Sunday, October 16, 2022

Keupayaan PAS kekalkan K'tan? & kebakaran di Kg Cina.

 


1. Ambil kira prestasi PAS Kelantan dalam tawaran PRU-15

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Yang di-Pertuan Agong memperkenan untuk membubarkan Parlimen, kebetulan saya berada di negeri kelahiran, Kelantan ditemani dua rakan.

Tentunya, semua cakap-cakap dan bual bicara akan tertumpu kepada pilihan raya, termasuk sejauh mana keupayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri kerana ketika itu, parti berkenaan belum memutuskan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan apakah saingan tradisinya, UMNO mempunyai potensi untuk 'mencuri' kerusi atau hati pengundi Kelantan.

Begitu juga bagaimana pula dengan pemimpin yang pernah tidur sebantal, makan setalam dan ceramah sepentas dengan PAS, tetapi kini berada dalam Parti Amanah Negara (PAN) mempunyai potensi untuk menggegarkan Kelantan selepas prestasi hambar di sebalik gegak-gempita mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Selain ketiga-tiga parti ini, rasanya parti lain hanya menjadi pemain politik tidak
signifikan kecuali pada kerusi yang memiliki pengundi Cina atau di kawasan bandar.

Ketika pemimpin PAS, termasuk kelibat Setiausaha PAS Kelantan kelihatan di Kelab PAS, iaitu nama jolokan Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri di atas kedai buku agama terkenal di Kota Bharu, saya sempat berbual dengan seorang peniaga untuk melihat sejauh mana keyakinan pengundi kepada parti itu.

Katanya, PAS mungkin mengekalkan kerajaan negeri sekiranya DUN dibubarkan, tetapi berhadapan masalah di kawasan bandar, termasuk Kota Bharu kerana ramai peniaga marah dengan cara bagaimana PAS membangunkan negeri itu.

Bagi peniaga, menyediakan lokasi semata-mata tidak cukup untuk sesuatu perniagaan boleh berkembang dengan baik, sebaliknya infrastruktur sepatutnya diperlukan untuk membantu dalam menjana pelaburan lebih banyak.

Tampaknya, ekonomi Kelantan tumbuh semata-mata penduduknya mempunyai jiwa keusahawanan tinggi, tetapi infrastruktur masih terkebelakang, terutama jalan raya dan bekalan air, manakala tiada insentif pelaburan menarik yang sepatutnya boleh diusahakan kerana PAS sebagai parti Islamis pastinya mempunyai jaringan, terutama di Asia Barat.

Pandangan peniaga itu diakui rakan saya yang sudah dua dekad tidak berkunjung ke Kelantan meskipun pernah menjadikan negeri itu sebagai 'tempat bermain.' Meskipun mengakui di sebalik banyak bangunan baharu dan pusat perniagaan tumbuh, rakan itu melihat isu pembangunan seperti perparitan dan kebersihan tidak berubah sejak meninggalkan Tanah Rendah Sekebun Bunga.

Bagaimanapun, saya cuba berhujah seperti sering digunakan ahli politik Islam bahawa pengisian agama dan kerohanian yang mungkin menjadi 'saham' untuk PAS meraih undi, apatah lagi slogan Membangun Bersama Islam sinonim dengan parti itu?

Persoal sumbangan parti

Rakan saya bertanya, selain mengadakan kuliah agama mingguan di Kelab PAS dan ceramah, apakah lagi sumbangan parti itu dalam meningkatkan keintelektualan dan keilmuan agama di negeri itu?

Apakah PAS Kelantan mempunyai rangka tindak untuk meningkatkan sektor pendidikan yang menjadi bahagian terpenting dalam sejarah ketamadunan Islam atau tidak lebih daripada peruntukan biasa dalam konteks institusi pendidikan sedia ada?

Mungkinkah rangka tindak itu tidak dapat direalisasikan disebabkan hubungan PAS Kelantan dengan pondok misalnya kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa parti Islam dan tradisi pondok tidak mempunyai 'terma baik.'

Perbezaan aliran ulama tradisional di pondok dengan kecenderungan PAS Kelantan kepada konsep salafi menjadi duri dalam daging yang boleh menyatukan 'tok guru pondok' dengan 'ulama' PAS.

Aliran salafi merujuk kepada fahaman bahawa kegemilangan Islam hanya boleh berulang dengan kembali kepada pengamalan agama betul-betul seperti tiga generasi atau abad pertama dalam Islam, tetapi berdasarkan pemahaman mereka yang kaku.

Dalam konteks ini, PAS seperti parti Islamis, termasuk Ikhwan Muslimin di Mesir tidak melihat aliran ini bermasalah kerana tidak menghalang cita-cita politik, malah menerima pemimpin berpegang dengan fahaman itu asalkan kekal 'wala' kepada parti dan pimpinan utama.

Bagaimanapun, pada peringkat hubungan antara ulama tradisional dengan salafi atau modenis Islam, ia menjadi persoalan besar kerana membabitkan isu fiqh yang dilihat dalam kerangka akidah.

Hasilnya, slogan Membangun Bersama Islam tidak lebih daripada kempen politik hingga kedua-dua aspek pembangunan sama ada secara fizikal mahupun rohani akhirnya tidak dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.

Cuma sahaja, isu sebegini tidak akan menjejaskan PAS sebagai kerajaan negeri kerana keputusan tidak membubarkan DUN itu boleh 'menangguhkan' nasibnya sekurang-kurangnya hingga pertengahan tahun hadapan.

Bagaimanapun, sejauh mana PAS atau mana-mana parti mentadbir negeri sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaannya pada peringkat Persekutuan.

Justeru, cakap-cakap dan bual bicara mengenai rekod prestasi di negeri masih tetap penting untuk menilai sama ada PAS dalam hal ini mempunyai sesuatu boleh ditawarkan kepada pengundi, selain cita-cita membina negara Islam atau melaksanakan hudud yang masih segar dalam ranah politik negeri, walaupun jarang-jarang diungkapkan pada pentas nasional.

Penulis adalah Pengarang Berita (Rencana & Agama) BH


2. Litar pintas punca kebakaran di Kampung Cina 

Foto daripada Facebook Ustaz Ahmad Shah Muhamed.

PERMAISURI: Litar pintas dikenal pasti sebagai punca kebakaran deretan rumah kedai di Kampung Cina, Kuala Terengganu pada September lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Md Hilman Abd Rashid.

Beliau berkata siasatan mendapati masalah pendawaian elektrik yang lama dan usang telah menyebabkan litar pintas seterusnya mengakibatkan kebakaran yang menyebabkan kerugian hampir RM2 juta.

“Ada antara premis disewa dan ada juga milik sendiri, jumlah kerugian RM2 juta manakala harta yang kita berjaya selamatkan dianggarkan RM1.2 juta,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Sultan Mizan Cup di Terengganu International Endurance Park (TIEP) di sini, hari ini.

Beliau berkata justeru, pihaknya merancang untuk mengadakan taklimat menerusi townhall kepada penduduk Kuala Terengganu dalam masa terdekat bagi menerangkan kepentingan pendawaian baharu terutama di kawasan padat bagi mengelak tragedi tidak diingini daripada berlaku.

Menurutnya, pihak JBPM tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pemeriksaan berkaitan isu pendawaian di premis persendirian, oleh itu orang ramai perlu mempunyai kesedaran sendiri untuk memastikan aspek keselamatan di premis masing-masing.

“Bagi bangunan yang perlu kepada sijil perakuan bomba atau Fire Certificate (FC) atau sijil layak menduduki bangunan (CF), penguat kuasa kita boleh masuk dan periksa.

“Tetapi untuk premis persendirian kita cuma boleh nasihat supaya mereka lebih ambil berat soal keselamatan, sentiasa periksa keadaan pendawaian elektrik di rumah dan jika ada masalah perbaiki dan yang lama perlu diganti,” katanya.

Dalam kebakaran kira-kira 8.15 malam pada 19 September lepas, sebanyak 12 bangunan termasuk kedai pakaian, emas dan kedai makan musnah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Keupayaan PAS kekalkan Kelantan? & kebakaran di Kg Cina.

Kita ambil perhatian dan hormati juga pandangan  pengarang BH yang negatif terhadap Kelantan seperti di atas.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Subsidi pulang mengundi.. & PAS kawan paling setia.

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg berswafoto bersama anak-anak Sarawak di Semenanjung yang hadir pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022 di ibu negara. - Foto BERNAMA

1. Pertimbang subsidi anak Sarawak pulang mengundi

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan pemberian subsidi kepada anak Sarawak untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci bersama pimpinan lain.

"Bila pilihan raya saya tidak tahu tapi akan dipertimbangkan. Tauk tauk erti mun balit sine tuju (tahu kalau balik nak ke mana)," katanya.

 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, berucap pada Sesi Sarawak Agenda: Townhall Bersama YAB Premier Sarawak Sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022 di ibu negara. - Foto BERNAMA

Beliau menjawab soalan anak Sarawak yang belajar di Semenanjung dalam sesi Sarawak Agenda: Town Hall bersama Premier Sarawak di Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di sini, malam ini.

Abang Johari berkata, sesi libat urus dan persefahaman antara barisan pimpinan pelajar dan kerajaan Sarawak akan diadakan bagi mencari jalan menyelesaikan masalah dihadapi pelajar, termasuk kadar sewa yang mahal.

Beliau berkata, perbincangan akan diadakan bersama Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, untuk menambah satu bangunan di ibu negara dengan kadar sewa munasabah kepada anak Sarawak. 

Suasana pada majlis Sarawak Agenda: Townhall Bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg yang mendapat sambutan anak Sarawak di Semenanjung sempena Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2022. - Foto BERNAMA

LBAS bermula sebagai perkumpulan Ramah Tamah Aidilfitri pada 2008 di Pejabat Yayasan Sarawak Kuala Lumpur yang dianjurkan secara tahunan.

Sambutan menggalakkan daripada anak Sarawak menjadikannya diangkat sebagai program rasmi negeri oleh kerajaan Sarawak pada 2011 dan berterusan sehingga kini.

Tahun inim LBAS dilaksanakan buat kali ke-13 dan menarik penyertaan lebih 6,000 anak Sarawak di Semenanjung, khususnya siswa-siswi yang belajar di sini.

LBAS turut menjadi wadah bagi anak-anak Sarawak menyuarakan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan secara langsung oleh kepemimpinan negeri yang hadir. – BERNAMA


2. PAS kawan paling setia

APABILA Presiden PAS menerangkan berkenaan tindakan dan keputusan PAS bersabit dengan siapa pilihan PAS sebagai rakan dalam PRU nanti, beliau menerangkan dengan jelas fakta politik kerana beliau seorang pakar dalam bidangnya. Dan beliau mengukuhkan dengan ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, kerana beliau sememangnya berkemahiran berfatwa dan berhukum.

Tetapi dibalas oleh lawan dan musuh PAS dengan penuh kebencian, teori-teori yang cuba menjatuhkan beliau seperti diktator, mengenepikan Perlembagaan PAS dan sebagainya. Hanya kejian, tanpa dalil agama, mahupun yang berkata itu pernah terjun dan bergelumang dengan politik di lapangan.

Itu sahaja kemampuan mereka, tidak mampu memberikan sesuatu yang lebih baik, tetapi hanya kutukan kebencian. Kerana apa? Mudah, kerana mereka tidak berjaya mengajak atau meruntuhkan prinsip dan pegangan Presiden PAS, sebagaimana pengakuan beliau betapa ramai yang memujuknya untuk bersama-sama BN. Bagaikan budak-budak, bila tidak dapat, maka dijelirlah lawannya.

Kentalnya Presiden PAS memegang janji persahabatan dengan BERSATU. Tegasnya beliau mengarahkan ahli PAS membantu PKR semasa bersahabat dengan PAS dahulu. Teguhnya beliau tidak membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat, sehingga PAS ditendang keluar. Inilah contoh orangnya yang Islam mahukan. Berpegang kepada janji, waktu sakit atau senang.

Apabila diberikan jawatan dalam kerajaan, PAS laksanakan dengan begitu tekun. Tiada kritikan dari Perdana Menteri dan juga ahli Kabinet yang lain terhadap PAS sebagai salah satu ahli Keluarga Malaysia. Malah diakui Perdana Menteri bahawa PAS tidak gilakan jawatan dengan tidak pernah mengugut atau menekan Perdana Menteri supaya diberikan jawatan utama sebagaimana parti lain.

Prinsip inilah yang sebenarnya sangat diinginkan oleh parti-parti lain, kerana PAS apabila berkawan, akan memastikan kawannya mendapat pertolongan yang maksima daripadanya. Apatah lagi ketika semua parti-parti di Malaysia sekarang tidak boleh mendabik dada, mendakwa mereka boleh menang dua pertiga dengan mudah dalam PRU seperti zaman sebelum milenium dahulu. Butakah pengkritik PAS itu?

PAS tidak mencari musuh, tetapi mencari prinsip yang tidak bertentangan dengan agama. Atau maslahah  yang paling kecil dengan kerja yang paling terbaik.

Apalah sangat dengan gelaran diktator, sedangkan pihak lain melawan Islam secara langsung atau tidak dalam tindakan mereka kerana kejahilan.

MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 15/10/2022

Komen Weblog Ibnu HasyimSubsidi pulang mengundi.. & PAS kawan paling setia.

Al-hamdulillah, pilihlah kawan setia.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Audit angkat, negeri PAS terbaik urus kewangan.

 

Laporan audit negara: Kelantan terbaik

Komen Rakyat dalam blog ini..

5 comments:

1 Anonymous said...

Beratus kali Tun Mahathir Mohamad merayu agar parti-parti pembangkang bersatu dan melupakan permusuhan. Goreng Mamak Dah Tak Laku Lagi

Tun terringin sangat bekerjasama dengan pihak lain hanyalah Tun Mahathir dan GTA yang terpekik terlolong mahu pembangkang bersatu..!!

Sebab apa yer.!?

Sebabnya bukanlah kerana mereka begitu bimbang UMNO dan BN tidak dapat dikalahkan, tetapi kebimbangan yang lebih besar ialah tiada kerusi yang GTA mampu menangi. Hilang semua wamg deposit..!!

Kata beliau, parti-parti pembangkang akan tewas jika mereka tidak bekerjasama. Kita berpendapat kalau parti-parti lawan ini berpecah, kita ( peerh Tun kata 'kita' bukan dia kah semuanya selama ini..!!) akan kalah.

“Jadi 'kita' kena fikir sama ada kita lupakan permusuhan antara kita seperti dalam PRU14 untuk kalahkan orang yang lebih buruk. Pada Tun ' Goreng Mamak Tak Laku lagi. Tekak rakyat dah kembang nak muntah'

Jika diperhatikan hanya Tun Mahathir bagi pihak GTA dan Pejuang saja yang bersungguh-sungguh serta beratus kali membuat saranan sedemikian.

Pihak PH, mereka sudah pun membuat kenyataan tidak akan bekerjasama, baik dengan GTA atau pun PN.

Malah diramalkan Tun Mahathir Boboi bakal kecundang di kerusi Langkawi dan Jerlun melainkan jika ada kesepakatan dan bekerjasama dengan pembangkang lain. Tiada siapa lagi mahu mempercayai dan menyokong beliau yang penuh toksid itu.

Tun Mahathir kini adalah sosok politik paling dibenci dan penuh toksid berikutan sejarah mungkir janji, khianat dan gula kuasa tanpa had..!!

Tun goreng mamak dah tak laku lagi..!!

2 Anonymous said...

Percaya atau tidak, pas tidak diburukkan oleh kepimpinannya.
Beza ngan dapig, di burukkan oleh eng guan dgn kes trowong.
Umno diburukkan oleh ajib, wak dan majoriti pimpinan ngan kes rasuah dan tibai duit ikut kuasa.
Atok dgn kes rugi forex, perwaja, port klang dan gelaran rakyat maha firaun.
Anwar dengan gelaran banduan, langkah sheraton oleh anak didik politiknya jemin dan juraidah.
Pas hanya dipenuhi dengan fitnah dari kuli, anwar, atok, zahid dan komunis eng guan.
Mereka ni yg cuba musnahkan pas. Sedangkan pimpinan pas tungkus lumus nak majukan org melayu dan seluruh rakyat.
Jangan termakan hasutan dapig, pkr, pan dan atok dan zahid dan kuncu kuncunya.
Negeri di bawah pas aman dari rasuah. Aman dari pemimpin rakus harta. Aman dari perkauman.
Berkali kali juru audit angkat negeri pas terbaik pengurusan kewangannya.
Terbaik tiada rusuhan kaum.
Jom sokong pas.

3 Anonymous said...

Konon mahkamah sekarang didakwa x telus. Banyak kes yg berat sebelah kononnya.
Cuba bayangkan jika pee hancing jadi kerajaan. Udahlah pee hancing bawah kawalan dapig. Jangan ambik risiko sokong pee hancing.
Cuba buat bandingan mahkamah di bawh kerajaan skarang dengan mahkamah di bawah kawalan dapig. Kes semuanya akan hanya babit org melayu. Yg babit cina dan india gugur.
Jika mahkamah bawah pee hancing, lagi banyak x telus. Pee hancing akan manipulet mahkamah.
22 bulan pun banyak kes gugur. Yg bunuh adib bebas x dapat dikesan. Kes eng guan pun gugur. Lagi ada kes yg dlm buku tommy tommy x didakwa.
Yg ketara, yg makan rasuah akan didakwa, yg beri rasuah akan bebas. Jangan ambik risiko sokong anwar yg dikawal selia oleh eng guan.
Konon tghh ambik 90 juta, tapi tiada dakwaan. Eng guan ada dakwaan. Najib ada dakwaan. Anwar banduan kes salah guna kuasa. Zahid ada dakwaan. Orng bawah zahid pun ada dakwaan. Rafizi pun ada dakwaan.
Jom sokong pas. Pas x perlu manipulet mahkamah sebab kepimpinan pas tiada yg terlibat dengan mahkamah. Sokong pemimpin bersih sokong pas.

4 Anonymous said...

FIRASAT RAKYAT KINI SEMAKIN MATANG DAN INILAH HAKIKAT YANG SUKAR DIELAK KOALISI PH IAITU MENANTI SAAT GELOMBANG RAKYAT MELUNASKAN DENDAM DIKHIANATI LALU MENGHUMBAN MEREKA DI PETI UNDI PRU15 NANTI!

Mahathir juga pernah merayu meminta rakyat ikat perut yang kaya raya bebas hukum rasuah seperti kes banglo lajak murah dan paling lahanat apabila dia menyifatkan manifesto yang mereka promosikan sewaktu kempen PRU14 dianggap hanya panduan, bukan Kitab Suci yang wajib dipenuhi!

Apapun, sedar atau tidak gelombang rakyat kini kembali menaruh keyakinan memilih semula UMNO-BN; buktinya di PRN Melaka dan Johor termasuk penolakan DAP secara total di PRN Sarawak tempohari!

Perebutan kerusi PM di antara Anwar-Mahathir punca koalisi itu tersungkur apabila Mahathir meletak jawatan secara mengejut bagi menghalang cita-cita Anwar ambil alih kerusi PM ke-8!

Tidakkah ia kebodohan mereka sendiri mengangkat Mahathir mempengerusikan koalisi PH sekaligus menjadi PM sekali lagi?

Kami yakin kegagalan mereka memenuhi janji manifesto sudah pasti rakyat sudah sedia maklum dengan senarai butiran panjang!

Antaranya pengundi muda yang hampa apabila janji mansuh PTPTN tidak dilaksana dan lebih celaka, Menteri Pendidikan (Simpang Renggam) ketika itu menjawab sinis 'Bila kita buat hutang kita kena bayar balik" dan apabila Tun pula diminta komen hutang PTPTN , “Dah pinjam (berhutang) tu bayar la…”

5 Anonymous said...

Maki hamun orang Melayu bila berkuasa 22 bulan dalam PH tapi bila tak ada kuasa bukan nak cari Jho Low tapi Tun cari Melayu semula.

Mamak goreng Melayu Makan. Sorry lah ini kali goreng mamak dah tak laku. Tekak kembang nak muntah.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), turut menekankan perjuangannya bukan untuk parti, tetapi untuk nasib dan masa depan orang Melayu.

“Kalau parti lari daripada dasar untuk memelihara orang Melayu, saya tidak sokong sebab itu saya keluar daripada UMNO kerana UMNO sudah menyeleweng,” tegas Dr Mahathir.

Senarai kenapa patut ditolak kerajaan PH yang disokong oleh barua barua Melayu yang bersekongkol dengan PH

22 bulan Pakatan Harapan Tun jual semua kepentingan Melayu sepenuh bila menang PRU14:

1)Pecat 17 ribu kaki tangan kontrak.
2)Hapuskan JASA,BTN,SPAD.
3)Pindahkan asset TH 19b ke sykt bawah MOF.
4)Wujudkan Petugas Khas Wan Ji dan gang utk kaji pendidikan Islam & yg bukan Islam boleh bagi pendapat.
5)Jual asset LTAT
6)76% asset ladang TH dijual dan dlm proses.
7)Gugurkan semua dakwaan melibatkan orang mereka. LTTE, kes Terowong, Pembelian Rumah bawah harga pasaran
8)Beri bantuan pada sekolah swasta dan kolej Cina yang berkiblat ke Taiwan dan guna sijil UEC.
9)Potong peruntukan sekolah kebangsaan lebih dari RM500 juta.
10)Jual asset ladang gula Felda.
11)Jual asset strategik Khazanah.
12)Batalkan peruntukan 2.5b untuk bina sekolah di Sabah dan Sarawak
13)Mahu hapuskan elaun kritikal dan pencen Penjawat Awam.
14)Program PLKN dibatalkan.
15)Wujudkan Tabung Harapan dan lesapkan kutipan lebih RM200 juta.
16)Ganti GST dgn SST yg penuh dengan ketirisan.
17)Refund cukai pada pengelak cukai.
18)Pecat 45k kakitangan pencuci dan sekuriti sekolah yang melibatkan lebih 1600 sykt.
19)Program untuk kurangkan Penjawat Awam sebanyak 5%.
20)Hapuskan unit STAGG,STING,STFOC PDRM.
21)PH menjual 12 strategic assets worth -- RM25.6 billion, including IHH Berhad (RM8.42 billion),
- Sapura Upstream (RM3.7 bililon),
- Acibadem Sigort (RM1.25 billion),
- Telco M1 (RM1.65 billion),
- TNB shares (RM1.05 bililon),
- Boustead Plantation (RM1.2 bililon),
- Axiata Digital (RM0.579 bililon),
- BDO Unibank (RM0.415 bililon),
- CIMB (RM0.364 billion),
- Royale Chulan Hotel (RM0.197 bililon) and the Hong Kong Consulate building, sold to a buyer from China (RM1.6 billion).
22) Bailout kedai roti The Loft 10 juta dan dihadiahkan Bandar Malaysia pada tokey Cina bernilai RM20 bilion.
23) Tun semasa jadi PM kerajaan PH beri percuma Pulau Batu Putih pada Singapura sedangkan ada bukti bersurat milik negara. Link bawah ni haah..

https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2021/07/837174/pulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya?amp_gsa=1&amp_js_v=a6&usqp=mq331AQKKAFQArABIIACAw%3D%3D#amp_tf=From%20%251%24s&aoh=16290046534991&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2021%2F07%2F837174%2Fpulau-batu-puteh-sudah-hilang-selama-lamanya

Semua ini melibatkan kepentingan Islam Melayu dan Bumiputera dijarah dan dicairkan sehabis mungkin.

Jawatan Peguam Negara belum pernah dijawat oleh bukan Melayu , namun ia telah dapat kepada bukan Melayu melalui Tommy Thomas hasil tangan Mahathir.

Jawatan Menteri kewangan yang selama ini hanya dijawat oleh orang Melayu telah dapat ketangan bukan Melayu

Celah mana Tun tekan kan nasib orang Melayu. Maki hamun orang Melayu bila berkuasa bila tak ada kuasa bukan nak cari Jho Low tapi Tun cari Melayu semula.

Tun adalah orang yang berkomplot melindungi dan membela Cina Jho Low, Zety Taufik Ayman, Nik Faisal dan CEO Astro, Semua pegawai2 Cina AmBank yang memalsukan tandatangan Najib.

PRU 15 masa terbaik melingkup kan kartel mafia kerala

Masjid di Jerman, burqa di Switzerland, mahkamah Maryland, AS.

 

Masjid Pusat Cologne, di daerah Ehrenfeld ini merupakan masjid terbesar di Jerman. (FOTO: AFP)

1. Masjid terbesar di Jerman pertama kali laung azan Jumaat

BERLIN: Masjid terbesar di Jerman buat pertama kalinya akan membenarkan laungan azan pada esok (Jumaat, 14 Okt) waktu tempatan, selepas pihak berkuasa bandar di Cologne memberi kebenaran untuk projek perintis, di bawah had yang ketat. 

Masjid Pusat Cologne, sebuah bangunan megah di daerah Ehrenfeld di barat bandar itu, akan dibenarkan melaungkan satu azan melalui pembesar suara sehingga lima minit pada hari Jumaat, antara tengah hari dan jam 3 petang; dengan tahap bunyi tidak boleh melebihi 60 desibel, lapor Kuwait Times.

Perjanjian itu, yang merupakan sebahagian daripada projek perintis dua tahun itu akan ditandatangani secara rasmi oleh pegawai Cologne pada hari ini (Khamis, 13 Okt) waktu tempatan.

Masjid di beberapa bandar di Jerman sudah lama diberi kuasa untuk menyiarkan azan, tetapi bandar Cologne hanya meluluskannya mulai awal Oktober lalu. Di negara-negara majoriti Islam, muazin menyeru orang beriman untuk menunaikan solat lima waktu sehari.

“Kami sangat gembira. Ini kerana azan buat orang ramai adalah tanda bahawa umat Islam berada di rumah di sini,” kata Abdurrahman Atasoy, Setiausaha Agung Pertubuhan Ditib Turki-Islam (Ditib) yang mengendalikan masjid itu kepada media tempatan, lapor Morocco World News

Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker berkata, membenarkan azan adalah sebagai ‘tanda penghormatan’ kepada orang Islam yang mendiami bandar itu.

Statistik menunjukkan bahawa bilangan orang Islam yang tinggal di Jerman meningkat daripada 3.3 juta kepada hampir 5 juta antara 2010 dan 2016, mewakili 6.1 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Jerman.

Pusat Penyelidikan Pew berkata bahawa imigrasi telah menjadi faktor utama dalam pertumbuhan penduduk Islam di Jerman.

Projek itu bukan tanpa kontroversi, terutamanya kerana penglibatan Ditib, yang mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan menguruskan lebih 900 masjid di Jerman.

Pengkritik bagaimanapun menuduh pertubuhan itu mengintip penentang Turki yang tinggal di Jerman. Erdogan sendiri pergi ke Cologne pada 2018 untuk merasmikan Masjid Pusat, mencetuskan perhimpunan beribu-ribu penunjuk perasaan pro dan anti-kerajaan. -HARAKAHDAILY 14/10/2022


2. Denda RM4,700: Larangan pakai burqa di Switzerland 

Kerajaan Switzerland nekad memperkenalkan rang undang-undang larangan memakai burga di negara itu. (FOTO: AFP)

ZURICH: Kerajaan Switzerland akan mengenakan denda sehingga CHF1,000 (RM4700) bagi setiap individu yang melanggar larangan menutup muka dengan memakai burqa di tempat awam di negara itu.

Perkara ini merupakan sebahagian daripada rang undang-undang yang dihantar ke parlimen pada Rabu (12 okt) waktu tempatan untuk melaksanakan ‘larangan burqa’ yang dicadangkan oleh sayap kanan kerajaan negara itu yang memenangi kemenangan tipis dalam referendum pada tahun lepas, lapor Swiss Info

Walaupun dikenali sebagai ‘larangan burqa’, undang-undang itu kelak terpakai kepada peminat bola sepak bertopeng dan juga wanita Islam yang memakai niqab.

Perancangan untuk mengenakan hukuman denda sehingga CHF10,000 sebelum ini telah digugurkan selepas rundingan diadakan, kerana ia dianggap agak keterlaluan. 

Kerajaan Switzerland berkata bahawa pelaksanaan larangan burga akan dilakukan melalui undang-undang baharu dan bukannya dengan meminda kanun keseksaan, seperti yang dicadangkan pada asalnya kerana langkah berkenaan lebih sesuai untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara itu. 

Menurut laporan Al Jazeera, larangan yang dicadangkan itu juga dikenali sebagai ‘larangan burqa’ yang disokong oleh 51.2 peratus pengundi, tetapi pada masa itu dikritik sebagai bermotifkan Islamofobia dan seksis.

“Larangan menutup muka bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam. Hukuman bukan keutamaan,” kata kenyataan pejabat kerajaan Switzerland dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, beberapa pertubuhan Islam telah menentang larangan burqa ini.

“Melabuhkan kod pakaian dalam perlembagaan bukanlah perjuangan pembebasan untuk wanita tetapi satu langkah kembali ke masa lalu.

 “Nilai Swiss berkecuali, toleransi dan perdamaian telah dialami dalam perdebatan itu,” ujar kenyataan Persekutuan Pertubuhan Islam di Switzerland.

Umat Islam membentuk lima peratus daripada penduduk Switzerland yang berjumlah 8.6 juta orang, dengan kebanyakannya berasal dari Turki, Bosnia dan Herzegovina dan Kosovo.

Menurut anggaran Universiti Lucerne, hanya kira-kira 30 wanita memakai niqab di negara tersebut. 

Switzerland adalah salah satu daripada lima negara di mana penutup muka diharamkan. Perancis mengharamkan pemakaian tudung muka penuh di khalayak ramai pada 2011, manakala Denmark, Austria, Belanda dan Bulgaria mengharamkan sepenuhnya atau sebahagian daripada penutup muka dalam khalayak ramai.

Amnesty International pula melabelkan larangan menutup muka kerajaan Switzerland itu sebagai ‘dasar berbahaya’ yang melanggar hak wanita, termasuk kebebasan bersuara dan beragama. -HARAKAHDAILY 14/10/2022


3. Mahkamah gugur pertuduhan terhadap Adnan Syed   

Adnan Syed kini dibebaskan daripada pertuduhan dan sabit kesalahan membunuh teman wanitanya, Hae Min Lee 23 tahun lalu. (Foto Reuters)

BALTIMORE: Pendakwa raya negeri Maryland, Amerika Syarikat menggugurkan pertuduhan terhadap Adnan Syed yang didakwa sebelum ini sabit kesalahan pembunuhan Hae Min Lee pada 1999, selepas bukti DNA menyokong bahawa lelaki Muslim itu tidak bersalah.

Pejabat peguam negeri Baltimore City mengesahkan perkara itu pada Selasa (11 Okt) waktu tempatan, lapor NBC News.

Tuduhan itu digugurkan kira-kira tiga minggu selepas sabitan pembunuhan Syed dibatalkan dan kes itu mendapat perhatian umum pada tahun 2014 selepas ia disiarkan menerusi podcast, Serial.

Peguam Negara Baltimore City, Marilyn Mosby berkata pada sidang akhbar bahawa beliau menggugurkan kes itu selepas pusingan kedua ujian DNA sentuhan item yang tidak pernah diuji sebelum ini.

“Pegawai menguji skirt, pantyhose, kasut dan jaket milik Lee, dan campuran DNA pelbagai penyumbang yang sama ditemui pada kedua-dua kasut gadis itu, dan ujian kemudian tidak menemui DNA Syed pada kesemua bahan bukti berkenaan,” jelas Mosby.

Beliau menegaskan bahawa ujian DNA sentuhan item berkenaan, yang menganalisis sel kulit yang ditinggalkan di tempat kejadian telah digunakan sejak 2003; dan kes itu pada asalnya dibawa untuk pendakwaan pada 1999, yang mana pada ketika itu, kemajuan dalam teknologi berkenaan telah dibenarkan untuk diguna pakai dalam kes-kes jenayah.

“Pejabat saya menerima notis keputusan ini pada Jumaat minggu lepas dan pada pagi ini (11 Okt), saya sendiri menghubungi peguam mangsa untuk memaklumkan kepada keluarga mendiang Lee tentang penemuan bukti ujian DNA berkenaan. Justeru saya membuat keputusan untuk menggugurkan kes itu.

“Kami cuba menunggu pengesahan notis sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan secara terbuka, tetapi pada ketika ini kami masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak peguam,”katanya.

Menurut AP News, Mosby berkata walaupun pentadbirannya tidak bertanggungjawab untuk kesakitan yang ditimbulkan ke atas keluarga Lee atau untuk sabitan salah Syed, sebagai wakil institusi, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengakui dan memohon maaf kepada keluarga Lee dan Syed.

Mosby berkata lagi, Syed kini sepatutnya dilepaskan daripada tahanan di rumah dan dia mesti menjalani proses pensijilan yang dimulakan oleh peguamnya untuk menganggapnya tidak bersalah.

“Kes ini sudah selesai. Tiada lagi rayuan yang diperlukan,” ujar Mosby pada sidang akhbar.

“Pejabat saya akan terus menggunakan setiap sumber yang ada untuk mendakwa sesiapa yang bertanggungjawab atas kematian Hae Min Lee,” katanya.

Peguam Syed, Erica Suter dalam pada itu meraikan perkembangan terbaharu kes anak guamnya itu, sambil menyatakan bahawa Syed belum bersedia untuk bercakap kepada media secara terbuka.

“Hari ini merupakan hari yang Adnan Syed dan orang tersayangnya telah nantikan selama 23 tahun.

“Hasil ujian DNA mengecualikan Adnan dan mengesahkan apa yang Adnan dan penyokongnya sentiasa tahu bahawa Adnan Syed tidak bersalah dan Pendakwaraya Maryland telah menggugurkan pertuduhan. Adnan Syed kini bebas,” katanya. – HARAKAHDAILY 12/10/2022

Komen Weblog Ibnu Hayim: Masjid di Jerman, burqa di Switzerland, mahkamah Maryland, AS. Orang Islam kena tahu hal ehwal Islam.. 

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa.

Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails