Monday, February 07, 2022

Sakinah 'murtad'? Bolehkah gambar bawah ini buktikan X murtad?

 

Sakinah menjelaskan keengganannya berkongsi status agama suami, Michael Hansen disebabkan mahu menghormati perasaan keluarga mentua. - Foto IG Sharifah Sakinah

Sakinah memuat naik foto kad perakuan memeluk agama Islam milik Michael atau nama Islamnya, Mikael Hansen yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. - Foto IG Sharifah Sakinah

HALAMAN HIBURAN

Sakinah berang dituduh 'murtad'

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah berang dituduh 'murtad' hanya kerana tidak menunjukkan bukti suaminya, Michael Hansen sudah memeluk agama Islam ketika mendirikan rumah tangga dengannya.

Menjawab dakwaan dihantar seorang individu dalam Instagram (IG), Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khairedi, 33, menjelaskan, keengganannya berkongsi status agama suami disebabkan mahu menghormati perasaan keluarga mentua.

"Kami tak muat naik bukti sebab tidak mahu mengharu-birukan keluarga mentua. Bayangkan, cuba anak awak tiba-tiba menukar agama, mau mak awak melentingkan?

"Nak sangat bukti, sila selak halaman sebelah. Terima kasih sudah mengharu-birukan keadaan.

"Saya sudah menjelaskan sebelum ini, jadi, tak perlulah nak mempersoalkan lagi. Tak perlu nak buruk sangka.

"Habis semua nak kena tunjuk bukti. Kami tak tunjuk sebab nak jaga hati keluarga di sebelah sana," tulisnya.

Menerusi hantaran dimuat naik, semalam, pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut berkongsi tangkap layar mesej berbaur sentimen agama oleh seorang netizen yang tidak dikenali.

Menerusi hantaran itu, Sakinah turut menyertakan foto kad perakuan memeluk agama Islam milik Michael atau nama Islamnya, Mikael Hansen, 43 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Jumaat lalu, adik kepada pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahirah ini mengesahkan mereka sudah berkahwin.

Berkongsi perkara itu dalam IG, Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai perkahwinannya dengan lelaki berstatus duda itu. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bolehkah gambar photo dan kad perakuan memeluk agama Islam seperti di atas dapat membuktikan Sakinah tidak murtad?

Jom Jengok Nusantara: Presiden Jokowi Akan Berkemah di Lokasi Ini..

 

Sejumlah pekerja menyelesaikan tanah tempat Presiden Joko Widodo akan berkampung di titik sifar Wilayah Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kecamatan Sepaku, Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Ahad (6/2/2022)
Presiden Joko Widodo dirancang berkampung di titik sifar, kawasan IKN Nusantara serta bertemu pemimpin tradisional dan menyaksikan persembahan seni budaya pelbagai etnik di Provinsi Kalimantan Timur.

Jom Jengok Nusantara:
Presiden Jokowi Akan Berkemah di Lokasi Ini. Temui tokoh adat bahas IKN Nusantara.

KL.M'sia: Sejumlah pekerja menyelesaikan tanah tempat Presiden Joko Widodo akan berkampung di titik sifar Wilayah Ibu Kota Negara (IKN) Nusantara di Kecamatan Sepaku, Kabupaten Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur, Indonesia. Ahad (6/2/2022).

Presiden Indonesia, Joko Widodo dirancang berkampung di titik sifar, kawasan IKN Nusantara serta bertemu pemimpin tradisional dan menyaksikan persembahan seni budaya pelbagai etnik di Provinsi Kalimantan Timur. (IH)
Presiden Jokowi berkain sarung ke Acara Perasmian PBNU di Balikpapan, Nusantara.

Sunday, February 06, 2022

Syaitan AS, masih kekal halang masuk orang Islam..

 

Larangan perjalanan Presiden Donald Trump yang menyasarkan orang dari negara majoriti Islam mendapat bantahan. - Foto REUTERS

AS masih kekalkan dasar menghalang kemasukan orang Islam

WASHINGTON: Penduduk Islam di Amerika Syarikat (AS), peguam bela hak asasi manusia dan pakar imigresen kecewa apabila dasar menghalang kemasukan orang Islam dari beberapa negara masih meninggalkan kesan berlarutan sehingga hari ini.

Al Jazeera melaporkan, di sebalik keputusan Presiden AS, Joe Biden untuk membatalkan larangan terbabit pada hari pertama beliau memegang jawatan tahun lalu, dasar itu dilihat masih menghalang rakyat AS yang terpisah jauh dengan ahli keluarga mereka.

Mac lalu, Jabatan Negara AS berkata, pemohon yang dinafikan kemasukan semasa bagi tahun fiskal 2017 hingga 2020 akibat larangan itu, perlu memohon semula ke program terbabit walaupun peluang untuk dipilih semula adalah sangat tipis.

Ahmad, 33, yang berasal dari Syria pernah menerima visa ke AS pada Mei 2018, selepas percubaan kali ketiga memohon Program Visa Kepelbagaian.

Dia bagaikan tidak percaya dengan peluang sekali dalam seumur hidup itu.

Lelaki itu meninggalkan negara yang dilanda perang pada Julai 2019 ke Jordan bagi melakukan ujian perubatan dan temuduga di kedutaan AS sebagai sebahagian daripada syarat permohonan.

Bagaimanapun, sehingga sekarang dia belum menerima sebarang khabar berita mengenai permohonan terbabit.

"Kami dilayan secara tidak adil. Saya sama seperti orang lain kerana mempunyai hak untuk mengembara dan mendapatkan masa depan yang lebih baik.

"Saya berasa terlalu marah kerana bayaran permohonan visa termasuk kos perjalanan dan belanja perubatan sama dengan gaji setahun," katanya.

Lima tahun lalu, Bekas Presiden AS, Donald Trump memperkenalkan dasar menghalang kemasukan ribuan penduduk dari beberapa negara majoriti Islam.

Arahan itu menyebabkan ratusan pelancong kecewa apabila visa mereka dibatalkan, ditahan dan dihantar pulang. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada pihak yang menggelar AS sebagai 'kepala bapak syaitan dunia' yang direjam.

Negara akan terlihat bodoh... Ini!

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

1 comment:

Anonymous said...

Negara akan terlihat bodoh, tidak jujur , tidak boleh di percayai selagi kerajaan tidak membuka kes RM700 juta Zeti dan keluarga pencuri ini.

Semakin hari semakin terlondeh drama bersiri ciptaan kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir. PH dan Mahathir terpaksa menjadi hipokrit atas sebab penipuan sendiri.

Dari menjadi pelaung pembenci kecurian duit 1MDB , kini PH dan Mahathir menjadi pengecut bila terdedngar sebutan “1MDB”.

Tommy Thomas sepatutnya sudah melihat kertas siasatan awal SPRM dan tahu mengenai jenayah yang dikatakan dilakukan oleh bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop. Laporan Kes AmBank, Kenapa Tommy tidak ambil tindakan pada Zeti dan Nor Mohamed”

Bila PH sebut “1MDB” maka kisah tidak lengkap jika tidak sebut membabitkan Zeti dan keluarga dengan curian RM700 jutanya.

Begitu juga pembabitan watak watak kehilangan wang FOREX 30 Bilion Nor Yakob. Malah ternampak lebih jelek lagi bila Jho Low yang di sebut beratus ribu kali semasa perbicaraan berlansung tapi dia tidak muncul satu kesan satu tapak kaki Jho Low pun tak dijumpai.!!

Di mata kaum Cina Jho Low dianggap wira dan pejuang sebab Jho Low seorang semua pemimpin Melayu dibodoh bangangkan sambil berantakan sesama sendiri.

Kaum Cina Jho Low di Malaysia dan Singapura tepok tangan melihat betapa bodohnya pemimpin Melayu dipermainkan sambil diadu domba sambil buat fitnah jijik oleh barua DAP@LeeKwanYew ini.

Jika wang 1MDB masuk akaun Bossku atas nasihat Zety satu kesalahan walaupun yang bertanggungjawap lesap tak dijumpai dan ada yang lari bersembunyi. Kenapa pula RM700 juta wang 1MDB masuk akaun keluarga Zeti menjadi tidak salah dan tidak didakwa pula?

Negara akan terlihat lebih teruk lagi dengan cubaan PH mahu sensasikan kes KP SPRM tetapi tidak sentuh kes “Elephant in the room” yakni kes Zeti Akhtar Aziz.

Bukan sahaja semua pelabur lari ke negara jiran, bahkan gelaran “failed state” menjadi beban kepada rakyat untuk menanggungnya hasil sisa sisa PH menjadi kerajaan.

Dimana lojik akal? Atau lojik undang undang negara? Mahathir akan cuba sedaya upaya lari dari memberi komen atas sebab terperangkap dengan perbuatan dan kenyataan sendiri sebelum ini.

Perkara ini yang akibatkan Mahathir dan Lim Kit Siang serta PH pening kepala untuk menjawap. Jalan mudah buat diam bodoh dan sembunyi kan diri di IJN..

PRN Johor masa terbaik melingkupkan barua Melayu DAP@LeeKwanYew. Pulau Batu Putih milik bangsa Johor semudah petik jari sambil garu garu telo labuhnya di serahkan pada anak Cina Lee Kwan Yew.

Bolehkah bangsa Johor setuju pulau milik mereka diberi semudah itu pada Singapura.!?

PRN Johor nasib barua ini dalam PejWang dan Boboi akan rakyat saksikan nanti.. Lingkup boboi melingkup barua ini..

K'sama M'sia/Indo: Pakaian dalam Caely & MoU amah. Tangguh.. rogol DAP?

 

1. Pembuat pakaian dalam Caely laksana kerjasama di Indonesia

GEORGE TOWN: Caely Holdings Bhd yang tersenarai di Pasaran Utama, Bursa Malaysia berharap dapat merealisasikan usaha sama (JV) di Indonesia tahun ini untuk meningkatkan kapasiti pengeluarannya bagi menampung permintaan global yang semakin meningkat bagi pakaian dalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Gok Ching Hee berkata syarikat sedang memuktamadkan terma dan syarat perjanjian dengan bakal rakan kongsi JV tersebut, yang kemudian akan melabur untuk kilang di republik itu.

"Rakan kongsi JV kami akan melabur untuk kilang itu, yang mungkin siap pada Mei atau Jun tahun ini. Kami menyasar untuk menandatangani perjanjian JV pada akhir Mac," katanya.

Beliau berkata destinasi eksport utama Caely untuk produk pakaian dalam di bawah pengeluar barangan tulen (OEM) ketika ini ialah Jerman, Amerika Syarikat dan Kanada, namun, baru-baru ini pihaknya mula mendapat lebih banyak pertanyaan daripada syarikat di Turki, Perancis dan Australia.

Pertanyaan syarikat berkenaan sudah menggandakan kapasiti pengeluaran sedia ada Caely, yang mendorong keputusan syarikat untuk berkembang lagi, dengan kilang di Indonesia disasarkan untuk meningkatkan kapasiti sebanyak tiga kali ganda berbanding dengan kilang di Teluk Intan, Perak, katanya.

"Kami percaya jumlah pesanan yang besar yang kami terima baru-baru ini adalah disebabkan syarikat-syarikat berkenaan beralih daripada mendapatkan produk mereka dari China dan kami mendapat manfaat daripada perang perdagangan di arena antarabangsa," katanya

Beliau berkata berdasarkan momentum tempahan yang semakin meningkat, pihaknya yakin akan dapat menggunakan kapasiti kilang di Indonesia.

Caely, ditubuhkan pada 1986 untuk membuat pakaian dalam wanita, memperuntukkan RM5 juta sebagai modal kerja pada Oktober 2021 untuk mempelbagaikan produk termasuk pengeluaran pelitup muka fabrik.

Beliau berkata syarikat juga akan menggunakan sebahagian daripada pelaburan tersebut untuk membuat pakaian sukan, pakaian tidur dan pakaian kanak-kanak tidak lama lagi.

"Kami telah menandatangani perjanjian pelesenan dengan Disney dan ini telah membuka banyak peluang kepada kami memandangkan kami boleh membuat pakaian jenama Disney," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah merancang untuk akhirnya memindahkan pembuatan pakaian dalam ke Indonesia manakala kilang di Malaysia akan menumpukan pada pengeluaran pelitup muka dan pakaian lain. – Bernama

2. Pemeteraian MoU amah Indonesiaditangguh.

KUALA LUMPUR: Rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah warga Indonesia ke Malaysia yang dimulakan sejak 2017, masih gagal diselesaikan dalam tempoh terdekat dengan perjanjian persefahaman (MoU) yang dijadual dimeterai kedua-dua negara pada Selasa depan, dijangka turut ditangguhkan.

BH difahamkan, masih ada beberapa isu masih berbangkit dan jika pemeteraian MoU tidak dapat disempurnakan pada 8 Februari ini, ia adalah penangguhan kali kedua selepas asalnya dijadualkan ditandatangani pada bulan lalu.

Sebelum ini, beberapa siri perbincangan diadakan di antara Malaysia dan Indonesia sejak November 2017 dan November 2018, namun gagal memuktamadkan MoU baharu. Kerajaan kemudian menjangkakan perjanjian berkaitan mungkin dapat dimeterai pada awal tahun ini.

Isu keperluan pembantu rumah dari Indonesia pernah dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat, Disember lalu berikutan agensi pekerja asing di negara ini tidak mempunyai sumber bekalan pembantu rumah asing sejak 2016.

Diminta mengulas perkembangan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan memberitahu BH, ada beberapa isu berbangkit yang menyebabkan kelewatan memuktamadkan rundingan pengambilan dan kemasukan pembantu rumah Indonesia, namun di pihak Malaysia, sudah diselesaikan perkara yang dibangkitkan.

"Kita (Malaysia) sudah selesaikan isu membawa masuk tenaga asing dari Bangladesh, namun untuk isu pembantu rumah Indonesia, terdapat sedikit kekangan di Jakarta. MoU yang sepatutnya berlangsung 8 Februari ini berkemungkinan juga terlewat disebabkan isu berbangkit.

"Ada beberapa perkara yang sudah dipersetujui, termasuk MoU pada 8 Februari ini, tetapi ia 'pending'," katanya namun enggan memperincikan apa isu yang berbangkit sehingga menyebabkan urusan berkenaan terus tertangguh.

Katanya, kementeriannya sudah menyelesaikan segala urusan di pihak Malaysia mengikut kementerian yang terbabit, malah urusan berkaitan MoU di antara Kuala Lumpur dan Jakarta juga sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Isu pengambilan pekerja asing dari negara lain juga akan diselesaikan selepas isu pengambilan pembantu rumah Indonesia ini diselesaikan," katanya.

MOU penggajian pembantu rumah Indonesia ditandatangani buat pertama kali pada 13 Mei 2006 di Bali, sebelum Protokol Meminda MoU PDI ditandatangani pada 31 Mei 2011 di Bandung yang tamat pada 30 Mei 2016.

BH sebelum ini melaporkan, Malaysia dan Indonesia dijangka memeterai MoU kemasukan pembantu rumah dari republik itu awal bulan ini di lokasi yang akan ditetapkan Jakarta selepas beberapa isu berbangkit diselesaikan, antaranya status pelancong dari negara jiran itu ketika ini yang boleh diubah sebagai pembantu rumah.

Pemerintah Indonesia menganggap tindakan Malaysia membenarkan pelancong negaranya yang kemudian boleh bertukar status menjadi pembantu rumah sebagai satu bentuk buruh paksa.

Agensi pekerja asing mendakwa kos membawa masuk pembantu rumah warga asing yang sebelum ini antara RM16,000 hingga RM20,000 sebelum pandemik COVID-19 melanda, kini mencecah RM25,000 berikutan kos kuarantin dan ujian saringan yang diwajibkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerjasama Malaysia/Indonesia berjalan lancar terutama mengenai 'pakaian dalam Caely'. Mengenai 'MoU amah' ada sedkit tanguh. Tetapi tidak disebutkan kerana kes rogol bekas ADUN DAP.

Perhatian:

Blog ini membuka ruang untuk berbincang mengenai kerjasama peluang berniaga "Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo."

Mengenai ternak dan eksport belut, pihak kami sedang mengumpukan maklumat penternakan (budi daya) samada untuk eksport ke China, Jepun, Malaysia atau lain-lain negara.

Melalui telefon sila hubungi 
Ibnu Hasyim (Malaysia 011 33111321).
Sekian.

Lihat sebelum ini.. 
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

Kisah kanak-kanak 5 tahun, 5 hari jatuh dalam terowong..,

 

Pasukan penyelamat membawa masuk Rayan ke dalam ambulans selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter. FOTO AFP
Viral di media sosial mengenai nasib malang seorang kanak-kanak berusia lima tahun di Maghribi, Rabat yang dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen.

Rayan ditemui tidak bernyawa   

IGHRANE: Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.

Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.

Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi," menurut kenyataan terbabit.

Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.

Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.

Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.

Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.

Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. - AFP

Perhatian:

Blog ini membuka ruang untuk berbincang mengenai kerjasama peluang berniaga "Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo."

Mengenai ternak dan eksport belut, pihak kami sedang mengumpukan maklumat penternakan (budi daya) samada untuk eksport ke China, Jepun, Malaysia atau lain-lain negara.

Melalui telefon sila hubungi 
Ibnu Hasyim (Malaysia 011 33111321).
Sekian.

Lihat sebelum ini.. 
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

Perkasa Pendidikan Islam bentuk modal insan

 

LAHAD DATU: Pendidikan Islam mesti diperkasakan untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat Muslim terutamanya, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad.

Perkara tersebut dinyatakan beliau semasa pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini yang dimaklumkannya semula dalam Liqa’ Fikri PAS Sabah di Lahad Datu, di sini kelmarin.

“Kita mencadangkan ditubuhkan pondok turath yang bersistematik dengan meletakkan nilai tambah iaitu ilmu pengurusan dan ilmu perdagangan.

“Ini bagi memastikan individu yang akan menggantikan orang agama itu seorang yang faham ilmu pengurusan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, anak-anak Sabah yang berpotensi untuk dijadikan ulamak tersohor perlu diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan diberi pembiayaan biasiswa.

“Kementerian bersedia untuk bantu dalam menjayakan matlamat ini.
Hanya dengan pendidikan saja dapat meneruskan legasi terbaik dan akan mampu merubah kedudukan ekonomi sosial masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pada pertemuan dengan Hajiji itu, beliau telah menyerahkan replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah berjumlah RM58.54 juta bagi hal ehwal Islam di negeri ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Blog ini membuka ruang untuk berbincang mengenai kerjasama peluang berniaga "Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo."

Mengenai ternak dan eksport belut, pihak kami sedang mengumpukan maklumat penternakan (budi daya) samada untuk eksport ke China, Jepun, Malaysia atau lain-lain negara.

Melalui telefon sila hubungi 
Ibnu Hasyim (Malaysia 011 33111321).
Sekian.

Lihat sebelum ini.. 
Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails