Tuesday, June 28, 2022

Hijab: Gadis Mesir dibunuh ganas di kampus..

 

Lokasi kejadian Naira Naira Ashraf Abdelkader mati dibunuh di Universiti Mansoura, Mesir pada 20 Jun 2022. (FOTO Celebrity Buzz)

Kontroversi isu hijab gadis Mesir maut dibunuh di kampus

KAHERAH, MESIR: Pembunuhan kejam seorang gadis yang maut ditikam dalam kejadian berlaku di kawasan kampus pengajiannya di sini telah menggemparkan dunia Arab, sehingga mencetuskan kontroversi berkaitan isu pemakaian hijab dalam kalangan wanita Islam di negara Teluk, selain kredibiliti kerajaan Mesir sebagai pelindung kepada keganasan berleluasa terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di negara itu turut dipersoalkan.

Menurut laporan Arab News dan shethepeople pada Ahad (26 Jun), ia adalah susulan campur tangan masing-masing oleh bekas pengacara TV kontroversi yang juga profesor di Universiti al-Azhar, Mabrouk Attia; dan badan hak asasi kemanusiaan antarabangsa, Amnesty International terhadap kematian Naira Ashraf Abdelkader.  

Naira, 21, pelajar tahun tiga fakulti sastera, Universiti Mansoura di utara Mesir, meninggal dunia di tempat kejadian akibat leher dan badannya dikelar pada pagi Isnin (20 Jun) lalu di  pintu pagar universiti tersebut ketika dia dalam perjalanan menuju ke dewan kuliahnya.

Suspek kejadian yang tular di media sosial melalui rakaman video itu ialah seorang pelajar lelaki tahun tiga fakulti seni di universiti yang sama  dikenali sebagai Mohamed Adel, 21, yang mana motif kejadian dikatakan selepas Naira menolak lamaran kahwin pemuda yang merupakan penghendap obsesif di Facebook miliknya.

Menurut kenyataan polis sebelum ini, suspek yang sebelum ini ditahan di lokasi kejadian oleh orang ramai telah disoal siasat mengatakan bahawa dia didorong untuk membunuh Naira kerana gadis itu enggan berinteraksi dengannya di Facebook, selepas dia melamarnya di media sosial itu. 

Pihak Pendakwa Raya menurut laporan  egyptindependent, telah memutuskan pada Selasa (21 Jun) untuk menahan suspek selama empat hari, sementara menunggu siasatan.

Dalam pada itu, Egypttoday dan AFP melaporkan Mohamed Adel membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Jenayah Mansoura, yang terletak 130 kilometer di utara Kaherah pada Ahad (26 Jun) bahawa dia membunuh Naira dan waras sepenuhnya ketika melakukan ‘jenayah terancang’ itu. 

Pihak pendakwa raya menurut Egyptindependent telah mewujudkan keterangan di hadapan tertuduh daripada keterangan 25 saksi, termasuk pelajar, anggota keselamatan universiti, dan pekerja kedai yang berasa di sekitar lokasi kejadian.

Keluarga dan rakan mangsa juga memberi keterangan bahawa defendan pernah mengganggu dan mengugut mangsa  kerana  enggan menerima lamarannya yang dibuat melalui  Facebook  untuk mengahwini Naira, dan dia cuba lebih daripada sekali untuk memaksanya berbuat demikian, yang menyebabkan mereka melaporkannya kepada polis.

Sementara, laporan Egyptindependant turut berkata bahawa mahkamah berkenaan telah menangguhkan perbicaraan tertuduh ke hari ini, Selasa (27 Jun) bagi memberi lebih masa kepada peguam bela untuk meneliti lebih lanjut kes itu. 

Mabrouk Attia menimbulkan kontroversi melalui kemunculan video yang tular di media massa. (FOTO YouTube)

Dalam pada terpaksa menghadapi tekanan emosi akibat kematian Naira dan kini menghadiri perbicaraan mahkamah, keluarga mangsa menjadi semakin tertekan apabila Mabrouk Attia dalam video tular di media sosial pada Isnin (20 Jun) mengulas tentang  kejadian tragis itu bahawa golongan wanita Islam di negara-negara Teluk khususnya wajib memakai hijab bagi menghalang lelaki daripada membunuh mereka.

“Golongan wanita seharusnya bertudung sepenuhnya jika mereka tidak mahu ‘menghadapi nasib yang sama’ seperti pelajar universiti Mansoura itu.

“Setiap wanita hendaklah bertudung, untuk hidup. Mereka harus memakai pakaian yang longgar supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi … anda berada dalam kalangan  ‘raksasa’,” tegas profesor di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar itu dalam video berkenaan. 

Naira Ashraf mati dibunuh oleh suspek yang sudah lama menhendapnya di media sosial miliknya. (FOTO News Unzip)

Walau bagaimanapun menurut laporan  Egyptindependent lagi, sebilangan penyokong badan hak asasi wanita, Majlis Kebangsaan untuk Wanita (NCW), dan pengguna media sosial mengecam kenyataan Attia itu dengan memfailkan aduan rasmi di hadapan ketua pendakwa raya, dan menuduh lelaki itu melakukan beberapa kesalahan undang-undang, termasuk menghasut melalui ucapan benci dan keganasan terhadap golongan wanita Mesir khususnya

Satu catatan di media sosial menjelaskan bahawa Attia secara memalukan telah menyalahkan Naira dibunuh kerana dia tidak memakai tudung. 

Kami selalu diberitahu ‘menutup (aurat) anda’, ‘jangan memprovokasi lelaki, ‘bersederhana’. Namun, ia bukan tentang mengajar lelaki cara berkelakuan dan menghormati wanita. Kami enggan hidup dalam ketakutan,” ulas seorang pengguna di media sosial.  

Nihad Aboul Qumsan mengecam tindakan yang dilakukan Mabrouk Attia. (FOTO Egyptianstreets)

Namun, selepas meraih kecaman ramai termasuk Universiti Al-Azhar sendiri, profesor di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Al-Azhar itu pada Rabu (22 Jun) telah mengumumkan bahawa bahawa dia akan memadam akaun media sosialnya.

“Video itu jelas… Saya tidak mengatakan bahawa gadis itu tidak bertudung atau keluar tanpa menutup rambutnya… Saya tidak membenarkan pembunuhan itu atas nama tudung,” ujarnya,

Bertindakbalas terhadap video Attia, Majlis Kebangsaan untuk Wanita (NCW) menurut egyptindependent telah menyerahkan laporan kepada Pendakwa Raya yang mengecam kenyataan berkenaan.

NCW berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Attia di akaun Facebook peribadinya, yang  mana dia menulis: “Jika anda mahu melindungi diri anda, pakai tudung semasa keluar.” 

Universiti Mansouri tiba-tiba digemparkan dengan kejadian yang menimpa Naira Ashraf (FOTO admission.zone)

Presiden NCW, Maya Morsy menyatakan kesedihannya yang mendalam atas kematian Naira sambil mengutuk keras kenyataan Attia, dengan menegaskan bahawa seorang pendakwah seperti Atta tidak boleh berkata sedemikian dan menyelar penghinaannya terhadap wanita Islam yang tidak berhijab dan hasutan untuk keganasan dan pembunuhan terhadap mereka, yang merupakan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang. 

Morsy memberi jaminan NCW akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Attia yang dikritik hebat oleh ketua Pusat Hak Wanita Mesir, Nihad Aboul Qumsan, susulan kenyataan dalam videonya itu.

Aboul Qumsan menuduh Attia sebagai telah menyeru keganasan terhadap gadis yang tidak bertudung, dan menegaskan bahawa tindakan undang-undang mesti diambil terhadapnya.

Dalam temu bual telefon dengan hos Azza Mustafa, semasa program Dewan Tahrir, Aboul Qumsan turut berkata dia akan memfailkan aduan dengan Pendakwa Raya terhadap Attia. 

Ahli keluarga Naira Ashraf tidak dapat menahan kesedihan ketika menghadiri perbicraan di Mahkamah Mansoura, Mesir pada 26 Jun 2022. (FOTO AFP/Getty Images)

“Apa yang dia katakan adalah lanjutan daripada rantaian pendapat yang agresif,” katanya.

Beliau menambah bahawa pembunuhan pelajar Mansoura di hadapan kampus universiti itu seolah-olah berlaku di dalam universiti, dan tidak melepaskan tanggungjawab pegawai universiti, katanya.

Dia seterusnya memberi amaran tentang wacana bermusuhan di Internet, dan YouTube khususnya, yang menghasut keganasan terhadap wanita.

“Retorik kebencian, permusuhan dan keganasan mesti dihentikan,” tegas Morsy.

Morsy menambah dalam akaunnya di Facebook pada hari Selasa (21 Jun), bahawa setiap orang yang menentang wanita dan membenarkan keganasan terhadap mereka kerana pakaian mereka – termasuk pendakwah – mempunyai darah Ashraf dan darah mangsa jenayah serupa di tangan mereka.

“Sheikh Mabrouk keluar dengan ucapan yang mengganas gadis dan wanita Mesir, walaupun penampilan atau pakaian tidak membenarkan jenayah, dan kami mempunyai undang-undang yang melindungi kami dan sistem keadilan yang melindungi kami,” kata Morsy.

“Video Attia menghasut dan menghina negara Mesir dan lelaki Mesir; Kerana ia menunjukkan bahawa negara itu tidak mempunyai undang-undang, dan Mesir mempunyai polis, badan kehakiman dan undang-undang yang mempertanggungjawabkan pesalah,” tambahnya.

“Kenyataan ini menunjukkan bahawa ini adalah persekitaran di mana wanita Mesir hidup.”

“Saya menuntut supaya Pendakwa Raya membuka siasatan terhadapnya, dan kami bimbang kenyataan ini akan bertukar menjadi fenomena,” tambahnya. 

Pembunuhan kejam Naira Ashraf menimbulkan isu tentang perlindungan kepada keganasan berleluasa terhadap golongan wanita dan kanak-kanak perempuan di Mesir. (FOTO Getty Images)

Dalam pada itu, shethepeople melapotkan bahawa  Amnesty International telah menyelar pihak berkuasa Mesir sebagai gagal  dalam ‘mencegah dan menyiasat keganasan berleluasa terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan’ di negara itu.

Sementara, Human Rights Watch pula menegaskan bahawa pihak berkuasa Mesir telah ‘melancarkan kempen penangkapan dan pendakwaan yang meluas yang menyasarkan pengaruh media sosial wanita, yang melanggar hak privasi, kebebasan bersuara dan tanpa diskriminasi mereka.

Sementara itu, CNN melaporkan kenyataan pegawai jantina dan hak asasi manusia dan jantina  di Inisiatif Mesir untuk Hak Peribadi (EIPR), Lobna Darwish sebagai berkata bahawa pembunuhan Naira bukan  insiden terpencil memandangkan pihaknya telah  melihat lebih banyak liputan keganasan terhadap wanita.

“Data mengenainya kurang kerana insiden sebegitu tidak didokumentasikan dengan betul oleh kerajaan tetapi kes penderaan dilihat dalam berita hampir setiap bulan yang mana kami melihat corak yang membimbangkan,” katanya.

Bapa Naira, Ashraf Abdelkader, memberitahu  CNN bahawa suspek telah meminta untuk mengahwini anaknya beberapa kali tetapi ditolak dan suspek juga didakwa mencipta akaun palsu untuk mengikutinya di media sosial, tambahnya dan akhirnya dia memfailkan perintah sekatan pada bulan April.

“Naira tidak mahu berkahwin. Dia cuma mahu meneruskan pengajiannya dan bercita-cita mahu menjadi pramugari,” kata Abdelkader. -HARAKAHDAILY 27/6/2022

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

IMF vs BRICS selepas Covit19, Memacu Pemulihan Ekonomi Global..

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

4 comments:

Anonymous said...

IMF vs BRICS selepas Covit19 : BRICS Memacu Pemulihan Ekonomi Global. Malaysia wajib sertai Pakatan BRICS.

Selamat tinggal Dollar America. Bila US Dollar jadi kertas tisu USA bangkrupt dalam masa 24 jam...!! mari kita hancurkan semua oligart ini.

https://youtu.be/_0qpBgq6_ak

BRICS use New Monotary System Finance

Sidang kemuncak BRICS di China mungkin merupakan sidang kemuncak G-8 yang terakhir seumpamanya. Anda tidak akan pernah meneka (berkat keangkuhan yang berpanjangan dan keegoan Barat), tetapi China juga menjadi tuan rumah kepada ketua-ketua kerajaan negara-negara membangun yang dikenali sebagai BRIC (Brazil, Rusia, India, dan China).

Mulai sekarang kita harus bercakap tentang G-20 dan benar-benar maksudkan apa yang kita katakan, dan bukan sekadar memberi kata-kata kepada idea itu. Peralihan imbangan kuasa, kepentingan ekonomi dan strategi geopolitik menjadikan ini penting.

https://youtu.be/k9eS3Xx8qic

No more USD to BRICS

BRIC, dengan 40 peratus daripada populasi dunia tersebar di tiga benua, sudah menyumbang 25 peratus daripada KDNK global.

16 Jun lalu, para pemimpin BRIC bertemu di Yekaterinburg (Rusia), dan mesyuarat mereka juga termasuk wakil kerajaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), yang ahlinya bukan sahaja China dan Rusia, tetapi juga Kazakhstan, Republik Kyrgyzstan, Uzbekistan, dan Tajikistan, selain India, Pakistan, Iran dan Mongolia sebagai pemerhati.

Lambat laun, kepentingan ekonomi BRIC dan SCO perlu diambil kira dengan secukupnya. Dalam sekutu BRICS mereka digugurkan Dolar AS sebagai perdagangan urus niaga dan mereka kembali menggunakan EMAS untuk berdagang.

https://youtu.be/CZkk567VgYg

Turkey Become New member oh BRICS

Seperti yang saya nyatakan dolu dolu ini, Malaysia mesti menjadi yang pertama di negara ASEAN untuk menjadi ahli aktif dalam sekutu BRICS. Bertindak sekarang

Anonymous said...

Pendedahan dari sorg perompak persendirian a.k.a kemaluan negara.
Madey bagi anak kaya..4 billionier muncul..
Najib bagi diri sndiri kaya.. Seorg kleptokrasi muncul...

Anonymous said...

Sama jer ajib ngan atok. Aku tolong kau, kau tolong aku. Dua dua kaya bila jadi pm. Dua dua kaki songlap. Tapi atok king songlap. Billion atok kaut bagi diri dan anak pinak. Laknat sungguh.

Anonymous said...

Atok bukan ada darah mat kilau. Dia ada darah mat kerala. Tu pasai dia peduli apa dgn org melayu. Nanti semua khazanah org melayu dia pulun, kemudian dia kata orang melayu mudah lupa.

Ambil tindakan pengkhianat P/B.Putih. Rasuah jijik.

 


1. Pulau Batu Puteh: Ambil tindakan terhadap pengkhianat

SAYA tertarik dengan gesaan supaya pengkhianat yang mengakibatkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Batu Puteh dikenakan tindakan undang-undang yang tegas. 

Kerajaan Johor melalui Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyatakan bahawa walaupun ada pihak yang beranggapan pulau yang hanya sebesar padang bola itu tidak mempunyai kepentingan dari sudut ekonomi, namun ia cukup bererti dari sudut kedudukan maritim.

Pada 10 Jun 2018 saya telah menulis berkaitan dengan isu Pulau Batu Puteh dengan tajuk Penarikan Semakan Semula Pulau Batu Puteh Rugikan Masa Hadapan Negara dan telah saya siarkan di laman web saya.

https://www.khairulfaizi.com.my/2018/06/penarikan-semakan-semula-pulau-batu.html

Saya juga telah membuat ulasan terhadap perkara ini dalam harakahdaily pada 11 Oktober 2021,

https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/11/tindakan-ph-tarik-semula-semakan-keputusan-icj-rugikan-negara/

Malaysia sebenarnya telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2 Februari 2017 berhubung Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang diputuskan pada 23 Mei 2008.

Sangat jelas bahawa Kerajaan Malaysia telah mempunyai bukti yang kuat dan kukuh melalui tiga dokumen yang dimiliki iaitu tiga dokumen penting untuk dibawa ke ICJ iaitu dokumen telegram sulit pada 1958 daripada Gabenor Singapura kepada Setiausaha Negeri-negeri Jajahan yang mencadangkan pembentukan koridor perairan antarabangsa kira-kira 1.6 kilometer dari pulau tersebut sekali gus menunjukkan beliau tidak menganggap Pulau Batu Puteh sebagai sebahagian daripada wilayah Singapura.

Dokumen kedua pula adalah laporan insiden kapal pada 1958 yang menyebut mengenai ketidakmampuan tentera laut Britain untuk membantu kapal Malaysia yang diekori oleh bot bersenjata Indonesia dekat pulau tersebut kerana ‘kawasan’ itu berada dalam wilayah perairan Johor. 

Manakala dokumen ketiga adalah merupakan peta pada 1962 yang mempunyai nota tulisan tangan pada 1969 yang menunjukkan wilayah perairan Singapura tidak melebihi sekitar Pulau Batu Puteh.

Namun segala-galanya musnah akibat daripada tindakan terburu-buru Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan pada 2018.

Penarikan balik semakan ini terus menjadi satu persoalan yang masih belum terjawab. Pelbagai andaian telah disebarkan namun masih bertemu dengan sebab yang sebenarnya. Dr Mahathir sudah pasti lebih mengetahui alasan-alasannya namun masih juga tidak mendedahkan butiran-butiran tersebut.

Pada 15 Mei 2022, Sultan Ibrahim Iskandar ketika pertemuan dengan Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi menyemak isu dan tindakan perundangan berhubung kes ini menegaskan bahawa sebab-sebab keputusan kerajaan Dr Mahathir untuk tidak meneruskan semakan semula kes itu di ICJ perlu dijadikan pengetahuan umum. 

Tuanku bertitah bahawa ia adalah soal kedaulatan Negeri Johor dan rakyat Johor berhak untuk mengetahui mengapa Kerajaan Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk menarik balik.

Gesaan Menteri Besar Johor untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pengkhianat yang mengakibatkan negara kehilangan hak dan kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh adalah sesuatu yang perlu dilakukan dan pengkhianat ini mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas apa yang telah dilakukannya.

Sekian.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Yang Dipertua PAS Kawasan Kluang – HARAKAHDAILY 28/6/2022


2. Jijiknya rasuah di mata rakyat Kelantan 

BILA bercakap bab rasuah, teringat akan ucapan Allahyarham Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat:

“Dalam Islam integriti dipupuk dalam dua rukun Iman iaitu keimanan kepada Allah dan keimanan kepada hari pembalasan. Dua rukun ini menjadi inti utama bagi menghalang manusia dari melakukan sebarang maksiat.”

Mutakhir ini, ada pihak menyebut kerajaan Kelantan hari ini tidak sama dengan zaman Allahyarham Tok Guru Nik Aziz. Tetapi mereka terpaksa bersetuju bahawa kerajaan di bawah Menteri Besar Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob terus berpegang teguh dengan dua rukun iman di atas.

Dalam kalangan pimpinan utama PAS, tiada seorang pun yang didakwa di mahkamah atas isu rasuah. Manakala jika kita lihat kebelakangan ini, ramai pimpinan utama parti-parti lain didakwa atas pertuduhan rasuah dan pecah amanah.

Dari Umno, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak bekas Presidennya yang juga bekas Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Pekan telah disabit bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk pula sedang berhadapan dengan puluhan tuduhan rasuah.

‘Wakil’ Pakatan Harapan, Lim Guan Eng dari DAP juga Ahli Parlimen Bagan dan bekas Menteri Kewangan serta bekas Ketua Menteri Pulau Pinang pula sedang dibicara di bawah pertuduhan yang sama.

Begitu juga dari MUDA yang baru setahun jagung dalam politik, Presiden parti mereka yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan juga Ahli Parlimen Muar sendiri sedang dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah.

Mereka ini bukan pimpinan bawahan. Mereka semua pimpinan utama parti.

Bila melihat keadaan ini, teringat pula akan kuliah Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hadi. Beliau menceritakan mengenai dialog Abu Sufyan RA dan Raja Rom yang bernama Heraclius. Heraclius ingin tahu mengenai sifat Rasulullah SAW.

Di antara soalan Raja Rom itu berkenaan Rasulullah SAW adalah, “Adakah Muhammad ini pernah melakukan khianat?”. Dan Abu Sufyan menjawab bahawa Baginda tidak pernah mengkhianati amanah.

Dengan sifat itu, Raja Rom itu akhirnya mengakui bahawa inilah ciri-ciri seorang Rasul utusan Allah.

Rasulullah SAW itu contoh terbaik bagi sekalian manusia, dan ciri inilah yang menjadi ikutan pimpinan PAS. Pimpinan PAS tidak pernah didakwa, bukan kerana kelebihan diri sendiri. Manusia itu tidak mulia kerana dirinya, tetapi mulia kerana berpegang dengan ajaran Islam.

Pimpinan PAS, merekalah yang selalu berpesan kepada diri mereka sendiri dan kepada ahli PAS bahawa kita semua hanyalah hamba yang mempunyai Tuhan, dan setelah mati akan dihidupkan kembali untuk bertemu Tuhan kita di Hari Pembalasan.

Dipasak sekuat-kuatnya, mereka yang makan rasuah ini, mungkin kaya di dunia, tetapi pasti miskin papa kedana di akhirat. Diulang-ulang dalam ucapan dan tulisan, sehingga akhirnya rasuah dan pemakan rasuah dilihat jijik! Tidak layak diambil menjadi kawan, apatah lagi untuk diangkat menjadi pemimpin.

Ibarat mudah, seorang yang berwuduk, tidak akan solat di belakang imam yang tidak berwuduk. Lagi parah, jika seorang imam yang terkentut dan seluruh makmum mengetahui dia tidak lagi layak menjadi imam, masih berkeras ingin memimpin solat.

Begitulah halnya dengan parti-parti yang seluruh rakyat Malaysia sudah tahu bahawa pimpinan utama mereka terpalit dengan kes rasuah, tetapi dengan muka tidak tahu malu terus meminta rakyat memilih mereka dan terus bercakap soal integriti. Cakap tidak serupa bikin.

Rakyat Kelantan sedar sepenuhnya, sepanjang 32 tahun PAS mentadbir Kelantan, tidak ada seorang pun pimpinan utama kerajaan negeri yang didakwa di mahkamah di bawah pertuduhan rasuah dan pecah amanah. Di dalam hati rakyat Kelantan ada ketenangan yang menyejukkan, kerana mereka tahu negeri mereka dipimpin oleh ‘ore bejughuh’.

Negeri Kelantan mungkin dilihat mundur di mata manusia, tetapi mulia di sisi Allah. Mulia kerana mengambil agama Allah sebagai dasar dalam pentadbiran. Dan rakyat Kelantan yang masyhur dengan kefahaman ilmu agama, sentiasa yakin bahawa negeri ditadbir oleh kerajaan yang diredhai Allah, pasti akan makmur dan diberkati.

“Dan sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertaqwa, pasti Kami(Allah) akan melimpahkan ke atas mereka keberkatan dari langit dan bumi..” (Al-A’raf: 96)

“Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan jadikan baginya jalan keluar.” (At-Talaaq: 2)

MUHAMMAD NABIL ZULKIFLI
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 25/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu ambil tindakan kepada pengkhianat Pulau Batu Putih... Jijiknya rasuah di mata rakyat Kelantan, mungkin tidak di kalangan pimpinan Pulau Pinang?


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Monday, June 27, 2022

Mi segera perisa & sosej.. mengapa 'babi' jadi mangsa?

 


1. Mi segera perisa daging babi hadiah derma darah

BATU PAHAT: Polis daerah ini membuka kertas siasatan terhadap kes berkaitan pemberian cenderahati yang mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi ketika program derma darah di sebuah pusat membeli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata, pada jam 11.38 pagi tadi, pihak polis menerima satu laporan yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai perkara berkenaan.

"Laporan berkenaan mengenai sebahagian daripada penderma darah menerima bungkusan cenderahati mengandungi mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Siasatan awal mendapati, satu program derma darah anjuran bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat diadakan di sebuah pusat membeli-belah di sini semalam," katanya dalam kenyataan.

Menurut Ismail, selepas selesai menderma darah, penderma darah menerima bungkusan cenderahati daripada NGO berkenaan.

"Sebahagian penerima adalah beragama Islam mendapati di dalam beg berkenaan terdapat mi segera dipercayai berperisa daging babi cincang.

"Susulan kejadian berkenaan, pihak polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menubuhkan satu pasukan untuk menjalankan siasatan lanjut berkaitan dengan kejadian terbabit," katanya.

Katanya, beberapa individu yang terbabit telah dipanggil dan beberapa rampasan turut dilakukan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A/504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara ataupun denda atau kedua-duanya

2. Sosej daging babi dirampas positif ASF April 6, 2022 

SEPANG: Produk sosej daging babi yang dirampas daripada seorang warga China pada 26 Mac lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati positif penyakit Demam Babi Afrika (ASF), menurut Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).

Menurut MAQIS, sosej daging babi seberat 10 kilogram yang dianggarkan bernilai RM350 itu dirampas daripada lelaki warga China yang meletakkannya dalam bagasi tangan.

"Beberapa sampel telah diambil daripada sosej daging babi berkenaan untuk diuji di Makmal Kesihatan Awam Veterinar dan hasil ujian makmal mendapati sosej itu positif untuk pengesanan penyakit ASF," kata MAQIS dalam kenyataan hari ini.

Menurut MAQIS prosedur ujian itu dilakukan bagi mencegah penularan wabak penyakit dan dikhuatiri jika tidak dikawal boleh menyebabkan industri ternakan babi negara terjejas.

"Semua sosej yang dirampas akan dilupuskan mengikut prosedur operasi piawaian yang telah ditetapkan," katanya.

Malaysia mengenakan larangan membawa masuk produk babi dari negara yang mengalami wabak penyakit ASF termasuk penumpang di laluan udara yang membawa bagasi tangan bagi menghalang risiko kemasukan penyakit itu.

Menurut MAQIS penyakit ASF mudah merebak dan mampu menyebabkan kadar kematian yang sangat tinggi hingga 100 peratus babi peliharaan yang boleh melumpuhkan industri ternakan babi dalam masa yang singkat. – BERNAMA 

Komen Weblog Ibnu HasyimMi segera perisa dan sosej.. mengapa 'babi' jadi mangsa? Tapi dalam kes ini tentu tiada kaitan dengan parti DAP...


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Ini, lenyap hanya 'patuh syariah'. & Israel musnah 5 minit..

 

Aksi Pandelela ketika separuh akhir 10 meter platform wanita di Duna Arena, Budapest hari ini. - AFP

1. Pandelela mara ke final Kejohanan Dunia

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong berjaya menempah tiket ke pentas akhir acara 10 meter (m) platform wanita pada Kejohanan Dunia 2022 di Budapest, Hungary.

Atlet berusia 29 tahun itu, dijadual mempersembahkan terjunan pada 7 pagi esok waktu Malaysia (1 pagi waktu tempatan), setelah meraih tempat ketujuh pada pusingan separuh akhir awal pagi tadi.

Beliau berjaya mencatatkan 313.15 mata secara keseluruhan manakala juara dunia 2019 dan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Yuxi, 16, dari China mengungguli pusingan itu dengan kutipan 427.00 mata.

Rakan senegaranya berusia 15 tahun yang juga pemenang emas Olimpik Tokyo Quan Hongchan berada di tempat kedua dengan mengutip 413.70 mata, manakala Caeli McKay dari Kanada menduduki tempat ketiga dengan 336.30 mata.

Pandelela yang memenangi pingat emas Piala Dunia 2021 di Tokyo, adalah atlet paling senior dalam acara 10m platform wanita di Budapest.

Pada edisi 2019, Pandelela menduduki tempat kelima dalam acara 10m platform, namun berjaya membawa pulang perak dalam acara 10m platform seirama wanita bersama gandingannya Datuk Leong Mun Yee. - BERNAMA


2. Peluru berpandu akan musnahkan Israel dalam masa kurang 5 minit 

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh. - Foto AFP

BEIRUT: Peluru berpandu Palestin akan memusnahkan kawasan pendudukan rejim Zionis hanya dalam tempoh beberapa minit sekiranya berlaku konfrontasi ketenteraan baharu antara pejuang Hamas dan rejim Israel.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, yang membuat kenyataan itu dalam ucapannya di Lubnan turut mengutuk sekeras-kerasnya normalisasi hubungan beberapa negara Arab dengan Israel.

"Sejak 74 tahun lalu, Lubnan bersimpati dengan Palestin. Hari ini, kita melihat (pembebasan) Masjid Al-Aqsa kerana kita berada dalam era kemenangan dan pembangunan yang arahnya ditentukan oleh negara kita dan penentangan kita," katanya.

Mengenai pengepungan Israel di Semenanjung Gaza, beliau berkata Gaza berada di bawah sekatan darat, udara dan laut, tetapi pihaknya menggunakan (operasi) Pedang al-Quds untuk melawan Israel.

"Israel menggunakan senjata mereka habis-habisan, tetapi menjadi sasaran serangan peluru berpandu oleh pejuang Briged al-Qassam dan penentangan berasaskan Gaza.

"Sekiranya berlaku peperangan dengan Israel pada masa hadapan, 150 peluru berpandu akan memusnahkan rejim Zionis dalam tempoh kurang dari lima minit," kata pegawai tertinggi Hamas itu.

Haniyeh turut menekankan Zionis dan peneroka Israel tidak mempunyai tempat di al-Quds dan al-Aqsa dengan berkata pihaknya akan memusnahkan impian mereka itu.

"Al-Quds dan Tebing Barat sudah berada di bawah tekanan sejak beberapa tahun lalu untuk membuat rakyat kita melepaskan tentangan dan meninggalkan tanah mereka.

"Operasi Pedang al-Quds akan diteruskan sehingga pembebasan sepenuhnya Palestin," katanya.

Perkembangan terbaru itu berlaku sehari selepas Haniyeh mengecam normalisasi hubungan antara beberapa negara Arab dan Israel sebagai 'sangat berbahaya', sambil menegaskan bahawa tentangan sengit adalah satu-satunya pilihan strategik untuk pendudukan Israel. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Ini, lenyap hanya 'patuh syariah'.. Ertinya 'berpakaian telanjang' dalam sukan negara ini seperti di atas akan lenyap hanya dengan satu arahan patuh syariah oleh pemerintah saja. 

Oleh itu jika anda mahu hal ini berlaku, tentukan dalam PRU15 akan datang ini, PAS atau parti Islam se Malaysia dan kumpulanya beroleh kemenangan. Ertinya dakwah Islam menegakkan syariat Islam dalam negara ini akan berhasil.

Ini dakwah di Malaysia, tetapi bagi rakyat Palestin  "Peluru berpandu Palestin akan memusnahkan kawasan pendudukan rejim Zionis hanya dalam tempoh beberapa minit.." Kata HAMAS.

Jadi, perjuangan kita sama, Allah kita juga sama, cuma berbeza teknik dan tektik, kerana janji Allah juga sama. Di Malaysia guna 'peti undi', sedang HAMAS guna 'peluru berpandu'.

Gunalah undi anda sebaik-baiknya, kerana ia akan di nilai di akhirat!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails