Tuesday, October 19, 2021

S'pura Ceroboh M'sia. Tahniah Hassan Karim, bongkar. Tembak saja, takut ke?

 

Ruang udara di Pasir Gudang pada Januari 2019. - Foto hiasan NSTP

Siasat pesawat Singapura ceroboh ruang udara Pasir Gudang

PASIR GUDANG: Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Johor, perlu segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat Singapura, yang semakin kerap kebelakangan ini.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk mengenai pesawat tentera udara Singapura yang terbang rendah di sekitar kawasan berkenaan yang bukan sahaja menimbulkan gangguan malah kebimbangan.

Katanya, kekerapan pesawat tentera republik itu menceroboh ruang udara negara ini juga menimbulkan persoalan kerana semakin meningkat sejak awal bulan ini.

"Selaku Ahli Parlimen Pasir Gudang saya mohon Kerajaan Pusat dan kerajaan Johor, terutama Kementerian Luar Dan Kementerian Pertahankan menyiasat segera kejadian pencerobohan ruang angkasa Malaysia oleh pesawat negara asing ini.

"Tindakan sewajarnya perlu diambil oleh kerajaan.

"Kejadian pencerobohan ruang angkasa negara kita ini kelihatan kerap berlaku selepas Kerajaan Pusat membangkitkan isu untuk mengkaji semula kes Batu Puteh atau Pedra Blanca," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Hassan berkata, beliau telah menerima banyak aduan dari orang ramai serta penduduk setempat di Pasir Gudang yang membabitkan Parlimen Tebrau dan Parlimen Pasir Gudang, mengenai isu berkenaan sejak awal Oktober lagi.

"Mereka mengadu kepada saya mengenai kekerapan kelihatan pesawat tentera republik Singapura terbang rendah di ruang angkasa Pasir Gudang yang berjiran dengan Singapura.

"Kawasan yang terbabit adalah seperti di Kampung Pasir Putih, Taman Scientex, Taman Air Biru dan Taman Cendana," katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimSingapura ceroboh ruang udara Malaysia. Tahniah Hassan Karim kerana membongkar kes rakyat. Sila bawa ke parlimen, desak supaya Malaysia tembak saja penceroboh dari negara biadap itu? Takut ke atau sudah termakan budi?

IMBAS BERITA: PENCEROBOH TEMBAK DULU

Seramai 12 anggota penceroboh yang mendakwa tentera Kesultanan Sulu dan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) maut manakala tiga anggota pasukan sama cedera sebaik bertempur dalam kejadian di Kampung Tanduo, di sini pagi semalam.

22 BULAN YANG CELAKA..!! -Komen Rakyat.

 


5 comments:

Anonymous said...

22 BULAN YANG CELAKA..!!

Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’. Pada October 11, 2021 Bekas Peguan negara, Pulau Batu Puteh, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, beliau mempunyai fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia.

Malah, ketika bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau menegaskan yakin mampu membuktikan perkara tersebut dalam tempoh 60 hari jika Malaysia tidak menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu.

Bagaimanapun, menurutnya, beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah serta Tubir Selatan pada 2018.

“Saya amat marah dan kecewa dengan keputusan Dr. Mahathir yang membuat ketetapan itu tanpa merujuk kepada Kabinet dan saya ketika itu, Peguam Negara.

“Cukup hairan mengapa bekas Perdana Menteri itu buat keputusan itu tanpa rujuk kepada Peguam Negara. Sedangkan kita ada bukti untuk menunjukkan pulau itu milik Malaysia dan saya boleh selesai dalam tempoh 60 hari jika berbuat demikian,” katanya. Tak cukup Pulau Singapura diserah pada Lee Kwan Yew pulau timbul tenggelam pun nak digadai juga.

Hanya 22 bulan PH berkuasa ... saya Ulanggg..!! Bukan 22 tahun Bukan 22 kurun..!! tapi hanya 22 sahaja Pulau Batu Putih yang timbul tenggelam itu pun nak disedekah pula pada anak Lee Kwan Yew oleh pemimpin puaka ini..!!

Anonymous said...

Atok adalah bekas pemimpin ke enam terkaya di dunia. Macam mana boleh jadi gitu? Kalau belum jadi pm, kedudukan terkaya spt itu, rakyat boleh terima. Tapi maha kaya masa jadi pm. Dia tinggalkan pemimpin dlm partinya mewarisi sikap rakus. Akhirnya bekas partinya bergolak dgn pelbagai skandal. Politik wang, rasuah, jaga perut sendiri tdk jaga kepentingan org melayu. Terus membusuk sejak bermulanya atok jadi presiden parti dan pm. Akhirnya org melayu berlaga sesama sendiri kerana sikap rakus atok yg merosakkan perpaduan org melayu.

Zul said...

Kesesakan di kelantan pun kena tengok jugak. Jem teruk musim cuti.

Anonymous said...

Musim cuti dan musim perayaan bukan saja di Klantan ajer yg jem nyer..
kat Paris kat Tokyo dan Shanghai pun jemm..
podahhh..!!

Anonymous said...

ADIL DAN SAKSAMA Sajak Oleh Tan Sri Rafidah Aziz.
(Masa beri AP dolu kira adil ka..!? kikikiki.!!)
I just received this via WhatsApp :
Negara ini tempat kita berteduh, bernaung, mencari nafkah
Tanah Air kita, bersama, tanpa ada jurang pemisah,
Sewajarnya, kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,
Jangan ada membeza, dalam keadilan dan layanan, hingga berat sebelah
Tidak wajar Peraturan2 di bezakan kuatkuasa
Satu untuk Rakyat, tetapi lain pula untuk orang angkasa..
Undang2 tidak ada ruang untuk di tafsir ikut citarasa
Di denda, di sukarkan, untuk ramai
walhal yang khas dan terpilih..wah, layanan luar biasa !
Mengapa antara Rakyat, hendak juga dibeza, dikelompokkan.
Yang itu dapat layanan istemewa, yang ini didenda, ditekan ?
Tidakkah layanan MESTI samarata, adil saksama, tidak dibezakan,
Berasaskan siapa, dari mana asal usul, kumpulan bawah atau atasan?
Jika layanan tidak adil, tidak samarata, antara Rakyat
Maka tadbir-urus dan perlaksanaan peraturan, pasti cacat,
Kerana pertimbangan berasaskan siapa lemah, siapa pula yang kuat,
Akhirnya yang menentukan, ialah, apa yang tersirat, BUKAN yang tersurat.
Negara Bertuah Malaysia akan melindungi semua kita,
Jika pentadbiran adil, tiada yang dikecuali, ditinggalkan,
atas alasan apa juga.
Tidak kira keturunan, darjat dan status , waima Ugama,
Kerana setiap kita ada kepentingan, ada kewajipan, sebagai Warga Negara...
Undang2 jangan dinodai olih pilihkasih , serta diskriminasi ..
Jangan dihakis, kekesanan, wibawa dan Integriti demokrasi,
Janganlah yang lemah, kurang upaya, kurang mampu, disisih, serta kurang diperhati.
Walhal, yang berstatus, walau imej tercemar, di layan istemewa, dalam serba serbi...
Kita hendak meghala ke tahap sebuah Negara berwibawa, teguh dan Maju..
Di mana, tidak ada tempat untuk sikap feudal,
pemisahan antara kumpulan "kami" dan puak "kamu"...
Malaysia , tidak lagi larat , tidak lagi terdaya, dan tidak mampu
Melihat antara Warganya mengasing diri antara Melayu dan bukan Melayu .
Jangan di tumpu semata2 kepada apa jua perbezaan,
dan kelainan, dan apa tidak sama..
Menegakkan keadilan mesti urusan luhur,
tanpa dititikberat siapa dia, dan apa nama
Manusia datang manusia pergi, itu hakikat hidup di Dunia..
Tetapi, Malaysia, dengan Imej yang kita bina bersama,
akan Kekal selama2nya..
Hidup AP..!!
SEJAHTERA NEGARA KITA..

Kompromi Sulit S'pura-Tun M, Aset/Tanah? Kaitan Terowong PP?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Pulau Batu Putih : Apakah kejadahnya hal urusan tanahair kau (Tun) rujuk kepada peguam asing? Tanya Najib.

Namun tiada reaksi dan tiada respon dari si haramjadah ini.

Ada dakwaan Tun M mahu kowtim Singapura supaya tidak berkongsi maklumat penting yang akan ganggu usaha Tun M mengambil tindakan terhadap beberapa pemimpin BN?

Amat merisaukan jika hak hak dan aset negara digadai kepada Singapura atas sebab kompromi sulit atas sebab takut pihak Singapura mendedahkan maklumat yang mereka tahu berkenaan pemimpin seperti Tun Mahathir.

Kini kita gelisah , kerana ketika Pakatan Harapan dibawah pimpinan Tun Mahathir memerintah, banyak aset dan tanah terjual dan terlepas ke Singapura.

Anatara yang digadai oleh PH dan Tun Mahathir ada lah barang gantian Tanjung Pagar terhasil dari gantian tanah KTMB.

Bermakna apa yang diganti dan yang diserah kedua duanya sekali terlepas.

Datuk Seri Najib Razak berjaya mengganti tanah panjang KTMB yang tidak cukup luas kerana panjang sahaja tapi tidak berguna untuk bina apa apa pun dengan tanah luas yang boleh membina bangunan dan hotel.

Ketika itu , keretapi KTMB sudah tidak lalu kesitu lagi kerana henti di Woodlands sahaja.

Tapi sebaik sahaja PH dan Tun Mahathir ambil alih semua nya terlepas bermodalkan cerita umpan 1MDB dan hutang negara kepada rakyat.

Apa pun kerisauan dan persoalan adakah Tun Mahathir masih mencengkam pihak pihak berkuasa dalam negara lalu mereka berpihak untuk menutup juga siasatan?

Lihat sahaja kes babit kroni Tun Mahathir berkait kes AMLA dan wang masuk akaun di Singapura yang masih tidak ketentuan apa perkembangan nya.

Kembalikan penghayatan kehidupan Rasulullah SAW -Sultan S'gor.

 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar menyegarkan kembali penghayatan terhadap sejarah perjalanan hidup Rasulullah SAW.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini bersempena sambutan Maulidur Rasul esok, Sultan Sharafuddin menyeru umat Islam meneladani nilai murni peribadi Nabi Muhammad dan mengikuti segala sunnah serta ajaran Rasulullah SAW.

Sultan Selangor turut menyeru seluruh umat Islam agar memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan semoga kita semua beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak, menurut hantaran itu.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. - Foto ihsan Selangor Royal Office

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Selangor.

Dalam pada itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan masyarakat di negeri itu supaya memerhatikan jiran tetangga yang memerlukan sokongan dan bantuan dalam menghadapi situasi penularan pandemik COVID-19 ketika ini.

Baginda bertitah, disebabkan COVID-19 yang melanda sejak Mac tahun lalu, ramai dalam kalangan masyarakat yang menghadapi kesulitan dan kesusahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

"Disebabkan pandemik ini ada dalam kalangan kita yang kehilangan insan tersayang, ada anak-anak yang menjadi yatim piatu, ada yang hilang pekerjaan, ada yang kurang pendapatan, ada yang perlukan bantuan dan pelbagai lagi yang perlu ditangani dan diberi perhatian," titah baginda.

Sultan Mizan bertitah demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1443H/2021M Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung secara dalam talian malam ini.

Baginda turut mengajak rakyat Terengganu supaya sentiasa menghargai pengorbanan berterusan petugas barisan hadapan yang memberikan perkhidmatan terbaik buat semua.

Justeru itu, baginda bertitah semua pihak perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk kekal berwaspada dengan terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan COVID-19.

"Beta juga menyeru agar rakyat menerima baik saranan pihak kerajaan dengan melengkapkan pengambilan vaksin sebagai ikhtiar untuk mencegah penyebaran penyakit serta menghalang dari kedatangan mudarat yang lebih besar," titah baginda. – BERNAMA

Monday, October 18, 2021

Terkejut! Video seks muncul ketika pelajar duduki peperiksaan.

 

Pelajar yang menduduki satu peperiksaan menerusi Google Meet terkejut apabila video seks tiba-tiba ditayangkan di skrin mereka. 

Pelajar Tingkatan 2 terkejut video seks muncul ketika peperiksaan maya 

PETALING JAYA: Pelajar Tingkatan 2 sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur terkejut ketika mereka menduduki satu peperiksaan semalam – satu video seks eksplisit mula ditayangkan di skrin mereka. 

Dua ibu bapa yang tidak mahu dikenali memberitahu FMT, kejadian itu berlaku ketika pelajar sedang mengambil kehadiran sebelum peperiksaan reka bentuk dan teknologi (RBT) diadakan melalui platform sidang video Google Meet. 

Mereka berkata, guru terbabit segera mengarahkan pelajar untuk meninggalkan kelas maya, dengan peperiksaan kemudiannya dijalankan menggunakan borang dalam talian. Kesal dengan kejadian itu, mereka berkata, pelajar atau guru itu nampaknya tidak tahu siapa yang berkongsi video berkenaan dalam kumpulan terbabit. 

Ibu bapa itu berkata, ini hanya boleh dilakukan seseorang yang mempunyai kemampuan sebagai hos. Tidak diketahui bagaimana individu terbabit mendapat akses ke kelas maya itu. 

“Kami tidak pasti bagaimana ini boleh berlaku. Kami fikir kelas (dalam Google Meet) mungkin telah digodam,” kata seorang ibu bapa.

“Beberapa ibu bapa dalam kumpulan sembang WhatsApp kami menyarankan mereka yang mempunyai tangkap layar video itu membuat laporan polis.” 

Tentunya kumpulan sembang WhatsApp ibu bapa itu hangat membincangkan kejadian berkenaan. Dalam tangkap layar perbualan dalam kumpulan itu yang dilihat FMT, seorang ibu bapa berkata, video itu adalah “kes besar” di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“Akhlak anak-anak kami sedang dirosakkan. 

“Saya berharap guru akan membuat laporan kepada polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Jika ada bukti ia membabitkan pelajar, mereka tidak sepatutnya dibiarkan.” 

Seorang ibu bapa meminta guru – yang merupakan pentadbir kelas maya – menyaring secara terperinci mereka yang hadir. Ibu bapa lain menyarankan ibu bapa dibenarkan menemani anak mereka dalam sesi akan datang. 

FMT menerima rakaman suara didakwa daripada seorang guru sekolah itu kepada pelajar Tingkatan 2 mengenai “kekecohan” ketika peperiksaan. Guru itu mendakwa masalah terbabit berpunca daripada pelajar berkongsi pautan kelas Google Meet dengan pelajar lain. 

“Tolong jangan menyebarkan pautan Google Meet kepada orang lain yang bukan dari kelas anda. 

“Kami akan mengambil tindakan…Guru disiplin dan saya sedang mencari individu yang menggunakan pautan itu untuk memasuki kelas kerana kami mempunyai (hak pentadbir) dan boleh mengesan siapa yang masuk dan keluar dari kelas.” 

Seorang guru yang dihubungi FMT mengesahkan kejadian itu, tetapi enggan mengulas lanjut. FMT turut menghubungi pengetua sekolah terbabit. FMT tidak mendedahkan nama sekolah itu sementara menunggu komen rasmi pihak berkuasa sekolah. Panggilan ke nombor pejabat sekolah terbabit tidak dijawab. at 10/16/2021 06:00:00 PG  (FMT)

Perhatian: 
Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.

Bakal Pengantin! Ini Smartstart untuk anda.

 

SMARTSTART tingkatkan pengetahuan dan kemahiran bakal pengantin

KUALA LUMPUR: Hasil kajian impak penilaian terhadap Kursus Praperkahwinan SMARTSTART pada tahun 2013 mendapati pengetahuan dan kemahiran peserta meningkat melebihi 91 peratus.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, berkata kajian yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melibatkan 234 responden yang pernah mengikuti kursus itu.

Katanya, SMARTSTART adalah antara program pengukuhan institusi keluarga yang khusus kepada pasangan yang bakal berkahwin dan mereka yang telah mendirikan rumah tangga dalam tempoh lima tahun.

“Lebih 697 program dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta badan agama, memanfaatkan 28,083 peserta,” katanya menjawab soalan lisan Senator Aknan Ehtook di Dewan Negara, hari ini.

Siti Zailah berkata, hasil kajian LPPKN digunakan untuk menambah baik modul SMARTSTART berdasarkan isu-isu semasa, termasuk kaedah mengenal personaliti diri dan pasangan, komunikasi berkesan, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kemesraan, daya tarikan serta membina komitmen dalam hubungan perkahwinan, pengurusan konflik dan pengurusan kewangan bagi persediaan majlis perkahwinan.

Selain itu, katanya LPPKN membangunkan modul SMARTSTART 2.0 yang terbahagi kepada tiga fasa, iaitu Fasa Praperkahwinan, Fasa Perkahwinan 1- 2 tahun dan Fasa Perkahwinan 3 – 5 tahun.

Melalui Fasa Praperkahwinan, katanya modul yang disediakan bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta mengenai persediaan ke arah perkahwinan.

“Modul fasa ini ditambah baik dengan mengambil kira elemen baharu seperti ujian personaliti, iaitu senarai semak untuk mengukur personaliti individu bagi mengenali diri dan pasangan, sekali gus boleh membantu pasangan memahami serta menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, elemen baharu lain ialah berkaitan perundangan keluarga, iaitu Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, Akta Memperbaharui Undang-Undang Perkahwinan dan Perceraian 1976 serta input prosedur perkahwinan Islam dan pengurusan sumber kewangan keluarga.

Katanya, modul itu juga mengambil kira maklumat diet sihat, iaitu berkaitan pemakanan sihat untuk keluarga, kepentingan makanan berkhasiat untuk suami-isteri, konsep serta kepentingan 1,000 hari pertama kehidupan untuk menjamin kesihatan anak.

“Modul itu juga mementingkan maklumat amaran siber, iaitu mengetahui risiko, ancaman dan langkah pencegahan semasa menggunakan internet,” katanya. – HARAKAHDAILY 18/10/21

Labur dalam kripto (1): Belia M'sia cenderung, bagaimana?

 

Belia di Malaysia cenderung labur dalam kripto.

KUALA LUMPUR: Golongan belia di negara ini dilihat lebih celik digital dan bersikap terbuka dengan berminat untuk melabur dalam mata wang kripto, demikian hasil kajian terkini RinggitPlus.

Dalam Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS 2021) membabitkan lebih 3,000 responden seluruh negara, menunjukkan lebih separuh atau 63 peratus belia mahu atau tertarik untuk melabur dalam aset digital itu.

Hasil kajian itu juga menunjukkan dalam penggunaan e-dompet, hampir 92 peratus responden belia menggunakan sekurang-kurangnya satu e-dompet, manakala sebanyak 38 peratus menggunakan tiga atau lebih e-dompet yang berbeza.

"Mereka (golongan belia) sangat celik digital, yang mana boleh dilihat dalam penggunaan e-dompet yang tinggi dan kesediaan untuk melabur dalam aset digital.

"Bagaimanapun, golongan belia dan milenial (18-35 tahun) masih memerlukan pertolongan untuk menguruskan kewangan mereka," katanya ketika mengumumkan hasil RMFLAS 2021 baru-baru ini.

Dari segi pengurusan kewangan dalam kalangan belia, laporan RMFLAS 2021 menunjukkan 24 peratus belia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk bertahan melebihi sebulan; 57 peratus tidak dapat bertahan lebih dari tiga bulan dan 45 peratus membelanjakan sepenuhnya atau lebih daripada gaji bulanan mereka.

Sementara itu, laporan RMFLS 2021 itu juga menunjukkan rakyat Malaysia secara keseluruhan bersikap lebih terbuka mengenai cara menggandakan dana mereka melalui pelaburan automasi seperti mata wang kripto dan penasihat robo.

Hasil kajian itu mendedahkan hampir separuh atau 49 peratus daripada rakyat Malaysia menyatakan yang mereka tertarik atau mahu melabur dalam mata wang kripto.

Dalam kalangan mereka yang melabur dalam mata wang kripto, sebanyak 72 peratus melabur dalam Bitcoin (BTC), Ether (55 peratus), Ripple (50 peratus), kemudian diikuti Litecoin (32 peratus).

Majoriti atau 73 peratus menggunakan Luno untuk melabur dalam mata wang kripto.

Laporan RMFLS 2021 juga menunjukkan penggunaan e-dompet kekal tinggi di Malaysia pada kadar 89 peratus, malah 36 peratus responden menyatakan mereka menggunakan lebih tiga e-dompet yang berbeza untuk urusan pembayaran.

Video

..bersambung

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails