Monday, November 29, 2021

Pan Borneo majukan Tk Melano & l/raya pertama S'wak.


1. Pan Borneo majukan Telok Melano

PENANTIAN penduduk Kampung Telok Melano untuk memandu kereta atau menunggang motosikal keluar dari kampung mereka berakhir apabila projek Lebuh Raya Pan Borneo jajaran Sematan-Telok Melano siap sepenuhnya pada 6 Januari 2019.

Sebelum itu, penduduk di perkampungan terakhir di sebelah barat daya Borneo, yang bersempadan dengan wilayah Kalimantan Barat, Indonesia itu terpaksa menempuh ombak Laut China Selatan jika mahu keluar khususnya ke pekan terdekat, Sematan.

Bagi penduduk yang kebanyakannya bergantung pada laut sebagai sumber rezeki, pembinaan jalan raya sepanjang 33 kilometer itu satu rahmat besar yang membawa perubahan terhadap kehidupan mereka.

Ketua Kampung, Kampung Telok Melano, Amezan Abdul Hassan, berkata sejak jalan raya berkenaan dirasmikan pada 26 Januari 2019, kehidupan penduduk kampungnya dan satu lagi penempatan berdekatan iaitu Kampung Telok Serabang, mula berubah.

Rezeki penduduk semakin bertambah dengan pelbagai peluang ekonomi mampu diraih dengan ada jalan raya berkenaan.

"Memang berubah sepenuhnya. Sebelum ini, penduduk bergantung kepada hasil laut sebagai punca rezeki selain mengusahakan kebun sara diri.

"Namun, dalam tempoh hampir tiga tahun sejak awal 2019, penduduk sudah mula beralih kepada sumber ekonomi lain yang terbuka selepas adanya jalan raya ini," katanya.

Amezan berkata, sejak adanya lebuh raya itu, Telok Melano menggamit kehadiran pengunjung bukan sahaja kalangan penduduk tempatan Sarawak, malah ada yang datang dari Semenanjung, selain pelancong luar negara, termasuk dari negara jian, Brunei.

"Pengunjung tertarik untuk datang ke Telok Melano kerana kedudukan kampung ini yang unik iaitu di penghujung sebelah barat Borneo selain pantainya yang indah.

"Apabila menjadi tumpuan pengunjung, penduduk kini mampu meraih rezeki dengan membuka perniagaan seperti kedai makan selain mengusahakan gerai makanan ringan di tepi pantai," katanya.

Bukan itu sahaja, katanya, ramai penduduk Kampung Telok Melano kini sudah menjadi usahawan inap desa dengan jumlah penginapan itu kini sudah mencecah kira-kira 60 unit.

"Malah, ramai juga penduduk menyediakan ATV (kenderaan pelbagai bentuk muka bumi) untuk pengunjung yang ingin menunggangnya sepanjang pantai Telok Melano.

"Kaki pancing pula kini menaiki kenderaan terus Telok Melano untuk mendapatkan perkhidmatan bot yang disediakan penduduk kampung dan ia sekali gus membuka peluang rezeki kepada penduduk yang sebelum ini hanya bergantung hasil tangkapan ikan," katanya.

Katanya lagi, penduduk bersyukur dengan perubahan yang berlaku kerana sebelum ini ada yang tidak pernah terfikir adanya jalan raya untuk menghubungkan kampung itu dengan dunia luar.

Bagi peniaga kecil, Nurshakirah Naziera Razinaidin, 20, kewujudan jalan raya itu tepat pada masanya ketika beliau baru sahaja tamat persekolahan.

"Apabila jalan raya siap dibina pada 2019, saya yang baru tamat sekolah ketika itu, terus membuka perniagaan kecil-kecilan di tepi pantai.

"Syukur Alhamdulillah, pintu rezeki kami terbuka luas sejak adanya jalan raya ini," katanya.


2. Projek lebuh raya pertama di Sarawak

PROJEK jajaran Telok Melano ke Sematan dengan kos sebanyak RM400.7 juta itu bermula pada 15 September 2015 dan menjadi pakej kerja pertama yang disiapkan sepenuhnya mengikut jadual iaitu pada 6 Januari 2019.

Melalui kawasan berpotensi untuk dimajukan sebagai lokasi ekopelancongan dengan lokasinya yang strategik, jajaran Sematan-Telok Melano itu berdekatan dengan Taman Negara Tanjung Datu dan melalui Santuari Hidupan Liar Samunsan.

Dengan titik 0 kilometer terletak di Kampung Telok Melano, projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, yang dibina dengan 11 pakej kerja membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM16.117 bilion, menganjur sepanjang 786 kilometer merentasi negeri ini hingga ke Miri.

Projek lebuh raya pertama di Sarawak itu adalah antara inisiatif Kerajaan Persekutuan dalam menambah baik jaringan jalan raya sedia ada di Sarawak.

Ia menunjukkan komitmen dan kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam menambah baik jaringan infrastruktur jalan raya.

Projek itu dijangka siap sepenuhnya pada September 2022 dengan kemajuan terkini sehingga Oktober lalu bagi 10 lagi pakej kerja dari Sematan ke Miri, yang kini mencapai 73 peratus siap.

Pada 20 November lalu, Pakej Kerja Kontrak 07 (Seksyen Julau) dilancarkan dan ia adalah sebahagian daripada tiga seksyen dari persimpangan Bintangor ke Jambatan Sungai Kua sepanjang 75 kilometer.

Skop pembinaan Seksyen Julau itu membabitkan kerja menaik taraf jalan Persekutuan sedia ada, dari dua lorong ke empat lorong dari persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 kilometer.

Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dengan seramai 10,300 anak Sarawak terbabit dengan projek itu secara langsung dan tidak langsung.

Lebih 83 peratus yang terbabit itu adalah kalangan anak jati Sarawak yang menjadi kontraktor, perunding, pembekal dan vendor.


Lihat sebelum ini..

Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

Sunday, November 28, 2021

Berkunjung Ke Pesantren Hidayatullah Di Bumi Sebatik.


Pesantren Hidayatullah Sebatik.
Sejumlah anak-anak binaan Ponpes Hidayatullah Pulau Sebatik/ FOTO: Ainuddin Chalik
CATATAN PERJALANAN
 
SATU pulau dua negara, itulah sebutan Sebatik. Sebuah kecamatan yang terletak di seberang Nunukan itu memang memiliki daya tarik yang unik. Dikatakan demikian karena Sebatik memiliki banyak sisi yang boleh jadi tidak ada di tempat lain.

Di pulau yang memerlukan 20 menit waktu penyeberangan dari Pelabuhan Sei Jepun Nunukan ini kita akan menyaksikan hamparan laut yang indah, kebun sawit yang membentang hampir di setiap mata mengarahkan pandangan, serta persawahan yang hijau, begitu indah memukau penglihatan.

Ditemani Karnafi, Kepala Baitul Maal Hidayatullah (BMH) Nunukan, perjalanan kami harus melewati tarian ombak, terutama ketika hampir tiba di Pos Dermaga Binalawan Sebatik Barat.

Kapal yang kami tumpangi dengan daya tampung sekitar 20 orang dan 8 motor beberapa kali bergoyang cukup serius.  Tetapi itu semua sedikit terobati, ketika  Sang Motoris (sebutan untuk pengemudi kapal motor di Sebatik) masih terlihat tenang dan mengurai senyum.

Sesampainya di Binalawan Sebatik Barat, perjalanan dilanjutkan dengan kendaraan bermotor, tepatnya Supra  untuk menuju pulau di perbatasan dengan jalanan yang rusak.
 
.. telah mulai penuh di tepian Sungai Pancang, sungai kecil di belakang rumah-rumah kampung di patok perbatasan Desa Ajikuning, Kecamatan Sebatik Tengah, ...

Semangat Ibadah Masyarakat

Mengingat waktu yang sudah mendekati pelaksanaan shalat Jumat, harus ditunda dan singgah di sebuah Masjid di Sebatik Selatan.

Alhamdulillah, mencari masjid di Sebatik rupanya tidak terlalu sulit.  perjalanan yang lebih satu jam itu, masjid sangat mudah ditemukan. Dalam perjalanan satu jam menuju sebatik, masjid sangat mudah ditemui.

Menariknya, selama Ramadhan, seluruh Sebatik berhias  sehingga menjelang shalat tarawih tiba, pemandangan di tapal batas  Indonesia-Malaysia di Aji Kuning, jalanan dihiasi penerangan memadai ini terlihat cukup banyak warga yang berangkat ke masjid dengan menggunakan mukena. Mereka berkelompok-kelompok menuju masjid dengan berjalan kaki.

Pesantren

Perjalanan kemudian sekalipun tujuanku bersama Karnafi ke Sebatik untuk menilik dakwah di Pesantren Hidayatullah. Dalam perjalanan saya juga menjumpai pesantren yang lain, yakni Pesantren Mutiara Bangsa yang berlokasi di Jalan Mutiara Bangsa Sebatik.

Pesantren Hidayatullah Sebatik sendiri berada di Jalan Poros Aji Kuning – Bambangan RT 03 Dusun Abadi Desa Aji Kuning, Kecamatan Sebatik Barat, Nunukan Kalimantan Utara.
Pesantren yang dinahkodai Ustad Sudirman ini sudah berjalan dengan baik dan diterima masyarakat.
 
“Kalau tarawih masyarakat di masjdi kami ini (Masjid Baitul Makmur),” ucap Amin dai Hidayatullah asal Flores.
 
Saat ini, Pesantren Hidayatullah Sebatik sedang menuntaskan program pembangunan masjid dua lantai seluas 17 X 14 meter.
 
“Masjid lama sudah tidak representatif, terutama kalau digunakan sebagai pusat belajar santri dan warga sekitar pesantren,” imbuh Amin.
 
Di lahan seluas 3 hektare itulah berjalan aktivitas dakwah dan pembelajaran bagi warga sekitar. Selain pendidikan diniyah, pesantren yang baru memiliki pendidikan formal Taman Kanak-Kanak ini juga sudah resmi mengantongi izin menyelenggarakan program Pusat Kegiatan Belajar Masyarakat (PKBM).
 
Dengan PKBM, pesantren bisa ikut membantu warga dan masyarakat yang ingin mengikuti tes persamaan untuk SD, SMP dan SMA. Dalam catatan sejak berdirinya, tidak kurang dari 200 lulusan PKBM telah terserap sebagai tenaga kerja di beberapa desa di Kecamatan Sebatik Utara.
 
Pesantren yang diurus tiga orang ini sebenarnya ingin terus mengembangkan diri, namun beberapa hal masih menjadi prioritas. Selain karena tenaga yang memang belum seberapa, perluasan lahan juga menjadi tantangan tersendiri.
 
“Kalau memang nantinya Sebatik menjadi Kabupaten, ya semoga pesantren bisa menjadi partner pemerintah yang terdepan, terutama dalam mencerdasakan warga dan generasi muda di Sebatik ini,” ungkap Ustad Sudirman Kepala Pesantren Hidayatullah Sebatik

Diceritakan oleh Imam Nawawi
Hidayatullah. Com 
Rabu, 22 Juli 2015 - 10:22 WIB

Lihat ini
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
Bab 2
Bab 3
Bab 4

..Bersambung.

MN dan PN, jangan berdilema -Presiden PAS

 

DEMI agenda perpaduan umat yang sebenarnya, maka Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN) adalah laksana dua dalam sepasang yang tidak harus dipisahkan, sekiranya benar-benar berkonsepkan perpaduan umat dalam negara masyarakat majmuk yang ikhlas.

Kedua-dua gagasan ini laksana dua tangan dalam satu jasad, kalau dibuang salah satunya akan menjadi cacat. Bahkan, ia juga laksana sepasang kasut yang tidak waras jika dipakai sebelah kasut sahaja.

Bukanlah tujuan gagasan ini demi menjaga kepentingan individu atau kelompok tertentu, sama ada untuk mengangkat ataupun menjatuhkannya.

Kita semua laksana ramainya penumpang yang berada dalam satu bahtera atau mengikut slogan Keluarga Malaysia yang besar sebagaimana diuar-uarkan.

Berdasarkan semangat yang telah ditegaskan dalam Piagam Muafakat Nasional yang disertai oleh kalangan Melayu Islam dan bumiputera (penduduk asal), maka mereka wajib disatukan setelah berpecah belah dan berporak-peranda selama ini.

Muafakat Nasional bukan sahaja disertai oleh PAS dan UMNO, bahkan melibatkan semua pihak jika benar-benar gagasan itu berkonsepkan acuan al-Quran yang pernah mendidik masyarakat Arab sebelum Islam yang berpecah belah. Firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ١٠٣

“Dan berpegang teguhlah kalian semua kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kalian bercerai-berai; dan kenanglah ni‘mat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah), lalu Allah menyatukan antara hati kalian (sehingga kalian bersatu padu dengan ni‘mat Islam), maka jadilah kalian dengan ni‘mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kalian dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kalian semasa jahiliah), lalu Allah menyelamatkan kalian daripada neraka itu (disebabkan ni‘mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kalian mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali ‘Imran: 103)

Justeru, disatukan umat Islam yang terkumpul dalam parti-parti Melayu dan bumiputera yang terbesar, daripada UMNO, PAS dan BERSATU, di samping mereka yang tidak berparti dalam badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. Namun, kesemuanya tetap hidup bermasyarakat dan berpijak di bumi yang sama dengan menganut Islam ataupun kalangan bumiputera yang dekat dengan penganut Islam.

Pada mulanya, hanya diadakan perjumpaan antara PAS dan UMNO sahaja. Kemudian, diikuti dengan Kongres Maruah Melayu yang lebih besar penyertaannya oleh pelbagai pihak.

Adapun setelah mengambil alih kerajaan pusat, maka Perikatan Nasional pula diwujudkan kerana mengambil kira masyarakat yang lebih besar termasuklah golongan bukan Islam yang sudah menjadi masyarakat majmuk.

Hakikat keberadaan masyarakat majmuk dalam negara ini wajib diterima dan tidak boleh dirungkai sekali-kali kerana boleh merosakkan keluarga yang besar ini. Hal ini berkonsepkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً  وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا١

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kalian yang telah menjadikan kalian (bermula) daripada diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawwa’), dan juga yang membiakkan daripada kedua-duanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kalian selalu meminta dengan menyebut-yebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kalian.” (Surah al-Nisa’: 1)

Ayat ini menegaskan bahawa manusia seluruhnya ialah satu keluarga besar yang hidup secara bermasyarakat serta wajib saling berhubungan dan bertolong-tolongan sesama mereka. Mereka juga hendaklah saling bertasamuh (bertoleransi) dalam meraikan kepelbagaian dan perbezaan berkonsepkan wujudnya hubungan antara satu sama lain, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ١٣

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kalian semua daripada kalangan lelaki dan perempuan dan telah Kami menciptakan kalian semua pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kalian semua saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia (antara) kalian semua di sisi Allah ialah mereka yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.” (Surah al-Hujurat: 13)

Dalam pada itu, mesti diterima hakikat bahawa Perikatan Nasional (PN) yang menjadi gagasan politik yang lebih besar, perlu berperanan dan berkuasa dalam negara masyarakat majmuk ini.

Khususnya, bagi menegakkan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang telah wujud dan tidak perlu dirungkai lagi, tetapi kandungan perlembagaan mestilah ditafsirkan dengan jiwa yang merdeka daripada sebarang pengaruh penjajahan pemikiran yang perlu dibuang segala kesan-kesan dan pengaruhnya yang masih ada.

Di samping itu, perlu disingkirkan puak pendukung penjajah yang menjadi makhluk perosak dalam keluarga Malaysia.  

Maka, PAS hanyalah berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.

Oleh itu, PAS menolak Muafakat Nasional (MN) yang terbelenggu dengan hanya melibatkan UMNO dan PAS sahaja. PAS juga menolak fahaman yang menafikan adanya masyarakat majmuk yang wajib ditangani oleh gagasan yang lebih besar iaitu Perikatan Nasional (PN).

Gagasan yang ada perlu diubah bentuk dan ikatannya, kerana berlakunya perubahan situasi dan realiti. Dahulunya UMNO ialah sebuah gabungan pertubuhan dan kumpulan Melayu sahaja, kemudian berubah menjadi satu parti, di samping parti Melayu yang lain seperti PAS dan Parti Negara.

Kemudian, UMNO menubuhkan Parti Perikatan dengan memasukkan MCA dan MIC dan selepas itu parti-parti dari Sarawak dan Sabah. Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang mengejutkan, maka pada tahun 1974 ditubuhkan Barisan Nasional (BN) yang disertai oleh PAS pada awalnya.

Maka, tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit. Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN).     

Oleh yang demikian, secara tegasnya PAS tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. PAS hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh.

PAS boleh bersama-sama membina negara ini dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja. Bahkan, PAS bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.

PAS hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.

PAS hanya menerima Muafakat Nasional (MN) yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional (PN).

Firman Allah SWT:

…إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ٨٨

“…Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki (mengislah) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya sahaja aku kembali.” (Surah Hud: 88)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 20 Rabi’ul Akhir 1443 / 25 November 2021 – HARAKAHDAILY 25/11/2021

Negara Dunia Islam perlu contohi polisi ekonomi Edrogan.

 


Perang ekonomi terhadap Turki

SELEPAS kegagalan peristiwa rampasan kuasa pada tahun 2016, Turki telah melalui fasa perubahan yang agak ketara dari sudut politik dan ekonomi samada dalam mahupun luar negara.

Senario ini saya pernah bincangkan dalam artikel yang bertajuk “Turki Pasca Rampasan Kuasa: Apa Selepas ini?” yang diterbitkan pada bulan Jun 2016.

Dua tahun berikutnya iaitu pada 24 Jun 2018 telah berlangsung pilihan raya umum Turki yang menjadi kayu pengukur buat Recep Tayyib Edrogan dan partinya Adalet ve Kalkinma Partisi (AKP) serta gabungan parti politik People’s Alliance yang diterajuinya.

Recep Tayyip Edrogan telah memenangi pilihan raya Presiden Turki dengan memperolehi 52.9 peratus undi mengalahkan calon daripada parti Cumhuriyet Halk Partisi (CHP) Muharrem Ince daripada gabungan parti politik Nation Alliance yang memperolehi sebanyak 30.64 peratus undi.

Gabungan People Alliance memenangi sebanyak 344 kerusi parlimen mengalahkan seteru utamanya Nation Alliance yang memenangi 189 kerusi parlimen termasuk juga parti Halklarin Demokratrik Partisi (HDP) yang hanya memenangi sebanyak 67 kerusi parlimen.

Namun begitu, walaupun Recep Tayyip Edrogan dan gabungan parti politik People’s Alliance telah menang dengan agak selesa pada pilihan raya umum 2018, senario tersebut mula berubah apabila diadakan pilihan raya tempatan Turki yang berlangsung pada 31 Mac 2019.

Pilihan raya tempatan ini menyaksikan parti-parti pembangkang di Turki membentuk satu persefahaman untuk tidak bertanding sesama sendiri di banyak kawasan dalam usaha untuk mengalahkan gabungan parti politik People’s Alliance pimpinan Recep Tayyip Edrogan.

Keputusan pilihan raya tersebut menyaksikan gabungan parti politik People’s Alliance menghadapi penurunan peratusan sokongan undi sebanyak 7.44 peratus berbanding CHP yang merupakan parti utama dalam gabungan pembangkang yang mengalami kenaikan sokongan sebanyak 3.47 peratus walaupun HDP mengalami penurunan sokongan sebanyak 1.77 peratus.

Lebih memeritkan apabila dalam pilihan raya tempatan tersebut, parti AKP kalah dalam pemilihan Datuk Bandar di dua bandar utama Turki iaitu di Istanbul dan Ankara di mana calon-calon Datuk Bandar dari parti AKP tewas kepada calon-calon dari parti pembangkang utama CHP.

Tidak dinafikan kesemua senario di atas adalah sebahagian daripada usaha-usaha terselindung oleh pihak-pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk menjatuhkan parti AKP terutamanya Edrogan sendiri setelah kegagalan rampasan kuasa terdahulu.

Namun berbeza pula senarionya dengan keadaan ekonomi Turki. Ketika seluruh dunia sedang berusaha untuk bangkit kembali daripada kegawatan akibat daripada penularan wabak pandemik Covid-19, Turki mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan pada suku pertama tahun ini iaitu yang kedua terbaik selepas China daripada keseluruhan anggota kumpulan negara G-20.

Turki mencatatkan pertumbuhan sebanyak 7.0 peratus pada suku pertama tahun ini dan sebanyak 1.7 peratus pada suku ke 4 tahun lalu.

Sektor perindustrian Turki mencatat pertumbuhan sebanyak 12.2 peratus pada suku pertama tahun ini manakala saiz ekonominya meningkat kepada USD 728.5 bilion daripada USD 717 bilion pada suku yang sama tahun lalu.

Ia adalah usaha berterusan Kerajaan Turki yang meningkatkan perbelanjaan, memotong kadar faedah serta memperbanyakkan kemudahan pinjaman terutamanya kepada sektor-sektor perindustrian dan berdaya maju untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi Turki ke arah yang lebih mampan.

Namun usaha ini nampaknya menghadapi kebuntuan apabila matawang Turki iaitu Lira menghadapi kejatuhan mendadak ketika ini.

Selasa lalu, matawang Lira mengalami kejatuhan sehingga 15 peratus, kejatuhan paling teruk dalam beberapa tahun ini disebabkan pengumuman Edrogan untuk meneruskan polisi ekonomi yang diamalkan ketika ini.

Agensi kewangan termasuk bank-bank utama dunia mengkritik polisi ekonomi Turki. Pemimpin pemimpin utama parti pembangkang Turki termasuk bekas Timbalan Gabenor Bank Pusat Turki Semih Tumen mengkritik tindakan Edrogan yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal serta mengkhianati rakyat Turki.

Berbeza pula dengan Mufti Oman Syeikh Ahmed bin Hamad Al-Khalili, beliau menyifatkan tindakan Erdogan adalah terpuji kerana memerangi riba yang diharamkan oleh Allah SWT sebagaimana yang terkandung dalam kenyataannya baru-baru ini.

Malah Syeikh Ahmed bin Hamad Al Khalili menggesa negara-negara Dunia Islam agar mencontohi polisi Edrogan dengan memotong kadar faedah serta menyeru OIC agar mengadaptasi polisi ini dengan penuh tekad dan ketekunan untuk mencapai sasaran sebagai sistem kewangan Islam yang sebenar.

Selain daripada tekanan politik dan ekonomi yang dihadapi oleh Edrogan dan Kerajaan Turki pimpinannya, perkembangan sektor ketenteraan yang turut menjana serta mempelbagaikan sektor ekonomi Turki di samping memperkukuh dan memperluaskan pengaruh geopolitik Turki turut menjadi penyebab utama kepelbagaian tekanan yang dihadapi Turki ketika ini.

Kecanggihan teknologi ketenteraan dan persenjataan Turki seperti drone untuk peperangan atau combat drone seperti “Bayraktar Akinci UCAV” yang terbukti kecanggihan dan kejayaannya di medan perang di Azerbaijan, Syria dan Libya sehingga menjadi salah satu eksport ketenteraan utama Turki ke banyak negara turut menjadi penyebab utama tekanan ekonomi yang dihadapi ketika ini.

Jumlah eksport sektor persenjataan Turki yang meningkat dengan begitu mendadak turut membimbangkan musuh-musuh geopolitik Turki. Untuk tahun 2020, jumlah eksport sektor persenjataan Turki berjumlah USD 11 bilion berbanding hanya USD 1 bilion pada pada tahun 2002, naik lebih 10 kali gandi dalam tempoh 18 tahun.

Di samping menjana ekonomi Turki dengan mempelbagaikan sektor ekonomi, peningkatan eksport sektor persenjataan Turki juga dikhuatiri oleh musuh-musuh geopolitiknya kerana ia akan mampu memperluaskan lagi pengaruh geopolitik Turki di samping memperkukuhkan sektor ketenteraannya.

Maka disebabkan itu Kerajaan Kanada telah mengenakan larangan eksport teknologi terkini persenjataan untuk pembuatan drone ke Turki pada pertengahan tahun ini.

Larangan dan sekatan eksport sebegitu juga turut dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah di mana ia bertujuan untuk menyekat perkembangan mahupun eksport sektor persenjataan Turki.

Larangan eksport teknologi terkini untuk sektor persenjataan serta ketenteraan yang dikenakan terhadap Turki sedikit sebanyak menjejaskan industri persenjataannya di mana kebergantungan Turki kepada teknologi terkini luar negara untuk sektor tersebut adalah sebanyak 35-40 peratus.

Edrogan dalam kenyataan terbaharunya menyatakan bahawa Turki akan mampu membangunkan sendiri kesemua peralatan dan teknologi persenjataan mahupun ketenteraan seawal tahun 2023.

Maka berdasarkan kesemua senario yang berlaku, bolehlah dikatakan bahawa Turki sedang mengalami pelbagai tekanan dari setiap sudut.

Edrogan dalam ucapannya pada 8 Julai tahun ini awal-awal lagi telah menyatakan bahawa apa yang berlaku kepada Turki hari ini iaitu kejatuhan matawang Lira dan ekonomi adalah sama motif serta sifatnya dengan tujuan rampasan kuasa yang gagal pada 2016 dahulu.

Dalam ucapan beliau juga, Edrogan turut memberi amaran terhadap permainan bahaya sebegitu rupa yang dilakukan terhadap Turki yang dibina atas tiga rangkaian iaitu tukaran mata wang, kadar faedah dan inflasi yang mana sasarannya adalah untuk meletakkan ekonomi Turki dalam keadaan gawat dan tidak stabil.

Semoga Turki dan rakyatnya mampu menghadapi kemelut dan kegawatan yang berlaku ketika ini serta bangkit menjadi lebih maju dan berjaya di masa hadapan.

Doa saya buat seluruh negara Dunia Islam dan umat Islam terutamanya yang berhadapan dengan cabaran getir ketika ini seperti Palestin, semoga Allah SWT melindungi dan merahmati serta diberikan kekuatan untuk bangkit kembali menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Moga Allah SWT merahmati dan memakbulkan doa kita semua insya-Allah.

Islam Menyatukan Ummah.

YB USTAZ MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk. – HARAKAHDAILY 28/11/2021

Sila lihat siri Indonesiakini..

E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
Bab 2
Bab 3
Bab 4

2 sekolah SJKC Pekan Pahang, diarah tambah tulisan Cina..

 

Selain Jawi, Hang Soon arah tambah tulisan Cina dan Tamil pada papan tanda SJK. Papan tanda sedia ada patut dikekalkan

KL: 22 Rabiulakhir 1443H, Sabtu – Datuk Mah Hang Soon dilaporkan menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang berhubung isu dua buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan Pahang, yang dibekalkan dengan papan tanda sekolah yang tidak tertulis nama sekolah dalam tulisan Cina.

Sebaliknya papan tanda sekolah berkenaan hanya tertulis dalam bahasa Melayu rumi dan Jawi.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dilapor mengarahkan pihak kontraktor agar membuat semula papan tanda yang mengandungi nama sekolah-sekolah itu dalam tulisan Cina.

Timbalan Menteri Pendidikan itu menjelaskan, papan tanda sekolah yang baru dibuat kerana Dewan Undangan Negeri Pahang memutuskan agar semua agensi berkaitan kerajaan wajib menambah tulisan Jawi pada papan tandanya.

Namun begitu, dalam menambah papan tanda yang baru, papan tanda yang sedia ada patut dikekalkan.

Menurut Hang Soon, Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang telah memaklumkan bahawa jabatan tersebut akan membekalkan papan tanda sekolah dengan tulisan Jawi untuk semua sekolah kerajaan termasuklah SK, SJKC dan SJKT – semua papan tanda itu dibuat secara seragam oleh kontraktor.

Katanya lagi, ketika berbincang dengan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang, dia telah mencadangkan agar tulisan Cina dan tulisan Tamil disertakan dalam papan tanda sekolah agar ia lebih sempurna, selain mencerminkan kepelbagaian budaya dan bahasa negara ini.

“Pengarah jabatan pendidikan juga telah bersetuju, dan telah mengarahkan kontraktor untuk membuat papan tanda yang baru dengan menambah tulisan Cina pada papan tanda SJKC dan tulisan Tamil pada papan tanda SJKT.

“Jabatan Pendidikan akan memasangnya di sekolah bila siap nanti,” katanya seperti dilapor SinChew Daily semalam.

Tegasnya, semua papan tanda SJKC yang asal akan terus dipelihara, tanpa sebarang perubahan dibuat ke atasnya.

Menurutnya lagi, Pengarah Pendidikan Pahang kelihatan sangat terbuka dalam menerima cadangan tersebut dan segera menyelaraskan semua papan tanda sekolah.

Timbalan Presiden MCA itu turut meminta orang ramai tidak terus membangkitkan isu ini dan memutarbelitkan keadaan menjadi isu yang menjejaskan sistem pendidikan SJKC.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, insya Allah!

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
E-Buku IH-51: Perjalanan Ke Kalimantan
Bab I
Bab 2
Bab 3
Bab 4

..Bersambung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails