Monday, January 03, 2022

Tiada tolak ansur bersekongkol jenayah – Ayob Khan

 

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kejayaan yang dicapai sepanjang 22 bulan berkhidmat di negeri ini adalah hasil kesungguhan serta sokongan padu seluruh anggota polis kontinjen Johor, sekali gus berjaya meyakinkan segenap lapisan masyarakat yang menaruh kepercayaan tinggi terhadap polis.

Ayob Khan, 56, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkuat kuasa 25 Jan ini berkata beliau sentiasa berpegang kepada sikap berhemah, adil, berintegriti, amanah dan tegas, dalam mendepani pelbagai cabaran sepanjang perkhidmatannya di Johor.

“Biarpun kita mungkin akan ditohmah, dikecam, dikritik mahupun diugut, bagi saya, tiada tolak ansur terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam rasuah, salah laku, bersekongkol jenayah, dadah mahupun penyeliaan yang tidak telus,” katanya ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan dan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Majlis serah terima hari ini menyaksikan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Khaw Kok Chin memangku jawatan Ketua Polis Johor selama dua minggu bagi menggantikan Ayob Khan, sebelum ia jawatan itu diambil alih oleh Datuk Kamarul Zaman Mamat (ketika ini adalah Ketua Polis Kedah).

Majlis turut disaksikan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Ayob Khan seterusnya menzahirkan penghargaan kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dan semua pihak kerana memberi kepercayaan, kerjasama serta sokongan sepanjang tempoh beliau bertugas sebagai Ketua Polis Johor. – BERNAMA

Bersama MN pertahan PN -Presiden PAS

 

APABILA ditegaskan tajuk ini, ada kalangan yang menganggap PAS tidak ikhlas dalam politiknya. Demikian itulah kata-kata mereka yang tidak memahami makna ikhlas mengikut bahasa al-Quran.

Ikhlas ialah urusan Allah yang Maha Mengetahui isi hati dan sanubari manusia yang beramal, mengikut ukuran kepercayaan agamanya (Islam) semata-mata bagi mendapat keredaan Allah SWT. Sekalipun perbuatan tersebut dibenci oleh manusia yang tidak mengetahui hakikatnya yang sebenar.

Manusia hanyalah mengetahui apa yang dizahirkan sahaja, maka mereka sama sekali tidak boleh menentukan keikhlasan seseorang mahupun sesebuah kumpulan. Rasulullah SAW bersabda:

‌مَنِ ‌الْتَمَسَ ‌رِضَى ‌اللَّهِ ‌بِسَخَطِ ‌النَّاسِ ‌رَضِيَ ‌اللَّهُ ‌عَنْهُ، ‌وَأَرْضَى ‌النَّاسَ ‌عَنْهُ، ‌وَمَنِ ‌الْتَمَسَ ‌رِضَا ‌النَّاسِ ‌بِسَخَطِ ‌اللَّهِ ‌سَخَطَ ‌اللَّهُ ‌عَلَيْهِ، ‌وَأَسْخَطَ ‌عَلَيْهِ ‌النَّاسَ.

“Sesiapa yang mencari keredaan Allah dengan dimarahi oleh manusia, nescaya Allah meredainya; dan sesiapa mencari keredaan manusia  dengan kemurkaan Allah, nescaya Allah murka terhadapnya dan dijadikan manusia juga memarahinya.” (Riwayat Ibn Hibban 276)

Perjuangan PAS bukanlah perjuangan atas dasar nasionalisme yang sempit (semangat kebangsaan menjadi aqidah perjuangan) kerana PAS ialah sebuah parti berlandaskan Islam menjadi aqidah perjuangannya.

Namun, semangat kebangsaan merupakan fitrah manusia yang tidak boleh dinafikan, tetapi tidak boleh sekali-kali menjadi aqidah perjuangan. Secara tegasnya, Islam ialah penyelamat bangsa dan manusia seluruhnya serta wajib berlaku adil kepada semua manusia.

Oleh itu, suatu bangsa tanpa Islam tidak selamat kerana mereka tidak akan berlaku adil kepada semua termasuklah terhadap bangsa hatta keluarga sendiri. Justeru, setiap bangsa hendaklah diselamatkan bersama Islam, bukan bangsanya sahaja.

Bangsa Melayu yang menegakkan Islam, maka akan terselamat bangsanya dan semua bangsa juga pasti akan selamat. Jika sekadar menyelamatkan bangsa Melayu sahaja tanpa acuan Islam, maka Melayu tidak akan selamat malah bangsa lain dalam masyarakat majmuk juga tidak akan selamat.

Hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja layak memimpin manusia masyarakat majmuk bersama Islam yang adil kepada semua. Allah SWT memberikan suatu amaran kepada bangsa Arab yang merupakan bangsa paling awal menerima Islam dan memimpin negara Islam pada permulaannya melalui firman-Nya:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ٣٨

“Dan jika kalian berpaling (daripada Islam) nescaya Dia akan menggantikan kalian dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan sepertimana kalian.” (Surah Muhammad: 38)

Maka, negara besar Islam sepanjang 14 abad dipimpin oleh pelbagai bangsa yang silih berganti berjuang menegakkan Islam.

Di mana bumi kita berpijak, di situlah kita tegakkan Islam. Maka, masyarakat Malaysia yang didominasi oleh bangsa Melayu yang beragama Islam berusaha menyatukan bangsa Melayu bermula dengan penyatuan melalui tiga parti besar; UMNO dan Bersatu bersama PAS dalam gabungan Muafakat Nasional (MN). Sekiranya hanya disertai oleh PAS dan UMNO sahaja, gabungan tersebut tidak memadai.

Seterusnya bagi mengumpulkan pihak atau bangsa lain dalam masyarakat majmuk, maka PAS bertindak secara bersama menubuhkan Perikatan Nasional (PN) bagi  memecahkan ‘asabiyyah kaum atau fanatik perkauman yang ditentang oleh PAS. Dahulu pernah dalam Muktamar Tahunan PAS pada tahun 1984 bertemakan ‘Menggempur Pemikiran ‘Asabiyyah’.

Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

 لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ.

“Bukan daripada kalangan kami sesiapa yang berdakwah (mengajak) atas dasar ‘asabiyyah ataupun kalangan yang berjuang atas dasar ‘asabiyyah dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati atas dasar ‘asabiyyah.” (Riwayat Abu Dawud 5121)

‘Asabiyyah itu ialah fanatik dalam mempertahankan suatu kaum tanpa perhitungan antara benar dengan salah, baik dengan buruk, adil dengan zalim.

Maka, PAS tidak boleh diheret sekali-kali ke dalam lingkungan perkauman yang sempit. Justeru, PAS wajib memecahkan tembok yang cuba mempertahankan elemen perkauman. Jadi, Perikatan Nasional (PN) merupakan pemecahnya.

Dalam sifir politik bagi melakukan satu perubahan, perkara itu tidak akan dapat dicapai jika hanya melalui platform Muafakat Nasional (MN) sahaja yang melibatkan PAS dan UMNO semata-mata. Sehinggakan, dipersetujui bersama supaya satu perubahan atau reformasi politik dilakukan akibat daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang meletakkan dominasi bukan Islam dan Muslim yang tidak Islamik.

Bahkan, turut dipersetujui bersama untuk mengumpulkan seluruh ahli Parlimen Muslim secara keseluruhannya yang masih majoriti jumlahnya. Setelah itu, disertai oleh kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem.

Hasilnya dimulakan dengan diadakan Himpunan Penyatuan Ummah melibatkan UMNO dan PAS yang dianjurkan secara bersama oleh dua buah parti pembangkang terbesar itu. Kemudian, diikuti pula oleh Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh tokoh-tokoh ilmuwan. PAS pada waktu itu juga menyertainya dan mengajak UMNO bersama, walaupun pada awalnya mereka tidak bersetuju.

Hasil daripada kedua-dua himpunan tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah ahli Parlimen yang cukup bagi membuat perubahan dengan menyelesaikan beberapa masalah dan krisis politik yang belum selesai.

Tonggak perubahan ialah kepimpinan yang didominasi oleh Muslim dan bukan Islam yang tidak ekstrem. Maka, untuk menjayakan perubahan tersebut mestilah melalui tiga parti Melayu yang besar jumlah ahli Parlimennya iaitu UMNO, Bersatu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (Gabungan Parti Sarawak atau GPS). Jika hanya semata-mata jumlah ahli Parlimen UMNO dan PAS sahaja, sudah pasti tidak mencukupi jumlahnya.      

PAS berpegang kepada keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional (MN) yang tidak terhad kepada PAS dan UMNO sahaja. Seterusnya melangsungkan kerjasama yang telah terjalin dalam masyarakat majmuk sejak merdeka dengan pembaharuan melalui penubuhan Perikatan Nasional (PN).  

Agenda bagi memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan merupakan persetujuan bersama. Bahkan, bagi meneruskan kelangsungan perubahan juga mewajibkan semua parti bersama gabungan Perikatan Nasional (PN) yang mengumpulkan parti-parti yang menerima asas penting dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak mana-mana parti yang bertujuan selain daripada itu.

PAS pernah bersama UMNO menubuhkan Barisan Nasional (BN) yang sudah tidak berfungsi secara berasingan dan memerlukan tajdid (pembaharuan) terhadap BN yang telah ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Maka, Perikatan Nasional (PN) ialah pembaharuannya dalam bentuk yang lebih besar.

Justeru, PAS tidak boleh dikongkong dengan hanya bersama UMNO sahaja. Kita telah memulakan langkah dengan menubuhkan kerajaan bersama dalam gagasan Perikatan Nasional (PN) yang baru berada di peringkat permulaaan.

Oleh itu, perpaduan yang wujud ini jangan sekali-kali dirungkai di tengah-tengah perjalanan kerana sebab yang tidak berkaitan dengan peranan melangsungkan tugas islah (pembaikan dan pembetulan). Antara sebab-sebabnya seperti faktor peribadi atau pembahagian jawatan dalam kabinet kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah faktor sampingan sehingga menyebabkan PAS banyak berlembut dalam isu ini.  

Firman Allah SWT:

إِنْ أُرِيدُ إِلَّا الْإِصْلَاحَ مَا اسْتَطَعْتُ وَمَا تَوْفِيقِي إِلَّا بِاللَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْهِ أُنِيبُ٨٨

“Aku tidak bermaksud kecuali bertujuan hendak melakukan islah (pembaikan) sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufiq untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepada-Nya jualah aku kembali.” (Surah Hud: 88)

PAS berpegang kepada asas yang menjadi pegangannya iaitu prinsip dan konsep politik Islam yang berbeza dengan nasionalisme sekular yang bercanggah dengan Perlembagaan PAS. Dalam keadaan PAS tidak tergelincir ataupun meninggalkan konsep Islam Memimpin dan menyelesaikan masalah negara. Pada masa yang sama, tidak meninggalkan bangsa Melayu dan bukan Melayu Islam serta tidak meninggalkan bukan Islam dalam masyarakat majmuk.

PAS ingin bertanya, mengapa kalangan bukan Islam tidak boleh menerima Islam sebagai penyelesaian masalah dunia, padahal mereka berjuang untuk menegakkan ideologi kanan dan kiri, sehinggakan ideologi paling ekstrem yang diciptakan oleh kalangan bukan daripada kaum atau bangsa malah tidak seagama dengan mereka?

Mereka mendukung ideologi paling liberal kanannya yang paling ekstrem seperti mengharuskan perbuatan LGBT dan sebagainya yang sedang menunjukkan tanda-tanda merudum. Malah, ada juga yang berfahaman sosialis, sehingga ideologi komunis paling kirinya yang telah merudum dalam arena politik kini.

PAS mahukan kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT dan diredhai-Nya, walaupun pada hari ini manusia tidak meredhainya. Namun, PAS tetap yakin bahawa kebenaran akan tetap berjaya pada akhirnya, walaupun memakan masa yang lama dan beberapa generasi.

Firman Allah SWT:

﴿وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ لَيَسۡتَخۡلِفَنَّهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ كَمَا ٱسۡتَخۡلَفَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمۡ دِينَهُمُ ٱلَّذِي ٱرۡتَضَىٰ لَهُمۡ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّنۢ بَعۡدِ خَوۡفِهِمۡ أَمۡنٗاۚ يَعۡبُدُونَنِي لَا يُشۡرِكُونَ بِي شَيۡ‍ٔٗاۚ وَمَن كَفَرَ بَعۡدَ ذَٰلِكَ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ٥٥﴾

“Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh dalam kalangan kalian (wahai umat Muhammad), bahawa Dia akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka yang berkuasa; dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama Islam yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan Dia juga akan mengubah keadaan mereka dalam ketakutan (dengan ancaman musuh) kepada keamanan. Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur (tidak bersyukur) ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka).”(Surah al-Nur: 55)

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 28 Jumadal Ula 1443 / 2 Januari 2022 – HARAKAHDAILY 2/1/2022

Mangsa banjir di 4 negeri meningkat.

 

Beberapa rumah Kampung Sungai Manjang, Sandakan ditenggelami banjir. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah, Johor, Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang tadi, Negeri Sembilan semakin berkurangan manakala Terengganu kekal.

Kelantan yang dilanda banjir sejak 18 Disember lalu pula pulih sepenuhnya daripada bencana itu petang tadi.

Di SABAH, jumlah mangsa terjejas banjir di Pitas meningkat kepada kepada 1,249 orang daripada 432 keluarga petang ini berbanding 1,161 orang daripada 399 keluarga, tengah hari tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan satu PPS dibuka di Pitas menempatkan 36 orang daripada 10 keluarga manakala Kota Marudu kekal daerah teramai mangsa banjir dengan 1,019 orang daripada 376 keluarga ditempatkan di tujuh PPS.

Sebuah keluarga menggunakan bot melalui kawasan ladang untuk keluar apabila sebatang jalan yang sering digunakan penduduk terputus hubungan di Kampung Sungai Manjang, Sandakan, hari ini. - Foto BERNAMA

Sebanyak tiga PPS dibuka di Telupid yang menempatkan 43 orang daripada lapan keluarga manakala dua PPS di Paitan menempatkan 52 orang daripada 13 keluarga.

Satu PPS turut dibuka di Beluran yang menempatkan 38 orang daripada lapan keluarga dan satu PPS di Sandakan menempatkan 61 orang daripada 17 keluarga.

Sekretariat itu memaklumkan 21 kawasan di Pitas terputus hubungan dan tiga kawasan terjejas manakala Kota Marudu menjadi daerah paling banyak kawasan terjejas iaitu 30 kawasan, Telupid (16), Paitan (23) dan masing-masing satu kawasan di Sandakan serta Beluran.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang di Labis, Segamat hari ini. - Foto BERNAMA

Di JOHOR, mangsa banjir di Segamat, Tangkak dan Kota Tinggi meningkat kepada 2,022 orang setakat 4 petang berbanding 1,827 orang tengah hari tadi dengan 37 PPS dibuka di tiga daerah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan berkata Segamat terus mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dengan 1,950 orang daripada 491 keluarga di 31 kampung, tiga kawasan perumahan dan kawasan sekitar.

"Mangsa banjir di Tangkak adalah 40 orang daripada 10 keluarga di Kampung Sri Makmur manakala Kota Tinggi seramai 32 orang daripada 11 keluarga di Kampung Bukit Raja Darat, Pengerang dan Kampung Baru Mawai," katanya dalam kenyataan.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang Labis Segamat, Dewan Pekan Air Panas Segamat dan Labis dan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ai Chun Segamat pada awal pagi tadi. - Foto BERNAMA

Menerusi laman web publicinfobanjir, empat sungai kini melepasi paras bahaya setakat 4.15 petang iaitu Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur, Tangkak di paras 4.4 meter; Sungai Segamat di Bandar Segamat di paras 9.18m; Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat di paras 9.33m manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat di paras 6.06m.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,661 orang daripada 429 keluarga petang ini berbanding 1,225 orang daripada 313 keluarga pada 12 tengah hari tadi.

Jalan Datuk Low Kiok Boo yang menghubungkan Industri Angkasa Nuri dan Taman Merdeka terpaksa ditutup di kedua-dua arah akibat paras air yang bahaya untuk dilalui oleh kenderaan ketika tinjauan banjir di Taman Angkasa Nuri, Melaka, hari ini. - Foto BERNAMA

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan empat kawasan di Jasin.

"Seramai 720 orang daripada 195 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 868 orang daripada 217 keluarga di tujuh PPS di Melaka Tengah serta 73 orang daripada 17 keluarga di dua PPS di Jasin," katanya dalam kenyataan.

Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri melaporkan jumlah mangsa banjir petang ini ialah seramai 2,058 orang dengan 48 PPS beroperasi di lapan daerah.

Daripada jumlah itu, 995 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua di Raub, Lipis, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin manakala bakinya adalah mangsa banjir besar yang berlaku pada pertengahan Disember lepas di Temerloh dan Pekan.

Sukarelawan membantu membersihkan rumah Zuliah Simoh@Mokhtar dan suaminya, Roslan Maalik yang ditenggelami banjir di Kampung Karak Setia, Bentong. - NSTP/Mohd Rafi Mamat

Tujuh jalan ditutup iaitu di Jalan Sungai Lembing dan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur berhampiran Bukit Gambang Resort kedua-duanya di Kuantan, selain Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Kuala Lipis-Jerantut (Jerantut) dan Jalan Temerloh-Jerantut serta Jalan Paya Luas-Perlok di Temerloh.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir kekal 137 orang daripada 42 keluarga petang ini di dua PPS di Dungun.

Penduduk meredah air untuk pulang ke rumah selepas jalan terputus akibat banjir di Kampung Minda, Dungun, hari ini. - Foto BERNAMA

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Lt Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata PPS Dewan Orang Ramai Kampung Shukor menempatkan 68 orang daripada 20 keluarga manakala Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja menempatkan 69 orang daripada 22 keluarga.

"Walaupun banjir sudah surut, kesemua mangsa masih belum dibenarkan pulang ketika ini. Jika cuaca bertambah baik, kita jangka mereka boleh pulang ke rumah tengah hari esok," katanya.

Jalan Gemas-Kemayan berhampiran Balai Polis Rompin ditutup kepada semua jenis kenderaan berikutan ditenggelami air. - Foto JKR Jempol

Di NEGERI SEMBILAN, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir membabitkan 19 PPS di negeri ini menurun kepada 1,973 orang daripada 532 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 2,166 orang daripada 555 keluarga, 12 tengah hari tadi.

Sementara itu di KELANTAN, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata tiga PPS di Kuala Krai dan Jeli ditutup secara berperingkat hari ini berikutan cuaca bertambah baik.

"Alhamdulillah, dua PPS di Kuala Krai dan satu di Jeli telah ditutup sepenuhnya. Seramai 255 orang daripada 94 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing hari ini," katanya. – BERNAMA

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisansahseni Raja Semail (kanan) meninjau di Sungai Kelantan di Jeti Kok Majib, Tumpat mendapati air sungai Kelantan mulai surut menyebabkan banjir di beberapa kawasan kembali pulih hari ini. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

Sunday, January 02, 2022

Menggemparkan! Nikah sejenis berlaku di Indonesia...

 

USUT (SIASAT) LEGALISASI NIKAH SEJENIS

By M Rizal Fadillah

Di medsos beredar video pasangan sejenis pamer buku nikah yang menandai bahwa mereka melangsungkan perkawinan resmi di Indonesia. Lengkap dengan foto pasangan sesama jenis laki-laki.

Bila benar, tentu mengejutkan dan hal ini jelas merupakan perbuatan yang menantang hukum. Perlu untuk dilakukan pengusutan lebih lanjut.

Ada tiga hal penting mengapa hal ini mesti diusut dan pelaporan kepada pihak Kepolisian menjadi suatu keniscayaan

Pertama, UU No 1 tahun 1974 tentang Perkawinan memaknai perkawinan sejenis sebagai bukan “perkawinan”. Pasal 1 UU Perkawinan menegaskan bahwa “perkawinan adalah ikatan lahir bathin antara seorang pria dan seorang wanita sebagai suami istri dengan tujuan membentuk keluarga atau rumah tangga yang bahagia dan kekal berdasarkan Ketuhanan Yang Maha Esa”.

Ikatan selain antara pria dan wanita bukanlah “perkawinan” menurut undang-undang. Tidak dapat dicatat dan diterbitkan buku nikah.

Kedua, perlu selidiki kemungkinan bahwa dua buah buku nikah yang dipertontonkan oleh pasangan sejenis tersebut adalah palsu. Kepolisian patut menyelidiki dan menyidik kedua pria “suami istri” tersebut. Buka kemungkinan untuk menjerat KUA yang terlibat.

Ketiga, kedua pria “suami istri” dalam video tersebut bila mempertontonkan buku nikah palsu, maka keduanya dinilai telah melakukan kebohongan (hoaks) dan hal ini melanggar ketentuan sebagaimana diatur dalam UU No 11 tahun 2008 tahun tentang ITE dan juga Pasal 45A ayat (1) UU No 19 tahun 2016.

Rasanya semakin aneh saja perilaku warga negara di negara Pancasila ini. Bisa-bisanya perbuatan yang jelas-jelas dilarang agama secara demonstratif dipublikasikan dengan nyaman dan tanpa rasa salah. Dengan buku nikah segala.

Hal seperti ini tentu tidak boleh dibiarkan apalagi sampai dilegalisasi.

Hukum harus bertindak untuk mencegah pembentukan kultur menyimpang dari kaum pengundang adzab. Sanksi harus diberikan sebagai pelajaran dan efek jera baik bagi yang bersangkutan maupun pasangan lainnya.

LGBT adalah kejahatan. Tidak boleh ada kekosongan hukum untuk menjerat perilaku menyimpang yang merusak adab dan martabat kemanusiaan serta mengganggu ketentraman bersama.

Ketika asas Ketuhanan Yang Maha Esa dipinggirkan dan dikecilkan maka manusia cenderung semakin biadab. Berbuat semaunya dengan menyiasati etika ataupun aturan hukum.

Tantangan pasangan sejenis berbuku nikah harus dijawab tegas dengan mengusut dan mematikan langkah. Perbuatan keji dari manusia-manusia yang berperilaku hewani.

Bahkan mereka lebih rendah dari hewan karena hewan masih mampu berfikir sehat dengan mencari pasangan dari lawan jenis yang berbeda. Jantan dan betina ! [Jakartasatu]

Israel cuak. Bedil Gaza, balas serangan, kononnya roket Hamas..

 

Asap tebal dan gumpalan api kelihatan selepas serangan udara Israel terhadap Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza. - Foto AFP

Gambar fail menunjukkan kononnya roket dilancarkan ke arah Israel dari Kota Gaza, dikawal oleh kumpulan Hamas Palestin, pada 18 Mei 2021. - Foto AFP

GAZA: Israel menyasarkan kedudukan Hamas di selatan Gaza lewat malam tadi selepas tembakan roket dilancarkan dari kawasan Palestin, kata sumber keselamatan dan tentera.

Pasukan Pertahanan Israel, dalam mesej ringkas kepada media, berkata mereka 'sedang melakukan serangan' di Gaza iaitu wilayah Palestin yang dikawal oleh gerakan Islam Hamas.

Pesawat perang Israel menyasarkan tapak Briged al-Qassam, barat Khan Yunis di selatan Gaza, kata sumber Palestin kepada AFP, merujuk kepada sayap tentera Hamas.

Sumber itu turut melaporkan tembakan meriam ke atas pangkalan pemerhatian Hamas di utara Gaza.

Ia berlaku selepas dua roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza pagi semalam dan jatuh di Laut Mediterranean, di luar pantai Tel Aviv.

Pihak tentera dalam satu kenyataan berkata, tiada siren dibunyikan dan  sistem pemintasan roket 'Iron Dome' atau Kubah Besi Israel tidak digunakan.

Israel mengekalkan sekatan ke atas kawasan yang miskin itu sejak 2007 iaitu pada tahun Hamas mengambil alih kuasa.

Tahun lalu, Hamas melancarkan serangan roket bertalu-talu ke arah Israel ketika konflik 11 hari tercetus akibat ketegangan di Baitulmaqdis.

Gencatan senjata yang longgar berkuat kuasa pada akhir Mei dan sejak itu hanya lima roket atau peluru mortar dilepaskan dari Gaza ke arah wilayah Israel. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dilaporkan juga, tentera Israel cuak, dua roket meletup di pantai Tel Aviv. Pejuang Palestin berjaya melepaskan dua roket ke perairan Mediterranean sehingga menyebabkan berlaku letupan di pantai Tel Aviv.

Lapor Reuters, pihak polis memaklumkan tiada sebarang kematian atau kerosakan akibat serangan tersebut. Tiada mana-mana kumpulan dari Gaza mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan terbaharu itu.

Juga semalam, tentera Israel menembak mati seorang lelaki Palestin yang cuba menikam tentera dan orang awam di perhentian bas di Tebing Barat.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian penyerang yang bernama Amir Atef Rayyan. Tentera berkata, cubaan menikam itu berlaku berhampiran persimpangan Gitain Avisar di Tebing Barat. Warga Palestin itu, katanya, mendekati pos tentera dengan menaiki kereta dan keluar dari kenderaan itu dengan bersenjatakan pisau. 

Jahannam Israel!

Nabila jatuh 'terjelepok' nasib baik X berpakaian seksi lucah..

 

Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila jatuh ‘terjelepok’ tanpa disangka di hadapan penonton. - Foto IG Nabila Razali

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Jendela 2021 ditutup dengan insiden mencuit hati dan bercampur malu buat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali apabila jatuh 'terjelepok' di depan penonton, semalam.

Menjayakan persembahan pada ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, perasaan teruja selepas hampir dua tahun tidak muncul di hadapan peminat berikutan penularan COVID-19 bertukar menjadi 'tragedi' tanpa disangka-sangka.

Saat menuju ke platform pentas utama untuk menyampaikan lagu Pematah Hati, Nabila 'jatuh' 'terjelepok' di hadapan peminat.

Menerusi rakaman yang dimuat naik Nabila dalam laman Instagram (IG) yang tular, pelakon drama Pesan Pada Hati itu dilihat dengan segera mengawal perasaan malu dengan mengucapkan Selamat Tahun Baharu.

"Perkara nak berlaku, memang tak disangka-sangka. Apa yang tak seronok persembahan belum bermula, tetapi saya pula jatuh terduduk di hadapan penonton.

"Bagaimanapun, tidak mengapalah, asalkan persembahan dapat diteruskan. Saya bingkas bangun dan terus selamba menyanyi seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Sakit juga sebab ada sedikit bengkak pada anggota badan. Perasaan malu usah cakap, tetapi saya kena buat selamba, sampaikan tak tahu nak gelak atau menangis," katanya kepada BH Online.

Nabila menambah, kasut tumit tinggi yang dipakai sudah beberapa kali membuatkannya terjatuh.

"Memang kasut ini sudah beri bayangan jangan diguna lagi. Masuk 2022 kena tukar kasut dan buang jauh-jauh.

"Saya pun tak mahu insiden jatuh terduduk ini berulang lagi," katanya.

Penyanyi Peluang Kedua itu berkata, dia tak mengalami kecederaan teruk.

"Hanya terseliuh sedikit sahaja. Apapun saya bersyukur dapat menghabiskan persembahan. Saya menyanyikan lagu Vroom Vroom dan Peluang Kedua.

"Teruja sebenarnya dapat mengadakan persembahan di hadapan khalayak termasuk peminat.

"Syukur dapat menyambut tahun baharu walaupun diuji insiden memalukan," katanya yang baru sahaja muncul dengan single Putus, tahun lalu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali jatuh 'terjelepok' di pertunjukan depan penonton, semalam. Nasib baik tidak berpakaian seksi lucah, kalau tidak...

12 lagu ke pentas AJL36. Masih X patuh syariah, perlu belajar?

 

Aina, Haqiem dan Naim mara ke pentas AJL36 menerusi dua lagu nyanyian. - Foto Ihsan TV3

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Komposer generasi baharu terus mengungguli keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang diumumkan menerusi siaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Sebanyak 12 lagu bakal berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Penyanyi Aina Abdul yang pernah diangkat pemenang tempat kedua AJL35 menerusi lagu Semalam, tahun lalu, berjaya menempa dua tiket ke peringkat akhir menerusi lagu Sepi.

Lagu Sepi ciptaan Aina, manakala lirik menyaksikan kolaborasi Aina bersama Wan Zakaria. Manakala lagu duetnya bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta ciptaan Aina bersama Khai, manakala lirik gabungan Aina, Khai dan Wan Zakaria turut bolos ke AJL36.

Turut mengekori, Aina dengan dua pencalonan ialah penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel menerusi lagu Purnama. Lagu Purnama ciptaan dan lirik Naim bersama Amzar Razqa.

Manakala, lagu kolaborasi Naim bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli berjudul Lara turut berjaya melangkah ke AJL36. Lara ciptaan Hael dan MFMF, manakala lirik oleh Hael, Naim dan Haqiem.

Sementara itu, menepati ramalan, satu lagu lagi nyanyian Haqiem berjudul Mimpi turut memburu gelaran juara lagu. Mimpi ciptaan Haqiem, manakala lirik ditulis oleh Haqiem bersama Datuk A Aida.

Turut bersaing, lagu Boneka nyanyian Ernie Zakri ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat dan lagu Salahku nyanyian dan ciptaan sepenuhnya oleh komposer muda, Yonnyboii.

Lagu Angkara ciptaan Sharon Paul, manakala lirik oleh Fedtri Yahya dan Nana Alias yang didendangkan Siti Nordiana turut mara ke pentas akhir, selain lagu Cinta nyanyian Marsha Milan ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim, manakala lirik Hang Nadim.

Lagu Boneka nyanyian Ernie ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus turut mara ke pentas AJL36. - Foto Ihsan TV3

Tidak ketinggalan, lagu Pelukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishammuddin dinyanyikan oleh SOG dan Shila Amzah.

Keunikan lagu Intan Payung dendangan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkolaborasi dengan penyanyi rap, Bunga Isme ciptaan Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma.

Lagu Aewo menampilkan kolaborasi Shiha bersama Noki K-Clique ciptaan Ezra Kong dan lirik oleh Ezra dan Noki juga bakal berentap pada malam kemuncak AJL36 yang belum diumumkan tarikh penganjurannya.

Semua lagu dinilai oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Sementara itu, lagu Nafas Cinta dendangan Khai dan Aina dipilih sebagai Lagu Pilihan Noir yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 dan barangan eksklusif Noir.

Pemilihan dibuat menerusi undian penonton yang mengundi lagu kegemaran dalam kedua-dua episod SFMM36 dengan mengimbas Kod QR yang tertera ketika siaran berlangsung.

Dihoskan Alif Satar dan Sissy Imann, SFMM36 menyaksikan 30 lagu bertanding menerusi dua episod yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam adalah agama bagi Persekutuan, Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan. 

Hiburan di Malaysia masih tak patuh syariah? Kerajaan Pusat kena belajar dari Kerajaan Kelantan/Terengganu pimpinan PAS? 'Patuh syariah'kan hiburan di Malaysia menurut tuntutan majoriti hak pribumi Islam rakyat Malaysia...

Allahu 'akbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails