Monday, September 13, 2021

Bekas pereka grafik tanam anggur, hasil hampir 100kg sebulan

 

Foto daripada Facebook Wan Yusoff Abdul Rahman.

Persepsi bahawa tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk ternyata tidak benar...

TUMPAT: Persepsi bahawa tanaman anggur hanya sesuai ditanam di kawasan atau negara beriklim sejuk ternyata tidak benar apabila buah itu dilihat mampu hidup subur di kawasan beriklim tropika seperti Malaysia.

Ini terbukti melalui usaha bekas pereka grafik, Wan Yusoff Abdul Rahman, 37, yang berjaya ‘menghidupkan’ tanaman anggur di Kampung Belukar dekat Wakaf Bharu di sini, dengan menggunakan teknik dan pembajaan bersesuaian.

Berpeluang untuk menjengah ke kebun anggur itu, penulis terpukau melihat puluhan tangkai anggur pelbagai warna yang hampir mekar menghiasi halaman rumahnya.

Wan Yusoff berkata di sekeliling rumahnya sahaja terdapat 60 pokok anggur pelbagai jenis termasuk NinelTransJupiter, dan Dixon, malah beliau mampu mengutip hasil tanaman itu hampir 100 kilogram (kg) sebulan.

“Kebanyakan spesis anggur ini berasal dari Ukraine, Uzbekistan dan Korea Selatan. Apa yang mengejutkan kesemuanya dapat hidup subur di sini malah rasa manisnya hampir menyamai rasa buah anggur di negara asal,” katanya kepada Bernama.

Wan Yusof berkata tanaman anggur yang diusahakan di halaman rumah sejak dua tahun lepas itu pada mulanya hanya sebagai projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi mengkaji ‘perangai’ tanaman berkenaan.

“Saya tidak nafikan tanaman anggur saya mampu mengeluarkan hasil hingga menjadi tumpuan orang ramai berkunjung ke rumah bagi melihat dan merasai sendiri anggur yang ditanam.

“Walaupun sukar dipercayai tetapi setiap pokok boleh mengeluarkan sebanyak 500 tangkai dengan berat yang mampu mencapai 500 hingga 700 gram setiap tangkai dan itulah hasil dikeluarkan pokok anggur tanaman saya,” katanya yang mempelajari teknik tanaman dan pembajaan melalui Internet.

Menurut bapa kepada lima anak itu, pokok anggur sebenarnya satu tanaman yang lasak dan mampu hidup lama serta perlukan cuaca panas.

“Berdasarkan R&D yang saya lakukan, hujan adalah musuh utama tanaman anggur ini dan memerlukan struktur perlindungan hujan bagi memastikan pokok anggur dalam keadaan baik.

“Selepas mengeluarkan putik, baki bunga kering dan masih melekat serta daun perlu dibuang bagi menghasilkan buah yang cantik. Kebiasaannya, selepas buah habis dipetik, saya pangkas daunnya kemudian ia akan berbuah lagi dalam masa 90 hari,” katanya.

Menurut Wan Yusoff, tanaman anggur di negara ini mampu mengeluarkan hasil lebih banyak kerana boleh berbuah tiga hingga empat kali setahun.

“Perancangan saya selepas ini adalah untuk membuka ladang anggur berkonsepkan agro pelancongan di kawasan seluas 0.4 hektar di Tumpat dengan tanaman sebanyak 500 pokok.

“Projek ini telah dimulakan yang mana saya sedang menyiapkan benih dan tapak dengan kerjasama beberapa agensi. Insya-Allah, mungkin dalam tempoh sembilan bulan lagi ia akan mengeluarkan hasil,” katanya.

Beliau juga sedang ‘mengintai’ dan berhasrat menanam spesis anggur dinamakan shine musket dari Jepun yang bersaiz lebih besar dan manis hingga boleh dijual dengan harga hingga RM500 sekilogram. – BERNAMA

Maka berkatalah Roketkini.Com "Kerajaan-PH tanda tangan MoU... "

 

Setelah mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil-wakil pihak kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini telah memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Persekutuan dan PH.

Dalam satu kenyataan bersama, wakil-wakil kerajaan dan PH memberitahu, semua pihak telah bersetuju bahawa MoU itu adalah untuk mengembalikan kestabilan politik negara. 

Menurutnya, ini demi menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara melalui pedekatan kerjasama secara ‘dwi-partisan’. 

“Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawapan. 

Sesuai dengan semangat itu dan komitmen untuk menterjemahkannya, tambahnya, maka kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani persefahaman ini pada hari esok, pukul 5 petang bertempat di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. 

Ujarnya, majlis tanda tangan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Ketua-Ketua parti PH iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (Presiden Parti Keadilan Rakyat), Lim Guan Eng (Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik), Mohamad Sabu (Presiden Parti Amanah Negara) dan Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu). – Roketkini.com


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Landskap politik baharu, Kerajaan-PH: Muktamadkan MoU.

KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) hari ini setuju memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk mengembalikan kestabilan politik negara bagi menangani COVID-19 dan pemulihan ekonomi negara menerusi pendekatan kerjasama secara 'dwipartisan'.

Dengan persefahaman ini, tumpuan dan keutamaan akan diberikan oleh kedua-dua pihak kepada landskap politik yang baharu melalui inisiatif-inisiatif transformasi dan pembaharuan terhadap tatakelola pentadbiran kerajaan, khususnya memperkasakan peranan institusi Parlimen.

Menerusi kenyataan bersama wakil kerajaan dan PH yang dikeluarkan malam ini, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya memorandum persefahaman ini kepada umum sebagai komitmen terhadap keterbukaan penuh dan kebertanggungjawaban.

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik itu akan ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama ketua parti dalam PH di Dewan Bankuet, Parlimen pada jam 5 petang, esok.

Ketua parti PH adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

"Selepas mengadakan beberapa pusingan rundingan, wakil kerajaan dan PH hari ini memuktamadkan sebuah memorandum antara kerajaan Persekutuan dan PH," kata kenyataan itu.

Mengikut kenyataan itu, wakil kerajaan yang menyertai rundingan berkenaan adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Wakil PH pula adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

Wakil Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan yang terbabit dalam rundingan untuk memuktamadkan sebuah memorandum persefahaman untuk kerjasama dwipartisan.

Tunggu berita selanjutnya..

Siasat bailout Tun M selamatkan anaknya...

 


Komen Rakyat dalam Blog ini..

1 comments:

Anonymous said...

Masa untuk LHDN siasat wang bailout beratus billion semasa Tun Mahathir menyelamatkan syarikat Perkapalan dan syarikat syarikat anak anak Tun samada perlu dibayar cukai.

Dr Mahathir mendakwa pembelian Konsortium Perkapalan Berhad oleh Petronas bukan 'bailout'.

Beliau berkata Mirzan Mahathir mahukannya pada harga RM2 bilion untuk membolehkannya menampung hutang RM1.7 bilion beliau.

"Tetapi Petronas hanya bersetuju untuk membayar RM1 bilion. Jadi Mirzan hilang RM1 bilion dalam perjanjian itu manakala Petronas kemudian menjual syarikat itu untuk keuntungan besar beratus-ratus juta."

Keadaan seperti itu yang boleh dianggap sebagai 'bailout' paksaan semasa Mahathir berkuasa sebagai Perdana Menteri jika Petronas tidak membeli syarikat itu, Mirzan akan menjadi muflis.

Pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan dedahkan nama ahli politik mula tersebar sejak malam semalam. Ini berikutan laporan polis yang di buat Dato Sri Najib Razak terhadap agensi tersebut.

Najib membuat pendedahan mengejutkan apabila menyatakan ada arahan tertentu dari ahli poltik kepada pegawai LHDN untuk mengenakan penalti cukai terhadapnya.

Menurut laporan polis yang dibuat Najib, beliau menamakan Ketua Pengarah LHDN dan beberapa pegawai turut bersubahat mengenakan beliau dan ahli keluarganya.

Pegawai-pegawai LHDN terbabit dipercayai telah melanggar Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan.

Mereka turut melanggar Seksyen 23 Akta SPRM yang membabitkan salah guna kuasa dan penggunaan dokumen palsu.

Lebih mengejutkan lagi, seorang pegawai tertinggi LHDN dikatakan telah menghadiahkan sebuah kereta mewah bernilai setengah juta ringgit kepada isterinya sendiri.

Adakah kenderaan tersebut sebahagian daripada imbuhan daripada ahli politik yang terbabit memberi arahan mengenakan Najib dan keluarganya?

Najib dalam pada itu bertindak mempelawa mana-mana individu terutama juruaudit cukai untuk memeriksa sendiri laporan cukai pendapatan beliau.

Saya mempelawa semua pihak terutamanya juruaudit cukai untuk memeriksa fail cukai pendapatan saya yang telahpun dikemukakan kepada mahkamah.

Pegawai LHDN yang terbabit sewajarnya tampil membuat laporan polis balas sekiranya merasakan Najib tidak membuat laporan adil terhadapnya.

Sunday, September 12, 2021

Wanita ini kesepian.. Setelah jadi bintang porno, akhirnya...

 

Kisah wanita sepi, setelah menjadi bintang lucah, akhirnya tamatkan hidup dengan bunuh diri.

St.Petersburg: Kristina Lisina terpaksa menjalani hidupnya sebagai bintang porno. Setelah menceburkan diri dalam industri pornografi, wanita Rusia itu sebenarnya merasa sunyi. Tragisnya, Kristina memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

Menurut laporan, wanita yang menjadi bintang Pornhub sering mengadu tentang kehidupannya kepada rakan-rakannya. Kristina mengaku mahu disayangi. Kristina sendiri diketahui sudah mempunyai kekasih

"Dia ingin memiliki keluarga dan dicintai," kata sumber, seperti dikutip oleh The Scottish Sun.

Dalam sejumlah kapsyen foto di Instagram, Kristina juga menunjukkan kesunyian dan keinginannya untuk bunuh diri. Dia telah menulis "mengajar saya bagaimana hidup" dan "hubungan atau kesepian?"

Pada bulan Julai, Kristina ditemui mati di St. Petersburg. Diduga, Kristina melompat dari tingkat 22. Ketika mayatnya dijumpai, dia mempunyai kertas di tangannya. Di atas kertas itu tertulis "Anda sentiasa ada di hati saya."

Dari kamera CCTV di bangunan itu, Kristina dapat dilihat berjalan di sekitar kawasan apartmennya dengan pakaian kasual sambil membawa makanan ringan. Penampilannya dilihat beberapa jam sebelum dia meninggal.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dikatakan, rakyat Malaysia kini bukan sahaja risau terhadap peningkatan kes harian Covid-19, malah berhadapan pula dengan laporan kes bunuh diri yang membimbangkan. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Mei lalu turut mengakui, semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan terdapat banyak kes bunuh diri dilaporkan, namun perkara itu tidak dihebohkan.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri pada 2019 adalah sebanyak 609 manakala tahun 2020 sebanyak 631 kes. Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes dilaporkan. Itu yang diketahui atau mungkin lebih lagi. Keadaan ini amat membimbangkan dan wajar diberikan perhatian serius.

Fakta ini lebih menggerunkan. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, secara purata dua kes dilaporkan berlaku setiap hari sejak 2019 hingga Mei 2021.

Jabatan Mufti Negeri Perak Malaysia, ada menyebutkan: 

"Kita dikejutkan dengan peningkatan kes bunuh diri di negara ini ketika kerajaan sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk menghalang penularan Covid 19. 

"Di antara faktor penyumbang kes bunuh diri adalah disebabkan kemurungan, putus asa, dan tekanan hidup kerana kematian ahli keluarga dan saudara kerana kematian disebabkan Covid 19, terlibat hutang yang serius, hilang pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan, masalah rumah tangga, masalah pembelajaran PDPR anak dan sebagainya."

Mengenai kes Kristina Lisina, kepada kawan-kawannya, walaupun bukan Islam..

Al-hamdulillah, Islam terus memantaunya, iaitu melarang penganutnya membunuh diri. Antara dalil.. 

Firman Allah dalam kitab suci Al-Quran, seperti : 

أ لُ َكة ْ َّ ه ََل الت أ إ ْ ي ُكم ْدأ أِبَي ُلُْقوا ََل ت َ و 

Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah: 195) 

Firman Allah SWT: 

ا ً يم َحأ ر ْ ُكم أ َن ب َكا َّللَ ن ا َّ أ َّ ۚ إ ْ ُكم َ ُفس لُوا أَن ُ َ ْقت ََل ت َ و Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa Mengasihani kamu. (Surah al-Nisa’: 29)

 أِف ا َ جأُ ِبأ َّ َ َو ت َ ي أ ه َدأ أِف ي ُ ُه َدت ي َدأ فَح ٍ َدة َدي ُ حب ه َ َْفس ن َ َل قَ ت ْ ًد من ا أ َخال َ م َّ ن َ ه َ أر ج َ َطْنه أِف َن ب ًدا أ َخال َ م َّ ن َ ه َ أر ج َ أِف َن ُ َ َّساه َح ت َ ي َ ُو فَ ه ُ ه َ َْفس ن َ َل َقت َب مسًّا فَ ْ َشأر َن م َ ًَدا، و ا أب َ يه أ ًدا ف َّ ُُمَل َ ّم ن َ ه َ أر ج َ دى أِف َن َّ ََََت ي َ ُو فَ ه ُ ه َ َْفس ن َ َل َقت ٍل فَ َ ْ جب ن أ دى م َّ َر ت ْ َن م َ ًَدا، و ا أب َ يه أ ًدا ف َّ ُُمَ ل ًَدا ا أب َ يه أ ًدا ف َّ ًدا ُُمَل أ َخال 

“Sesiapa yang membunuh diri dengan besi, maka di neraka jahanam nanti, besi itu selalu di tangannya, ia menusuk-nusukkannya ke perutnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan meminum racun, maka di neraka jahanam nanti, ia akan terus meminumnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan menjatuhkan diri dari gunung, maka di neraka jahanam nanti, ia akan menjatuhkan (dirinya) selama-lamanya.” 

Riwayat Muslim (109) Pendekatan Islam Dalam Menangani Tekanan Dan Masalah 

1. Tidak Bercita-cita Untuk Mati Dalam Islam, bukan membunuh diri sahaja diharamkan, tetapi bercita-cita untuk mati kerana masalah hidup yang dihadapi juga turut diharamkan. 

Rasulullah SAW bersabda: ي َّ َّ ََل تمن ي ُ َت أح ُدكم َن املو ، فإن كا ُ ه َ ٍ أصاب ّ ن ُضر أ م م َل َّ ُ ه َّ الل ْ ًًل، فليُقل د فاعأ َّ ب ا يل ً أت الوفاةُ َخري ين إذاكان َّ ا يل، وتوف ً أت احلياةُ َخري أين ماكان أحي 

“Janganlah mengharapkan kematian kerana ditimpa musibah dunia. jika terpaksa, maka hendaklah ia mengucapkan: ‘Ya Allah panjangkan hidupku, jika kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matilah aku jika kematian itu lebih baik bagiku’” (Riwayat al-Bukhari 5671) 

2. Dunia Adalah Tempat Ujian Kesabaran Manusia Semua ujian dan masalah yang dihadapi adalah untuk menguji kesabaran manusia.

Firman Allah : أتۗ ا َ ر َ م َّ الث َ ُف أس و اْْلَن َ أل و ا َ ْو اْْلَم َ ن أ ّ َْق ٍص م ن َ وأع و ُ ا ْْل َ أف و ْ ا ْْلَو َ ن أ ّ م ٍ ء ْ َشي أ ُكم ب َّ ن َ لُو ْ ب َ لَن َ و َ أرين أ صاب أر ال َّ َ ّشأ ب َ و 

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Surah al-Baqarah : 155) 

3. Mohon Bantuan Dan Pertolongan Allah Dengan Kesabaran Dan Mengerjakan Solat Firman Allah SWT: ص أِبل َّ ُوا ين أ ع َ ت ْ اس َ َي و أ ع اشأ لَى ا ْْلَ َ أََّل ع ةٌ إ َ أري َا لَ َكب َّ أَّن إ َ ۚ و أ صًَلة ال َّ َ ْْبأ و Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. (Surah al-Baqarah: 45) 

4. Tidak Putus Asa Dengan Rahmat Allah Firman Allah SWT: َّللَ ن ا َّ أ َّ ۚ إ َّللأ ا َّ أ رْْحَة َّ ن أ َطُوا م َ ْقن ََل ت ْ أسأهم ُف ى أَن ٰ لَ َ فُوا ع َ ْر أَس َ ين ذأ َّ ال َ ادأي َ ب عأ َ َي ْ قُل َب ُو ذن ال ُّ ُ ر أ غْف َ ي ُ يم رحأ َّ ال ُ َُفور الْغ َ ُو ُ ه ه َّ ن أ اۚ إ ً يع ََجأ 

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatanperbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Zumar : 53) 

5. Sentiasa Berdoa Dan Memohon Kepada Yang Maha Esa Kita hendaklah ketika senang atau susah supaya memohon bantuan daripada Allah. Berdoalah kita seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah iaitu :

 أ َة ات ََشَ َ ، و أ َضاء َق ال أ ء ْ و ُ َس ، و أ شَقاء ال َّ ْكأ َر د َ ، و أ ًَلَء الب ْدأ ه َ ْ ج ن أ َك م أ ذُب ْ ُو أَع ّّن أ أ م ا َّ ُ ه َّ الل أ ْعَداء اْلَ “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada bala yang sukar, kejahatan yang melampau, qadak yang jahat dan cacian musuh.

 َك أ ذُب ْ ُو أَع َ أل و َ الْ َكس َ َ ْجأز و الْع َ ن أ َك م أ ذُب ْ ُو أَع َ و َنأ ز َ ا ْحل َ أ و ّ َم ا ْْل َ ن أ َك م أ ذُب ْ ُو أَع ّّن أ أ م ا َّ ُ ه َّ الل أل ا َ أج ّ أر الر ْ قَ ه َ أن و ْ دي ال َّ أ ة َ ْ غَلَب ن أ َك م أ ذُب ْ ُو أَع َ ُ ْخأل و الب َ ُْْبأ و ا ْْل َ ن أ م . 

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu dari rasa penakut dan kikir, dan aku berlindung kepada-Mu dari bebanan hutang dan penindasan.”

Sekian.


Perhatian:

Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Jslam adalah mendunia..

Rentas Mendunia.

Jangan tinggalkan S'pura? Biarkan subahat pembangkang PAP+DAP?

 

Komen Rakyat dalam Blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Vanu Gopala Venon Duta Singapura kunjungi Najib... Simbolik permohonan maaf Singapura pada bossku..! Bossku tiada apa jawatan dalam kerajaan tapi duta Singapura bertujuan utama adalah untuk eratkan hubungan ekonomi kedua negara Singapura Malaysia.!?

Kenapa Duta Singapura tidak kunjungi Tun atau PM ke 9. Salah satu sumbolik permohonan fitnah jijik 1MDB media Singapura semasa Tun Mahathir semasaPH@DAP berkuasa dulu.

Bossku tak perlu layan Singapura dalam hubungan ekonomi Singapura. Pepatah ada menyarakan When we Friend With Singapore We Dont Need Enemy.. bila dah berkawan dng Singapura bermakna kita tak perlu musuh lagi sebab Singapura bertindak sebagai musuh bila Malaysia berkawan dengan negara itu..!!

Rapat kan hubungan dengan jiran serumpun yang jauh lagi menguntungkan iaitu Indonesia yang ada sumber daya alamntang cukup banyak dan menguntungkan.

https://youtu.be/VY0q3nYXXwg

Petronas sudah masuki industri Migas Indonesia. Sumur minyak migas di Sampang Madura menjumpai simpanan billion kubik minyak.

https://youtu.be/D8utU3fWEBM

CSR Petronas membuka mata rakyat Indonesia betapa mereja menghargai setiap sumbangan pada rakyat tempatan di Sampang Banyuentas Acheh dll. Berbanding Chevron Mobil BP yang sudah lama bertapak di Indonesia.

https://youtu.be/YvVzeJDRCec

Tinggal kan Singapura yang banyak jadi duri dalam daging pada negara ini. Singapura tidak membantu kaum Melayu di sana. Tidak ada sorang pun kaum Melayu bertaraf billionaire di Singapura. Bodoh sangatkah orang Melayu di Singapura..!?

Apalah sangat Singapura sebesar Pulau Lombok atau Langkawi itu jika Malaysia dan Indonesia mengerat dan perkuatkan hubungan ekonomi kedua negara. Nah link bawah ini Indonesia bertindak contohi Malaysia

https://youtu.be/T-McLuK0nE0

Masa untuk mengajar Singapura celaka ini. Tanpa Indonesia dan Malaysia Singapura hanya tinggal nama sahaja. Lupakan Singapura elok hubungan diplomatik antara Singapura Malaysia dikaji balik atau direndahkan taraf hubungan itu.

https://youtu.be/AU38uujrYhE

Jemaah masjid sama rata, tiada ‘kluster kayangan’ -T/Menteri Agama JPM.

 

KOTA BHARU: Dalam pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak ada golongan atasan atau digelar ‘kluster kayangan’, sebaliknya semua golongan dilayan sama rata dalam soal kehadiran jemaah ke masjid dalam tempoh pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, semua pihak sedia maklum mengenai prosedur operasi standard (SOP) masjid yang mengehadkan bilangan jemaah dalam satu-satu masa.

Malah katanya, SOP juga akan sentiasa diperbaharui mengikut kesesuaian.

Namun katanya, yang utama adalah kadar imuniti kelompok perlu dicapai selain mempertimbangkan kadar jangkitan Covid-19 untuk membenarkan lebih ramai orang hadir ke masjid.

“Selain daripada SOP, saya juga sudah menyatakan kepada pihak masjid bahawa biarlah ada budi bicara dan jangan hanya melayan kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

“Sebenarnya saya sendiri pun beratur apabila ke masjid di Putrajaya dan ada tempat yang perlu kita patuhi sepertimana orang ramai. Yang paling penting yang hendak pergi masjid perlu awal untuk mengambil tempat yang sesuai,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai video yang tular itu, Ahmad Marzuk berkata, pihaknya akan mengenal pasti lokasi dan permasalahan sebenar yang berlaku dan sudah meminta serta memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Apa yang tular itu sedang kita kenal pasti apa permasalahan sebenar. Pihak kita pun telah meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan JAKIM dan dalam masa sehari dua ni insya-Allah perkara ini isu ini akan kita diselesaikan.

“Cuma nasihat saya kepada semua para jemaah yang kita tahu bahawa sekarang ini SOP masih lagi terhad kepada jumlah yang minima, bagaimanapun kerajaan memandang serius perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai video yang tular di media sosial membabitkan golongan atasan yang memasuki masjid tanpa menunggu giliran sedangkan jemaah lain sedang beratur di pintu utama untuk masuk ke dalam masjid.

Dalam masa sama, video berkenaan turut mengundang kecaman daripada warganet sehingga ada yang mempersoalkan wujudnya perbezaan dua darjat di antara orang kenamaan dan rakyat biasa.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan juga wang tunai kepada 25 pengayuh beca dalam Program YADIM Peduli: Musaadah YADIM-Bank Islam di Dataran Muhammadi, di sini, hari ini. Turut hadir sama, Pengarah Yadim Kelantan, Mahadi Awang. – HARAKAHDAILY 11/9/2021

Dr Kamarul: 2 dah minta maaf. Tunggu saman kepada 8 AP DAP..

 

Saman fitnah: Peguam PAN mohon maaf kepada Dr Kamarul

KUALA LUMPUR: Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berjaya membersihkan namanya yang tercemar ekoran fitnah Naib Ketua Pemuda PAN Negeri Perak, Mohd Fitri Asmuni.

Mohd Fitri yang juga seorang peguam dan anak kepada peguam Datuk Asmuni Awi, merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda PAN Nasional, Ahli Jawatankuasa Kanun Nasional PAN dan Ahli Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan dan Tatacara PAN.

Dalam penghakiman persetujuan yang dicapai di depan Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan, semalam, Mohd Fitri selaku defendan telah bersetuju membuat kenyataan permohonan maaf terhadap plaintif, Dr Kamarul.

Dr Kamarul yang diwakili Peguam, Mohd Harris Mohan Abdullah, telah mengemukakan saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020 atas fitnah dari dua artikel ditulis dan disiarkan oleh Mohd Fitri di dalam Facebook beliau.

Dua artikel yang dipertikaikan tersebut adalah bertajuk ‘Dr Kamarul Yusoff, Cybertrooper Bertaraf Doktor’ dan ‘Dr Kamarul Zaman Yusoff Kaki Putar Belit, Astora Jabat Masa Kini’ masing-masing bertarikh 23 dan 25 Mei 2017 yang memfitnah Dr Kamarul.

Di dalam kenyataan permohonan maafnya hari ini, Mohd Fitri yang diwakili Peguam, Noorazmir Zakaria, mengakui telah membuat kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa penulisan Dr Kamarul adalah penulisan yang tidak mempunyai nilai ilmiah.

Dr Kamarul juga ditulisnya tidak mengikut etika penulisan ilmiah dalam membahaskan subjek yang diketengahkan, malah Dr Kamarul disifatkan Mohd Fitri hanyalah penulis Facebook yang menyamar sebagai pengkritik, cybertrooper bertaraf doktor.

Penulisan Dr Kamarul tulis Mohd Fitri lagi, adalah sampah yang tidak mempunyai nilai akademik sekalipun beliau bergelar doktor dan Dr Kamarul cuba membohongi dan mengelirukan pembaca dengan penulisan beliau.

Malah, Mohd Fitri menyifatkan Dr Kamarul dalam tulisannya adalah penakut yang hanya mampu berselindung di sebalik penulisan beliau seperti di media sosial Facebook.

“Saya dengan rendah diri dan suci hati tanpa sebarang paksaan dan tanpa pengakuan terhadap liabiliti memohon maaf kepada Dr Kamarul di atas penerbitan kedua-dua buah artikel tersebut yang telah mengguris hati beliau.

“Saya juga menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut serta berjanji tidak akan menerbitkannya kembali atau menerbitkan apa-apa kenyataan yang seumpama dengannya di masa hadapan.

“Kenyataan ini dibuat atas semangat persahabatan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dan tidak ingin memanjangkan lagi kes ini di Mahkamah,” ujarnya Mohd Fitri di dalam kenyataan permohonan maaf beliau itu.

Ketika dihubungi, Dr Kamarul mengesahkan perkara ini dan menyifatkannya sebagai satu kemenangan moral yang akan menjadikan beliau lebih bersemangat di dalam menghadapi kes-kes saman fitnah lain beliau kemukakan.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada peguam yang membuat cadangan penyelesaian ini dan kepada Mohd Fitri yang bersetuju untuk membuat kenyataan permohonan maaf dan menarik balik kenyataan-kenyataan tersebut.

“Kes saman terhadap Mohd Fitri ini sebenarnya hanyalah sebahagian kecil daripada kes-kes saman saya terhadap sekumpulan pemimpin DAP dan PAN serta dua buah portal media, iaitu MalaysiaKini dan MalaysiaDateline.

“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap 8 Ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim.

“Kenyataan-kenyataan mereka, serta dua Ahli Parlimen PAN yang turut saya saman, iaitu Khalid Abdul Samad dan Mohamed Hanipa Maidin, lebih besar impaknya kerana mereka merupakan nama-nama besar dalam politik Malaysia,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Kamarul juga berkata, kes ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada ahli-ahli politik, khususnya mereka yang dari golongan pemuda, supaya tidak bersuara mengikut rasa dan lebih berhemah di dalam berhujah.

“Golongan pemuda ini biasanya berdarah panas, tetapi masa sama mereka perlu memastikan hujah mereka rasional dan dipandu oleh fakta, dan tidak menggelar orang lain sesuka hati, bila sedar buat silap terus akui kesilapan dan mohon maaf,” katanya. – HARAKAHDAILY 11/9/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dr Kamarul: 2 dah minta maaf. Tunggu saman kepada 8 Ahli Parlimen  DAP pula.. 

“Tumpuan sebenar saya adalah kepada kes-kes saman fitnah saya terhadap 8 Ahli Parlimen DAP, iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Chong Chieng Jen, Lim Lip Eng, Wong Kah Woh, Hannah Yeoh dan Steven Sim." Kata Dr Kamarul Kamarul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails