Monday, October 18, 2021

Lucah. Lagi, anjing barua terus makan tahi...

 


Lagi pengomen kurang ajar. Anjing barua tetap makan tahi juga.

4 comment:

avanza5990 said...

udah ketahuan sejak dari dulu lg. partai hancing ni sembang deras kaitkan ayat2 quran. sembang menggila babi tapi apa yg ada kt lebai. nafsu besar tp kote kecik. bab sembang memang wow la bani melayu. bab tindakan memang hampeh. tuan presiden pun mcm sepi jer tak ada idea. nak sembang pasai pandora papers sila2 sembang pasai tisu tuala. kah kah kah

Anonymous said...

Menteri Pengguna buat apa... gaji banyak puluh ribu takkan duduk melancap jer...!?








Sani said...

Mokhtar senik tunjuk batang konek,takpa ker.
Ketua Dewan ulamak sanggup menjubur Bini,tak Salah ker
Anaknya tantawi layan citer lucah berbayar kat German masa org g mesyuarat,APA ceritanya.
Sebelum Kita nak tegur orang,tolong2 lah tegur keburukan pemimpin kamu Tu.
Jangan gunakan agama utk kepentingan diri.

Sani said...

Macam KES ketua Dewan ulamak Perlis. Dok menjubur isteri. Sampai isteri Minta cerai.
Memang perangai orang agama memang sangap seks ker bro. Terutamanya slim ulamak Dari Parti kuat kencing..PAS

Unknown said...

Manusia tegur secara lucah kepada orang lain ialah manusia itu hidup dgn lucah dan tidak beriman

Anonymous said...

ada sebab la kalau mereka komen lucah.
Hendak jadi blogger/artis/ahli politik atau apa sahaya yang berdepan dengan masyarakat
anda harus menerima komen lucah dan fikir sebab mengapa mereka komen begitu.

Anonymous said...

Dia ni tak berapa sihat. Otak nyer merapu tak tentu hala. Sumber pun dari blog. Lalu dijadikan sebagai bahan sahih. Bila berguru dgn org sesat dan liberal, keluarlah idea merepek dan jadi modal utk fitnah, persepsi dan retorik. Reformasi usang.


Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitan??

October 2, 2021 at 4:54 PM

JPM atur Muzakarah, Usrah T/Menteri KPWKM &Solat kapasiti penuh..

 

1. Muzakarah Khas MKI termasuk cadangan rapat saf solat.

KUALA LUMPUR: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad telah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) supaya mengatur Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) yang akan diadakan pada 20 Oktober ini.

Katanya, ini susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai peralihan fasa dan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 15 Oktober lalu.

“Muzakarah pada kali ini bertujuan untuk mendengar taklimat mengenai penilaian risiko semasa Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan membincangkan beberapa isu SOP khususnya mengenai aktiviti masjid dan surau.

“Ini termasuklah cadangan SOP untuk merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah,” ujarnya dalam kenyataan, malam ini.

Menurutnya, semua ahli muzakarah yang terdiri daripada mufti-mufti negeri, ahli-ahli yang dilantik dalam kalangan pakar telah dijemput hadir sementara pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga turut dijemput.

“Saya percaya, suatu keputusan demi maslahah umum akan dapat dicapai dan berharap aktiviti masjid dan surau khususnya solat berjemaah seperti sedia kala akan dibenarkan dengan SOP tertentu,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 17/10/2021

2. Al-Quran penawar dan rahmat bagi Mukmin

SETIAP hari Rabu saya bersama dengan semua pegawai di Pejabat Timbalan Menteri KPWKM akan mengadakan usrah mingguan. Saya mengikuti usrah kali ini secara atas talian dalam kenderaan menuju ke Parlimen bagi menjalankan amanah menjawab soalan di Dewan Negara. Alhamdulillah teknologi hari ini memudahkan urusan kita.

Pengisian hari ini berkenaan dengan kehebatan al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat kepada manusia. Rujukan bagi tajuk ini adalah ayat 82 Surah Al-Isra’. 

Firman Allah S.W.T:

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْاٰنِ مَا هُوَ شِفَاۤءٌ وَّرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِيْنَۙ وَلَا يَزِيْدُ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا خَسَارًا

“Dan Kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

(Al-Isra’: 82)

Al-Quran merupakan kurniaan istimewa Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya sebagai pedoman hidup yang lengkap bagi menjamin keselamatan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Sesungguhnya terkandung di dalamnya penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Antara syarat untuk menjadikan ayat-ayat al-Quran menjadi syifa’ atau penawar kepada kita adalah:

1. Membacanya ikhlas kerana Allah kerana Dia-lah Yang Maha Berkuasa.
2. Meyakini bahawa al-Quran adalah kalamullah.
3. Meyakini al-Quran adalah penawar.

Rasulullah S.A.W bersabda bahawa perumpamaan orang yang membaca al-Quran ini ada 4 jenis:

عن أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ :مَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، مَثَلُ الْأُتْرُجَّةِ: رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ. وَمَثَلُ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ، مَثَلُ التَّمْرَةِ: لَا رِيحَ لَهَا وَطَعْمُهَا حُلْوٌ. وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي يَقْرَأُ الْقُـرْآنَ، مَثَلُ الرَّيْحَانَـةِ: رِيحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ. وَمَثَلُ الْمُنَافِقِ الَّذِي لَا يَقْـرَأُ الْقُرْآنَ، كَمَثَلِ الْحَنْظَلَةِ: لَيْسَ لَهَا رِيحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ .

“Anas ibn Malik berkata , Abu Musa al-Asy’ari berkata: Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran bagaikan buah Utrujah, rasa buahnya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran bagaikan buah kurma, rasanya enak namun tidak berbau. Sedangkan perumpamaan orang munafik yang membaca al-Quran, bagaikan buah Raihanah, baunya enak namun rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca al-Quran, bagaikan buah Hanzalah, tidak berbau bahkan rasanya pahit.”

(Hadis Riwayat Bukhari (Hadis no. 4632) dan Muslim (Hadis no. 1328))

Marilah kita menjadi Keluarga Malaysia yang menjadikan al-Quran sebagai asas dan kemestian dalam kehidupan seharian agar hidup kita sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

“KeluargaMalaysia”
“Malaysia Prihatin”
“Pesan Ibu”

YB DATO’ SITI ZAILAH MOHD YUSOFF
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat – HARAKAHDAILY 14/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100050312087009/posts/405448024475597/

3. Solat kapasiti penuh di Masjidil Haram, Masjid Nabawi bermula.

KUALA LUMPUR: Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula Ahad (17 Okt).

Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.

Menerusi infografik yang dimuat naik di laman twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.

“Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna”, katanya.

Kementerian juga memberi kebenaran kepada sistem pengangkutan awam, restoran, panggung wayang, dewan acara dan sebagainya untuk beroperasi pada kapasiti penuh tanpa tertakluk kepada arahan penjarakan fizikal.

Bagaimanapun, hanya penerima dua dos vaksin yang dibenarkan memasuki kesemua premis berkenaan.

Kebenaran ini juga diberikan kepada golongan yang dikecualikan daripada mengambil vaksin atas faktor kesihatan dengan mereka diwajibkan memakai pelitup separuh muka.

Menurut kementerian itu lagi penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka masih diwajibkan di tempat-tempat yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna.

Pemilik premis awam dan swasta pula wajib mengesahkan tahap vaksinasi pengunjung melalui aplikasi Tawakkalna sebelum mereka dibenarkan memasuki premis masing-masing. – BERNAMA

Sunday, October 17, 2021

Hentikan segera Jualan Arak Timah, CAP &KDN perlu tegas

 

1. Kesal dengan jabatan yang benarkan penjualan arak Timah di pasaran tempatan

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan penjualan jenama arak Timah keluaran Malaysia di pasaran negara ini.

Malah, iklan dan promosi arak berkenaan dianggap biadap berikutan penampilan imej lelaki berkopiah dengan janggut panjang, seolah-olah memaparkan individu berimej agama.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata CAP kesal mengenai jabatan yang memberi kebenaran penjualan arak berkenaan di pasaran tempatan.

"Selain kandungan alkohol, CAP tidak faham bagaimana pihak kementerian boleh memberi kebenaran menggunakan nama dan gambar yang boleh mencetuskan kemarahan.

"Nama Timah itu bagai satu penghinaan kepada umat Islam apabila jenama yang ditonjolkan berkait dengan nama Melayu dan Islam iaitu Timah yang disingkatkan daripada Fatimah.

"Malah, nama arak Timah itu sendiri dianggap sebagai hasil usaha berterusan dalam sejarah Tanah Melayu membawa kepada kemajuan pembangunan negara pada awal abad ke-20," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Subbarow berkata, arak berkenaan dijual pada harga RM190 sebotol dengan kandungan alkohol sebanyak 40 peratus.

Katanya, jumlah itu menunjukkan kandungan alkohol adalah tinggi, sekali gus menimbulkan masalah sosial dalam kalangan peminumnya.

"Ia menggunakan label, gambar dan perkataan tidak masuk akal. Justeru, CAP mendesak kerajaan menjelaskan pendirian terhadap isu ini," katanya.

2. Pemuda PAS desak henti operasi arak Timah

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan kekesalan dan kekecewaan atas kewujudan arak buatan Malaysia yang baru sahaja memenangi anugerah antarabangsa baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Nazir Helmi berkata itu bukanlah suatu kebanggaan tetapi sebaliknya suatu malapetaka dan hinaan buat negara.

Menurutnya, berdasarkan carian, arak jenama Timah bukanlah baru sahaja wujud seperti yang digembar-gemburkan cybertrooper Pembangkang tetapi ia telah wujud sejak bertahun lamanya.

“Pemuda PAS melahirkan persoalan bagaimana pengusaha arak ini beroperasi sejak sekian lama, tetapi digembar-gemburkan seolah ianya baru wujud setahun dua ini,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Walaupun begitu, katanya Pemuda PAS tetap konsisten menentang kewujudan perusahaan arak itu.

Beliau berkata,  Pemuda PAS memahami bahawa hanya agama Islam yang melarang penganutnya meminum arak.

Namun, ujar beliau arak bukan sahaja merosakkan umat Islam sahaja, malah kesannya turut dirasai semua masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Berapa ramai rakyat Malaysia yang telah mati akibat kesan arak, sama ada asbab kemalangan jalanraya mahupun ketagihan arak?

“Berapa banyak institusi kekeluargaan yang runtuh akibat arak?” ujarnya.

Kata beliau, kesannya merosakkan seluruh institusi masyarakat dan negara.

Sehubungan itu, Pemuda PAS mendesak supaya kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, mengambil tindakan menutup perusahaan arak itu daripada terus beroperasi.

Tambahnya, kewujudan kilang arak itu, yang turut giat mengeksport produk mereka tidak mendatangkan sebarang manfaat, malah mendatangkan mudarat yang besar.

Menurutnya lagi, masih banyak lagi sumber pendapatan yang boleh diperolehi oleh negara selain perusahaan najis arak.

“Pemuda PAS juga menasihatkan pihak Pembangkang yang galak bermain isu ini supaya bercakap berdasarkan fakta dan tidak menjadikannya modal sentimen politik murahan.

“Hakikatnya kilang ini turut beroperasi semasa zaman mereka menjadi kerajaan dan mereka sendiri berdiam walaupun mengetahuinya,” ujarnya.

Sebaiknya, kata beliau seluruh umat Islam tanpa mengira agama dan latar belakang politik bersatu padu menggesa supaya perusahaan arak itu dihentikan segera. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

3. PAS gesa KDN tegas tangani isu arak

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak tegas dalam mengawal industri arak.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad, berkata PBT mempunyai tanggungjwab dalam meletakkan syarat yang lebih ketat untuk mengawal pejualan minuman keras itu.

Katanya, PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak daripada tahun 2013 lagi.

“Namun, perlu diingat bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Justeru itu kata Kamaruzaman, penjualan minuman keras itu perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan.

Beliau menyarankan kerajaan mengambil negeri Kelantan sebagai model terbaik dalam mengawal industri arak dari sudut jualan dan prosedur operasi standard (SOP) kepada individu yang meminumnya.

“PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa,” katanya.

Baru-baru ini, tular di laman media sosial berhubung isu arak berjenama Timah yang dikatakan produk keluaran tempatan.

Rentetan itu, metizen mempersoalkan pengeluaran wiski berkenaan memandangkan PAS kini menjadi sebahagian daripada parti yang memerintah.

Bagaimanapun semalam, syarikat pengeluar arak tersebut menjelaskan jemana Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

‘Hilang kepala kura-kura ditelan dadanya’. Apa maksudnya tu Ust Dris?

 

SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD

“Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya.”
Maksudnya: Orang yang hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai.

Itulah kemuliaan bagi orang yang memiliki ilmu.

Manusia adalah penciptaan Allah SWT yang hebat dan istimewa kerana dikurniakan akal yang mampu menerima pelbagai jenis ilmu seterusnya mampu menguasai segenap cabang ilmu.

Seorang penuntut ilmu mempunyai darjat yang tinggi, seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah:

“Ilmu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan kamu menjaga harta, dan ilmu bertambah jika diamalkan sedangkan harta berkurangan jika dibelanjakan. Dan ulama itu akan tetap hidup selamanya meskipun jasadnya tidak ada, dan ajaran mereka selalu diingati dalam hati.”

Lebih hebatnya seseorang berilmu itu apabila ia mampu mengajarkan ilmu kebaikan kepada orang lain kerana Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.” (HR Muslim)

Sebaliknya jika kita mengajarkan perkara kejahatan, maka kita turut mendapat keburukan selagimana orang yang diajarkan itu mengerjakannya.

Namun, manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan kerana itulah fitrah sepanjang proses pembelajaran. Rebutlah peluang untuk menjadi insan yang terus belajar dan mengajarkan kebaikan. Berusahalah untuk menjadi alim rabbani iaitu orang berilmu yang takut kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT mengurniakan Taufik dan Hidayah-Nya buat kita semua.

Firman Allah SWT dalam surah Fatir ayat 28:

اِنَّمَا يَخْشَى اللّٰهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰۤؤُاۗ اِنَّ اللّٰهَ عَزِيْزٌ غَفُوْرٌ

Bermaksud: “Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah yang paling takut takut kepada-Nya adalah ulama (orang yang berilmu). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” – HARAKAHDAILY 16/10/2021

Tolak usul bahas babitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.

 

Dewan Rakyat kekal tolak usul bahas ‘Kertas Pandora’

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kekal dengan keputusan menolak usul untuk membahaskan pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.

Permintaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sekali lagi ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun selepas usul secara bertulis itu dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 4 Okt dan ditolak kali pertama ketika sidang Parlimen pada 6 Okt.

Azhar berkata penolakan kali kedua bagi usul dibawa Anwar di bawah Peraturan 90 (1) dan 90 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana ia tidak lengkap, sebaliknya beliau berkata Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu menggunakan Peraturan 43.

“Saya dah tengok surat (notis) Yang Berhormat (Anwar) dan saya sudah tanda tangani surat itu dan tepat jangkaan Yang Berhormat saya menolak usul tersebut kerana Yang Berhormat membuat usul untuk (peraturan) 90 (1) dan 90 (2) untuk menghentikan kuat kuasa peraturan, tapi tidakpun dinyatakan peraturan mana yang nak dihentikan.

“Kedua, pokok pangkal persoalan yang dibangkitkan usul terbaharu ini ialah mengenai perkara sama dan usul di bawah (peraturan) 18(1) dan 18 (2) yang dibuat minggu sudah yang telahpun saya tolak… jadi terpaksalah saya tidak boleh terima 90 (1) dan 90 (2).

“Mengenai keputusan (tolak usul) minggu sudah, sebenarnya saya rasa aturan yang patut Yang Berhormat gunakan ialah Peraturan 43, iaitu untuk dewan ini melihat semula keputusan saya itu… tapi yang saya dapat usul di bawah 90(1) dan 90(2),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ketua Pembangkang itu hari ini sekali lagi mempersoalkan keputusan Azhar yang menolak usul tersebut yang dianggap penting untuk segera dibahaskan di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Azhar berkata pendedahan Kertas Pandora itu tidak menyetuh mengenai penyorokan dan aktiviti pengeluaran wang dari negara ke syarikat luar persisir, sebaliknya ia mengenai pemegangan saham dalam syarikat itu.

“Ia dua perkara yang berlainan Yang Berhormat. Saya telah baca sedikit sebanyak Kertas Pandora itu, ia bukan mengenai aliran keluar wang tapi mengenai pegangan saham beberapa individu dalam syarikat luar pesisir… bukan seperti yang ditanyakan Yang Berhormat,” katanya.

Penjelasan Azhar bagaimanapun dipersoalkan Anwar yang menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu bertidak seolah-olah seperti seorang peguam kepada individu yang dikaitkan dengan pendedahan itu.

Namun, Azhar menepis tuduhan itu dengan menegaskan beliau hanya menjelaskan dan memperbetulkan fakta yang dibangkitkan Anwar.

“Saya bukan nak jadi peguam, saya cuma membetulkan fakta… takpa Yang Berhomat saya telah buat keputusan dan saya nyatakan keputusan saya itu muktamad. Terpulang pada Yang Berhormat untuk rujuk keputusan itu di bawah Peraturan 43,” katanya. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa semasa PH perintah negara 22 bulan dulu tak laksanakan usul bahas ‘Kertas Pandora’ itu? Sehingga sekarang bekas Menteri Kewangan PH pun didakwa kes rasuah terowong yang masih belum selesai? Bahkan melibatkan kematian saksi pula? Apa tak malukah PH berpura-pura kepada rakyat negara ini?

PRN Melaka (13): PAS letak calon. Siapa berapa?

 


KOTA BHARU: PAS meletakkan calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Bagaimanapun beliau berkata, berhubung dengan nama calon dan jumlah bilangan kerusi yang akan bertanding masih belum diputuskan.

Namun katanya, untuk berdepan dengan PRN Melaka satu jawatankuasa induk dan jawatankuasa operasi telah ditubuhkan bagi merangka strategi menghadapi keadaan serta perkara berkaitan khususnya.

“Berkenaan dengan bilangan dan calon masih belum diputuskan lagi, tetapi buat masa ini kita telah menubuhkan jawatankuasa induk PRN yang akan diketuai Naib Presidennya, Ahmad Samsuri Mokhtar.

“PAS akan mengambil alih dalam PRN cuma macam mana konsepnya itu belum diputuskan lagi. Jadi saya sebagai Setiausaha Agung boleh mengesahkan bahawa kita mengusahakan dan mengharapkan pelaksaannan PRN Melaka juga berteraskan muafakat sebagaimana kita di peringkat persekutuan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu kali ke-54 di Hotel Grand Rever View (GRV), di sini hari ini.

Pada mesyuarat itu turut dihadiri oleh Ahli PAS Kota Bharu yang menyertai secara hibrid.

Namun, dalam perkembagan sama, beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS akan terus komited dan bersama dengan semua parti yang turut bersama dengan Kerajaan Persekutuan.

Terahulu, DUN Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ia selepas Ketua Menteri Melaka, Dato’ Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Tun Mohd Ali susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah Dato’ Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Dato’ Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Dato’ Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Dato’ Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

Mengulas lanjut kata Takiyuddin, Muktamar Tahunan PAS kali ke-67 yang akan diadakan di Terengganu secara hibrid dengan sesi sama ada melibatkan kehadiran perwakilan atau secara maya.

Malah, sekiranya membabitkan kehadiran, jumlah kehadiran dihadkan sejajar dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 16/10/2021

Sila lihat siri PRN Melaka:

Lawak.. 'Tak jadi bunuh &bakar diri sebab panas'

 

Lori yang dibakar seorang lelaki di sebuah kandang lembu di Junjong. - Foto PDRM

KULIM: Berang dengan tindakan rakan sekerja menuduhnya mengambil wang sumbangan untuk membeli dadah, seorang lelaki bertindak membakar lori dan pondok kediaman pekerja ladang lembu di Junjong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, lelaki berusia 30-an mendakwa dirinya tertekan dengan tuduhan berkenaan menyebabkannya bertindak membakar lori serta pondok untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazali Adam, berkata suspek bagaimanapun terpaksa membatalkan hasratnya membunuh diri dengan keluar daripada pondok itu kerana tidak tahan panas.

Beliau berkata, kejadian disedari pengurus ladang yang tiba di lokasi dan terkejut apabila melihat lori dan pondok yang menempatkan tiga pekerja terbakar.

"Pengurus ladang berkenaan kemudian menyoal pekerjanya dan suspek mengaku melakukan perbuatan itu.

Pondok kediaman pekerja dibakar seorang lelaki di Junjong. - Foto PDRM

"Mendengarkan jawapan itu, pengurus terbabit terus membawa suspek ke Balai Polis Junjong," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sazalee berkata, hasil siasatan lanjut suspek memberitahu dia membakar lori dan pondok kediaman pekerja itu menggunakan selimut.

"Suspek mendakwa dia tertekan dengan kata-kata buruk rakan sekerja yang menuduhnya mengambil wang sumbangan badan keagamaan untuk membeli dadah.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian itu terletak jauh dalam sebuah ladang sawit," katanya.

Katanya, polis turut merampas sehelai baju, seluar jeans, sepasang selipar dan pemetik api yang dipercayai digunakan suspek ketika membakar lori dan pondok itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 dan 436 Kanun Keseksaan. (BH).


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails