Tuesday, October 26, 2021

Pondok Hafazan Al-Quran Tolak Penutupan Tempat Karaoke,

 


JAKARTA: Pondok Hafazan Al-Quran Tolak Penutupan Tempat Karaoke, Hal ini dinyatakan Pengasasnya pada Sabtu, 23 Oktober 2021-19:02 WIB'

Sokongan salah sebuah pondok penghafal al-Quran di Pati berhubung penolakan penutupan kawasan hiburan karaoke Bumi Mina Tani, mendapat reaksi daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI).

Diketahui Pondok Pesantren Tahfidzul Qur'an Modiwongso Kecamatan Gembong merupakan bagian dari Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) Kabupaten Pati. Pondok tersebut juga setuju dengan kenyataan kepada Pemerintah Kabupaten Pati mengenai pelanggaran hak asasi manusia atas penutupan kawasan hiburan. Dijelaskan juga, pondok itu diasaskan oleh penyelaras karaoke.

“Pondok Tahfidzul Quran diasaskan oleh seorang bernama Musyafak. Nah, Musyafak penyelaras karaoke di Pati," jelas kenyataan itu. Bahkan ada juga kenyataan menyebutkan,119 tempat hiburan di Surabaya beroperasi semula, ruang urut dan karaoke.

“Pondok Tahfidzul Quran diasaskan oleh seorang bernama Musyafak. Nah, Musyafak penyelaras karaoke di Pati," Jelas sumber itu.

"Memang dia mendirikan sekolah berasrama penuh di Bremi, Gembong, yang dipengerusikan oleh bekas ketua kampung. Imam Suroso.

“Berdasarkan pemerhatian, pondok pesantren tersebut tidak mempunyai santri dan tidak terdaftar di Kementerian Agama Kabupaten Pati. Sokongan salah satu pondok pesantren di Pati terkait menolak penutupan pelacuran dan karaoke, mendapat reaksi daripada MUI tempatan. (IH)

Monday, October 25, 2021

Gangguan seksual, Islam letakkan maruah wanita di status tinggi. -Siti Zailah.

 

Akta gangguan seksual: KPWKM tunggu ‘lampu hijau’

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunggu ‘lampu hijau’ daripada jemaah menteri dan agensi kerajaan berkaitan bagi membentangkan akta berkaitan gangguan seksual.

Timbalan Menterinya, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, pihaknya dalam usaha untuk membawa persoalan tersebut bagi bacaan pertama dijangka Disember ini sebelum persidangan Dewan Rakyat berakhir.

Katanya, meskipun banyak peraturan dan undang-undang berkaitan pemakaian ditetapkan kerajaan dalam sektor awam dan swasta sebagai usaha pembanteras, namun pihaknya masih menerima aduan mengenai kegiatan itu.

“Berkenaan masalah gangguan seksual, insya-Allah kami dalam usaha membentangkan kali pertama di Dewan Rakyat jika mendapat pelepasan daripada kerajaan dan agensinya.

“Aduan berkaitan isu tersebut perlu dilaporkan kepada pihak polis, lagi pun kita pun sentiasa bekerjasama rapat dengan polis dalam isu-isu yang melibatkan keganasan dan gangguan seksual,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata pada sidang media di Parlimen Malaysia mengenai seruan KPWKM kepada anggota masyarakat untuk menghentikan eksploitasi maruah wanita sebagai bahan gurauan atau lawak jenaka.

Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengesa semua pihak tidak melakukan perbuatan tersebut, semata-mata bagi meraih publisiti murahan di media sosial dan massa.

Beliau turut melahirkan kekecewaan kerana masih wujud lagi individu yang sanggup menjadikan maruah wanita sebagai bahan jenaka, malah menganggap perbuatan tersebut sebagai satu kebiasaan.

“Islam sebagai agama rasmi negara sudah meletakan maruah wanita dalam status yang tinggi dan mulia, jadi setiap anggota masyarakat perlu bertanggungjawab sebaik mungkin.

“Sebagai kementerian yang menjaga pembangunan wanita, kami sentiasa berusaha untuk mengangkat maruah wanita dan kita tidak mahu maruah wanita, ahli keluarga kita dihina dan dimalukan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 25/10/2021

Rentas Mendunia.

Dr Zulkifli Mnjawab hukum pemindahan organ khinzir kepada manusia.

 

SOALAN: Apakah hukum pemindahan organ khinzir kepada manusia? Bukankah khinzir ini najis Mughalllazah dalam Islam?

Jawapan:

Saya telah menghuraikan hukum berkaitan pendermaan dan pemindahan organ dan tisu di sini. Adapun pemindahan organ ataupun tisu satu spesies kepada spesies yang lain atau diistilahkan sebagai xenotransplantation, ia memerlukan perincian yang mendalam. 

Xenotransplantation adalah (i) pemindahan sel hidup, tisu, atau organ-organ haiwan yang berasal dari manusia atau (ii) pemindahan cecair atau sel badan manusia yang mempunyai hubungan dengan sel atau tisu bukan manusia langsung. [1]

Prinsip asas bagi pemindahan organ melibatkan manusia-haiwan adalah, haram menggunakan najis untuk berubat jika ada bahan yang suci. Bahan najis boleh digunakan jika ia adalah keperluan yang mendesak dan tidak ada bahan yang suci yang boleh digunakan.

Asas pengharaman khinzir adalah jelas di sisi syarak sebagaimana firman-Nya:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ۖ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

 “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [2]

Sabda Rasulullah S.A.W:

إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ الْخَمْرَ وَثَمَنَهَا، وَحَرَّمَ الْمَيْتَةَ وَثَمَنَهَا، وَحَرَّمَ ‌الْخِنْزِيرَ ‌وَثَمَنَهُ

 “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan arak dan harganya, mengharamkan bangkai dan harganya, serta mengharamkan khinzir dan harganya.”

Para ulamak bersepakat mengenai haramnya penggunaan najis sebagai bahan ubat namun berbeza pada keharusannya atas sebab darurat. Bagi mazhab Syafie, penggunaan tulang yang dikira najis, tidak dibenarkan kecuali pada keadaan yang amat mendesak dan tidak ada alternatif lain daripada tulang yang suci.

Kata Imam al-Nawawi: 

“Jika tulangnya patah, maka perlulah ia disambung dengan tulang yang suci. Para ulamak Syafi’iyyah berkata, ‘Tidak dibenarkan untuk menyambungkannya dengan najis selagi mana mampu dicari yang suci. Sekiranya disambung dengan najis atas hajat, dan tidak ditemui yang suci, ia dianggap uzur (dimaafkan). Sekiranya dia tidak memerlukannya atau menjumpai tulang yang suci [tetapi masih memilih tulang yang najis], dikira berdosa dan wajib untuk dicabut tulang itu [untuk digantikan dengan tulang yang suci] jika dia tidak khuatir memudaratkan dirinya.” [3]

Majma’ al-Fiqh al-Islami Rabitah al-‘Alam al-Islami yang bersidang pada 28 Rabi’ al-Akhir hingga 7 Jamadil Awwal 1405H telah memutuskan bahawa pemindahan organ haiwan kepada manusia mestilah daripada haiwan yang boleh dimakan dan disembelih dengan cara yang syar’ie sahaja. Selain daripada itu, hanya dibenarkan jika ada darurat. [4]

Hal ini juga sebagaimana yang ditegaskan oleh Syeikh ‘Atiyyah Saqar, mantan Mufti Republik Arab Mesir dalam fatwanya bertarikh Mei 1997 pada soalan “Sekiranya tulang seseorang itu patah dan tidak ditemui tulang melainkan tulang haiwan yang dianggap najis, bolehkah disambungkan dengannya?”[5] Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Syeikh Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq, mantan Mufti Mesir pada 5 Disember 1979 dalam fatwanya.[6]

Apabila bertembung antara pengharaman dan mudarat, kaedah fiqh ini perlu diambil kira:

إذَا تَعَارَضَ مَفْسَدَتَانِ رُوعِيَ أَعْظَمُهُمَا ضَرَرًا بِارْتِكَابِ أَخَفِّهِمَا

“Apabila bertembungnya dua mafsadah, maka dipelihara (ditolak) mudarat yang paling besar dengan melakukan mudarat yang lebih ringan.” [7]

Syeikh Mustafa Al-Zarqa berkata: “[Yang dimaksudkan dengan] meraikan yang paling berat dari keduanya adalah dengan cara meninggalkannya. Ini kerana, mafsadah-mafsadah diraikan dengan dinafikan seperti mana maslahah-maslahah diraikan dengan melakukannya.” [8]

Berbalik kepada Surah al-Baqarah ayat 173 di atas, Allah S.W.T menyimpulkan di hujungnya:

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“…maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Guru kami, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti meletakkan dua syarat bagi pemindahan organ haiwan yang bersifat najis iaitu:

1. Pesakit tersebut memerlukan pemindahan organ haiwan najis tersebut, dan disahkan oleh pakar perubatan akan keperluannya.

2. Tidak ada alternatif organ yang suci.

Jika dua syarat ini dipenuhi, maka tidak ada masalah untuk pemindahan organ tersebut. Ia juga tidak memberi kesan kepada solat dan ibadah yang mensyaratkan kesucian, atas faktor keuzuran dalam menggunakan najis tersebut. [9]

Kesimpulannya

Saya berpendapat bahawa pemindahan organ khinzir kepada manusia adalah dibolehkan dengan syarat ia adalah darurat yang disahkan oleh pakar perubatan dan tidak ada alternatif lain yang lebih sesuai. Jika sudah ada alternatif lain yang halal, maka terbatallah keharusan ini. 

Saya juga berpandangan sudah sampai masanya bagi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengeluarkan pandangan dalam isu ini. Sesungguhnya kajian seperti ini adalah amat penting untuk menyelesaikan masalah yang kritikal pada masa kini yang terkait dengan rawatan dan perubatan. Wallahu a’lam.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Ahli Dewan Negara

Rujukan:


[1] https://www.fda.gov/vaccines-blood-biologics/xenotransplantation

[2] Surah al-Baqarah: 173.

[3] Al-Majmu’ Sharh al-Muhazzab, 3/145.

[4] Qararat al-Majma’ al-Fiqh al-Islami bi Makkah al-Mukarramah (1977-2004), m. 158

[5] Al-Fatawa al-Islamiyyah, 10/258

[6] Ibid., 7/356.

[7] Al-Ashbah wal-Naza’ir, m. 76

[8] Sharh al-Qawa’id a-Fiqhiyyah, m. 201.

[9] Ahkam al-Jirahah al-Tibbiyyah wa al-Athar al-Mutarattibah ‘Alayha, m. 402 – HARAKAHDAILY 25/10/2021

Sumber Asal: https://maktabahalbakri.com/pemindahan-organ-khinzir-kepada-pesakit-manusia/?fbclid=IwAR29SdMXZ9CfkXGGpSFsO2Fo-9XQDRd50Toc1rWM0JbRZ2cRy4qZxxeerj0

Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

P.Pinang bina asrama pekerja asing. Dasar kera disusukan?

 

Apa kewajaran P.Pinang bina asrama pekerja asing

BALIK PULAU: PAS Pulau Pinang mempersoalkan mengenai kewajaran kerajaan negeri merancang membina asrama pekerja warga asing di kawasan Teluk Kumbar, di sini.

Kerajaan negeri dilihat lebih berminat menyelesaikan isu pekerja asing berbanding masalah rakyat dan pekerja tempatan

Antara kemudahan kepada rakyat yang masih terbengkalai hingga kini ialah projek pembinaan Pasar Awam Teluk Kumbar.

Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff berkata, beliau telah bangkitkan perkara itu beberapa bulan yang lalu.

“Antara persoalan yang sepatutnya kerajaan negeri mengambil perhatian adalah nasib pekerja- pekerja tempatan yang tidak diberikan perhatian penempatan selama ini.

“Ramai pekerja sektor perkilangan tempatan yang memerlukan tempat tinggal yang datangnya dari negeri-negeri jiran yang turut menyumbang kepada kepesatan kemajuan perkilangan di negeri ini.

“Tindakan kerajaan itu juga dipertikaikan kerana ianya selain daripada tidak prihatin kepada pekerja tempatan, ia juga membawa banyak kemusnahan dan kerosakan berbanding kebaikan kepada masyarakat dan persekitaran,” ujarnya

Sebagai contoh, katanya banyak implikasi buruk bakal berlaku antaranya kesan sosial terhadap masyarakat atau komuniti tempatan, kesan pembangunan yang tidak seimbang.

Menurutnya, selain daripada kesesakan kenderaan di jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas susulan pembnaan asrama itu, kawasan perkampungan juga bakal hilang.

“Untuk lebih efektif, kerajaan sepatutnya membuka ruang kawasan yang lebih hampir dengan kawasan zon perkilangan dan industri seperti di Batu Kawan untuk penempatan asrama itu,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/10/2021

2:56

Dimuat naik oleh: M HR27 Ogo 2017
51.6K Tontonan·283 Sukaan
Video ringkas berkenaan bagaimana Singapura dipajak kepada Raffles
Imej mungkin tertakluk pada hak cipta. Ketahui Lebih Lanjut

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa kewajaran Pulau Pinang bina asrama pekerja asing.. 

(i) Dasar kera di hutan disusukan, anak sendiri menangis ditinggalkan. 

(ii) Lanjutan dasar 'pecah-pecah perintah penjajah' ke atas negeri jajahan seperti yang dilakukan oleh penjajah barat dan Singapura ke atas bangsa Melayu pemilik asal Persekutuan Tanah Melayu.

Taliban pemimpin prihatin, bayar pekerja dengan gandum. Al-hamdulillah!

 

Seorang kanak-kanak memegang tongkol jagung di sebuah ladang di daerah Panjwai, Afghanistan. - Foto AFP

KABUL: Kerajaan Taliban Afghanistan hari ini melancarkan program mengatasi kelaparan dengan menawarkan gandum sebagai pertukaran bagi kerja yang dilakukan.

Skim itu akan dilancarkan di bandar dan pekan utama Afghanistan, yang dijangka berupaya menggaji kira-kira 40,000 lelaki hanya di Kabul, kata jurucakap Taliban pada sidang media yang berlangsung di selatan ibu negara itu.

"Ini adalah langkah penting untuk memerangi masalah pengangguran, namun pekerja perlulah bekerja keras," kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Afghanistan, yang sememangnya dilanda kemiskinan, kemarau, gangguan bekalan elektrik dan kegagalan sistem ekonomi, kini bakal berdepan permulaan musim salji yang buruk.

Skim 'makanan untuk kerja' Taliban yang tidak akan membayar buruh, menyasarkan mereka yang kini menganggur dan paling berisiko kebuluran ketika musim sejuk.

Program dua bulan itu akan menyaksikan 11,600 tan gandum diagihkan di ibu negara, selain kira-kira 55,000 tan lagi diagih di tempat lain di negara itu termasuk Herat, Jalalabad, Kandahar, Mazar-i-Sharif dan Pol-i-Khomri.

Pekerjaan bagi buruh di Kabul itu termasuk menggali terusan air dan kawasan tadahan untuk salji di bukit bagi memerangi musim kemarau.

Mujahid dan pegawai kanan lain termasuk Menteri Pertanian, Abdul Rahman Rashid serta Datuk Bandar Kabul, Hamdullah Nomani, hadir melancarkan program itu.

Mereka meraikannya dengan memotong riben merah jambu dan menggali parit kecil pada majlis yang berlangsung di kawasan luar bandar Rish Khor di ibu negara, Kabul. - AFP

Afghanistan tetap berjihad membebaskan diri dari penjajahan AS, walau pun negara dalam kebuluran akibat kerakusan AS. Namun Afghanistan tetap prihatin rakyat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Afghanistan tetap prihatin rakyat, walau negara dalam kebuluran. Jahannam Amerika (AS) penghancur negara Afghanistan!


Siri Labur Dalam Mata Wang Kripto.

Sunday, October 24, 2021

Pinjaman Online, penyebab wanita ini gantung diri,,

 


Jakartata: Direktorat Jenayah Ekonomi Khas (Dittipideksus) Unit Siasatan Jenayah Polis Nasional mendedahkan kes pinjaman dalam talian (pinjol) haram yang mengecewakan seorang wanita di Wonogiri, Jawa Tengah yang menggantung diri.

Polis menahan Koperasi Simpanan dan Pinjaman (KSP) Bandar Andalan Bersama (SAB) yang menyelia salah satu pinjaman haram yang mengganas terhadap wanita itu di Wonogiri.

"Kami menahan saudari JS yang menjadi fasilitator warga asing Cina, perekrut masyarakat untuk menjadi pengerusi KSP dan pengarah PT rekaan yang digunakan sebagai operasi pinjaman haram," kata Helmy dalam siaran akhbar, Jumaat (22/10). .

Menurut Helmy, JS bertindak sebagai pemodal untuk menubuhkan syarikat rekaan atau KSP yang didakwa digunakan untuk operasi pinjaman haram.

Helmy menjelaskan bahawa KSP Solusi Andalan Bersama yang dibiayai oleh JS menguruskan beberapa permohonan pinjaman haram. Antaranya ialah permohonan pinjaman yang dinamakan Fulus Lucky to National Loan.

Ini adalah permohonan pinjaman Fulus Lucky yang mengirim wang kepada wanita di Wonogiri, yang akhirnya menggantung diri. Pinjaman haram Fulus Mujur adalah salah satu daripada 23 permohonan yang mengganasi mereka.

"Hasil siasatan mendapati mangsa mati menggantung diri akibat meminjam dalam 23 permohonan pinjaman dalam talian haram. Salah satunya adalah permohonan Fulus Mujur," kata Helmy.

Dalam kes ini polis telah menahan JS. Polis juga merampas sejumlah bukti seperti telefon bimbit, beratus-ratus sijil penubuhan KSP, ratusan setem KSP, 2 unit CPU, dan puluhan NPWP KSP.

Bukan hanya JS, Helmy mengatakan bahawa pihaknya juga menangkap ketua KSP Solusi Andalan Bersama inisial MDA dan SR.

Daripada MDA merampas akta penubuhan KSP Solusi Andalan Bersama, perjanjian kerjasama dengan gateway pembayaran, telefon bimbit, wang bernilai Rp 20.4 bilion dalam akaun bank atas nama KSP Solusi Andalan Bersama.

Kemudian Rp 11 juta dalam akaun bank atas nama KSP Solusi Andalan Bersama. Kemudian HP dirampas dari SR. Helmy juga meminta orang ramai untuk segera menghubungi nombor hotline sekiranya mereka mendapati terdapat amalan peminjaman haram. Beliau memasukkan nombor tersebut supaya orang ramai segera membuat adua

“Terdapat 081210019202 nombor hotline untuk menerima aduan SMS dan WA,” tambahnya.

Sebelumnya, Dittipideksus Bareskrim menahan tujuh suspek dari lapan pejabat pinjaman dalam talian (pinjol) haram yang tersebar di wilayah Jakarta dan Tangerang. [IH]

Perhatian: 
Sebenarnya, masalah-masalah begini adalah masalah umat manusia sedunia. Maka elok kita paparkan dan 'islah', terutama di kalangan negara umat Islam yang sepatutnya tidak terbatas hanya dalam kelompok dan sempadan negara mereka sahaja. Kerana Islam adalah mendunia.

Rentas Mendunia.

Sultan Johor terima taklimat mengenai Pulau Batu Puteh

 

Foto daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu menumpukan perbincangan isu Pulau Batu Puteh.

Menurut satu hantaran di Facebook rasmi baginda sebentar tadi, turut hadir pada pertemuan itu ialah Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Khamis lepas, Sultan Ibrahim bertitah tindakan mesti diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab jika benar ada pihak yang melakukan kecuaian dan kekhilafan dengan tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pulau Batu Puteh.

Ia susulan pengumuman Perdana Menteri pada 9 Okt lalu mengenai keputusan Kabinet mewujudkan pasukan petugas khas untuk semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Sehari selepas itu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri memberi jaminan akan bekerjasama dan membantu pasukan petugas khas kerajaan Persekutuan berhubung isu berkenaan. – BERNAMA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails