Sunday, September 25, 2022

‘Dark Side’, jenayah seksual bom jangka.. & DBKL surau bergerak.



1. Aktiviti ‘Dark Side’: Jenayah seksual anak muda membimbangkan.  OlehNORHANA MAT ZIN
Senator Dato' Ahmad Yahaya

KUALA LUMPUR: Isu jenayah seksual dalam kalangan anak muda, lebih parah melibatkan golongan terpelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) bukan suatu topik baharu, bahkan telah melibatkan perbincangan yang lumat sejak sekian lama. 

Jika sebelum ini pelajar IPT dikaitkan dengan pertambahan bilangan individu yang dijangkiti HIV di negara ini, khususnya angkara hubungan songsang gay antara lelaki dengan lelaki; terbaharu, negara dikejutkan dengan laporan berita mengenai seorang pelajar lelaki yang boleh diletakkan dalam kategori golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan aneh (LGBTQ+), ekoran kecenderungan seksualnya yang pelik tetapi berbahaya.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin (19 Sept) lalu telah menahan seorang pelajar IPT lelaki warga asing berusia 24 tahun di Seremban, Negeri Sembilan kerana memiliki bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit miliknya, yang mana kesemua mangsa ialah kanak-kanak di luar negara.

Tangkapan dilakukan terhadap suspek oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hasil kerjasama antara PDRM dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS).

Modus operandi suspek yang akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban untuk pertuduhan pada hari ini, Khamis (22 Sept) mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan·Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh membawa hukuman penjara tidak melebihi tiga puluh tahun dan sebatan, adalah dengan menggunakan aplikasi media sosial untuk berkomunikasi dan memerangkap mangsa serta melakukan ugutan bagi mendapat bahan berunsur seksual (sextortion). 

Budaya LGBTQ+ tiada tempat di Malaysia bagi kesejahteraan dan keharmonian berpanjangan masyarakat di negara ini.

Namun, wujud jenayah seksual yang lebih membimbangkan dan sudah menular dalam kalangan anak muda Malaysia secara ‘tersembunyi’, apa yang dikenali sebagai aktiviti ‘ Dark Side’ (DS).

Senator Dato’ Ahmad Yahaya berkata, betapa meruncingnya realiti kerosakan anak muda sekarang ini dengan kebebasan tanpa batasan. 

Sehubungan itu, beliau berkongsi suatu penulisan milik Cikgu Fadli Salleh, seorang aktivis masyarakat yang menceritakan mengenai aktiviti ‘Dark Side’ dalam kalangan golongan anak muda tempatan di ruangan Facebook miliknya. 

Cikgu Fadli mendedahkan bahawa ramai anak-anak remaja di sekolah menengah, pelajar IPT di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan anak-anak gadis Melayu yang telah bekerja terlibat dengan aktiviti DS khususnya melalui Twitter.

“Kelompok ini masing-masing bertukar pasangan songsang serta tidak kurang daripadanya sehingga ke aktiviti kelamin yang tidak sah di sisi agama. 

“Walaupun bergelar status isteri, masih ada juga yang melibatkan diri dengan aktiviti DS.  Ada sebahagiannya pula, berhubung semula dengan bekas pasangan untuk berasmara dan seterusnya merakamkan aktiviti lucah dan sebagainya,” dedah Cikgu Fadli di FB miliknya itu.

Mengulas lanjut, Ahmad menegaskan, aktiviti DS dan HIV yang dikaitkan dengan anak muda tempatan adalah bukti menunjukkan senario itu membimbangkan.

Katanya, selain aktiviti DS yang didedahkan, sebelum ini aktiviti bertukar pasangan suami isteri turut heboh diperkatakan dalam masyarakat mencetuskan kegusaran terhadap tahap masyarakat kita pada hari ini. 

Bom jangka yang bakal meletus

Namun demikian isu ini tidak pernah selesai meskipun ia terlindung daripada lensa dan perhatian umum masyarakat. 

Beliau turut memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah mengeluarkan statistik pada tahun 2021 yang menunjukkan 77 peratus golongan berusia di antara 20 hingga 39 tahun didapati positif HIV. 

Perkongsian Cikgu Fadli Salleh mengenai aktiviti Dark Side di Facebook miliknya.

Dalam pada itu, statistik yang dikeluarkan pada tahun 2020 pula, mendapati 94 peratus daripada keseluruhan 3,146 kes jangkitan baharu menunjukkan faktor utama jangkitan HIV adalah melalui transmisi seksual homoseksual mahupun biseksual. 

Beliau yang juga merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) berkata, lebih mendukacitakan adalah pengidap HIV itu terdiri daripada golongan Melayu yang mengamalkan seks songsang.

“Disebabkan perkembangan teknologi dan arus kemodenan semasa turut mendorong kepada peningkatan jenayah seksual khususnya dalam kalangan anak muda yang sukar untuk ditangani,” ujarnya kepada HarakahDaily

Menurutnya lagi, dalam isu ini tiada siapa yang boleh menafikan bagaimana jenayah seksual semakin membarah dalam masyarakat, tidak terkecuali juga golongan yang masih muda. 

Justeru, beliau berpandangan bahawa kerajaan perlu menggariskan pelan tindakan yang jelas bagi menangani jenayah seksual dalam kalangan anak muda pada hari ini. 

“Pertama, pemantauan terhadap aktiviti jenayah seksual yang berlaku di media sosial perlu dilaksanakan secara berstrategi. 

“Kedua, penggubalan dasar yang khusus untuk menangani jenayah seksual anak muda merangkumi ruang-ruang kerosakan yang masuk ke dalam negara,” ujarnya. 

Katanya, beliau pernah menyebut dalam persidangan Dewan Negara bahawa sudah sampai masanya kerajaan merintis denai untuk mengawal sebahagian kandungan penerimaan siaran langsung seperti Netflix.

“Medium sebegini tetap memberikan merit kepada isu jenayah seksual secara tidak langsung. 

“Hal ini termasuklah produksi drama tempatan yang lebih banyak menggalakkan hubungan ‘couple’ anak muda yang menjadi titik awal kepada jenayah seksual zina pada masa akan datang,” ujarnya. 

Seterusnya, beliau turut berpandangan agar pihak kerajaan dapat menyediakan ruang perundangan yang jelas bagi intervensi jenayah seksual dalam negara khususnya dalam kalangan anak muda. 

Katanya, sudah tiba masanya semua pihak berbincang soal masa depan iaitu berbalik kepada prinsip asas yang dianjurkan dalam Islam iaitu Amar Ma’ruf Nahi Munkar. 

Namun demikian, ujar Ahmad, kerajaan juga perlu bertegas dengan tanpa kompromi untuk menutup segala ruang paparan bersifat pornografi.

Tidak terkecuali sudah tentu aplikasi jaringan geososial yang dikhususkan untuk mencari teman seksual baik buat golongan heteroseksual mahupun homoseksual yang begitu mudah dan meluas diperoleh hanya melalui kecanggihan teknologi telefon bimbit.

“Penyelesaian secara tuntas mesti digerakkan bermula hari ini. Usah biarkan generasi hari ini dan akan datang semakin hanyut ditelan gelombang kerosakan yang menggila. 

“Dunia hari ini bercakap soal kebebasan di sana sini. Kita juga bergelut sama bercakap soal kebebasan sehingga tanpa kita sedar ianya telah melanggar sempadan yang ditetapkan oleh agama. 

“Akhirnya, kesemuanya semakin merekah dan meruncing ibarat bom jangka yang menunggu masa untuk meletus,” tegas beliau. – HARAKAHDAILY 22/09/2022


2. DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat  

Foto DBKL

KUALA LUMPUR: Pengunjung program luar di sekitar ibu negara kini lebih mudah menunaikan solat menerusi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengubah suai satu unit pejabat bergeraknya sebagai surau bergerak.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, berkata surau bergerak menggunakan lori seberat 10 tan itu dilengkapi dengan penghawa dingin serta tempat wuduk dengan kapasiti tangki air 900 liter yang mampu menampung keperluan 600 jemaah.

"Pada satu-satu masa, surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.

"Surau bergerak ini boleh diparkir di kawasan tumpuan orang ramai seperti di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang ditutup kepada kenderaan pada setiap Ahad," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancarannya di sini, hari ini. 

Pada majlis itu, turut dilancarkan kenderaan baharu bagi Skuad Penyelamat DBKL iaitu Rapid Response Vehicle (RRV) yang dilengkapi peralatan kecemasan seperti mesin pemotong besi, gergaji dan pakaian anti lebah.

Ia akan digunakan untuk memberi bantuan kecemasan bencana alam apabila terdapat pokok tumbang atau objek yang menghalang laluan awam selain menangani masalah gangguan binatang liar dan berbisa seperti ular, lebah dan tebuan.

"DBKL sudah ada persefahaman antara agensi penyelamat lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sekiranya membabitkan ancaman haiwan berbisa dan tidak membabitkan nyawa, Skuad Penyelamat DBKL akan memberi bantuan segera," katanya.

– BERNAMA


Komen Weblog Ibnu Hasyim

(i) Awas! ‘Dark Side’ jenayah seksual, bagai bom jangka bakal meletus..  

(ii) Tahniah DBKL, surau bergerak lambang keprihatinan dan kemudahan rakyat. Al-hamdulillah!


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Mengundi adalah jihad fadhu ain.. Babi & karbon HCFC.

 

Abdul Hadi ketika berucap melancarkan Kempen PAS Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millennium Lubuk Merbau di Padang Rengas di sini malam ini. - NSTP/ L MANIMARAM

1. Tanggungjawab anak muda 18 tahun keluar mengundi jihad fardu ain - Hadi Awang

PADANG RENGAS: Tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan Islam ketika agama berada dalam situasi bahaya, menjadi satu kewajipan dalam kategori 'fardu ain'.

Perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengulas soal kewajipan untuk anak muda keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Marang itu berkata, kebanyakan orang muda menganggap tanggungjawab keluar mengundi bagi memilih pemimpin dalam pilihan raya sebagai tidak penting.

"Kebanyakan anak muda menganggap mengundi tak penting, tak perlu keluar mengundi dan tak perlu ambil tahu mengenai politik.

"(Bagi mereka) siapa memerintah sama sahaja, padahal kuasa politik ini menentukan kedaulatan dan kuasa Islam,"katanya ketika berucap melancarkan Kempen PAS Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millennium Lubuk Merbau di Padang Rengas di sini malam ini.

Abdul Hadi menegaskan, menjadi tanggungjawab semua untuk menyampaikan kepada anak muda yang berusia 18 tahun iaitu pengundi baharu bahawa mereka perlu menunaikan kewajipan sebagai mengundi.

"Letakkan ia (mengundi) sebagai satu 'priority' (keutamaan)...ini kewajipan fardu ain,"katanya.

Mengulas lanjut, katanya, dalam suasana orang Islam berada dalam bahaya, jihadnya adalah fardu ain dan bukan lagi fardu kifayah.

Fardu ain merujuk perkara yang wajib dilakukan semua dan berdosa jika tidak ditunaikan. Berbeza fardu kifayah, ia perkara wajib yang dilaksanakan sebahagian masyarakat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Ulama mengatakan apabila Islam sudah berdaulat dan memerintah, jihadnya (berstatus) fardu kifayah, (namun) apabila Islam jatuh dan dalam bahaya jihadnya adalah fardu ain," katanya.

Mengulas mengenai jihad, katanya dalam bab itu, jihad yang dipilih adalah secara damai iaitu melalui pilihan raya dan bukannya cara keras.

"Kita pilih cara pilihan raya cara damai. Kita tak mahu cara bertembung atau berlawan.

"Sehubungan itu wajar bagi setiap orang Islam memahami tanggungjawab untuk mempertahankan Islam ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata sebanyak 7.8 juta pengundi baharu dijangka bertambah pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Daripada jumlah itu, 3.8 juta mewakili golongan muda berusia 18 tahun, sekali gus menunjukkan jumlah pengundi baharu mewakili 34 peratus daripada keseluruhan pengundi.


2. JPV diarah pantau ternak babi punca pencemaran Sungai Rambai 

DENGKIL: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mengeluarkan notis kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi urusan pemantauan ladang penternakan babi yang dikatakan menjadi punca pencemaran di Sungai Rambai di Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menterinya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya telah meneliti laporan lengkap daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berhubung pencemaran sungai berkenaan dan mengarahkan JPV melakukan pemantauan selaku pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penternakan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan Sambutan Hari Ozon Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pemberi lesen iaitu JPV, bertanggungjawab memantau ladang penternakan secara berterusan selain akur pada undang-undang yang telah ditetapkan dan memastikan pihak penternak mempunyai lesen sah untuk beroperasi.

Berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2020, ia meletakkan Sungai Rambai menjadi satu-satunya sungai di Malaysia menghuni tangga teratas sungai tercemar di Kelas Lima berdasarkan Standard Kualiti Air Kebangsaan bagi tempoh dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata KASA komited bagi memulihkan sungai itu daripada tahap kritikal ke satu tahap yang lebih baik, sekurang-kurangnya mempunyai hidupan dalam sungai.

“Sungai Rambai ini kosong, oksigen terlarutnya tiada dan tiada sebarang kehidupan. Ia memerlukan tindakan semua agensi berkaitan termasuk kerajaan negeri untuk melestarikan sungai tersebut,” katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim berkata kerajaan melaksanakan pelbagai usaha dalam melindungi lapisan ozon antaranya menerusi Pelan Pengurusan Penghapusan Hidroklorofluorokarbon (HCFC) secara berperingkat bermula 2012.

Katanya Malaysia meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal pada 21 Okt 2020, bertujuan mengurangkan penggunaan hidrofluorokarbon (HFC) iaitu alternatif kepada HCFC yang merupakan gas rumah kaca yang mempunyai potensi kepada pemanasan global lebih tinggi.

“Komitmen pelaksanaan Pindaan Kigali dijangka mengurangkan pelepasan sebanyak 105 juta tan karbon dioksida setara, manakala suhu global pula dapat dikurangkan sebanyak 0.5 darjah Celcius pada 2100,” katanya.

Hari Ozon Sedunia disambut pada setiap 16 Sept sebagai memperingati tarikh Perjanjian Protokol Montreal Mengenai Kawalan Bahan Pemusnah Ozon yang telah ditandatangani pada 16 Sept 1987.

Tema pada tahun ini adalah Montreal Protocol@35 – Global Cooperation Protecting Life on Earth. – BERNAMA

3. Malaysia berjaya kurangkan HCFC 

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, bersama pemenang pelbagai pertandingan sempena Hari Ozon peringkat kebangsaan.

SEPANG: Malaysia berjaya mengurangkan penggunaan Hidro Kloro Fluoro Karbon (HCFC), iaitu gas rumah kaca sebanyak 287.34 tan Potensi Penipisan Ozon (ODP) atau 64.8 peratus, berbanding sasaran awal 515.78 tan ODP sehingga 2021.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata kejayaan itu dicapai sepanjang Peringkat 2 Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC, iaitu antara 2017 hingga 2022.

Katanya, pelaksanaan Pelan Peringkat 1 antara 2012 hingga 2016 pula berjaya mengurangkan 112 tan ODP, iaitu pengurangan sebanyak 19 peratus, berbanding sasaran awal 10 peratus.

“Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC adalah antara usaha kerajaan untuk melindungi lapisan ozon secara berperingkat bermula pada 2012 sehingga larangan mutlak pada tahun 2040,” katanya ketika melancarkan sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat kebangsaan di Bandar Gamuda Cove di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Dr Zaini Ujang dan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Wan Abdul Latiff Wan Jaffar.

HCFC ialah bahan kimia yang digunakan sebagai bahan pendingin dalam alat penyaman udara bangunan dan sistem penyejuk beku, bahan pengembang dalam pembuatan busa, bahan pemadam api dan pencuci dalam proses industri.

Hari Ozon Sedunia disambut pada 16 September setiap tahun oleh Malaysia dan 197 negara parti kepada Protokol Montreal dengan tema tahun ini ialah “Protokol Montreal@35 – Kerjasama Global Melindungi Kehidupan di Bumi”.

Tuan Ibrahim berkata, Malaysia meratifikasi Konvensyen Vienna bagi Perlindungan Lapisan Ozon dan Protokol Montreal mengenai Bahan Pemusnah Lapisan Ozon pada 29 Ogos 1989.

Katanya, aktiviti antropogenik seperti perlombongan, perindustrian, pertanian dan pengangkutan menyebabkan berbilion tan karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera bumi dan secara tidak langsung memberi impak kepada perubahan iklim di seluruh dunia.

Menyedari perkara ini, katanya Malaysia meratifikasi Pindaan Kigali kepada Protokol Montreal pada 21 Oktober 2020, yang bertujuan mengurangkan penggunaan Hidro Fluoro Karbon (HFC), iaitu alternatif kepada HCFC.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat mengurangkan penggunaan HCFC seperti sektor industri pembuatan busa tempatan yang berjaya mengubah teknologi untuk menggunakan bahan mesra ozon.

Selain itu, katanya sektor industri penyejukbekuan dan penyaman udara memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.

Mulai 2020, katanya semua kelengkapan penyejukan dan penyaman udara baharu dengan kapasiti melebihi 2.5 kuasa kuda menggunakan bahan refrigeran mesra ozon.

“Malaysia menyumbang secara signifikan kepada usaha menyelamatkan lapisan ozon hasil kombinasi efektif melalui pelaksanaan dasar, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama erat pelbagai kementerian dan agensi kerajaan serta pihak industri.

“Turut memainkan peranan penting menjayakan pelaksanaan Protokol Montreal di Malaysia termasuk Tabung Dana Pelbagai Hala kepada Pelaksanaan Protokol Montreal dan agensi pelaksana seperti Bank Dunia, United Nations Development Progamme (UNDP), United Nations Environment Programme (UNEP) dan United Nations Industrial Development Organization (UNIDO),” katanya. – HARAKAHDAILY 24/9/22

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 

(i) Yang perlu diambil perhatian terutama anak muda, ialah 'Mengundi adalah jihad fadhu ain..' Jihad pertahan agama, kini tak perlu angkat parang mengamuk.

(ii) Tahniah Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, antara menteri kreatif dan prihatin rakyat, kerana terus menangani masalah najis babi dan karbon HCFC. 

(iii) Bukan macam menteri DAP di negeri 'busuk tahi babi dan terowong tak siap' dari bekas kerajaan PH ghuyup 22 bulan.

(iv) Semoga tidak berulang lagi kezaliman dan pembohongan PH (terkenal 'manifesto bukan kitab suci') hingga dapat perintah Malaysia, walaupun ghuyup juga kemudiannya.

(v) Al-hamdulillah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

PM-Bahasa Melayu di PBB. & PN bantah PRU musim tengkujuh.

 


1. PM berucap dalam Bahasa Melayu pada perhimpunan PBB

NEW YORK: Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta sejarah apabila muncul mewakili negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini seorang lagi dengan nama sama muncul melakar satu lagi sejarah.

Pada September 1957, tidak sampai sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang merupakan duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, muncul di Perhimpunan Agung PBB untuk menyampaikan ucapan dengan berbaju Melayu lengkap dengan keris.

Beliau kemudian menjadi Timbalan Perdana Menteri dari September 1970 hingga Ogos 1973.   

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu.

Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.

Perdana Menteri mengakhiri ucapan berdurasi 20 minit itu dengan ayat “United we stand, divided we fall”, selagi kita bersatu padu dan teguh bersama dalam memikul beban ini, saya pasti kita akan berjaya”.

Beliau turut mengajak komuniti antarabangsa bekerjasama dengan mengamalkan semangat Keluarga Dunia, dalam menghadapi cabaran global. – BERNAMA


2. Menteri PN bantah PRU15 musim tengkujuh 

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), merangkap Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - NSTP/ARKIB

KUALA LUMPUR: Anggota Jemaah Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sewaktu musim tengkujuh.

Timbalan Pengerusi PN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, berkata musim tengkujuh lazimnya membawa banjir dan kerajaan harus bertindak membantu rakyat dalam menghadapi bencana berkenaan dan impaknya.

Dominic yang juga Presiden GERAKAN, berkata beliau dimaklumkan, barisan menteri juga mempunyai perbezaan pendapat mengenai tarikh PRU15 ketika perkara itu dibangkitkan pada Mesyuarat Kabinet, Rabu lalu.

"Bagi GERAKAN, kami menolak sekeras-kerasnya langkah mengadakan PRU15 pada akhir tahun ini (ramalan negara dilanda banjir) kerana keselamatan rakyat sewaktu musim tengkujuh perlu diutamakan

"PRU-15 boleh diadakan selewat-lewatnya menjelang September tahun depan. Jadi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU pada penghujung tahun ini dan berdepan risiko banjir," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, langkah mengadakan PRU15 pada musim tengkujuh hanya mementingkan kepentingan diri tanpa mengira keselamatan rakyat, sedangkan Jabatan Meteorologi Malaysia sudah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat berterusan mulai November.

"Hujan lebat berterusan akan membawa banjir ke beberapa negeri di Pantai Timur. Lebih 10 juta daripada 33 juta penduduk di negara kita, khususnya di Pantai Timur akan terjejas banjir, jadi tidak wajar mengadakan PRU semasa musim tengkujuh," katanya.

Jika PRU pada musim berkenaan, katanya, kemudahan seperti sekolah dan dewan orang ramai digunakan sebagai pusat pengundian, sekali gus menjejaskan operasi bantuan kepada penduduk terjejas banjir.

"Jika tempat itu digunakan sebagai pusat pengundian, mangsa banjir nak letak di mana?" katanya menambah, kos juga akan meningkat kerana beberapa negeri tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh.

"Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbir PAS serta Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang di bawah Pakatan Harapan (PH) sudah memaklumkan tidak akan bubar DUN, bermaksud negeri-negeri ini akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun depan.

"Kalau negara kita mengadakan PRU dan PRN secara berasingan, perbelanjaan akan menjadi tinggi, jadi lebih baik buat PRU15 pada tahun depan," katanya.

Selain faktor banjir, Dominic berkata, kerajaan boleh memanfaatkan tempoh yang ada sebelum penggal Parlimen kali ini berakhir untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan memastikan pemulihannya.

"Usaha tingkatkan pendapatan rakyat dan ringankan beban hidup mereka. Apatah lagi, jumlah golongan berpendapatan rendah juga telah meningkat, ramai daripada kelompok B40 sebelum ini sudah jatuh ke dalam B60 selepas dua tahun COVID-19 melanda negara kita," katanya. (BH)

Rasuah Indo, Hakim Mahkamah Agung ditahan.

 


Hakim Mahkamah Agung Indonesia ditahan dakwaan rasuah

JAKARTA: Badan antirasuah Indonesia menahan seorang hakim Mahkamah Agung kerana didakwa terbabit dalam skandal rasuah, salah seorang majistret paling berprofil tinggi yang berdepan siasatan jenayah itu.

Timbalan Ketua Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK) dalam satu sidang media, berkata Hakim Sudrajad Dimyati ditahan selepas melaporkan diri secara sukarela kepada agensi itu, semalam.

KPK menahan enam suspek lain yang disyaki terbabit dalam kes rasuah membabitkan nilai 2.2 bilion rupiah (RM666,532) untuk mendapatkan keputusan yang memihak bagi kes rayuan oleh koperasi pemberi pinjaman yang berdepan masalah insolvensi.

Pengerusi KPK, Firli Bahuri, sebelum ini secara terbuka menggesa Sudrajad dan tiga yang lain supaya menyerah diri.

Bagaimanapun, Sudrajad tidak segera memberi maklum balas kepada permintaan untuk mengulas dakwaan itu.

Pegawai Jabatan Pengawasan Mahkamah Agung, Zahrul Rabain, berkata Sudrajad akan digantung tugas, namun tidak menyatakan berapa lama tempohnya.

Firli berkata, KPK melakukan serbuan di Jakarta dan Semarang pada minggu ini dan menahan enam individu serta merampas wang tunai hampir AS$148,000 (RM677,618) di rumah seorang pegawai Mahkamah Agung, majoritinya dalam mata wang dolar Singapura dengan sebahagiannya disembunyikan dalam ruang kosong dalam kamus.

Media melaporkan, seorang peguam dari koperasi pemberi pinjaman semalam memberitahu pemberita di KPK, beliau bersedia 'untuk dihukum seberat mungkin'.

KPK ditubuhkan pada 2002 selepas kejatuhan Presiden Suharto, yang mana pemerintahannya didakwa pengkritik sebagai kleptokrasi.

Agensi itu mendapat sokongan orang ramai kerana bertindak ke atas tokoh yang berkuasa, termasuk ahli politik berprofil tinggi, ahli perniagaan, hakim tertinggi dan bekas menteri, yang dipenjarakan pada 2021 selama 12 tahun kerana menerima sogokan dalam perolehan pakej bantuan pandemik.

Presiden Joko Widodo dipilih pada 2014 atas platform untuk memerangi rasuah, namun beberapa pengkritik, berkata kuasa KPK disekat ketika beliau memegang jawatan, bagaimanapun kerajaan menafikan agensi itu disekat. - REUTERS


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Banjir kilat LTAPP memalukan. Kita kenal DAP, kokok berderai..

 

Foto dikongsi Soon Hin melalui Facebook menunjukkan air bertakung di kawasan LTAPP disebabkan banjir kilat.

Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang memalukan

GEORGETOWN: Kerajaan negeri mengakui banjir kilat yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini, pagi tadi sebagai amat memalukan.

Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin, berharap pihak berkuasa berkaitan lapangan terbang akan mencari penyelesaian terhadap perkara itu.

"Saya harap pihak berkuasa berkaitan seperti Malaysia Airport, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang, dapat membincangkan dan bekerjasama untuk penyelesaian jangka panjang," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, namun tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.

Hujan lebat sejak 5 pagi itu mengakibatkan kawasan Bayan Lepas, Bayan Baru serta Bukit Jambul, terjejas dan beberapa laluan utama ditenggelami air sehingga menyukarkan kenderaan ringan melalui jalan tersebut.

Mengulas kejadian itu, Soon Hin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Byan Lepas, berkata banjir kilat pagi tadi melanda kawasan pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP. 

Foto dikongsi Soon Hin melalui Facebook menunjukkan air bertakung di kawasan LTAPP disebabkan banjir kilat.

"LTAPP ialah imej hospitaliti dan tanggapan pertama kepada dunia, jadi sungguh memalukan melihat banjir di lapangan terbang itu.

"Ia pasti akan menjejaskan usaha saya untuk mempromosikan Pulau Pinang dan melemahkan imej negeri ini," katanya.

Katanya lagi, beliau sudah bekerja keras dan mempunyai banyak rancangan untuk membawa lebih banyak acara antarabangsa utama ke negeri ini dan lebih banyak penerbangan terus serta lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang. - BERNAMA

Komen Weblog Ibnu HasyimBanjir kilat LTAPP memalukan. Kita kenal DAP, kokok berderai.. tapi ekor bergelumang tahi. Negeri terkenal busuk tahi babi, terowong tak siap.

Porrah!

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails