Thursday, November 11, 2021

Arak: Tahniah Radhakrishnan! Tinggal jahil, hanya Melayu 'barua' DAP saja.

 

Pertubuhan Hindudharma alu-alukan haram penjualan arak

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Hindudharma Malaysia (Maamandram) mengalu-alukan pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Shahidan Kassim untuk mengharamkan penjualan minuman keras (alkahol) di kedai-kedai runcit, kedai-kedai perubatan tradisional Cina dan kedai-kedai yang beroperasi 24 jam di Kuala Lumpur mulai bulan ini.

Presidennya, Radhakrishnan Alagamalai berkata, perbuatan meminum arak adalah antara lima dosa maha besar yang dilarang sama sekali dalam agama Hindu.

“Seseorang yang meminumnya akan hilang keupayaan untuk berfikir secara waras dan melakukan pelbagai kesalahan serta tidak teragak-agak untuk melibatkan diri dalam perbuatan jenayah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya tabiat meminum arak menjadi antara punca utama untuk menghancurkan kebahagiaan institusi keluarga.

Tambahnya, tabiat itu juga akan membawa kemudaratan kepada kesihatan individu dengan mengakibatkan kerosakan pada organ-organnya dan akhirnya menyebabkan kematian.

Oleh itu, jelas beliau agama Hindu melarang sama sekali perbuatan meminum arak.

Menurutnya, antara faktor yang menyebabkan kehancuran masyarakat India sekian lama, khususnya yang beragama Hindu, adalah kerana mereka terjerumus ke dalam perbuatan yang keji dan hina.

Ini, katanya disebabkan oleh kekurangan atau ketiadaan pengetahuan mengenai falsafah, prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang ditegaskan dalam agama serta kedaifan disiplin diri mereka.

Beliau berkata, diketahui umum bahawa masyarakat India sememangnya menjadi mangsa bagi penjualan minuman keras yang murah atau lebih dikenali sebagai samsu.

“Pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan untuk mengharamkan penjualan minuman keras yang murah di bandaraya Kuala Lumpur diharapkan akan mengurangkan serba-sedikit amalan buruk ini dalam kalangan masyarakat India,” ujarnya lagi.

Menurutnya lagi, walaupun Malaysia dianggap sebagai sebuah negara kecil di persada dunia, tetapi perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meletakkan Malaysia pada tangga ke-10 dalam kalangan negara yang bilangan rakyatnya yang terbanyak meminum arak.

Selain itu, ujarnya dijelaskan juga bahawa masyarakat miskin yang menetap di ladang-ladang dan luar bandar menjadi mangsa secara besar-besaran kepada arak (samsu) murah.

“Ramai di antara masyarakat ladang dan luar bandar, pada kebiasaanya mempunyai amalan berhutang ketika membeli barang-barang keperluan harian mereka di kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan mereka menetap, ini termasuk berhutang untuk membeli arak.

“Amalan ini memperkukuhkan lagi cengkaman kemiskinan dalam kalangan mereka lalu melaratkan kehidupan mereka sepanjang hayat,” katanya.

Dengan itu, ujar beliau jelas terbukti bahawa amalan meminum arak adalah antara faktor utama yang berterusan yang menjadi penghalang bagi pembangunan dan kemajuan masyarakat India.

Kata beliau, dalam tinjauan pihaknya didapati minuman (ringan) yang beralkohol sebanyak 38 peratus dijual hanya bagi RM1.50 di kebanyakan kedai runcit di seluruh negara.

Menurutnya, pengeluaran kasar minuman keras atau samsu di Malaysia pada setiap tahun dianggarkan bernilai RM180 juta.

Tambahnya lagi, ramai yang menjadi mangsa atau penagih bagi minuman arak adalah kerana ianya boleh dibeli dengan mudah pada harga yang begitu murah.

“Masyarakat India yang menjadi hamba atau magsa bagi tabiat meminum arak murah ini dianggarkan sebanyak lapan peratus daripada jumlah besarnya, lebih-lebih lagi golongan remaja India yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun didapati menjadi penagih bagi arak murah ini.

“Keadaan ini akan menggelapkan masa depan para belia di negara ini,” ujarnya.

Menyedari hakikat itu, tambahnya Maamandram amat mengalu-alukan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan penjualan minuman keras murah di Kuala Lumpur.

“Penguatkasaan ini harus dilaksanakan di semua negeri di Malaysia. Tanpa pelaksanaan yang tegas dan menyeluruh sudah pasti kita tidak akan dapat melihat kesan positifnya secara jelas,” katanya lagi.

Beliau berkata, Maamandram pada setiap tahun, dalam Persidangan Perwakilan Kebangsaannya, sememangnya membuat resolusi meminta kerajaan untuk mengharamkan penjualan minuman keras murah atau arak murah di seluruh negara.

Selain itu, jelasnya pada setiap tahun Maamandram juga sedang membuat kempen kesedaran melalui media sosial bagi menggelakkan minuman keras dan penggunaan daging pada perayaan Deepavali.

Tambahnya, tujuan kempen kesedaran itu diadakan secara berterusan untuk melahirkan masyarakat India yang bebas daripada belenggu arak.

Ujarnya lagi, di samping mengalu-alukan keputusan Menteri Wilayah Persekutuan, Maamandram juga mengemukakan beberapa cadangan untuk pertimbangan kerajaan.

Katanya, penguatkuasaan pencegahan penjualan samsu seperti di kedai-kedai kopi, pasar-pasar mini, kedai-kedai runcit harus diperketatkan lagi.

“Penguatkuasaan pencegahan ini bukan sahaja dilaksanakan di kawasan bandar malah harus dilaksanakan juga di kawasan luar bandar juga,” ujar beliau.

Tambahnya, selain itu harus mengharamkan penjualan minuman keras yang kurang daripada 750 ML di samping syarat-syarat di bawah undang-undang eksais 1976 bagi menetapkan masa penjualan semua jenis minuman keras (beralkahol) harus dipinda.

Di samping itu, katanya suatu undang-undang baharu harus digubal bagi melarang perbuatan meminum arak di tempat-tempat awam dan di khalayak ramai serta dikuatkuasakan secara tegas.

Belaiu menambah, pegawai-pegawai daerah harus diberi kuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya di bawah Undang-undang Eksais 1976 bagi kesalahan yang berkaitan dengan penjualan minuman keras.

Selain itu, ujar beliau pancangan pemulihan bagi penagih-penagih arak diperluaskan kawasan ladang-ladang dan luar bandar.

Menurutnya, amalan meminum arak menjadi antara punca utama bagi kehancuran institusi keluarga di negara ini.

Oleh itu, kata beliau usaha pencegahan gejala itu bukan hanya menjadi tanggungjawab kerajaan malah juga menjadi tanggungjawab badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi swasta untuk memainkan peranan mereka dalam usaha membanteras gejala tersebut.

“Bukan setakat itu sahaja, malah setiap komuniti juga harus bertanggungjawab terhadap disiplin diri dan kesejahteraan ahli-ahli mereka.

“Maamandram ingin menegaskan bahawa kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan bagi membanteras gejala penyalahgunaan dadah, hurus juga ditunjukkan bagi membanteras gejala penagihan arak, yang membawa kemudaratan yang setimpal kepada masyarakat Malaysia,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/11/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Arak, tahniah dan syabas Radhakrishnan! Yang tinggal jahil, hanya Melayu 'barua' DAP, yang masih berfikir dan berkokok di bawah tempurung sempitnya saja. Sampai bila lagi masih terperosok dalam kabahlolan? Tepuk dada, tanyalah iman, bukan tanya pemimpin tak beriman.

PRU Melaka, tolak arak, sama tolak PH!

B/Naib PM China paksa seks terhadap bintang tenis nya..

 

Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
 
BEIJING – Bekas pemain nombor satu tenis beregu wanita China, Peng Shuai membuat pendedahan berhubung dakwaan serangan seksual ke atasnya oleh pegawai tinggi kerajaan, Zhang Gaoli yang kini telah bersara, beberapa tahun lalu.

Peng mendedahkan perkara itu dalam catatan di akaun media sosial miliknya pada Rabu. Namun sejam kemudian, tuduhan terhadap Zhang Gaoli telah dipadamkan.

Ini kali pertama tuduhan terhadap pegawai tertinggi kerajaan didedahkan di akaun media sosial. Zhang, 75, berkhidmat sebagai Naib Perdana Menteri China di antara tahun 2013 dan 2018 dan merupakan sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping.

“Saya tahu sebagai pegawai tertinggi seperti kamu, Naib Perdana Menteri Zhang Gaoli, kamu boleh kata kamu tidak takut.
“Namun walaupun saya boleh dikenakan tindakan, saya akan ceritakan perkara sebenar tentang kamu,” dedah Peng dalam tangkap layar yang sempat dirakam warga netizen.

Peng mendedahkan, insiden kali pertama dipaksa mengadakan hubungan seks ketika melawat rumah bekas pemimpin itu untuk bermain tenis.

“Kamu telah memaksa saya untuk mengadakan hubungan seks dan saya tidak berhenti menangis selepas itu,” katanya lagi.

Peng bagaimanapun mengaku dia tidak mempunyai bukti terhadap pendedahannya itu.

“Saya tidak mempunyai bukti kerana kamu melarang saya membawa sebarang alat perakam, hanya pengalaman yang mengerikan itu,” katanya.

Sepanjang kariernya, Peng telah memenangi dua trofi Grand Slam beregu wanita – pertama di Wimbledon pada 2013 dan kali kedua di Roland Garros pada 2014, kedua-duanya berganding dengan Hsieh Su-wei dari Taiwan.

Komen Weblog Ibnu HasyimBekas Naib Perdana Menteri China sekutu rapat kepada Presiden Xi Jinping paksa lakukan seks terhadap bintang sukan tenisnya. Huduh sungguh perangai ahli politik di China.

Mungkin perangai-perangai beginilah yang menjadi idola kepada pemimpin parti Cina di Malaysia yang dituduh merogol pembantu rumahnya? Layakkah parti begini memimpin negara Malaysia ini?

Sila lihat siri PRN Melaka:

Iskandar Abd Samad: PAS adalah kawan yang sepatutnya didekati.

 

'..sudah tentu PAS adalah kawan yang sepatutnya didekati tetapi bukan musuh yang perlu dicari.'

Muktamar yang mengecewakan musuh

MUKTAMAR PAS ke-67 baru sahaja berakhir di Kuala Terengganu. Muktamar ini telah bermula 2 hari sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Maka sudah tentu PRN tersebut telah turut tempias kepada acara tahunan itu. Ucapan para pimpinan dan perwakilan telah sedikit sebanyak menyentuhnya.

Satu keputusan yang bersejarah telah dibuat oleh PAS beberap
a hari sebelum Muktamar itu berlangsung. Pada hari Isnin sebelum Muktamar, PAS telah mengumumkan keputusan agar calon-calon PAS pada PRN tersebut menggunakan simbol Perikatan Nasional dan bukan simbol bulan penuh PAS seperti biasa.


Ia merupakan kali pertama sejak 1974, PAS tidak menggunakan simbol sendiri. Pada Pilihan Raya Umum tahun tersebut PAS telah bertanding menggunakan simbol dacing Barisan Nasional kerana telah menyertai pakatan yang baharu dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969. Malah terdapat cerita di mana lambang dacing itu dicadangkan oleh Presiden PAS ketika itu setelah kapal layar karam dipukul ombak besar politik negara.

PAS pernah berada di dalam pakatan-pakatan lain selepas itu. Sama ada Angkatan Perpaduan Ummah dalam tahun 1990, Barisan Alternatif dalam tahun 1999 dan Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 namun PAS tetap menggunakan lambang sendiri. Mungkin ketiga-tiga pakatan itu tidak didaftarkan seperti Perikatan Nasional tetapi kita sedia maklum betapa sayang ahli-ahli PAS kepada lambang mereka. Jika disentuh bendera PAS, perlu bersedia berhadapan dengan ribut dan taufan.

Justeru itu tidak hairan jika terdapat mereka yang memusuhi dan mencemburui PAS mengharapkan satu tindak balas oleh pimpinan dan ahli-ahli akar umbi PAS sehubungan dengan keputusan tersebut. Mereka mengharapkan Muktamar tahun ini akan menjadi gelanggang untuk mereka yang tidak berpuas hati untuk bersilat dan berparang.

Tambahan pula setelah berkali-kali dicabar dan didesak oleh Umno untuk memilih mereka atau parti serpihan mereka, PAS akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding di atas tiket Perikatan Nasional. Kononnya terdapat mereka di dalam PAS yang cenderung kepada Perikatan Nasional dan ada pula yang cenderung kepada Barisan Nasional. Musuh-muauh PAS sudah tentu mengharapkan satu pertembungan akan berlaku pada Muktamar kali ini.

Namun begitu mereka ternyata hampa kerana apa yang mereka harap-harapkan tidak berlaku. Mungkin ada yang mahu melihat pertembungan yang sengit seperti pada Muktamar 2015 di Kuala Selangor berulang-kembali. Tetapi penantian mereka berakhir dengan kekecewaan. Muktamar kali ini melihat pimpinan dan perwakilan membawa satu suara yang padu. Keputusan yang diambil oleh pimpinan tertinggi beberapa hari sebelum Muktamar dialu-alukan oleh para perwakilan. Satu demi satu perwakilan berucap dengan nada yang sama. PAS dilihat lebih kuat dan lebih padu selepas Muktamar kali ini. Bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran di dalam perjalanan ke arah Pilihan Raya Umum ke-15 dengan hala tuju yang jelas.

Bagi mereka yang selama ini tidak menghormati PAS perlu berfikir dua kali. PAS bukan budak hingusan yang boleh ditunjal-tunjal kepalanya. Disuruh baring dia akan baring, disuruh duduk dia akan duduk dan disuruh berdiri dia akan berdiri. Belajarlah dari pengalaman mereka yang cuba menentukan hala tuju PAS dari luar. Malah ada yang cuba mencampuri urusan pemilihan PAS, cuba menentukan siapa yang memimpin PAS tetapi usaha-usaha mereka ini ternyata gagal. 

Ahli-ahli PAS boleh berlemah-lembut menghulurkan tangan persahabatan, membantu mereka yang terbenam di dalam lumpur tetapi akan bertukar menjadi harimau yang ganas atau singa yang lapar jika dikhianati. Tidak gerun kepada halilintar membelah langit dan sudah tentu tidak kepada dentuman tanpa peluru meriam buluh. Komitmen terhadap penyatuan ummah bukan satu kelemahan tetapi adalah agenda global yang merentasi sempadan yang sentiasa cuba digagalkan oleh mereka yang mahu melihat umat Islam terus lemah.

Keputusan PAS mahu menganjurkan Muktamar adalah juga satu isyarat yang jelas kepada kawan dan lawan. Ia bukan sahaja Muktamar biasa tetapi Muktamar di mana terdapat pemilihan. Ketika terdapat parti yang teragak-agak kononnya akan berlaku perpecahan jika berlaku pemilihan sebelum pilihan raya, PAS telah meneruskan acara kemuncak tahunan tersebut meyakini akan kematangan ahli-ahli. Malah bukan sahaja pada peringkat tertinggi tetapi pemilihan berlaku pada semua peringkat bermula di peringkat Cawangan. Ia adalah satu petunjuk terhadap kesatuan ahli-ahli PAS. 

Wala’ ahli-ahli kepada pimpinan seringkali menjadi bahan untuk memburuk-burukkan PAS. Namun begitu tidak ada guna tentera di dalam peperangan sekiranya gagal menurut perintah. Tidak dapat dinafikan pilihan raya adalah satu peperangan. Terdapat ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di mana-mana sahaja. Hanya sepatah arahan daripada pimpinan akan menentukan kepada siapa undi mereka diberi. Maka sudah tentu PAS adalah kawan yang sepatutnya didekati tetapi bukan musuh yang perlu dicari

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Bendahari PAS Pusat
9 November 2021 – HARAKAHDAILY 9/11/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000270189106/posts/4855400784478880/

Wednesday, November 10, 2021

Vaksin tempatan bakal dilengkapi sijilan halal JAKIM. Al-hamdulillah!

 

KUALA LUMPUR: Pembangunan vaksin COVID-19 tempatan akan dilengkapi pensijilan halal sebagai nilai tambah, berbanding pelalian sama dihasilkan negara lain.

Ini kerana penghasilan vaksin tempatan turut membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad   Mohamed@Hashim, berkata keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin COVID-19 keluaran tempatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, ia antara lain berkemungkinan muncul sebagai vaksin COVID-19 pertama di dunia yang mempunyai tanda niaga halal yang diterima di seluruh dunia.

"Selain pembabitan NPRA yang memastikan vaksin ini melalui proses sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penyertaan JAKIM daripada peringkat awal juga akan memberi kelebihan kepada kita.

"Barangkali kita akan menghasilkan vaksin mempunyai trademark (tanda niaga) halal pertama di dunia... ini kelebihan kepada kita," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH-Lumut) berkenaan kelebihan atau perbezaan penghasilan vaksin COVID-19 tempatan bagi menarik perhatian dunia.

Ahmad Amzad berkata, penghasilan vaksin berkaitan teknologi mRNA tempatan juga dilaksanakan mengikut perkembangan semasa dan varian baharu.

"Begitu juga vaksin adenovirus kalau tak silap saya, vaksin yang aktif dihasilkan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) juga mengikut perkembangan berhubung varian baharu yang berkembang ketika ini," katanya.

Menjawab soalan asal, Ahmad Amzad berkata, kedua-dua projek vaksin COVID-19 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini berada di peringkat makmal, iaitu bukti konsep sebelum kajian praklinikal (haiwan) dilaksanakan.

Katanya, penghasilan vaksin COVID-19 itu akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan NPRA, sebelum dapat digunakan.

"Perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan, terdapat dua syarikat dalam negara sudah mengembangkan kemampuannya sendiri untuk melakukan proses penting dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill & finish vaksin COVID-19.

"Syarikat tersebut ialah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dengan vaksin CoronaVac dan Solution Biologics Sdn Bhd dengan vaksin Cansino.

"Walaupun matlamat ini memerlukan komitmen tinggi semua pihak, dijangka melalui pendekatan 'whole of nation', Malaysia akan berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan," katanya.

Tahniah, Al-hamdulillah! Bukti kerajaan prihatin.

Artis K-Pop Super Show tempatan &Korea Selatan malam ini.. Patuh syariat??

 

Kumpulan K-Pop popular, Seventeen bakal memeriahkan Lazada 11.11 Super Show, malam ini.
HALAMAN HIBURAN

Artis K-Pop meriahkan Lazada 11.11 Super Show

KUALA LUMPUR: Barisan selebriti popular tempatan dan Korea Selatan bakal memeriahkan acara membeli-belah tahunan terbesar, Lazada 11.11 Super Show, hari ini yang bakal disiarkan secara langsung bermula jam 9 malam di TV3.

Program jualan sehari terbesar Lazada dipancarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) itu boleh ditonton menerusi saluran YouTube, TV3 Malaysia dan saluran penstriman langsung dalam aplikasi LazLive.

Lazada 11.11 Super Show dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sean Lee dengan persembahan nyanyian daripada Kumpulan K-Pop, Seventeen, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Usop.

Edisi tahun ini menyaksikan persaingan antara dua pasukan iaitu pasukan biru (Team Blue) dan pasukan pink (Team Pink) untuk memberikan persembahan terbaik menerusi siri permainan, nyanyian, sketsa dan pelbagai cabaran menarik.

Lazada 11.11 Super Show dihoskan oleh Haziq dan Sean dengan persembahan nyanyian daripada Seventeen, Dayang Nurfaizah, Wany Hasrita dan Usop.

Pasukan biru diketuai pengacara tidak asing lagi, Ain Edruce dan disertai Sarah Suhairi, Ismail Izzani dan Neeta Manishaa. Manakala, pasukan pink dipimpin Sissy Imaan pula dianggotai Nora Danish, Luqman Faiz dan Usop.

Pelbagai tawaran harga hebat dan baucar eksklusif berjumlah RM40,000 dan tiga kereta akan menjadi rebutan penonton sepanjang siaran Lazada 11.11 Super Show berlangsung.

Lazada 11.11 adalah acara jualan sehari terbesar Lazada yang menawarkan diskaun sehingga 70 peratus dengan jaminan harga terendah berserta penghantaran percuma.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hiburan di tanah airku, adakah mengikut syariah? Mengapa menolak (perkara 3) Perlembagan Persekutuan? Ikutilah Islam seperti kerajaan Kelantan dan Terengganu, sama-sama dalam Malaysia..

Kalau begitu, apakah alternatifnya di hadapan kita sekarang? Undilah PAS, dakwahkan rakan-rakan ke arah Islam. Sila mulai dengan PRU Melaka... Jom!!

Sila lihat siri PRN Melaka:

Dron AS hampiri latihan tentera: Iran keluar amaran

 

Gambar fail diperoleh pada 7 November 2021 menunjukkan jet pejuang ketika latihan tentera Iran yang dikenali sebagai 'Zulfiqar 1400', di kawasan pantai Teluk Oman, Iran. (Foto Agensi Berita Asia Barat)/Edaran melalui Reuters.

DUBAI: Tentera Iran memberi amaran kepada dron milik Amerika Syarikat yang cuba mendekati latihan perang Iran berhampiran muara Teluk, kata penyiar negara, IRIB pada Selasa.

Latihan tahunan itu berakhir pada hari Selasa, beberapa minggu sebelum penyambungan semula rundingan antara Tehran dan kuasa dunia itu untuk memulihkan perjanjian nuklear 2015.

“Pesawat ini (drone RQ-4 dan MQ-9 AS) bagaimanapun menukar laluan mereka selepas menghampiri sempadan Republik Islam Iran berikutan pemintasan dan amaran tegas pertahanan udara Iran,” lapor IRIB.

Latihan itu meliputi kawasan dari timur Selat Hormuz ke utara Lautan Hindi dan sebahagian daripada Laut Merah. Kira-kira satu perlima minyak yang digunakan secara global perlu melalui laluan air strategik Selat Hormuz di Teluk.

Konfrontasi berkala telah berlaku antara tentera Iran dan tentera AS di Teluk sejak tahun 2018, apabila bekas Presiden AS, Donald Trump keluar daripada pakatan nuklear dan mengenakan semula sekatan keras terhadap Tehran. – HARAKAHDAILY 9/11/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Pesawat ini (drone RQ-4 dan MQ-9 AS) bagaimanapun menukar laluan mereka selepas menghampiri sempadan Republik Islam Iran berikutan pemintasan dan amaran tegas pertahanan udara Iran,” lapor IRIB.

Rupanya, takut juga AS kepada Iran. Bagaimana pencabulan Singapura ke atas ruang angkasa Malaysia tempoh hari?

Sila lihat siri PRN Melaka:

PRN Melaka (23): Bantah Undi Calon Bukan Islam/Muftti W/P.

 

Komen Rakyat dalam blog ini..


2 comments:

Anonymous said...

Pas pernah ditikam parti kris beberapa kali. Parti kris juga menikam parti lain walaupun dlm komponen. Jatuh mb perak kerana kris keluar dari sarung. Jatuh pm malaysia kerana kris sudah menari. Keluar singapura kerana angkara kris berkarat. Kerana terdapat yg kuat sayang jati diri melayu, ada yg tinggalkan parti kris lalu bersama pas dan bersatu. Banyak sangat korup dlm parti kris. Parti kris adalah serpihan melayu skrg ini. Bila susah, terhegeh hegeh mohon bantuan. Bila rasa kuat,mula menikam dgn kris ditangan. Ada jawatan, ada projek.

Anonymous said...

Saya berpegang teguh kepada majoriti ulama silam mengharamkan pelantikan non-Muslim sebagai pemimpin dan keharusan hanya diberikan apabila terdapatnya darurat.

Cuba bayangkan apa akan berlaku jika terdapat ramai ahli parlimen kafir dalam kerajaan. Mereka boleh membuat dasar kerajaan yang merugikan agama Islam dan umat Islam.

Bukankah terdapat ramai ahli parlimen kafir dalam kerajaan PH ? Bukankah ini menyebabkan puak kafir menjadi kuasa dominan yang mempengaruhi hala tuju kerajaan PH ?

Banyak ayat Al-Quran yang melarang umat Islam dari melantik orang kafir menjadi pemimpin. Contoh ayat Al-Quran tersebut:

QS. 4. An-Nisaa' : 144.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?"

QS. 5. Al-Maa-idah : 57.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi PEMIMPINMU, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman."

QS. 9. At-Taubah : 23.

"Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan BAPAK-BAPAK dan SAUDARA-SAUDARAMU menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan, dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."

QS. 58. Al-Mujaadilah : 22.

"Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekali pun orang-orang itu BAPAK-BAPAK, atau ANAK-ANAK atau SAUDARA-SAUDARA atau pun KELUARGA mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada- Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung."


QS. 3. Aali 'Imraan : 118.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi TEMAN KEPERCAYAANMU orang-orang yang di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya."

Puak ulama liberal cuba menghalalkan apa yang dilarang atau diharamkan oleh Allah dan RasulNya.

Sama seperti ucapan untuk perayaan agama kafir seperti ucapan krismas yang telah diharamkan oleh ulama-ulama silam tetapi puak ulama liberal di zaman moden cuba mengharuskannya.

Sesungguhnya hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails