Monday, August 01, 2022

Air K'tan, Menteri PAS buat apa? Lompat parti `dosa’ ..

 


1. Air Kelantan: Kerajaan negeri dan Menteri PAS buat apa?

MENARIK jawapan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkenaan isu air Kelantan di Dewan Rakyat sekali gus menjawab persoalan apa yang PAS buat bila jadi Kerajaan Persekutuan dalam isu air Kelantan.

Mari kita lihat apa yang Menteri KASA dari PAS buat. Yang demo duk kata dah Menteri Air dari PAS ada buat gapo, nie hok dio buat: 

1. Naik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dengan anggaran peruntukan bernilai RM207.2 juta melalui pinjaman kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang dijangka akan siap menjelang tahun 2025. LRA yang terlibat adalah:

i. LRA  Chicha Fasa 2 berkapasiti 10 juta liter harian (JLH)

ii. LRA Tanjung Mas berkapasiti  30  juta  liter  sehari  (JLH)

iii. LRA  Bukit  Chupak berkapasiti 10 JLH 

2. KASA juga telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan LRA Bersepadu TAPS Machang berkapasiti 500 JLH di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RP3 RMKe-12). Cadangan ini akan melibatkan pembekalan air ke hampir keseluruhan  jajahan di Kelantan terutamanya Kota  Bharu, Machang, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Pasir Mas dan Tanah Merah.

3. Program Pengurangan Air Tidak Berhasil (NRW) Kebangsaan berjumlah RM69.95  juta dijangka siap pada tahun 2022. Skop kerja termasuk pemasangan meter System Input Volume (SIV), penggantian meter pengguna, pembaikan tangki-tangki dan penyediaan Geographic Information System (GIS); dan

4. Pembangunan Sumber Air: Kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan (Fasa 2) telah bermula sejak 26 Januari 2022 dengan tempoh kajian selama 18  bulan. Kajian  ini bertujuan untuk mengkaji potensi pembangunan sumber air permukaan di lembangan-lembangan sungai di Negeri Kelantan untuk cadangan pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS). 

Dalam tak sampai dua tahun jadi Menteri pelbagai inisiatif telah dibawa oleh Menteri KASA ke Kelantan untuk selesaikan masalah air.

Mujurlah PAS jadi sebahagian Kerajaan Persekutuan.

Kalaulah tiada penindasan dan kezaliman dari BN ketika jadi Kerajaan Persekutuan dahulu, rakyat Kelantan tidak perlu berhadapan dengan masalah ini sekarang.

Kerajaan Negeri pun tak goyang kaki dengan peruntukan yang ada, Kerajaan Negeri telah peruntukkan RM49 juta untuk bangunkan Mini LRA bagi cukupkan air. Ianya melibatkan:

1. Mini LRA Teluk Mesira
2. Mini LRA Ketereh
3. Mini LRA Jelawat
4. Mini LRA Wakaf Baharu
5. Mini LRA Kg Perol
6. Mini LRA Meranti
7. Mini LRAKedai Buluh
8. Mini LRA Tendong

Termasuklah beberapa projek lain pun sudah siap dibina dan dinaik taraf, antaranya:

1- Loji Rawatan Air Kg Telok, Kota Bharu

2- Projek Baik Pulih Loji Rawatan Air Wakaf Bharu, Tumpat

3- Pemasangan Paip Tangki Lepan Jaya, Gua Musang

Fakta-fakta ini membukti Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri KASA dari PAS tidak berdiam diri menyelesaikan isu air di Kelantan.

Jika ada yang masih tanya apa yang PAS buat dalam isu air di Kelantan. Ambik fakta ini beri pada mereka atau yang kita tahu orang politik yang buat tanya, ambil rembah atas muka.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 30/7/2022


2. Akhirnya lompat parti adalah suatu `dosa’ 

Suasana di Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen membuat pengundian bagi Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.

Lompat parti membabitkan wakil rakyat, sama ada yang bergelar Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang.

PAS yang ditubuhkan pada 1951 adalah antara parti politik terawal yang menerima kesan buruk akibat amalan lompat parti yang menyaksikan kerajaan PAS di Terengganu dijatuhkan pada 1961.

Dalam pilihan raya negeri selepas kemerdekaan pada 1959, PAS menawan Kelantan apabila menang 28 daripada 30 kerusi DUN. Di Terengganu, PAS juga berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti tipis, iaitu 13 kerusi daripada 24 kerusi DUN.

Namun, krisis kepemimpinan ketika itu menyebabkan kerajaan PAS Terengganu tumbang dalam undi tidak percaya pada 30 Oktober 1961.

Ini berikutan tindakan ADUN Jeram, Ahmad Azzam Mohd Hanafiah dan ADUN Marang, Mohd Taib Sabri Abu Bakar yang ketika itu adalah EXCO Kerajaan Negeri dan Speaker DUN, bertindak keluar dari PAS.

Amalan lompat parti terus berlaku di kebanyakan negeri dengan sesetengah negeri seperti Sabah lebih kronik kerana bukan sahaja lebih kerap, malah dalam skala lebih besar dengan membabitkan bilangan wakil rakyat yang ramai..

Era pasca PRU-14 yang diadakan pada 2018 boleh dianggap sebagai kemuncak amalan lompat parti di Malaysia dengan bilangan Ahli Parlimen yang melakukan tindakan itu mencecah hingga 39 orang.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia, dalam satu penggal Parlimen mempunyai tiga Perdana Menteri dan kerajaan berubah dari blok Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) + Barisan Nasional (BN) + Gabungan Parti Sabah dan Sarawak.

Bagi penganalisis politik, perkembangan ini dilihat sebagai amalan demokrasi negara yang tidak sihat dan membimbangkan.

Namun bagi rakyat, keadaan ini memualkan kerana apa yang dilihat dan didengar ialah ahli politik hanya mahu mempertahankan kedudukan diri dan politik masing-masing.

Hakikat ini diakui sendiri oleh Ahli Parlimen ketika perbahasan RUU ini dengan menjadikan kadar keluar mengundi yang rendah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang rendah, selain golongan muda yang kelihatan menjauhkan diri di PRN Johor.

Antara kebimbangan rakyat ialah jika Perdana Menteri menyandang jawatan tidak sampai dua tahun, bilakah masa untuk memikirkan, merancang dan melaksanakan dasar atau projek yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

Di peringkat negeri, kekalutan juga berlaku selepas PRU-14. Di Sabah, keadaan lebih dramatik apabila Barisan Nasional (BN) Sabah dan Warisan yang dipimpin bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal, masing-masing memenangi 29 kerusi daripada 60 kerusi DUN.

Parti Solidariti Tanah Airku (Star) pimpinan Presiden Jeffrey Pairin Kitinggan, yang memenangi dua kerusi berjanji akan menyokong Tan Sri Musa Aman yang kemudian mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 10 Mei 2018.

Senario di Kuala Lumpur yang menyaksikan kerajaan BN tumbang mempengaruhi suasana politik di Kota Kinabalu. Sehari kemudian, enam wakil rakyat BN lompat parti menyokong Warisan dan memberi laluan kepada Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Dalam tulisan wartawan yang kemudian bekerja di Parlimen Australia, Dr Sarah Miskin, bertajuk “Politician Overboard: Jumping the Party Ship” pada 2003, katanya terdapat beberapa alasan mengapa Ahli Parlimen lompat parti.

Menurutnya, ini termasuk apabila sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dengan cepat seperti pada tahun 1931 dan 1936, banyak lompat parti berlaku di Australia kerana mahu menubuhkan kerajaan dengan segera bagi menyediakan dasar yang cekap untuk menghadapi kegawatan ekonomi ketika itu.

Selain itu, katanya lompat parti boleh berlaku apabila aspirasi parti politik berubah dan apabila ahli politik mempunyai kepentingan peribadi.

Walaupun Ahli Parlimen PH sering menjadikan Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH sebagai contoh lompat parti dan menyalahkan kerajaan sekarang, hakikatnya kerajaan PH sendiri tidak kisah untuk menerima Ahli Parlimen yang melompat menyertai PH.

Kepimpinan PH ketika itu sepatutnya menolak kemasukan Ahli Parlimen BN yang menyertai Bersatu. Hanya apabila terkena batang hidung sendiri selepas Langkah Sheraton, baharu Ahli Parlimen PH membangkitkan isu lompat parti.

Keburukan lompat parti bukan tidak diketahui atau disedari. Profesor Undang-Undang terkemuka, Allahyarham Datuk Salleh Buang, ketika hayatnya pernah mendedahkan bahawa sebanyak 41 daripada 193 negara di seluruh dunia telah melaksanakan Akta Anti Lompat Parti berdasarkan satu kajian dibuat sekitar tahun 2009.

Ini bermaksud, amalan lompat parti adalah isu sejagat dan bukan hanya masalah di Malaysia.

Malah di negara ini, Kelantan adalah antara negeri terawal melakukan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri untuk mengharamkan lompat parti, namun tindakan itu dicabar di mahkamah.

Mahkamah Agung sebagai mahkamah paling tinggi pada 3 April 1992 memerintahkan dalam kes DUN lawan Nordin Salleh bahawa kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS, enakmen mengharamkan lompat parti adalah tidak berpelembagaan.

Ini berikutan undang-undang demikian melanggar Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan kerana menjejaskan hak untuk kebebasan berpersatuan.

Sehubungan itu, pujian perlu diberikan kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang sangat komited untuk meminda Perlembagaan dan membentangkan sendiri Bacaan Kedua (Pindaan Dalam Jawatankuasa) Pindaan Perlembagaan, Rabu lalu.

Begitu juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang bekerja keras melakukan pindaan itu hingga mendapat sokongan lebih dua pertiga dalam undi belah bahagian.

Persoalannya, adakah RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkenaan peruntukan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat menyelesaikan sepenuhnya amalan lompat parti.

Dr Wan Junaidi mengakui bahawa undang-undang ini bukan penyelesaian 100 peratus terhadap semua masalah, tetapi sebagai langkah pertama ke arah itu.

Pada peringkat ini, antara implikasi penting RUU ini ialah untuk memberi isyarat kepada rakyat bahawa ahli politik dan kerajaan serius untuk menangani amalan lompat parti

Inilah yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, ketika perbahasan RUU ini apabila beliau berkata: “Saya sering buka TikTok dan Facebook ahli politik, kadang-kadang kita dikecam oleh orang yang tidak berparti pun. Bagi mereka, orang politik sama sahaja. Cakap tak serupa bikin dan bercakap hanya untuk keuntungan mereka,” katanya.

Mendapatkan semula kepercayaan rakyat penting, terutama dengan anggapan rakyat bahawa ahli politik meraih keuntungan dari segi kewangan atau jawatan dengan melompat parti.

Pada masa sama, Ahli Parlimen perlu mengambil iktibar dengan pindaan Perlembagaan ini, iaitu rakyat menentang lompat parti dan perlu menjadikan rakyat sebagai keutamaan, mengatasi kepentingan diri.

Sama ada pindaan ini akan dapat mengekang amalan lompat parti hanya akan dapat diketahui selepas PRU-15 akan datang. Kemungkinan Ahli Parlimen melompat parti tetap ada dan hanya melalui penambahbaikan dari semasa ke semasa akan dapat menutup sebarang kelompangan dalam Perlembagaan. – HARAKAHDAILY 30/7/22 (Oleh ZIAUDDIN SHARUDDIN)

3. RUU Anti-Lompat Parti pastikan politik negara stabil -Dr Kamarul Zaman

HARI ini, 27 Julai 2022, adalah detik yang amat bersejarah dalam perkembangan politik negara kerana ia menyaksikan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, sendiri membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 bagi mengatasi gejala melompat parti di kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat.

Sebelum ini, empat negeri, iaitu, Sabah, Kelantan, Sarawak dan Pulau Pinang, malahan telah meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri masing-masing bagi menghukum pelompat parti pada 1986, 1991, 1994 dan 2012, tetapi mereka terikat dengan keputusan Mahkamah Agung bahawa pindaan begini adalah tidak berperlembagaan.

Semua pihak akur dengan bahana gejala melompat parti ini, tetapi hanya Ismail Sabri berbuat sesuatu ke atasnya dengan menjadikan pembentangan RUU Anti Lompat Parti sebagai salah satu butiran utama Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai pada 13 September 2021 antara kerajaan dan PH.

Bermula daripada tarikh ini maka bermulalah tugasan berat yang diletakkan ke atas bahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, merangka RUU ini dengan bantuan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sebegitu banyak sesi libat urus dengan pihak berkepentingan, khususnya daripada parti-parti kerajaan dan pembangkang, tetapi juga dengan pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan sebagainya telah dilakukan oleh Dr. Wan Junaidi sehingga melayakkan beliau digelarkan sebagai pakar libat urus.

Saya telah dijemput menyertai sebahagian besar daripada sesi libat urus ini dan dapat menyaksikan sendiri kecekalan dan ketenangan Dr. Wan Junaidi menguruskan pihak-pihak yang terlibat yang masing-masing mempunyai pandangan tersendiri yang selalunya bercanggah pula dengan pandangan pihak-pihak lain.

Setelah selesai sesi libat urus ini dilaksanakan maka Dr. Wan Junaidi terpaksa pula membentangkan hasilnya kepada Mesyuarat Jemaah Menteri yang sama ada memutuskan untuk beliau melakukan lebih banyak sesi libat urus atau membangkitkan beberapa persoalan dasar yang perlu dibuat keputusan oleh pihak beliau.

Tatkala berdepan dengan liku-liku yang mencabar, Dr. Wan Junaidi sentiasa mendapat dukungan kuat Ismail Sabri yang sentiasa menzahirkan komitmen ke atas RUU ini dan yang mengambil pendekatan akomodatif selaras dengan prinsip-prinsip keterangkuman dan kebersamaan di dalam konsep Keluarga Malaysia.

RUU ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April dengan ruang dibuka seluas-luasnya kepada setiap Ahli Dewan Rakyat untuk mengambil bahagian membahaskannya yang berkesudahan dengan kelulusan usul penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk meneliti dan memuktamadkannya. 

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Dr. Wan Junaidi ini dianggotai oleh semua pihak, di mana Umno diwakili oleh Pengerang dan Padang Rengas, BERSATU oleh Larut, PAS oleh Kota Bharu, PBB oleh Sibuti, DAP oleh Puchong, PAN oleh Sepang, UPKO oleh Tuaran, PKR oleh Kulim-Bandar Baharu dan WARISAN oleh Penampang.

Jawatankuasa ini telah mengadakan tujuh mesyuarat untuk meneliti dan memuktamadkan RUU ini, iaitu pada 15 April, 26 April, 12 Mei, 19 Mei, 7 Jun dan 12 Julai, dengan mengambil kira pandangan bertulis yang diterima daripada pelbagai pihak, termasuk pertubuhan masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik dan parti.

RUU ini juga telah ditaklimatkan kepada Ahli Dewan Rakyat (Kerajaan) pada 25 Julai dan kepada Ahli Dewan Rakyat (Pembangkang) pada 26 Julai dalam mana pelbagai pertanyaan telah dikemukakan dan pelbagai jawapan telah diberikan oleh Dr. Wan Junaidi bagi memperjelaskan segala butiran yang terkandung di dalamnya.

Pada akhirnya, sudah tidak ada sebab mengapa RUU ini tidak akan mendapat sokongan 2/3 majoriti Ahli Dewan Rakyat setelah terlalu banyak sesi libat urus dilakukan ke atasnya ditambah catatan sejarah kerana buat pertama kalinya RUU ini dihasilkan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

RUU ini menyatakan dengan jelas apa yang termasuk di dalam kategori lompat parti, iaitu mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti melepaskan keanggotaan atau tidak lagi menjadi anggota parti itu atau mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai Bebas menyertai suatu parti.

RUU ini juga menyatakan dengan jelas apa yang tidak termasuk di dalam kategori lompat parti, iaitu mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti dipecat daripada keanggotaan dalam parti itu, dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat atau partinya dibubar atau dibatalkan pendaftarannya.

Sebelum ini, banyak tentangan diterima bila mereka yang dipecat daripada keanggotaan dalam parti dimasukkan ke dalam kategori lompat parti kerana dikatakan akan memberi kuasa yang terlalu besar kepada sesebuah parti politik untuk mengawal Ahli-ahli Dewan Rakyat yang boleh membuka ruang untuk disalahguna tetapi ia kini telah diatasi.

Sekarang ini masih ada segelintir pihak yang mempertikaikan kewajaran mereka yang setelah memasuki Dewan Rakyat sebagai Bebas menyertai suatu parti dimasukkan ke dalam kategori lompat parti tetapi ia wajar kerana menyertai suatu parti setelah menang di atas tiket Bebas sememangnya adalah jelas mengkhianati mandat pengundi.

RUU ini pastinya akan memelihara keutuhan prinsip demokrasi, dengan memastikan mandat pengundi di dalam sesuatu PRU akan sentiasa dihormati, malah seseorang Ahli Dewan Rakyat yang kerusinya telah menjadi kosong akibat tindakan melompat parti ini juga kini boleh bertanding semula di dalam mana-mana pilihan raya yang berikutnya.

Selain kejayaan peribadi kepada Ismail Sabri, Dr. Wan Junaidi dan semua yang terlibat merealisasikannya, sungguhnya kelulusan ke atas RUU ini adalah satu lonjakan besar yang akan memastikan kestabilan politik tidak tergugat dengan tiada lagi kebimbangan akan berlakunya perubahan kerajaan di tengah penggal akibat gejala melompat parti.

DR. KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF
Pegawai Khas Perdana Menteri – HARAKAHDAILY 27/7/2022

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Pasukan judo negara & taekwondo K'tan di Belanda.

 

Md Nashriq (tengah) bersama Amir (kanan) dan Kamini ketika menjalani latihan di Birmingham.

SUKAN

1. Skuad judo sasar suku akhir

BIRMINGHAM: Pasukan judo negara yang diwakili dua atlet meletakkan sasaran untuk melangkah sehingga ke peringkat suku akhir pada temasya Sukan Komanwel 2022 di sini.

Jurulatih pasukan negara, Md Nashriq Md Nasser berkata sasaran itu adalah realistik berikutan Amir Denial Abdul Majeed dan Kamini Segaran yang menjadi sandaran kali pertama bertanding pada temasya sukan kedua terbesar di dunia itu.

Katanya, Sukan Komanwel adalah kejohanan kedua disertai skuadnya selepas Sukan SEA di Hanoi pada Mei lalu sebaik berakhirnya pandemik COVID-19 kira-kira dua tahun lalu.

"Misi kita di sini adalah untuk melihat dua atlet negara mara sehingga ke peringkat suku akhir. Mungkin sukar kalau melihat senarai lawan yang bakal dihadapi Amir Denial dan Kamini, tapi kita tetap optimis," katanya di sini, hari ini. 

Md Nashriq berkata Amir Denial, 18, dan Kamini, 25, hadir di sini dengan kejayaan memenangi pingat gangsa pada temasya Sukan SEA di Hanoi.

Katanya, itu adalah kejohanan itu adalah pendedahan terakhir mereka sebelum ke sini, selain menjalani latihan berterusan di Nilai dan Pulau Pinang.

"Kejayaan mara sehingga ke peringkat suku akhir adalah penting bagi sukan judo negara. Kita mahu menjadikan temasya di sini sebagai batu loncatan bagi menaikkan imej sukan ini sekali gus berpeluang disenaraikan dalam Program Podium selepas ini.

"Bagi Amir Denial, ia sudah pasti satu pengalaman berharga dalam meneruskan perjuangannya dalam sukan ini. Kalau dia mampu capai sasaran ke suku akhir, ia sudah pasti satu pencapaian membanggakan.

"Begitu juga bagi Kamini yang pada 2019 pertama kali menyertai Sukan SEA. Mereka sudah melakukan persiapan terbaik sebelum ke sini dan kita berharap penyertaan pertama mereka ini akan berhasil," katanya.

Kontinjen negara kali pertama menghantar atlet menyertai sukan judo pada temasya Sukan Komanwel adalah pada 2014 di Glasgow. Pada ketika itu, negara diwakili tiga atlet dan hanya mampu bersaing pada peringkat awal sebelum tersingkir.

Sukan ini tidak diadakan ketika Gold Coast menjadi tuan rumah pada 2018. Pertandingan dijadual bermula pada Isnin ini dengan Coventry Arena, Coventry sebagai gelanggang pertarungan. (BH)

2. 4 belia Kelantan ke kejohanan taekwondo di Belanda 

TUMPAT: Malaysia menghantar lapan atlet mewakili Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) menyertai Kejohanan ITF Dunia 2021 di Amere, Belanda, bermula 26 Julai hingga 1 Ogos.

Empat daripadanya adalah belia Kelantan iaitu Abdul Hadi Ibharim, 32, dari Kampung Perangkap Bunut Susu. Hadi disenaraikan atas kelayakan menjuarai pingat emas dalam acara MGTF National Selection ITF Taekwondo-Do World Championship 2021 kategori Individual Pattern dan Individual Sparring.

Manakala warga Kampung Pulau Tukang Dollah, Pengkalan Chepa, Noor Syazlin Mat Salleh, 24, pula terpilih setelah mengungguli pingat emas dalam Kejohanan UTM Open 2019 bagi kategori Individual Sparring.

Turut terbang ke Belanda ialah Tengku Arifah Syathirah Tengku Mohammad Ariff, 22, dari Taman Guru, Kota Bharu dan Nor Amalia Ismin, 23, setelah merangkul emas dalam kategori Individual Pattern dan Sparringdalam ITF HQ Korea Asia Taekwondo Championship 2018.

Mereka diiringi Jurulatih Norsharifuddin Mohd Rashidi dan Pengadil Sufi Yusuf dan Zamrie Rismawadi Mahmet juga dari Kelantan.

Exco Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Wanita YB Dato’ Mumtaz Md Nawi menzahirkan kebanggaannya dan berharap kontinjen Malaysia meraih kejayaan cemerlang di arena antarabangsa.

“Inilah sebahagian daripada model Genius Abqariah kebanggaan Kelantan. Hebat anak muda kita, cemerlang dalam arena sukan dunia dan terus istiqamah mengamalkan syariah dan memelihara adab,” katanya ketika berkunjung ziarah ke kediaman Nor Amalia di Kampung Periok, Chabang Empat, Tumpat, Ahad lepas.

Beliau diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu YB Mohd Rosli Abdullah yang turut mendoakan semua atlet Malaysia berjaya meraih pingat emas. – UPKN 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pasukan judo negara  & belia taekwondo Kelantan di Belanda. Al-hamdulillah tetap dalam disiplin 'patuh syariah'.

Hibu Hibur Sikit

H2S Pilihan: 17 -Lagu Bola... Silat.


Waris - Lagu Bola (Official Music Video)

WARIS - This Is Pilah (Official Lyric Video)
IWAN FALS - SEPAKBOLA

Video: Santri Santri Silat (Silat Disciples)

Ilmu Silat juga termasuk kegiatan sukan yang baik)

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Tahniah Aniq dan Aznil! dari Ibnu Hasyim. Al-hamdulillah! Tapi...

 

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

1. Sukan Komanwel: Emas buat negara, tahniah Aniq dan Aznil! - PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada dua atlet angkat berat negara yang berjaya memenangi pingat emas dalam acara masing-masing pada Sukan Komanwel 2022 di Birmingham, hari ini.

Perdana Menteri dalam hantaran melalui Facebook beliau, menzahirkan ucapan itu kepada Mohamad Aniq Kasdan yang berjaya menyumbang pingat emas pertama kepada Malaysia pada temasya sukan berkenaan melalui kategori 55 kilogram (kg).

Foto ihsan Facebook Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

"Alhamdulillah, pingat emas pertama untuk kontinjen negara di Sukan Komanwel 2022! Tahniah Mohamad Aniq Kasdan yang cemerlang dengan angkatan keseluruhan 249kg bagi memberi pingat pertama negara.

"Lebih manis, pencapaian Aniq ini merupakan rekod kejohanan yang baharu serta penampilan pertama beliau di kejohanan terbesar dunia

"Syabas saya ucapkan! Semoga atlet kita yang lain akan terus menyumbang lebih banyak pingat buat negara," katanya.

Mohamad Aniq, 20, menampilkan aksi bertenaga sehingga meraih emas dalam kategori 55kg lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengucapkan tahniah kepada seorang lagi atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin yang menyumbang pingat emas kedua negara melalui kategori 61kg pada temasya sukan berkenaan.

"Satu lagi pingat emas daripada skuad angkat berat negara!

"Tahniah Muhamad Aznil Bidin yang berjaya mengekalkan pingat emas yang beliau menangi pada edisi 2018.

Beliau juga berjaya memecahkan rekod kejohanan yang baharu dengan angkatan keseluruhan sebanyak 285kg.

"Ayuh kekalkan momentum ini dan terus berjuang!" katanya.

Anak kelahiran Kedah itu melakukan angkatan snatch 127kg dan clean & jerk 158kg. (BH)


2. Jangan lalai sehingga mampu mereka kembali berkuasa 


AHLI Parlimen Kota Belud dari Parti Warisan, Isnaraissah Munirah telah diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung dua hari dari persidangan berikutan tindakannya mempersoal keputusan Speaker menolak usulnya untuk membahaskan isu tuntutan Sulu baru-baru ini.

Perintah keluar Dewan itu dikeluarkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Mohd. Rashid Hasnon apabila Ahli Parlimen berkenaan enggan duduk dan terus mengganggu perjalanan Dewan. Tindakan Speaker menolak dengan justifikasi usul yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Dewan bukannya sesuatu yang luar biasa. Ianya biasa berlaku termasuklah ketika Pakatan Harapan menguasai Dewan selama 22 bulan.

Menurut peraturan Dewan sebarang usul yang ditolak boleh dirayu melalui surat ke Pejabat Speaker untuk pertimbangan, namun wakil Parti Warisan itu enggan patuh dan mengambil kesempatan menggamatkan Dewan tanpa mempedulikan peraturan Dewan dan keputusan Speaker.

Arahan keluar Dewan oleh Speaker pun bukan sesuatu perkara yang baru malah sering berlaku apabila ada di kalangan Ahli-ahli Dewan enggan mematuhi keputusan dan adab di dalam Dewan. 

Memang pihak pembangkang mengambil-kira Sidang Parlimen kita sekarang disiarkan secara langsung akan sentiasa mengambil kesempatan mencuri peluang untuk mencetuskan ketegangan dan riuh-rendah untuk menunjukkan kononnya mereka sahaja yang berkerja dan prihatin pada nasib rakyat.

Apa yang mahu diutarakan di sini adalah kesatuan blok pembangkang, termasuklah dari PH dan parti-parti lain berkerumun menyokong tindakan wakil Warisan itu dan mendesak Speaker menarik-balik keputusan sehingga mencetuskan huru-hara dalam Dewan. Wakil-wakil pembangkang kelihatan menyekat Bentara Dewan dari menjalankan tugasnya mengiringi Isnaraissah keluar Dewan.

Dalam sekelip mata mereka boleh bersatu, satu nada, satu suara walaupun banyak berbeza sesama mereka semata-mata kerana mahu memalukan kerajaan.

Bukan lagi rahsia bahawa PH dengan Warisan saling berbalah di luar. Warisan enggan bekerjasama dengan PH malah Warisan bercita-cita menjadi parti nasional dan melonjakkan Presidennya sebagai salah seorang calon Perdana Menteri. Dalam PRN Johor Warisan meletakkan calon menentang calon-calon PH.

Walau bagaimanapun demi menangguk di air keruh, demi mahu mencemar dan mengaibkan kerajaan, kononnya kerajaan tidak peduli pada isu Sabah, kononnya kerajaan menyekat suara dan kebebasan Ahli-ahli Parlimen keseluruhan blok pembangkang boleh mengenepikan perbezaan antara mereka itu dan kelihatan bersatu menumpu serangan pada kerajaan ‘Keluarga Malaysia’.

Tidak mustahil mereka yang ‘desperado’ ini boleh sahaja bersatu dan bertaut kembali menjelang PRU ke 15 bagi menghadapi calon-calon parti kerajaan. PH dan Warisan mungkin bermusuhan hari ini, tetapi demi kuasa tidaklah memeranjatkan kiranya mereka masing-masing ‘u-turn’ sebagaimana dalam kes Isnaraisaah, demi mahu menumbangkan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ pimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Kerana itulah parti-parti yang membentuk dan mendukung kerajaan hari ini perlu berhati-hati. Jangan pandang remeh kemampuan pihak pembangkang, benar mereka mungkin telah tertiarap di PRN Sabah, Melaka, Johor dan Sarawak tetapi berteraskan fahaman Machiavelli, ‘matlamat menghalalkan cara’ yang kebanyakan mereka anuti, mereka tidak akan teragak-agak mengenepikan permusuhan mereka, bersatu demi kerana mahu kembali berkuasa.

Lantas, bagaimana dengan parti-parti Melayu yang mendukung kerajaan hari ini? Sudah lupakah kita pada bencana yang datang pada PRU ke-14 lalu, apabila kuasa di peringkat Persekutuan terlepas dari tangan kita dan dikuasai kelompok yang didominasi DAP, lupakah kita?

Blok pembangkang mudah sahaja bersatu ikut kepentingan, malangnya kita lebih membuang masa dan tenaga bertelagah sesama sendiri sedangkan kita duduk mendukung satu kerajaan yang sama. Secara terbuka api kebencian kita nyala dan marakkan, saban hari kita tuduh menuduh dan serang-menyerang sesama sendiri. Musuh sebenar kita seakan tidak nampak sedang keris dan tombak di tangan kita acu dan hala sesama sendiri.

Lihat Warisan yang bukan sebahagian PH tetapi terang-terangan mahu menggantikan PH, namun dalam insiden Isnairaissah ini mereka boleh peluk-memeluk sesama mereka.

Harus kita sedari bahawa rakyat jelata di luar sudah bosan dengan terlalu banyak politiking di sekeliling mereka sejak PRU 2018. Mereka mahukan kestabilan dan kestabilan ini datang dari kemampuan parti-parti politik menunjukkan secara terbuka bahawa mereka serius, menjuarai agenda perpaduan.

Apatah lagi umat Melayu Islam sudah cukup serik dengan bencana PRU 2018 apabila mereka melihat sendiri angkara perbalahan dan ketidakpuasan hati kuasa dan kekuatan politik terlucut dari tangan anak-anak bangsa.

Rakyat khasnya umat Melayu mahu melihat parti-parti Melayu Islam khasnya yang dominan bangkit ke hadapan menjuarai agenda perpaduan. Biarlah politik stabil lantas negara turut stabil.

Tuanku Sultan Selangor baru-baru ini setelah mencemar duli menyaksikan tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, umpamanya telah bertitah melalui kenyataan rasmi Baginda: “Jika dihayati dialog yang digunakan dalam filem ini, ia bertepatan bagi menyampaikan mesej kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.”

Tambah Baginda: “Beta tidak berhasrat mencampuri urusan politik dan pentadbiran negara, walau bagaimanapun Beta merasa bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan pandangan bagi memperbetulkan keadaan, di samping menggesa agar perpecahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu dapat segera dihentikan”.

Semoga semua yang berkenaan dapat segera insaf dan kembali berunding bagi membina penyatuan dan kesatuan ummah yang dituntut dan dikehendaki dengan harapan nasib dan masa depan ummah terjamin dan tidaklah sekali-kali lagi bumi bertuah ini dikuasai pihak lain sebagaimana sebelumnya. 

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 29/7/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimTahniah Aniq dan Aznil! dari Ibnu Hasyim. Al-hamdulillah! Tapi.. Jangan lalai sehingga mampu mereka kembali berkuasa!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Sunday, July 31, 2022

DAP, mana hospital syariah? Terowong, RM300 juta kaji.. X siap.

 


RTB Kelantan tangani banjir, LRT Pulau Pinang cetus banjir

ORANG sakit hati akan sentiasa buat tuduhan menyeluruh yang segalanya huduh untuk Kelantan. Biasanya puak-puak sakit hati ini mengkritik kerana fikiran totok politik hitam-putih kebencian mereka.

Lagu yang selalu dimainkan adalah projek batu asas. Puak-puak berpemikiran toksik ini selalunya bermata juling. Mereka hanya nampak projek batu asas bila dikaitkan dengan Kelantan.

Walhal, projek batu asas di negeri-negeri lain juga wujud, di negeri yang menjadi modal teladan propaganda politik mereka, terus mata yang juling itu jadi buta. Seribu satu alasan muncul bila Hospital Syariah telah jadi modal 2 penggal pilihan raya di Pulau Pinang tapi tak siap-siap.

Ini belum sebut soal projek Terowong yang tak pernah wujud sebarang batu asas tapi Konsultan Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Study) yang membuat kajian menerima 300 juta dan pemaju telah diberi bayaran ganti tanah, serta kondo dah siap di tanah tersebut.

Itulah perangai khadam yang juling dan akhirnya buta mata sampai ke perut dan mulut pula terus bisu bagaikan menelan dedak.

Perkembangan kejayaan projek Ladang Solar Terapung terbesar di Asia Tenggara di Danau To’ Uban akhirnya sedikit membantu memulihkan kejulingan mata mereka.

Selain kecemerlangan perkembangan projek kelestarian teknologi hijau di Danau To’ Uban tersebut, dengan tahap kemajuan Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) fasa satu telah mencapai 60 peratus, maka tak boleh lagi dikata projek ini sebagai projek batu asas. Status semasa sehingga 15 Julai 2022, kemajuan keseluruhan fizikal kerja-kerja di tapak telah nampak hasil sedemikian.

Sememangnya rakyat Kelantan yang tinggal di persisiran sungai Golok dah lama nantikan PLSB atau projek rancangan tebatan banjir (RTB) Sungai Golok ini. Saban tahun, dilanda banjir limpahan air Sungai Golok akibat tebing tinggi daripada negara jiran. Rakyat Negeri Kelantan bukan nak bermewah minta LRT pun. Sekadar minta RTB agar rumah tempat berteduh tidak lagi masuk air bah. 

Bayangkan jika PH DAP terus memerintah, apalah nasib projek penting ini. Pada tahun 2019, situasi berlaku sehingga terpaksa Perdana Menteri pada waktu itu beri peruntukan khas RM400 juta, tiada harapan untuk mengharap apa-apa daripada Menteri Kewayangan untuk mempermudahkan.

Menteri Kewayangan DAP hanya sibuk dengan nak mencari dana projek LRT demi kemewahan pengundi mereka sahaja. Begitulah nasib, penduduk luar bandar seperti di Kelantan begitu tersisih selama ini, apatah lagi nampak semakin parah di era PH-DAP.

Lawatan tapak PLSB bagi tebatan banjir Sungai Golok oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali disambut Ahli Parlimen Rantau Panjang yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Ketua-ketua jabatan kerajaan pusat dan negeri turut hadir pada 27 Julai 2022, Sabtu lalu.

Kehadiran ini amat bermakna untuk rakyat Kelantan yang telah lama bersabar. Berkat kesabaran, insya-Allah projek PLSB Sungai (KESBAN) sekurang-kurangnya fasa 1 dijangkakan siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada 2024.

Projek Kerajaan Pusat ini membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM2.156 bilion adalah penyelesaian jangka panjang kepada keseluruhan masalah banjir yang selama ini berlaku di sepanjang Sungai Golok dan membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang dan Jeli. Pelaksanaan projek ini dibuat secara berfasa bermula dari Rancangan Malaysia ke 11 hingga ke Rancangan Malaysia ke 13. 

PLSB Fasa Satu adalah melibatkan pembinaan ban selebar 13 meter melibatkan hilir Lembangan Sungai Golok di Jajahan Tumpat dan sebahagian Jajahan Pasir Mas. Pembinaan fasa satu meliputi skop utama berikut;

i. Pembinaan struktur pintu air Kuala Jambu.
ii. Pembinaan ban banjir Sungai Lanchang Lemal, 19.84 km.
iii. Pembinaan ban banjir Sungai Golok , 26 km.
iv. Pembinaan ban banjir Sungai Mentua , 8.1 km.

Manakala bagi fasa kedua pula melibatkan baki kerja untuk menyelesaikan masalah banjir secara keseluruhan akibat limpahan Sungai Golok yang melibatkan kawasan tengah dan hulu sungai di sebahagian Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli. 

PLSB Sungai Golok Fasa 2 dengan kos sebanyak RM1.5 bilion telah dimohon di bawah Rolling Plan Ke-2 RMK-12 (RP2 RMK-12) namun kelulusan yang diberikan sebanyak RM456 juta melibatkan skop pembinaan Tembok Banjir Rantau Panjang.

Besar harapan rakyat Kelantan agar projek ini dapat berjalan dengan baik sehingga siap sepenuhnya demi manfaat, kemudahan dan keselamatan rakyat kawasan sepanjang lembangan sungai terjejas. Bukan untuk bermewah, tapi untuk memastikan rumah tempat berlindung lebih 20,000 penduduk tidak dimasuki air lagi.

ZIKRULLAH ISMAIL
Darulnaim Research Centre
29 Julai 2022 – HARAKAHDAILY 29/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP, mana hospital syariah seperti dijanjikan? Terowong, RM300 juta baru kaji.. Bayaran ganti tanah. Semua tak siap. 

Sila jawab DAP?! Muka tak malu, habiskan harta kerajaan! Patut dihukum...

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails