Monday, June 27, 2022

Rakyat bongkar, kontrak anak-anak PM..

 

Komen Rakyat, dalam blog ini..

2 comments:

Anonymous said...

BOSSKU vs ATOK. MAKIN TERUK ATOK KENA BELASAH MUNGKIN DARI KARMA SUMPAH LAKNAT

1. Pertembungan antara Datuk Seri Najib Razak dengan Tun Dr. Mahathir jelas semakin memuncak apabila terkini Datuk Seri Najib mendedahkan satu demi satu kontrak yang diperoleh anak-anak Tun Mahathir sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri.

2. Pendedahan pertama Datuk Seri Najib ialah berkenaan Mirzan Mahathir yang membangunkan Konsortium Perkapalan pada tahun 1990-an yang kemudiannya diselamatkan (bail-out) oleh Petronas melalui MISC sewaktu krisis ekonomi pada tahun 1998.

3. Sumber yang dipetik Datuk Seri Najib ialah laporan Wall Street Journal (WSJ) bertajuk “MISC to Pay $220 Million Price For Assets From Mahathir's Son”

https://www.wsj.com/articles/SB893957144672200500

4. Menurut Datuk Seri Najib, pada tahun 1996 Mirzan juga membeli Diperdana Corp daripada adik lelaki Vincent Tan iaitu Danny Tan – hanya dua tahun selepas Danny membeli syarikat tersebut.

5. Datuk Seri Najib merujuk sumber WSJ berikut: “Diperdana Stake Is Sold in Deal Said to Be Tied to Mahathir's Son”

https://www.wsj.com/articles/SB829923197507848500

6. Seterusnya, Datuk Seri Najib mempersoalkan transaksi pada tahun 1997 apabila seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mohzani yang menjadi pemegang saham terbesar kumpulan Hospital Pantai selepas membelinya daripada kumpulan Berjaya yang dikawal Vincent Tan

http://lib.perdana.org.my/…/mokhzani%20mahpital%20pantai.pdf

7. Susulan daripada pembelian tersebut, Datuk Seri Najib menyatakan bahawa konsesi FOMEMA dan juga kontrak bekalan hospital kerajaan telah dianugerahkan kepada kumpulan tersebut ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

8. Pendedahan berikutnya Datuk Seri Najib ialah berkenaan kumpulan Kencana yang ditubuhkan oleh Mokhzani hanya setahun sebelum ia dianugerahkan lesen ‘fabrication’ (Offshore Structures) yang utama daripada PETRONAS pada tahun 2002. Untuk rekod, Kencana Petroleum ialah satu daripada hanya tujuh pemegang lesen tersebut di Malaysia pada waktu itu:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157050195425952

.... sambung..

Anonymous said...

.. haah sambung..

9. Datuk Seri Najib juga mempersoalkan hakikat bahawa anak-anak Tun Mahathir mendapat manfaat perniagaan sebanyak berbilion dengan Petronas sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dan kemudiannya Penasihat Petronas selama 12 tahun sejak 2003.

10. Malah, Datuk Seri Najib turut mempersoalkan tender kontrak secara rundingan terus yang dianugerahkan kepada seorang lagi anak lelaki Tun Mahathir iaitu Mukhriz pada tahun 2003 iaitu Opcom.

11. Syarikat tersebut dianugerahkan kontrak bernilai RM214 juta daripada Telekom Malaysia melalui arahan langsung daripada Kementerian Kewangan (Datuk Seri Najib juga mendedahkan surat tersebut di laman FB beliau).

12. Kontrak ini cukup penting bagi penyenaraian Opcom kemudiannya pada tahun tersebut di mana satu lagi ‘bundle’ telah dibuat.

13. Tidak ketinggalan, Datuk Seri Najib turut mengkritik ketika penggal kedua Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri di mana Pelan Fiber dan Rangkaian Seluruh Negara (NFCP) yang bernilai RM21.6 bilion ialah satu-satunya projek mega yang disegerakan dan diumumkan oleh kerajaan PH dan diluluskan oleh kabinet dalam masa yang singkat:

https://www.theedgemarkets.com/…/cabinet-approves-rm216b-na…

14. Datuk Seri Najib turut mempersoalkan bahawa saham Opcom yang majoritinya dimiliki dua anak lelaki Tun Mahathir melonjak 50% apabila projek tersebut diumumkan kerana ia adalah merupakan antara pihak yang mendapat manfaat daripadanya:

15. Memetik laporan The Edge Markets: “Opcom rose 18.5 sen or 41.11% to 63.5 sen. Opcom's share price rise could be due to news that the Malaysian Cabinet had today approved the implementation of the National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP)

https://www.theedgemarkets.com/…/fbm-klci-cuts-losses-after…

16. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak sama ada daripada Datuk Seri Najib Razak dan juga Tun Mahathir tentang kontrak yang diperoleh anak-anak lawan masing-masing adalah satu perkembangan yang sihat bagi ketelusan dalam ekonomi politik negara.

17. Semoga ada penjelasan dan jawapan balas yang tuntas daripada Tun Mahathir terhadap setiap satu pendedahan Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Oleh: Abdul Muein Abadi

Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda

T'ganu, K'tan, terus membangun bersama Islam. Lihat bukti2 ini...

 

1. Tukun: Usaha kerajaan negeri perkaya sumber perikanan

MARANG: Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebanyak lapan unit tukun tiruan konservasi yang dilabuhkan hari ini bernilai RM270,000 menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Ini, katanya akan disusuli dengan 18 unit tukun penghalang pukat tunda yang dijangka akan dilabuhkan pada September ini di perairan Dungun dan Kemaman melibatkan kos RM500,000 menggunakan peruntukan daripada kerajaan negeri.

Menurutnya, program melabuh tukun hari ini di perairan Taman Laut Pulau Kapas bukanlah kali pertama yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Malah, ujar beliau pada 2021 sebanyak 57 unit tukun tiruan telah dilabuhkan di enam daerah di yang melibatkan jumlah peruntukan RM1.394 juta.

Beliau menambah, sebanyak 16 tukun tiruan kuboid penghalang pukat tunda dilabuhkan di perairan Kuala Terengganu dan Besut dengan peruntukan RM500,000 pada tahun 2020.

Ktanya lagi, tahun 2018 dan 2019 juga sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk program melabuh tukun di perairan laut Besut, Kuala Nerus dan Setiu.

“Usaha ini dilakukan tidak lain dan tidak bukan untuk memperkaya sumber perikanan sekali gus untuk rakyat khususnya buat 8,635 orang nelayan Negeri Terengganu.

“Ia juga merupakan usaha jangka panjang bagi menangani isu kekurangan sumber dan pendapatan nelayan seterusnya meningkatkan sosioekonomi rakyat Negeri Terengganu Darul Iman, insya-Allah,” katanya.

Menurutnya, kerjasama semua pihak dalam menjaga perairan di Terengganu mampu membawa kesan kepada peningkatan hasil perikanan di negeri ini.

Bercakap kepada media, beliau berkata, kerajaan negeri melalui kerjasama pihak-pihak berkaitan telah membangunkan pelbagai usaha untuk memperkaya hasil perikanan tempatan.

“Saya rasa menjadi tanggungjawab semua pihak, bukan sahaja agensi-agensi kerajaan dan kerajaan negeri semata-mata, tetapi termasuk pelancong dan nelayan untuk sama-sama menjaga perairan yang ada ini.

“Patuhi peraturan, jangan buang plastik dan sampah ke dalam laut, mengail hanya di tempat dibenarkan, itu antara perkara yang menjadi tanggungjawab semua,” katanya. 

Tambahnya, kerjasama berterusan semua pihak akan memperlihatkan hasil lebih baik dari segi pembiakan ikan di negeri ini. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

2. Ladang solar kurangkan 131,400 tan metrik karbon dioksida 

PASIR MAS: Projek Ladang Solar Danau To’ Uban dijangka dapat mengurangkan 131,400 tan metrik karbon dioksida setiap tahun yang memberi kesan negatif terhadap kehidupan manusia.

Anggota Exco kerajaan negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek ladang solar dapat mengurangkan kesan terhadap rakyat Kelantan khasnya apabila berlaku perubahan iklim dan cuaca di luar jangkaan.

Katanya peningkatan karbon dioksida (CO²) dapat mengakibatkan pemanasan global yang membawa kepada rantaian peristiwa malapetaka seperti kenaikan purata suhu yang mengakibatkan kenaikan paras laut, perubahan keadaan iklim dan corak taburan hujan.

“40 giga tan CO² yang larut ke lautan boleh menyebabkan kesan pengasidan yang ketara sehingga boleh membunuh haiwan bercengkerang dan hidupan laut lain,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya.

Kata beliau jumlah CO² terlarut menyebabkan suhu lautan dan bumi akan meningkat dan menyebabkan perubahan iklim yang besar.

Menurutnya kawasan berhampiran khatulistiwa akan menjadi tandus dan hutan hujan akan tumbuh di kawasan beriklim sederhana.

“Karbon dioksida yang berlebihan dalam darah dikenali sebagai hypercapnia. Pesakit hypercapnia secara akut boleh mengalami pernafasan laju, jantung berdebar-debar takikardia, dispnea, kulit kemerah-merahan, kekeliruan, sakit kepala dan pening.

“Sekiranya hypercapnia semakin teruk sehingga menjadi kronik, pesakit akan terdedah kepada kegagalan jantung kanan untuk berfungsi, masalah metabolik dan risiko kematian mengejut,” katanya.

Oleh itu kata beliau bagi mengurangkan kadar pelepasan CO² ke udara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengurangkan 50 peratus penggunaan arang batu pada tahun 2035 dan tidak menggunakan bahan api fosil pada tahun 2050.

Menurutnya juga pembangunan tenaga hijau yang boleh diperbaharui sangat penting bagi menjamin kelestarian dan kelangsungan hidup di planet ini.

Tuan Saripudin juga berkata, kelancaran kerja-kerja pemasangan pulau solar terapung di Danau To’ Uban hampir siap di mana 19 pulau sudah lengkap dan bakinya hanya sebuah pulau lagi.

“Kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam melaksanakan setiap projek yang dibangunkan termasuk projek ladang solar,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

3. Sistem amaran awal bencana biologi di kawasan berisiko 

Foto daripada Facebook Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengambil langkah proaktif melalui inisiatif mewujudkan Projek Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran atau Early Warning System (EWS) berikutan tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021 lalu.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia telah dibangunkan melalui kerjasama pintar antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Universiti Teknologi Malaysia serta akan diintegerasikan dengan Sistem Amaran Awam (public warning system) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebagai usaha memartabatkan Keluarga Malaysia yang prihatin, hari ini saya sendlri turun padang bagi melihat kesiapsiagaan Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing Bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun, Kedah,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini. (Foto atas)

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Nairn, Exco Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian negeri, Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr Robert Ling Kui Ee, Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi dan Pengarah Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJllT) UTM Kuala Lumpur turut hadir pada program yang dianjurkan oleh JMG di bawah KeTSA itu.

Menurutnya, KeTSA telah mengenal pasti dan menghargai peranan wira-wira tidak didendang ketika tragedi pada 18 Ogos tahun lalu dan hari ini telah melantik 35 orang jaguh tempatan (local champion) yang telah menyumbang pengetahuan setempat bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman bencana.

Katanya, mereka yang terpllih terdiri daripada kaum wanita, belia pemimpin masyarakat.

Beliau menambah, prlhatin dalam isu bencana alam seiring dengan perubahan iklim terutama membabitkan bencana geologi aliran puing dan tanah runtuh, KeTSA dan JMG akan terus menjalankan kajian dan program berimpak tinggi di lokasi berisiko yang telah dlkenal pasti termasuk melaksanakan program pemerkasaan daya tahan komuniti dalam usaha mengurangkan rlsiko bencana geologi.

Menurutnya lagi, projek perintis itu boleh dijadikan penanda aras dan model nasional dalam pengurangan risiko bencana geologi aliran puing serta amalan terbaik dalam pembangunan sistem amaran awal bencana geologi melalui penglibatan penduduk tempatan berpandukan kepada teknologi sains terkini.

“Projek perintis ini juga bakal dijadikan pusat pembelajaran komprehensif bagi bencana geologi aliran puing dan kajian pembangunan komuniti Jerai yang lebih berdaya tahan ke arah menyokong konsep build-back-better, sepertl mana saranan pihak United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR),” jelasnya.  

Beliau berkata, ia bukti komitmen Kerajaan Malaysia terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui UNDRR Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan menjadi aspirasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat. – HARAKAHDAILY 26/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, Terengganu, Kelantan akan terus membangun bersama Islam. Roh Islam akan terus menyusup menyinari pembangunan cahayanya ke seluruh negara dan alam maya ini, Insya Allah!

Lebih lanjut sila lihat artikel ini..

Antara penjelasan..

"Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki." -Dr Badlihisham

Dr Badlihisham pula berkata, Tok Guru Nik Abdul Aziz dianggap sarjana dunia sebagai Khalifah Islam yang ke-6 menggantikan kerajaan Khalifah Othmaniah yang tumbang di Turki.

Oleh itu katanya perlu dicari kaedah bagaimana memastikan wujud kesinambungan pentadbiran Islam di Kelantan pada masa akan datang.

Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II pada 1993. Kepimpinan ulama mengambil alih pentadbiran Kelantan pada Oktober 1990.

Amin! 

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Sunday, June 26, 2022

17 ditemui mati di kelab malam Afrika Selatan. M'sia?

 

Mangsa kesemuanya dipercayai berumur antara 18 hingga 20 tahun. - Foto AGENSIJ

17 ditemui mati di kelab malam Afrika Selatan.

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 17 orang muda ditemui mati di sebuah kelab malam di sebuah perbandaran di bandar selatan London Timur di Afrika Selatan hari ini, kata polis.

"Kami mendapat laporan mengenai 17 (orang) yang maut di kedai minuman tempatan di Taman Pemandangan yang berpangkalan di London Timur," kata ketua polis wilayah, Brigedier Thembinkosi Kinana kepada AFP.

"Kami masih menyiasat keadaan sekitar kejadian itu," tambahnya.

Katanya, mangsa berusia antara 18 hingga 20 tahun.

Gambar yang tidak disahkan yang dikongsi di media sosial menunjukkan mayat tanpa tanda kecederaan yang kelihatan, berselerak di lantai kelab.

Televisyen tempatan menunjukkan pegawai polis cuba menenangkan orang ramai yang berkumpul di luar kelab di bandar itu, yang terletak di pantai Lautan Hindi, hampir 1,000 kilometer di selatan Johannesburg. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia, kelab malam kini sebenarnya bukan berfungsi sebagai tempat hiburan, tetapi lebih merupakan pusat maksiat punca merosakkan akhlak remaja. Pihak berwajib perlu mengkaji balik dan melihat dari sudut Islam, sebagai Agama bagi Persekutuan (Perkara 3 Perlembagaan Malaysia).


Aktiviti hiburan catat kesalahan tertinggi semalam - Ismail Sabri. Mac 4, 2021 23:40 MYT

Kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP. - Gambar fail PDRM

KUALA LUMPUR: Aktiviti hiburan merupakan kesalahan tertinggi yang direkodkan sepanjang operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilakukan polis pada Rabu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan berulang itu menjadi antara sebab mengapa kerajaan meningkatkan hukuman kepada mereka yang ingkar SOP.

"Ini kesalahan yang berulang-ulang, tidak peduli dengan apa yang dilaksanakan oleh pihak polis.

"Penganjur kelab malam tersebut, kalau setakat bayar RM1,000, mereka tidak peduli kerana keuntungan yang mereka dapat apabila membuka kelab malam secara haram ini, mungkin berpuluh ribu ringgit satu malam.

"Kalau setakat RM1,000, tidak mendatangkan apa-apa kesan. Jadi sebab itu kita tingkatkan hukuman kepada syarikat sehingga RM50,000 untuk satu kesalahan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelasnya, pada Rabu, sejumlah 499 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP di mana daripada jumlah itu, 492 telah dikompaun manakala empat direman dan tiga lagi dijamin.  Sekian.

Sila lihat..

Mogok angkut baru landa UK.. & Maradona didakwa dibunuh.

 

Platform dan kereta api kosong di Stesen Waterloo semasa aksi mogok minggu ini. - Foto AFP

1. Mogok pengangkutan baru melanda UK, tanah besar Eropah

LONDON: Sistem kereta api Britain sekali lagi terhenti dan penerbangan di Eropah terganggu apabila mogok dalam sektor pelancongan melanda benua itu, hari ini.

Berpuluh-puluh ribu pekerja kereta api di United Kingdom (UK) melakukan tindakan mogok sepanjang hari hingga menghalang rancangan hujung minggu orang ramai.

Hanya kira-kira satu perlima perkhidmatan beroperasi pada waktu sangat terhad dan beroperasi lebih lewat pada waktu pagi daripada biasa, tamat seawal jam 6.30 petang (waktu tempatan).

Kesatuan kereta api RMT menegaskan tindakan mogok itu perlu berikutan gaji yang tidak seiring dengan inflasi UK, yang telah mencecah paras tertinggi sepanjang 40 tahun dan dijangka terus meningkat.

Setiausaha Agung RMT, Mick Lynch, berkata ahlinya bertahan untuk mendapatkan kenaikan gaji dan jaminan pekerjaan.

"Dalam ekonomi moden, pekerja perlu diberi ganjaran sewajarnya untuk kerja mereka, menikmati keadaan yang baik dan mempunyai ketenangan fikiran bahawa pekerjaan mereka tidak akan diambil dari mereka," katanya.

Ketua Eksekutif Network Rail, Andrew Haines, berkata keputusan RMT untuk melaksanakan satu lagi tindakan mogok yang tidak perlu bermakna penumpang akan berdepan kesusahan.

"Sebahagian kecil kereta api akan beroperasi dengan kereta api bermula lewat pada waktu pagi dan berakhir lebih awal pada waktu petang," katanya.

Britain, seperti kebanyakan Eropah, mengalami inflasi yang tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang tidak stabil, meningkatkan prospek mogok musim panas di seluruh benua.

Kakitangan dari syarikat penerbangan tambang rendah Ireland, Ryanair melancarkan mogok di Sepanyol, Itali, Perancis, Portugal dan Belgium hari ini, memaksa pembatalan dua penerbangan antara Lisbon dan Brussels.

Sektor penerbangan sedang bergelut untuk pulih daripada pandemik COVID-19, yang membawa kepada pemberhentian besar-besaran apabila perjalanan antarabangsa ditangguhkan.

Berhadapan dengan kekurangan kakitangan, Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam terpaksa mengumumkan awal bulan ini bahawa ia akan mengehadkan bilangan pengembara pada musim panas ini dan membatalkan penerbangan.

Kekurangan itu telah menyebabkan beratus-ratus penerbangan dibatalkan, manakala jumlah barisan menunggu telah menimbulkan kemarahan pelancong. - AFP


2. Maradona didakwa mati dibunuh: Kakitangan perubatan bakal dibicarakan 

Diego Maradona pernah mengecap nama sebagai salah seorang pemain bola sepak terbaik dan tersohor di dunia. (FOTO SSC Napoli/Getty Images)

BUENOS AIRES: Lapan kakitangan perubatan akan dibicarakan atas tuduhan jenayah cuai susulan kematian pemain bola sepak legenda Argentina, Diego Maradona.

Hakim mahkamah tinggi Buenos Aires, menurut laporan BBC telah memerintahkan perbicaraan atas kesalahan melakukan pembunuhan secara cuai selepas panel perubatan mendapati rawatan yang dijalankan terhadap Maradona terbukti penuh dengan muslihat, atau apa yang dilabelkan sebagai  ‘kekurangan dan penyelewengan’.

Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020 akibat serangan jantung di kediamannya di Dique Luján, Buenos Aires, pada usia 60 tahun, biarpun beliau sebenarnya telah pulih dan dalam fasa berehat di rumah selepas menjalani pembedahan susulan pembekuan darah pada otaknya, awal bulan itu.

Beberapa hari selepas kematiannya, pendakwa raya Argentina melancarkan siasatan ke atas doktor dan jururawat yang terlibat dalam penjagaan kesihatan bekas pemain kelab tersohor, Boca Juniors, FC Barcelona  dan SSC Napoli itu.  
Legenda bola sepak ini meninggal dunia ketika berusia 60 tahun pada 25 November 2020 (FOTO The Insider.com)

Pada tahun lalu, panel 20 pakar perubatan lain yang dilantik untuk memeriksa kematiannya mendapati pasukan perubatan yang merawat Maradona itu bertindak dalam ‘cara yang tidak wajar, kurang dan melulu’.

Pemeriksaan itu juga membuat kesimpulan bahawa Maradona ‘akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk terus hidup’ dengan rawatan yang mencukupi jika dirawat menggunakan  kemudahan perubatan yang sesuai, yang menurut keputusan mahkamah.

Antara individu yang menghadapi pertuduhan, lapor BBC, termasuklah pakar bedah saraf dan doktor peribadi Maradona, Leopoldo Luque; pakar psikiatri dan psikologi, dua doktor perubatan, dua jururawat dan penyelia mereka.  
Maradona menjulang trofi kemenangan Argentina 3-2 ke atas Jerman Barat pada perlawanan bola sepak akhir Piala Dunia di Stadium Azteca, Mexico pada 29 Jun 1986 (FOTO AFP/Carlo Fumagalli)

Kesemua tertuduh telah menafikan bertanggungjawab atas kematian Maradona, yang mana kelapan-lapan mereka akan dibicarakan mengikut definisi undang-undang pembunuhan berdasarkan kecuaian yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia boleh membawa kepada kematian individu.

Kesalahan atas jenayah itu, menurut kanun keseksaan Argentina boleh membawa kepada hukuman penjara antara lapan hingga 25 tahun. Tarikh perbicaraan bagaimanapun masih belum ditetapkan.

Mario Baudry, peguam untuk Diego Fernando, salah seorang anak lelaki Maradona, memberitahu Reuters bahawa legenda bola sepak itu ‘dalam keadaan tidak berdaya’ pada saat kematiannya. 
Maradona di samping Dr Leopoldo Luque pada 12 April 2020. (FOTO EFE)

“Sebaik sahaja saya melihat punca kematiannya, saya berkata ia adalah satu pembunuhan. Kami sudah lama berjuang (untuk keadilan buat Maradona) dan inilah (perbicaraan lapan kakitangan perubatan yang merawat Maradona) hasilnya,” katanya.

Prosiding undang-undang itu didorong oleh aduan yang difailkan oleh dua anak perempuan Maradona, iaitu Guininna dan Jana yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan mengenai rawatan susulan terhadap bapa mereka selepas pembedahan otak berkenaan.

Dalam sidang akhbar penuh emosi pada November 2020, Dr Luque menangis, sambil mengatakan dia telah melakukan semua termampu untuk menyelamatkan nyawa Maradona yang dianggapnya sebagai seorang sahabat baik.  
Kematian legenda bola sepak Diego Maradona kekal menjadi kontroversi sehingga hari ini. (FOTO BBC)

Pada satu ketika, doktor tersebut berkata kepada wartawan dalam sidang media tersebut:
“Andaingin tahu mengenai apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya? Kerana saya menyayanginya (Maradona), kerana telah menjaganya, kerana telah memanjangkan hayatnya, kerana telah memperbaiki tahap kesihatannya hingga ke akhir hayatnya.”

Dr Loque mendakwa dia telah melakukan ‘semua yang dia boleh (untuk menyembuhkan Maradona), sehingga ke tahap mustahil melakukannya’.

Dalam dunia bola sepak global, Diego Maradona merupakan salah seorang pemain terhebat pernah muncul. Beliau merupakan kapten ketika pasukan Argentina memenangi Piala Dunia 1986, menjaringkan gol ‘Tangan Tuhan’ yang tersohor ketika menentang England pada suku akhir.  

Orang ramai memberi penghormatan terakhr buat Maradona di upacara pengebumiannya di Buenos Aires, Argentina pada 26 November 2020. (FOTO AP/Mario De Fina)

Ketika separuh kedua tempoh kerjayanya, Maradona bergelut dengan ketagihan kokain dan diharamkan bermain bola sepak selama 15 bulan selepas diuji positif kokain pada tahun 1991.

Berita kematiannya membuat dunia bola sepak, dan negara asalnya Argentina dalam kesedihan yang mendalam, dengan beribu-ribu peminatnya beratur berjam-jam untuk berjalan mengiringi berhampiran kerandanya di istana presiden di Buenos Aires.

Namun Maradona yang pada kemuncak kerjayanya merupakan salah seorang atlet yang menerima gaji tertinggi di dunia, dan menurut en.as.com mengumpul aset kekayaan mencecah AS$50 juta.  

Peguam Mario Baudry mendedahkan kekayaan yang dikumpul Maradona telah dirompak pihak tertentu sejak 2014. (FOTO NewsyList)

Sementara menurut laporan Marca.com pula, aset kekayaan Maradona yang ditinggalkan buat keluarganya dianggarkan antara AS$75 juta hingga AS$90 juta yang termasuk kereta-kereta mewah seperti Rolls Royce Ghost dan BMW i8, serta pelbagai hartanah.

Dalam pada itu The Mirorr bertarikh 15 Februari 2021 melaporkan kenyataan Baudry bahawa lima orang anak Maradona berkongsi peninggalan hanya sebanyak AS$4.9 juta daripada jumlah sebenar kekayaannya, AS$92 juta.

“Diego (Maradona) memiliki jumlah kekayaan mencecah AS$92 juta tetapi hanya AS$4.9 juta telah muncul dalam akaun banknya bersama aset hartanahnya yang terdiri daripada sebuah apartmen kecil, sebuah rumah lama milik Diego dan dua buah kereta.

“Diego memperoleh banyak wang hasil kerjayanya yang gemilang dalam dunia bola sepak tetapi masalahnya ialah dia tidak memilikinya kerana telah dirampas pihak tertentu sejak tahun 2014 lagi,” tegas peguam itu.  

Maradona diketahui umum menjalani rutin kehidupan dengan penuh kemewahan ketika di era puncak kerjayanya. (FOTO en.as.com)

Namun menurut Express.co.uk, ketika kematiannya, Maradona meninggal dunia bukan sebagai jutawan mahupun dengan gelaran ‘orang kaya’.

Ini kerana nilai bersih aset Maradona dianggarkan hanya kira-kira AS$100,000, yang dikaitkan dengan masalah ketagihan kokain dan alkohol, kesihatan, undang-undang dan kewangan sehingga menyebabkan kekayaannya berkurangan dengan banyak.

Sedangkan sepanjang kerjayanya sebagai pemain dan jurulatih bola sepak, beliau memperoleh puluhan juta dolar melalui gaji dan tajaan syarikat-syarikat bisnes gergasi.

Dia pernah menantandatangani kontrak yang mencatat rekod dunia dalam kariernya ketika menyertai Barcelona dan SSC Napoli, dan merupakan salah seorang pemain bola sepak dengan bayaran tertinggi di dunia.  

Di zaman kemuncak kerjayanya sebagai pemain bola sepak, Maradona meraih kegemilangan bersama kelab bola sepak Itali, SSC Napoli dan Argentina. (FOTO Daily Mail)

The International Business Times melaporkan bahawa kontrak Maradona dengan SSC Napoli memperoleh habuan gaji sebanyak AS$3 juta, bersama dengan sokongan tajaan mencecah AS$10 juta, yang menjadikan jumlah keseluruhan AS$13 juta menyamai lebih daripada AS$26 juta nilai mata wang pada hari ini.

Selain itu, beliau juga menguruskan tujuh kelab bola sepak, termasuk membimbing Argentina ke Piala Dunia 2010. Salah satu peranan terakhirnya sebagai jurulatih ialah di Mexico, yang mana dilaporkan dia memperoleh AS$150,000 sebulan sepanjang kontraknya untuk hanya 11 bulan itu di negara itu, yang bermakna secara keseluruhan dia memperoleh AS$1.65 juta.

Dalam laporannya, Express.co.uk mendedahkan ketika bermain untuk SSC Napoli antara 1984 dan 1991, Maradona mempunyai jumlah cukai yang tidak dibayar mencecah sebanyak AS$22.5 juta.  

Maradona sering menjadi tumpuan media sepanjang tempoh berada di kemuncak kerjayanya dalam industri bola sepak global. (FOTO The Times)

Jumlah hutang itu telah diumumkan oleh pihak berkuasa Itali pada 2009, dengan majoriti rang undang-undang menyebutnya sebagai bayaran untuk yuran dan faedah berjumlah AS$14.05 juta.

Sementara menurut laman sesawang Celebrity Net Worth, selama bertahun-tahun polis Itali telah merampas aset Maradona termasuk barangan kemas bagi melangsaikan hutang cukainya, yang dikatakan mencecah kira-kira AS$25.7 juta.

Sepanjang hayatnya Maradona bagaimanapun berterusan mendakwa beliau telah menjadi sasaran secara tidak adil pihak berkuasa Itali yang didakwa gagal memaklumkan kepadanya tentang bil cukai sepanang tempoh bermain untuk SSC Napoli di Itali. 

Maradona dikatakan meninggalkan antara AS$75 juta hingga AS$90 juta harta untuk diwarisi keluarganya. (FOTO Marca.com)

Pada 2016, bintang bola sepak itu memberitahu akhbar Itali, Corriere della Sera bahawa denda untuk bil cukainya sudah dibayar pada 2003.

“Saya tidak berhutang apa-apa lagi. Mereka (pihak berkuasa Itali) telah memburukkan saya secara tidak adil sejak 25 tahun lalu dengan bayaran cukai AS$24.5 juta dan dengan denda lambat bayar cukai AS$21.4 juta atas dakwaan melanggar arahan membayar cukai yang kononnya telah diputuskan oleh hakim tetapi ia sebenarnya tidak wujud,” katanya kepada akhbar itu.

“Saya tidak mahu sesiapa pun berada dalam situasi saya. Saya tidak berhutang dengan sesiapa pun. Ramai orang perlu bertaubat atas apa yang telah mereka lakukan kepada saya kerana, walaupun tidak bersalah, mereka telah memperlakukan saya seperti seorang penjenayah yang paling teruk,” tambahnya.

Namun di sebalik dakwaannya, pihak berkuasa Itali menegaskan Maradona masih mempunyai baki berpuluh-puluh juta dolar pada bil hutang cukainya. 

Nombor jersi 10 dan nama Maradona akan kekal dikenang sebagai legenda dunia bola sepak global. (FOTO The Mirror)

Kebergantungan Maradona kepada kokain dan alhohol dalam pada itu bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatannya, tetapi juga kerjaya dan kedudukan kewangannya.

Pada 1991, beliau telah didenda sebanyak AS$70,000 oleh tribunal bola sepak Itali kerana kehilangan perlawanan dengan SSC Napoli yang menyaman Maradona kerana didakwa mencemarkan reputasi kelab tersebut akibat penglibatannya dalam penggunaan dadah.

Pada 2014 Maradona dalam kenyataannya kepada Tyc Sports Argentina berkata: “Saya memberikan lawan saya kelebihan besar kerana penyakit yang dialami saya ini. Adakah anda tahu saya akan jadi pemain (bola sepak) jenis apa, jika saya tidak mengambil dadah?”

“Saya berusia 53 tahun tetapi seperti sudah berusia 78 tahun disebabkan hidup yang saya jalani ini tidak normal. Saya telah hidup selama 80 (tahun) dengan kehidupan yang saya lalui ini.” – HARAKAHDAILY 23/6/2022

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Konsert Jom Heboh. Ke arah hiburaan patuh syariat?

 

Penyanyi remaja, Irfan Haris menghiburkan penonton Konsert Jom Heboh menerusi tiga lagu popular. - NSTP/Aziah Azmee

Selautan penonton hadir menyaksikan persembahan penyanyi baharu dan lama di Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya, malam ini. - NSTP/Aziah Azmee

HALAMAN HIBURAN

PUTRAJAYA: Lebih 10,000 penonton melepaskan kerinduan menyaksikan Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Anjung Floria, di sini, malam ini.

Kembali memeriahkan kalendar hiburan negara, konsert itu menampilkan penyanyi baru dan lama seperti Siti Nordiana, Ara Johari, Irfan Haris, Ashtin, Insomniacks, Aman Aziz. Neon, Ashtin, Roshan Isaac dan Unknown.

Pada konsert itu, setiap artis mendendangkan tiga lagu kecuali Siti Nordiana menyampaikan tujuh lagu, sekali gus, menutup tirai persembahan.

Penonton dihiburkan dengan penampilan khas penyampai radio Media Prima Audio (MPA) iaitu AG, Ally Iskandar, Haiza dan Ayu yang bertindak sebagai hos.

Barangkali terlalu rindu dengan penganjuran persembahan terbuka, kebanyakan penonton hadir bagaikan melepaskan 'gian' dengan menyanyi bersama barisan artis menjayakan konsert.

Malah, ada ketika, aksi mereka bagaikan penyanyi latar yang mengiringi persembahan penyanyi konsert.

Dibawakan khas oleh Hot FM, Molek FM dan Buletin FM konsert berdurasi tiga jam, bermula jam 9 malam itu boleh distrim secara eksklusif menerusi tonton.com.my.

Terdahulu, pengunjung berpeluang beramah mesra dengan pelakon drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen dan Anna Jobling serta Ummi Nazeera dan Zara Zya (Risik Pada Hati).

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir di Karnival Jom Heboh, Putrajaya. - NSTP/Eizairi Shamsudin  

Gemuruh tepukan 10,000 penonton


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails