Monday, March 14, 2022

Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.

 

Pola undi PRN Johor: Melayu tolak PH

SATU pola pengundian yang agak mengejutkan berlaku dalam PRN Johor, iaitu terlihat jelas bahawa PH dalam keadaannya sekarang gagal menarik minat pengundi Melayu.

PRN Johor ini menyaksikan buat kali pertama kita dapat menyaksikan deretan calon PKR dan PAN hilang deposit di kerusi majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.

Tujuh calon PKR yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Azmi Masrani yang hanya mampu memperolehi 1,537 undi di kerusi N.18 Sri Medan yang mempunyai 29,248 (89.45 peratus) pengundi Melayu.

2. Haryati Abu Nasir yang hanya mampu memperolehi 1,331 undi di kerusi N.20 Semarang yang mempunyai 23,724 (85.54 peratus) pengundi Melayu.

3. Zulinah Johari yang hanya mampu memperolehi 1,529 undi di kerusi N.33 Tenggaroh yang mempunyai 31,680 (82.48 peratus) pengundi Melayu.

4. Mohd Fakharuddin Moslim yang hanya mampu memperolehi 1,976 undi di kerusi N.35 Pasir Raja yang mempunyai 19,093 (68.08 peratus) pengundi Melayu.

5. Omar Mokhtar A Manap yang hanya mampu memperolehi 1,527 undi di kerusi N.37 Johor Lama yang mempunyai 26,840 (82.19 peratus) pengundi Melayu.

6. Rosman Tahir yang hanya mampu memperolehi 800 undi di kerusi N.39 Tanjung Surat yang mempunyai 20,106 (80.00 peratus) pengundi Melayu.

7. Haniff @ Ghazali Hosman yang hanya mampu memperolehi 1,200 undi di kerusi N.53 Benut yang mempunyai 22,636 (80.37 peratus) pengundi Melayu.

Empat calon PAN yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Mohammad Fakrulradzi Mahmud yang hanya mampu memperolehi 1,154 undi di kerusi N.32 Endau yang mempunyai 22,146 (79.31 peratus) pengundi Melayu.

2. Ahmad Daniel Shahrudin yang hanya mampu memperolehi 2,314 undi di kerusi N.34 Panti yang mempunyai 29,407 (76.56 peratus) pengundi Melayu.

3. Mat Khairi Samsudin yang hanya mampu memperolehi 333 undi di kerusi N.36 Sedili yang mempunyai 27,509 (95.99 peratus) pengundi Melayu.

4. Norazila Sanip yang hanya mampu memperolehi 693 undi di kerusi N.38 Penawar yang mempunyai 29,179 (97.48 peratus) pengundi Melayu.

Deretan calon PKR dan PAN hilang deposit di kerusi majoriti Melayu ini menunjukkan bahawa puncanya bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.

Pada masa yang sama, PN, walaupun menunjukkan prestasi yang agak memberangsangkan di kerusi majoriti Melayu, kelihatan masih sukar diterima oleh pengundi bukan-Melayu.

Fakta ini dapat dilihat bila sebilangan calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan-Melayu atau di kerusi campuran, iaitu membabitkan 2 calon BERSATU, 1 calon GERAKAN dan 1 calon PAS.

Dua calon BERSATU yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Alagathiran Krishnan yang hanya mampu memperolehi 1,278 undi di kerusi N.27 Layang-Layang yang mempunyai 13,724 (54.58 peratus) pengundi Melayu.

2. Wong Chan Giap yang hanya mampu memperolehi 4,116 undi di kerusi N.28 Mengkibol yang mempunyai 18,574 (27.99 peratus) pengundi Melayu.  

Satu calon GERAKAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Susan Yong Fui Ling yang hanya mampu memperolehi 1,681 undi di kerusi N.19 Yong Peng yang mempunyai 11,283 (34.14 peratus) pengundi Melayu.

Satu calon PAS yang hilang deposit dalam PRN Johor pula adalah:

1. Selvendran Velu yang hanya mampu memperolehi 1,512 undi di kerusi N.30 Paloh yang mempunyai 11,801 (45.69 peratus) pengundi Melayu.

Data ini juga menunjukkan bahawa punca calon PN hilang deposit di kerusi majoriti bukan-Melayu atau di kerusi campuran bukanlah daripada calon-calon itu sendiri tetapi pastilah daripada parti.

Pucuk pimpinan PH dan PN wajar memandang serius permasalahan yang menimpa mereka ini kerana jika ianya tidak diselesaikan dengan segera nescaya perkara sama boleh berulang dalam PRU15.

Begitupun, masalah yang jauh lebih memeningkan pastilah perlu difikirkan oleh PEJUANG, WARISAN dan PBM yang semua 42, 6 dan 4 calon mereka hilang wang deposit.

42 calon PEJUANG yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Mohd Hanafi Ahmad yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N.01 Buloh Kasap.

2. Dr Azita Amrin yang hanya mampu memperolehi 247 undi di kerusi N.03 Pemanis.

3. Norizan Sahardin yang hanya mampu memperolehi 214 undi di kerusi N.04 Kemelah.

4. Mohd Fauzi Bachok yang hanya mampu memperolehi 224 undi di kerusi N.05 Tenang.

5. Md Taib Md Suhut yang hanya mampu memperolehi 191 undi di kerusi N.07 Bukit Kepong.

6. Mohd Akhiri Mahmood yang hanya mampu memperolehi 196 undi di kerusi N.08 Bukit Pasir.

7. Suraya Sulaiman yang hanya mampu memperolehi 220 undi di kerusi N.09 Gambir.

8. Muhammad Airel Zabridin yang hanya mampu memperolehi 789 undi di kerusi N.10 Tangkak.

9. Abdul Azim Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 332 undi di kerusi N.11 Serom.

10. Mahaizal Mahmor yang hanya mampu memperolehi 208 undi di kerusi N.13 Simpang Jeram.

11. Datuk Ibrahim Shafe’e yang hanya mampu memperolehi 86 undi di kerusi N.14 Bukit Naning.

12. Riad Ahmad yang hanya mampu memperolehi 292 undi di kerusi N.15 Maharani.

13. Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N.16 Sungai Balang.

14. Mahdzir Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 361 undi di kerusi N.17 Semerah.

15. Mohd Firdaus Abdul Malek yang hanya mampu memperolehi 159 undi di kerusi N.18 Sri Medan.

16. Adzlan Raju yang hanya mampu memperolehi 230 undi di kerusi N.20 Semarang.

17. Mohd Ridhauddin Mohd Tahir yang hanya mampu memperolehi 239 undi di kerusi N.21 Parit Yaani.

18. Abdul Lateef Mahrani yang hanya mampu memperolehi 510 undi di kerusi N.22 Parit Raja.

19. Zalihah Jaafar yang hanya mampu memperolehi 168 undi di kerusi N.24 Senggarang.

20. Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir yang hanya mampu memperolehi 206 undi di kerusi N.25 Rengit.

21. Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang hanya mampu memperolehi 465 undi di kerusi N.26 Machap.

22. Ahmad Shafiq Othaman yang hanya mampu memperolehi 164 undi di kerusi N.27 Layang-Layang.

23. Aminuddin Johari yang hanya mampu memperolehi 181 undi di kerusi N.30 Paloh.

24. Rosdi Amir yang hanya mampu memperolehi 273 undi di kerusi N.31 Kahang.

25. Mohd Noorhisyam Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 145 undi di kerusi N.32 Endau.

26. Mohd Firdaus Abd Rahman yang hanya mampu memperolehi 213 undi di kerusi N.33 Tenggaroh.

27. Ahmade Mohd. Din yang hanya mampu memperolehi 334 undi di kerusi N.34 Panti.

28. Mohd Yusri Yusof yang hanya mampu memperolehi 265 undi di kerusi N.35 Pasir Raja.

29. Tariq Ismail Mustafa yang hanya mampu memperolehi 211 undi di kerusi N.36 Sedili.

30. Mohd Shukor Ahmad yang hanya mampu memperolehi 268 undi di kerusi N.37 Johor Lama.

31. Rahmattullah Kamilin yang hanya mampu memperolehi 521 undi di kerusi N.38 Penawar.

32. Samat Atan yang hanya mampu memperolehi 110 undi di kerusi N.39 Tanjung Surat.

33. Datuk Abdul Aziz Harun yang hanya mampu memperolehi 1,391 undi di kerusi N.40 Tiram.

34. Ts Dr Khairil Anwar Razali yang hanya mampu memperolehi 2,468 undi di kerusi N.41 Puteri Wangsa.

35. Mahaya Ahad yang hanya mampu memperolehi 1,036 undi di kerusi N.43 Permas.

36. Mohamad Riadz Tan Sri Mohamad Hashim yang hanya mampu memperolehi 810 undi di kerusi N.44 Larkin.

37. Nornekman Datuk Osman yang hanya mampu memperolehi 1,358 undi di kerusi N.47 Kempas.  

38. Dr Zaini Abu Bakar yang hanya mampu memperolehi 1,308 undi di kerusi N.49 Kota Iskandar.

39. Mokhtar Abdul Wahab yang hanya mampu memperolehi 385 undi di kerusi N.50 Bukit Permai.

40. Iskandar Noor Ibrahim yang hanya mampu memperolehi 139 undi di kerusi N.53 Benut.

41. Abd Rashid Abd. Hadi yang hanya mampu memperolehi 329 undi di kerusi N.54 Pulai Sebatang.

42. Zamzam Hashim yang hanya mampu memperolehi 927 undi di kerusi N.56 Kukup.

Enam calon WARISAN yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Sandara Segaran Arumugam yang hanya mampu memperolehi 330 undi di kerusi N.06 Bekok.

2. Mohamed Noor Suleiman yang hanya mampu memperolehi 555 undi di kerusi N.29 Mahkota.

3. Victor Chen Hain Kai yang hanya mampu memperolehi 1,448 undi di kerusi N.42 Johor Jaya.

4. Mohamed Ridza Busu yang hanya mampu memperolehi 1,412 undi di kerusi N.43 Permas.

5. Lee Ming Wen yang hanya mampu memperolehi 1,349 undi di kerusi N.51 Bukit Batu.

6. Hishamuddin Busri yang hanya mampu memperolehi 1,438 undi di kerusi N.55 Pekan Nanas.

Empat calon PBM yang hilang deposit dalam PRN Johor adalah:

1. Hanis Asmui yang hanya mampu memperolehi 190 undi di kerusi N.15 Maharani.

2. Mohd Azmi Ali yang hanya mampu memperolehi 860 undi di kerusi N.40 Tiram.

3. Steven Choong yang hanya mampu memperolehi 2,471 undi di kerusi N.41 Puteri Wangsa.

4. Saiful Bahari yang hanya mampu memperolehi 1,359 undi di kerusi N.45 Stulang.

Semoga keputusan PRN Johor ini akan memaksa parti-parti tertentu, khususnya parti-parti yang baru ditubuhkan, untuk menjadi lebih realistik dengan kekuatan parti masing-masing dalam merencana strategi pilihan raya mereka.

DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/3/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100001022016761/posts/5281793031864712/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.

Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor

61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/...  62. ".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan b...  63. Dr Kamarul Zaman: Mengejutkan, Melayu tolak PH.

".. meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan.." -Presiden PAS

 

PRN Johor: PAS terima keputusan dengan hati lapang

PAS, bersama Perikatan Nasional, menerima keputusan PRN Johor dengan hati yang lapang, dan akan terus menyantuni rakyat berdasarkan peningkatan sokongan yang ketara di kebanyakan kerusi yang ditandingi.

Di kesempatan ini, PAS mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), juga jentera parti yang bertugas dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan selamat.

PAS turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor yang telah mengundi calon-calon Perikatan Nasional, khususnya yang dikemukakan oleh PAS.

Sokongan yang diberikan adalah amat bermakna bagi meneruskan agenda prihatin, berintegriti dan berkebajikan, demi kemaslahatan negeri dan negara.

Sunday, March 13, 2022

Wanita Saudi pandu teksi untuk cari wang tambahan

 

Fahda Fahd memandu e-hailing di Riyadh menggunakan aplikasi e-hailing khusus untuk wanita, sebagai satu cara untuk mendapatkan wang tambahan susulan peningkatan kos sara hidup. - Foto AFP

RIYADH: Kos sara hidup yang semakin meningkat di Arab Saudi menjadikan golongan wanita di negara itu tiada pilihan dengan memandu kenderaan sebagai pemandu e-hailing untuk menambah pendapatan.

Fahda Fahd, 54, yang tidak boleh memandu secara sah sehingga 2018, tetapi kini terpaksa melakukan pekerjaan itu menggunakan aplikasi e-hailing untuk wanita.

Katanya, keluarganya menyokong pekerjaan keduanya dengan syarat tiada perjalanan jauh atau lelaki sebagai penumpang.

"Saya memutuskan untuk bekerja sebagai pemandu e-hailing untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

"Gaji saya tidak mencukupi untuk tiga anak saya dan terutama untuk anak perempuan saya yang mempunyai keperluan khas," katanya yang memakai tudung hitam dan pelitup muka anti-coronavirus.

Pembaharuan sosial yang menyeluruh termasuk menarik balik larangan terhadap wanita memandu, telah mengubah kehidupan ramai rakyat Arab Saudi, tetapi peningkatan kos sara hidup semakin ketara.

Fahda berkata, gajinya sebanyak 4,000 riyal Saudi (RM4,472) sebulan daripada pekerjaan tetapnya tidak mencukupi, tetapi dengan memandu e-hailing ia menambah pendapatan sebanyak 2,500 riyal (RM2,795).

"Ia membolehkan saya membantu suami yang pencen membayar bil bulanan dan untuk keperluan sekolah anak-anak saya," katanya.

Kos sara hidup semakin meningkat di Arab Saudi yang sedang berusaha untuk mengurangkan kebergantungan ekonominya kepada minyak dan pada Julai 2020 menaikkan cukai nilai tambah (VAT) kepada 15 peratus.

Pada masa yang sama, berjuta-juta wanita Arab Saudi mencari pekerjaan kerana pekerjaan wanita mendapat penerimaan dalam masyarakat yang sangat patriarki.

Wanita membentuk lebih satu pertiga daripada tenaga kerja tahun lalu buat pertama kali, menurut angka yang ditunjukkan kerajaan. - AFP

Sudah terbit..  

Hasil carian imej untuk melayu dipinggir kota mekah

Bantah Kasino, ini 7 cadangan.. - PAS Labuan...

 

PAS Labuan bantah cadangan bina kasino

PAS Kawasan Labuan menyokong penuh sebarang cadangan pembangunan ekonomi yang bertujuan meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat Labuan tetapi tidak boleh ada unsur judi, arak dan sebagainya yang boleh melalaikan dan merosakkan akhlak terutamanya anak-anak muda.

Merujuk kepada perkara yang telah diterbitkan dalam akhbar Daily Express bertarikh 1 Mac 2022, ada cadangan perancangan untuk menjadikan Pulau Papan sebagai pusat kasino, PAS Labuan membantah sekeras-kerasnya sebarang usaha dari mana-mana pihak untuk membina kasino di mana-mana lokasi di Wilayah Persekutuan Labuan mahupun di pulau-pulau berdekatan.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP pun pernah menolak cadangan untuk membina kasino di negeri berkenaan. Ini menunjukkan bahawa kasino boleh membawa implikasi kerosakan besar dan negatif terhadap keharmonian sosial. 

PAS Labuan menyeru seluruh masyarakat Labuan tanpa mengira latar agama dan bangsa untuk bersama-sama membantah usaha membawa masuk unsur yang berpotensi menimbulkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.

PAS Labuan juga menyeru individu-individu, badan-badan bukan kerajaan (NGO), parti-parti politik, organisasi masyarakat segenap peringkat sama ada di Wilayah Persekutuan Labuan mahupun di seluruh negara untuk bersama-sama menyatakan bantahan keras melalui pelbagai saluran yang ada.

Bantahan ini wajar dibuat disebabkan beberapa perkara yang boleh membawa kesan buruk hasil dari industri judi dan arak kepada masyarakat. Antaranya:

(i) Keruntuhan akhlak dan moral terutamanya golongan remaja dan belia,

(ii) Keruntuhan institusi kekeluargaan akibat judi,

(iii) Membuka jalan kepada kegiatan haram seperti dadah, pekerja asing tanpa permit dan lain-lain lagi,

(iv) Keuntungan besar hanya bertumpu kepada pihak-pihak tertentu sahaja, bukan masyarakat terbanyak,

(v) Membuka jalan pencerobohan perairan daripada kegiatan haram yang berisiko tinggi.

Oleh itu PAS Labuan ingin mengutarakan beberapa cadangan pembangunan ekonomi bagi Wilayah Persekutuan Labuan, antaranya:

(i) Taman Tema Air,
(ii) Zoo Mini,
(iii) Hospital berkonsepkan pelancongan perubatan (medical tourism),
(iv) Taman Tamadun dan Budaya,
(v) Taman rumah-rumah tradisional,
(vi) Pelancongan Marin,
(vii) Pusat Pelancongan Sukan.

PAS Labuan yakin bahawa cadangan-cadangan di atas lebih menguntungkan ramai pihak dan masyarakat tempatan Labuan dari segi kesan positif limpahan ekonomi dan tidak bersikap eksklusif dan memihak kepada golongan tertentu sahaja.

Oleh itu, besar harapan PAS Labuan agar pihak berkuasa Labuan dan pihak kementerian yang bertanggungjawab mendahulukan masyarakat Labuan dalam segala perancangan pembangunan ekonomi, terutama kesan baik dan buruk terhadap kehidupan sosial rakyat serta hasil keuntungan yang boleh dinikmati oleh rakyat terbanyak.







HAJI HAMIR HAJI ZAHARI
Yang Dipertua 
PAS Kawasan Labuan – HARAKAHDAILY 10/3/2022

ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/BN Johor..

 

ADUN PH mahu jadi rakan pentadbiran Johor

BATU PAHAT: Pakatan Harapan (PH) Johor tidak akan terus menjadi 'pembangkang' apabila kerajaan negeri ditubuhkan, sebaliknya turut berperanan sebagai 'rakan' dalam mengurus tadbir kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penggaram, Gan Peck Cheng, berkata pihaknya bersedia menyokong setiap usaha kerajaan yang dirancang demi kebaikan rakyat dan akan menegur sekiranya ada perkara yang dilaksana akan membebankan kerajaan.

"Saya berharap setiap ADUN yang berada di blok bukan kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan untuk membangunkan negeri Johor. Membangunkan negeri adalah hasrat utama PH dan akan menegur sekiranya berlaku perbuatan yang salah atau membebankan rakyat.

"Tugas utama setiap ADUN adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Kita berharap setiap ADUN yang berkhidmat perlulah jujur dan bukannya menjadi wakil rakyat untuk mengejar sesuatu atau ada kepentingan untuk diri sendiri," katanya yang juga Bendahari DAP Johor.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang diumumkan malam tadi, Peck Cheng mengekalkan kerusi DUN Penggaram dengan majoriti undi 9,956 selepas menewaskan Ter Hwa Kwong daripada Barisan Nasional (BN), Ronald Sia Wee Yet (Perikatan Nasional) dan calon Bebas, Zahari Osman.

Mengenai usaha membangunkan DUN Penggaram, katanya, beliau akan menumpukan aktiviti kebajikan sebagaimana yang dilakukannya sejak menjadi ADUN bermula Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lagi.

"Perkara kedua yang akan saya lakukan adalah untuk mengatasi banjir kilat yang sering berlaku di daerah Batu Pahat dan kawasan DUN Penggaram khususnya yang semakin kerap sejak akhir-akhir ini," katanya

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, ADUN PH (Bendahari DAP itu) 'minta sedekah' pada UMNO/BN Johor.. Baru ludah jilat balik, tak malu..

Siri 2: Sambungan Analisis PRN Johor

51. Johor mengundi hari ini, 1,021 pusat mengundi dibu...  52.  Kondisi PRN Melaka sukar berulang di Johor  53. Pengundi Cina Sebentar tadi..  54. Cikgu Mala d Kemelah & Gelombang perubahan di Johor. 55. Pusat mengundi ditutup, proses kira undi bermula  56. Bubar Parlimen bergema di UMNO Johor  57. TIDAK RASMI: BN peroleh majoriti 2/3  58. BN menang majoriti lebih 50 peratus - SPR  59. Keputusan rasmi PRN Johor 2022.  60. YDP PAS menang di DUN Maharani

61. ADUN PH (Bendahari DAP) 'minta sedekah' pada UMNO/...

YDP PAS menang di DUN Maharani

 

MUAR: Calon Perikatan Nasional yang memenangi kerusi DUN Maharani, Abdul Aziz Talib akan memberikan kerjasama yang sebaik-baiknya sebagaimana yang dijanjikan di dalam manifesto.

Beliau yang menang dengan majoriti 1,037 undi juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di DUN Maharani dan jentera yang membantu di atas kejayaan tersebut.  

“Alhamdulillah terutamanya mengucapkan syukur kepada Allah SWT setelah kita selesai menjalani proses pengundian pada hari ini, Allah memberikan kemenangan kepada kita.

“Semoga dengan segala kemenangan yang Allah berikan kepada ini akan mendapat rahmat daripada Allah SWT, insya-Allah kita akan meneruskan perjuangan kita.

“Alhamdulillah, setelah diberi pengumuman pada hari ini tentang pengisytiharan pencalonan di Dewan SMK Dato’ Sri Ammar DiRaja, dan pengumuman telah pun dilakukan dan alhamdulillah saya telah pun mendapat undi sebanyak 7,559 dengan majoriti 1,037 undi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pengundi di DUN Maharani yang telahpun mengundi saya sebagai wakil rakyat di DUN Maharani ini.

“Insya Allah saya akan memberikan kerjasama sebaiknya sebagai mana yang telah dijanjikan di dalam manifesto Perikatan Nasional, dan saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua jentera yang membantu bagi memenangi pilihan raya ini,” ujarnya ketika ditemui selepas diumumkan memenangi kerusi DUN Maharani, sebentar tadi.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Muar turut mengucapkan terima kasih kepada para petugas Suruhanjaya Pilihan Raya dan Polis Diraja Malaysia dan semua yang terlibat mengendalikan proses pilihan raya kali ini.

“Terima kasih daripada mula sehingga akhir, mudah-mudahan segalanya dapat berjalan dengan baik.

“Saya juga sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada pengundi, jentera pilihan raya dan petugas-petugas, semua dapat berjalan dengan baik. Alhamdulillah dari mula hingga akhir pengisytiharan,” ujarnya lagi.

“Saya berdoa kepada Allah SWT semoga berikan kekuatan daripada Allah SWT di atas kemenangan yang Allah berikan kepada kita. Semua ini adalah merupakan usaha, ikhtiar dan doa kita bersama-sama,” katanya lagi.

Pada PRN Johor kali ini, beliau memperoleh 7,559 undi sementara calon BN, Noor Farah Shamsudin mendapat 5,861 undi, Muhamad Hanis Asmui Md Salleh (PBM – 190),  Nor Hayati Bachok (PH – 6,522), Riad Ahmad (Pejuang – 292) dan Lim Kim Joo  (Bebas – 592).              

Nor Hayati adalah penyandang kerusi DUN Maharani yang dimenangi pada PRU lalu dengan majoriti 5,674 undi.

PAS pernah memenangi kerusi DUN Maharani pada PRU12 menerusi Dr Mohammad Taslim yang memperoleh 8,154 undi menewaskan calon BN, Datuk Mohd Ismail dengan majoriti 158 undi.

Dr Mohammad berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut pada PRU13 dengan mengaut 12,731 undi mengalahkan calon BN, Dato’ Zulkhairi Ahmad yang mendapat 9,595 undi. HARAKAHDAILY 12/3/2022

Siri Analisis PRN Johor






Masjid tempatkan orang awam dibedil Russia

 

Seorang askar Ukraine keluar dari bangunan yang rosak di Kyiv selepas dibedil tentera Russia. - Foto AFP

KYIV: Sebuah masjid di bandar pelabuhan Mariupol di tenggara Ukraine, lokasi di mana 80 orang awam berlindung, dibedil tentera Russia, kata kementerian luar Ukraine, hari ini.

"Masjid Sultan Suleiman Yang Agung dan isterinya, Roxolana (Hurrem Sultan) di Mariupol dibedil penceroboh Russia.

"Lebih 80 orang dewasa dan kanak-kanak bersembunyi di sana daripada bedilan, termasuk rakyat Turki," kata kementerian itu di akaun Twitternya.

Ia tidak memperincikan bila insiden bedilan itu berlaku.

Mariupol dikepung dan dibom sejak lebih seminggu lalu dan dikelilingi tentera Russia.

Situasi di bandar pelabuhan strategik itu begitu 'mendesak', di mana orang awam bermati-matian cuba melarikan diri, namun tanpa ada air atau pemanas serta kehabisan makanan, kata seorang eksekutif terkemuka, Doctors Without Borders, semalam.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, melalui ciapannya semalam berkata: "Mariupol yang dikepung kini adalah malapetaka kemanusiaan paling buruk di planet ini. 1,582 orang awam maut dalam 12 hari."

Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak, terbunuh apabila sebuah hospital kanak-kanak di bandar itu diserang Rabu lalu, yang mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Timbalan perdana menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, berkata usaha baharu sedang dilakukan untuk membuka koridor kemanusiaan bagi membolehkan orang awam mengosongkan bandar itu untuk menuju ke Zaporizhzhia, kira-kira 200 kilometer ke timur laut.

Selama beberapa hari, Ukraine mendakwa tentera Russia menyerbu laluan pemindahan, yang menghalang orang ramai daripada meninggalkan kawasan mereka. - AFP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails