tunjuk perasaan di Kabul menuntut hak mereka dihormati dan diberi peluang menyertai kerajaan baru Taliban. - Foto EPA

KABUL: Taliban mewajibkan pelajar perempuan yang mahu menyambung pengajian di universiti swasta di Afghanistan memakai jubah dan niqab.

Selain itu, pelajar lelaki dan perempuan juga disyaratkan supaya diasingkan dalam kelas berbeza atau sekurang-kurangnya dipisahkan dengan tirai.

Dalam dokumen panjang lebar yang dikeluarkan pihak berkuasa pendidikan Taliban, mereka turut mengarahkan pelajar perempuan hanya diajar oleh pensyarah wanita.

Namun jika tiada pensyarah wanita, lelaki berusia dengan 'perwatakan yang baik' boleh dipertimbangkan sebagai pengganti.

Peraturan sama terpakai untuk kolej swasta dan universiti yang banyak ditubuhkan sejak pentadbiran terdahulu Taliban berakhir pada 2001 susulan serangan tentera Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang tempoh terbabit, gadis dan wanita sukar mendapatkan pendidikan berikutan peraturan kelas perlu dipisahkan antara wanita dan lelaki selain perempuan harus ditemani saudara lelaki setiap kali keluar dari rumah.

Tiada arahan untuk wanita memakai burqa dalam peraturan baharu yang dikeluarkan semalam, sebaliknya hanya niqab yang menutupi sebahagian besar wajah dengan hanya mendedahkan mata.

Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, burqa dan niqab hampir tidak digunakan di Kabul dan hanya digunakan di beberapa bandar lebih kecil.

Arahan baharu Taliban itu dikeluarkan ketika universiti swasta dijangka dibuka semula esok.

"Universiti diminta menyediakan pensyarah wanita untuk pelajar wanita berdasarkan kemudahan yang mereka miliki.

"Selain itu, pihak pengurusan mesti menyediakan pintu masuk dan keluar yang berbeza bagi pelajar perempuan serta lelaki," menurut arahan itu.

Disebabkan pelajar perempuan diwajibkan belajar di kelas berasingan, mereka juga perlu mengakhiri pembelajaran lima minit lebih awal berbanding pelajar lelaki untuk mengelakkan mereka bergaul di luar.

Mereka kemudian perlu menunggu di ruangan khas sehingga rakan pelajar lelaki meninggalkan bangunan.

Seorang profesor yang enggan dikenali berkata secara praktikal, ia adalah syarat yang sukar kerana institusi pendidikan tidak mempunyai kelas atau tenaga pengajar perempuan yang mencukupi untuk tujuan itu.

"Namun, perkembangan di mana mereka membenarkan perempuan untuk bersekolah dan melanjutkan pengajian di sekolah adalah satu langkah positif, " katanya kepada AFP.

Sebelum Taliban kembali berkuasa di Afghanistan pada 16 Ogos lalu, wanita dan lelaki di Afghanistan boleh belajar serta menghadiri seminar bersama. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya Ibnu Hasyim pernah sampai ke Afghanistan pada pertengahan 1980an sewaktu Afghanistan diperintah oleh Rusia dulu. 

Waktu itu rakyat menyokong perjuangan mujahidin yang diketuai oleh beberapa pemimpin seperti Burhanuddin Rabbani, Gulbuddin Hekmatiar dan beberapa lagi. Saya masuk melalui Karachi, Islamabad, Peshawar, dan Kyberpass ikut jalan darat. Waktu itu Osama Laden dan Taliban belum memainkan peranan lagi.

Dan kini setelah Rusia berambus, Mac 2020, kemajuan Taliban pun telah meningkat, penjajah AS menggantikun penjajah Rusia, Biden pimpinan AS baru pula terpaksa cabut lari dari Afghan. Afghanistan kini di bawah era Taliban.  

Ke mana Era Taliban?

Menurut penyelidik, ada tiga senario dihadapan mereka.

I. Taliban membentuk kerajaan yang inklusif.

Pemerintahan seperti itu, yang akan merangkumi kumpulan etnik dan agama yang berbeza dan bekas pekerja, dapat membolehkan Taliban memerintah negara dengan lebih mudah dan mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.  Dalam senario ini, kementerian penting seperti pertahanan, keselamatan, perisikan dan ekonomi berada di bawah pentadbiran Taliban.

Sementara kementerian yang lebih rendah dapat diagihkan kepada kumpulan bukan Taliban. Walau bagaimana pun, senario sederhana tidak terhad kepada bagaimana pemerintahan akan dibentuk. Isu bagaimana Taliban akan menerapkan peraturan syariah juga sangat penting agar senario sederhana dapat direalisasikan. 

Taliban, yang telah memberikan pesan sederhana mengenai penyertaan wanita dalam kehidupan kerja dalam pernyataan yang dibuat hingga hari ini, harus terus memberikan pesan yang sama setelah 31 Ogos dan mencerminkan pesan-pesan ini dalam tindakan mereka. Sebenarnya, walaupun banyak pelaku antarabangsa menyokong senario ini, mereka menyatakan bahawa yang penting adalah tindakan Taliban.

II. Senario, terdiri dari Taliban yang menyedari kekuatan mutlak mereka. 

Dalam senario seperti itu, alih-alih berkongsi kuasa, Taliban ingin mendapatkan kawalan mutlak di Afghanistan dengan mengambil seluruh struktur di bawah kawalannya. Ini juga bermaksud meletakkan masyarakat terkawal dengan menerapkan peraturan Syariah dengan lebih ketat. 

Dalam senario ini, mungkin menghadapi pentadbiran Taliban yang lebih sukar dalam bidang seperti keselamatan, ekonomi dan kehidupan sosial.

III. Senario ketiga adalah adalah pelaksanaan rejim ketakutan berdasarkan keganasan. 

Pada periode 1996-2001, Taliban menubuhkan sebuah rejim di mana mereka benar-benar menindas dan menguasai masyarakat dengan amalannya yang keras. 

Oleh itu, diketahui bahawa Taliban mempunyai pengalaman berkuasa seperti itu. Keterlihatan keganasan dan penindasan dengan rejim Taliban yang baru pasti akan melemahkan tangan Taliban di dalam dan di luar. Namun, ketika dianggap bahawa Taliban bukanlah satu struktur, walaupun pesan sederhana diberikan, jika ada perbedaan pendapat antara sayap agama, politik dan ketenteraan, suatu praktik kekuatan di mana keganasan dan penindasan terjadi di pusat mungkin muncul. 

Senario seperti itu juga boleh menyebabkan pemberontakan tempatan terhadap Taliban dari pelbagai negara. Apa jenis pemerintahan yang akan ditubuhkan Taliban sangat penting untuk masa depan Afghanistan. Pembentukan rejim yang ditutup sepenuhnya dapat memperdalam masalah yang ada di Afghanistan. 

Menurut laporan PBB, 10 juta kanak-kanak di negara ini berisiko kelaparan. 14 juta orang mempunyai masalah keselamatan makanan yang serius. Ini sesuai dengan sepertiga penduduk Afghanistan. Tidak kira apa jenis pemerintahan yang ditubuhkan Taliban, ia menghadapi masalah berduri. 

Menyelesaikan masalah ini dan memerintah Afghanistan hanya bergantung pada realisasi senario sederhana. Jika tidak, Afghanistan mungkin menghadapi perang saudara yang lebih dahsyat.

Begitu kira-kira. -Ibnu Hasyim.

COVID-19 mengandung hikmah cukup besar.. Ustazah Ainun Mardhiah

 

Peluang ‘luruskan’ keluarga ke jalan Allah

BENTONG: Dewan Muslimat PAS Kawasan Bentong menutup Karnival Bulan Dakwah 2021 dengan ceramah perdana mengupas tajuk ‘Baiti Jannati’; Ke Arah Membina Keluarga Cemerlang dan Cintakan Agama’, kelmarin.

Program yang telah berlangsung sejak 25 Ogos lalu itu mencapai kemuncaknya dengan diikuti para peserta setia mendengar kupasan disampaikan pendakwah muslimah, Ustazah Ainun Mardhiah Ismail.

Dalam kupasannya, beliau menyentuh mengenai pandemik COVID-19 yang disifatkan beliau mengandung hikmah yang cukup besar jika masyarakat semua dapat memandangnya dari sudut postif.

“Bayangkan, selama ini mungkin kita tidak pernah solat berjamaah sama-sama, mengaji Quran sama-sama dan makan sama-sama. Tup-tup datang COVID-19 semua orang dapat melakukan aktiviti bersama-sama yang dulunya dia tak pernah buat.

“Sekarang dia dapat buat. Indah bukan? Sebelum COVID-19, kita mungkin selalu lalai dan ‘tidak nampak’ Allah, tetapi datangnya COVID-19, rupa-rupanya dengan atau tanpa sedar telah membawa seluruh ahli keluarga kembali dekat dengan Allah.

“Sebuah rumahtangga yang ingat dan cintakan Allah, insya-Allah Allah akan ingat dan jatuh cinta padanya, Allah akan kurniakannya rahmat, ketenangan, kelapangan dan kebahagiaan kepada seisi ahlinya,” kupas penulis buku, `Kucium Haruman Syurga‘ kelahiran Pahang itu.

Seorang penonton dari Indera Mahkota, Mahirah Basirah Saari, meluah rasa keberuntungannya kerana dipilih Allah berada bersama-sama di dalam majlis ilmu tersebut.

“Walau saya masuk di saat-saat akhir, tetapi saya bersyukur dapat mengutip ilmu yang disampaikan kerana saya memang tercari-cari ilmu pendidikan berkenaan rumahtangga,” ujar beliau terharu ketika mengirim pesanan khidmat ringkas tersebut kepada urusetia.

Pengerusi Lajnah Dakwah Muslimat PAS Bentong, Faezah Mohammad berkata, institusi kekeluargaan kini berhadapan cabaran yang sangat hebat kesan pandemik COVID-19 yang begitu menguji rohani dan emosi semua orang.

“Boleh dikatakan ramai orang terpaksa `berkurung’ duduk di rumah. Ibu dan ayah mungkin ada yang bekerja dari rumah dan mungkin sebahagiannya terpaksa keluar bekerja.

“Di sinilah terletak cabarannya. Perlunya kefahaman dan persefahaman yang tinggi antara semua pihak. Bagaimana cara atau pendekatan ibu dan ayah berkompromi dengan anak-anak.

“Justeru, kami di pihak Lajnah Dakwah, merasa terpanggil untuk membantu para isteri dan suami yang mungkin terkesan dengan pandemik ini melalui perkongsian ilmu ‘seni bina’ keluarga menurut acuan Islam pada malam ini,” ujarnya selaku pengarah program.

Karnival sempena bulan Muharram ini berlangsung selama 11 hari dengan pengisian menarik antaranya pertandingan kuiz, nasyid dakwah, tilawah interaktif dan ditutup dengan ceramah perdana malam tadi. – HARAKAHDAILY 6/9/2021

Jabatan Amal PAS bantu mangsa banjir, DAP ada jabatan apa?

 

Jabatan Amal beri semangat kepada mangsa banjir

SRI GADING: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) telah mengadakan operasi membantu dan menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir dalam kejadian yang berlaku di Kampung Parit Besar, di sini semalam.

Ketua Pengarah AMAL, Norazman Ishak mengetuai anggotanya berharap mangsa bencana alam itu bersabar dengan ujian dihadapi mereka dengan sentiasa ingat kepada qada’ dan qadar Allah S.W.T.

“Kejadian banjir yang berlaku tanpa diduga adalah ujian daripada Allah S.W.T kepada mereka yang terlibat dan pastinya ada hikmah di sebaliknya.

“Kita berharap mereka sabar menghadapinya dan mudah-mudahan kehadiran kita hari ini dapat meredakan sedikit bebanan yang ditanggung, ketika ini,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi pengalaman lebih mencabar ketika turun membantu mangsa kejadian bencana kepala air di Yan dan Merbok, Kedah baru-baru ini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ahmad Nawfal Dato’ Mahfodz dalam pada itu berharap masyarakat setempat dapat saling bermuafakat dan bersedia membantu mereka yang dalam kesusahan.

Dalam kunjungan ziarah pada misi tersebut, delegasi telah menghulurkan bantuan bakul makanan asas, segulung tikar getah dan keperluan lain disumbangkan Pertubuhan Sri Gading Sejahtera dan Surau Parit Besar.

Rombongan turut disertai Timbalan Ketua Pengarah AMAL, Zulkifli Muhyiddin dan Pengarah AMAL Johor, Iqbal Ghani serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Sri Gading, Ustaz Hashim Jusoh.

Turut bersama adalah Naib Yang Dipertua PAS Sri Gading, Ustaz Fadli Jamaludin dan  Ketua Muslimat PAS Sri Gading, Baesah Gasar serta Ketua PAS Cawangan Parit Besar, Suhaimi Misman dan Pengerusi Pertubuhan Sri Gading Sejahtera, Firdaus Mahdi. – HARAKAHDAILY 5/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Parti PAS ada Jabatan Amal sebagai bukti parti prihatin rakyat, dan Islam menggalakkan membantu rakyat tertindas. Parti DAP ada jabatan apa? Parti anti Islam ada...

Berikut ialah senarai 15 hujah dan bukti bahawa DAP sememangnya menentang Islam dan kedudukan istimewa Melayu-bumiputera, juga kepentingan berkaitan bahasa Melayu dan raja-raja Melayu yang menjadi tunggak utama Perlembagaan Malaysia.

Malah, DAP sudah cukup terkenal dengan kelantangan celupar dan biadab, memperlekeh, mempertikai, memprovokasi serta campur tangan terhadap hal-ehwal, institusi dan tokoh Islam.

1. Mufti Pahang, Dr Abdul Rahman Osman, sewaktu mempertahankan kandungan khutbah Aidiladha yang dikeluarkan Jabatan Mufti Pahang menyebut mengenai campur tangan DAP terhadap hal ehwal Islam seperti pelaksanaan hudud di Kelantan. Malah, tokoh DAP, Karpal Singh, cukup terkenal dengan kata-katanya, “an Islamic state over my dead body”.

2. Perlembagaan DAP jelas menyebut dalam Perkara 2 matlamat-matlamat DAP ialah untuk “mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal”.

3. Perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia menyebut bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan”. Namun, dalam Perlembagaan DAP pada Perkara 3 Matlamat-matlamat DAP hanya menyatakan “mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama”.

4. Sheikh Omar Ali, Pegawai Khas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, pada 8 September 2015 menulis: “Bagi DAP, urusan beragama adalah bersabit seorang hamba dengan Tuhannya”. Pegangan DAP yang membataskan urusan beragama kepada soal peribadi ini bercanggah dengan definisi Islam, iaitu satu cara hidup.

5. Penentangan DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (RUU355) dengan pelbagai alasan. Sedangkan ia sekadar mahu meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas penganut Islam atas kesalahan syariah sahaja.

6. DAP juga memiliki rekod membentak dan ingkar kepada raja-raja Melayu. Antaranya mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak apabila Lim Kit Siang menyeru agar Adun DAP memboikot upacara mengangkat sumpah kerana tidak setuju perkenan Almarhum Sultan Azlan Shah yang melantik Adun PAS sebagai Menteri Besar pada 2008. DAP juga mengundang murka Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2014 apabila enggan mengemukakan lebih daripada dua nama untuk calon Menteri Besar Selangor susulan Langkah Kajang. Ini tidak termasuk banyaknya lagi celupar pro-DAP terhadap institusi Istana.

7. Lim Kit Siang menuduh khutbah Jumaat disediakan Jakim sebagai menyebarkan kebencian dan mencabar usaha ke arah keharmonian. Pengerusi Wanita DAP, Chong Eng, pula mengkritik khutbah Jumaat berkait kewajiban wanita Muslim menutup aurat. Timbalan Setiausaha Agung DAP, Dr P Ramasamy, pula pernah menggelar pendakwah Islam, Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

8. Dalam isu laungan azan dan bacaan ayat al-Quran, Dr Tan Seng Giaw telah mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2005 keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara yang dikatakan mengganggu penganut bukan Islam, terutama pada waktu Subuh. Antara disebut beliau, “bahkan juga 1,500 tahun yang lampau mana ada pembesar suara?”

9. Dalam isu solat hajat, Teresa Kok mempersoalkan dalam Facebook beliau pada 22 Julai 2016 kewajaran Exco Hal Ehwal Agama Selangor dari PAS, Dr Ahmad Yunus Hairi, mengarahkan agar semua masjid di seluruh negeri mengadakan solat hajat untuk memohon ke hadrat Allah agar konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada 25 Julai dibatalkan.

10. Dalam isu umrah di Makkah, pemimpin DAP Melaka, Damian Yeo Shen Li, mempersoalkan sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah. Sindiran sama juga telah disuarakan oleh pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan, dalam muka buku beliau pada Mac 2016 walaupun ia kemudiannya dipadamkan.

11. Dalam isu aurat, Nga Kor Ming menyindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan seorang pemimpin Umno Pulau Pinang, Ahmad Darus, yang mencadangkan dalam Perhimpunan Agung Umno 2015 supaya pramugari MAS memakai pakaian yang menutup aurat sebagai "pemimpin Melayu otak cacat".

12. Dalam isu murtad, Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014, supaya umat Islam diberikan kebebasan untuk keluar dari Islam. Kata beliau, umat Islam mestilah menerima hakikat bahawa jika seseorang Islam atas kehendaknya sendiri mahu keluar dari Islam dia mestilah dibenarkan berbuat demikian.

13. Pemisahan DAP dari semua pakatan politik yang pernah disertainya, iaitu Gagasan Rakyat pada Jan 1995, Barisan Alternatif pada Sept 2001 dan Pakatan Rakyat pada Jun 2015 kesemuanya berpunca dari ketidaksetujuannya terhadap perjuangan Islam PAS.

14. Deklarasi Setapak DAP menyatakan, “kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok bumiputera dan bukan bumiputera ditentang”.

15. Kuat menyuarakan supaya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.

Ini merupakan sebahagian daripada banyaknya lagi hujah dan fakta serta senarai panjang mengenai DAP dalam isu ini. Kita cabar DAP dan 'barua-barua'nya supaya menjawab setiap satu daripada semua hujah ini dengan fakta yang sahih.

Sekian.

.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails