Wednesday, October 13, 2021

16 GRO ditahan di banglo negara umat Islam.

 

ANTARA warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai GRO ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Sentul, malam tadi. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Enam lelaki tempatan dan 16 wanita warga Vietnam yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran ditahan di sebuah rumah banglo di Jalan Awan Larat, Taman Yarl, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Kesemuanya ditahan menerusi Op Noda oleh Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman kira-kira jam 8.45 malam, hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali, berkata 16 wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 31 tahun yang ditahan dalam serbuan itu berperanan sebagai pelayan pelanggan (GRO).

"KIta turut menahan enam lelaki tempatan berusia antara 26 hingga 39 tahun dengan salah seorang berperanan sebagai ejen dan lima lagi adalah 'transporter' atau pekerja yang membawa semua wanita itu dari sebuah lokasi ke banglo itu.

"Kejayaan serbuan ini adalah hasil risikan dan penyamaran polis selama beberapa hari dengan berpura-pura melanggan perkhidmatan yang disediakan sindiket berkenaan," katanya dalam sidang media di lokasi, malam tadi.

Katanya, modus operandi sindiket ini ialah mengiklankan perkhidmatan melalui aplikasi Telegram kepada individu yang berminat.

"Apabila ada pelanggan berminat dan bersetuju dengan harga, ejen akan menentukan lokasi untuk pelanggan berhibur dan aktiviti pelacuran.

"Sindiket ini menawarkan khidmat penghantaran GRO untuk berhibur serta menyediakan kediaman mewah seperti kondominium dan banglo untuk menawarkan perkhidmatan seks," katanya.

Mohamad Noor berkata dalam serbuan ini, sindiket menggunakan sebuah rumah banglo dua tingkat terletak dalam kawasan taman perumahan mewah yang disewa dengan harga RM3,600 sehari.

"Sindiket turut menyediakan peralatan hiburan seperti lampu disko, meja pool, set karaoke serta lain-lain kelengkapan.

"Peranan GRO ialah meneman pelanggan untuk minum dan berhibur serta menawarkan perkhidmaan seks dengan harga RM1,300 hingga RM2,500 seorang," katanya.

Selain itu, katanya sindiket ini juga dipercayai menggunakan pelbagai lokasi berlainan untuk pelanggan berhibur bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

"Ejen akan mencari premis yang dirasakan selamat dan berdasarkan jumlah pelanggan yang akan turut serta.

"Jika jumlah pelanggan ramai dan memerlukan GRO yang ramai, maka ejen akan mencari premis yang besar, contohnya banglo tujuh bilik yang disewa hari ini (malam tadi)," katanya.

Menurut Mohamad Noor lagi, semakan awal mendapati 15 daripada 16 wanita warga asing yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan sah.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengesan dalang utama atau bapa ayam sindiket ini serta berapa lama sindiket ini sudah beroperasi.

"Kesemua suspek dibawa Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dan kes disiasat mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1) akta sama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan sampai Malaysia jadi 'negara tong sampah pelacur'di negara umat Islam tercinta.

Perhatian: 
Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.


Bapa Senjata Nuklear Islam kembali ke rahmatullah

 

SEDIHNYA kita umat Islam di seluruh dunia hari ini apabila semalam Dr. Abdul Qadeer (AQ) Khan, tokoh ‘Bapa Senjata Nuklear Pakistan’ baru sahaja kembali ke Rahmatullah. 

Besarnya jasa Allahyarham bukan sahaja menjadikan Pakistan satu-satunya negara Islam berkuasa nuklear hingga ke hari ini, tetapi juga berjaya menstabilkan seluruh Asia Selatan daripada dominasi India yang terlebih dahulu membina senjata nuklear.

Segalanya bermula pada tahun 1974 apabila India secara mengejut melancarkan ujian nuklear ‘Smiling Buddha’, bakal mengundang malapetaka kerana sebelum itu telah berlangsung perang yang hampir tidak berkesudahan antara India dan Pakistan. Maka Allahyarham yang dikenali sebagai Dr. AQ Khan bertekad untuk menyumbang kepada pembangunan senjata nuklear negaranya. 

AQ Khan cukup genius, dalam usaha mencipta senjata nuklear untuk Pakistan, beliau telah menghasilkan inovasi rekaan pengemparan (centrifuge) baharu yang lebih ringkas berbanding rekaan konvensional yang digunapakai negara-negara kuasa besar nuklear yang lain. Akhirnya, pada 28 Mei 1998 Pakistan mencatat sejarah sebagai negara Islam pertama berkuasa nuklear apabila berjaya menjalankan lima ujian bawah tanah Chagai-l.

Allahyarham tidak berhenti sekadar penciptaan senjata nuklear Pakistan, sebaliknya beliau telah berusaha untuk berkongsi teknologi tersebut dengan Libya, Iran, dan Korea Utara; sekali gus mengundang kemarahan Presiden Amerika ketika itu George Bush.

Kembalinya Allahyarham semalam merupakan suatu kehilangan yang cukup besar kepada umat Islam seluruh dunia. Bukan sahaja Allahyarham meletakkan Pakistan di peta dunia sebagai satu-satunya kuasa Islam dengan senjata nuklear, tetapi juga membuktikan bahawa umat Nabi Muhammad tidak ketandusan pakar persenjataan moden. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

ABDUL MUEIN ABADI
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/1518563074/posts/10219390153854072/

Tuesday, October 12, 2021

Kisah 3 trio tua ini, kaya-kaya. Benarkah?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Pandora Papers : Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz punya persamaan yang nyata.

Ketiga-tiga trio tua ini, kaya-raya. Sumber kekayaan dikaitkan dengan kroni dan proksi mereka. Kenapa penyamun penyangak ini memilih Singapura? Patut lah penyamun penyangak ini takut dan berlemah lembut bila berhadapan dengan Singapura.

Syarikat berpengkalan di Singapura yang paling biasa digunakan menurut Kertas Pandora Papers, adalah Asiaciti Trust dan Trident Trust (yang mempunyai pejabat di seluruh dunia).

Penyediaannya cukup mudah - seseorang boleh melibatkan syarikat perkhidmatan korporat di Singapura

Tetapi bagaimana Singapura menjadi pintu masuk ke tempat percukaian Caribbean, dan mengapa ia merupakan laluan popular bagi orang kaya Malaysia yang ingin memindahkan wang

Wujud keraguan mengenai cara agihan projek dan tender penswastaan, serta pemberian permit import (AP) ketika ketiga-tiga mereka berkuasa.

Malah, pada 2006, Mahathir sendiri menuduh Rafidah menyeleweng dalam isu permit, kroni-kroni Rafidah menipu nilai sebenar kos harga kenderaan import. Mahathir menuduh, kroni Rafidah punca pasaran Proton terjejas teruk.

Mahathir berkuasa bermula 1981 hingga 2003. Dalam tempoh itu, Daim menjadi Menteri Kewangan sebanyak dua kali. Pada 1984 hingga 1991. Kemudian pada 1999 hingga 2001.

Inilah era Daim sangat berkuasa. Era inilah projek-projek mega diperolehi kroni-kroninya, terutama anak-anak Mahathir.

Mahathir, yang selalu mengaku tidak memiliki apa-apa, sebenarnya sangat kaya. Mahathir memiliki kepentingan dalam 18 buah syarikat.

Antaranya, Proton Holdings Berhad, Khazanah Nasional Berhad dan Golden Horse Berhad.

Namun, kekayaan sebenar keluarga Mahathir dikuasai empat anaknya. Mokhzani paling kaya. Diikuti Mirzan, Mukhriz dan Marina.

Marina memiliki aset kekayaan paling kecil. Hanya RM80 juta. Adiknya Mokhzani paling kaya, memiliki aset bernilai RM3 billion melalui penguasaan atau pemilikan saham dalam 255 syarikat.

Mirzan pula kedua paling kaya. Hartanya bernilai RM780 juta. Mukhriz, yang kini Timbalan Presiden PBBM dan calon Pilihan Raya Umum ke-14 di Jerlun, memiliki harta RM540 juta melalui 128 syarikat.

Semua harta ini dikaitkan dengan kekuasan bapa mereka Mahathir sebagai Perdana Menteri. Daim sebagai Menteri Kewangan orang suruhan Mahathir tentu terlibat sekali.

Daim sendiri pun sangat kaya-raya. Cuma dia pandai menyembunyikan kekayaannya melalui ketrampilan yang low profile.

Diam dianggap sebagai bekas Menteri Kewangan paling kaya di dunia. Asetnya dianggarkan bernilai RM65 billion.

Daim dikaitkan dengan bisnes paling menguntungkan melalui ICB Financial Group Holdings Ltd. (ICB). Daim memiliki 84.4 peratus kepentingan ICB dan menguruskan menguruskan 130 cawangan bank di 12 negara.

Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara. Singapura adalah pemyimpan paling banyak duit duit penyangak dan pencuri dari seluruh dunia.

Singapura, pintu masuk ke tempat lindung cukai. Satu hal sama antara semua syarikat luar pesisir pegangan oleh rakyat Malaysia yang kaya dan berkuasa itu ialah Singapura dijadikan pintu masuk untuk mengalihkan aset ke tempat berlindung cukai.

Singapura adalah negara paling celaka sial sekali menyimpan serta gelak dari pencuri dan penyamun mengelak cukai pada negara. Sial lah Singapura hancur lah Singapura.

G/Eng penghasut... kesian 'barua'nya. Rugi di dunia &akhirat.

 

Guan Eng jangan jadi penghasut

RUPANYA dendam Guan Eng dan DAP terhadap usaha kerajaan untuk mempertahan dan memartabatkan Islam dalam negara terus membara. Ia bukan sahaja demikian tetapi kini kelihatan cuba menghasut dan mengadu-domba sesama rakyat Malaysia.

Dalam Malay Mail kelmarin beliau dipetik berkata:

“However, Lim claimed PAS has adopted a hostile stance towards non-Muslims since the death of Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat who was its spiritual adviser.

“Further, PAS’ brand of extremism is highlighted by their support of the Taliban government in Afghanistan, which denies educational and employment opportunities to women.

“For Idris Ahmad to claim that this proposed new legislation will only be enforced on Muslims, such as the bill to restrict the propagation of non-Islamic religions, reminds us of the justification by religious extremist preacher Syakir Nasoha, spreading lies against non-Muslims, that his insulting and derogatory remarks against non-Muslims, were meant only for Muslims,” he added.

Berdasarkan petikan di atas Guan Eng mendakwa:

1. PAS yang diwakili dalam kerajaan hari ini mengambil pendekatan bermusuhan terhadap rakyat bukan-Islam sejak kematian Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

2. Pendekatan ekstrem PAS terbukti melalui sokongan PAS pada Kerajaan Taliban di Afghanistan yang menafikan hak pendidikan dan peluang pekerjaan di kalangan wanitanya

3. Menganggap Menteri di JPM Hal Ehwal Agama, Senator Ustaz Idris Ahmad sebagai setaraf dengan Ustaz Syakir Nasoha. Cadangan RUU Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Doktrin atau Kepercayaan Agama Dalam Kalangan Orang Islam yang hanya terpakai di kalangan umat Islam dianggapnya satu pembohongan dan menghina masyarakat bukan-Islam.

Dakwaan Guan Eng ini cukup jahat dan sesungguhnya mengadu-domba rakyat Malaysia dengan menggambarkan seolah kerajaan melalui PAS sedang mahu mengekang kebebasan rakyat Malaysia yang bukan-Islam. Seolah-olah Menteri PAS dalam kerajaan seorang ekstremis dan PAS sedang membawa fahaman Taliban ke dalam kerajaan.

Keterlaluankah jika berdasarkan perkembangan ini kita mengatakan Guan Eng dan DAP sebenarnya menentang hak dan kebebasan orang Islam dalam mengamalkan agama mereka? Guan Eng dan DAP cuba menakut-nakutkan rakyat terhadap amalan dan ajaran Islam dan tindakan ini cukup berbahaya kerana ia mencetuskan syak wasangka dan perpecahan dalam masyarakat.

Haruskah kita mendiamkan diri dan membenarkan Guan Eng dan DAP terus bebas menghasut sebegini? Malaysia sesungguhnya cukup aman dan damai dengan rakyatnya memiliki semangat toleransi yang cukup tinggi, sehinggalah muncul Guan Eng dan DAP.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100009880363600/posts/1613909902281673/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bosnya jadi penghasut, kesian barua-barua tunggangnya yang mengaku Melayu/Islam. Rugi dunia akhirat! Mereka takpa le, dah tentu kafir..

Lagi bukti DAP gagal. P.Pinang, penduduk menderita hidu bau najis babi

 

R GOOVINTAN menunjukkan parit yang dipercayai dicemari najis babi yang dilepaskan dari ladang ternakan berdekatan di Kampung Jawi, Sungai Bakap, Nibong Tebal. FOTO Nur Izzati Mohamad

Penduduk menderita hidu bau najis babi

Nibong Tebal: Sebahagian penduduk Kampung Jawi, Sungai Bakap di sini, mendakwa menderita dengan ancaman banjir kilat dan bau busuk najis yang berpunca dari kandang babi berdekatan.

Keadaan bertambah buruk apabila kediaman mereka turut bergenang dengan najis babi setiap kali berlaku banjir kilat.

Penduduk, R Goovintan, 45, berkata masalah itu berpunca daripada sistem perparitan di kawasan itu susulan kandang babi yang membuat kerja naik taraf tidak mengikut spesifikasi.

"Dua bulan lalu berlaku banjir kilat paling teruk apabila air naik sehingga 0.5 meter sehingga habis rosak semua perabot dan peralatan elektrik yang menyebabkan kami kerugian ribuan ringgit.

"Lebih teruk, susulan banjir kilat itu kami terpaksa menghidu bau busuk akibat najis babi dari kandang berdekatan rumah," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, walaupun ladang ternakan babi sudah berpuluh tahun berada dalam perkampungan itu namun tidak berlaku masalah serius sebelum ini.

"Bagaimanapun selepas ada kandang babi baharu yang siap dinaik taraf pada Disember lalu didapati masalah perparitan menjadi semakin serius yang akhirnya menyebabkan penduduk berdepan masalah pencemaran bau," katanya.

Seorang lagi penduduk, P Seeta, 32, berkata dia mendakwa mengalami gatal kulit selepas terkena air yang dicemari najis babi.

"Bukan sahaja habis semua barang rosak tetapi kulit saya juga gatal dan hendak termuntah kerana bau yang amat busuk.

"Tolonglah pihak bertanggungjawab tampil melihat situasi yang berlaku di kampung ini dan cari jalan untuk selesaikan isu ini," katanya.

Sementara itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan supaya mengambil maklum masalah pencemaran alam sekitar yang membabitkan ladang ternakan babi di perkampungan berkenaan.

Presidennya, Meenakshi Raman berkata, melalui temubual bersama penduduk setempat memaklumkan masalah pencemaran sudah lama berlaku namun tidak mendapat perhatian walaupun beberapa kali perkara itu dibangkitkan.

Katanya, penternak atau pemilik ladang terbabit juga enggan memberi kerjasama walaupun tahu bahawa penduduk rasa tidak senang dengan keadaan terbabit.

"Dalam masa yang sama penternak terbabit juga telah menaik taraf bangunan ternakan tanpa memikirkan soal sistem pengairan hingga menyebabkan kawasan rumah dinaiki air.

"SAM juga difahamkan kira-kira 300 ke 400 orang penduduk di kawasan ini merungut dengan masalah bau busuk dari ladang ternakan terbabit ditambah pula jarak kediaman dengan bangunan ternakan dianggarkan 200 ke 300 meter sahaja dan yang paling dekat sekitar 10 ke 50 meter.

"Disebabkan itu, mereka menyuarakan masalah ini agar suara mereka didengari oleh pihak berkenaan dengan mengambil langkah-langkah membendung masalah pencemaran ini dari terus berlarutan," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimLagi kisah babi di Pulau Pinang. Penduduk menderita hidu bau najis babi. Jangan sampai Pulau Pinang digelar 'negeri busuk tahi babi' di Malaysia. Bukti antara kegagalan DAP. 

.. 

Media barat terus papar keburukan putera Raja Salman Saudi..

 

Mohammad Salman memiliki rumah dan lukisan termahal di dunia selain mempunyai hubungan rapat dengan tokoh berpengaruh. - FOTO The Sun

Kenali Mohammad Salman

LONDON: Proses ambil alih kelab Newcastle United oleh pemilik dari Arab Saudi yang sebelum ini tertangguh akhirnya selesai selepas negara Teluk itu menarik semula larangan terhadap saluran penyiaran sukan dari Qatar, beIN Sports.

Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi yang menyumbang dana terbesar milik Mohammad Salman, kini memiliki 80 peratus saham kelab itu.

Tetapi siapa Mohammad Salman, yang sanggup berhabis 305 juta pound (RM1.74 bilion) membeli pasukan Liga Perdana Inggeris itu?

Beliau adalah putera Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang mana keluarganya dikatakan memiliki kekayaan bernilai sekitar £1 trilion (RM5.7 trilion).

Ini bermakna Mohammad, 34, mempunyai selera besar untuk membelanjakan wangnya.

Majalah Playboy melaporkan beliau menghabiskan ratusan juta ringgit sebelum ini untuk membeli kapal layar mewah, rumah di Perancis dan beberapa lukisan menakjubkan ketika menjalani kehidupan mewah.

Ini bermaksud dia juga mempunyai kenalan berkedudukan tinggi termasuk di Rumah Putih - yang mana dia bertemu dengan mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang digelarnya sebagai kawan.

1. Rumah termahal di dunia

Pada 2015, dunia merasa kagum apabila pembeli yang tidak disebut nama membeli 'istana' mewah bernilai £230 juta (RM1.3 bilion) di bahagian barat Perancis.

Pada masa itu, ia dicatatkan sebagai penjualan termahal di dunia.

Dua tahun kemudian, laporan muncul bahawa pembeli itu adalah Mohammad yang jatuh cinta dengan Chateau Louis XIV seluas 50,000 kaki persegi ketika dalam lawatan kerjanya.

Tempat penginapan itu mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang di bahagian dalam dan luar, perpustakaan dan dikelilingi akuarium.

2. Kapal mewah Serene

Tidak takut mengeluarkan wang tunai, Putera Mahkota ini dilaporkan menyerahkan £380 juta (RM2.1 bilion) kepada hartawan Russia, Yuri Shefler untuk membeli sebuah kapal mewah pada 2015.

Serene adalah salah satu kapal terbesar di dunia, dengan panjang keseluruhan 439 kaki 4 inci dan lebar 60 kaki.

Namun, baru-baru ini ia mengalami kerosakan ketika berlayar di kawasan cetek di Laut Merah.

3. Lukisan Da Vinci

Seperti kebanyakan orang kaya, Mohammad sangat menyukai seni. Namun, ada misteri mengenai perkara ini.

Pada 2017, dilaporkan bahawa seseorang membeli lukisan Leonardo Da Vinci yang jarang berlaku dengan harga £340 juta (RM1.9 bilion) bagi pihak Putera Mahkota.

Jumlah itu menjadikan karya seni Da Vinci, Salvator Mundi sebagai penjualan lukisan paling mahal yang pernah ada.

Laporan itu dinafikan oleh pelelong dengan lukisan berkenaan kini berada di muzium Louvre di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

4. Hubungan bersama Trump

Anda tidak akan berada lebih tinggi daripada Rumah Putih. Putera Mahkota mengembara ke seluruh dunia untuk perniagaan politik, bertemu dengan beberapa individu yang memiliki pengaruh terbesar di dunia.

Donald Trump mungkin terkunci dalam perbalahan dengan masyarakat Arab Saudi mengenai kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi yang dibunuh pada 2018, namun Mohammad menawarkan sokongan kepadanya.

Dia mengunjungi bekas Presiden AS itu untuk membincangkan larangan yang dibuat negara Islam ketika itu.

Selepas pertemuan itu, Putera Mahkota mendedahkan bahawa dia menganggap Trump sebagai teman sejati umat Islam di seluruh dunia.

5. Empat isteri

Mohammad menjalani kehidupan yang sangat peribadi.

Dia dikatakan berkahwin dengan Sarah Mashhoor, yang dikenali sebagai 'Barbie Princess' pada 2008 dan mereka mempunyai empat anak.

Namun, dia tidak membawanya dalam lawatan kerja.

"Saya mahu anak-anak saya menjalani kehidupan yang sangat normal daripada tumpuan, tekanan politik dan perhatian," katanya pada sidang media bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron pada April 2018.

"Saya mahu mereka menjalani kehidupan yang sangat normal, dan isteri saya mahukan perkara sama," tambahnya.

Laporan di tanah airnya mendakwa bahawa dia mempunyai empat isteri - namun, perkara itu tidak pernah disahkan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Media barat terus memaparkan keburukan putera Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang mana keluarganya dikatakan memiliki kekayaan bernilai sekitar £1 trilion (RM5.7 trilion).

Contohnya, majalah Playboy melaporkan kerakusan beliau menghabiskan ratusan juta ringgit sebelum ini untuk membeli kapal layar mewah, rumah di Perancis dan beberapa lukisan menakjubkan ketika menjalani kehidupan mewah.

Apa tujuan mereka? Hal inilah yang perlu kita sedari. Mengambil contoh kepimpinan dalam Islam ialah Nabi Muhammad SAW. Bukan kepimpinan yang tidak mengikut cara Islam, seperti ditonjol-tonjolkan.


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-124: Budaya Saudi &Melayu Kota Mekah Kini.



Monday, October 11, 2021

PRN Melaka (9): 'X wajar ditangguhkan' -B/T.Pengerusi SPR.

 

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar. - Foto NSTP

'PRN Melaka tidak wajar ditangguhkan' 

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diadakan pada masa ini, dan risiko lonjakan kes COVID-19 seperti yang berlaku susulan PRN Sabah, tahun lalu, sebenarnya berupaya diatasi.

Bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, berkata situasi pandemik kini jauh berbeza dengan keadaan ketika PRN Sabah itu.

Beliau berkata, krisis politik di Melaka perlu diselesaikan segera kerana ia membabitkan penyandang jawatan Ketua Menteri yang hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Penyelesaiannya ialah melalui PRN. Tidak wajar PRN ditangguhkan atas alasan bimbang penularan COVID-19. Situasi di Melaka berbeza dengan Sabah ketika PRN berlaku pada September 2020.

"Penularan COVID-19 di Sabah amat tinggi ketika itu, manakala vaksinasi pula belum dilaksanakan. Namun sekarang, lebih 90 peratus pengundi (populasi dewasa) telah divaksin. Rentas negeri sudah dibenarkan, bermakna keadaan COVID-19 terkawal," katanya kepada BH, hari ini.

Wan Ahmad berkata, Melaka hanya mempunyai 28 DUN, berbanding 73 DUN di Sabah yang membabitkan limpahan kehadiran dari luar sepanjang tempoh berkempen.

Malah, beliau mendakwa penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika PRN Sabah dilihat sangat lemah.

Sebaliknya jika PRN Melaka diadakan, katanya, situasi dijangka berlainan dengan persediaan untuk mengelak kesilapan ketika PRN Sabah daripada berulang.

Beliau turut mendakwa parti politik yang tidak mahu PRN Melaka diadakan, kerana belum bersedia dan ingin mengambil 'jalan selamat'.

Katanya, PRN Melaka dilihat akan mampu memberi pengalaman baik kepada SPR untuk membuat persediaan awal sebelum menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lebih besar dan mencabar.

"Apa yang penting, syarat berkempen mesti dipatuhi. Kempen ceramah terbuka perlu dilarang sama sekali.

"Sebaliknya, perhebatkan budaya kempen digital melalui Internet dan media sosial. Kempen rumah ke rumah boleh dilarang atau mesti mematuhi SOP sepenuhnya. Polis dapat mengawal," katanya.

Wan Ahmad berkata, menyerahkan semula mandat kepada rakyat melalui PRN adalah jalan terbaik serta bertanggungjawab dalam menyelesaikan kemelut politik di Melaka itu.

Sila lihat siri PRN Melaka:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails