Monday, May 09, 2022

Ini, k'jaan kena jawab! Sekuriti makanan & jalan raya. -Darulnaim Research Centre

 

1. Sekuriti makanan dan jalan raya: Kerajaan kena jawab! 

HARI raya sudah berakhir, hari ini sektor awam khususnya di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor kembali beroperasi. Eh… maaf, orang Malaysia beraya sebulan, maksud saya tadi cuti raya dah habis.

Kelantan seperti selalu disebut adalah sebuah ‘universiti politik terbuka’. Hari raya pun, isu semasa sentiasa menjadi perbincangan atau perbualan warganya. Selain isu air yang ‘dipanaskan semula’ pihak tertentu di microwave, ada dua lagi isu yang menjadi topik hari raya. 

Daripada banyak isu dikemukakan sahabat handai dan kenalan, mereka yang menganalisis media sosial (medsoc) memberitahu, selain cerita sensasi dunia hiburan dan artis, tajuk makanan dan kenderaan juga sangat ‘trending‘. Ada kebimbangan yang perlu diberi perhatian kritikal dan diwujudkan kerangka perancangan mega oleh kerajaan. 

Sekuriti makanan

Sejak ada medsoc, pasal makanan memang cepat menjadi ‘viral‘ yang kadang-kadang sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’. Rentetan itu mutakhir ini ramai sudah lebih berhati-hati buat ‘posting‘ makanan kerana takut kena sumpah atau kecaman.

Perubahan itu juga membawa kepada sikap memilih makan iaitu yang murah, mengenyangkan dan paling penting tetap sedap. Begitulah rakyat Malaysia yang sudah terbiasa hidup serba senang dan mewah. Makanan unik dan pelik-pelik bukan lagi perkara ‘best‘.

Ia juga membawa kepada ‘concern‘ dan cara berbelanja rakyat dalam memenuhi keperluan harian. Rakyat sedar barangan keperluan tak berlebihan seperti dahulu dan harga juga semakin meningkat. Maka ramai yang sudah menguruskan belanja dapur.

Ketika sama di peringkat global, sudah berlaku pengurangan eksport hingga kepada sekatan barangan tertentu termasuk bahan mentah makanan. Bawang, daging lembu dan ayam, susu, minyak masak, beras dan lain-lain sudah berbunyi ‘siren peringatan’.

Selari itu, pakar-pakar dan agensi analisis dunia turut memperkatakan mengenai kemelesetan berkaitan isu sekuriti makanan. Ada ancaman terhadap sektor ini di seluruh dunia, di mana kecukupan bahan makanan sudah tidak lagi terjamin.

Isu sekuriti makanan ini boleh mengundang pandemik, krisis dan perang di masa depan. Malaysia sendiri masih bergantung kepada import beberapa bahan mentah makanan. Hatta pekerja sektor makanan pun kita terpaksa import, bukan sektor pembinaan atau bola sepak saja.

Pertanyaannya, sejauh mana Malaysia bersedia menghadapi cabaran atau kemungkinan atau kegawatan tersebut? Ya, negara kita sudah punyai dasar iaitu Agenda Sekuriti Makanan Negara. Tetapi hingga hari ini ia tidak nampak benar-benar terjamin atau ‘secured‘.

Polemik ketidakcukupan berlaku bukan lagi di musim perayaan sahaja, tetapi diperkatakan lebih kerap hampir setiap bulan. Itu belum lagi permainan kapitalis yang memonopoli dan memanipulasi; main sorok-sorok dan mencipta spekulasi melambung naik turun harga jualan mengalahkan pasaran saham Bursa Malaysia. 

Tetapi isu ini bukan sahaja di negara kita, sebaliknya hampir semua negara dunia dilihat tidak mampu menangani isu pengeluaran bahan makanan atau eksportnya. Melainkan negara-negara miskin dan luas serta berpotensi merancakkan lagi sektor makanan atau rantaian paling asasnya iaitu pertanian. 

Negara membangun, maju dan kaya; pengeluar kereta, senjata, pesawat, peralatan elektronik, petroleum dan gas, emas, perak, berlian, intan, perabot dan lain-lain mula merasa tergugat. Limpahan atau banyaknya wang dilihat akan hilang nilai bila tiada kuasa membeli makanan. 

Jadi kita rakyat perlukan jawapan kerajaan sejauh mana usaha dan jaminan berkaitan sekuriti makanan diperkasa dan dipersiapkan?

Belum terlambat buat kita mempersediakan sebarang kemungkinan tersebut yang kini menjadi antara kedaulatan penting mesti dipertahankan. Di masa depan nanti, ketidakpuasan hati, huru-hara hingga kepada perang sekalipun boleh berlaku angkara makanan.

Memacu pembangunan membawa kepada negara perindustrian dan dasar penswastaan belumlah menjadi satu keterlanjuran berat. Walaupun tidak sedikit tanah pertanian yang lenyap dan hampir pupusnya pekerjaan di sektor berbudi kepada tanah.

Sebaliknya, pertanian atau pekerjaan sektor ini yang terabai dan terpinggir serta ditinggalkan dahulu, selain luasnya lagi keluasan tanah negara untuk diteroka, mesti kembali digiatkan. Pertanian dan perindustrian ke arah memperkasakan keperluan makanan bagi jaminan kecukupan mesti dikembangkan segigih mungkin. 

2. Sekuriti makanan dan jalan raya.

JUALAN kenderaan pasca-pandemik dilaporkan meningkat selaras pemulihan yang berlaku di banyak sektor walaupun berlaku kekurangan cip atau komponen berkaitan, selain bahan utama seperti besi melambung harga.

Seperti juga makanan, rakyat nampaknya agak berhemah dalam memilih atau menukar kenderaan baharu. Jenama ‘glamor‘ dan mewah bukan lagi menjadi perhatian atau pilihan, kecuali ‘viral‘ mereka yang terlebih banyak duit.

Kebanyakan lebih merancang pemilikan kenderaan yang kompetitif untuk keperluan, sama ada melibatkan keperluan kegunaan bergerak harian, keluarga, pekerjaan dan perniagaan. 

Ini perkembangan positif dan menang-menang yang akan mempengaruhi pasaran jualan kenderaan seterusnya penawaran dan pengeluaran berkaitan, termasuk rantaian produk atau komponen dalam memenuhinya.

Bagi tahun 2021, dilaporkan jualan tertinggi kenderaan nasional diungguli ‘King’ Myvi, Bezza, Axia dan Aruz keluaran Perodua, selain peningkatan minat kepada Proton X70 dan X50. Manakala kenderaan bukan nasional, jenama Toyota dan Mitsubishi mendapat tempat pilihan rakyat Malaysia.

Asasnya, semakin ramai rakyat memerlukan kenderaan untuk pelbagai kegunaan seperti dinyatakan.

Jalan raya Persekutuan

Berkembar dengan kenderaan adalah jalan raya, namun ia dibicarakan sebagai isu yang turut mahu mengheret kerajaan agar memberikan perhatian serius terhadapnya. Cerapannya daripada sahabat handai dan kenalan saya anak perantau atau mereka yang pulang ke destinasi jauh untuk Aidil Fitri ini.

Juga dari liputan khas berita mengenai trafik yang dilaporkan media setiap hari sepanjang cuti hari raya serta perbincangan rancak di rumah terbuka dan netizen medsos. Selain ulasan berautoriti daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 

Data peribadi saya kumpul ialah ‘jammed’ atau kesesakan bahkan tersangkut habis di jalan raya Persekutuan dan lebuh raya seluruh negara di banyak lokasi. Bagi anak perantau Pantai Timur mungkin sudah alah dengan situasi ini yang ditempuh sejak berdekad lamanya.

Tapi saya tersentuh oleh luahan pengguna jalan raya Persekutuan dan Lebuhraya Utara-Selatan iaitu laluan di sebelah Pantai Barat. Menempuh pengalaman kesesakan yang luar biasa hingga memerlukan perbahasan mengenai infrastruktur jalan raya.

Ini bukan isu di Kelantan sahaja yang sedia maklum dipinggir atau dianaktirikan kerana politik sejak sekian lama. Masalah jalan raya ini adalah isu bagi seluruh negara. Malaysia sejak sekian lama tidak menambah jajaran jalan raya Persekutuan untuk meningkatkan kesalinghubungan antara bandar atau negeri. Termasuk menaik taraf yang sedia ada kepada dua lorong, tiga lorong atau empat lorong. 

Apatah lagi penyelenggaraan jalan raya yang daif, rosak, berisiko bahaya dan seumpamanya kepada satu kualiti atau standard. Jalan raya dan lebuh raya negara tidak lestari selari dengan pertambahan besar jumlah pengguna atau kenderaan. Peruntukan yang perlu dirancang belanjawannya telah ditumpu dan ditompokkan untuk kegunaan atau ke tempat lain.

Akhirnya, jalan raya dan lebuh raya kita di seluruh negara sebenarnya satu pembangunan yang ketinggalan. Sebab itu kita pernah mendengar keluhan-keluhan datang daripada bukan sahaja kontraktor berkaitan, tetapi juga para pakar di bidang kejuruteraan infrastruktur ini.

Jangan lebuh raya dengan sebab tol berbayar sahaja ditambah jajaran, dinaik taraf dan diselenggara, tetapi jalan raya biasa terus menua. Dengan desakan keperluan semasa, sepatutnya kebanyakan lebuh raya yang ada pun diambil alih oleh kerajaan, dimansuhkan tol dan distatuskan sebagai jalan raya Persekutuan. Pemegang konsesi mesti sedia berjiwa negarawan untuk menerima harga rakyat demi kepentingan negara. 

Kerana tol percuma dan diskaun di 30 lebuh raya selama empat hari bernilai lebih RM77 juta diberi kerajaan bersama pemegang konsesi tol pada raya kali ini hakikatnya tidak menjadi hadiah besar jika dibanding keperluan dan situasi yang terjadi atau dilaporkan. Harap tidak ada yang nak ‘claim‘ untuk ‘political mileage‘ atau kempen pilihan raya pula. 

Trafik sesak dan terkandas di banyak lokasi berpuluh kilometer, serta lorong kecemasan terpaksa menjadi ‘parking‘ untuk pengguna bagi pelbagai tujuan; rehat, buang air, kenderaan bermasalah dan sebagainya. Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta semua Hentian juga sesak teruk dan memerlukan kenderaan beratur panjang serta masa lama untuk giliran.

Ada juga memberitahu bahawa terdapat stesen minyak di dalam kawasan R&R lebuh raya berkenaan yang kehabisan minyak. Bayangkan rasa gawat itu dalam keadaan menempuh sesak yang memungkinkan macam-macam risiko.

Perjalanan antara utara dan selatan tanah air yang biasanya mengambil masa kurang 9 jam menjadi lebih 24 jam. Ia memenatkan dan tol percuma atau diskaun tidak terasa apa-apa. Jadi, isu ini juga penting diberi perhatian kerajaan untuk berada dalam perancangan negara.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 9/5/2022

Mendarat helikopter beli 36 bungkus 'nasi ganja' -Datuk..

 

Sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh, untuk mengambil tempahan 36 bungkus nasi kandar daripada sebuah restoran terkemuka di Ipoh pada 23 Julai tahun lalu.

Datuk dituduh kes mendaratkan helikopter beli 'nasi ganja'

IPOH: Seorang juruterbang berpangkat Datuk yang didakwa mendaratkan helikopter di Padang Ipoh untuk membeli 36 bungkus 'nasi ganja' pada Julai tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan melanggar Kaedah-Kaedah Udara dalam penerbangan awam.

Datuk Mohamed Raffe K Chekku, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga Pengarah Urusan sebuah syarikat, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Udara seperti yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam 'Civil Aviation Directive 2 - Rules of the Air' bawah Chapter (Bab) 3, iaitu tidak mematuhi 'Flight Plan' (Pelan Penerbangan) yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu apabila membuat pendaratan sebuah pesawat jenis Bell 505 bernombor pendaftaran 9M-RCI di lokasi selain daripada Aerodrome yang dinyatakan dalam 'Flight Plan'.

Tertuduh dituduh melakukan kesalahan itu di kawasan Padang Ipoh, Jalan Tun Sambanthan, di sini, kira-kira jam 9.50 hingga 10 pagi 23 Julai tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 77(2) Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 206(3)(a) Peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jane Sharmila Jesudason, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu.

Majistret kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Datuk Mohamed Raffe K Chekku (depan) didakwa di Mahkamah Majistret di Ipoh, hari ini. - NSTP/L Manimaran

..

‘Save Kelantan’? & Sinikal ‘Isley’...

 


1. ‘Save Kelantan’ didalangi parti pembangkang

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menganggap kemunculan NGO yang dikenali sebagai ‘Save Kelantan’ didalangi parti pembangkang semata-mata untuk mencari kelemahan kerajaan kepimpinan ulama.

Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, keghairahan mereka mencari kesalahan kerajaan PAS Kelantan, jangan pula sampai menimbulkan fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

“Biarpun begitu kita akan terus bekerja bagi memastikan kebajikan rakyat terbela. Biarpun mereka mahu bertindak sebagai pemantau jangan pula isu berbaur fitnah dilempar semata-mata untuk menghentam kerajaan.

“Sepatutnya kalau boleh kita bersama-sama merapatkan persaudaraan. Ini kerana apa yang kita pertahankan di Kelantan dasar Islam yang tidak banyak dapat dilaksanakan di negeri-negeri lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Demit yang diadakan di perkarangan Pasar Tok Kenali di Cabang Binjai di sini semalam.

Hadir sama Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus dan Setiausaha PAS Kubang Kerian, Mohd Nuri Yaacob.

Mumtaz yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Kubang Kerian menjelaskan Pasar Tok Kenali tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Jun atau Julai hadapan.

Menurutnya lokasi terbabit akan dijadikan sebagai pusat aktiviti masyarakat di Dun Demit selain memperkasakan lagi sosio ekonomi penduduk tempatan dalam usaha menempuh fasa endemik Covid-19.

“Alhamdulillah kerajaan negeri dapat menyiapkan pasar ini yang menyediakan kemudahan lebih selesa kepada peniaga dan orang ramai bagi membeli keperluan harian,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/5/2022

2. Sinikal ‘Isley’ hanya akan memakan diri 

LUCU. Baca naratif menyalahkan pengundi perantau yang balik mengekalkan Kerajaan PAS di Kelantan. Seolah-olah meninggalkan rakyat Kelantan ‘derita’ di bawah Kerajaan PAS.

Walhal PRU14 yang lalu, ramai perantau yang pulang berikan undi kepada Pakatan Harapan (PH). Akibat terpengaruh dengan gelombang PH.

Ertinya, yang mengekalkan PAS di Kelantan adalah rakyat Kelantan sendiri, tambah dengan undi perantau yang memahami hasrat rakyat Kelantan. Kenapa rakyat Kelantan nak PAS juga? Itu kena tanya rakyat Kelantan.

Dan, permainan istilah ‘Isley’ (Islam) dengan konatasi memerli dan merendahkan orang Kelantan adalah tindakan yang memakan diri.

Orang Kelantan, kalau kau buat perli ‘Isley’ macam tu, dari dia rasa nak marah pada Kerajaan Kelantan, dia boleh berubah mempertahan Kerajaan Isley yang kau buat perli.

Maaf. Suatu perbandingan bodoh, “demo nok ‘Isley’ ko nok air?”. Denyut nadi rakyat Kelantan ni sanggup bergolok bergadai demi Islam. Rela diseksa demi Islam.

Setakat duk banding perihal air yang jarang-jarang sangat bermasalah dengan agama suci Islam. Mudah sahaja dikahakkan air itu.

Jadi teruskan guna istilah ‘Isley’ tersebut. Kalau boleh bagi teruk lagi hingga timbul simpati yang lebih besar. Gitew.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 5/5/2022

'Penyatuan ummah lebih besar. Masjid perlahan azan & mesra alam.

 

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

1. 'Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik'

KUALA LUMPUR: PAS kekal berpendirian bahawa penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu melihat keperluan untuk penyatuan dalam kerangka yang ditandatangani menerusi piagam Muafakat Nasional (MN).

"Elok kalau dibaca dan dihayati semula apa yang telah disepakati, waktu itu PAS dan UMNO merasai adanya ancaman kepada masa depan Melayu Islam dan kita berhimpun menentangnya," katanya kepada BH hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, dalam konteks politik kepartian, setiap pihak boleh membuat apa yang difikir sesuai untuk partinya dan keadaan ini tentu berbeza antara satu kawasan, negeri berbanding lain.

"Selangor, Perak kelihatan berbeza dengan sikap Presiden UMNO , bagaimana pula Pulau Pinang. Apakah sekadar menang sorak, kampung tergadai," katanya.

Tambah beliau, PAS yakin setiap parti mempunyai hala tuju dan strategi masing-masing menjelang PRU akan datang. "Pelbagai andaian juga akan muncul. Kita masih terbuka untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

"Buat masa ini PAS sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan agenda menggesa penyatuan ummah diteruskan.

"Kami yakin cabaran Barisan Nasional ialah PN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memberi bayangan mustahil untuk gagasan MN diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap 'talam dua muka'.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan dikeluarkan tetapi menerusi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti terbabit. (BH)


2. Masjid di Mumbai memperlahankan bunyi azan

Polis berkawal di pintu utama Masjid Jama di Mumbai, India. - Foto REUTERS

MUMBAI: Lebih 900 masjid di barat Mumbai bersetuju memperlahankan laungan azan selepas menerima aduan daripada ahli politik tempatan.

April lalu, pemimpin parti Hindu serantau, Raj Thackeray, menuntut supaya masjid dan semua tempat ibadat lain mematuhi had bunyi yang dibenarkan bagi sebarang kegiatan keagamaan termasuk laungan azan.

Thackeray, yang hanya mempunyai satu kerusi dalam kalangan 288 Ahli Dewan Undangan Negeri, berkata beliau hanya menegaskan pematuhan terhadap keputusan mahkamah berhubung tahap bunyi dan mahu keputusan itu dikuatkuasakan.

"Jika agama adalah urusan peribadi, kenapa umat Islam dibenar menggunakan pembesar suara bagi laungan azan lima kali sehari, sepanjang 365 hari (setahun)?" katanya.

Pemimpin 200 juta umat Islam India melihat tindakan itu, yang kebetulan dibuat ketika sambutan Aidilfitri, sebagai cubaan oleh penganut Hindu untuk mencabar hak beribadat dan mengamalkan agama secara bebas.

Difahamkan, tindakan itu turut mendapat sokongan parti memerintah nasionalis India, Bharatiya Janata Party (BJP), yang dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi.

Beberapa minggu kebelakangan ini juga, seorang pemimpin kanan BJP mula mendesak penyeragaman undang-undang perkahwinan dan warisan harta berdasarkan agama di bawah satu kod sivil, yang dilihat secara khusus menyasarkan umat Islam kerana agama itu membenarkan lelaki mengahwini empat isteri.

Sementara itu di Masjid Jama, khatib utama di masjid terbesar Mumbai, Mohammed Ashfaq Kazi, berkata beliau mematuhi tuntutan Thackeray bagi mengelakkan risiko mencetuskan keganasan antara umat Islam dan Hindu.

Kerajaan mengambil serius inisiatif Thackeray, di mana awal bulan ini, pegawai kanan polis bertemu dengan pemimpin agama termasuk Kazi bagi memastikan bunyi pembesar suara dikecilkan, berikutan bimbang berulangnya rusuhan kaum di Maharashtra, yang dihuni lebih 10 juta penduduk Islam dan 70 juta penduduk Hindu.

Semalam, pihak polis memfailkan kes jenayah terhadap dua lelaki di Mumbai kerana menggunakan pembesar suara bagi melaungkan azan subuh dan memberi amaran kepada pekerja parti Thackeray supaya jangan berkumpul di sekitar masjid.

Pegawai kanan polis Mumbai, VN Patil, berkata pihaknya dalam apa keadaan sekalipun tidak akan membenarkan sesiapa mewujudkan ketegangan perkauman dan perintah mahkamah perlu dihormati. - REUTERS


3. Masjid mesra alam pertama di Perancis 

PARIS, 7 Syawal 1443H, Ahad – Dikenali sebagai masjid mesra alam yang pertama di Perancis, Masjid Besar Massy satu yang unik daripada segi penjimatan tenaga dan penggunaan sumber semula jadi secara cekap.

Masjid yang dibina di Massy, dipinggir selatan Paris, menarik perhatian ramai dengan struktur kubah kaca selain menara masjid yang sebahagian besar juga diperbuat menggunakan kaca serta tingkap dari lantai hingga ke siling, menurut Agensi Anadolu.

Dengan dinding penebat dua lapisan, sistem pemanasan bawah lantai dan lampu LED, ia memastikan penggunaan sumber tenaga yang cekap.

Bumbung masjid mempunyai salutan vegetatif menghalang kehilangan tenaga dan haba serta menghasilkan oksigen, tambahnya.

Masjid itu menelan belanja hingga €4.5 juta (U$4.74 juta) keseluruhan dan dibina atas sumbangan umat Islam di Massy dan seluruh Perancis.

Mahmoud Ismail, pengerusi Majlis Umat Islam di Massy, berkata pembinaan masjid itu berdasarkan ajaran Nabi Muhammad 1,400 tahun lalu dan mengambil kira prinsip ekologi dalam al-Quran.
“Nabi Muhammad menggalakkan perlindungan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta mengelakkan pembaziran,” kata Ismail.- Bernama

Sunday, May 08, 2022

Kartel Mafia panik cemas gelabah, rakyat ingin terbongkar!

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

5 comments:

Anonymous said...

Kartel Mafia Panik Cemas Gelabah Mencipan..!!
Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut perlembagaan.

Rakyat mungkin bertanya celah mana peruntukan itu tidak ikut perlembagaan..!?
Bekas Hakim Negara Tun Hamid mempersoalkan mana peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan?

Kenapa PH dan Mahathir sangat panik mencipan apabila Hakim Nazlan disiasat?
Teringat lafaz Sumpah Laknat Bossku..
Adakah ianya akan membongkar salahlaku percaturan dan penganiayaan yang PH dan Mahathir reka terhadap Najib?

Bekas Hakim Negara ke 12 juga mahu kita ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa Majlis Peguam harus melompat membelanya?

Bekas Ketua Hakim Negara ke 12, Tun Abdul Hamid Mohamad tampil menegaskan bahawa kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.

SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125.

Memandangkan mereka benar-benar mahu Hakim Nazlan tidak disiasat atas kesalahan jenayah maka rakyat perlu bangkit mendesak agar Hakim Nazlan disiasat sehingga ke lubang cacing.

Sekiranya Nazlan tuduhan benar maka bukan sahaja dia akan disingkirkan daripada jawatan dan tempoh perkhidmatannya dipendekkan, tetapi dia juga akan dipenjarakan. Jadi ini adalah lebih serius daripada salah laku disiplin atau etika.

Kartel Mafia yang berkomplot dengan beliau dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman paling berat kerana campurtangan dalam sistem kehakiman negara (hampir 22 tahun lama nya) dalam usaha menganiaya Datuk Seri Najib dengan rekaan dakwaan yang berniat jahat.

Rakyat sudah sangat sangat menyampah dam meluat dengan kartel Mafia yang 22 tahun menguasai negara ini..!?

Anonymous said...

Atok yang jadi penyebab berlaku perpecahan orang melayu. Atok nak boboi ganti atok. Tapi rakyat tak mahu atok dan tak mahu boboi. Jika boboi ganti atok, lagi banyak khazanah masuk ke generasi atok. Baik tak payah.

Kalau kris kaki rasuah, liberal perosak aqidah, kuali mazhab syiah, maka atok bertuhankan khazanah nuqud. Konsiparasinya atok tahap mega. Semua jurusan atok selinap. Atok cucuk sana, atok cucuk sini.

MCA dan Legasi komunis nampak macam dalam khemah berbeza, tapi bila pasal maria chin, mereka punya komunikasi yang sama. Ini sangat merbahaya buat orang melayu dan agama Islam.

UMNO+Pas mampu tawan S'ngor -Tan Sri Noh Omar. Tapi..

 

Walaupun bersedia UMNO untuk menwan Selangor PAS kena berhati-hati kerana UMNO ini jenis itik patah sayap, kalau baik nanti, tahulah mereka mengkhianati perjanjian dengan PAS

Kerjasama UMNO, Pas mampu tawan Selangor

TANJONG KARANG - UMNO dan Pas di Selangor mesti bekerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN) bagi merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerjasama dua parti terbesar Melayu itu sahaja mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Menurutnya, sekiranya kerjasama itu terbentuk, beliau percaya UMNO dan Pas mampu memenangi lebih daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Jika formula ini digunakan (MN) di Selangor, kita yakin atas prinsip dan semangat pembangkang, kita mampu menawan Selangor di negeri ini," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Tanjong Karang di Dataran Astaka di sini pada Sabtu. (Mindarakyat)

Noh yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu juga sebelum ini telah selesai sebelum kewujudan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, setakat ini kedua-dua parti berpegang kepada agihan kerusi yang telah dipersetujui di peringkat awal MN Selangor.

"Walaupun belum muktamad (pengagihan kerusi antara UMNO dan Pas) pada dasarnya sudah ada persetujuan yang mana prinsipnya di mana ada calon UMNO di situ juga ada calon Pas.

"Misalnya calon UMNO bertanding Parlimen, maka ada calon Pas di kerusi DUN dan begitu juga sebaliknya," ujar beliau.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, agenda memperkasa MN masih diperjuangkan dan dianggap sebagai formula terbaik.

Jelas beliau, hubungan antara UMNO dan Pas itu mampu menyatukan orang Melayu Islam di negeri ini.

"Kebersamaan ini sangat penting bagi mengelakkan pertembungan Pas dan UMNO dan hanya berlaku pertembungan dua penjuru PRU15 yang dilihat dari sudut strategik lebih baik," jelasnya. (MindaRakyat)

Komen Weblog Ibnu HasyimUMNO kerjasama Pas, mampu tawan Selangor, kata Tan Sri Noh Omar.  Tapi, ada yang mengandaikan 'Walaupun bersedia UMNO untuk menawan Selangor, PAS kena berhati-hati kerana UMNO ini jenis itik patah sayap, kalau baik nanti, tahulah mereka mengkhianati perjanjian dengan PAS.'

Ye ke?

'Ugutan terhadap Badan Kehakiman' -pandangan sebelah lagi -Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad

 


SEMENJAK Raja Petra menerbitkan artikelnya "Pendedahan Mengejutkan: Konflik Kepentingan Hakim Perbicaraan Najib Nazlan Terdedah" pada 14 Mac 2022 dalam blognya, Malaysia Today, kita hanya membaca pandangan sebelah pihak mengenai isu itu, sama ada daripada kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar, Majlis Peguam, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi DAP, Ketua Hakim Negara, The Edge Malaysia mahu pun Dr. Shad Saleem Faruqi.

Dalam artikel ini, saya memberikan pandangan sebelah lagi dengan tujuan semata-mata untuk memberikan hujah kedua belah pihak kepada orang ramai supaya mereka berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan mengenai isu tersebut.

Saya tidak mengatakan saya betul dan mereka salah, Raja Petra betul dan Hakim Mohd Nazlan salah, atau sebaliknya.

Merujuk kepada kenyataan Majlis Peguam dan laporan The Edge Malaysia, dikatakan bahawa Raja Petra dan ahli politik terutamanya penyokong Najib sedang mengugut Badan Kehakiman.

Majlis Peguam menuntut penyiasatan setara dijalankan oleh pihak berkuasa terhadap laporan polis yang dibuat oleh Hakim Mohd Nazlan; bahawa tidak sepatutnya ada double standard dalam mendekati perkara itu; bahawa siasatan SPRM melanggar doktrin pengasingan kuasa; bahawa ia menjejaskan kebebasan badan kehakiman; bahawa ia tidak berperlembagaan dan ia harus ditangani di bawah Perkara 125 Perlembagaan.

Soalan: Sekiranya Hakim Mohd Nazlan membebaskan Najib adakah Majlis Peguam akan mengeluarkan kenyataan yang sama?

Tidak perlu dikatakan bahawa laporan polis Hakim Mohd Nazlan dan laporan yang dibuat terhadap Hakim Mohd Nazlan mesti diberi penyiasatan yang setara dan saya pasti mereka sedang diberikan. Tetapi, dengan menuntut "penyiasatan setara" diberikan kepada laporan Hakim Mohd Nazlan tetapi cuba menghalang siasatan dijalankan terhadap laporan terhadap Hakim tersebut, tidakkah Majlis Peguam mengamalkan double standard?

Saya menerima beberapa mesej WhatsApp dan e-mel, semuanya daripada bukan-peguam yang bertanya soalan yang sama: Adakah menyalahi doktrin pengasingan kuasa bagi SPRM menyiasat hakim? Ia menunjukkan bahawa bukan-peguam pun mendapati pandangan Majlis Peguam itu pelik. Hakim tidak terkecuali daripada undang-undang. Perlukah saya berkata lebih daripada itu kepada Presiden Majlis Peguam?

Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman. Puan Presiden, kebebasan Badan Kehakiman tidak termasuk kebebasan untuk melakukan jenayah dan daripada disiasat mengenainya.

Majlis Peguam juga mengatakan bahawa siasatan itu tidak mengikut Perlembagaan. Saya ingin tahu di bawah peruntukan manakah ia tidak berperlembagaan?

Presidennya merujuk kepada Perkara 125. Saya menggesa beliau membaca semula peruntukan itu. Perkara itu merujuk kepada situasi di mana seseorang Hakim itu "patut dipecat atas alasan apa-apa pelanggaran mana-mana peruntukan kod etika yang ditetapkan di bawah Fasal (3B) atau atas alasan tidak berdaya, oleh sebab kelemahan tubuh atau akal atau apa-apa sebab lain, untuk menunaikan fungsi jawatannya dengan sepatutnya,.." Ia tidak meliputi pelakuan kesalahan jenayah.

Sebaliknya, SPRM dan Polis hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa masing-masing dan bukan perkara yang disebut dalam Perkara 125. (Walaupun Dr. Shad Saleem Faruqi cuba meluaskan liputan Perkara 125, saya tidak fikir boleh boleh tidak bersetuju dengan dua ayat terakhir saya itu.)

Saya merujuk kepada dua kenyataan akhbar oleh Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan. Atas sebab apa pun, tiada dakwaan sedemikian pernah dibuat terhadap mana-mana hakim dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu. Jadi reaksi Badan Kehakiman dengan mengeluarkan kenyataan akhbar itu juga adalah yang pertama.

Saya percaya Ketua Pendaftar tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian melainkan diarahkan oleh Ketua Hakim Negara.

Ambil perhatian bahawa dakwaan Raja Petra itu bukanlah dakwaan umum terhadap Badan Kehakiman. Ia adalah dakwaan terhadap hakim tertentu. Kenapa badan kehakiman harus melompat membelanya?

Walaupun dakwaan itu telah dibuat oleh seorang penulis blog, jika peguam Najib tidak membuat permohonan untuk perbicaraan semula atau tidak menggunakannya sebagai alasan rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk mahkamah mengetepikan sabitan dan memerintahkan perbicaraan semula, perkara itu berakhir di situ.

Jika peguam Najib memilih untuk melakukan salah satu daripada dua perkara yang disebut sebelum ini, jika tiada kenyataan dikeluarkan oleh Badan Kehakiman, walaupun mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, tiada kritikan atas alasan berat sebelah boleh dilemparkan terhadap Badan Kehakiman.

Sebaliknya, apabila kenyataan itu telah dikeluarkan, peguam Najib boleh berhujah bahawa mahkamah berat sebelah kerana Badan Kehakiman telah mengeluarkan kenyataan menolak dakwaan itu lebih awal. Jika dan apabila mahkamah menolak permohonan atau hujah itu, ia memberi alasan kepada pengkritik untuk mengatakan bahawa mahkamah berat sebelah. Bagaimanapun, mengapa memberi alasan kepada Najib dan penyokongnya untuk menyerang keputusan mahkamah?

Mengenai sub judice, tidakkah kenyataan oleh Badan Kehakiman itu juga sub judice? Ia sepatutnya lebih lagi, ia datang dari Badan Kehakiman sendiri sebelum isu itu diputuskan oleh mahkamah, jika dibangkitkan.

Sekarang, kita sampai kepada ucapan Ketua Hakim Negara. Tidak ada bahagian yang saya tidak bersetuju dengannya. Saya hanya mempersoalkan mengenai kesesuaian masanya.

Walaupun Ketua Hakim Negara tidak menyebutnya, sesiapa yang membaca ucapan itu tahu bahawa beliau merujuk kepada artikel yang ditulis oleh Raja Petra yang dilaporkan dalam Malaysia Today bahawa Hakim Mohd Nazlan sedang disiasat oleh SPRM.

Saya mengulangi apa yang saya katakan mengenai kesan dua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar. Ambil perhatian bahawa satu peristiwa penting telah berlaku selepas kenyataan akhbar kedua itu, iaitu SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Hakim berkenaan.

Soalan: Tidakkah lebih baik membiarkan SPRM meneruskan dan menyelesaikan siasatan?

Di akhir siasatan, SPRM akan mengumumkan sama ada tiada bukti untuk menyokong dakwaan Raja Petra itu atau terdapat bukti yang mencukupi untuk menyokong pertuduhan terhadap Hakim berkenaan. Jika ia yang awal disebutkan, Hakim itu dibersihkan. Tidakkah lebih baik bagi Hakim berkenaan bahawa beliau dibersihkan oleh SPRM selepas siasatan lengkap dan tiada kenyataan sedemikian dikeluarkan oleh Badan Kehakiman?

Jika pengumuman itu yang kemudian disebut, maka fail siasatan itu akan dirujuk kepada Pendakwa Raya (Peguam Negara) untuk memutuskan sama ada hendak mendakwa Hakim berkenaan atau tidak. Jika, berdasarkan keterangan, Pendakwa Raya memutuskan untuk tidak membuat pertuduhan, perkara itu tamat di situ. Jika beliau memutuskan sebaliknya, proses perbicaraan bermula.

Sama ada Hakim itu dibersihkan atau tidak, tiada kritikan boleh dilemparkan terhadap Ketua Hakim Negara. Beliau tidak boleh dituduh cuba mengganggu siasatan oleh SPRM.

Sekiranya saya dituduh pro-Najib, biarlah saya jelaskan bahawa saya tidak kisah walaupun Najib terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di penjara dengan syarat beliau mendapat perbicaraan yang adil. Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra bahawa Najib tidak mendapat perbicaraan yang adil, ada merit atau tidak. Itu untuk mahkamah memutuskannya.

Saya tidak mengatakan dakwaan Raja Petra dan laporan bahawa Hakim Mohd Nazlan terlibat dalam skandal kewangan 1MDB benar atau tidak, mahupun sama ada laporan Hakim Mohd Nazlan terhadap Raja Petra ada merit atau tidak. Itu hanya akan diketahui selepas SPRM menyelesaikan siasatan terhadap kedua-dua dakwaan dan laporan itu.

Justeru, SPRM hendaklah dibiarkan menjalankan tugasnya tanpa gangguan atau apa yang nampak seperti gangguan oleh sesiapa.

(Nota: Sebaik sahaja saya selesai menulis artikel ini, saya menerima mesej daripada seorang rakan bahawa dua peguam dan seorang aktivis telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi memohon pengisytiharan berikut:

• Badan penyiasatan jenayah, termasuk SPRM tidak berhak atau dihalang daripada menyiasat hakim-hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) melainkan mereka digantung kerja seperti yang dikehendaki di bawah Perlembagaan Persekutuan;

• Pendakwa raya tidak diberi kuasa untuk memulakan atau menjalankan sebarang prosiding bagi kesalahan terhadap hakim yang sedang berkhidmat di mahkamah atasan.

Mereka juga telah memohon pengisytiharan bahawa siasatan oleh SPRM terhadap Hakim Nazlan adalah tidak berperlembagaan.

Berita itu menyebabkan saya memutuskan untuk menulis artikel ini.

Penulis adalah bekas Ketua Hakim Negara

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails