Monday, September 27, 2021

Peluang untuk Nur Sajat bertaubat sentiasa terbuka

 

Foto daripada Facebook Idris Ahmad.

KUALA BERANG: Peluang untuk Muhammad Sajjad Kamarul Zaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, bertaubat sentiasa terbuka jika beliau benar-benar ingin kembali kepada fitrahnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.

Beliau berkata kerajaan sedia memberi bimbingan dan kaunseling kepada Muhammad Sajjad selepas pihak berkuasa selesai mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik itu.

“Insya-Allah kalau dia sudi datang kepada kita, kalau dia sudah mengaku salah dan sebagainya, kalau dia nak balik kepada fitrah, tidak ada masalah.

“Kita bukan nak menghukum, kita lebih kepada pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan program Musa’adah FoodBank YaPEIM kepada 174 pekerja rumah bot di Pengkalan Gawi di Tasik Kenyir hari ini.

Idris juga berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menarik golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kembali ke pangkal jalan termasuk melalui program dakwah di jalanan.

Bernama sebelum ini melaporkan polis dalam proses memohon untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad daripada pihak berkuasa Thailand.

Muhammad Sajjad diburu oleh pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada 15 Jun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan di Mahkamah Ampang, Selangor. – BERNAMA

KASA komited jadikan M'sia hab air serantau menjelang 2040

 

"..jadikan sektor air sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan Malaysia sebagai hab air serantau." -Tuan Ibrahim.

REMBAU: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) serta Unit Perancang Ekonomi merangka Pelan Transformasi Sektor Air 2040 dalam intipati Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) untuk menjadikan sektor air sebagai enjin pertumbuhan ekonomi dan Malaysia sebagai hab air serantau menjelang 2040.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kementerian itu juga komited dalam memastikan kecukupan sumber air dan jaminan bekalan air bersih kepada seluruh rakyat di negara ini menerusi Pelan Transformasi Sektor Air 2040.

Menurutnya sebanyak 2,986 lembangan sungai di seluruh negara merupakan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat di negara ini dengan purata taburan hujan tahunan yang melebihi 2,000 milimeter (mm), antara tertinggi di dunia yang perlu dimanfaatkan sebaiknya.

Susulan itu banyak projek infrastruktur air sedang dilaksanakan dan dirancang dengan teliti seperti Projek Grid Air Kebangsaan, Projek Pengurangan Kadar Air Tidak Terhasil, Projek Takungan Air Pinggiran Sungai, Projek Naik Taraf Empangan, Projek Rancangan Tebatan Banjir dan Projek Pemuliharaan Pantai di seluruh negara.

“KASA menerusi Unit Perancang Ekonomi dan Akademi Sains Malaysia sedang merangka model pembiayaan alternatif sektor air untuk dilaksanakan di bawah agenda Transformasi Sektor Air 2040.

“Setakat ini, projek infrastruktur air sangat bergantung kepada pembiayaan awam sama ada dibiayai secara pinjaman atau pemberian geran. Justeru, mengambil kira sumber kewangan yang terhad, projek dijalankan mengikut keutamaan dan keperluan semasa oleh kerajaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sungai Rembau di sini hari ini.

Tuan Ibrahim berkata beberapa cadangan dipertimbangkan antaranya land-swap wakaf, sukuk, wakaf sukuk serta anuiti hibrid dan kementerian juga telah merintis projek pendanaan awam iaitu Wakaf Air yang dilancarkan hujung tahun lepas bagi membiayai projek infrastruktur air berskala kecil, segera dan tidak melebihi RM50,000 di kawasan luar bandar.

Beliau berkata dana Wakaf Air dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia telah mencecah RM3 juta dan sebanyak enam buah projek dilaksanakan dengan kos keseluruhan sebanyak RM244 ribu dapat memanfaatkan hampir 3,000 orang.

Dalam pada itu beliau berkata kerajaan perlu bersedia dalam memperuntukkan sejumlah perbelanjaan besar bagi mitigasi risiko dan menyediakan infrastruktur sumber air bagi memastikan kesejahteraan rakyat terjamin.

Sementara itu beliau berkata KASA sedang menyusun dasar, strategi dan pelan tindakan yang komprehensif bagi menyelesaikan masalah seperti kejadian kepala air dan banjir lumpur di daerah Kuala Muda dan Yan di Kedah baru-baru ini, serta gangguan bekalan air tidak berjadual dihadapi rakyat disebabkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir pihak yang melakukan pencemaran sungai.

Tuan Ibrahim menyeru Pihak Berkuasa Negeri mengaplikasi Pelan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai satu rujukan asas dalam perancangan pembangunan guna tanah khususnya di kawasan lembangan sungai dan sumber air.

“Semua pihak berkepentingan perlu merujuk Garis Panduan Pengambilan Pasir Sungai (Pindaan 2020) yang telah digubal oleh JPS. Semua agensi penguatkuasaan mesti bertindak dengan tegas, tanpa rasa takut dan memihak terhadap penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sumber air dan sungai,” katanya.

Beliau turut menyeru kerajaan Persekutuan dan negeri untuk mengukuhkan lagi sinergi dalam menguruskan sumber air, sungai dan bekalan air secara lestari di negara ini.

Mengenai sambutan Hari Sungai Sedunia 2021, tema Alur Air dalam Komuniti dipilih bagi menekankan aspek inklusif dan kebersamaan komuniti setempat dalam penjagaan sungai. – BERNAMA

Sunday, September 26, 2021

Ada transgender kembali kepada fitrah. -JPM. Al-hamdulillah

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad (dua kanan) beramah mesra bersama penerima bantuan musa'adah institusi pendidikan (pondok/ madrasah) pada Majlis Penyampaian Musa'adah di Madrasah Darul Ansar Kampung Basung hari ini. Sebanyak 10 pondok/ madrasah menerima sumbangan bernilai RM5,000. - Foto GHAZALI KORI

JAKIM sedia program bantu transgender tukar penampilan

KUALA BERANG: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyediakan pelbagai program diadakan untuk membantu golongan mukhannath atau transgender menyesuaikan diri dengan menukar penampilan seiring dengan budaya dan norma masyarakat tempatan dalam menjalani kehidupan harian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, setakat ini, lebih 1,700 orang hadir dan ada kalangan mereka ini yang kembali kepada fitrah.

"Alhamdulillah, kita bukan mahu menghukum, kadang-kadang mereka silap faham, hidup berkawan, jadi kita bukan sifat untuk menghukum (tetapi) lebih kepada soal pendidikan.

"Usaha ini bagi membantu mereka mengelak situasi janggal dan menjaga aurat serta privasi terutama ketika mahu ke masjid atau surau.

"Kalau dia lelaki, masuk saf lelaki sebab itu kita tak nak (sokong) LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Payah (susah) bayangkan kalau dia lelaki tiba-tiba masuk tandas wanita, (jadi) masalah sebab itu kita (tidak sokong) dalam soal LGBT," katanya ketika ditemui pada Lawatan Turun Padang ke Terengganu di sini hari ini.

Terdahulu, Idris melakukan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke Madrasah Darul Ansar dan bantuan kepada pengusaha pelancongan di Tasik Kenyir yang terjejas susulan pandemik COVID-19.

Ahad lalu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataan yang dimuatkan dalam Laman Web Rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis berkata, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-53/ 2021 pada 23 dan 24 Jun lalu, golongan transgender yang sengaja menyerupai jantina yang berbeza termasuk dalam golongan fasik.

Justeru, mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

"Solat jemaah golongan mak nyah ini hendaklah berdasarkan jantinanya yang sebenar. Juga dilarang mengerjakan haji dan umrah, jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah lain," kata Mohd Asri.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor juga menyarankan golongan itu menukar cara penampilan mereka di tempat ibadah supaya tidak kelihatan berbeza atau ganjil berbanding jemaah yang lain.

Malah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada Jumaat lalu berkata, kerajaan sedang meneliti untuk mengenakan larangan kepada transgender daripada memasuki masjid di Wilayah Persekutuan.

Ditanya mengenai status penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) dan keanggotaan suruhanjaya berkenaan, Idris berkata, perkara itu akan diputuskan di dalam kabinet.

"Kita akan putuskan dalam Kabinet, Insya-Allah yang akan mengetuai untuk pembentukan pelantikan semua itu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar," katanya.

Pada 14 Julai lalu, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH. (BH)


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Bila polis nak tangkap Zety Aziz. -Suara Rakyat dari blog ini..

 

Suara rakyat dari blog ini

1 comment:

Anonymous said...

Bila polis nak tangkap Zety Aziz.

Banyak yang diketahui oleh Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengenai akaun bank di Singapura yang dimiliki oleh suaminya Datuk Dr Tawfiq Ayman?

Menurut dokumen dan surat-menyurat yang dilihat oleh The Edge, Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura pada tahun 2015 dan 2016 telah berkongsi maklumat dengan Bank Negara Malaysia mengenai transaksi mencurigakan yang melibatkan Iron Rhapsody Ltd, yang mempunyai akaun bank di UBS di Singapura .

Tawfiq dan seorang anak lelaki mereka adalah pemilik bermanfaat Iron Rhapsody, menurut CAD.

Dokumen yang dikongsi oleh CAD Singapura dengan penyiasat Malaysia menunjukkan bahawa Iron Rhapsody menerima sejumlah AS $ 16.22 juta dari syarikat / akaun bank Low Taek Jho, atau Jho Low:

1) 18 Jun 2008: US $ 7.42 juta dari akaun bank Butamba Investments Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik benefisial Butamba Investments, yang terlibat dalam perjanjian tanah RM3 bilion pada Mei 2008 dengan Khazanah Nasional Iskandar

2) 21 Mei 2009: AS $ 0.732 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS. Jabatan Kehakiman AS telah menamakan Shearman sebagai firma yang digunakan Jho Low untuk mencuci wang yang dicuri dari 1MDB

3) 1 Jun 2009: US $ 0,567 juta dari akaun Acme Time Ltd di RBS Coutts Singapore. Jho Low adalah pemilik AcmeTime yang bermanfaat;

4) 17 Disember 2009: AS $ 6.25 juta diterima dari akaun firma guaman Jho Low, Shearman & Sterling di Citibank di AS

5) 18 Dis 2009: AS $ 1,25 juta diterima dari akaun Asset Central Holdings Ltd di RBS Coutts, Singapura. Jho Low adalah pemilik benefisial Asset Central.

CAD Singapura telah mengesahkan bahawa sumber wang dalam urus niaga 2, 3, 4, 5 berasal dari keuntungan yang dibuat oleh Jho Low dan kumpulan dari pembatalan bon 1MDB / TIA (Lembaga Pelaburan Terengganu) bernilai RM5 bilion yang diatur oleh AmBank pada Mei 2009 .

Jho Low dan lain-lain, melalui Aktis Capital Pte Ltd, Acme Time and Country Group Private Securities Ltd, memperoleh keuntungan lebih daripada RM600 juta dari penggulungan bon 1MDB.

Selain daripada perjanjian di atas antara Tawfiq Ayman dan Jho Low, kedua-duanya juga dipercayai sebagai rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan Jho Low pada bulan Julai 2007, yang disebut Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (lihat The Edge Malaysia, Issue 1071 , 15 hingga 21 Juni 2015: “Jho Low berperanan sebagai boneka kepada 1MDB untuk mendapatkan berbilion-bilion untuk kesepakatannya.

Tawfiq Ayman dan Jho Low, kedua-duanya juga dipercayai sebagai rakan kongsi dalam sebuah syarikat yang ditubuhkan Jho Low pada bulan Julai 2007, yang disebut Abu Dhabi Kuwait Malaysia Investment Corp (ADKMIC) (lihat The Edge Malaysia, Issue 1071 , 15 hingga 21 Juni 2015: “Jho Low berperanan sebagai boneka kepada 1MDB untuk mendapatkan berbilion-bilion untuk kesepakatannya”.)

Dokumen yang dilihat oleh The Edge menunjukkan bahawa pegawai bank BSI Yak Yew Chee - yang dipenjara di Singapura kerana bersubahat dengan Jho Low dalam transaksi jenayah berkaitan 1MDB - telah memberitahu CAD bahawa "ketika ADKMIC digabungkan (17 Julai 2007), ada enam tujuh pemegang saham, termasuk Jho Low dan Datuk (Tawfiq) Ayman - suami Dr Zeti, gabenor Bank Negara ”.

Siasatan CAD juga mendapati bahawa, antara bulan Jun 2011 hingga September 2013, sejumlah AS $ 153 juta telah dipindahkan ke akaun bank ADKMIC di RBS Coutts Singapore dari akaun bank Good Star Ltd di RBS Coutts, Switzerland.

Bila nak siasatan Zety nak habis..!?

Adakah judi baik untuk rakyat Malaysia?

 


APAKAH ada kebaikan aktiviti perjudian untuk rakyat dan negara? Apakah wajar alasan meletakkan aktiviti perjudian sebagai salah satu sumber ekonomi utama bagi menjana pendapatan negara? Adakah judi ini hanya memberi kesan buruk kepada bangsa Melayu dan Islam sahaja?

Menurut Kamus Dewan Bahasa, judi diertikan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Manakala, dalam Bahasa Arab pula dikenali sebagai sebagai al-maisir atau al-qimar yang bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah.

Beberapa ulamak menyatakan mengenai takrifan judi antaranya adalah:

1. Al-Mahalli mengatakan judi adalah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan, yang terdedah untuk menang atau kalah. (Lihat Syarh al-Minhaj, 4/226)

2. Al-Mawardi menyebut judi ialah suatu pertandingan yang menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan. (Lihat al-Hawi al-Kabir, 13/379)

3. Syeikh Ali al-Sabuni menyebut, judi adalah setiap permainan yang memberikan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi pihak yang lain. (Lihat Rawa’i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-ahkam min al-Quran, 1/279)

Berdasarkan takrifan yang diberikan, jelaslah bahawasanya aktiviti perjudian merupakan satu permainan yang mengandungi pertarungan daripada semua yang bertanding, pertaruhan ini akan mengakibatkan keuntungan pada sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.

Terdapat ayat al-Quran yang menyatakan keburukan judi lebih besar dan dari manfaat serta ayat Al-Quran yang menyatakan pengharaman judi iaitu yang bermaksud:

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya…””

(al-Baqarah: 219)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

(al-Maidah: 90)

Walaupun Malaysia mempunyai masyarakat majmuk dan kepelbagaian agama, namun tiada satu pun yang menyatakan mengenai kebaikan daripada perjudian. Bahkan, ianya terbukti telah merosakkan institusi kekeluargaan dan masyarakat merentasi kaum dan agama. 

Antara kesan buruknya ialah aktiviti perjudian boleh menyebabkan seseorang itu lalai daripada tanggungjawab yang dipikul sehingga menyebabkan kehabisan wang dan dibebani hutang. Akibat daripada hutang ini juga seseorang itu mudah terjebak dengan jenayah sehingga mampu meruntuhkan institusi kekeluargaan dan perpecahan dalam masyarakat.

Selain itu, kesan aktiviti perjudian dalam kalangan masyarakat ini secara tidak langsung akan memberi kemudaratan kepada negara. Contohnya seperti aktiviti perjudian yang berlaku di kalangan pegawai kerajaan atau penjawat awam yang boleh menyebabkan rasuah berlaku akibat daripada kerugian yang dialami. 

Maka apabila rasuah berlaku, ianya akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat jika amalan rasuah terus berleluasa di peringkat pimpinan negara.

Oleh itu, tindakan kerajaan yang terbaru dengan mengumumkan mengenai kelulusan permohonan semua syarikat perjudian untuk cabutan khas nombor ramalan sebanyak 22 kali sepanjang tahun ini adalah sangat tidak wajar berlaku. Lebih-lebih lagi, negara dan rakyat masih lagi terkesan dengan pandemik yang melanda.

Allah menjadikan kekayaan sumber alam ini untuk ditadbir dengan sebaiknya dan diagihkan kepada semua manusia yakni rakyat. Maka, alasan atau rasionalnya untuk menjana keuntungan ekonomi adalah sangat dangkal kerana terdapat banyak lagi sumber yang boleh dijadikan hasil bagi negara.

Semoga kita semua dijauhi dengan segala perkara yang dilarang sehingga menyebabkan kemurkaan dan mengundang lebih banyak kecelakaan kepada negara dan rakyat. 

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 24/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/430665967118189/posts/1781559208695518/

Sami Buddha demotrasi bantah junta Myanmar. Teruskan!

 

Sami Buddha prodemokrasi mengambil bahagian dalam demonstrasi terhadap junta. - Foto AFP

YANGON: Sekumpulan sami Buddha prodemokrasi turun ke jalanan hari ini, dalam demonstrasi bagi menentang rampasan kuasa tentera yang secara kebetulan jatuh pada hari sama ulang tahun ke-14 tunjuk perasaan secara besar-besaran oleh pemimpin paderi.

Puluhan sami yang mengenakan jubah panjang berwarna oren dan merah berhimpun di sekitar jalan di Mandalay dengan membawa bendera dan sepanduk, selain turut melemparkan simbol panji berwarna ke udara.

Mengikut sejarah, kumpulan sami di Myanmar dilihat sebagai kuasa moral tertinggi, pemimpin dalam komuniti dan turut berperanan menggerakkan penentangan terhadap rejim ketenteraan.

Bagaimanapun, rampasan kuasa itu memperlihatkan perpecahan dalam kalangan sami di negara itu dengan ada sebahagiannya menyokong pemerintahan junta, sementara ada dalam kalangan mereka menyokong penunjuk perasaan.

"Kumpulan sami yang cintakan kebenaran tentunya memihak kepada rakyat," kata pemimpin penunjuk perasaan kepada AFP.

Mereka melaungkan pembebasan tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi, yang menang besar dalam pemilihan pada November lalu.

"Kami perlu mengambil risiko… terbabit dalam protes di jalanan, walaupun mungkin akan ditahan atau ditembak pada bila-bila masa. Kami tidak lagi selamat untuk tinggal di biara," kata seorang sami berusia 35 tahun kepada AFP.

Pada 2007, sami Buddha memimpin demonstrasi besar di seluruh negara terhadap rejim junta tentera sebelumnya susulan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak.

Myanmar berdepan situasi tidak menentu dan kelumpuhan ekonomi sejak Februari selepas pemimpinnya, Aung San Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa, sekali gus menamatkan pemerintahan berteraskan demokrasi selama 10 tahun di negara itu. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang sami berusia 35 tahun berkata,"Kami perlu mengambil risiko… terbabit dalam protes di jalanan, walaupun mungkin akan ditahan atau ditembak pada bila-bila masa. Kami tidak lagi selamat untuk tinggal di biara." 

Pada 2007, sami Buddha memimpin demonstrasi besar di seluruh negara terhadap rejim junta tentera sebelumnya susulan kenaikan harga bahan bakar secara mendadak.

Ertinya puak-puak agama dalam sesebuah kerajaan perlu campur tangan dalam politik, jangan biarkan puak-puak sekular mengheret negara ke arah kebobrokan dan kemaksiatan.


Peluang jadi usahawan ternak siput..

Pengisytiharan PP milik British adalah suatu jenayah..

 

Isu pajakan Pulau Pinang dari Kedah perlu dibincang serius

MENTERI Besar Kedah, YAB Muhammad Sanusi Md Nor semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 21 September 2021 yang lalu membangkitkan isu Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang ‘dipajak’ daripada Kedah.

Sehubungan itu PAS Kedah menegaskan dan menyokong penuh kenyataan yang beliau keluarkan adalah berasas dan bertanggungjawab demi kedaulatan Negeri Kedah, setelah sekian lama diabaikan faktanya oleh penulisan sejarah .

PAS Kedah juga menyokong saranan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) agar isu hubungan Kedah-Pulau Pinang harus dibincangkan dengan lebih serius serta melibatkan pelbagai pihak. Berdasarkan petikan buku oleh R. Bonney (1971) berjudul Kedah 1771-1821 – The Search for Security and Independent (muka surat 76-77).

“Bercanggah dengan kefahaman lama yang mengelirukan, Pulau Pinang sebenarnya tidak pernah dipajak atau dikurniakan mahupun diserahkan melalui apa-apa triti atau perjanjian yang bertulis. Sultan Abdullah hanya memberi kebenaran sementara kepada Light untuk menduduki Pulau Pinang sehingga suatu masa apabila diterima jawapan yang tetap daripada pihak East India Company. Tidak ada triti, persetujuan atau perjanjian bertulis untuk perkara tersebut, atau untuk perkara itu, tiada sebarang draf yang pernah dibuat, atau bermaksud untuk penyerahan sebarang wilayah, juga tidak ada bukti atau rujukan dokumen dalam mana-mana rekod.

“Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah seperti mana yang diketahui oleh East India Company sendiri dan Light menggunakan nama King George III Raja England untuk mengambil Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786, Light bukan sahaja melanggar Undang-undang Antarabangsa menurut piawai orang Eropah malah telah menipu Sultan Abdullah juga.

“Dia melakukan itu tanpa melalui sebarang perjanjian atau triti yang betul dan rasmi, tanpa ada jawapan yang sempurna kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Sultan Abdullah dan Baginda dengan berpengetahuan penuh telah membenarkan Pulau Pinang diduduki atas asas sementara berpandukan kepada keputusan East India Company sebagai balasan memberikan perlindungan, dan dengan kefahaman Sultan Abdullah sekiranya perlindungan ini tidak diberikan, baginda akan membatalkan perjanjian itu.

“Justeru, pengisytiharan Pulau Pinang sebagai milik British adalah merupakan suatu jenayah kerana tidak pernah diberikan sebarang kebenaran lisan atau bertulis, dan bahawa sebenarnya Kompeni telah mencerobohi dan menduduki wilayah Kedah secara haram”.

Sehubungan itu, PAS Kedah menggesa agar perkara berkaitan perlulah diperbetulkan faktanya kerana jelas tidak terdapat perjanjian yang sah antara Negeri Kedah dengan mana-mana pihak berhubung dengan pendudukan Pulau Pinang dan ia juga bermakna Pulau Pinang masih sah sebahagian daripada wilayah Negeri Kedah Darul Aman.

Allah S.W.T berfirman:

وَلَا تَلۡبِسُواْ ٱلۡحَقَّ بِٱلۡبَـٰطِلِ وَتَكۡتُمُواْ ٱلۡحَقَّ وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ

“Janganlah kalian campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kalian sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya”.

(al-Baqarah: 42)

“اسلام ممڤركوكوه ڤرڤادوان”

SENATOR USTAZ AHMAD YAHAYA
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah
25 September 2021/ 18 Safar 1443H – HARAKAHDAILY 25/9/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails