Monday, January 17, 2022

Burung yang paling laju terbang di dunia? ini..

 

Kecoh Burung Terbang Dalam Kabin Pesawat 8 Jam Sepanjang Penerbangan (video)

SEEKOR burung ‘merentasi’ Lautan Atlantik selepas secara tidak sengaja ‘menaiki’ sebuah pesawat. Seorang penumpang, Brooke Frazier yang menaiki penerbangan selama lapan jam dari Brussels, Belgium, menyaksikan burung kecil terbang di dalam kabin.

Dia merakam insiden pelik itu menggunakan telefonnya.

"Burung kecil naik di Belgium, turun di AS (Amerika Syarikat). 

“Ia akan menjadi sangat keliru,” katanya.

Dilaporkan, burung kecil itu dilihat terbang sehingga ke hujung kabin sebelum membuat pusingan pantas dan menuju ke belakang pesawat. Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi netizen.

“Harapnya ia (burung) dah sedia dengan visa.”

“Ia merupakan burung yang paling laju terbang di dunia, selama beberapa jam,” ujar seorang lagi secara berseloroh. – Daily Star

VIDEO DIBAWAH:-

Video Player
00:00
00:21

“Burung kecil naik di Belgium, turun di AS (Amerika Syarikat).

Perarakan wanita Afghan disembur lada, X cedera berat &kematian..

 

'Penunjuk perasaan wanita Afghanistan berarak menuntut keadilan di Kabul sebelum diserang menggunakan semburan lada pemedih mata oleh pejuang Taliban. - Foto AFP.' 

Hal ini termasuk dalam kempen memburuk-burukkan agama Islam yang suci.

Wanita Afghanistan disembur pemedih mata oleh Taliban

KABUL: Pejuang Taliban hari ini melepaskan semburan lada pemedih mata ke arah sekumpulan penunjuk perasaan wanita di ibu kota Afghanistan yang menuntut hak bekerja dan pendidikan.

Sejak menguasai negara itu pada Ogos lalu, pihak berkuasa Taliban mengenakan sekatan yang semakin meluas terhadap warga Afghanistan, terutama wanita.

Kira-kira 20 wanita berkumpul di hadapan Universiti Kabul melaungkan 'kesaksamaan dan keadilan' selain membawa sepanduk bertulis 'Hak wanita, hak asasi manusia', lapor media.

Bagaimanapun, protes itu kemudiannya dileraikan pejuang Taliban yang tiba di tempat kejadian menaiki beberapa kenderaan.

"Apabila kami berada berhampiran Universiti Kabul, tiga kenderaan Taliban datang dan anggota dari salah satu kenderaan itu sambil menyembur cecair lada pemedih mata ke atas kami.

"Mata kanan saya mula pedih. Saya memberitahu salah seorang daripada mereka bahawa 'kamu memalukan' dan kemudian dia mengacukan pistol ke arah saya," kata seorang penunjuk perasaan yang enggan dikenali atas faktor keselamatan.

Dua lagi penunjuk perasaan berkata, seorang daripada wanita itu terpaksa dibawa ke hospital selepas terkena semburan yang mengakibatkan kesan alahan pada mata dan mukanya.

Wartawan AFP turut melihat seorang pejuang Taliban merampas telefon bimbit seorang lelaki yang sedang merakam demonstrasi itu.

Taliban melarang bantahan tanpa kebenaran dan sering campur tangan secara paksa untuk menggagalkan himpunan bagi menuntut hak wanita.

Pihak berkuasa Taliban menyekat pekerja sektor awam wanita daripada kembali bertugas, banyak juga sekolah menengah masih belum dibuka semula untuk wanita, sementara universiti awam ditutup.

Perjalanan jarak jauh bagi wanita tanpa ditemani saudara lelaki terdekat adalah dilarang.

Taliban juga mengeluarkan garis panduan menghalang saluran televisyen daripada menyiarkan rancangan yang memaparkan pelakon wanita.

Sementara itu, ramai wanita hidup dalam ketakutan dengan rejim yang terkenal dengan pelanggaran hak asasi manusia ketika pertama kali berkuasa antara 1996-2001, sebelum digulingkan pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS). - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimPerarakan wanita Afghan disembur lada, tiada berlaku cedera berat atau kematian.. Ertinya tiada tindakan kezaliman dari pihak berkuasa Taliban, kecuali hanya peraturan-peraturan biasa. 

Memang kerja-kerja jahat AS bekas penjajah Afghanistan dan puak-puak anti Islam terus berusaha untuk memburuk-buruk dan menjatuhkan Islam.

Allahu akbar!

Sunday, January 16, 2022

'Saya gementar bila menteri minta baca surah'

 

Idris (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Mike sambil diperhatikan ibunya di Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto Facebook Darul Quran JAKIM

PUTRAJAYA: Diminta menteri untuk membaca surah dan beberapa ayat pilihan secara hafazan, menjadi kenangan bermakna bagi seorang pelajar kurang upaya cacat penglihatan.

Pelajar semester akhir Program Diploma Tahfiz al-Quran danal-Qiraat Darul Quran (DQ) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kuala Kubu Bharu, Tan Mike Foong, 25, mengakui gementar diminta berbuat demikian oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, hari ini.

"Menteri meminta saya membaca secara hafazan surah An-Naba dan beberapa ayat pilihan dalam pertemuan kami hari ini.

"Saya memang gugup dan gementar sebab ini kali pertama kami bertemu, tapi Alhamdulillah, saya dapat tunaikan apa yang diminta," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pertemuan secara santai di DQ itu Mike yang sudah menghafal 30 juzuk al-Quran, ditemani ibunya, Ang Bee Cheng, 50.

"Menteri cadangkan saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah di DQ dan mengingatkan saya supaya terus istiqamah membaca al-Quran.

"Beliau memberi sokongan dan kata-kata semangat, malah mahu saya meneruskan inisiatif mengadakan kelas qiraat dan membaca al-Quran secara dalam talian yang diadakan sekarang.

"Insya-Allah, itu juga yang akan saya lakukan dan terima kasih saya ucapkan atas sumbangan yang diberi," katanya.

Mike memeluk Islam pada 2015 dan mengikuti Program Sijil Asas Tahfiz di DQ bermula 2019.

Beliau menghafaz 10 juzuk al-Quran dalam tempoh setahun, selain menulis 30 juzuk al-Quran secara tulisan Braille sebagaimana ditetapkan dalam proforma Program Diploma DQ. (BH)


Sila lihat inspiasi bisnes sebelum ini..

RM2j Wakaf Air. Syukur Allah anugerah pemimpin kreatif &bertakwa mentadbir.

 

Tuan Ibrahim meninjau kemudahan telaga tiub yang dibina menerusi Projek Wakaf Air bagi kegunaan penduduk Felda Sungai Retang, Jerantut. - NSTP/ROSELAN AB MALEK

Tabung Wakaf Air peruntuk RM2j atasi isu sumber bekalan

JERANTUT: Sejumlah RM2 juta diperuntukkan dari dana Tabung Wakaf Air bagi menyelesaikan masalah sumber bekalan air di seluruh negara tahun ini, terutama di kawasan pedalaman.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata RM1 juta sudah dibelanjakan setakat ini bagi menyediakan 32 wakaf air di seluruh negara.

"Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) membelanjakan kira-kira RM2 juta daripada dana terkumpul RM3 juta hasil sumbangan orang ramai.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 20 telaga tiub sudah mula beroperasi manakala 12 lagi sudah diserahkan kepada jawatankuasa dan wakil penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, inisiatif Tabung Wakaf Air akan memanfaatkan ramai penerima dan di Jerantut sahaja, lima projek Wakaf Air sudah disiapkan iaitu di Kampung Batu Balak, Kampung Tanah Pindah, Kampung Belukar dan di Jalan Tamalian dan Jalan Jengkuar, Felda Sungai Retang.

"Projek dengan kos RM248,175 itu akan memanfaatkan 615 penduduk daripada 139 keluarga di kawasan terbabit.

"Melalui usaha ini, kawasan pedalaman yang di luar capaian rangkaian paip air terawat dan kerap menghadapi masalah bekalan dapat menikmati sumber air alternatif," katanya.

Tabung Wakaf Air yang dilancarkan pada 17 Disember 2020 adalah inisiatif KASA melalui kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Ia bertujuan menyediakan sumber pembiayaan alternatif projek perkhidmatan air secara mudah, cepat dan mampan melalui instrumen wakaf.

Sumbangan wakaf boleh disalurkan menerusi sistem Wakaf Tunai di pautan https://www.ywm.gov.my/wakaf-air.

Mohd Zakhwan (kanan) melihat kerja penyelenggaraan tangki simpanan air daripada telaga tiub di FELDA Sungai Retang, hari ini. - NSTP/ROSELAN AB MALEK. 

JERANTUT: Kira-kira 100 keluarga di FELDA Sungai Retang, di sini, lega dan bersyukur kerana masalah bekalan air yang dihadapi sejak 20 tahun lalu, diselesaikan melalui pelaksanaan projek telaga tiub oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin, berkata inisiatif projek menyalurkan bekalan air bersih yang menggunakan dana Wakaf Air itu meliputi pemasangan tangki simpanan air berkapasiti 11,355 liter.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, kira-kira 100 keluarga di FELDA Sungai Retang, di sini, lega dan bersyukur kerana masalah bekalan air yang dihadapi sejak 20 tahun lalu, diselesaikan melalui pelaksanaan projek telaga tiub oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). 

Juga syukur kerana Allah SWT anugerahkan barisan pemimpin kreatif dan bertakwa memimpin negara ini..

Kurangkan bil letrik 50%, begini, sila cuba..

 


Bagaimana Anda Mengurangkan Bil Elektrik Anda Secara Sah Sebanyak 50%?!

Satu kaedah baru ditemui mengenai bagaimana menjimatkan bil elektrik dengan lebih banyak secara sah sehingga 2 - 2.5 kali. Ia pasti akan membantu ramai orang untuk membayar dengan kurang dan lebih jimat.

Kami bertanya seorang juruelektrik dengan pengalaman 25 tahun dimiliki untuk menerangkan ini - Mike Tanner

Jumlah bil elektrik sentiasa meningkat dan semua orang tahu dengan baik bagaimana perkara ini diwujudkan serta bagaimana ia tidak berasas.

Tetapi anda perlu bersetuju bahawa setiap keluarga rata-rata menggunakan beberapa peralatan rumah atau alat elektrik ke tahap yang luar biasa.Bukan sahaja mereka sering menggunakan komputer dan mesin basuh, tetapi menjaga anak-anak memerlukan pencahayaan yang mencukupi dan beberapa yang lain penggunaan tenaga tambahan.

Saya sentiasa mencari teknik-teknik baru membantu menjimatkan perbelanjaan elektrik tetapi kebanyakan cara sering dianggap tidak sah.

Masalah utama bagi kami adalah hakikat bahawa rumah kami mempunyai dua penghawa dingin dan apabila kami menghidupkannya kami akan disambut dengan jumlah bil bulanan hampir sama dengan gaji saya! Tetapi ahli-ahli keluarga saya dan saya sendiri tidak dapat membayangkan hidup tanpa alat-alat ini! Ia satu penyeksaan untuk kita. Seperti tali yang ketat diikat yang tidak boleh dibuka. Kita tidak mungkin dapat hidup tanpa penyaman udara tetapi jika kita menghidupkannya maka ia akan bermakna kurang duit untuk berbelanja!

Untuk beberapa waktu sekarang, saya ada lembaran magnet dipasang pada meter elektrik di rumah saya. Cara ini akan menghalang fungsi sistem pemeteran elektrik atau mengalihkan sistem untuk menghasilkan keputusan yang bertentangan.

Masalah utama bagi kami adalah hakikat bahawa rumah kami mempunyai dua penghawa dingin dan apabila kami menghidupkannya kami akan disambut dengan jumlah bil bulanan hampir sama dengan gaji saya! Tetapi ahli-ahli keluarga saya dan saya sendiri tidak dapat membayangkan hidup tanpa alat-alat ini! Ia satu penyeksaan untuk kita. Seperti tali yang ketat diikat yang tidak boleh dibuka. Kita tidak mungkin dapat hidup tanpa penyaman udara tetapi jika kita menghidupkannya maka ia akan bermakna kurang duit untuk berbelanja!

Ada satu masa ini apabila saya melakukan kerja pemasangan dan penyambungan pada meter elektrik di dalam rumah jiran saya. Keesokan harinya apabila saya pergi semula ke rumahnya saya nampak dia kelihatan seperti dia sibuk membaiki sesuatu. Saya masih berasa kasihan untuknya untuk membuang wang simpanannya ke atas perbelanjaan ini, tetapi adakah anda tahu apa sebenarnya yang berlaku? Rupa-rupanya dalam tempoh dua hari ini, meter menunjukkan penggunaan hanya 700 watt!

Saya mula bertanyakan dia soalan dan mendapati bahawa dia menggunakan peranti khas yang dipanggil Stability 24.

Peranti ini menurut sifar fizik asas, mengurangkan penggunaan cahaya.

Saya malu saya tak pernah mendengar mengenai ini sebelum ini.

Saya mula mencari maklumat mengenainya dalam proses kerja terperinci dan menjumpai artikel oleh seorang juruteknik terkenal. Namun begitu, saya masih tak dapat membuang keraguan saya.

Peranti ini kecil dan perlu dipasang ke dalam soket yang terdekat di mana meter elektrik terletak dan dengan segera peranti mula berfungsi tanpa sebarang bunyi. Anda tidak boleh membeli peranti ini dari mana-mana kedai biasa kerana kerajaan tidak akan mendapat keuntungan dari kaedah penjimatan elektrik ini! Bagaimanapun teknik ini adalah benar-benar sah terutamanya apabila kita membayar cukai yang tinggi dan kita berhak untuk menjimatkan sesuatu menggunakan benda kecil ini.

Saya telah mencari laman webnya dalam masa yang lama dan akhirnya saya menjumpainya. Anda boleh memesan Stability 24 di sini dan ia adalah 100% selamat - pembayaran setelah menerima barangan.

Saya telah memesan 3 biji sekali gus, jadi saya boleh hadiah kepada ibu bapa dan abang saya.

Saya bukan seorang yang boros dan saya fikir ia adalah cara yang lebih baik untuk menjimatkan satu perkara dan dapat membelanjakan wang yang anda simpan untuk tercinta dan anak-anak. Berharap anda akan menyukainya juga.

Selamat mencuba kepada semua orang dan saya berharap anda semua dapat menjimatkan sehingga 2 kali perbelanjaan elektrik anda dengan cara yang sama saya lakukan!

(BlogHot)

Bayar parking kat kelatan dah advance! & 'Ayah Chik tunaikan...

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Semalam berada kat kelantan. Bayar parking kat kelatan dah advance. Boleh bayar kat mana mana mesin yg ada kat tepi jalan. Tak perlu pamer tiket. Penguasa hanya cek dlm komputer. Sedangkan di negeri negeri lain masih gores pamer tiket parking. Ustaz pun ambil berat ttg effiency.

Presiden liberal masih kat takok lama. Tapi presiden liberal dan anak buah sangat efficient dlm bab fitnah terhadap Islam dan terhadap para lebai. 


Mereka sangat kurang ajar dgn Islam dan ahli agama. Tapi mereka sangat berjinak jinak dgn parti legasi komunis. Abu jahal tidak susah hati kerana ada ahli liberal yg ikut jejak langkahnya.

Siti Zailah santuni mangsa kebakaran di Tawau

 

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, kelmarin menziarahi mangsa kebakaran yang berlaku di Lorong Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama.

Mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Balairaya Masjid Habib Abdul Rahman.

“Mendapat perkhabaran tentang tragedi kebakaran yang berlaku di Lorong Sungai Buaya, Jalan Tawau Lama, Sabah yang berlaku pada Ahad lepas (9 Januari 2022) melibatkan 312 mangsa dan 40 buah rumah musnah, saya berkesempatan menziarahi mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi duka ini di PPS Balairaya Masjid Habib Abdul Rahman pada petang ini,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau, malam semalam.

Beliau difahamkan seramai 18 ketua isi rumah (KIR) melibatkan 69 mangsa berada di PPS tersebut.

Turut hadir bersama beliau menyantuni dan mendengar luahan rasa hati mereka ialah ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Pang Pick Lim@Joseph, Pemangku Ketua Pengarah JKM Malaysia, JKM Sabah serta pasukan Khidmat Malaysia

Menurutnya, beliau mengambil maklum beberapa perkara yang telah diutarakan oleh rakyat dan pimpinan setempat.

Tambahnya, pihak kementerian akan meneliti perkara yang dibangkitkan untuk tindakan lanjut.

“Alhamdulillah, beberapa sumbangan berbentuk bakul makanan daripada NADMA, wang tunai Tabung Bencana Segera JKM serta naskah Al-Quran sumbangan Nasyrul Quran dapat saya sampaikan kepada mereka.

“Moga dengan sumbangan yang diberikan mampu mengubat sedikit kedukaan yang mereka hadapi,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mendoakan semoga mereka yang terlibat dalam musibah itu dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki seluasnya dan digantikan dengan rezeki yang lebih baik. – HARAKAHDAILY 15/1/2022

Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails