Monday, October 11, 2021

Ada 36 institusi kanak-kanak &7 khas tiada waris.. – Siti Zailah

 

Foto daripada Facebook Siti Zailah Mohd Yusoff.

Nasib anak yatim akibat Covid-19 dibela – Siti Zailah

KUALA KRAI: Sebanyak 4,696 orang anak yatim atau yatim piatu yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19 dikenal pasti di seluruh negara setakat September lepas, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau berkata kementerian telah mengambil inisiatif dan langkah-langkah bagi memastikan nasib mereka terbela dan termasuk tidak tercicir dari segi pendidikan.

Katanya, pihak kementerian memberi peluang kepada waris dan keluarga terdekat anak yatim terlibat untuk menjaga mereka.

“Namun sekiranya tidak ada waris yang boleh menjaga  mereka, kementerian ada 36 institusi kanak-kanak dan daripada jumlah tersebut tujuh kita khaskan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa serta tiada waris,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Tinjauan dan Pemantauan Mengenai Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan di Dabong, di sini hari ini. – BERNAMA

Sila lihat siri PRN Melaka:

Rumah comel simbol cinta

 

Rumah comel atau tiny house kini jadi trend golongan muda dan profesional sebagai cara hidup baharu. - Foto hiasan

RUMAH kecil, comel atau 'tiny house' kini menjadi satu trend baharu yang semakin meningkat dalam kalangan golongan muda dan profesional di negara ini.

Trend itu mungkin dipengaruhi situasi di luar negara seperti di Amerika Syarikat dengan gerakan komuniti rumah kecil terus berkembang sebagai satu cara hidup baharu.

Rumah kecil ini mempunyai keluasan lebih kecil berbanding rumah biasa dibina, bahkan lebih kecil daripada rumah kos rendah.

Yang menariknya, banyak rumah comel ini dibina oleh golongan berkemampuan dan profesional ini ada yang diabadikan sebagai simbol cinta mengeratkan hubungan suami isteri dan keluarga.

Malah, tumpuan pada reka bentuk seni bina menarik, kreatif dan mempunyai pendekatan penggunaan ruang dalaman yang sangat cekap bagi mengoptimumkan setiap ruang yang ada.

Faktor penerimaan rumah kecil

Pengerusi Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Ar Dr Mohd Farid Mohamed, berkata terdapat pelbagai faktor tercetusnya trend rumah kecil di Malaysia.

Prof Madya Ar Dr Mohd Farid Mohamed.

Katanya, antara faktor utama berkembang trend ini adalah faktor kos, iaitu rumah comel ini mampu memenuhi keinginan pemilik untuk memperoleh rumah idaman pada kos yang mampu milik.

Pada masa sama mempunyai kos penyelenggaraan dan pengurusannya murah.

"Dengan memiliki rumah yang murah, pemilik mampu mencapai satu kehidupan yang lebih bebas tanpa terikat dengan beban hutang bank yang besar dan dalam jangka masa panjang.

"Di samping faktor kos, sosial memainkan peranan yang penting dan perkembangan trend rumah kecil.

"Sebahagian pemilik rumah kecil ini ingin menjalani kehidupan yang sederhana, mudah dan hanya menumpukan kepada keperluan asas kehidupan tanpa memberikan fokus kepada kemewahan yang berlebihan," katanya.

Mahu pengalaman mencabar

Beliau berkata, antara faktor sosial yang lain adalah keinginan golongan ini untuk mendapat pengalaman baharu dan lebih mencabar.

Untuk mencapai pengalaman ini, sebahagian pemilik rumah menjadikan rumah kecil ini sebagai rumah kedua di lokasi jauh dari kediaman mereka di bandar dan dijadikan rumah percutian.

Reka bentuk seni bina menarik, kreatif dan mewah dengan mengoptimumkan setiap ruangan agar tampak sempurna. - Foto hiasan

Di samping faktor di atas, ada dalam kalangan pemilik rumah kecil yang dipengaruhi oleh faktor kelestarian, iaitu kesedaran kepada kepentingan menjaga alam sekitar melalui satu kehidupan yang sederhana dan mempunyai kesan minimum kepada alam sekitar.

Rumah kecil yang memerlukan keluasan tanah yang kecil, penggunaan tenaga yang rendah dan bahan pembinaan dan buangan yang rendah mampu mengurangkan kesan negatif ke atas alam sekitar, seterusnya menjadikan kehidupan pemilik yang lebih lestari.

Rumah kecil terawal

Beliau berkata, dalam konteks pembinaan rumah kecil ini, sistem pembinaan dan bahan binaannya juga tidak terlalu rumit kerana saiznya yang kecil.

Pelbagai jenis bahan binaan bersesuaian bagi pembinaan rumah kecil ini sama ada penggunaan bahan kayu, batu-bata, konkrit atau logam.

"Rumah warisan Melayu, iaitu jenis rumah bujang contoh rumah kecil terawal wujud di Malaysia yang binaannya menggunakan bahan kayu.

"Rumah ini bersifat modular dan sesuai untuk dibuat penambahan ruang selepas jumlah ahli keluarga berkembang," katanya.

Rumah warisan Melayu, jenis rumah bujang contoh rumah kecil terawal di Malaysia dibina menggunakan kayu. - Foto hiasan

Bahan kayu masih lagi penting bagi binaan rumah kecil di Malaysia, manakala binaan batu-bata dan konkrit adalah bahan utama kerana ia kukuh dan kosnya yang murah.

Bagi bahan binaan logam, kegunaan sepenuhnya bahan ini juga sesuai namun dengan perincian pembinaan yang bersesuaian dengan iklim tropikal.

Namun, kebiasaannya ia digunakan dengan gabungan bahan lain seperti bahan penebat, papan fiber simen, konkrit, batu bata dan kayu.

Rumah kontena

Beliau menambah, kini tidak terkecuali penggunaan kontena menjadi satu trend baharu pembinaan rumah kecil di negara ini.

Kos pembinaannya berpatutan, tahan lasak, bersifat modular dan juga jangka masa pembinaan cepat.

"Bagaimanapun, ada beberapa kelemahan kepada penggunaan kontena iaitu ukuran yang terhad dan kos terselindung seperti keperluan pengangkutan, pemasangan dan keperluan bahan penebat serta pelindung bagi permukaan logam kontena yang terdedah kepada panas cahaya matahari.

"Namun, kelemahan ini ada solusinya dan sentuhan pereka bentuk bangunan mampu menukar satu kontena buruk, membosankan dan penuh karat kepada satu seni bina yang menarik, unik dan elegan, sebagaimana dikehendaki pemiliknya," katanya.

Beliau menyifatkan rumah kecil ini wajar dan disambut secara positif oleh masyarakat kerana pelbagai kelebihan ditawarkan.

Digabungkan dengan pelbagai kreativiti dan pendekatan seni bina diterapkan pada reka bentuknya, tidak mustahil trend ini akan terus berkembang terutama dalam keadaan ekonomi tidak menentu dan kesedaran masyarakat kepada penjagaan alam sekitar dan kehidupan sederhana.

Bagi menjamin keselamatan pembinaannya perlu babitkan profesional berdaftar seperti arkitek dan jurutera dan dipastikan mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Unit Kotak Teduh

Kediaman unik kotak yang diilhamkan dengan konsep rumah Scandinavia pada awalnya diubah suai kepada rumah kontena atau kabin terletak di Meru, Klang, ini mencuri tumpuan.

Konsep rumah Scandinavia menggunakan kontena di namakan Kotak Teduh, antara rumah comel yang menarik. - Foto ihsan Apit

Rumah comel dengan keluasan 167.2255 meter persegi, dinamakan Kotak Teduh milik pasangan, Zaizul Azri, 39, dan Hamizah Baharuddin, 34, dibina minimalis.

Kediaman dua tingkat itu seperti rumah teres biasa, namun siapa sangka rumah idaman dinamakan 'Kotak Teduh' diperbuat daripada kontena yang dilengkapi ruang tamu, ruang kerja, dapur, dua tandas, dua bilik tidur, ruang santai dan balkoni.

Zaizul atau dipanggil Apit yang juga guru sebuah sekolah dan jurugambar bebas, berkata Kotak teduh dilengkapi dengan taman mini Hutan Kecil bagi menempatkan pelbagai jenis tumbuhan sebagai terapi.

Rekaan rumah kontena dan hiasan dalam dicipta sendiri. - Foto ihsan Apit

"Anggaran kos rumah ini, RM120,000 termasuk perabot, rekaan dalaman dan luar yang semuanya asal daripada idea kami sendiri.

"Kami menggunakan perabot yang minimum berwarna natural dengan susun atur bertepatan dengan konsep minimalis.

"Di dapur dan pagar, saya menerapkan konsep industri dengan penggunaan bata merah dan besi," katanya.

Konsep minimalis

Beliau berkata, semua rekaan rumah dan hiasan dalam dicipta sendiri memandangkan isterinya juga seorang artis illustrasi yang mempunyai jenamanya sendiri iaitu TekapbyKotak.

Kotak Teduh juga sebagai simbol cinta Apit dan isterinya. - Foto ihsan Apit

Pemilik Instagram, @tekapbykotak itu menyifatkan, Kotak Teduh juga sebagai simbol cinta mereka yang hidup berdua dengan konsep minimalis tetapi kemas.

"Biasalah bila membabitkan pembikinan rumah idaman, masing-masing ada saja idea. Cuma idea yang bernas atau tidak untuk diterima.

"Tetapi disebabkan kami sememangnya meminati seni unik, maka terhasillah Kotak Teduh menggunakan dua kontena yang berkeluasan 30 x 60 kaki persegi menjadi sebuah kediaman yang unik dan menarik," katanya.

Hiasan dalam minimalis tampak mewah dan menyamankan.

Buktikn tular pertikai TG Abdul Hadi -SU Agung PAS

 


Kesahihan audio tular pertikai TG Abdul Hadi perlu dibuktikan

KOTA BHARU: Kesahihan rakaman audio didakwa mirip seorang pemimpin PAS yang mempertikai kepimpinan Presidennya, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, pada masa yang sama  pihaknya terbuka untuk disiasat berhubung kesahihan audio terbabit sekiranya ada laporan polis dibuat.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu kerana bagi beliau dakwaan tersebut lebih bersifat andaian.

“Saya sebagai orang undang-undang, tak buat apa-apa komen berdasarkan andaian. Andaian perlu dibuktikan dahulu. Kalau ada laporan polis, biar polis siasat. Kita ikut undang-undang, kita tak nak main andaian ini,” katanya di sini, hari ini.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penularan rakaman audio tersebut sejak semalam di media sosial. –  HARAKAHDAILY 10/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

PRN Melaka (8): Jadikan model perpaduan Melayu -Dr Nik Muhammad Zawawi

 

PRN Melaka wajar jadi model perpaduan Melayu  

BACHOK: PAS berusaha menjadikan Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) sebagai model perpaduan dalam kalangan orang Melayu bagi menyumbang kestabilan politik di negara ietua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia dapat mengikis sifat kebencian rakyat terhadap orang politik yang cenderung kepada perpecahan.politikk di negara ini.

Sehubungan katanya PAS  akan  bertindak  menjadi  orang tengah untuk mendamaikan kemelut  antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Umno supaya  tidak  bertanding secara  berasingan pada  pilihan raya itu.

“Langkah tersebut bersesuaian dengan kehendak  Islam yang mahu umatnya  bersatu dalam apa jua keadaan.

“Tiada satu ayat  pun  dalam Al-Quran dan hadis Nabi  yang  membenarkan  umat Islam bercakaran  sesama  sendiri  kerana  ia  boleh  melemah dan  menghancurkan  umat  Islam  itu  sendiri,” katanya kepada pemberita  pada  lawatan  kerja  ke tapak Asuhan  Ikan  SB Aqua Marine dan Construction Sdn Bhd  di Kampung Tok Kederat  Pulau Kambing di sini, hari ini.

Dun Melaka dibubarkan pada 4 Oktober empat  Adun kerajaan  mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Menteri  Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Dr Nik Zawawi yang  juga  Timbalan  Menteri  Pertanian  dan  Industri Makanan II, berkata,  jika keadaan  itu berterusan bukan sahaja kedudukan kerajaan  berada dalam  terumbang  ambing,  bahkan  kehidupan  rakyat akan menderita.

Beliau yakin  kedua-dua parti yang ditunjangi orang  Melayu Islam itu akan  berdamai di bawah  satu  panji-panji Perikanan Nasional  (PN) untuk mencapai kemenangan besar pada  PRN kelak. – HARAKAHDAILY 10/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

Sunday, October 10, 2021

Pulau Batu Puteh: Semak semula undang-undang.

 

Pulau Batu Puteh: Pasukan petugas khas diwujud semak semula undang-undang

KUALA LUMPUR: Pasukan petugas khas akan diwujudkan bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan opsyen-opsyen bersesuaian dengan mendapatkan pandangan pakar undang-undang antarabangsa bagi membuat semakan semula undang-undang berkenaan kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata petugas khas itu bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh itu.

Menurut perdana menteri penubuhan pasukan petugas khas itu yang diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam, akan dipengerusikan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“Jemaah Menteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah tort of misfeasance ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca/Pulau Batu Puteh,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 3 Feb 2017, kerajaan Malaysia telah memfailkan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 yang memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh manakala Malaysia mempunyai hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah.

Malaysia memfailkan permohonan semakan itu bersandarkan tiga dokumen yang baru didedahkan oleh United Kingdom.

Dokumen terbabit merupakan surat-menyurat dalaman pihak berkuasa tanah jajahan Singapura pada 1958, laporan insiden yang difailkan pada 1958 oleh pegawai tentera laut British dan peta berserta catatan mengenai operasi tentera laut dari tahun-tahun 1960-an.

Pada 16 Feb 2017, Mohamed Apandi yang merupakan Peguam Negara ketika itu berkata beliau akan mengetuai pasukan pakar yang mengendalikan semakan itu di ICJ, di Hague, Belanda.

Bagaimanapun pada 2018, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan tersebut sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018 di ICJ.

Pada 28 Mei lepas, seorang individu Mohd Hatta Sanuri, 45, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia bagi menuntut penjelasan bertulis berhubung penarikan balik permohonan semakan itu. – BERNAMA

Sila lihat siri PRN Melaka:

PRN Melaka (7): PH gembira, tanding 3 pnjuru parti Melayu..

 

Wartawan Rakyat Melaka - WARM - Berita PAS - Home | Facebook

PAS tetap mahu bersama Bersatu dan Umno hadapi PRN

PADA saat ini keputusan samada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dilakukan dalam masa 60 hari dari tarikh Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan masih lagi dalam status berteka-teki.

Ini susulan tindakan Kerajaan Negeri Melaka mungkin memohon agar darurat diisytiharkan di negeri ini bagi membolehkan PRN ditangguhkan.

Nampaknya Pakatan Harapan (PH) sudah pasang badan dan teruja untuk menghadapi PRN ini. Mereka nampak tambah bersemangat selepas BN mengumumkan tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Ini adalah sesuatu yang sangat menggembirakan PH. Mereka nampak yakin bahawa dengan pertandingan tiga penjuru melibatkan parti-parti Melayu utama ini akan memberi kelebihan kepada mereka.

Itulah kebimbangan PAS terhadap apa yang mungkin berlaku ini. PAS bimbang kita semua akan kalah dan duduk menjadi pembangkang semula.

Iya, kita boleh mencuba nasib bertanding bersendirian. Mungkin BN boleh menang mengalahkan PN dan PH lalu dapat membolot kesemuanya tanpa perlu berkongsi.

Begitu juga PN, juga mempunyai peluang untuk menang dan membentuk kerajaan sementara BN dan PH menjadi pembangkang. PH pun sama, ada peluang ini juga.

Namun secara logik matematiknya apa-apa pun yang terpecah dua akan jadi menjadi lebih sedikit. Tidak mungkin sesuatu dipecah dua menjadi lebih banyak. 10 dipecah dua akan menjadi 5-5. Tidak mungkin 10 dipecah dua menjadi 12-5.

Penulis selalu terfikir, apalah yang susah sangat untuk parti-parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Bersatu ini untuk bersama-sama bersatu menghadapi PRN ini dalam satu pakatan?

Kita hanya perlu meletakkan ego kita jauh-jauh, bertolak ansur dan melupakan segala sejarah hitam kita dahulu dan mensucikan hati dengan ikhlas menyambut salam persaudaraan ini. Paling tidak pun demi untuk menyelamatkan bangsa Melayu.

Apa akan jadi jika PAS, Umno dan Bersatu semuanya menjadi pembangkang akibat pertembungan tiga penjuru? Adakah kita lebih sanggup sama-sama tak dapat kuasa semata-mata kerana rasa rugi berkongsi kuasa?

IBNU JANIE -EDITOR Berita PAS Melaka dan WARM

Sila lihat siri PRN Melaka:

'Papa Rock' luah rasa dalam era pandemik COVID-19

 

Ramli memanfaatkan masa terluang dalam era pandemik COVID-19 untuk menyempurnakan projek album terbarunya. Foto Ihsan Ramli Sarip

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun projek terbantut akibat pandemik COVID-19 menyerang dunia, akhirnya album terbaru bintang rock legenda, Datuk Ramli Sarip berjudul Rasa, siap.

Berkongsi rasa teruja lahirnya bingkisan itu, Ramli, 69, memberi perumpamaan album itu seperti jambatan yang menghubungkan dua negara apabila proses pembikinannya dijayakan pemuzik dari Malaysia dan Singapura.

"Pembikinan dan penerbitan album Rasa yang memuatkan 10 lagu ini menjadi lebih unik apabila prosesnya bermula di Kuala Lumpur dan disiapkan sepenuhnya di Singapura.

"Ini terjadi apabila pandemik COVID-19 menyerang dunia pada 2020. Antara 2018 hingga 2019, lagu pertama saya rakam di Kuala Lumpur adalah lagu Srikandi diikuti Sentosa Di Kubah Hayat dan Surat Cinta Kuala Lumpur.

Ramli lebih cenderung menghasilkan album penuh daripada melancarkan single demi kepuasan peminat. Foto Ihsan Ramli Sarip

"Sepatutnya album ini disiapkan sepenuhnya di Kuala Lumpur. Namun, disebabkan pandemik makin teruk, saya memutuskan pulang ke Singapura dan menyelesaikan baki rakaman tujuh lagu di sana," katanya kepada BH Online.

Biarpun terperap di rumah, namun, kata penyanyi yang mendapat jolokan Papa Rock ini, tempoh itu dimanfaatkan untuk menyiapkan buah tangan terbarunya itu.

"Dari satu sisi, ini memberi kesempatan untuk saya mendapatkan lebih banyak ilham dalam menyiapkan album ini dan merakamkan tujuh lagu dengan menggunakan khidmat pemuzik berkaliber di Singapura dan Malaysia," katanya.

Ramli mengakui menyiapkan album ini dalam tempoh pandemik cukup mencabar kerana melahirkan karya ketika industri muzik dan hiburan tertekan dengan ketiadaan persembahan langsung.

"Pada waktu sama, kami perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

"Paling menarik apabila dapat kembali berkarya adalah apabila kita lupa hal-hal lain. Kita kembali bersemangat untuk membuat yang terbaik.

"Semua ilham terus keluar mengalir dan kita membiarkan diri berada pada puncak waktu itu.

"Malah, ketika di studio rakaman, ada pengalaman unik dilalui iaitu saat saya melontarkan suara. Perasaan ketika menyanyi sangat tenang merindui damai yang kita kecapi sebelum pandemik berlaku.

"Ia sangat seronok dan seolah-olah ada dorongan semangat baharu yang kuat untuk terus berkarya," katanya.

Penghibur legenda ini turut menyifatkan album Rasa memiliki resipi dan ramuan terbaik yang pernah disajikan dalam karyanya sebelum ini.

"Karya ini seakan-akan mengimbau era penerbitan album bersama Sweet Charity. Setiap album ada warna, karakter dan semangat tersendiri.

"Sebetulnya, saya bukanlah orang yang gemar menghasilkan single. Kebetulan saya memiliki material baharu yang cukup untuk merakamkan 10 lagu. Maka, terhasillah Rasa," kata penyanyi bervokal serak ini.

Untuk mencabar diri, Ramli memilih merakamkan semula untaian klasik, Ayah dan Ibu, ciptaan dan nyanyian asal, A Rahman.

"Lagu ini dipilih sebagai mengenang ayah dan ibu yang sudah lama meninggalkan kami, selain mencabar. Anda kena nilai sendiri versi saya," katanya.

(BH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails