Tuesday, November 09, 2021

PRN Melaka (22): Undi Calon Bukan Islam -Muftti W/Persekutuan.

 


PENDAHULUAN

Bidang kepimpinan merupakan satu bidang yang amat dititikberatkan dalam Islam. Menurut al-Quran, kepimpinan dan Islam tidak dapat dipisahkan, memandangkan tujuan penciptaan manusia sendiri ialah untuk menjadi khalifah yang akan memakmurkan bumi. Firman Allah SWT:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dibumi".                                            (Surah al Baqarah :30)

Peri-pentingnya bidang kepimpinan ini ditegaskan beberapa kali oleh al-Qur’an al-Karim dan Rasulullah s.a.w, antaranya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul dan ulil amri dalam kalangan kamu.”                                                        (Surah An-Nisaa’ : 59)

Nabi s.a.w juga pernah bersabda:

‏إِذَا خَرَجَ ثَلَاثَةٌ فِي سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya: “Apabila tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik sebagai ketua.”

  Riwayat Abu Daud (2708)

Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan kerajaan adalah melalui demokrasi berpilihanraya. Dalam hal ini, timbul persoalan berkenaan keharusan mengundi calon bukan Muslim dalam pilihanraya yang diadakan. Maka kami kemukakan perbahasan berkenaan isu ini yang merangkumi penelitian terhadap dalil-dali Quran dan sunnah, pandangan para ulama silam dan kontemporari serta pentarjihan pendapat terpilih disisi kami.


Ayat Al-Qur’an Berkenaan Pelantikan Non-Muslim Sebagai Pemimpin

  • Surah Ali Imran: 28

لَّا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَن تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً ۗ

Maksudnya: “Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu).”

Menurut Syeikh Wahbah az-Zuhaily, ayat ini diturunkan berkenaan sekumpulan orang Islam yang yang menjadikan segolongan orang Yahudi yang mempunyai niat jahat terhadap Islam, dan mereka enggan untuk menjauhi mereka meskipun telah dinasihati dan diperingatkan berkali-kali tentang tipu-daya mereka. Ayat ini ditafsirkan pula melalui ayat 118 surah yang sama apabila Allah SWT menyebut:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.”

Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/199)

  • Surah al-Nisaa’: 144

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”

Menurut Ibn ‘Asyur, orang-orang kafir dalam ayat ini merujuk kepada Musyrikin Quraish dan ahli kitab di Madinah, dimana kecenderungan kebanyakan mereka adalah bermusuh terhadap sifat dan berpakat dengan kelompok munafiq untuk menghancurkan Islam

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (5/243).

  • Surah al-Ma’idah: 57-58

يا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ ﴿٥٧﴾  وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman. Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal. ”

Ibn ‘Asyur sewaktu mentafsirkan ayat ini menyebut bahawa kalimah kuffar merujuk kepada Musyrikin yang tinggal di Madinah yang menzahirkan keislaman sedangkan sebenarnya tidak beriman atau dalam kata lain munafiq i’tiqadi. Terdapat sebahagian orang Islam yang tertipu dengan perlakuan dan penampilan zahir mereka. Diriwayatkan bahawa Ibn ‘Abbas menyebut: Sebahagian orang Yahudi dan Musyrikin ketawa sewaktu melihat kaum Muslimin sujud di dalam solat

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (6/241)

Beliau menambah lagi, wala’ atau kesetiaan kepada orang kafir yang dilarang ialah wala’ sepenuhnya dalam erti kata kesetiaan dari sudut agama. Maka kerana itu ayat ini ditafsirkan dengan ayat ke-51 surah yang sama, وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ yang bermaksud sesiapa yang mengambil orang kafir sebagai teman rapat, maka mereka termasuk dalam kalangan orang kafir tersebut (Al-Tahrir wa al-Tanwir: 6/242).

  • Surah Al-Mumtahanah : 1


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), kerana rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu.”

Para ulama’ tafsir telah bersepakat bahawa ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbuatan Hathib bin Abi Balta’ah yang menulis surat kepada kafir Quraish mengenai persiapan Rasulullah s.a.w untuk menunaikan umrah pada tahun perjanjian Hudaibiyah. Pandangan lain menyebut ayat ini diturunkan sewaktu Nabi ingin membuka Kota Mekah (Fathu Makkah) namun ia tidak kuat

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/132)

  • Surah al-Mumtahanah: 8-9

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ . إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَىٰ إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ ۚ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

Melalui dua ayat ini, Allah SWT telah menegaskan bahawa ‘illah pengharaman menjadikan orang kafir sebagai teman rapat, pemimpin atau ikutan itu adalah kerana mereka menzahirkan permusuhan terhadap Islam dan menghalau kaum Muslimin daripada tanah air mereka. Adapun yang tidak bersifat dengan yang demikian, maka terkecuali daripada pengharaman ini. Al-Qistu dalam ayat ini bermaksud berlaku adil, manakala al-Birru pula berbuat baik, termasuklah bergaul dengan baik dan memuliakan mereka

Rujuk Al-Tahrir wa al-Tanwir (28/151-152).

Hasil penelitian terhadap ayat-ayat al-Qur’an di atas beserta penjelasan para mufassir dan melihat kepada asbab nuzul, kami dapat simpulkan bahawa kesemua ayat di atas adalah diturunkan dalam konteks hubungan yang tegang antara kaum Muslimin pada zaman Rasulullah s.a.w dengan sebahagian Musyrikin Quraisy dan sebahagian orang Yahudi yang memusuhi agama Islam dengan permusuhan yang nyata. Maka celaan dan larangan daripada menjadikan orang kafir sebagai wali / teman rapat/ penolong terpakai kepada kalangan bukan Muslim yang menzahirkan permusuhan dan kebencian kepada Islam dan yang memerangi orang-orang Islam.

PANDANGAN PARA ULAMA BERKENAAN ISU INI

Haram Melantik Pemimpin Non Muslim

  • Al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnu Munzir dan Ibnu Hazm menyatakan bahawa para ulama sepakat bahawa kepemimpinan tidak boleh diserahkan kepada orang kafir (Syarh Shahih Muslim: 6/315; Ahkam Ahl al-Dzimmah: 2/787; Maratib al-Ijma’: 208).
  • Al-Jassas sewaktu menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran berpendapat ayat ini menjadi dalil pengharaman meminta bantuan bukan Muslim dan mempercayai mereka, dan mereka tidak berhak memperoleh kekuasaan (wilayah) ke atas orang Muslim, dan Ahlu Dzimmah tidak boleh memegang jawatan dalam pengurusan harta dan kekuasaan (Ahkam al-Qur’an: 3/280).
  • Ibn Nujaim al-Hanafi sewaktu membahaskan soal syarat pemilihan ‘amil zakat berpendapat hendaklah seorang Muslim, kerana bukan Muslim tidak mempunyai kuasa ke atas orang Muslim, dan beliau juga berpandangan amalan memberikan sebahagian jawatan kepada orang Yahudi pada zaman beliau adalah haram (Al-Bahr ar-Ra’iq Syarh Kanz al-Daqa’iq: 2/248).

Harus Melantik Pemimpin Non Muslim

  • Menurut Ibnu Hajar al-Haitami, adalah harus mengangkat orang bukan Muslim untuk suatu jawatan jika adanya maslahah padanya, dan jika jawatan tersebut tidak mampu dipikul mana-mana orang Islam, atau orang Islam mempunyai sifat khianat dan yang bukan Islam tidak mempunyai sifat tersebut. Namun, pihak yang mengangkatnya ke jawatan tersebut perlu mengawal selia (muraqabah) dan mampu mencegahnya daripada melakukan sebarang kemudaratan terhadap orang Islam (Tuhfah al-Muhtaj ma’a Hashiyah al-Syarwini, 9/73).
  • Imam ar-Ramli mengharuskan kerjasama dengan orang bukan Islam apabila mereka tidak berniat khianat terhadap orang Islam dan terdapat keperluan ke arahnya (Nihayah al-Muhtaj: 8/62). Imam Khatib as-Syarbini juga menyatakan keharusan kerjasama dengan bukan Islam jika ada keperluan (Mughni al-Muhtaj: 5/407).
  • Sementara Ibnul ‘Arabiy pula menyatakan bahawa jika (pada pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin) mempunyai faedah yang muhaqqaqah, maka tidak mengapa (yakni harus melantik bukan Muslim sebagai pemimpin) (Ahkam al-Qur’an: 1/351).
  • Imam Fakhruddin Ar-Razi dalam Tafsir Mafatihul Ghaib, ketika menafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas berpandangan bahawa larangan yang dimaksudkan adalah menjadikan non-Muslim pemimpin mutlak tanpa ada orang Islam yang sama-sama memimpin (Tafsir al-Kabir: 8/192).
  • Menurut Ibn Sa’ad al-Hanbali, antara maksud keadaan dharurah yang dibenarkan melantik bukan Muslim sebagai pemimpin ialah dalam keadaan mereka adalah majoriti, dan disyaratkan mereka itu mempunyai pandangan yang baik terhadap orang Islam, dan mereka dalam kalangan yang boleh dipercayai (Mathalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha: 2/532).
  • Menurut Muhammad ibn Ahmad Al-Saffarini al-Hanbali, sebahagian ulama’ mazhab Hanbali memakruhkan penyerahan urusan orang Islam kepada yang bukan Islam seperti kutipan cukai tanah dan pembahagian ghanimah kecuali kerana dharurat (Ghaza’ al-Albab: 2/15).

Pandangan Para Ulama Kontemporari

Dr. Yusuf al-Qaradhawi

Menurut beliau, golongan bukan Islam mempunyai hak untuk menjawat jawatan-jawatan negara kecuali jawatan-jawatan yang lebih dominan unsur keagamaan seperti ketua negara, panglima tentera, penghakiman antara orang Islam dan pengurusan zakat. Adapun jawatan-jawatan selainnya maka harus bukan Muslim menjawatnya jika syarat-syarat kompetensi, amanah dan kesetiaan kepada negara dipenuhi. Bahkan beliau turut berpandangan bahawa tiada masalah untuk melantik bukan Muslim sebagai salah seorang timbalan Presiden sesebuah negara, khasnya jika bukan Muslim membentuk jumlah komposisi penduduk yang besar, seperti Sudan

Rujuk Ghayr al-Muslimin fi al-Mujtama’ al-Islami (hlmn 23-24).

Non-Muslim berhak menyumbang suara dan pandangan mereka pada perkara yang tiada nas yang muhkam atau nas yang ada bersifat zhanniy dilalah dan tsubut. Mereka berhak mempunyai perwakilan dalam dewan perwakilan dan kerajaan selagi mana bilangan wakil Musim melebihi wakil bukan Muslim. Bagi beliau, prinsip لهم ما لنا وعليهم ما علينا  terpakai dalam keadaan ini, dimana Muslim dan bukan Muslim berkongsi hak dan perlindungan yang sama, dan tertakluk kepada undang-undang yang sama (kecuali dalam kes-kes tertentu).

Beliau juga menyatakan bahawa sepanjang sejarah, orang bukan Muslim telah banyak memegang jawatan-jawatan penting dalam negara Islam, dan tiada seorang ulama’ pun yang mengingkari hal ini. Adapun ayat-ayat al-Qur’an yang melarang muwalah terhadap orang bukan Islam, ia khusus kepada mereka yang mempunyai permusuhan terhadap agama Islam dan penganutnya, bukan semata-mata kerana berbeza agama Rujuk 

Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 195-197).

Syeikh Wahbah az-Zuhaily

Sewaktu mentafsirkan ayat 28 Surah Ali ‘Imran di atas, beliau menegaskan bahawa tahaluf (kerjasama), kesepakatan, memberi kepercayaan pada perkara-perkara tertentu bersama bukan Muslim adalah diharuskan, selagi mana mereka bukan dalam kalangan yang memusuhi agama Islam dan kaum Muslimin.

Rujuk Al-Tafsir al-Munir (3/202-203)

Syeikh Rashid Ghannouchi

Menurut beliau, seluruh rakyat dalam negara Islam berhak untuk menjawat semua jawatan umum dalam pentadbiran negara kecuali sebagai Imam dan ketua tentera kerana kedua-duanya berkait rapat dengan tugas menegakkan agama. Ini sebagaimana yang diistilahkan oleh Al-Mawardi yang mengkelaskan wizarah kepada dua iaitu tafwidh yang menggagaskan dasar (Perdana Menteri) atau tanfiz yang melaksanakan dasar (Jemaah Menteri)

Rujuk Huquq al-Muwathanah: Huquq Ghayr al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islami(hlmn 79).

PANDANGAN TERPILIH

Setelah meneliti dalil dan pandangan para ulama’ yang dikemukakan di atas, kami berpandangan hukum mengundi non-Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin (kecuali pimpinan tertinggi) adalah harus berdasarkan kepada alasan berikut:

1. Wakil rakyat bukan ketua / imam

Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah menulis:

“Sesungguhnya al-niyabah (perwakilan) merupakan wakil kepada sebahagian orang ramai dalam kawasan tertentu, ia tidak dianggap dalam bab al-imarah (kepimpinan) dan al-wilayah (kekuasaan) yang dilarang dalam hadith daripada memintanya. Seorang wakil (rakyat) bukannya ketua, menteri atau gabenor, tetapi dia sekadar mewakili kawasannya dalam dewan yang berfungsi untuk menegur kepimpinan, penguasa dan para menteri. Oleh itu, dia menegur bukannya yang ditegur.”

Rujuk Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam (hlmn 194)

Kuasa seorang wakil rakyat di Malaysia adalah terhad dan terbatas, dikawal dan terikat dengan undang-undang serta perlembagaan negara. Jika suatu perkara itu menyentuh sebarang urusan yang berkaitan dengan agama Islam, ia perlu melepasi dan mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja.

Sistem pengundian di Malaysia juga tidak memestikan seorang wakil rakyat itu memperoleh sebarang kuasa. Jika calon tersebut menang sekalipun, penggubalan dan penetapan dasar tidak terletak pada seorang individu semata-mata, tapi ditetapkan menerusi konsensus atau kehendak majoriti sesebuah dewan yang terbentuk melalui sesebuah parti atau gabungan yang mempunyai dasar tersendiri.

Wakil rakyat yang mewakili Parlimen atau DUN juga bukanlah ketua dalam erti kata sebenar, kerana peranan sebenar mereka adalah membawa suara rakyat ke dan menyuarakan isi hati dan keluhan mereka. Mereka wajib berkhidmat kepada rakyat yang telah memilih mereka. Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

سَيِّدَ الْقَوْمِ خَادِمُهُمْ

Maksudnya: "Pemimpin suatu masyarakat itu merupakan khadam bagi mereka."

Disebut oleh Abu Abdul Rahman as-Sulami dalam kitabnya Adab as-Suhbah (117, 1/89)

2. Wakil rakyat tidak berkuasa menentukan dasar secara sendirian

Pada zaman dahulu, raja-raja berkuasa mutlak dan boleh bertindak sesuka hati tanpa ada kuasa lain yang boleh menghalang. Pada zaman sekarang, doktrin pengasingan kuasa (separation of power) yang diamalkan dalam sistem demokrasi mampu mencegah mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa atau melakukan perkara yang melangkaui bidang kuasa yang ditetapkan.

Pada peringkat persekutuan, kuasa legislatif (Parlimen), kuasa eksekutif (Jemaah Menteri) dan kuasa kehakiman (mahkamah) akan saling menyemak-imbang (check and balance) antara satu sama lain demi memastikan tiada salah guna kuasa berlaku.

Selain itu, Yang Dipertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua bagi setiap negeri juga bertanggungjawab memastikan kedaulatan dan kemuliaan agama Islam sentiasa dipelihara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri. Justeru, kebimbangan melantik non-Muslim sebagai pemimpin akan menggugat kedudukan agama Islam adalah tertolak kerana ia sebenarnya telah dijamin Perlembagaan, dan ia tidak boleh dipinda melainkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

3. Kontrak sosial Muslim dan non-Muslim

Perlembagaan Persekutuan melalui artikel 8 telah memberikan hak yang sama rata kepada seluruh warganegara untuk perlindungan daripada sebarang diskriminasi berasaskan agama, ras dan jantina dari sudut undang-undang.

Perlembagaan Persekutuan boleh diibaratkan seperti Piagam Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w bersama-sama kaum Muslimin dan orang Yahudi di Madinah untuk hidup aman dibawah panji keadilan dan kesaksamaan. Sebagai orang Islam, kewajipan menepati dan mempertahankan perjanjian ini tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak, sebagaimana firman Allah SWT:

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّـهِ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلَا تَنقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا

Maksudnya: “Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah)”.                                                           

(Surah an-Nahl: 91)

Kontrak sosial ini merangkumi penghormatan warga non-Muslim terhadap Islam sebagai agama Persekutuan, manakala sebagai imbalannya warga Muslim perlu memberi hak kepada warga non-Muslim untuk menikmati hak yang sama sebagai seorang warganegara, antara lainnya ialah untuk bertanding dan menempati posisi ahli Parlimen, DUN dan menteri kabinet.

Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa.”   

                                            (Surah al-Maidah : 8)

Keadilan dalam konteks ini termasuk juga memberi hak kepada mereka untuk mempunyai perwakilan di Parlimen dan DUN, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti bukan Muslim.

4. Fiqh implikasi dalam masyarakat majmuk

Jika dalil-dalil yang disebutkan di atas difahami secara literal, maka sudah pasti pelantikan seorang non-Muslim untuk apa jua jawatan awam adalah haram. Ini tidak terhad kepada wakil rakyat atau menteri sahaja, bahkan termasuk juga jawatan dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru besar atau pengetua sekolah, ahli Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya, hakim mahkamah sivil dan pegawai tinggi kementerian.

Keadaan ini sudah pasti akan menimbulkan suasana kucar-kacir dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, selain memperbesar jurang antara agama dan kaum yang akan menatijahkan imej Islam yang buruk pada pandangan non-Muslim. Dalam hal ini, fiqh ma’alat al-af’al (fiqh implikasi) amat perlu diberi perhatian, di mana sesuatu pandangan atau keputusan yang diambil harus mengambil kira kesan dan implikasi yang akan terjadi. Islam akan dilihat sebagai satu agama yang ektrem dan menindas penganut agama lain.

Berdasarkan statistik untuk tahun 2000, penduduk non-Muslim membentuk kira-kira 40% (38.7%) daripada 30 juta rakyat Malaysia (Layari https://www.malaysia.gov.my/). Pembentukan sebuah kerajaan yang hanya terdiri daripada wakil Muslim dalam sebuah masyarakat majmuk adalah suatu yang amat tidak sihat, dan tidak dapat diterima oleh akal dan hati yang sejahtera.

5. Uruf masyarakat Malaysia dalam sebuah negara demokratik

Imam al-Qarafi menyebut bahawa:

وَالْجُمُودُ عَلَى الْمَنْقُولَاتِ أَبَدًا ضَلَالٌ فِي الدِّينِ وَجَهْلٌ بِمَقَاصِدِ عُلَمَاءِ الْمُسْلِمِينَ وَالسَّلَفِ الْمَاضِينَ

Maksudnya: “Kejumudan terhadap fatwa-fatwa dan pandangan ulama’ terdahulu adalah satu kesesatan dalam agama dan satu kejahilan terhadap maksud sebenar mereka.”

Rujuk Anwar al-Buruq fi Anwa’ al-Furuq (1/177)

Begitu juga Ibn ‘Abidin as-Syami, faqih mazhab Hanafi pernah berpesan:

أن المفتي ليس له الجمود على المنقول في كتب ظاهرة الرواية، من غير مراعاة الزمان وأهله، وإلا يضيع حقوقاً كثيرة، ويكون ضرره أكثر من نفعه

Maksudnya: “Seorang mufti tidak seharusnya bersikap jumud terhadap nukilan pandangan terdahulu yang terdapat dalam kitab hanya semata-mata berdasarkan zahir riwayat tanpa meraikan suasana zaman dan masyarakat setempat. Jika tidak, banyak hak-hak yang akan diketepikan, dan membawa mudarat yang lebih besar daripada kebaikan.”

Rujuk Rasa’il Ibn ‘Abidin (2/131)

Keterikatan terhadap pandangan ulama silam sehingga tidak peka kepada tuntutan kontemporari merupakan suatu hal yang harus dijauhi dalam ijtihad dan fatwa. Suasana Malaysia memerlukan satu ijtihad politik yang meraikan ‘uruf dan suasana setempat. Kata Imam Ibnul Qayyim:

تَغْيِيرِ الْفَتْوَى ، وَاخْتِلَافِهَا بِحَسَبِ تَغَيُّرِ الْأَزْمِنَةِ وَالْأَمْكِنَةِ وَالْأَحْوَالِ وَالنِّيَّاتِ وَالْعَوَائِدِ

Maksudnya: Perubahan fatwa harus disesuaikan dengan perubahan zaman, tempat, keadaan, niat dan adat kebiasaaan.”

Rujuk I’lam al-Muwaqqi’in (1/41)

Demokrasi, iaitu membuat keputusan berdasarkan suara majoriti, telah menjadi satu ‘uruf masyarakat Malaysia dalam memilih pemimpin dan pembentukan kerajaan. Maka ia satu hal yang harus diambil kira dalam berinteraksi dengan nas-nas syara’ dan pandangan ulama’ silam.

Konsep kewarganegaraan dalam sebuah negara bangsa

Sistem kenegaraan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat khilafah-khilafah selepasnya adalah berbentuk Darul Islam, di mana kewarganegaraan dikelaskan mengikut agama, daerah atau negeri yang bermusuh dinamakan Dar al-Harbi dan yang mempunyai perjanjian dinamakan Dar al-Mu’ahad. Warga bukan Muslim dikelaskan sebagai Ahlu Dzimmah yang berlindung di bawah kekuasaan negara Islam.

Adapun pada zaman sekarang, konteks dan sistem yang diamalkan berbeza.. Kerana itulah munculnya ijtihad-ijtihad moden dalam bidang politik yang menganggap pengkelasan warga bukan Muslim sebagai Ahlu Dzimmah tidak lagi sesuai pada zaman sekarang yang mengamalkan sistem negara bangsa (nation state). Antara ulama’ yang berpegang kepada pendapat ini termasuklah Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Wahbah az-Zuhaily dan Dr. Fahmy Huwaidi yang terkenal dengan bukunya Muwathinun la Dzimmiyyun yang berpandangan rakyat bukan Muslim seharusnya dianggap sebagai warganegara yang setaraf dengan rakyat Muslim.

Selain itu, tatkala negara-negara majoriti bukan Islam seperti Kanada dan United Kingdom mulai memperlihatkan peningkatan perwakilan Muslim dalam kerajaan dan kepimpinan negara atas dasar kesetaraan dan kesaksamaan, maka sewajarnya juga Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim yang lain menempatkan perwakilan bukan Islam yang sesuai dengan komposisi rakyat yang bukan Muslim dalam pemerintahan negara.

KESIMPULAN

Hasil penelitian yang dilakukan, kami dapati tiada dalil qath’ie  (muktamad) yang melarang untuk mengundi calon bukan Muslim dalam PRU di Malaysia dan melantik mereka sebagai pemimpin. Ayat-ayat al-Qur’an yang dijadikan hujah untuk mengharamkan pemilihan bukan Muslim sebagai wakil rakyat, apabila diteliti sebenarnya merujuk kepada orang-orang kafir yang memusuhi Islam dan penganutnya. Adapun bagi golongan bukan Islam yang tidak bermusuh dengan Islam dan patuh kepada Perlembagaan Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, maka larangan tersebut tidak terpakai. Hal ini termasuk di bawah topik siyasah syar’iyyah bagi pemerintah untuk membenarkan pencalonan mereka atas dasar maslahat kumpulan minoriti.

Tanpa menafikan bahawa majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat. Ini dapat difahami memandangkan konteks hubungan Muslim dan non-Muslim pada waktu tersebut berbeza dengan sekarang.

Kesimpulannya, hukum asal mengundi bukan Muslim dalam pilihanraya dan melantik mereka sebagai pemimpin adalah harus, kecuali apabila terdapat sifat mendatang seperti memberi ancaman kepada kemuliaan Islam, tiada sifat amanah dan tiada kepakaran dalam melaksanakan tugas. Kesemua faktor ini haruslah diambil kira dalam membuat keputusan sebelum mengundi dan memilih, selain memastikan jawatan tertinggi negara seperti Perdana Menteri, portfolio hal ehwal Islam dan pertahanan negara adalah kekal disandang oleh orang Muslim yang berkelayakan sahaja. Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,



Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan




Dr Kamarul Zaman: Bajet 2022, PH meludah ke muka sendiri?

 

LUCU sekali membaca kenyataan-kenyataan Lim Guan Eng, Dr P Ramasamy, Wong Chen dan Dr Muhammed Abdul Khalid yang mengkritik keras Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul kerana kononnya mengkesampingkan kaum Cina dan kaum India dengan memperuntukkan hanya RM345 juta sebagai bantuan khusus kepada mereka.

Memang betul bantuan khusus kepada kaum Cina dalam Bajet 2022 ialah RM200 juta iaitu ‘untuk melaksanakan program baik pulih rumah dan kemajuan kampung baru, akses pembiayaan bagi penduduk kampung baru dan Skim Pembiayaan Usahawan PKS’.

Memang betul juga bantuan khusus kepada kaum India dalam Bajet 2022 ialah RM145 juta iaitu ‘untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India di bawah Unit Transformasi Masyarakat India dan dana pembiayaan di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India oleh TEKUN’.

Begitupun, sebelum menghentam peruntukan bantuan khusus RM345 juta kepada kaum Cina dan kaum India ini sebagai terlalu kecil, perlulah diteliti balik berapakah pula peruntukan bantuan khusus kepada kaum Cina dan kaum India yang terkandung di dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng sewaktu PH memerintah dahulu.

Tidakkah peruntukan bantuan khusus kepada kaum Cina dan kaum India yang terkandung di dalam Bajet 2020 yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng sewaktu PH memerintah dahulu hanyalah sekadar RM305 juta sahaja meliputi RM185 juta bantuan khusus kepada kaum Cina dan RM120 juta bantuan khusus kepada kaum India sahaja?

Jika sudah lupa, sila baca balik pengumuman Lim Guan Eng mengenai bantuan khusus kepada kaum Cina dalam Bajet 2020 ini:
(1) ‘Pentadbiran Pakatan Harapan menyediakan pinjaman sebanyak RM100 juta di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komoditi Cina. Pembiayaan ini akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional yang mempunyai lebih 380 cawangan di seluruh negara dengan kadar faedah empat peratus setahun.’
(2) ‘Bagi menyokong pembangunan dan pembaikan meliputi: infrastruktur asas di Kampung-Kampung Baru, kerajaan akan menyediakan RM85 juta pada tahun 2020.’

Sila baca balik juga pengumuman Lim Guan Eng mengenai bantuan khusus kepada kaum India dalam Bajet 2020 ini:
(1) ‘Bagi usahawan etnik India, kerajaan akan menyediakan pinjaman sebanyak RM20 juta di bawah Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India, TEKUN Nasional yang dijangka memberi manfaat kepada 1,300 usahawan India juga dengan kadar faedah empat peratus setahun.’
(2) ‘Kerajaan peka dan prihatin terhadap kesukaran dan cabaran khusus yang dihadapi oleh masyarakat India. Oleh itu, kerajaan sekali lagi akan memperuntukkan geran sebanyak RM100 juta kepada Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) di mana 80 peratus dikhususkan kepada program yang dilaksanakan dan bukannya kepada organisasi tertentu. Ia bertujuan menambah baik keadaan sosioekonomi, kesihatan, pendidikan dan pemerkasaan wanita serta pembangunan kemahiran masyarakat India.’

Mana lebih besar jumlah peruntukan bantuan khusus RM345 juta kepada kaum Cina dan kaum India yang diberikan oleh Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul dalam Bajet 2022 berbanding jumlah peruntukan bantuan khusus RM305 juta kepada kaum Cina dan kaum India yang diberikan oleh Lim Guan Eng dalam Bajet 2020?

Jika Lim Guan Eng, Dr P Ramasamy, Wong Chen dan Dr Muhammed Abdul Khalid berpendapat bahawa peruntukan bantuan khusus RM345 juta kepada kaum Cina dan kaum India yang diberikan oleh Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul dalam Bajet 2022 adalah terlalu kecil, mengapakah sewaktu PH memerintah dahulu mereka sendiri tidak mengusahakan supaya peruntukan bantuan khusus kepada kaum Cina dan kaum India dibesarkan?

Inilah agaknya yang dikatakan peribahasa Melayu ‘meludah ke langit jatuh ke muka sendiri’.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 8/11/2021

PRN Melaka (21): DAP tulis kata makian, 'Lahabau.. Jom Undi'

 

Setiausaha Antarabangsa DAP, Teo Nie Ching. - Fail NSTP

'Maafkan saya, orang Melaka' 

KUALA LUMPUR: Norma baharu berkempen melalui media sosial mengundang kesilapan Ahli Parlimen Kulai daripada DAP, Teo Nie Ching, apabila menggunakan bingkai gambar profil akaun media sosial mengandungi frasa kurang menyenangkan.

Beliau memuat naik bingkai dengan frasa 'Lahabau Melaka, Jom Undi' di lama Facebook rasminya, sebelum dipadamkan selepas mengetahui maksud sebenar perkataan itu.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 'lahabau' adalah istilah makian bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

Nie Ching yang juga Setiausaha Antarabangsa DAP, menyedari kesilapan itu selepas dikecam oleh netizen dan mengakui tidak mengetahui maksud sebenar perkataan itu.

Beliau turut menyatakan permohonan maaf, terutama kepada rakyat dan pengundi di Melaka atas keterlanjuran itu.

"Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.

"Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial.

"Saya cuma ingin berkempen melalui 'frame' (bingkai) percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan itu.

"Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka," katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan ketika pentadbiran PH, turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik bahan kempen menerusi media sosial untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Komen Weblog Ibnu Hasyim'Lahabau Melaka, Jom Undi' Tulis kata makian AP Kulai DAP (tak mungkin tak cerdik?, walaupun bekas Menteri Pendidikan PH). Patutlah 22 bulan ghuyub pun!


Hari Penaman Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Calon Barisan Nasional, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin sedang mencabut undi ketika pendaftaran sebagai calon di Pusat Penamaan Calon Dewan Bukit Katil, Melaka. - Foto Syafeeq Ahmad
MELAKAPolis Melaka mengenal pasti 16 kawasan ‘panas’ termasuk lapan di daerah Melaka Tengah yang akan dipantau sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka menjadi tumpuan penyokong parti serta pertandingan pelbagai penjuru.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata semua anggota dan pegawai telah bersiap siaga bagi menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negeri ini bagi memastikan kelancaran PRN supaya rakyat boleh keluar mengundi dan proses demokrasi berjalan lancar.



Monday, November 08, 2021

PRN Melaka (20): Fatwa Mufti WP ‘memihak’ calon DAP?

 

Fatwa Mufti WP ‘memihak’ calon DAP?

PENDAHULUAN

Sejurus setelah Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, mengeluarkan fatwa berkenaan hukum asal mengundi calon bukan Islam di dalam pilihan raya adalah harus, cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR mula menudingkan jari dan menghalakan fatwa itu ditujukan kepada PAS.

PAS dilabelkan sebagai gagal memahami nas dalam kerangka Maqasid Syariah, berfikiran cetek, jumud dan tidak selari dengan fatwa mendalam yang dikeluarkan oleh SS Mufti Wilayah.

Semuanya kerana PAS telah memutuskan sebarang kerjasama dengan Parti DAP atau parti-parti yang ada hubungan kerjasama dengan DAP.

Sebenarnya fatwa itu bukan menyatakan wajib mengundi calon bukan Islam. Ia adalah harus dengan beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Menghuraikan salah faham

Salah faham ini berlaku kerana cybertrooper Muslim daripada PAN dan PKR beranggapan bahawa semua non-Muslim di negara kita adalah penyokong DAP.

DAP adalah non-Muslim. Dan non-Muslim adalah DAP. Inilah titik tolak kepada segala salah faham ini.

Sebenarnya, masyarakat bukan Islam di negara kita memilih pelbagai wadah politik bagi menyuarakan hak dan kehendak mereka. Bukan memilih DAP sahaja. Dan ada juga yang masuk PKR. Ramai juga yang lebih senang bergiat dalam NGO berbanding terlibat langsung dalam parti-parti politik. Ada juga yang bersikap tidak memihak.

Jika kita dapat memahami hakikat ini, mudahlah untuk kita faham bahawa PAS hanya memutuskan hubungannya dengan DAP. Bukan dengan keseluruhan masyarakat non-Muslim.

PAS menyatakan ia sedia bekerjasama dengan parti politik, NGO atau tokoh non-Muslim yang tidak bersama DAP dan tidak memusuhi agenda PAS memartabatkan perundangan syariat di negara kita.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

Lebih daripada itu, PAS mempunyai sayap bukan Islamnya sendiri iaitu DHPP. Ahli-ahli Dewan ini adalah bukan Islam daripada pelbagai agama dan anutan. Tetapi mereka melihat penyelesaian secara Islam yang diterajui oleh PAS adalah amat tepat, bersesuaian dengan masyarakat majmuk dan sangat terbuka. Justeru memberi faedah dan manfaat kepada semua warganegara, sama ada Islam atau bukan Islam.

DHPP memberi penerangan kepada bukan Islam bahawa PAS tidak seperti Umno yang berteraskan ideologi berteraskan bangsa semata-mata, bahkan teras PAS adalah Islam. Islam pula adalah bersifat universal, tidak menzalimi dan adil untuk semua.

DHPP menerangkan aspek kebaikan pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu. Betapa Hukum Hudud hanya terhad untuk orang Islam sahaja. Golongan bukan Islam pula tidak terlibat dengan pelaksanaan Hukum Hudud itu. Mereka bebas mengikut Undang-undang Jenayah sedia ada.

Dengan itu, bolehlah dikatakan bahawa anggota DHPP memenuhi semua syarat yang digariskan oleh SS Mufti Wilayah bagi mengharuskan mereka diundi di dalam sesebuah pilihan raya.

Oleh kerana itulah, Presiden PAS telah membayangkan kemungkinan meletakkan calon DHPP mewakili PAS di kawasan-kawasan yang sesuai.

Kenapa dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP? 

Ya, dulu PAS pernah bekerjasama dengan DAP. Sebabnya PAS dan DAP sama-sama bersetuju menjatuhkan kerajaan BN yang penuh dengan skandal, penyelewengan dan salah guna kuasa. PAS dan DAP juga bersolidariti dengan DS Anwar Ibrahim yang dizalimi dan diaibkan dengan dahsyatnya oleh rejim Tun Mahathir.

Bahkan DAP juga bersetuju agar Hudud dilaksanakan di Kelantan dengan syarat ia tidak melibatkan bukan Islam. Dasar DAP ketika itu sehingga memberi peluang kepada pimpinan PAS untuk berdialog dengan golongan bukan Islam di dalam majlis-majlis anjuran mereka mengenai Qisas, Hudud dan Takzir.

Hubungan baik itu sehingga ada pimpinan DAP memetik ayat al-Quran dalam ceramah-ceramah umum mereka dan juga dalam ucapan mereka di Parlimen.

Apa masalah dengan DAP sekarang? 

DAP pada hari ini sudah berubah. Mereka memusuhi PAS daripada segenap segi. Bahkan mereka memusuhi hak umat Islam untuk beramal dengan Syariat Islam sepenuhnya.

DAP beberapa kali memutuskan hubungan dengan PAS gara-gara dasar mereka yang berubah tentang Hukum Hudud. DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS ketika Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaupun ketika itu PAS dan DAP masih sebagai komponen Pakatan Rakyat.

Ini disebabkan oleh kerana DAP bimbang kerjasama dengan PAS menyebabkan DAP bakal kehilangan undi di dalam pilihan raya itu, kerana musuh politiknya di Sarawak akan mengaitkan DAP dengan menyokong Hudud.

Agenda hukuman jenayah berkaitan Hudud, Qisas dan Takzir ditolak dengan bersungguh-sungguh oleh DAP. Sekejap kerana kerana mahu mengekalkan Malaysia yang ‘Sekular’ mengikut kefahaman mereka. Sekejap kerana ‘kononnya’ memperjuangkan hak golongan bukan Islam.

DAP juga bermati-matian tidak bersetuju dengan agenda PAS untuk memperkasakan Undang-undang dan Mahkamah Syariah melalui usul persendirian RUU355. Usul yang turut disokong oleh SS Mufti Wilayah Persekutuan.

Beberapa perubahan dasar DAP yang lain terhadap PAS 

Selain Hudud, YAB Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP secara terang-terang dalam ucapannya menunjukkan sokongan terbuka kepada pimpinan PAS tertentu yang sanggup berkompromi dengan dasar baru DAP itu. Dia juga sehingga mengisytiharkan putus hubungan dengan Presiden PAS, tetapi tidak putus hubungan dengan PAS. Ini sangat melampau dan tidak beretika.

DAP juga pernah cuba menguasai Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu dan kini sedang menguasai PH. DAP tegas untuk memandulkan sebarang usaha membina semula negara dengan mengikut acuan Islam yang syumul. Usaha DAP ini turut disokong kuat oleh beberapa pimpinan PKR, PAN, Umno, MCA dan Gerakan.

DAP akhir-akhir ini seperti Umno juga, menyerang Kerajaan Kelantan bertubi-tubi dengan pelbagai fitnah dan persepsi yang sangat buruk dan negatif. Walhal Kerajaan Kelantan adalah sifar rasuah dan mendapat pelbagai anugerah ‘Good governance‘ oleh pelbagai badan profesional yang diiktiraf. Dengan itu dasar PAS terhadap DAP pun berubah. Tidak susah untuk memahaminya.

Penutup

PAS mengalu-alukan fatwa seperti fatwa SS Mufti Wilayah yang cermat, mendalam, mudah difahami dan diselitkan dengan perbahasan dalil secara ringkas dan tuntas.

Menariknya, PAS sudah lama mengamalkan sikap yang bertepatan dengan hukum yang disuarakan oleh Sahibus Samahah dalam fatwa terbarunya ini Bayan Lin Nas Siri ke-129.

Sepatutnya semua parti politik menjadikan fatwa itu sebagai panduan dalam berurusan dengan golongan bukan Islam dalam politik negara kita. Golongan bukan Islam pula wajar sekali memerhatikan fatwa itu sebagai panduan berurusan dengan masyarakat Islam secara harmoni di negara kita.

Sedikit tambahan, PAS turut juga mengambil kira faktor majoriti penduduk kawasan yang ditandingi, sama ada Muslim atau non-Muslim lebih ramai. Turut diambil kira ialah faktor tradisi pertandingan melibatkan Muslim atau bukan Muslim di kawasan 50-50. Dan beberapa pertimbangan terhadap faktor-faktor lain.

ZAKARIA ISMAIL
AJK PAS Kawasan Marang
13 April 2018 – HARAKAHDAILY 13/4/2018

Awas, penyebar berita palsu anti-Muslim, M'sia pun ada. Ini..

 

Anggota keselamatan menahan aktivis ketika mereka mengambil bahagian dalam protes di New Delhi terhadap insiden keganasan baru-baru ini di negeri Tripura. - Foto AFP

India buru penyebar berita palsu serangan anti-Muslim

NEW DELHI: Polis India sedang memburu pemilik kira-kira 100 akaun media sosial yang didakwa menyebarkan berita palsu selepas serangan ke atas masjid di timur laut negara itu.

Insiden keganasan bulan lalu di negeri Tripura itu meletus di luar perhimpunan membabitkan ratusan pengikut kumpulan nasionalis Hindu sayap kanan.

Kejadian itu didakwa sebagai serangan balas dendam selepas pembunuhan beberapa penganut Hindu di seberang sempadan di Bangladesh yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Sebanyak empat masjid dirosakkan dan beberapa rumah serta perniagaan milik orang Islam turut digeledah.

Menurut maklumat dari seorang pegawai kanan polis, terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja memanjangkan keganasan itu dengan berkongsi imej mengelirukan di media sosial selepas kejadian berkenaan.

"Terdapat akaun media sosial yang dikenalpasti menyebarkan khabar angin, berita, gambar dan video palsu yang tidak mempunyai kaitan dengan Tripura.

"Walaupun siasatan masih di peringkat awal, namun semua individu yang dikenalpasti akan ditahan atas kesalahan terbabit," katanya.

Sementara itu, laporan polis yang diberikan kepada media semalam mengenalpasti sebanyak 102 muatnaik oleh pemilik akaun yang tidak diketahui bertujuan mencetuskan konflik antara 'individu yang berbeza agama'.

Menurut laporan media tempatan, pihak polis terpaksa meminta bantuan Facebook, Twitter dan YouTube supaya muatnaik itu dipadamkan.

Serangan bulan lalu menyebabkan Tripura berada dalam keadaan berjaga-jaga, dengan pasukan keselamatan mengawal masjid, sementara polis melarang perhimpunan melebihi empat orang.

Tripura diperintah oleh Parti Bharatiya Janata pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.

Sejak parti nasionalis Hindu itu berkuasa pada 2014, pemimpin masyarakat Islam minoriti India mendakwa mereka semakin terdedah kepada serangan dan ancaman, namun sukar mendapatkan bantuan rasmi. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang penyebar berita palsu anti-Muslim, di Malaysia pun ada. Contohnya ini..


Polis sebar poster editor Sarawak Report sebagai 'orang dikehendaki' 

Polis merayu orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, berikutan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya pada September. 

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Supt Junainah Kasbolah di talian 019-7051222 atau pegawai penyiasat kes ASP Mohd Khairul Ridzuan Khiruddin di talian 017-6404440. 

"Penama dikehendaki bersabit waran tangkap eTA3507737 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret pada 23 September 2021, berikutan kegagalan untuk hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terenggani Nur Zahirah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan. 

Rewcastle Brown didakwa tanpa kehadirannya di mahkamah kerana didakwa memfitnah Sultanah Terengganu dalam bukunya “The Sarawak Report - The inside story of 1MDB”. 

Seksyen 500 berkaitan jenayah fitnah dan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.  Waran tangkap dikeluarkan kerana kegagalannya hadir ke mahkamah pada hari berkenaan. 

Agak terhenti sekejap sorak-surai 'barua pecacai' penyokongnya sementara mencipta fitnah jahat lain pula.. Fitnah terhadap Islam dan kerajaan Malaysia, tercinta.

Dr Kamarul Zamn: DAP-PH tetap pertikai Belanjawan 2022.

 

 ‘jurang pendapatan penengah antara Bumiputera dan kaum Cina semakin melebar, iaitu empat kali ganda pada tahun 2019 berbanding pada tahun 1989’ -Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

SEPERTI yang dimaklumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Bajet 2022 yang dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober lalu terhasil dari siri turun padang dan jelajah negeri, perbincangan dengan lebih 30 sesi kumpulan fokus dan 80 sesi sumbang saran bersama Ahli-ahli Parlimen merentasi doktrin politik.

Lebih jauh lagi, selaras dengan Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai pihak kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lalu yang menghendaki proses penyediaan Bajet 2022 dirundingi dan dipersetujui secara bersama pada dasarnya, tiga siri Rundingan Bajet 2022 dengan pihak PH telah diadakan.

Malah, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, sendiri telah, pada 29 Oktober lalu, memberikan pujian kepada Tengku Dato’ Seri Zafrul kerana bersetuju menerima pakai beberapa langkah kritikal yang dikemukakan oleh pihak PH melalui sesi-sesi sumbang-saran yang diperuntukkan oleh Memorandum Persefahaman.

Satu cadangan pihak PH yang diterima pakai dalam Bajet 2022 ialah supaya diperuntukkan dana RM30 bilion bagi membantu golongan usahawan yang terjejas ekoran COVID-19, di mana Bajet 2022 telah memperuntukkan dana RM40 bilion di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (atau SemarakNiaga) untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan.

Satu lagi cadangan pihak PH yang diterima pakai ialah supaya perlindungan sosial negara di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) diluaskan liputannya, di mana Bajet 2022 telah meluaskan manfaatnya kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Beberapa pengumuman lain di dalam Bajet 2022 yang selaras dengan kehendak pihak PH ialah seperti jaminan penyediaan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukan RM4.8 bilion di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja); perluasan skim insurans perubatan khas untuk B40 mySalam; serta penyediaan dana khas pelaburan strategik sehingga RM2 bilion bagi menarik pelaburan asing strategik dalam kalangan syarikat multinasional.

Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong, pula memuji pengumuman Tengku Dato’ Seri Zafrul bahawa kerajaan berhasrat untuk memperkenalkan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dengan tujuan meningkatkan tadbir urus, akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan fiskal negara bagi memastikan kemampanan fiskal dan menyokong kestabilan ekonomi makro.

Disebabkan akomodasi besar pihak kerajaan kepada pihak PH, yang diakui sendiri oleh sebahagian pemimpin PH, maka amatlah janggal sekali bila ada pemimpin-pemimpin PH lain, termasuk daripada DAP, yang masih lagi mempertikaikan kandungan Bajet 2022 ini, apatah lagi bila ada antara mereka yang menyebut mengenai keperluan untuk Bajet 2022 ditolak.

Jauh lebih janggal lagi bila kritikan yang dibuat adalah didasarkan kepada sentimen perkauman dan keagamaan seperti ia kononnya adalah bajet berat-sebelah (lop-sided) yang mengutamakan golongan Bumiputera Melayu Islam dan mengkesampingkan golongan bukan-Bumiputera Melayu Islam sedangkan fakta-fakta yang ada membuktikan kritikan ini adalah tidak berasas.

Bila Bajet 2022 memastikan agenda pemerkasaan Bumiputera terus diberi keutamaan dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum di negara ini dengan menyediakan peruntukan RM11.4 bilion bagi melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah payung pembangunan Bumiputera, maka ia bukanlah bajet berat-sebelah malah bertepatan dengan realiti semasa.

Majoriti terbesar penduduk negara ini adalah golongan Bumiputera yang masih jauh ketinggalan di mana sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), 2021-2025, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, sendiri mendedahkan bahawa ‘jurang pendapatan penengah antara Bumiputera dan kaum Cina semakin melebar, iaitu empat kali ganda pada tahun 2019 berbanding pada tahun 1989’.

Begitu juga dengan pemilikan ekuiti korporat Bumiputera yang masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus di mana status pemilikan ekuiti sektor korporat berasaskan nilai pasaran tahun 2019 adalah seperti berikut: Pegangan Bumiputera hanya mencapai 17.2 peratus; Bukan Bumiputera 25.0 peratus; Pegangan Asing 45.5 peratus; dan Nomini 12.3 peratus.

Sebab itulah bila Dato’ Sri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera akan terus diperkasa dalam RMKe-12 untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia dan dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan maka ia diterima dan RMKe-12 telah diluluskan oleh Parlimen.

Malah, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan sewaktu pihak PH memerintah negara selama 22 bulan dahulu pun tidak berani untuk mengusik struktur asas negara ini di mana beliau juga turut memperuntukkan sejumlah dana yang besar, iaitu RM7.6 bilion dan RM8 bilion, untuk agenda membantu institusi dan usahawan Bumiputera dalam Bajet 2019 dan Bajet 2020.

Begitu juga dengan peruntukan RM1.5 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam Bajet 2022 yang selari dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan tidak berbeza dengan peruntukan RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion yang diberi oleh Lim Guan Eng dalam Bajet 2019 dan Bajet 2020.

Bajet 2022 juga bukan setakat mengekalkan program khusus untuk kaum Cina dan India yang terkandung di dalam Bajet Lim Guan Eng, malah menambah jumlahnya menjadi sebanyak RM200 juta untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti Cina dan RM145 juta untuk melaksanakan program memperkasa sosioekonomi komuniti India.

Oleh itu, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan dengan Memorandum Persefahaman, semua pihak hendaklah segera berhenti dari terus memainkan sentimen politik murahan, termasuk untuk mensensasikan kandungan Bajet 2022 yang tidak mengandungi apa-apa isu besar pun dari segi dasarnya, dan sebaliknya perlulah fokus kepada usaha pemulihan negara.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF
Timbalan Presiden Pertubuhan Intelektual Negara (PINTAR) – HARAKAHDAILY 8/11/2021

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails