Sunday, October 09, 2022

Jatuh niaga RM 2 juta, bangkit dengan RM8 juta. Bagaimana?

 

Selepas berjaya membina nama sebagai pengilang yang membekalkan produk peniaga-peniaga lain, Siti Akmaliyah kini muncul dengan jenama produknya sendiri, Rora Rona Rasa. Siti Akmaliyah berkebolehan memandu lori sejak berusia 18 tahun atas kepentingan skil ini bagi membantu dirinya lebih memahami tentang selok-belok bidang perniagaan yang diceburinya.

Ditipu RM2 juta, Siti Akmaliyah bangkit jana RM8 juta

Adat berniaga, sudah pasti golongan peniaga atau usahawan perlu berhadapan dengan risiko kewujudan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

Pelbagai faktor menyumbang terhadap jatuh dan bangun dalam bisnes, namun yang paling nyata membawa kepada kerugian adalah apabila usahawan menjadi mangsa penipuan.

Itulah pengalaman yang dilalui Siti Akmaliyah Shuhaimi, 36, pemilik dan pengarah urusan syarikat pelbagai jualan produk makanan berkualiti premium dikenali sebagai Rora Rona Rasa (Rora) yang merupakan anak syarikat Magnovas Holding Sdn. Bhd.

Syarikat seratus peratus milik bumiputera ini menjadikan salah satu daripada perkara asas untuk menjaga kualiti produknya adalah dari segi pembuatan di kilang miliknya sendiri yang telah mendapat pensijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengikut piawaian MeSTI. 

Siti Akmaliyah ditemui kru HarakahDailyYUSMAN AWANGSYAHIRAH SALLEH dan juruvideo/jurugambar, MUHAMMAD ZHARIF ZULKIFLEE pada majlis pelancaran 100 produk Rora di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, yang menyaksikan jalinan kerjasama Rora dengan rangkaian jenama runcit terkemuka, AEON (M) Bhd. (AEON).

Sehubungan itu, anak kelahiran Pahang ini mengakui beliau pernah menjadi mangsa penipuan pada tahun 2014. Ia membabitkan sebuah koperasi tempatan menyebabkan beliau terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM2 juta.

Namun lapan bulan kemudian, beliau bangkit daripada kejatuhan dalam bisnes akibat menjadi mangsa penipuan tersebut dengan menjana jualan RM8 juta. 

Justeru, apakah rahsia beliau yang boleh dikongsikan khususnya buat golongan usahawan di luar sana?

Ikuti sedutan temu bual HarakahDaily dengan Siti Akmaliyah, ibu empat anak yang berasal dari Pahang yang berkobolehan memandu lori.

1. Boleh kongsikan bagaimana Puan menggapai sukses dalam bidang perniagaan seperti sekarang ini?

Pada asalnya, saya menceburkan diri dalam perniagaan dalam keadaan terpaksa kerana desakan hidup setelah kedua-dua ibu bapa saya bercerai. Pada ketika itu, bekerja dengan orang lain bukan  option  untuk survive sebab komitmen bulanan mencecah lima angka. 

Sepanjang perjalanan menjalankan bisnes, saya meraih sokongan keluarga yang memudahkan lagi progres perniagaan. 

Pelbagai jenis perniagaan saya usahakan, daripada bisnes kedai alat tulis hinggalah produk makanan dan akhirnya makanan dan minuman (F&B) yang membawa perubahan pada perniagaan saya dari tahap biasa kepada luar biasa. 

2. Apakah cabaran dalam mengendalikan bisnes yang tidak pernah Puan ceritakan kepada umum sebelum ini?

Cabaran paling getir dalam perniagaan adalah bagi memastikan visi dan misi syarikat seiring dengan rakan kongsi bisnes. 

Proses menyelaraskan matlamat dan hala tuju syarikat perlu seiring dari pihak atasan sehinggalah kepada staf yang melaksanakannya. 

Kebanyakannya meletakkan wang di hadapan dan cepat gelap mata. Terutamanya apabila bisnes berjalan dengan baik, ramai mula lupa apakah hala tuju syarikat yang ingin dicapai. 

Sebagai pemilik bisnes, kita kena kuat dalam mencari team yang dapat melihat misi dan visi syarikat serta sentiasa memberi peluang kepada ramai orang. Kejayaan sesebuah syarikat adalah hasil teamwork keseluruhan pasukan. 

3. Berapa lama tempoh masa sebelum Puan mencapai kejayaan seperti sekarang ini? Boleh kongsikan kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang Puan usahakan?

Dalam menjalankan perniagaan, pada tahun 2014 saya pernah ditipu oleh sebuah koperasi tempatan sebanyak RM2 juta.

Itu adalah kejatuhan saya dalam perniagaan. Kemudian, saya bangkit dengan menjalinkan kerjasama sebagai pengilang yang membekalkan produk-produk jualan pihak lain kepada rangkaian jenama runcit terkemuka Giant, AEON dan beberapa gedung belah-belah mega yang lain.

Sebenarnya, saya buka kilang OEM di Ijok, Selangor yang menghasilkan produk-produk usahawan lain. 

Hasilnya, selepas lapan bulan mengalami kerugian RM2 juta akibat ditipu koperasi berkenaan, syarikat saya berjaya mengumpul jualan mencecah RM8 juta.

Jadi pada tahun 2014, saya bangkit semula daripada kejatuhan dalam bisnes dan meraih kejayaan sehinggalah sekarang. 

Kalau dari segi berapa lama tempoh diambil untuk meraih kejayaan, sebenarnya saya sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak 13 tahun yang lalu. 

Namun, boleh dikatakan selepas lima tahun berkecimpung dalam bisnes, baru nampak kejayaan. Kemudian kena tipu, jatuh namun terus bangkit. Justeru, saya ada pengalaman dalam sepak dan terajang dunia bisnes; dan insya-Allah, tahu apa yang perlu dilakukan dan dihadapi. 

Kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang saya usahakan pula sudah tentu seringkali ditipu. Ia bukan bermakna saya mudah ditipu tetapi macam kes membabitkan sebuah koperasi tempatan itu, bukan saya seorang tetapi sebenarnya seramai 50 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) menjadi mangsa.

Projek tak menjadi walaupun agreement dah dibaca dan ketika semua kelihatan seperti okey. Namun apa pun, kita anggap itu adalah ujian daripada Allah SWT. Jatuh bangun saya dalam perniagaan terlalu banyak dan paling besar yang melibatkan kerugian RM2 juta tersebut.

4. Berapa lama tempoh masa sebelum Puan mencapai kejayaan seperti sekarang ini? Boleh kongsikan kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang Puan usahakan?

Dalam menjalankan perniagaan, pada tahun 2014 saya pernah ditipu oleh sebuah koperasi tempatan sebanyak RM2 juta.

Itu adalah kejatuhan saya dalam perniagaan. Kemudian, saya bangkit dengan menjalinkan kerjasama sebagai pengilang yang membekalkan produk-produk jualan pihak lain kepada rangkaian jenama runcit terkemuka Giant, AEON dan beberapa gedung belah-belah mega yang lain.

Sebenarnya, saya buka kilang OEM di Ijok, Selangor yang menghasilkan produk-produk usahawan lain. Hasilnya, selepas lapan bulan mengalami kerugian RM2 juta akibat ditipu koperasi berkenaan, syarikat saya berjaya mengumpul jualan mencecah RM8 juta.

Jadi pada tahun 2014, saya bangkit semula daripada kejatuhan dalam bisnes dan meraih kejayaan sehinggalah sekarang. Kalau dari segi berapa lama tempoh diambil untuk meraih kejayaan, sebenarnya saya sudah berkecimpung dalam perniagaan sejak 13 tahun yang lalu. 

Namun, boleh dikatakan selepas lima tahun berkecimpung dalam bisnes, baru nampak kejayaan. Kemudian kena tipu, jatuh namun terus bangkit. Justeru, saya ada pengalaman dalam sepak dan terajang dunia bisnes; dan insya-Allah, tahu apa yang perlu dilakukan dan dihadapi. 

Kisah jatuh dan bangun dalam bisnes yang saya usahakan pula sudah tentu seringkali ditipu. Ia bukan bermakna saya mudah ditipu tetapi macam kes membabitkan sebuah koperasi tempatan itu, bukan saya seorang tetapi sebenarnya seramai 50 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) menjadi mangsa.

Projek tak menjadi walaupun agreement dah dibaca dan ketika semua kelihatan seperti okey. Namun apa pun, kita anggap itu adalah ujian daripada Allah SWT. Jatuh bangun saya dalam perniagaan terlalu banyak dan paling besar yang melibatkan kerugian RM2 juta tersebut.

Produk keluaran Rora termasuklah Kambing Perap, Daging Harimau Menangis dan Karipap Pusing.

5. Bagaimana timbul idea untuk melancarkan 100 produk Rora secara sekali gus? Adakah ini perancangan yang telah lama Puan rancangkan, atau disebabkan kolaborasi dengan AEON? Bagaimana Puan boleh begitu yakin untuk merealisasikannya?

Apabila kita muncul sebagai seorang founder baharu, kita mahu kuasai pasaran tetapi kita tak boleh jadi founder yang sama seperti founder sedia ada. 

Jadi disebabkan sebelum ini saya lebih kepada pengilang yang menghasilkan produk untuk peniaga-peniaga lain, justeru syarikat saya sudah ada kapasiti untuk keluarkan produk yang banyak. 

Jadi, apabila saya masuk ke dalam pasaran dengan satu jenama  yang baharu, jenama saya saya sendiri, jadi kita kena tarik perhatian pasaran umum. Sebab itulah saya lancarkan 100 produk Rora secara sekali gus.

Kenapa 100 produk? Sebab kita nak selesaikan masalah usahawan yang selalu terputus stok bekalan jualan. Biasanya kalau jual sesuatu produk, produk itu adalah bermusim. 

Contohnya, katalah usahawan jadi ejen untuk biskut raya bagi satu produk. Namun selepas raya, produk apa lagi yang dia boleh jual?  

Di Rora, kita menyelesaikan masalah itu. Rora keluarkan 100 produk supaya network yang mahu memasarkan produk jenama ini boleh melakukannya sepanjang tahun, tidak bermusim.

Sempena raya boleh jual biskut raya, sepanjang Ramadan pula jual kurma dan sambal. Boleh  juga jual snek viral. Kita nak penetrate pasaran, jadi biar pasaran tahu kita ada pioneer usahawan untuk sepanjang tahun. 

Sebab, kalau kita ada hanya ada sedikit produk, cuma satu atau dua produk sahaja untuk dipasarkan, sudah pasti graf penjualan bisnes kita menaik dan menurun, tak menentu. Namun dengan Rora, usahawan boleh bertukar-tukar produk yang mereka mahu jual, untuk sepanjang tahun. 

6. Jarang syarikat bumiputera meraih peluang untuk berkolaborasi dengan AEON, boleh kongsikan pengalaman Puan sehingga berjaya menyakinkan pihak AEON untuk berkolaborasi dengan Rora?

Sekarang ini, AEON mengamalkan dasar terbuka, banyak buat charity. Sebenarnya saya sudah ada networking. Sebelum ini, sebagai pengilang produk, saya sudah supply produk-produk yang dihasilkan oleh kilang saya kepada syarikat-syarikat korporat sejak tahun 2015. 

Jadi melalui networking sedia ada sebagai pengilang, orang sudah nampak. Jadi, bila saya muncul dengan jenama produk sendiri iaitu Rora, walaupun baharu, kepercayaan orang kepada saya, insya-Allah sudah tinggi. 

Justeru, saya berjaya build trust dengan syarikat-syarikat korporat mega. Saya memang menjaga projek usahasama dengan AEON dengan sebaik-baiknya. Kalau dari segi pengedaran produk, saya sudah menunjukkan ia berjaya dilakukan. Sebab itu, pihak lain sudah menaruh kepercayaan kepada saya.

Kenapa berani jalinkan kerjasama dengan AEON? Kita mahu manfaatkan kepada network. Apa yang HQ (headquaters atau pusat) buat, bukan untuk HQ kaya atau senang, tapi mahu agar network kita yang dapat manfaat. Jenama pun jadi lebih dikenali, jadi kita kena yakin.

7. Boleh Puan ceritakan tentang Rora Fighters, adakah mereka semua baharu atau telah lama menjadi tulang belakang Rora selama ini?

Rora Fighters adalah satu gelaran yang kita berikan kepada usahawan. Level Dropship, Agent atau Mobile Center, kita nak kenalkan mereka dengan gelaran Rora Fighters. Sekarang ini, kita ada dalam 50 orang Rora Fighters dan akan masa akan datang, akan ada lebih ramai Rora Fighters. Kita sasarkan 8,000 orang. 

Kita namakan sebagai Rora Fighters sebab merekalah sebenarnya fighters yang menjual  produk Rora di luar sana. 

Merekalah sebenarnya frontliner yang menjual produk Rora, yang berhadapan dengan pelanggan. Yang kena kecam, kena maki mereka lah. Sebab itu kita namakan mereka fighters supaya ia memberi satu kekuatan moral buat mereka.

8. Khabarnya Puan berkebolehan memandu lori. Boleh kongsikan?

Ye betul, saya boleh memandu lori seawal usia 18 tahun. Kenapa saya belajar memandu lori? Sebab daripada kecil, saya sudah diajar untuk lasak. 

Apabila kita ceburi perniagaan, kita tak perlu pandai semua, tetapi sekurang-kurangnya kita kena tahu semua benda. 

Apabila saya ceburi industri  pengilangan produk, salah satu benda yang kritikal adalah lori sebab kegunaan lori untuk membawa barang dalam jumlah yang banyak, dan pemandu lori diberi tanggungjawab untuk membawa barangan bernilai ratusan ribu ringgit. 

Jadi, kalau owner sendiri tak mahir cara nak bawa lori, tiada pengetahuan tentang lori misalnya dari segi saiz muatan dan berat barangan yang boleh dimuatkan dalam sesebuah lori, ini akan akan menyebabkan owner mudah kena tipu dan barangan bernilai ratusan ribu ringgit boleh ‘hangus’ (hilang) begitu sahaja. 

Jadi, kebolehan memandu lori sebenarnya adalah salah satu pengetahuan yang perlu ada dalam bisnes, khususnya jika menceburi industri pengilangan.  
Siti Akmaliyah memberikan tip khususnya buat usahawan wanita untuk merintis kejayaan dalam menceburi sektor perniagaan.

9. Di Malaysia hari ini, ramai yang ingin menjadi usahawan khususnya dalam kalangan wanita, justeru apakah nasihat Puan buat mereka

Nasihat kepada mereka yang mahu menjadi usahawan terutamanya golongan wanita, pertama sekali kena kuatkan mental. 

Sebagai seorang wanita, banyak tugas yang dilakukan bukan setakat urusan bisnes. Tugas sebagai seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak.

Jadi, point yang pertama adalah seseorang itu kena ada kekuatan mental, sebab dunia perniagaan ni terlalu mencabar. Tak semua orang boleh jadi usahawan. Kalau tidak ada kekuatan mental, seseorang itu tidak akan dapat bertahan untuk jadi usahawan.

Kedua, sebagai seorang wanita yang sudah berkeluarga, kena dapatkan restu keluarga. Ini kerana tanpa restu keluarga, memang sukar untuk pergi jauh dalam bidang bisnes. 

Kalau wanita itu merupakan seorang isteri, dia perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya dan kalau wanita itu bujang pula, dia perlu mendapat keizinan kedua-dua ibu dan bapanya. 

Sebab kalau nak jadi usahawan, kita kena sedar ia sememangnya melibatkan soal rezeki dan agama kita.

Yang ketiga pula, sikap amanah dalam membuat setiap pertimbangan. Adil, sentiasa perjuangkan kebenaran, jaga kebajikan pekerja. Semua perkara ini kalau kita jaga betul-betul, individu itu akan jadi usahawan yang berjaya, insya-Allah.

10. Apakah perancangan untuk masa hadapan bagi memajukan lagi bisnes syarikat Puan ini?

Untuk masa hadapan, Rora mahu berkembang sehingga mewujudkan 8,000 mobile centre dan 200 business centre. Pada masa yang sama, kita mahu pastikan produk Rora dikenali satu Malaysia dan berpeluang menjengah pasaran antarabangsa, maksudnya ada cawangan di luar negara.

Kita juga mahu berkolaborasi dengan sebanyak mungkin syarikat-syarikat korporat. Sebab kita mahu jadi company network yang ada banyak produk dan berani untuk maju ke hadapan dan jalinkan kerjasama dengan syarikat-syarikat korporat mega agar produk Melayu Muslim dikenali ramai. 

>>>>(Ikuti wawancara selanjutnya bersama Siti Akmaliyah selanjutnya dalam Harakah Cetak)<<<<

Komen Weblog Ibnu HasyimJatuh niaga RM 2 juta, bangkit dengan RM8 juta. Bagaimana?

Ya, marilah kita sama-sama berkongsi pengalaman dengan wanita ini, kerana 9/10 rezeki terdapat dalam perniagaan.

Insya Allah.


Semua PM Mahatthir kacau. Apa kesimpulan?

 

Komen Rakyat dalam blog ini..

5 comments:

1 Anonymous said...

Semua Perdana Menteri Mahathir kacau , Sejak bila Mahathir sayang UMNO dan Ismail Sabri?

Kedudukan Ismail Sabri terancam? Tun kata Mat Hassan jadi PM..!?

Sejak bila Mahathir Sayang Perdana Menteri UMNO?

Mahathir membuat kenyataan baru2 ini bahawa UMNO berpeluang memenangi pilihanraya ke15 , namun kedudukan Ismail Sabri terancam kata nya.

Sambil itu Mahathir mahu menafikan UMNO sememang dihati rakyat dengan menyatakan kemenangan UMNO kerana ada wang yang banyak dan bukan kerana rakyat benci Pakatan Harapan dan Mahathir sekaligus.

Lingkup kan boboi abis lah melingkup legasi haramjadah ini

2 Anonymous said...

Goreng mamak Kerala sampai kr Peranchis

Khairuddin Hasan balaci Atok kenyataan wartawan luar negara Tom Wright dan Bradley Hope tidak tepat serta tidak berasas sama sekali.

https://www.thethirdforce.net/wartawan-sah-berbohong-saya-sendiri-hadir-buat-laporan-di-ibu-pejabat-fbi-perancis-minta-jejak-jho-low/

Kidin Asan balaci kuda tua Tun Mahathir dakwa dia sendiri telah pergi membuat laporan ke Ibu Pejabat FBI di Leon, Perancis serta merekodkan laporan bertulis kepada pihak CIA di New York, Amerika Syarikat untuk meminta pihak penguatkuasa undang-undang ini menyiasat kes skandal 1MDB seterusnya menjejaki penyangak Jho Low untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu iaitui Tun Dr Mahathir Mohamad, saya terbang buat kali kedua ke Ibu Pejabat FBI di Peranchis dan Ibu Pejabat CIA di New York untuk terus berusaha menjejaki Penyangak Jho Low untuj cuba sedaya-upaya membawa beliau pulang ke Malaysia.. puiiii

Goreng mamak Kerala sampai ke Perancis Llon nak tangkap Jho Low...!!

Agak agak sikit lah kau nak goreng mamak ni.. PDRM ya tido takkan nak malukan dan salahkan Polis Perancis pulakkk...!! Alahaiiii

Goreng mamak dah tak laku dah tekak rakyat dah kembang meluat nak muntah..!!

Orang bodo walau Tun saja yang percaya goreng mamak ni..

#gorengmamaksmpiperanchispuiii

3 Anonymous said...

Mamak kerala geng ph. Ph ada dapig. Dapig ada pkr dan pan. Nanti org melayu jadi pkr dan pan. Rosak teruk. Labun tolak rasuah. Tapi bibir jer. Dapat kuasa rasuah lagi kuat.

4 Anonymous said...

Skandal Politik Azmin Ali Muncul Syarikat RM2.00 sebagai Pemegang Konsesi Dalam Kuari Hutan Simpan Bukit Lagong Selangor.

Menurut maklumat, individu yang menandatangani keputusan asal untuk melesenkan kuari sebelah ini adalah bekas menteri besar Selangor, Azmin Ali.

Azmin meletak jawatan berikutan kemenangan PH pada Jun 2018 untuk digantikan oleh timbalannya Amirudin Shari.

Rancangan pemusnahan sebahagian besar kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong di Selangor hari ini membawa kebimbangan penduduk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selepas moratorium diluluskan ke atas pemusnahan tanpa henti hutan semula jadi wilayah itu oleh kerajaan negeri PKR yang baharu pada 2010, dalam satu kenyataan pada penghujung bulan lalu telah diakui bahawa dalam tempoh 2018 dan 2019 sejumlah 19 kawasan kuari dengan keluasan 800.50 hektar telah diluluskan oleh Azmin di Hutan Simpan Bukit Lagong, atas alasan mereka akan menyediakan bahan untuk stadium baharu dan projek lain di Selangor dan Lembah Klang.

Mereka termasuk beberapa syarikat shell dengan modal berbayar serendah modal syarikat RM2.00, RM3.00, RM25.00 dan RM100.00, menimbulkan persoalan yang sah tentang pelaburan dan pengalaman yang akan mereka bawa dari segi pembalakan dan penggalian tanah?

Jernih Jasa Intan Sdn Bhd (dianugerahkan Plot 12), dua daripada pengarah merangkap pemegang saham adalah penyokong setia dan pekerja Azmin dan Setiausaha Politik utamanya, Muhammad Hilman Idham.

Mereka ialah Razali bin Ramly (dilantik Januari 2017) dan Khairul Afiq Bin A Rahim (dilantik November 2020) yang kedua-duanya meninggalkan jawatan PKR di bahagian Gombak untuk mengikuti Azmin dan Hilman

KESIMPULAN 
5 Anonymous said...

Setakat ni kerajaan negeri yg diperintah oleh pas, terbukti tiada rasuah. Dah lebih tiga puluh tahun pas di kelantan, tiada adun yg dikaitkan dengan rasuah. Bahkan menteri besar kekal dengan gaya hidup yg biasa. Biar pun datang fitnah bertubi tubi, tiada dakwaan rasuah.

Jom sokong parti yg bersih dan bebas rasuah. Jom ramaikan pimpinan pas di peringkat negara. Kita ramaikan lagi pimpinan pas. Kerana jika mahukan zero rasuah pilih pimpinan yg tidak makan rasuah. Pimpinan pas bukan saja bebas rasuah, malah cekap buat kerja.

Beza dengan pee hancing, buat kerja merapu tapi bercakap banyak. Orang ni tak betul, orang tu tak betul. Rupanya mereka yang tak betul.

Bajet 2023 syiar Islam jadi keutamaan. Tolak rasuah kapitalis.

 


1. Bajet 2023 bukti pembangunan syiar Islam jadi keutamaan

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Bajet 2023 membuktikan bahawa pengurusan dan pembangunan syiar Islam sentiasa menjadi senarai keutamaan Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, bagi Hal Ehwal Islam, RM1.5 bilion diperuntukkan bertujuan memperkasakan lagi pengurusan, pembangunan dan pengimarahan Islam di negara ini.

“Tentunya, Bajet kali ini membuktikan bahawa pengurusan dan pembangunan syiar Islam sentiasa menjadi senarai keutamaan Kerajaan Persekutuan,” ujarnya menerusi Facebook beliau, malam ini.

Beliau menambah, beberapa inisiatif berkaitan dengan hal ehwal Islam telah dibentangkan, antaranya bagi sektor pendidikan, RM150 juta diberikan kepada Institusi Tahfiz, Pondok Berdaftar dan Sekolah Agama Rakyat.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan daripada Bajet 2022 lalu yang menyediakan peruntukan sebanyak RM140 juta. 

Selain itu, ujar beliau pembayaran one-off bernilai RM500 melibatkan sejumlah wang RM36 juta kepada Murabbi Ummah yang terdiri daripada guru-guru KAFA, takmir, imam, bilal, siak, noja dan marbut.

“Bayaran ini melibatkan seramai 72,000 orang. Ini sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kerajaan buat semua Murabbi Ummah yang berjasa menegakkan syiar Islam di Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata, melalui Bajet 2023 ini juga, kerajaan terus berusaha untuk merangsang pembangunan Industri Halal di Malaysia.

Tambahnya, sejumlah RM92 juta diperuntukkan bagi pembangunan halal di dalam negara mahupun global termasuklah inisiatif mengupayakan warga OKU melalui Wakaf Halal PKS OKU.

“Alhamdulillah, saya mewakili seluruh 14 agensi Islam menyambut baik peruntukan yang diberikan melalui Bajet 2023.

“Dengan harapan besar peruntukan yang diberikan dapat dimanfaatkan sebaiknya sepenuh integriti dan berwibawa. Insya-Allah,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersama #TeamMoF atas pembentangan Bajet 2023.

Pretang tadi, Tengku Zafrul telah membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat yang keseluruhannya berjumlah RM372.3 bilion. – HARAKAHDAILY 7/10/2022


2. Rasuah, jutawan hartanah di Vietnam ditahan  


HANOI: Seorang jutawan hartanah Vietnam ditahan kerana disyaki melakukan penipuan kewangan, sewaktu negara itu sedang memperketatkan penguatkuasaan anti rasuahnya.

Kementerian Keselamatan Awam, dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan Truong My Lan, yang juga pengerusi Kumpulan Van Thinh Phat Holdings yang berpangkalan di Bandar Ho Chi Minh, ditahan.

Dia dituduh mengeluarkan bon secara haram untuk mengumpul bertrilion dong (berpuluh juta ringgit) daripada pelabur dalam tempoh 2018-2019.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk membongkar penipuan itu," kata kementerian terbabit.

Syarikat milik Lan bagaimanapun tidak menjawab permintaan Reuters untuk mendapatkan komen.

Vietnam baru-baru ini memperluaskan usaha anti rasuahnya dengan beberapa siri penangkapan korporat berprofil tinggi, termasuk broker saham terkemuka, pemaju hartanah dan juga pengawal selia.

Kementerian juga berkata, tiga lagi yang dituduh terbabit dalam kes Lan turut ditahan.

Tambahnya, semalam terdapat penyelewengan dalam pengambilalihan Van Thinh Phat Holdings terhadap beberapa lot tanah milik kerajaan di lokasi utama di pusat Bandar Ho Chi Minh.

Khabar angin mengenai penahanan Lan yang bertebaran di media sosial minggu ini turut mencetuskan panik terhadap operasi di Saigon Joint Stock Commercial Bank (SCB) kerana disyaki terdapat hubungan antara Lan dan bank itu.

Bank pusat Vietnam hari ini mengeluarkan kenyataan untuk meyakinkan pendeposit di SCB dan turut berkata, mereka sedang memantau keadaan di sana.

"Bank Negara Vietnam mengesahkan bahawa ia akan mempunyai penyelesaian dan dasar mengikut undang-undang untuk memastikan hak serta kepentingan pendeposit, mengekalkan kestabilan SCB khususnya dan sistem institusi kredit secara amnya," kata bank pusat itu dalam kenyataan.

SCB, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan Lan tidak memegang sebarang jawatan pengurusan atau eksekutif di bank itu dan penahanannya tidak menjejaskan operasinya.

"SCB berjanji untuk mematuhi prosedur dan mempunyai sumber yang mencukupi untuk memastikan hak serta kepentingan pendeposit selain hak dan kepentingan rakan kongsi serta pelanggannya," katanya. - REUTERS

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bajet 2023 syiar Islam jadi keutamaan. Tolak rasuah kapitalis.

Islam menolak idiologi kapitalis, komunis, sosialis, demokratis pura-pura, seperti DAP-PAP di Malaysia-Singpura. Di negara-negara idiologi tersebut menjadi tempat jenayah 'rasuah' bersarang. 

Kerana itu Islam menentang rasuah. Sehingga lahir 'kerajaan sifar rasuah' di Kelantan. Bukan macam DAP baru perintah Pulau Pinng sudah terkenal 'kerajaan terowong tak siap' atau 'busuk tahi babi'.

Oleh ini, pencinta-pencinta Islam perlu dan wajib menolak parti DAP dalam PRU 15 akan datang ini.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Bom? Rupanya alat mainan seks. Mie Sedaap Korea, tapi beracun.

 


1. Beg disangka ada bom berisi alat mainan seks

TOKYO: Polis Jepun mengerahkan musnah bom selepas menemui sebuah beg bimbit misteri yang ditinggalkan di lot tempat letak kereta minggu ini.

Bagaimanapun, kecemasan bertukar kelegaan apabila ia didapati hanya mengandungi pelbagai alat mainan seks yang mahu dibuang.

Polis Kakegawa di wilayah tengah Jepun menerima panggilan pagi semalam mengenai sebuah beg bimbit berwarna perak yang ditinggalkan di lot letak kereta di tanah perkuburan kerajaan tempatan, kata jurucakap polis kepada AFP hari ini.

Skuad pemusnah bom tempatan dikerahkan ke lokasi dan bertindak menutup jalan dalam radius sekitar 300 meter dari beg berkenaan selama lebih tiga jam.

Media tempatan pula menghantar helikopter bagi membuat liputan 'operasi yang rumit lagi berbahaya' oleh pakar bom di lokasi.

Namun, selepas pemeriksaan teliti, skuad pemusnah bom hanya menemui 'alat mainan seks dewasa' di dalam beg berkenan, kata jurucakap polis tanpa menghuraikan lebih lanjut.

"Beg bimbit metalik berwarna perak itu berada di lot letak kereta di lokasi terpencil... justeru ia menimbulkan syak.

"Semua aspek operasi berjalan seperti mana dirancang, semuanya berakhir dengan baik," katanya yang enggan dikenali.

Media tempatan melaporkan lot letak kereta itu menjadi lokasi popular untuk membuang sampah secara haram. - AFP


2. Singapura arah penarikan balik 2 produk mi segera Mie Sedaap  

SINGAPURA: Dua produk Mie Sedaap jenama Indonesia iaitu mi segera Sup Pedas Korea dan mi segera Ayam Pedas Korea ditarik balik kerana kehadiran etilena oksida iaitu sejenis racun perosak.

Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, etilena oksida dikesan dalam produk semasa tinjauan produk makanan, selepas racun perosak yang sama dikesan dalam produk ais krim Haagen-Dazs pada Ogos lalu yang juga sudah ditarik balik ketika itu.

Produk Korean Spicy Chicken yang terjejas mempunyai tarikh luput pada 21 Mei 2023, manakala produk Korean Spicy Soup yang terjejas tamat tempoh pada 17 Mac tahun depan.

Semakan The Straits Times menunjukkan bahawa dua perisa mi segera itu boleh didapati di pasar raya tempatan dan dalam talian.

Menurut SFA, etilena oksida ialah racun perosak yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam makanan.

Walaupun tidak menimbulkan risiko segera pada tahap penggunaan yang rendah, pendedahan jangka panjang boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Menurut laporan dari Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, pendedahan jangka panjang kepada etilena oksida pada manusia boleh menyebabkan kerengsaan mata, kulit, hidung, tekak dan paru-paru serta kerosakan pada otak dan sistem saraf.

Selain itu, pendedahan kepada etilena oksida turut meningkatkan risiko kanser.

SFA berkata, ia sedang menguji produk mi segera Mie Sedaap yang lain dan bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk "menyiasat dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida".

Pengguna yang telah membeli produk yang terjejas harus mendapatkan nasihat perubatan jika mereka telah memakan dan mempunyai masalah kesihatan. - AGENSI

Komen Weblog Ibnu HasyimBom? Rupanya alat mainan seks. Mie Sedaap Korea, tapi beracun.

Perlu diawasi.

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails